Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang bermula meriah
Harakahdaily, | 09 Dis 2012 |
(Orang ramai mula memenuhi Dataran Kerdau untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang)
TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang bermula dengan meriah petang ini di Kerdau dengan kira-kira 2,000 hadirin telah mula membanjiri Dataran Kerdau.
Pengarah program yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar berkata PAS Pahang terasa teruja dengan kehadiran yang memberangsangkan.
“Konvoi bermotor anak muda bersama Pakatan Rakyat, kami jangka hanya 500, tapi kehadiran melebihi 1000,” kata beliau.
(Nasrudin di atas pentas HKR Pahang)
Kunjungan konvoi bermotosikal disambut oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pada 3.30 petang tadi.
Nasrudin dalam ucapannya menyeru rakyat Pahang berubah dan menawan negeri Pahang sebagaimana yang berlaku di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor termasuk Perak yang kembali ke pangkuan BN.
“Jom kita ubah demi selamatkan Pahang,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘Insha-Allah.’
(Pengarah dan Pesurjaya diiring masuk ke pentas utama)
Kemuncak program malam ini, kata Dr Hamzah adalah pengisytiharan dua tawaran untuk warga Pahang.
“Satu pengisytiharan oleh Pakatan Rakyat peringkat Pahang dan satu pengisytiharan Pakatan Rakyat Pusat untuk rakyat Pahang apabila kita menawan Pahang nanti,” kata Dr Hamzah.
Dr Hamzah juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Amal yang bertugas siang malam untuk menjaga keamanan dan lalu lintas untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Pahang.
Dataran Kerdau yang kini diisi dengan batu-bata disiapkan hasil sumbangan orang ramai.
Menurut Dr Hamzah, jumlah RM25,000 berjaya dikumpulkan dalam masa 5 hari.
(Persembahan silat juga diberikan sempena perhimpunan)
Program petang Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang dimulakan dengan program santai bersama Muslimat PAS.
Ia diikuti dengan konvoi motosikal dan tarian singa dan persembahan silat yang disaksikan oleh barisan pimpinan Pakatan Rakyat Pahang yang diketuai Pesuruhjaya PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
(Tarian Singa juga memeriahkan suasana)
PRU13: Najib diselubungi kebimbangan
Harakahdaily, | 09 Dis 2012 |
KERDAU: Datuk Seri Najib Razak dilihat diselubungi kebimbangan di sebalik kenyataannya untuk BN menang pilihan raya umum (PRU) ke 13 dengan menguasai 2/3 parlimen.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemuramah radio internet, Cili FM menyifatkan, tindakan Najib yang memohon maaf ketika Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas menggambarkan BN dalam posisi 'boleh tewas' pada PRU13 nanti.
"Saya tengok, di satu waktu dia kata yakin kuasai 2/3 majoriti.
"Satu masa dia merayu, waktu lain dia mohon maaf. Ini saya ingat tanda-tanda awal… saya tak nak sambung… tanda-tanda awal apa tambah sendiri,” kata beliau sambil berseloroh ketika ditemuramah DJ CucuMatKilau (Ahmad Syukri).
Menurut beliau lagi, tindakan berkali-kali merayu memohon maaf itu juga membuktikan bahawa Umno BN sudah sedar mereka sedang berdepan dengan penolakan rakyat akibat kerosakan yang dilakukan parti pemerintah itu.
“Kalau orang tak salah, dia tak akan minta maaf. Dah banyak kali, dia minta maaf," katanya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sekiranya Najib yakin dengan jangkaan beliau, mengapa sehingga kini beliau masih tidak membubarkan parlimen.
“Kalau dah yakin, mengapa nak ugut rakyat dengan tragedi Mei 13 dan negara akan bankrap.
"Saya lihat di sebalik keyakinan ada kebimbangan. Sebenarnya kebimbangan itu menguasai dia,” tambah beliau.
Tuan Ibrahim juga melahirkan keyakinannya bahawa dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan kerja tertib, perubahan akan berlaku di Pahang.
Ditanya soalan mengenai politik ganas yang kerap berlaku kebelakangan ini, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa budaya samseng perlu ditolak.
“Budaya samseng bukan budaya kita. (Untuk himpunan ini), bendera, risalah dan poster kita dicabut.
"Rakyat perlu bertindak dengan rasional, bukan (digunakan) untuk mempertahankan kebathilan, kezaliman dan penyelewengan,” nasihat beliau.
Temubual hari ini bersempena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang yang berlangsung di sini.
Dari Seberang: Tanda-tanda parti 'SBY' bakal KO
Ahmad Muhajir, | 09 Dis 2012 |
Nasib
malang yang menimpa Parti Demokrat, dimana ketua dewan pembinanya
adalah presiden Dr Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) tidak pernah berhenti
dan silih berganti.
Apa tidaknya parti yang memimpin koalisi pemerintahan dimana didalamnya ada parti-parti Golkar, PPP, PKS, PAN dan PKB, seorang demi seorang pemimpinnya didapati bersalah.
Ia bermula dengan Muhammad Nazaruddin, bekas Bendahara Parti Demokrat yang sempat melarikan diri sebelim ditangkap oleh Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK-semacam SPRM) di benua Amerika.
Terlibat dengan berbagai kes, terutama dalam pembangunan bangunan sukan, di Palembang yang digunakan untuk Sea-Games lalu dan terkini pembangunan bangunan sukan di Bukit Hambalang, dipinggiran Jakarta.
Dan setelah Nazaruddin terkait pula nama Angeline Sondakh, ahli parlimen dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Demokrat, juga terlibat dengan rasuah dan terbaru minggu lalu adalah Dr Andi Malarangeng, Setiauasaha Dewan Pembina Parti Demokrat yang juga menteri belia dan sukan.
Nazaruddin dan Angeline sudah dipenjarakan, Andi sudah dinyatakan sebagai terlibat dengan kes rasuah pembinaan bangunan sukan di Bukit Hambalang yang merugikan negara sekitar RM 7,5 juta.
Bagusnya Andi dengan gentleman dia mengundurkan diri dari jawatan menteri dan setiausaha dewan pembina Parti Demokrat, dan dialah satu-satunya menteri yang masih menjawat dinyatakan rasuah oleh KPK.
Walau tujuannya berundur adalah untuk menjaga nama baik dan imej Parti Demokrat, namun nama Parti Demokrat sudah lama tercoreng.
Bahkan menurut kajian Lembaga Survey Nasional (LSN) kedudukan Parti Dermokrat begitu jauh di bawah hanya menjangkau 10.5%, namun dengan kes Andi ini, Parti Demokrat namanya terus merudum, dan gelaran buat Parti Demokrat sebagai banknya para perasuah semakin melekat. Slogan Parti Demokrat selama ini bersih, cerdas dan santun, yang semuanya adalah tema-tema akhlak atau moral politik, namun kini tamatlah sudah.
Parti Demokrat yang diasaskan SBY tahun 2004 yang mengantarkannya ke kursi presiden, tidak lebih sebagai pengganti Parti Golkar yang begitu berkuasa zaman Suharto sampai Mei 1998.
Golkar begitu hebat dengan amalan korupsi, kolusi dan nepotism (KKN)nya, belum lagi kezaliman dan salahguna kuasa, serta penindasan dan kebenciannya kepada gerakan Islam dan pejuang hak asasi serta
demokrasi.
Kini beranikah KPK menyiasat Timbalan Presiden Prof Dr Boediono, yang dikaitkan dengan kes kehilangan wang Bank Century, kes ini berlarut-larut, nampaknya saja ditangguh-tangguh oleh pemerintah, kerana ini juga berkait dengan salahguna kuasa dan rasuah pemimpin tertinggi Parti Demokrat.
Dan adakah juga untuk sementara nama Anas Urbaningrum ketua umum Parti Demokrat, dianggap “bersih” dalam kes Bukit Hambalang, padahal namanya juga banyak disebut terlibat oleh Nazaruddin dalam persidangannya di mahkamah Jakarta.
Anas termasuk dianggap pemimpin masa depan, namun kuasa, harta dan tahta membuatnya lupa diri, padahal dia dulunya adalah bekas ketua umum Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), pemimpin intelektual berwatak, salah masuk parti membuatnya berubah kerana berada di persekitaran yang tidak bersih.
Parti Demokrat memang tidak nampak dalam agendanya untuk memartabatkan agama Islam, apalagi untuk melangkah jauh untuk menyentuh pengamalan syariat Islam.
Yang ada hanyalah Parti Demokrat dipenuhi oleh pemimpin dan aktivis Jaringan Islam Liberal (JIL), termasuk nama Ulil Abshar Abdalla, yang merupakan salah seorang ketua biro dikepemimpinan pusat parti Demokrat.
Memang tidak dinafikan Indonesia negara yang dikitari oleh lingkaran api Pacific, tetapi tidakkah kita berfikir bala bencana dan musibah yang tidak henti menimpa Indonesia, adalah merupakan azab dari Ilahi.
Sebagaimana lagu Ebiet G Ade negeri kita penuh bencana, kerana kita sudah tidak bosan dengan dosa-dosa.
Maka pilihanraya umum pada awal April 2014, tidak mustahil Parti Demokrat akan “KO” terus atau kalah teruk, walaupun dia adalah pemenang pilihanraya umum pada PRU April 2009, terlebih lagi nama SBY yang dianggap tidak banyak membawa perubahan dan kemajuan, selama dua penggal menjadi presiden Republik Indonesia sudah tidak boleh lagi dijual, kerana sudah tidak boleh mencalonkan diri lagi menjadi presiden.
Parti Demokrat harus mencermin diri dan bermuhasabah, dan begitu juga dengan parti yang berkuasa di negara mana saja, dengan koalisinya yang memerintah begitu lama dan dianggap sudah berkarat dengan kepalsuan dan kekotorannya.
Hendaknya sedar diri, bahawa kuasa itu tidak selamanya di tangan, tiba masa dan ketika nya akan berpindah tangan, apalagi rakyat sudah muak dengan; kepalsuan, kepuraan-puraan, janji yang tidak ditepati, rakyat jauh sekali diberi keutamaan.
Hati nurani dan dhamir rakyat melihat dan menilai, dapat merasakan yang mana intan dan mana perak atau emas palsu, wujudkanlah pengundi hantu sebanyak manapun, namun majoriti undi rakyat akan tetap merobahnya.
Lebih utama lagi bila doa orang difitnah, dizalimi serta rakyat yang terabaikan, Allah Maha Mendengar dan selalu bersama orang-orang teraniaya dan sesuai janji Allah kemenangan akan diberikan kepada orang yang hatinya tidak pernah berhenti berzikir dan berfikir, pejuang kebenaran dan keadilan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap dua unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berlaku di dua lokasi di Selangor semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Kedah berkata, ianya satu sikap yang tidak wajar meskipun banyak pihak menentang perlaksanaan AES itu.
Menurutnya, setiap bantahan yang dilakukan mesti melalui saluran yang betul bukannya dengan merosakkan harta awam seperti menyembur cat pada kamera tersebut.
"Kita dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat tidak pernah mengarahkan anggota parti melakukan vandalisme dalam setiap bantahan yang kita lakukan apatah lagi ia melibatkan harta awam.
"Bantahan kepada pelaksanaan AES ini kita lakukan dengan saluran yang betul iaitu melalui desakan pada sidang dewan rakyat, hebahan melalui ceramah ataupun pada peringkat mahkamah iaitu dengan menyediakan peguam bagi mewakili pemandu yang mendapat saman AES," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga exco Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, keadaan sekarang memerlukan setiap pihak bertindak secara matang dan tidak perlu mengamalkan politik samseng.
Ini kerana apabila tindakan sedemikian diambil maka ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang lain, apatah lagi ia turut merupakan satu kesalahan.
"Kalau di Selangor sudah ada arahan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah mengarahkan agar kamera AES ditutup dan biarlah pihak berwajib yang melaksanakan tugas mereka mengikut peruntukan yang telah ditetapkan," katanya.
Laporan akhbar hari ini menyebut, dua kamera AES, masing-masing di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami masalah rakaman kerana disembur dengan cat.
Laporan yang memetik sumber polis menyebut, perbuatan vandalisme itu dsyaki dilakukan pada awal pagi memandangkan kedua-dua kamera didapati gagal mengesan kesalahan sejak jam 2.15 pagi.
(Tuan Guru Haji Musa memimpin doa dengan diaminkan oleh Datuk Seri Anwar dan juga Ustaz Azizan)
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat akan mengekalkan kuasanya di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita yakin di negeri Kedah, kita akan berjaya mempertahankan kerajaan kita dengan kerjasama semua pihak dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan sewaktu berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat sini.
Azizan menolak sebarang usaha yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk cuba membeli undi rakyat.
Ianya disifatkan oleh Azizan sebagai tindakan menggelabah BN dalam membendung kebangkitan rakyat.
"Sebelum tahun 2008, bila kita kata kita akan menawan Kedah, mereka ingat kita main-main.
"Bila kita berjaya baru mereka sedar," kata Azizan yang berucap panjang lebar menjelaskan isu itu dalam ucapannya.
Walaupun sebelum ini beliau dikatakan tidak sihat, tetapi ucapan beliau malam itu meyakinkan lebih 20,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di stadium terbuka itu.
(Puluhan ribu rakyat doakan kemenangan untuk Pakatan)
Selepas berjaya memerintah, Umno dan BN berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri termasuk cuba membeli wakil rakyat Pakatan.
"Pada waktu itu selain berusaha menjaga wakil rakyat kita supaya tidak lari, alhamdulillah dah tak ada sekarang, dalam masa yang sama kita hendak mentadbir negeri.
"Semua orang tahu perkara ini tetapi Tuhan tidak memberikan keizinan kepada mereka kerana kekuasaan, harta adalah anugerah Allah," kata Azizan.
Menurut Azizan, pelbagai usaha telah dibuat BN bagi menjatuhkan kerajaan negeri termasuk memfitnah, "Dan semua fitnah itu telah balik sendiri kepada mereka."
Hari ini, katanya, semua pihak telah lihat kemampuan kerajaan negeri yang ada untuk memtadbir, "Dan insya Allah akan kekal ke hujung penggal iaitu penggal yang paling lama, lagi dua bulan cukup lima tahun kita memerintah," tegas Azizan.
Inilah yang merunsingkan BN, lagi banyak mereka buat, lagi meluat rakyat kepada mereka, katanya.
Setelah menguasai empat negeri, Azizan yakin, jika mereka berusaha dengan lebih kuat sedikit saja lagi, Pakatan akan menang untuk ke Putrajaya.
"Jika kita kerja kuat sikit saja lagi, kekalkan empat negeri yang ada, ambil balik Perak dan Terengganu dan banyak kawasan Parlimen, kita akan ke Putrajaya," kata Azizan.
MELAKA:
Kira-kira 10,000 rakyat negeri Melaka membanjiri perkarangan Pejabat
DAP Melaka pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri
Melaka malam tadi.
Kehadiran rakyat seramai itu bukan sahaja rekod kepada negeri Melaka malah memperlihatkan kebangkitan dan semangat peubahan yang ada pada rakyat negeri ini, kerana jarang sekali rakyat akan hadir ke program Pakatan Rakyat dengan jumlah seperti itu.
Biarpun himpunan malam Umno BN menganjukan program karnival di tapak asal program iaitu di Kampung Bukit Palah, namun kehadiran orang ramai ke program Pakatan Rakyat boleh dikatakan tidak terjejas.
Orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan pejabat DAP Melaka dan ada yang terpaksa berdiri di bahu-bahu jalan dan di pembahagi jalan.
Program semalam bermula pada jam 4.00 petang dengan konvoi motosikal dan kereta yang telah mendapat sambutan luar dugaan.
Antara pimpinan tertinggi PR Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Pimpinan PR negeri yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Pengerusi PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAP Negeri Melaka, Goh Leong San.
Turut hadir wakil-wakil NGO seperti HIshamuddin Rais mewakili Bersih; Singham dari Tindak; Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Andasura Rabu (Stop Lynas) dan Lee Chee Chern (Himpunan Hijau). Turut hadir bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Kesemua pimpinan parti dan wakil-wakil NGO serta Kadir telah berucap malam tadi.
Program tersebut juga turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Blues Gang, Ito yang menyampaikan 3 buah lagu.
Turun 12 Januari
Mohammad Sabu dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Melaka supaya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil.
"Sudah tiga kali kita mengadakan Himpunan Bersih, tetapi kerajaan dan SPR terus membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia".
"Kali ini pada 12 Januari 2013 kita akan turun ke Kuala Lumpur untuk sama-sama hadir pada program Himpunan Sejuta rakyat, kalau mereka degil lagi kita sepak mereka" tegas Muhammad dengan serius sambil menyepak angin.
Azmin dalam ucapan penuh semangatnya menjelaskan kepada rakyat bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalam keadaan parah di mana hutang negara sudah meningkat lebih RM500 bilion dan ianya sudah sampai tahap kronik.
"Adakah kita semua ingin melihat negara kita menjadi Greece yang bangkrap kerana Menteri Kewangan yang sangat 'cekap' sehingga negara hampir muflis"
"Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ekonomi negara kita sebagai contoh tahun1994 ialah 9.2 %, 1995 (9.8) dan 1996 (10 %) berbanding Najib yang pencapaiannya 2009 ialah -1.5 %, 2010 (7.2%) dan 2011 (5.1 %) sahaja.. Jadi siapa sebenarnya yang bijak menguruskan kewangan negara Anwar atau Najib" tanya Azmin.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw menegaskan bahawa sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka menukar kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
"Ketua Menteri Melaka menganjurkan kenduri kahwin anaknya hingga membelanjakan kira-kira RM1juta, ini duit siapa, sedangkan hutang negeri Melaka sudah hampir RM900 juta, tetapi Melaka hanya bayar hutang kepada pusat hanya RM180,000 tahun lepas".
"Manakala kerajaan pusat menzalimi rakyat dengan AES dan pelbagai lagi, mereka mencuri duit rakyat dengan dasar yang benar-benar zalim dan menyiksa rakyat" tegas beliau.
Sebelum ini tapak program terpaksa diubah dua kali akibat tuan tanah yang disewa tidak berani membenarkan tanahnya digunakan untuk program tersebut walaupun sudah bersetuju di peringkat awalnya kerana ugutan demi ugutan pihak yang berlagak samseng.
KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.
Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan.
“Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.
“Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen-agen Barisan Nasional,” ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.
Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen-agen Barisan Nasional.
Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil.
“Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen-agen BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda.
“Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat ‘sekatan’ dengan ‘perisai manusia’ berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu.
“Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja,” jelasnya dengan nada kecewa.
Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata-kata provokasi.
Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang.
Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.
KUALA LUMPUR: Berita blog http://addin77.blogspot.com
yang berbicara mengenai khabar angin yang mengatakan Leman Raja Lawak
Original atau nama sebenar ( SULAIMAN BIN IBRAHIM ) ini adalah anak kpd
Al-Shahid Ustaz Ibrahim Libya menjadi artikel terhangat Facebook dan
Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 48.
Di tangga kedua berita sikap MCA terhadap ahli PAS terbaru Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang diibaratkan bagai 'selepas bercerai baru dituduh ketiak busuk'.
.
Tulisan saudara Aspan Alias bertajuk “Umno tidak bermoral, pemimpin pula rendah akhlak” yang mengulas tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang kini berani mengkritik campur tangan menteri BN di dalam urusan polis menduduki tangga ketiga.
.
Berikut ialah 15 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 2 Disember hingga 8 Disember, 2012.

AES: Protes ikut saluran, jauhi vandalisme
Muhammad Faizal, | 09 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap dua unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berlaku di dua lokasi di Selangor semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Kedah berkata, ianya satu sikap yang tidak wajar meskipun banyak pihak menentang perlaksanaan AES itu.
Menurutnya, setiap bantahan yang dilakukan mesti melalui saluran yang betul bukannya dengan merosakkan harta awam seperti menyembur cat pada kamera tersebut.
"Kita dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat tidak pernah mengarahkan anggota parti melakukan vandalisme dalam setiap bantahan yang kita lakukan apatah lagi ia melibatkan harta awam.
"Bantahan kepada pelaksanaan AES ini kita lakukan dengan saluran yang betul iaitu melalui desakan pada sidang dewan rakyat, hebahan melalui ceramah ataupun pada peringkat mahkamah iaitu dengan menyediakan peguam bagi mewakili pemandu yang mendapat saman AES," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga exco Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, keadaan sekarang memerlukan setiap pihak bertindak secara matang dan tidak perlu mengamalkan politik samseng.
Ini kerana apabila tindakan sedemikian diambil maka ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang lain, apatah lagi ia turut merupakan satu kesalahan.
"Kalau di Selangor sudah ada arahan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah mengarahkan agar kamera AES ditutup dan biarlah pihak berwajib yang melaksanakan tugas mereka mengikut peruntukan yang telah ditetapkan," katanya.
Laporan akhbar hari ini menyebut, dua kamera AES, masing-masing di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami masalah rakaman kerana disembur dengan cat.
Laporan yang memetik sumber polis menyebut, perbuatan vandalisme itu dsyaki dilakukan pada awal pagi memandangkan kedua-dua kamera didapati gagal mengesan kesalahan sejak jam 2.15 pagi.
Ustaz Azizan yakin Pakatan kekal di Kedah
Harakahdaily, | 09 Dis 2012 |
(Tuan Guru Haji Musa memimpin doa dengan diaminkan oleh Datuk Seri Anwar dan juga Ustaz Azizan)
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat akan mengekalkan kuasanya di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita yakin di negeri Kedah, kita akan berjaya mempertahankan kerajaan kita dengan kerjasama semua pihak dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan sewaktu berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat sini.
Azizan menolak sebarang usaha yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk cuba membeli undi rakyat.
Ianya disifatkan oleh Azizan sebagai tindakan menggelabah BN dalam membendung kebangkitan rakyat.
"Sebelum tahun 2008, bila kita kata kita akan menawan Kedah, mereka ingat kita main-main.
"Bila kita berjaya baru mereka sedar," kata Azizan yang berucap panjang lebar menjelaskan isu itu dalam ucapannya.
Walaupun sebelum ini beliau dikatakan tidak sihat, tetapi ucapan beliau malam itu meyakinkan lebih 20,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di stadium terbuka itu.
(Puluhan ribu rakyat doakan kemenangan untuk Pakatan)
Selepas berjaya memerintah, Umno dan BN berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri termasuk cuba membeli wakil rakyat Pakatan.
"Pada waktu itu selain berusaha menjaga wakil rakyat kita supaya tidak lari, alhamdulillah dah tak ada sekarang, dalam masa yang sama kita hendak mentadbir negeri.
"Semua orang tahu perkara ini tetapi Tuhan tidak memberikan keizinan kepada mereka kerana kekuasaan, harta adalah anugerah Allah," kata Azizan.
Menurut Azizan, pelbagai usaha telah dibuat BN bagi menjatuhkan kerajaan negeri termasuk memfitnah, "Dan semua fitnah itu telah balik sendiri kepada mereka."
Hari ini, katanya, semua pihak telah lihat kemampuan kerajaan negeri yang ada untuk memtadbir, "Dan insya Allah akan kekal ke hujung penggal iaitu penggal yang paling lama, lagi dua bulan cukup lima tahun kita memerintah," tegas Azizan.
Inilah yang merunsingkan BN, lagi banyak mereka buat, lagi meluat rakyat kepada mereka, katanya.
Setelah menguasai empat negeri, Azizan yakin, jika mereka berusaha dengan lebih kuat sedikit saja lagi, Pakatan akan menang untuk ke Putrajaya.
"Jika kita kerja kuat sikit saja lagi, kekalkan empat negeri yang ada, ambil balik Perak dan Terengganu dan banyak kawasan Parlimen, kita akan ke Putrajaya," kata Azizan.
10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka
Ahmad Danial, | 09 Dis 2012 |
Kehadiran rakyat seramai itu bukan sahaja rekod kepada negeri Melaka malah memperlihatkan kebangkitan dan semangat peubahan yang ada pada rakyat negeri ini, kerana jarang sekali rakyat akan hadir ke program Pakatan Rakyat dengan jumlah seperti itu.
Biarpun himpunan malam Umno BN menganjukan program karnival di tapak asal program iaitu di Kampung Bukit Palah, namun kehadiran orang ramai ke program Pakatan Rakyat boleh dikatakan tidak terjejas.
Orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan pejabat DAP Melaka dan ada yang terpaksa berdiri di bahu-bahu jalan dan di pembahagi jalan.
Program semalam bermula pada jam 4.00 petang dengan konvoi motosikal dan kereta yang telah mendapat sambutan luar dugaan.
Antara pimpinan tertinggi PR Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Pimpinan PR negeri yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Pengerusi PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAP Negeri Melaka, Goh Leong San.
Turut hadir wakil-wakil NGO seperti HIshamuddin Rais mewakili Bersih; Singham dari Tindak; Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Andasura Rabu (Stop Lynas) dan Lee Chee Chern (Himpunan Hijau). Turut hadir bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Kesemua pimpinan parti dan wakil-wakil NGO serta Kadir telah berucap malam tadi.
Program tersebut juga turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Blues Gang, Ito yang menyampaikan 3 buah lagu.
Turun 12 Januari
Mohammad Sabu dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Melaka supaya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil.
"Sudah tiga kali kita mengadakan Himpunan Bersih, tetapi kerajaan dan SPR terus membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia".
"Kali ini pada 12 Januari 2013 kita akan turun ke Kuala Lumpur untuk sama-sama hadir pada program Himpunan Sejuta rakyat, kalau mereka degil lagi kita sepak mereka" tegas Muhammad dengan serius sambil menyepak angin.
Azmin dalam ucapan penuh semangatnya menjelaskan kepada rakyat bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalam keadaan parah di mana hutang negara sudah meningkat lebih RM500 bilion dan ianya sudah sampai tahap kronik.
"Adakah kita semua ingin melihat negara kita menjadi Greece yang bangkrap kerana Menteri Kewangan yang sangat 'cekap' sehingga negara hampir muflis"
"Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ekonomi negara kita sebagai contoh tahun1994 ialah 9.2 %, 1995 (9.8) dan 1996 (10 %) berbanding Najib yang pencapaiannya 2009 ialah -1.5 %, 2010 (7.2%) dan 2011 (5.1 %) sahaja.. Jadi siapa sebenarnya yang bijak menguruskan kewangan negara Anwar atau Najib" tanya Azmin.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw menegaskan bahawa sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka menukar kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
"Ketua Menteri Melaka menganjurkan kenduri kahwin anaknya hingga membelanjakan kira-kira RM1juta, ini duit siapa, sedangkan hutang negeri Melaka sudah hampir RM900 juta, tetapi Melaka hanya bayar hutang kepada pusat hanya RM180,000 tahun lepas".
"Manakala kerajaan pusat menzalimi rakyat dengan AES dan pelbagai lagi, mereka mencuri duit rakyat dengan dasar yang benar-benar zalim dan menyiksa rakyat" tegas beliau.
Sebelum ini tapak program terpaksa diubah dua kali akibat tuan tanah yang disewa tidak berani membenarkan tanahnya digunakan untuk program tersebut walaupun sudah bersetuju di peringkat awalnya kerana ugutan demi ugutan pihak yang berlagak samseng.
Kembara Oren lepasi jerat provokasi Umno
Khairul Azlam Mohamad, | 09 Dis 2012 |
KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.
Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan.
“Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.
“Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen-agen Barisan Nasional,” ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.
Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen-agen Barisan Nasional.
Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil.
“Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen-agen BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda.
“Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat ‘sekatan’ dengan ‘perisai manusia’ berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu.
“Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja,” jelasnya dengan nada kecewa.
Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata-kata provokasi.
Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang.
Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.
Persoalan berhubung Leman Raja Lawak terhangat
Harakahdaily, | 09 Dis 2012 |
Di tangga kedua berita sikap MCA terhadap ahli PAS terbaru Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang diibaratkan bagai 'selepas bercerai baru dituduh ketiak busuk'.
.
Tulisan saudara Aspan Alias bertajuk “Umno tidak bermoral, pemimpin pula rendah akhlak” yang mengulas tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang kini berani mengkritik campur tangan menteri BN di dalam urusan polis menduduki tangga ketiga.
.
Berikut ialah 15 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 2 Disember hingga 8 Disember, 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan