Ahad, 9 Disember 2012

LUPA HAL DUNIA BOLEH TAHAN LAGI...JANGAN KITA LUPA AKAN MATI...DUDUK DALAM TANAH YANG TIADA TEMAN SERTA GELAP GULITA...BERTAUBAT DAN BERHENTILAH BUAT JAHAT...MENIPU DAN ZALIM

Penduduk Kampung Gombak Utara tuntut Pemuda Umno minta maaf
Posted on Sunday, December 09 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Sidiqin OmarKeadilan Daily



KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.

“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memohon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.

“Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno.

Sumber

Desak Koperal Jenain mohon maaf secara terbuka
Posted on Sunday, December 09 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Ruwaida Md Zain
Sinar Harian


Desak Koperal Jenain mohon maaf secara terbuka
Khalid, Azura, dan Norsiah ketika sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi didesak memohon maaf secara bersemuka dengan ibu dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 yang mati terkena tembakan anggota polis terbabit dua tahun lalu.

Kakak mangsa, Aisyah berkata, Jenain, 42, perlu menemui ibunya, Norsiah Mohamad, 62, untuk meminta maaf dan menceritakan segala yang berlaku kepada mereka pada malam kejadian.

“Dia (Jenain) perlu datang berjumpa, bersemuka dan meminta maaf dengan kami, terutamanya ibu. Kami hendak dengar dari mulut dia sendiri, apa sebenarnya berlaku pada malam tersebut,” katanya.

Norsiah kesal dengan tindakan Jenain yang hanya memohon maaf kepada keluarganya  di hadapan pemberita, selepas dibebaskan  daripada hukuman penjara dalam kes tersebut Rabu lalu.

Beliau juga terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Jenain atas alasan hanya menjalankan tugas dan membunuh tanpa niat.

Seorang lagi kakak Allahyarham, Azura, berkata, walaupun keluarga mereka menghormati keputusan mahkamah itu mereka berasa mereka tiada berpeluang untuk membela diri seadilnya.

"Saya amat berharap semakan berhubung kes kematian adik kami dibuat semula,” katanya pada sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang hadir di sidang media tersebut, berkata, pihak Peguam Negara mesti menyemak dan melihat semula keputusan mahkamah berkenaan.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan Jenain dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki itu, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.

Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Sumber: sinarharian.com.my


Kaum Indian Pun Mai dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Negeri Kedah
Posted on Saturday, December 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"

Ustaz Azhar Memulakan Kuliah Di Kompleks Sukan, kedah






Inilah gambar sekitar ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Kedah... Dan Kaum India Pun Hadir Kuliah Tu...

Nukilan ABu Luqman"


 Fokus Pelangai - Bhg. 3 - Gajah Putih Dun Pelangai
Posted on Saturday, December 08 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh orangkacamata Pahang

Siapa sangka gajah putih juga wujud di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong yang sudah 6 penggal diwakili oleh Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob ini.

Projek Pusat Latihan Polis tidak beberapa jauh dari persimpangan Karak - Kuala Pilah telah lama terbengkalai. Papan tanda projek pula sudah dipanjat "ulan".


Pekerja tidak dibayar gaji, ramai yang telah beralih arah kerana tidak mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan di sini. Bagi yang tidak mempunyai arah tuju, besi-besi dan apa sahaja yang menghasilkan wang di tapak projek mereka jualkan untuk mendapatkan sedikit wang.

Sementara itu, hutan sekeliling telah digondolkan.

Apakah Adun Pelangai tidak sempat untuk memantau projek pembangunan di kawasannya sendiri kerana terlalu sibuk cabar-mencabar untuk "memotong telinga"?

Sumber: Youtube - orangkacamata Pahang
Facebook - orangkacamata Pahang

Fokus Pelangai
Fokus Pelangai - Bhg. 1 - DUN Pelangai Bentong Masih Mundur
Fokus Pelangai - Bhg. 2 - Hutan Simpan NAN
Fokus Pelangai - Bhg. 3 - Gajah Putih Dun Pelangai



PRU13: Pendekatan baru, elak cara perkauman Umno
Posted on Saturday, December 08 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Harakahdaily

KLANG: Ketua Penerangan PAS PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru petugas PAS agar tidak mencontohi taktik perkauman yang sering digunakan Umno BN untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, jika kempen penerangan parti membawa isu bersifat kepentingan kaum tertentu, sudah tentu akan wujud isu-isu sensitif yang boleh mengguris hati kaum lain.

Bercakap pada Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia di sini hari ini, beliau mencadangkan agar PAS menggunakan pendekatan 'usia' berbanding 'kaum'.

Ini kerana, pendekatan melalui peringkat umur lebih memudahkan penerangan dengan isu yang lebih menjurus kepada golongan sasar tersebut.

"Contohnya apakah isu penting buat orang muda baru bekerja dan dirikan rumah tangga. Apakah isu penting buat ibubapa yang bekerja dengan beban anak ramai. Apakah isu penting bagi mereka yang tua dan bersara?

“Yang jelas, jawapan untuk soalan di atas merangkumi semua kaum dan telah mengurangkan risiko menyentuh perkara-perkara sensitif antara kaum,” terangnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Peranan penerangan dalam konteks mendekati Melayu dan bukan Melayu dalam PRU”.

Cadangan itu adalah antara pendekatan baru yang dicadangkan beliau untuk menghadapi PRU13.

“Rakyat perlu keluar daripada permainan Umno, perlu keluar daripada kaca mata yang Umno pakaikan pada semua.

"Jika kita melihat pengundi dari sudut lain, akan timbul soalan seperti membasmi kemiskinan seperti yang dicadangkan PAS yang merangkumi semua kaum,” terangnya.

Sumber


Gambar Majlis Amal Dana Tranungkite Online
Posted on Saturday, December 08 @ 20:53:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Facebook PAS Selangor


Ucapan dari Presiden


Perasmian dan doa.


Tetamu teristimewa






Pak MSO


MC yg ensem


YB Dr Rani, PJ Selangor.




Pengarah program yg cool...congrate bro!


Tetamu VVIP YB Khalid Samad dan Syeikh Ahmed Annajjar Palestin.

Tuan Guru Presiden beramah mesra bersama tetamu istimewa, Omar dan rakan-rakan OKU










Kredit kepada Forumer izali

Sumber: Facebook PAS Selangor


Tugas JPAM kini amat berisiko tinggi
Posted on Saturday, December 08 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Tugas anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini berisiko tinggi kerana ada diantara mereka yang terlibat dalam rondaan cegah jenayah dibawah Strategi Lautan Biru.

Adakah anggota JPAM ini cukup terlatih untuk mencegah jenayah, dilindungi skim takaful berkaitan serta dibekalkan dan dilatih menggunakan senjata api?

Anggota JPAM cedera ditembak

PULAU PINANG - Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) nyaris maut apabila terkena satu das tembakan di pinggang kirinya semasa mengejar dua suspek di Jalan Kulim, Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, Konstabel Adi Luqman Zainal Abidin, 27, sedang melakukan rondaan cegah jenayah bersama seorang lagi anggota JPAM dan dua anggota polis dengan motosikal.

Ketika mangsa dan rakannya mahu membuat pusingan U, mereka terserempak dengan dua lelaki di bawah sebatang pokok dalam keadaan mencurigakan sebelum kedua-duanya melarikan diri dengan motosikal.

utusan.com.my

  
 Fokus Pelangai - Bhg. 2 - Hutan Simpan NAN
Posted on Saturday, December 08 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Berita Oleh orangkacamata Pahang

(Fokus Pelangai - Part 2) Hutan Simpan NAN.

Ketika berjenaka sesama mereka, penduduk menggelarnya "Hutan Simpan NAN".

Itulah Hutan Simpanan Kekal Kemasul yang terletak dalam DUN Pelangai yang diwakili oleh MB Pahang sendiri, Datuk Seri Diraja Adnan Haji Yaakob.

Dalam kunjungan kali kedua ini, penduduk tempatan menceritakan kemusnahan dan malapetaka yang mereka alami akibat penebangan berleluasa di hutan simpan ini.




Puluhan lori balak sarat muatan kini beroperasi pada waktu malam. Kesan kerosakan kepada jalan raya semakin jelas. Mujurlah dengan demam pilihan raya yang melanda negara ketika ini, ia lebih kerap ditampal.

Ancaman gajah dan monyet kepada ladang peneroka amat serius kini, setelah binatang-binatang liar tersebut hilang sumber makanan dari hutan simpan yang telah digondolkan.

Tinjauan pertama kami beberapa ketika dahulu.




Sumber: Youtube - orangkacamata Pahang
Facebook - orangkacamata Pahang

Fokus Pelangai
Fokus Pelangai - Bhg. 1 - DUN Pelangai Bentong Masih Mundur
Fokus Pelangai - Bhg. 2 - Hutan Simpan NAN
Fokus Pelangai - Bhg. 3 - Gajah Putih Dun Pelangai


  Pusat Judi Terbuka Berleluasa di Johor
Posted on Saturday, December 08 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Harap pihak berkaitan terutama PBT, PDRM dan Jabatan Agama dapat menyiasat dakwaan di bawah ini serta mengambil tindakan susulan yang efektif demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu di Johor.

Aduanrakyat.com 7 Dis 2012

Saya amat hairan kerana terdapat banyak pusat judi boleh beroprasi secara terbuka dan terletak di kebanyakan pusat membeli belah di sekitar Kulai Jaya.IOI mall, Tesco, TJ Mart dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan disini.Ia beroperasi 24 jam dan berlesenkan pusat hiburan keluarga.

Mustahil pada saya pihak berkuasa tidak tahu pekara ini kerana telah bertahun tahun telah beroperasi tanpa apa-apa tindakan?

Amat malang pada saya kerana kebanyakan pengunjungnya adalah melayu yang menghabiskan wang gaji mereka tiap-tiap bulan disitu.

Boleh saya tahu sejak bila kita ada mengeluarkan lesen judi secara terbuka atau mungkin terdapat unsur rasuah disini?

Saya amat berharap pekara ini diselesaikan secepat mungkin kerana benda ini telah berlarutan lebih kurang 4 – 5 tahun.

By: nasir
aduanrakyat.com.my

"





Fokus Pelangai - Bhg. 1 - DUN Pelangai Bentong Masih Mundur
Posted on Saturday, December 08 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh orangkacamata Pahang

(Fokus Pelangai - Part 1) Wawancara bersama Ustaz Abdul Hamid Bahatim (YDP PAS Kawasan Bentong).

Dalam masa Umno Pahang turun berkempen ke serata pelosok mengatakan negeri ini akan maju, sebaliknya kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai yang diwakili Menteri Besar (MB), Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri jauh ketinggalan.



Antaranya kira-kira 70,000 penduduk di kawasan berkenaan dinafikan kemudahan seperti hospital, bank, balai Bomba dan Penyelamat selain jalan utama sebagai perhubungan sangat teruk.

Kesusahan yang ditanggung penduduk ini menyebabkan mereka terpaksa menyelesaikan urusan dengan pergi mencari alternatif lain iaitu Triang atau ke Bahau dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Dun Pelangai ialah salah satu daripada empat Dun dalam Parlimen Bentong selain daripada Ketari, Bilut dan Sabai.

Kawasan tersebut meliputi tiga kawasan Felda berpeneroka iaitu Chemomoi, Sungai Kemahal dan Kemasul selain banyak ladang Felda Plantation. Terdapat juga lima buah kampung dan pekan kecil.

Orangkacamata "turun" ke Dun Pelangai dan meninjau sendiri "kemajuan" kawasan MB Pahang itu.

Sumber:
Youtube - orangkacamata Pahang
Facebook - orangkacamata Pahang

Fokus Pelangai
Fokus Pelangai - Bhg. 1 - DUN Pelangai Bentong Masih Mundur
Fokus Pelangai - Bhg. 2 - Hutan Simpan NAN
Fokus Pelangai - Bhg. 3 - Gajah Putih Dun Pelangai



Abby Abadi-Gambar yang merosakKan
Posted on Saturday, December 08 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: Dukunpasir

"Jika anda baca artikel saya tentang TEORI NGERI BARISAN NASIONAL ....anda akan jumpa salah satu PUNCA kejatuhan dan kebinasaan UMNO dan Barisan Nasional bukan disebabkan KEKUATAN PEMBANGKANG secara dasarnya....TETAPI disebabkan oleh Umno sendiri.

Seminggu lalu kita dikejutkan dengan budaya samseng hingga ada aksi tikam menikam melibatkan kedua parti politik. Dan masing masing cuba BERSELINDUNG DISEBALIK KEJADIAN TERSEBUT UNTUK "menyalahkan pihak lain". Kita imbas kembali suasana ceramah pada era 80an,90an .waktu itu ADAKAH BERLAKU KEJADIAN SAMSENG BEGINI? Kenapa dulu tidak berlaku dalam ceramah Pembangkang?? Jawabnya mudah, kerana PEMBANGKANG WAKTU ITU TIDAK KUAT! Tidak ramai yang hadir ceramah anjuran mereka . TAPI KINI ceramah Pembangkang ramai yang hadir hingga SAKIT MATA ..hingga sakit hati pemimpin Umno yang akhirnya menjurus kepada POLITIK SAMSENG ala sarip dol.

Dari alasan diatas, anda sendiri sudah nampak SIAPA PUNCA SEBENAR DISEBALIK KEKECOHAN INI? Saya tidak berkata Pembangkang tidak salah...tidak ada yang samseng..tapi DALAM KEADAAN TERTEKAN MENCARI SEMULA SOKONGAN RAKYAT,UMNO akan TERIMA SEMUA AKIBATNYA.

Habis saja perhimpunan "Makan Pau" kita mengharapkan UMNO dan Barisan Nasional bangkit dan cuba mendekati rakyat ..tetapi PENDEKATAN KERAS yang mereka gunakan kan cuma MENJARAKKAN LAGI SOKONGAN RAKYAT...

Tidak pernah berlaku dalam dunia ini,satu parti yang GANAS AKAN DISOKONG OLEH RAKYAT, jika berjaya memerintah dengan kekerasan dan ketakutanpun PARTI INI TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA.

Media dan alat hubungan sudah berubah, ianya lebih cepat dan pantas.Umno harus sedar semua ini, jangan berharap RAKYAT CUMA MELIHAT DI MEDIA TV MEREKA SAJA..TAPI LIHAT KEBANGKITAN DAN KEMARAHAN RAKYAT DI MEDIA INTERNET ...media Telefon .....ini lah DURI dalam daging yang AKAN MENELAN DAN MENAPIS SEGALA BERITA YANG MEREKA SAMPAIKAN.....

Bukti bergambar serta video keganasan dalam kelakuan sebenar kita dah tengok dan dipaparkan oleh teman teman blogger dalam TKO ini. Kini kita lihat KEGANASAN AYAT DALAM PERANG DI TWITTER.....maki hamun dan LUCAH.

Siapa CAKAP LUCAH dan SIAPA MAKI HAMUN? Tak payah susah susah nak fikir, cuma ada 2 pihak yang bertelagah...Satu Umno dan satu Pakatan, LIHAT SIAPA dan fikir....










"SEMENTARA MASIH ADA MASA DAN KUASA..Umno perlu ubah cara berpolitik mereka sebelum rakyat mula KELUAR DARI BARISAN.......

SUMBER : http://jomgelakla.blogspot.com/"


 Hotel di Malaysia larang pekerja tutup aurat?
Posted on Saturday, December 08 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Harap pihak berkaitan terutama JAKIM, Pejabat Buruh, Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat dakwaan di bawah ini serta mengambil tindakan susulan yang efektif demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu terutama wanita Melayu dan wanita Islam.

LARANGAN MENUTUP AURAT OLEH PIHAK KOORDINATOR HOTEL Aduanrakyat.com 7 Dis 2012

Saya sesungguhnya merasa tercabar di negara kita sendiri yang AGAMA ISLAMNYA, agama RASMI negara kita.

Berani sungguh mereka membuat peraturan begitu, untuk menjahanamkan generasi Islam negara kita.

Kejadian ini berlaku semasa saya menghantar anak saya & 3 orang rakannya yang menuntut di PTPL, Shah Alam menjalani Latihan Industri (LI) di Hotel Danna, Langkawi pada 18.11.2012 baru-baru ini.

Pihak Koordinator Hotel Danna, Langkawi tidak membenarkan pelajar Islam menutup aurat semasa menjalani LI di sana. Jika enggan, maka mereka akan gagal.

Berani sungguh mereka melawan perintah Allah SWT. Yang hairan & peliknya, orang Melayu yang beragama Islam bekerja pula di situ? Apa depa buat? Tak nak berjihad ke?

Seperkara lagi, PTPL, Shah Alam tidak peka ke, apakah syarat yang dikenakan oleh pihak Hotel Danna, Langkawi kepada mereka jika pelajar PTPL ingin menjalani LI di sana? Sedangkan Pensyarah PTPL majoritinya bangsa Melayu, agama Islam ke? Ini menunjukkan isu ini telah lama berlaku….!

Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak saya & tiga orang rakannya. Biarlah mereka menjadi pelapis utama memperjuangkan aurat mereka, demi AGAMA ISLAM kita. Fisabilillah.

Ini negara kita…! Bukannya luar negara… Macam mana nak merealisasikan Halal Hub yang diuar-uarkan PM kita?

Sekian….

1slam dinafikan hak oleh Koordinator

By: Badariah
aduanrakyat.com.my"


 Siapakah Yasmin Hunwik?
Posted on Saturday, December 08 @ 14:35:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tertibon

"Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog… mungkin ia gadis berdarah campuran..

Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.

Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!

Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.

Al-Fatihah buat Yasmin.

Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.

Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.

Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.


Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk.


Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.

Sejurus mendapat berita mengenai ketiadaan arwah, ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.

Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:

“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.

Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.

We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.

Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”

Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.

Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.

Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.

Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan.

Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.

Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu.

Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insyallah..

www.blogwalking.info"



Mahathir Sudah Lupa
Posted on Saturday, December 08 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Mummy Rokiah

Dalam dunia ini hanya ada dua orang pemimpin yang telah turun takhta tetapi masih berkuasa. Seorangnya ialah Lee Kuan Yew di Singapura dan seorang lagi ialah Mahathir Mohamad di Malaysia.

Hari ini Mahathir bersuara menyokong Barisan Nasional seperti tidak kering air lior. Beliau terlupa bahawa jantungnya pernah dipintas di IJN. Beliau terlupa bahawa ‘harware'nya sudah lanjut cuma minda ‘softwarenya' masih cerdas.

Malah yang perdananya ialah beliau terlupa bahawa sebaik turun dari jawatan beliau pernah berulang-ulang kali menyatakan tidak mahu bercakap politik, terlibat politik apa lagi mencampuri urusan Kerajaan.

Mahathir kini seperti diberi tenaga baru untuk betul-betul mahu BN dan Najib meneruskan kepimpinan negara setelah beliau sendiri meruntuhkan Abdullah Hj Ahmad Badawi sehingga beliau merajuk membawa hati luka dan lara keluar dari UMNO.

Marahnya hanya kepada Abdullah Badawi tetapi beliau tidak marah kepada parti. Sebaik Najib mengambil alih kuasa sebagai PM dan Presiden UMNO beliau terus mengisi borang baru masuk kembali ke dalam UMNO parti yang beliau cintai.

Cuma yang membezakan Mahathir dengan Lee Kuan Yew ialah Lee Kuan Yew tidak pernah merajuk.

Inilah akibatnya merajuk, kerana merajuk sesiapa juga boleh bertindak di luar dugaan jika mereka disisih dan dihina.

Merajuk ibarat bara api yang meredap sedikit demi sedikit jika dibiar akan menjadi api yang menyala.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk sesiapa juga merajuk khasnya kalau rajukan tergugat politik pasti Najib akan pujuk tetapi kalau merajuk selepas Pilihanraya ke 13 nanti tidak akan ada sesiapa lagi yang akan memujuk.

Mungkin mana-mana ketua-ketua bahagian UMNO yang rasa nama mereka tidak tersenarai sebagai calun mereka boleh buat-buat merajuk dengan harapan di ‘compensate' dengan jawatan dalam GLC atau menjadi Duta Khas di mana-mana negara mengikut kelayakan masing-masing. 


 Parti Gerakan membidas DAP kerana berlaku adil kepada Islam
Posted on Saturday, December 08 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Aspan Alias

Dua Hari lepas Teng Chang Yeow, Pengerusi BN P Pinang, menunjukkan sifat rasis Gerakan. Teng telah memainkan isu kaum dan agama yang sangat sempit semata-mata kerana politik sempit BN P Pinang. Kali ini BN sekali lagi menunjukkan sikap bermuka-muka mereka dengan membidas Lim Guan Eng kerana memberikan peruntukan 300% kepada Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu. Dalam pada itu komponen terbesar BN, UMNO pula telah bercakap bergegar-gegar dalam perhimpunan parti itu minggu lepas dengan cuba menonjolkan yang UMNO memperjuangkan Islam dengan serius.

‘Satu undi untuk PAS, adalah satu undi untuk kehancuran Islam’ kata Presiden nya, Najib yang akhir-akhir ini cuba melekatkan imej Islam kepada diri beliau sendiri. Kalau benar Najib dan UMNO itu kuat memperjuangkan Islam, Presiden parti itu sepatutnya membuat kenyataan akhbar untuk memberikan pujian terhadap Lim Guan Eng (LGE)  kerana peruntukan yang besar untuk kegiatan agama beliau itu. Najib sepatutnya membidas Teng Chang Yeow kerana membantutkan usaha meyakinkan rakyat bahawa BN itu memperjuangkan Islam seperti yang termaktub di dalam Bab 3 Perlembagaan UMNO itu.

BN dan UMNO nampaknya hanya beretorik tentang Islam ini, sebaliknya DAP pula membantu PAS dalam memperkemaskan isu Islam dalam perjuangan Pakatan Rakyat. UMNO hanya sarat dengan slogan. Dulu UMNO berslogan ‘bersih, cekap dan amanah’ tetapi tidak di laksanakan, tetapi DAP pula yang melaksanakan slogan itu dengan mentadbir P Pinang dengan bersih, cekap dan amanah. Begitu juga di Selangor, Kedah dan Kelantan: apa yang di slogankan UMNO, itulah yang dilaksanakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Kadangkala ada juga baiknya BN ini. Itu sebabnya saya pernah mencadangkan supaya BN duduk di pihak pembangkang dan tugas mereka hanya mencipta slogan-slogan yang besar-besar. Biar PR memimpin dan mentadbir kerajaan dan melaksanakan semua slogan ciptaan  BN itu. BN tidak pernah menjayakan apa-apa slogan laungannya.
Berbalik kepada kenyataan terang Teng Chang Yeow di Pulau Pinang itu, kita ingin melihat dan mendengar reaksi UMNO Pulau Pinang khususnya dari Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri itu yang sentiasa menuduh DAP anti Islam dan anti Melayu itu.  Apakah jumlahnya peruntukkan bagi Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu semasa BN/Gerakan memimpin negeri itu sejak merdeka selama 55 tahun dahulu? Semasa tahun akhir pentadbiran BN di P Pinang peruntukan bagi Hal Ehwal Islam di P Pinang hanyalah RM12 juta sahaja berbanding dengan RM64 juta sekarang ini.
Kita tidak tahu, yang mana satu yang betul kerana lain parti dalam BN ini lain perjuangannya. Selama ini yang kita tahu dengan pimpinan UMNO dan BN menuduh Pakatan Rakyat yang tidak sealiran dalam perjuangan parti-parti komponennya. Sekarang ini elok kita minta pimpinan BN duduk di atas satu pentas  Kita hendak juga mendengar apa kata Chua Soi Lek dari MCA, Teng Chang Yeow dari Gerakan serta parti-parti komponen yang lain di P Pinang itu.
Dengan kenyataan Pengerusi BN P Pinang itu, kita yakin yang sebenarnya bercanggah perjuangan ialah parti-parti dalam BN itu. Oleh kerana kelemahan setiap parti dalam BN itu maka keluar lah kenyataan yang membingungkan yang susah untuk di fahami rakyat.
Justeru kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini oleh rakyat di P Pinang khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sana. Tidak ada penyatuan matlamat dalam perjuangan BN itu. BN gagal untuk menampilkan pendirian yang satu di antara parti-parti komponennya.  Mereka sedang dalam keadaan lemah dan tidak akan dapat menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi.
Sesungguhnya UMNO dan BN tidak mempunyai apa-apa lagi. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang masih ada kepada mereka dan dalam penantian untuk menghadapi kekalahan buat kali pertama dalam sejarah kemerdekaan kita.
 Debat Jalan Terbaik
Posted on Saturday, December 08 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Mohd Yani

Di sini sana terdengar orang kata UMNO kuat fitnah, orang UMNO kata pembangkang pun kuat fitnah di sana sini. Setelah mendengar ceramah dari kedua-dua belah pihak di seluruh negara melalui ceramah di kaca TV kerajaan BN setiap hari mahupun di youtiub-youtiub internet saban hari. Budaya fitnah ini tidak baik dari sudut agama islam yang kerajaan BN kata malaysia adalah model negara terbaik negara Islam di dunia dan menganggap malaysia sebagai model negara islam contoh terbaik boleh dicontohi oleh negara-negara islam di seluruh dunia.! Itu kata pemimpin UMNO.

Kata pemimpin pembangkang pula malaysia pula bukan negara islam sebenar yang mengikut Al-Quran dan Al -Hadis. Justeru itu kita asyik berperang masing-masing menegakan kebenaran, UMNO mahupun PR. Jalan penyelesaian yang menjadi hakim untuk rakyat adalah Debat. Satu kajian terperinci perlu dijalankan oleh SPR untuk melaksanakan pilihan raya yang telus, bersih dan adil saksama adalah Debat.
Sebagai contoh debat presiden US boleh diukur cara yang terbaik  di antara Obama dan Mitts Romey . Justeru itu SPR harus  menwajibkan parti-parti politik di malaysia yang hendak bertanding satu lawan satu di antara BN dan PR mengadakan Debat, Ada berani ? . Di sini kita boleh mengwujudkan landkaps politik baru di malaysia yang diamalkan oleh negara-negara maju di dunia.
BN dan PR  akan membuat hujah-hujah bagaimana hendak membangunkan malaysia menuju ke nagara maju menjelang tahun 2020 nanti dari segi politik, sains sosial, ekonomi, sosial ekonomi, pendidikan, perbankan, pertanian, agama dan sebagainya boleh dibahaskan oleh kedua-dua belah pihak BN ataupun PR tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Kejadian debat di antara parti pemerintah BN dan parti pembangkang PR diadakan, disiar secara langsung tanpa dipotong slot dan disaksikan oleh penonton di malaysia secara live disiarkan oleh TV1,TV2, TV3, TV9 ,TV8 dan TV astro Awani berperingkat-peringkat mengikut negeri-negeri di malaysia seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis ,Kelantan, Terengganu, Pahang,  Sarawak dan Sabah. Negara-negara asean dilantik sebagai NGO-NGO pemerhati pilihan raya yang paling bersih oleh SPR. Setelah selesai pusingan debat diadakan barulah rakyat malaysia menjadi penentu masa depan negara menuju ke negara maju yang ADIL, TELUS dan BERSIH. Ada berani Dato' Seri Najib Tun Abd Razak! Kalau dia kata dia anak jantan, berani sahut cabaran ini . DSAI kata, saya AMAT setuju. Berani Debat Jalan Penyelesaian terbaik di antara BN dan PR.! Ada Berani !!!!!!!.  
 Siap Siaga Hadapi Provokasi Melampau Musuh
Posted on Saturday, December 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta semua jentera Pakatan Rakyat di segenap peringkat agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan tindakan provokasi dan keganasan pihak musuh dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. Ternyata apa yang berlaku di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak beberapa hari lepas di mana ada penonton yang cedera ditikam dan dibaling objek menunjukkan ada pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.

DPPM menganggap ada pihak cuba untuk menggagalkan program penerangan seperti ceramah yang dianjurkan oleh PR kerana sifat dengki dan hasad ekoran ceramah anjuran PR kerap mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat. Ia juga dibuat dengan harapan supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat mengenai isu-isu semasa. Bagi mereka semakin rakyat tidak mengetahui isu semasa dengan betul, semakin menguntungkan mereka.

DPPM juga merasaka pihak tertentu juga mahu mencetuskan suasana tidak sihat dengan menimbulkan api permusuhan melalui provokasi dan pergaduhan dengan harapan rakyat akan takut untuk hadir dalam program Pakatan Rakyat. PR pula akan dituding sebagai pesalah kerana cuba menimbulkan pergaduhan dan suasana tegang.

Justeru DPPM meminta jentera semua pihak, khususnya Jabatan AMAL untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku. Sebarang tindakan provokasi dan melampau tidak perlu dilayan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya. Petugas hanya perlu memberi reaksi untuk mempertahankan diri sekiranya mereka diserang sahaja.

Bagi DPPM, sebagai pendakwah, petugas PAS diseluruh negara sudah ditarbiyah menghadapi suasana genting seperti ini. DPPM menganggap semua mehnah tersebut adalah suatu jihad bagi menyampaikan dakwah kepada rakyat tentang Islam. DPPM yakin, usaha dakwah yang murni ini akan menghadapi tentangan yang hebat dari musuh Islam kerana sunnah Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan jalan yang sama.

Akhirnya, DPPM mendoakan kepada pihak terbabit agar mereka diberikan hidayah untuk bertaubat dan kembali ke landasan Islam yang sebenar. Mudah-mudahan mereka insaf dan sedar bahawa tindakan mereka merupakan suatu dosa terhadap rakyat yang tidak bersalah, dan tindakan mereka sebenarnya menandakan kemenangan Islam sudah semakin hampir, Insyaallah.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
 
 8 Makanan Utama Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Posted on Friday, December 07 @ 21:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Hafiz Ramli
psipum.org

1. Susu Skim
- Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa!

2. Bayam
- Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah.

Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!

3. Kuaci
- Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat!

Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang!

4. Kekacang
- Penuh nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda.

P/s: Ianya menjimatkan!

5. Ubi Kentang
- Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!

6. Pisang
- Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda!

Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!

7. Kacang Soya
- Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri!

Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!

8. Coklat Gelap
- Hooray untuk coklat gelap! Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko.

Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya.

Terjemahan: psipum.org
Sumber Asal: JoyBauer.com – Food Cures

Tiada ulasan: