Selasa, 11 Disember 2012

CARI MAKAN TANPA PENDULI DOSA PAYAH KOD DAPAT HIDAYAH DARI ALLAH...LEBIH2 LAGI JARANG2 HADIR MAJLIS ILMU...TAK DATANG LANGSUNG LAGI TERUKLAH

Syukran !!! Giliran Piere Adree Pula Berhijrah Ke Pada Yang Lebih Baik.
Posted on Tuesday, December 11 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"Kagum melihat Pierre Andre apabila beliau menceritakan kisah penghijrahannya..... walaupun kawannya kini mula menjauhkan diri darinya, beliau tetap teguh dengan pendiriannya untuk berjuang demi agama islam...

Beliau kini merancang untuk membuat satu filem bercirikan islamik sepenuhnya dan juga kini beliau mula menulis novel-novel islamik yang bertujuan untuk berdakwah kepada anak-anak muda... Semoga Allah memberkati perjuangannya.... Amin...


Pelakun Piere Adree sedang Di temuramah...

~ Dipetik dari Majalah i

Nukilan Abu Luqman"
 


Woi Najib, ingat orang India ni barang mainan ker?
Posted on Tuesday, December 11 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Najib mahu kelentong orang India pulak!Najib ingat orang India boleh gentel gentel macam keropok, malah Najib tanpa segan silu mahu orang India jadi simpanan tetap BN sebagai penjamin kemenangan pada PRU 13 nanti.Awas orang India, awas kerana anda sekelian sedang dipukau oleh Najib.

Najib terus menerus mahu menipu rakyat, kali ini orang India pula apabila dia mengatakan satu undi kepada PR bermakna huru hara, sedangkan yang sebenarnya satu undi untuk BN merupakan kemusnahan besar kepada negara.

Najib mahu orang India lupa bahawa huruhara yang dicetuskan semasa perhimpunan Hindraf dulu dimulakan oleh BN, Najib mahu orang India lupa bagaimana orang orang India berbondong bondong membanjiri ceramah PAS,PKR dan DAP(sebelum PR ditubuhkan), Najib mahu orang India lupa bagaimana jalinan persaudaraan orang India dan melayu serta cina selepas PRU 12 lalu dan menjadi simpanan tetap kepada BN.

Apakah tawaran Najib sebagai balasan? hampir null. Najib janji kosong kerana Najib masih lagi leka dibuai mimpi dan percaya orang India mudah diperdayakan.

Najib sudah hilang akal, sudah habis ikhtiar, namun masih tidak mampu untuk menggunakan kuasanya membubarkan parlimen.

woi Najib, ingat orang India ni barang mainan ker?"
 

Antara Hasil Nadir Bumi Dari LYNAS
Posted on Tuesday, December 11 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mr_zaxx

"Salam

Dalam membaca beberapa perbincangan rakan2 berkaitan dengan isu LYNAS... saya tertarik dengan pandangan seorang forumer ini yg mengutarakan beberapa hasil2 output dari nadir bumi yang diproses ini. Sejauh mana kita bersedia menghadapi kesan-kesan yang mungkin terjadi jika sebarang langkah pencegahan gagal dilakukan...?

By POPULAROPINION:

Lantanid mengandungi 15 elemen seperti lantanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium dan lutetium.

Semua elemen ini sangat berguna kepada manusia.

Tetapi dalam proses untuk mengasingkan elemen-elemen ini,asid sulfurik digunakan dalam kuantiti yang banyak. Asid sulfurik bersifat mengkakis. Risiko pendedahan kepada penduduk tempatan rendah kecuali ada lori yang membawa asid ini terbalik. Bekerja dengan asid sulfurik pula sangat bahaya.

Kabus asid sulfurik diketahui sebagai penyebab kanser terutamanya kepada larinks.

Bagaimana sisa asid sulfurik dilupuskan? Adakah ia dihantar ke Kualiti Alam di Negeri Sembilan? Adakah ia dibuang ke Sungai Balok?

Hasil utama lantanid ialah lantanum. Lantanum digunakan untuk pengeluaran bateri NiMH (Sebuah kilang bateri hampir siap di Seremban. Adakah ia menggunakan lantanum dari kilang Lynas di Gebeng sebagai bahan mentah?)Habuk lantanum berisiko untuk menyebabkan penyakit pneomoconiosis. Bagaimanakah habuk dari kilang Lynas dikawal dari merebak ke penduduk Kuantan?

Produk sampingan dalam pengeluaran lantanum ialah thorium.Thorium ini bersifat radioaktif. Thorium menjadi sumber bahanapi kepada reaktor nuklear. Setakat ini tiga buah reaktor nuklear di India, Jerman dan USA menggunakan thorium sebagai bahanapi.

Perkara yang boleh dibincangkan ialah bagaimana lumpur yang mengandungi thorium akan disimpan? Lumpur itu akhirnya akan diproses juga untuk mendapatkan thorium. Adakah fasiliti memproses lumpur yang mengandungi thorium akan dibina di sekitar Gebeng?

Adakah Kuantan bakal menjadi pengeksport thorium yang terbesar di dunia? Adakah thorium itu akan digunakan dalam negara untuk menjalankan reaktor nuklear kepunyaan Malaysia? Bilakah Malaysia bakal mempunyai reaktor nuklear yang menggunakan thorium sebagai bahanapi? Adakah reaktor itu dibina di tepi laut, di tepi tasik atau di tepi sungai? Adakah kawasan sekitar Tasik Chini sesuai untuk membuat loji nuklear?

Bolehkah lumpur yang mengandungi thorium menjadi kering dan seterusnya habuk yang terbentuk ditiup angin ke Beserah dan Tanjung Api? Thorium memancarkan sinar alfa. Sinar alfa bahaya apabila masuk ke dalam badan melalui hidung dan mulut. Sinar alfa boleh dilindungi oleh kulit manusia. Jika ini berlaku, selamatkah jika makan atau membeli makanan di gerai-gerai di Beserah dan Batu Hitam?

Elemen-elemen lain dalam lantanid boleh dibincangkan lagi kerana ada 14 elemen lain dalam lantanid selain dari lantanum."


 Siapa kata pemimpin UMNO sekarang baik?
Posted on Tuesday, December 11 @ 13:02:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum, ...

Terpandang tulisan pencacai di FB yang mengatakan pemimpin UMNO sekarang baik baik belaka berbanding dengan pemimpin UMNO masa lalu yang membuatkan Dato Zahrain mahu kembali semula ke pangkuan UMNO.

Dato Zahrain in kalau tidak betul pun mungkin sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang waras. Apa tidaknya sesudah UMNO dari pemimpin atasnya sehingga ke bawahnya bertempik besorak kosong di PAU, tiba tiba Zahrain (maaf penulis tak tahu katak yang sekor lagi tu) menggantikan DHA dan geng dia sorang lagi tu melaungkan kebaikan UMNO yang sudah diketahui tidak akan dan tidak pernah baik sejak dulu, bermakna pemimpin UMNO sekarang dan dulu wajahnya sama tak akan baik, sekalipun pemimpin paling atas kelihatan makan nasi daun pisang di jalanan.

Orang yang berkata UMNO itu baik tentunya bukan orang baik, seperti Zahrain sendiri yang telah keluar dari paya keladi kerana paya tersebut tidak menjanjikan kemewahan yang diinginkanya. Oleh itu tentunya pujian yang dihamburkan kepada pemimpin UMNO yang jahat itu ada makna.

Penulis menegaskan pemimpin UMNO JAHAT kerana baru saja kesemua mereka bertempik di PAU berbohong dari awal PAU sehinggalah hari ini. Tiada lain yang dibawa oleh mereka selain pembohongan yang semakin jelas dan terserlah.

Apa lagi yang dapat diharapkan dari mereka?kehacuran dan kemusnahan negara. Yang mereka tahu hanyalah perlekehkan usaha orang lain, satu satunya kepakaran mereka ialah berbohong. Lihat saja bagaimana mereka memperlekehkan usaha PR untuk kesejahteraan rakyat melalui buku jingga, mereka kata itu janji kosong PR yang tidak pandai memerintah walhal yang tak pandai memerintah adalah mereka, mereka memanggil buku jingga sebagai buku jin GAY, satu gelaran yang mereka reka sendiri bagi mengaibkan orang lain, tetapi itu sebenarnya kapakaran yang ada pada mereka untuk memerintah.

Mereka menentang LGBT tetapi mereka enggan melaksanakan hukum yang boleh menghalang LGBT dari dijadikan cara hidup, malah ada di kalangan mereka yang dikatakan hidup sebagai LGBT yang tidak diiktiraf.

Melihat gelagat pemimpin UMNO hari ini, tidak perlu lagi dihuraikan betapa Zahrain membuat salah besar untukmengatakan mereka baik, malah kelihatan Zahrain berbohong ketika menyatakannya. Ini bermakna Zahrain juga sudah jadi macam mereka pembohong dan pembohong tempatnya bersama pembohong juga."

 AES bukan dipolitikkan tetapi memang bangang!
Posted on Tuesday, December 11 @ 13:29:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: senik

"Assalamualaikum Ketua Pengarah JPJ pagi tadi mengumumkan AES akan diteruskan sekalipun mendapat tentangan berbagai pihak termasuk pihak pihak yang mempolitikkannya.Dakwaan mempolitikkan itu khususnya ditujukan kepada kerajaan PR Selangor yang tegas untuk mencabut "menatang" AES tersebut.Satu hujah yang dibiasa didengar dialunkan oleh barua UMNO setiap kali ada penentangan rakyat terhadap satu satu projek.

Untuk kes AES ini, baruanya ialah Ketua Pengarah JPJ.Tetapi siapa Ketua Pengarah JPJ yang mempunyai bidang kuasa yang begitu tinggi sehingga boleh memutuskan sesuatu yang melibatkan rakyat jelata?

Apapun, EAS bukanlah suatu yang dipolitikkan, tetapi dijadikan alat politik pemimpin UMNO bagi menjana pendapatan tambahan sambil memberi ruang yang luas kepada kroni untuk berniaga.Berniaga atas keperitan rakyat.Bayangkanlah selama lebih kurang 2 bulan, AES sudah mengumpulkan sejumlah RM77,069 juta,satu cara yang paling mudah untuk cari wang, lebih mudah dari menyertai program reality money drop.Nanti semua rakyat yang terperangkap dengan AES bakal diperah untuk membayar saman seperti yang pernah dilalui oleh rakyat negara ini beberapa kali di zaman Mahathir dan Dollah badawi.Nampaknya Najib lebih advance dalam memerah rakyat.

Pendek cerita, AES bukanlah dipolitikkan oleh kerajaan Selangor atau PR atau mana mana pihak di kalangan rakyat tetapi AES memang bangang dan wajar ditentang oleh semua termasuk ahli UMNO.


 ISA SAMAD : Koperasi Permodalan FELDA (KPF) Bakal Dilacurkan
Posted on Tuesday, December 11 @ 13:32:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Artikel Oleh: PenyemakBumi

"ISA SAMAD : Koperasi Permodalan FELDA (KPF) Bakal Dilacurkan

Sejarah penubuhan FELDA .. dimana segala KOS Operasi dan pembangunannya di tanggung oleh PENEROKA menjadikan FELDA sebagai Milik PENEROKA ...

Apabila FELDA di swastakan ... yang mana LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN menubuhkan Syarikat FELDA HOLDING dibawahnya untuk mengurus segala Aset FELDA dan kepentingan didalamnya .... MAKA KPF ( koperasi permodalan Felda ) diwujudkan untuk mewakili PENEROKA dan Petugas petugas FELDA sebagai pemegang saham dan sebagai pemilik bersama FELDA HOLDING beserta segala ASET dan kepentingannya ....

dalam arti kata lain .. KPF merupakan Nadi dan wakil kepada Peneroka dan Warga Felda didalam FELDA HOLDING ...

Malangnya .. hari ini .. kerakusan ISA SAMAD yang telah berjaya menguasai 49% kepentingan FELDA HOLDING apabila diangkat untuk dijadikan pengerusi LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN ..... hari ini cuba pula untuk menguasai KPF dengan menjadi ahlinya walaupun tidak layak ...

percubaan kali pertama pada mac lepas yang mana egm terpaksa dibatalkan kerana 8 org pemegang saham KPF berjaya mendapatkan injuksi mahkamah bagi menghalang nafsu serakah ISA SAMAD ini ...

Cubaan kedua pada Jun lepas juga berjaya di halang .. apabila keahlian Isa Samad di gantung oleh mahkamah kerana melanggar syarat keahlian KPF .... Cita cita ISA Samad dan Koncu Koncunya untuk memuaskan NAFSU dengan MEROGOL dan MELACURKAN KPF kepada Pasaran Terbuka melalui FELDA GLOBAL VENTURE yang sebelum ini punya rekod boruk dalam pelaburannya di luar negara sekali lagi berjaya dihalang ....

MALANGNYA ... Sekali lagi .. beberapa hari lepas .. Melalui SKM atas arahan Ismail Sabri Yaakob .... mesyuarat Agung KPF pada JUN lepas telah dibatalkan atas sebab teknikal yang meragukan.... sedangkan SKM sendiri menghadiri Mesyuarat agung tersebut ...

di sini sekali lagi ISA SAMAD punya peluang Untuk Merogol dan Melacurkan KPF kepada Pihak Asing ....

bibit bibit kehancuran KPF yang menjadi NADI peneroka didalam FELDA HOLDING .. dan juga MARUAH PENEROKA DAN WARGA FELDA yang selama ini membangunkan FELDA mula kelihatan ....

jika ini tidak di sekat, tidak di halang,... tidak diperjuangkan untuk menyelamatkan KPF .. Maka ISA SAMAD dan koncu koncunya atas restu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak .....ISA SAMAD akan sewenang wenangnya ... merogol MARUAH DAN KEPENTINGAN PENEROKA ......

Jerih Perih, Derita dan Air Mata, Keringan Serta Darah peneroka yang mengalir selama ini .. membangun dan menjulang FELDA hingga ketahap ini .. bakal menjadi angin sia sia ... di ratah rakus .. oleh Nafsu Serakah ISA SAMAD ...

Mari bersama kami ... LIKE PAGE ini , mengikuti perkembangan semasanya .. dimana kami akan bersama sama anda menyekat usaha JAHAT Isa Samad ini .. walau dengan apa harga sekalipun ......

Membujur Lalu melintang Patah ..KPF perlu di selamatkan .. dan ANDA ... adalah tangan tangan .... yang perlu bertindak .. untuk menyelamatkannya ... AYOH .. Bersama Kami .... Selamatkan KPF, PERTAHANKAN FELDA ...
 SUMBER : GengOren 

 Ambik nak sangat
Posted on Tuesday, December 11 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"Salah seorang kawan lama penulis berkata ramai orang umno yang kata padanya pru 13 ini kami akan undi PAS.

Kawan lama penulis itu kelihatan sangat gembira dengan perkembangan tersebut. Bukan setakat itu sahaja malah sangat yakin dan percaya dengan pengakuan itu, dan PAS ada cam memerintah semula Terengganu.

Kata beliau lagi, itu ikrar yang dibuat beberapa orang umno pada saya ketika bertemu dalam beberapa majlis walimatul urus perkahwinan banyak pada waktu cuti sekolah.

Bercakap pasal ikrar orang umno teringat penulis akan prihal Ibrahim Ali yang yang menang bertanding atas tiket PAS di perliman Pasir Mas, berkata jiwanya adalah jiwa umno.

Pada hemat penulis, ikrar yang dibuat oleh kebanyakan orang umno kini merupakan satu taktik baru yang pernah dilakukan semasa PAS memerintah Terengganu dahulu (1999-2004).

Tahukah anda, kebanyakan orang umno waktu itu menggunakan “ikrar” itu sebagai senjata yang paling berkesan untuk membuat pucuk kepimpinan PAS yakin dan percaya yang mereka sudah berubah dan tak mahu lagi kepada umno.

Pendek kata, kebanyakan pucuk kepimpinan PAS lebih percaya orang umno berbanding dengan orang PAS sendiri .Lebih lebih lagi ada sesetengah berkata bahawa “saya tak mahu lagi pada umno”, macam kata kawan penulis bahawa “saya nak undi pas kali ini”

Macam apa yang berlaku pada umat islam zaman sekarang anak anak lebih percaya orang luar berbanding dengan ibubapa sendiri.Adik beradik satu keluarga lebih percaya kawannya berbanding abangnya sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, malahan beberapa EXCO atas nama yakin dan percaya mereka sudah berubah diberi peluang untuk menjawat dilantik sebagai JSR.

Beberapa EXCO ketika berucap menyatakan umnolah yang memberi kemenangan kepada PAS di negeri Terengganu.

Atas sebab itu ramai orang umno yang datang tepuk bahu pucuk pimpinan PAS mendapat habuan, termasuk dapat balak dan projek projek kerajaan dan anaktiri orang PAS.

Pembahagian lot lot tanah kedianan dan pertanian sebanyak lima puluh ribu lot yang diluluskan sepanjang pemerintahan PAS yang diluluskan kepada orang PAS hanya boleh dibilang dengan jari.

Oleh itu, Ikrar Ibrahim Ali harus diambil kira. Beliau walaupun sudah di pecat dari umno, tetapi jiwanya adalah jiwa umno dan tetap berjiwa umno.Ingat taktik jahat umno yang akan masuk dalam perut nanti."


 Pemimpin Yang Tidak Jujur
Posted on Tuesday, December 11 @ 13:32:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tazkirah

"Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalud ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, "Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (HR Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi).

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari)

Wallahu 'alam.

Sumber: Lenggang Kangkung



Patutlah Sultan Pahang Mencuka!!
Posted on Tuesday, December 11 @ 13:36:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: laniismaa

"Datin Seri Rosmah Mansor akan menjawab fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya melalui satu biografi bakal diterbitkan pada pertengahan Januari depan dan dijangkakan menjawab secara telus setiap dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan diri isteri Perdana Menteri itu.

Penasihat penerbitan Biografi berjudul “Rosmah Mansor” itu, Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diperuntukkan khas dalam satu bab untuk buku setebal 164 halaman yang dikarang bersama oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.

"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau akan menjawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah,” kata timbalan menteri di jabatan perdana menteri itu.

“Kalau ada 10 objektif, salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat,” kata ahli Parlimen Pontian itu lagi ketika sidang media selepas pelancaran biografi tersebut di sini.
Ditanya pemberita apakah bentuk tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada wanita pertama negara itu, beliau  bagaimanapun enggan menyatakannya.
“Kita tunggulah kemudian,” katanya.
Pelancaran biografi yang diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Turut hadir dalam majlis pelancaran hari ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebuah lagu khas bertajuk “Wanita Perdana” turut dicipta dan diperdengarkan kepada tetamu ketika majlis tersebut yang turut meraikan majlis ulangtahun kelahiran Rosmah yang dicipta khas oleh komposer terkenal tanah air Datuk Suhaimi Mohd Zain, atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Lagu tersebut dinyanyikan oleh Misha Omar, dimana liriknya dihasilkan oleh penggiat teater serta pengarah filem dan drama, Rosminah Tahir. - TMI
Nampaknya auta Kak Mah menjadi, beriya-riya Sultan Pahang melancarkan apa yang belum siap!!! Berbelit begitulah apa yang ada dalam buku tersebut nanti!!
Patutlah Sultan Pahang mencuka, lihat GAMBAR!!



Malunya, orang Hindu lebih prihatin dari orang Melayu
Posted on Tuesday, December 11 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Akhbar bertarikh 11 Disember 2012 melaporkan seorang pemimpin masyarakat bernama Renu Perumah mendesak agar pihak berkuasa yang berkaitan (PBT lah tu) agar mengambil tindakan keras terhadap kedai runcit yang terdapat di kawasan taman perumahan yang menjual arak. Ini adalah kerana kedai runcit kebiasaannya tidak diberi lesen untuk menjual arak. Beliau menyatakan ramai anak muda menjadi ketagih arak dan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat setempat kerana ianya amat mudah dibeli ketika ini.

Alamak, malunya, orang Hindu lebih prihatin terhadap belia-belia India yang ketagih arak. Orang Melayu bukan sahaja tak prihatin, malah bekerja pula di pasaraya, pasar mini yang menjual arak di kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu Islam seperti yang terdapat di sebuah pasar mini yang baru dibuka di Taman Teratai, Senawang. Saya mulanya tak perasan, tapi isteri saya yang perasan.

Tak salah orang Melayu, pemimpin Melayu nak jadi juara hudud, juara isu murtad, juara anti LGBT, juara membela nasib rakyat Gaza (sedangkan rakyat Gaza majoriti solat, orang Melayu majoriti tak solat) , tapi jangan lupa akan ancaman yang berlaku di taman perumahan kita sendiri, di kejiranan kita. Patutlah ada pepatah “Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak”, sebab ianya adalah realiti orang Melayu beragama Islam masakini, dulu, kini dan kita harapkan tak selamanya.

Outrage over liquor in sundry shopsDecember 11, 2012

AUTHORITIES have been urged to take action against sundry shops that sell cheap liquor in housing estates.

Bagan Serai Peoples Progressive Party deputy chief Renu Perumah in making the call said most of these shops were not even licensed to sell alcohol, reported Makkal Osai.

He said many young people were now addicted to liquor due to its easy availability.

“Many social problems in our community are caused by young people addicted to alcohol. They are willing to commit crimes to satisfy their addiction,” he said on Friday.

He said the relevant authorities must take immediate action, including closing down these errant sundry shops for selling cheap liquor which was not only causing social ills but also very dangerous to the drinkers.

Source: thestar.com.my



 



Tiada ulasan: