Khamis, 13 Disember 2012

BILA NAK LAKSANA HUDUD...LEMAHLAH ALLAH JIKA HUKUMNYA TAK SESUAI MENGIKUT ZAMAN SERTA TEMPAT...MENAFIKAN HUKUM ALLAH BINASA IMAN

Dua lagi 'baby hatch' akan dibuka

Dua lagi pusat perlindungan bayi atau 'baby hatch' akan dibuka tidak lama lagi iaitu di Johor Bahru, Johor dan Kota Bharu, Kelantan dalam usaha berterusan memerangi kes pembuangan bayi terutama kelahiran luar nikah.
Pengerusi Yayasan OrphanCare Tan Sri Faizah Tahir berkata dua pusat itu  dijangka mula beroperasi pertengahan bulan ini dan pembukaan rasmi dirancang Mac depan.

"Perkhidmatan sebegini amat penting kerana 'baby hatch' dapat menempatkan bayi dengan selamat untuk ibu-ibu terdesak sebelum bayi diserah kepada penjaga baharu," katanya kepada pemberita selepas lawatan penyanyi Amerika, Jermaine Jackson dan isteri Halima Rashid ke ibu pejabat OrphanCare di Kampung Tunku di Petaling Jaya hari ini.

Faizah berkata apabila pusat di Bandar Baru Uda, Johor Baharu dan Pengkalan Chepa, Kota Baharu dibuka nanti, yayasan itu turut bercadang mewujudkan pusat perlindungan untuk remaja mengandung.

Lawatan itu dihoskan oleh penaung OrphanCare, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Jermaine, seorang daripada anggota kumpulan terkenal 'Jackson 5' yang dianggotai adik beradiknya termasuk adiknya penyanyi terkenal mendiang Michael Jackson, menghadiri pelancaran OrphanCare pada April 2009.

Faizah berkata pihaknya bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga bercadang membuka 'baby hatch' di Pulau Pinang tahun hadapan.

Beliau berkata 'baby hatch' yang disediakan di bangunan ibu pejabat OrphanCare itu menerima empat bayi tanpa sebarang dokumen serta 67 bayi yang diserah sendiri oleh ibu atau bapa mereka, sejak dibuka pada Mei 2010.

Tegas beliau, pihaknya sentiasa berhati-hati dalam memilih keluarga angkat untuk bayi yang diserahkan dengan memastikan hanya pasangan yang sesuai terpilih untuk mendapat hak penjagaan.

"Pemantauan ke atas bayi sering dilakukan selepas mereka diserahkan kepada keluarga angkat bagi memastikan mereka dijaga dengan baik, dan setakat ini semua bayi yang diambil keluarga angkat berada dalam keadaan baik dan selamat malah begitu dimanjakan," katanya.

Memetik statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Faizah berkata 31 bayi dibuang antara Januari dan Jun tahun ini manakala 98 bayi dibuang tahun lepas, 91 pada 2010, 40 pada 2009 dan 58 pada 2008.

Sementara itu, Sultanah Kalsom bertitah baginda gembira melihat perkhidmatan yang ditawarkan OrphanCare dihargai oleh masyarakat.

"Beta dapat lihat semakin ramai orang menggunakan perkhidmatan ini dan lebih banyak bayi diserahkan. Kita semua patut berasa gembira kerana nyawa manusia sedang diselamatkan," titah baginda.

Jermaine memuji perkhidmatan yang ditawarkan oleh OrphanCare, menyifatkannya sebagai 'penyelamat nyawa'.

"Mereka lakukan kerja yang hebat dalam memastikan bayi-bayi berada dalam jagaan baik. Bayi-bayi memerlukan sebuah keluarga dan adalah amat penting untuk mengasihi mereka," kata penyanyi itu yang berada di Malaysia untuk menjayakan konsert 'The Jacksons Unity Tour 2012' esok di Stadium Negara.

- Bernama


Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini.

NONESD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya.

"(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini - semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya.

Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.

Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan wanita sebelum ini.

"Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya.

Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.

Buku tulisannya  itu akan digarap bagi mengisi lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi.


Berita berkaitan

Robert Phang nafi dakwaan bekas IGP

Bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menafikan dakwaan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau pernah menyebabkan seorang pegawai tinggi polis bertukar.NONEPhang yang juga pengerusi Yayasan Penyayang Sosial turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Saya menafikan bahawa saya yang menyebabkan pegawai itu dipindahkan dalam tempoh 24 jam," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Robert juga menegaskan beliau tidak mengetahui siapa individu yang dimaksudkan dalam dakwaan Musa itu.

"Saya juga ingin mengetahui siapa (pegawai polis) yang diperintah berpindah itu," katanya.
Musa kelmarin dilaporkan mendakwa, pegawai polis itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat yang melibatkan Phang pada 2009, untuk menaiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital.

Ekoran itu, dakwa Musa, pegawai polis yang berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD tersebut ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman dalam tempoh 24 jam.

NONEMengulas dakwaan tersebut, Phang menjelaskan beliau dilantik menjadi penasihat bebas Motorola pada tahun 2009 selepas kontrak itu diberikan.

"(Penganugerahan) kontrak tersebut tidak ada kena mengena dengan sumbangan Robert Phang," katanya.

Jelasnya, beliau menghadiri satu sidang media oleh Motorola Technology pada Februari 2008, selepas syarikat itu diumumkan untuk terus melabur di Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan rasmi dengan syarikat tersebut pada ketika itu.

Menjawab soalan, Phang berkata beliau menjadi penasihat bebas bagi dua syarikat dan anggota panel SPRM dalam satu masa, bagaimanapun menegaskan beliau tidak mempunyai konflik kepentingan berhubung perkara ini.

Beliau melepaskan jawatan sebagai anggota pabel SPRM secara sukarela pada Januari 2011, selepas didakwa - dalam sebuah blog - melakukan rasuah terhadap seorang pegawai awam.

SPRM bagaimanapun membebaskan Phang daripada tuduhan tersebut.
Dalam sidang media pagi tadi, Phang juga berkata beliau dinasihat oleh barisan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa berhubung dakwaannya itu.
Anggota Gerakan ke Kota Bharu untuk khidmat salun
 
Sekumpulan anggota parti Gerakan dari Negeri Sembilan mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di bandar Kota Bharu dalam usaha untuk mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan di bandar tersebut.
NONEEnam anggota parti itu, diketuai penolong setiausaha Gerakan Negeri Sembilan berkenaan bertolak dari Negeri Sembilan pada 10.30 pagi Isnin lalu dan tiba di Kota Bharu 12 jam kemudian.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berkunjung ke satu salun rambut di bandar berkenaan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan empat pendandan rambut wanita Cina.

Ketika dihubungi selepas itu, Choong berkata semua pendandan rambut berkenaan adalah wanita manakala kumpulannya terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita.

Choong berkata beliau mendapatkan khidmat gunting rambut manakala lima lagi mendapatkan khidmat mencuci rambut.

Kataya, pihak berkuasa tempatan Kota Bharu bagaimanapun tidak tampil ke tempat berkenaan, walaupun tindakan mereka menyebabkan seramai kira-kira 20 orang berhimpun di luar salun tersebut.

Kecewa dengan ketidakhadiran penguatkuasa berkenaan, Choong berkata beliau akan menganjurkan pasukan lebih besar ke Kota Bharu selepas ini.


 

Berita berkaitan


Isu kerakyatan: Peserta himpunan bergeser di JPN
 
Sekumpulan kira-kira 500 orang berhimpun di Putrajaya pagi ini dan berarak ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu taraf kerakyatan ekoran dan dokumen pengenalan diri.

indian stateless people rally in putrajaya surendranKumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

Ramai di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar perdana menteri dan menteri dalam negeri, bagi menyatakan dakwaan yang menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan.

Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan dimulakan.

Setibanya di bangunan berkenaan pada kira-kira jam 11.15 pagi, sebahagian daripada peserta berkenaan kemudiannya bergeser dengan kumpulan anggota polis yang mengawal premis tersebut.

Kumpulan peserta berkenaan memenuhi ruang sempit di pintu masuk JPN dan sebahagian lagi yang tidak sabar berkeras untuk memasuki bangunan tersebut.

Pintu berkenaan bagaimanapun ditutup dan dikawal rapi oleh anggota polis yang membentuk dua barisan.

Dua naib presiden PKR, N Surendran dan Chua Jui Meng dilihat mengadakan rundingan dengan seorang pegawai polis bagi membenarkan peserta memasuki bangunan tersebut.

Polis kemudiannya membenarkan 10 orang wakil untuk bertemu ketua pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said namun sekumpulan peserta masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan melaungkan "Buka pintu" serta "Reformasi".

Sebahagian daripada peserta berkenaan kemudian mula menolak peserta lain yang berada di bahagian hadapan dan cuba melepasi kawalan polis.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berjaya ditenteramkan pemimpin Pakatan Rakyat.
K'tan tangguh kuatkuasa syarat lesen salun
 
Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.

NONEKatanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.

"Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cina negeri ini minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiap tindakan ada kaitan dengan pilihan raya.

-Bernama
Kabinet tetap mahu Lynas eksport sisa
5:35PM Dis 12 2012  
Kabinet hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Lynas Corporation perlu menghantar sisa dari loji pemprosesan nadir bumi keluar dari Malaysia.
Empat menteri berkenaan menyatakan perkara itu susulan kenyatan pengerusi eksekutif Lynas, Nick Curtis bahawa lesen operasi sementara (TOL) tidak menetapkan syarat mengeksport keluar sisa loji itu dari Malaysia.

NONE"Pendirian kerajaan tidak berubah untuk meminta Lynas menghantar residu berkenaan yang dihasilkan oleh LAMP keluar dari Malaysia.

"Ini adalah konsisten dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam TOL," kenyataan itu dipetik

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas; dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Wall Street Journal disiarkan semalam, Curtis dilaporkan berkata ia bukan syarat yang ditetapkan dalam TOL berkenaan.

Sebaliknya, Lynas menawarkan diri untuk mengeksport bahan sisa berkenaan demi melegakan kebimbangan orang ramai.

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 281 subscribers
    Keempat ekor LEMBU ini.. kena reisgn..!! ditambah dgn LEMBU dalam UMNO dan MB LEMBU..!! Sekarang apa dah jadik..??? siapa yg BODO..?? Rakyat dah nampak keburukan LYNAS sehinggakan tidak ada negara dlm dunia yg sanggup membenarkan LYNAS beroperasi dinegara mereka.. hatta Australia sekalipun..!! tapi Malaysia yg dipimpin oleh pemimpin yg memiliki tahap IQ yg rendah sanggup menjadikan rakyatnya sebagai bahan ujikaji..!!!
    • Yusoff Alias · · Pengulas Tertinggi · Owner di Self Employed and Loving It!
      sisa nya boleh dijual pulak tu! Buat kerepek bagi gang2 umno makan. terutamanya menteri sain tanam depan rumah dia. dunggu tak habis2.
    • Mohd Omar · Pengulas Tertinggi · UTM, Jalan Gurney, KL 1976-1980
      teman tengah nunggu Din, Ahmad albab, remesh, hans dan seangkatan dengan nye ... yang beghia ghia beno dulu tu sanggup lambak dalam ghomah deme 'taik lynas' ... bagi komen pulak ... dulu udah teman ngabo ... oghang bukan maghah 'kilang lynas', tapi yang oghang bising 'taik lynas' .... macam yang udah jadi di ipoh tu .... ewah ewah ewah ... deme yang seangkatan dengan din, bukan main lagi ... sekaghang ni, menteghi yang kome 'sanjung dan puja dewa' tu dah nak mola main 'sandiwara' dan 'wayang kulit' ... haaa apa lagi, kome tulung 'SPIN', teman nunggu ni .... dah beghape lama isu 'taik lynas' keluo beghite, tapi si din ngan angkatan nye tak bebunyi pun ... SPIN SPIN SPIN ligat ligat kome kome yang seangkatan ngan din, silakan ...
    • Mohd Omar · Pengulas Tertinggi · UTM, Jalan Gurney, KL 1976-1980
      Udah cighit bintik baghu nak koghek lubang ... beteghabo le jawabnye ..... sape pulak nak nyuci nye 'taik cighit lynas' tu ... pakat pangge ghamei ghamei, temasuk din, ahmad albab, hans, ramesh, oghang yang seghonok dapat keghoje ngan lynas, sekali ngan oghang yang kuat menyokong kilang lynas ... 'nak ghiso ape, bukan bahaya pun' ... tak ade ape ape aih aih .... takat tanah meghah ajeeee ...
    • Mohd Kheder Omar · Pengulas Tertinggi · Padang tembak
      Mohd Omar Sabar bang Mohd Omar... saya ada duit sikit ..abang pun ada duit sikit kita buat jamuan jemput semula makcik pakcik dangan teamTV#suka ari tu yang buat berita tanah dari australia tu boleh pegang kan, dan sekarang lepas dah siap proses meh makcik,pakcik abg akak TV3suku pegang taik tanah Lynas tadi..kita tengok seko seko ...sorang jadi mutan, sorang jadi spiderman..lagi teruk si karam singh walia bertukar jadi gorilla...
    • Khor Sui Eng · Pengulas Tertinggi · Penang, Malaysia
      RMS
      SIsa-sisa itu boleh taruh di depan rumah 4 ekor lembuitu...kakaka
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 281 subscribers
      Khor Sui Eng...Dorang sure takmahu..!!! ni masalahnya.. mereka yg create problem.. rakyat yg menanggung akibat..!!
    • Mohd Naziery · Pengulas Tertinggi · High school musical 4
      MKO....
      banyak2 yg kotulis...bab Karam sigh jadi GORILA tu yg wat satu kondominium murah aku bleh dgr aku gelak mcm org kene sawan.....warghhhkakakakaka
    • Surayah Din
      maaf Ym raja mohd shahrim...ini semua kerana kerabat hangpalah...yg makan kom......terlalu2 banyak sangat..
    • Suhaimi Mantaro · Las Vegas Casino
      katanye rakyat didahulukan......
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 281 subscribers
      Suraya Din...Yang makan komisyen tu org UMNO..jgn tersilap atau buat buat tak mahu tau...hehe
  • Mus Mashkadov · Pengulas Tertinggi
    Dah lulus operasi baru nak sebut pasal urus sisa.. xdenya sejarah negara dalam dunia ni nak terima sisa radiasi.. boleh potong telinga denan yaakob la klu ada negara terima sisa radiasi..
    • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      nk berak baru nk bt jamban. molek sisa tu bg kat puak2 umno, blh la guna pasir tu utk bt rumah ke, timbus lopak air ke, bt pejabat umno ke
    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      Mus Mashkadov
      "Empat menteri berkenaan menyatakan perkara itu susulan kenyatan pengerusi eksekutif Lynas, Nick Curtis bahawa lesen operasi sementara (TOL) tidak menetapkan syarat mengeksport keluar sisa loji itu dari Malaysia".

      4 ekor menteri pun dah buat lawak bodo...nak nipu rakyat lagi...
      Mat Saleh tu kalau dah dibagi tahu dulu syarat lesen menetapkan syarat kena eksport keluar sisa, mampus hidup balik dia tak akan bina logi berbahaya tu di Mesia.. Bongok ler Mat Saleh nak kena tipu dgn Mesia keluar belanja beratus ratus juta macam tu jer.
      Cumer 4 ekor menteri lembu ngan kerbau amno tak nyangka protes LYNAS nak jadi macam yg disangka.

      Aku tak berani ler nak putuskan apa yg dah Nik Kertis putuskan...tapi kalau nik kertis dah setuju syarat lembu amno tak yah ler dia buat kenyataan yg bercanggah dgn syarat lesen...kan ker gitu lembu lembu amno semua ?
    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      Aku nak nengok berapa keras kepala 4 ekor tu nak pertahankan kejantanan dia....4 hari...4 minggu...4 bulan...atau 4 tahun...
      Lepas nih kita akan tahu ler... siapa jantan...siapa baru nak jadi jantan...sapa yg akan hilang kejantanan nya.
  • Keindahan Alamsekitar · Pengulas Tertinggi · Langit
    Mereka mahu terus menipu dengan bermain kata-kata. Perkataan 'eksport' digunakan seolah-olah benda itu berharga. Realitinya tidak. mana ada sisa toksik yg bernilai. Toxic means capable of rendering unhealthy effect. Perkataan eksport digunakan untuk menipu orang kampung bahawa benda itu tidak berbahaya dan masih bernilai. Mereka (4 menteri yg sedang terjerat ini) sedang mencari lubang untuk menyelamatkan diri. Mereka tahu majoriti rakyat taklah bodoh macam penyokong umno dan JKKK. Lihat sajalah komen2 di section bahasa Inggeris Malaysiakini, 99% orang Cina sedang marah membara.
  • Man Panching · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pullman Putrajaya Lakeside
    dah dari awal PR n rakyat menolak, BN tetap nak laksanakan jugak.. skangnih dah mula tuding jari n salahkan orang pulak... manan nak dibuang nya sisa nih... jahanam aa negara aku pasal BN jahanam nih..
  • Man Panching · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pullman Putrajaya Lakeside
    apa susah... antor jer ker umah MB pahang... dia minat sangat ngan menatang nadir bumi nih..
  • Edward Oh Kim Guan · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ed&Ed Enterprise
    semalam baca satu comment dari luar negara...mat saleh berhati busuk...comment diorng biar lynas di terima negara islam....sebab malaysia adalah negara islam....kenapa thailand, filipine, myamar, vietnam , tak terima lynas...upah gaji diorng lagi murah pada malaysia....kenapa nak pilih malaysia...
  • Pembangkang Berhemah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penganggur
    4ekor ni xtau apa2 duit xmasuk kocek mereka, yg lain2 dah kenyang sebab tu wat dono je, lebih2lagi najib dan MB pahang, sekarang Curtis dah tunjuk belang
  • Ratna Pinat · Open University Malaysia
    Kita selagi tak terangtuk tak akan tengadah walaupun tahu akan terangtuk. Tak reti nak insaf. Bila dah jadi siapa nak disalahkan. Esok2 bila umno ni dah tak berkuasa, kerajaan tulah yg akan disalahkan.
  • Sk Gew · Pengulas Tertinggi · Bekerja di One-Stop Contract Manufacturing Solution Provider
    Cakap saja tak berguna klau crooked man bagi "lubang" ( lope hole) dalam perjanjian dgn LYNAS yg lazimnya digolongkan sebagai sulit (OSA). Ini salah satu sbb rakyat buat bising ketidaktelusan kerajaan sekarang dan main tai-chi dan cuci tangan bila masalah timbul.....
  • Guruyaya OK · Pengulas Tertinggi · University of Dhaka
    HEYY 4 EKOR MONYET....KENAPA BARU SEKARANG SIBUK NAK BUAT KENYATAAN KARUT TUU..DULU MASA NAK BUAT KILANG MEMANG DAH TAU BAHAYA KENAPA BUAT JUGA KAT MALAYSIA...JANGANLAH UNTUK MENUTUP KESALAHAN SENDIRI BUAT PULA SYARAT YG BODOH...KNP MASA NAK DIRI KILANG X BUAT SYARAT TUU (JGN NAK MAIN WAYANGLAH)...SAYA CABAR 4 MENTERI TUU CARI SENDIRI NEGARA MANA YANG SANGGUP MENERIMA SISATOKSID NI...KALAU X DAPAT KAMU MESTI LETAK JAWATAN X PAYAH TUNGGU PRU13....PASTI KALAU BERTANDING HILANG WANG PERTARUHAN...

Tiada ulasan: