Posted on Thursday, December 20 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: shazzaki
"Kuala Lumpur, 24 Oktober - Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.
MORE "
MALAYSIA Boleh!!!!....Siapa Tak Sokong UMNO DiPersilakan Berambus!!!
Posted on Thursday, December 20 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Omak Kau !!!
Rupa-rupanya mana-mana warga Malaysia yang tak bodek ampu melangit UMNO kena berambus!!
Beritahu kebenaran.. KENA BERAMBUS!!!!
Sebab itulah agaknya kena impot warga Bangla, Indon, Myanmar, Nepal untuk gantikan warga Malaysia yang kena halau kot!!!
Disebabkan penduduk kampong marah sebab sokong UMNO dapat sampah maka ada pemimpin UMNO yang bersikap macam sampah juga.
Inilah kain rentang yang terdapat di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor dibawah DUN N21 Parit Yaani
Cara penyelesaian UMNO amat mudah sekali.....Tak mampu nak selesaikan kena buat cara purba zaman batu.. pakai guna politik primitif.
Anda mungkin juga meminati:
Apa Sebab Kita Kena Turun Ke Jalan Raya Pada #KL112 ?
Posted on Thursday, December 20 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Jalan Pulang
Ada yang bertanya kepada saya, apa pentingnya kita mesti turun ke jalan raya dan berarak ke Stadium Merdeka pada hari Sabtu, 12 Januari 2013 nanti?
Jawabnya sangat mudah.
Setelah berkajang-kajang surat dihantar, beratus-ratus memorandum diserahkan, berpuluh-puluh ribu laporan polis dibuat, beribu-ribu notis bantahan didedahkan, beratus-ratus dokumen penyelewengan dan salahguna kuasa dibongkar, nampaknya rejim Zionis Umno dan Barisan Nasional (BN) dan barua-barua dibawahnya langsung tidak melakukan tindakan mengikut lunas undang-undang penjajah yang mereka sendiri junjung.
Inilah masanya kita semua rakyat Malaysia mesti turun ke jalan raya buat kali penghabisan sebelum pilihanraya umum diadakan pada bulan Mac tahun depan.
Membuat perubahan di jalan raya satu bentuk tuntutan demokrasi, setelah semua cara dan langkah menurut lunas perlembagaan dibuat dan setelah kita semua bersabar dengan permainan politik rejim yang berkuasa.
Maka dengan ini, perubahan dan kuasa rakyat mesti ditunjukkan kepada rejim Zionis Umno sebelum sebarang tindakan yang menghancurkan negara dilakukan mereka.
Ini adalah ikhtiar terakhir kita sebagai rakyat yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan untuk menuntut hak kita yang dicabul satu demi satu sama ada kita sedar atau tidak.
Ayuh bangun semua, kita serlahkan api kemarahan kita secara terkawal dengan hadir bersama-sama jutaan rakyat negara ini mengubah nasib hidup kita jangan biar diperkotak katikkan rejim Zionis Umno yang makin menggila.
Apa saja tuntutan kita, bersihkan daftar pemilih dalam pilihanraya, tutup kilang Lynas yang mengancam nyawa, serahkan semula hak rakyat Kelantan dengan memberi royalti yang tertunggak sekian lama, bela nasib peneroka Felda yang dizalimi atau suruh batalkan sama AES yang membuncitkan kroni mereka, kita wajib hadir meletakkan hak kita pada tempat yang sepatutnya!
TURUN #KL112!
Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua mereka yang tidak puas hati
dengan kerajaan supaya menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12
Januari 2013.
Katanya, himpunan tersebut dianjurkan oleh semua NGO dan parti-parti politik yang ingin membuat perubahan, termasuk DAP, PAS, KEADILAN, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pihak-pihak lain, NGO dan oleh mereka yang bukan dari mana-mana NGO.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Mohamad berkata sesiapa sahaja yang marah dengan kerajaan dijemput untuk melepaskan kemarahan mereka dengan cara aman yang demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia.
Perhimpunan itu akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang 12 Januari 2013 bertempat di Stadium Merdeka.

Katanya, ini bagi menuntut hak rakyat dikembalikan sejajar dengan prinsip demokrasi berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.
Tambahnya
lagi, tiada sebab untuk rakyat Malaysia menidakkan apa sahaja rasa
tidak puas hati mereka dipendam hingga menjadi barah yang menghancurkan
negara jika tidak dilakukan segera.
Anwar cabar Najib debat isu ekonomi negara
Posted on Thursday, December 20 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Aliff Fikr
PETALING JAYA 20 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cabar Datuk Seri Najib Razak berdebat isu ekonomi, supaya Perdana Menteri boleh buktikan rekod pengurusan ekonomi negara berada dalam keadaan baik semasa pentadbirannya.
“Saya sekali lagi mencabar beliau untuk berdebat dan berbahas mengenai pengurusan ekonomi negara.
“Saya lontarkan cabaran ini kerana yakin isu ini merupakan isu yang paling menarik minat rakyat dalam menghadapi PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke 13) kerana rakyat nak tahu bagaimana tata kelola pengurusan ekonomi yang baik. “Najib harus terima cabaran ini untuk buktikan rekod pengurusan ekonomi beliau yang didakwa berada dalam keadaan baik, bukannya mengelak dari menjawab isu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai pengeluaran wang haram di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia.
Laporan itu menyebut, Malaysia merupakan satu-satunya negara di kedudukan tercorot meningkat sekali ganda pengeluaran aliran wang haram dari 2009 hingga 2010.
Jumlah wang haram meningkat 111 peratus daripada US$30.4 bilion (RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 bilion pada 2010.
Dalam pada itu, Ketua Umum KEADILAN memaklumkan, sidang medianya memfokus kepada aliran wang haram yang dimulakan hari ini akan diteruskan sehingga menjelang PRU 13.
“Kita tidak mahu ketiadaan disiplin dalam tata kelola ekonomi akan menyebabkan negara ini ranap. Kita juga tidak mahu
penyelewengan dan rasuah ini berterusan dalam negara,” kata bekas Menteri Kewangan itu.
“Sidang media ini perlu untuk kita sentiasa memberi penerangan berhubung perkara yang berhubung kait dengan kegiatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, akhirnya mengakibatkan percambahan ekonomi negara berada dalam keadaan membimbangkan,” tegas Anwar.
Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty; Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.
Bagi menyelesaikan perkara itu, kata Anwar, beliau akan menjemput Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, Global Financial Integrity (GFI) dan Menteri Besar/Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat ke satu program meja bulat pada Januari tahun hadapan.
“Saya percaya negara memerlukan pendekatan membina untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah segera perlu diambil dengan memuktamadkan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan, bukannya dengan mengelak dari menjawab isu seperti mana gelagat Najib ketika ini,” kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41484
Anwar cabar Najib debat isu ekonomi negara »
36 ditahan terlibat kes gaduh di Sg Petani
Posted on Thursday, December 20 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber FMT
ALOR SETAR: Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani
Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.
“Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.
Katanya polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.
Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.
Katanya apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.
Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.
“Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta,” katanya.
Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.
Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.
“Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger,” kata Ahmad.
Bernama

Musa Hassan berhadapan saman RM100j kerana menfitnah
Posted on Thursday, December 20 @ 19:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.
Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
''Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini. Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.
Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.
Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."
"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."
Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.
Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.
Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.
"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.
Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.
"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang pula.
Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.
Musa Hassan berhadapan saman RM100j kerana menfitnah
AES sistem untuk memerangkap wang rakyat
Posted on Thursday, December 20 @ 15:21:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh newkk
Mengikut Prof Dr.Radin, setiap hari dikira 2 orang maut kerana kemalangan dijalanraya. Itu mungkin kecuaian yang lakukan oleh manusia dan tentunya berpuloh-puloh kemalangan berlaku setiap hari dan berpoluh orang juga cedera dan dimasukkan ke hospital. Apakah ini semua kerana di Malaysia hari ini terdapat jalanraya yang baik dan lebuhraya yang bagus sehingga menyebabkan berlaku kemalangan yang boleh mengerbonkan nyawa manusia.
Jawabnya ya dan tidak.
Ya,
kemalangan berlaku kerana kecuaian manusia yang banyaknya, cuai kerana
jalan raya yang elok dan memuaskan menyebabkan pemandu kadang-kadang
lalai dengan kelajuan kenderaan walaupun banyak papan tanda disediakan
bagi mengingatkan had laju dan kawasan yang berbahaya. tapi cuai tetap
berlaku.
Tidak.
kerana tidak mungkin pemandu berhasrat memusnahkan hidupnya dengan
membiarkan nyawa dipertaruhkan diatas jalanraya, kecualilah pemandu
tersebut dipengaruhi dengan unsur hayal seperti dadah dan arak.
Kemalangan berlaku kerana kecuaian dan kecelakaan. Tidak ada sesiapapun
minta kemalangan berlaku kecuali orang itu gila (hilang akal).
Hasrat
Kerajaan untuk mengurangkan kecelakaan jalanraya telah dilakukan sejak
lama dan berbagai-bagai cara, papan tanda ada dimerata-rata tempat
sebagai petunjuk kepada pengguna jalanraya, tapi kemalangan tetap juga
berlaku, kadang-kadang kemalangan yang ringin dan ada yang menerima
kecelakaan kemalangan yang mengerikan, mengorbankan nyawa.
Baru-baru
ini kerajaan memperkenalkan satu alat bagi mencari kesalahan pengguna
jalanraya. Satu sistem dipasang bagi memerangkap pemandu dan tuan punya
kenderaan untuk memunggut hasil kepada syarikat dan kerajaan. Kecoh
seluruh negara sehinggalan pihak Peguam Negara mengeluarkan satu arahan
supaya sistem yang memerangkap untuk menunggah wang secara mudah
dihentikan.
Automated
Enforcement Syastem (AES) diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai
satu keadah memeras wang pemandu dan pemilik kenderaan dengan mudah
yang mana sekiranya camera sistem AES tersebut mengambil gambar
mana-mana kenderaan secara automatik dikenakan denda tanpa belas
kasihan. Satu sistem yang dianggap zalim.
Tahukah
kerajaan, bahawa tidak semua pemandu dan pemilik kenderaan tak ada
'otak', hanya yang tak ada otak saja yang sanggup memandu untuk
membunuh diri, yang waras akan memandu secekapnya, kelajuan juga di
pecut ditempat yang kira selamat, melebihi had laju tidak semestinya
menempah maut kerana dijalan yang lurus tidak ada perbedzaan ketara
mamandu dengan kelajuan 90 km dengan 110 km sejam, tapi menjadi satu
kesalahan dan diwajibkan bayar apabila AES memerangkap had laju
tersebut.
Kerajaan
akan dilihat cerdik sekiranya denda yang di anjurkan oleh AES dibayar
balik kepada tuannya wang denda yang dikenakan terdahulu daripada ini
akibat sistem memerangkap itu dan terus membatalkan perangkap
membebankan rakyat yang dinamakan AES itu kerana rakyat diberitahu
sistem AES itu tidak boleh mengurangkan kemalangan jalanraya, tidak boleh menyelamatkan kematian,
kerana sebenarnya kerajaan secara sukarela membiarkan perangkap
dipasang untuk membebankan pemandu jalanraya dan pemilik kenderaan.
Banyak
lagi cara untuk memberi kefahaman kepada pemandu dan pemilik kenderaan
supaya berhati-hati dijalan raya, mengajar adalah lebih baik dari
memerangkap dan denda, undang-undang yang ada sudah mencukupi bagi
mengajar pesalah jalanraya hanya yang perlu tindakan hendaklah
dilaksanakan secukupnya.
Persoalan
yang dibanghkitkan, apa perlunya AES sedangkan dah banyak peraturan
dan undang-undang jalanraya dinegera ini, laksanakan dengan jujur
kerana rakyat Malaysia masih menghormati undang-undang. Buat apa
ujudkan sistem yang membebankan yang banyak menimbulkan persoalan.
Apakah AES itu diadakan kerana untuk mencegah atau untuk memerangkap
wang rakyat.
Sumber links
Soalan nya ialah apa untung nya Melayu jika UMNO tewas, bukan apa rugi nya mereka kalau UMNO tewas
Posted on Thursday, December 20 @ 15:14:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Sakmongkol AK47
Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan UMNO tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. UMNO pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan UMNO yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada UMNO? UMNO hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa UMNO, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada UMNO.Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh UMNO hanya perlu bertanya- adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah UMNO? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika UMNO tewas. Mari kita berhenti dari diperbudak budakkan oleh UMNO dan ditakutkan oleh UMNO supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.
Melayu yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa dan jual bangsa. Eloklah kita nyatakan disini- kita tetap Melayu- yang cina itu biarlah dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja. Bukankah lebih baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini- berhentilah jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu tentukan parti mana kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita pilih- yang penting kita hendak lawan UMNO. UMNO yang bersenapang ajak kita lawan, tapi mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih. Tapi inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai oleh orang yang bermutu rendah. bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Yang cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS. Jadi apa yang tinggal dalam UMNO? Half past six punya orang.
Melayu dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment keMelayuan nya dari Melayu dalam UMNO. Orang UMNO tidak perlu cakap besar mereka lebih utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak tahu latar belakang kamu.
Hanya mereka berada dalam parti politik yang berlainan. Orang Melayu hari ini bukan lagi kerja mereka menaksir jika UMNO kalah apa jadi kepada orang Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita bukan budak kecil atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh UMNO. Dalam pada jaga itulah pemimpin UMNO ambil kesempatan dan malakukan rasuah dan lain2 penganiayaan terhadap bangsa sendiri.
Cuba kita tanya, soalan yang lebih penting- boleh kah kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusan nya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan UMNO. UMNO tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak UMNO.
Kalau UMNO utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah reseb Melayu. Kalau UMNO utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau UMNO sayangkan raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan kezaliman dan kejahatan dan penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2 Melayu kalau dibiarkan. UMNO biarkan sebab mereka boleh ugut raja2 Melayu kalau tidak ikut UMNO, maka masa depan raja Melayu yang diancam. Yang mengancam? UMNO!
Orang UMNO selalu bertanya- bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau UMNO kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. jika UMNO kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat? Apa kebaikan2 nya? Bukan nya, kalau UMNO kalah, orang Melayu boleh terus hidup atau tidak, agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan terus ujud atau tidak.
Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau UMNO kalah. UMNO bukan Tuhan yang dipuja oleh penyokomg nya. Seolah olah nya, kalau UMNO tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat. Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.
Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sitem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu system yang didukung oleh UMNO dan para pemimpin nya gagal mengubah system tersebut.
Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah UMNO- pemimpin UMNO sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah. Itu 47% dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70% adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh UMNO?
sumber links

Tahniah kepada SM Islam DarulBayan Pinang Merah, Paka, Dungun atas Keputusan PMR
Posted on Thursday, December 20 @ 14:36:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh: cybershot
"
SMI Darul Bayan Pinang Merah (SMIDB) buat pertama kalinya mengambil PMR untuk sesi pertama dengan bilangan pelajarnya 17 orang untuk tahun 2012. SMIDB masih lagi dalam pembinaan dan banyak infrastruktur masih lagi belum mencukupi dengan bilangan tenaga pengajar yang amat minimum tetapi menujukkan suatu prestasi yang amat baik.
Dengan keputusan seorang mendapat straight A, 9A, sseorang mendapat 7A, 2 orang mendapat 6A dan 3 orang mendapat 5A sangat mengalakkan memandangkan syarat kemasukkan hanya 3A untuk UPSR dan ada yang bawah daripada itu.
Pelajar yang belajar dengan 23 subjek termasuk menghafal Al Quran serta banyak komitmen lain sudah tentu akan Nampak membebankan tetapi atas usaha gigih guru-guru SMIDB serta sokongan padu daripada DarulBayan Sdn Bhd. telah membuatkan kelamahan yang ada dapati tanggani dengan baik.
Satu lagi yang membantu ialah usaha daripada ramai kalangan guru-guru luar dan guru pencen termasuk Guru Besar dan Pegetua Pencen telah banyak membantu.
Saya cukup tertarik kepada sekolah ini bukan sahaja kepada kerjayaan PMR baru-baru tetapi aktiviti duniawi dan kerohoniannya yang cukup seimbang dan ini memberikan pelajar satu input yang sangat berguna.
Tahniah kepada semua yang terbabit. Walaupun anda dibayar tidak setimpa dengan apa yang anda lakukan sesungguh Allah pasti akan memberikan kemulian!
Aktiviti riadah di perkarangan bangunan SMIDB
Aktiviti kerohonian
Pelajar lelaki
Pelajar Perempuan
Aktiviti Perkehmahan
Kursus guru di Mayang Sari
Guru-guru SMIDB diberi kursus setara dengan guru-guru Sekolah Kerajaan.
Sukan Olahraga.
Kelas Malam
Aktiviti dan taklimat
Aktiviti kokurikulum
Merentas Desa
Merentas Desa
Merentas Desa - Pelajar perempuan walaupun berpurdah tak terkecuali!
Badan Beruniform satu daripada aktiviti kokurikulum
Sebarang Sumbangan/Derma/Saham Wakaf boleh di buat melalui akaun berikut:
Nama: MADRASAH DARUL BAYAN
BIMB : 1304 4010 0087 76
CIMB : 1308 0000 0861 01
MAYBANK : 5630 8200 4089
Untuk sebarang maklumat, sila hubungi:
Ust Jamaludin Bin Jusoh
[ PENGETUA ]
H/P: 0199156365
Email: smislamdarulbayan@gmail.com"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan