Khamis, 20 Disember 2012

AKHIRNYA SEMUA AKAN TERBONGKAR...TERBONGKARNYA DENGAN IZIN ALLAH SWT

Kantoi! Najib bohong lagi! MB Terengganu sahkan!

http://www.pencacai-semalaysia.com, 19 Dis 2012

30 Okt. lalu, Lidah Rasmi UMNO melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Najib itu adalah satu pembohongan semata-mata dan pembohongan Najib itu disahkan oleh Menteri Besar Terengganu...
Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa:

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

"Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.

Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.

Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara.

Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.

Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.

Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?

Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata."

Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?

Ini ditambah dengan tindakan ‘mengihsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.

Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.

Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.

Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.


Dr Syed Azman Ahmad Nawawi,
Adun Batu Burok, Terengganu
Penolong Setiausaha Agong Pas

MB Perak nafi beri tanah 14,000 hektar
Wartawan Sinar Harian
19 Disember 2012
zambry
$entry.content.caption.value
IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan di laman Twitter milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Seri  Mohammad Nizar Jamaludin bahawa beliau memberi kelulusan tanah seluas 14,000 hektar kepada sebuah syarikat.
 Menurutnya, kenyataan Mohammad Nizar itu merupakan satu tuduhan serius dan meminta ahli politik itu menghentikan pembohongan tersebut.
“Beliau mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan penipuan dan tanpa segan silu atau rasa bersalah menghebahkan perkara seumpama itu dan seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan, suka cakap berbohong serta suka memutarbelitkan kenyataan.
 “Kalau hanya berdebat di dalam dewan untuk mendapatkan penjelasan tak apa tetapi ini disambungkan pula kepada Twitter dan ini sikap yang tidak profesional,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sisi sidang Dun, hari ini,
Zambry berkata,  Mohammad Nizar sepatutnya meminta penjelasan di Dun dan ia merupakan medium terbaik untuk mendapatkan jawapan tidak mengeluarkan kenyataan di Twitter.
“Adakah dia tak fikir bila dia tweet ia akan dibaca oleh semua orang dan dia telah menyebarkan lagi perkara yang telah diputar belitkan.
“Tuduhan yang dibuat itu pernah ditimbulkan tiga tahun lalu dan ia tidak benar sama sekali malah kita telah jelaskan beberapa kali tetapi dimainkan semula kerana pilihan raya dah dekat,” katanya.
 Menteri Besar turut membidas Mohammad Nizar yang berterusan menimbulkan isu syarikat Vale yang telah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini.
Jaminan Anwar tidak akan aib Umno-BN jika tawan Pusat
RAIHAM MOHD SANUSI
15 Disember 2012
Nwar Ibrahim
Anwar berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat-PGU 6.0 di Dungun, malam tadi.
DUNGUN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), perubahan kepimpinan akan berlaku secara terkawal.

Beliau berkata, PR tidak pernah sesekali berniat untuk mengaibkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara nanti.

“Dengan izin ALLAH SWT saya yakin kita akan menang dan bila perubahan (kepimpinan) itu berlaku kita jamin ia (secara) terkawal.

“Bila sudah menang dalam tempoh 24 jam selepas angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak di seluruh negara ini,” katanya mengulangi janji PR ketika berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu – PGU 6.0 yang diadakan di Dataran PGU Paka dekat sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dengan lebih 50,000 penyokong dan penduduk membanjiri tapak ceramah.

Pada masa sama, Anwar menyeru penduduk Terengganu yang berniat untuk membeli kereta agar menangguhkan dahulu hasrat itu kerana PR akan menurunkan cukai eksais kereta sebanyak 20 peratus apabila berjaya ke Putrajaya nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai kebanjiran puluhan ribu penyokong sempena ceramah itu, Ketua Umum PKR ini menyifatkan ia sebagai kebangkitan rakyat yang berlaku apabila rakyat mempunyai kesedaran dan tidak mahu lagi menjadi mangsa kezaliman.

Dalam perkembangan lain, Azan membidas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kononnya mahu perjuangkan hak ke atas telaga minyak baru yang dijumpai di Blok PM307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang.

“MB tok soh agah (tak payah angkuh) konon nak berjuang dapatkan hak ke atas telaga minyak baru tapi hok buwi doh kepada Terengganu (royalti yang sepatutnya diterima negeri) pun boleh terlepas, inikan pula untuk dapatkan royalti bagi telaga minyak baru,” tegasnya.
Mufti Perak: Saya bukan rasis, tidak akan sertai politik
JAMILAH HAMZAH
15 Disember 2012
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
KUALA LUMPUR - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ketiga Perkasa sambil menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Harussani yang menjadi perhatian arena politik sejak Pilihan Raya Umum 2008 menegaskan bahawa perjuangan yang dibawa beliau selama ini adalah demi agama dan umat Islam.

Beliau berkata, walaupun ada segelintir masyarakat yang melabelnya sebagai rasis dan kononnya mahu mencetuskan pemberontakan, namun semangatnya hanya mahu mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau NGO, biarpun saya sering ke sana ke mari bersama Perkasa dan Jati serta majlis Umno.

"Ada yang kata saya rasis dan mahu melakukan pemberontakan namun perjuangan saya adalah untuk memberi peringatan kepada bangsa Melayu dalam mempertahankan Islam," katanya pada Pehimpunan Agung Perkasa Kali Ke-3 di sini hari ini.
Sebelum ini Harussani sering dilanda kontroversi berhubung kenyataannya yang menghentam beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa kononnya mempersendakan agama.

Mengulas lanjut, Harussani yang dijemput untuk merasmikan Perhimpunan Agung Umno Kali Ke-13 berkata, isu rasis tidak pernah timbul, namun pada hakikatnya  orang Melayu adalah kaum tunjang di negara ini.

Beliau turut mengingatkan supaya orang Melayu tidak terlalu taksub dengan parti politik sebaliknya mempertahankan agama Islam.

Dalam pada itu, beliau juga dianugerahkan pingat Bintang Kebesaran oleh Perkasa bagi kategori tokoh keagamaan sempena perhimpunan kali ini.

Projek Apco dipaksa ke atas PDRM: Musa Hassan dicabar lapor polis

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Tan Sri Musa Hassan dicabar melaporkan salah laku bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar kepada polis dan SPRM dalam projek komunikasi bernilai ratusan juta yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini berikutan bekas KPN itu semalam mengesahkan penglibatan Apco Worldwide – sebuah firma perunding yang didalangi pemimpin Zionis-Israel dalam projek menukar sistem analog kepada digital.

Musa mendedahkan, Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut, namun pegawai yang tidak dinamakan itu enggan meluluskan sistem komunikasi berkenaan kerana sistemnya tidak lengkap.

Dedahnya lagi, Phang mengugut pegawai polis itu akan ditukar 24 jam jika tidak meluluskan projek berkenaan.

Beliau menambah, pegawai itu ditukar kepada pegawai lain apabila hal tersebut diadu kepada Ismail.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut perlu kerana ia tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam mengugut penjawat awam.

“Ismail melakukan rasuah salahguna kuasa apabila mengarahkan pegawai polis tersebut untuk menandatangani komisen bagi memenuhi arahan Phang,” katanya dalam kenyataan.

Akibat gagal mengikut arahan, pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut, sedangkan sepertimana pendedahan Musa, projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.

Fariz berkata, tindakan Phang dan Ismail merupakan jenayah serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan selaku bekas KPN, Musa lebih memahami dan menguasai undang-undang negara.

Katanya, Musa wajar dipersalah jika gagal melaporkan kepada pihak polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah kedua-dua terbabit.

“Beliau mempunyai maklumat lengkap untuk melakukan tindakan sewajarnya, lebih-lebih lagi melibatkan dana awam bernilai ratusan juta iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM,” katanya.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

Justeru, Jingga 13 menyatakan sokongan terhadap keberanian dan pendedahan Musa, tetapi menghairankan jika pendedahan tersebut tidak disertakan tindakan laporan kepada pihak berwajib kerana kes ini berprofil tinggi dan sangat serius.

Pelakon terkenal tanahair muncul dalam program PKR Pandan...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 19 Dis 2012

Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.


Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.


Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.

Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.

Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya...


Gambar dari : @rafiziramli

Derhaka: Tajol Rosli lupa sejarah bapanya Ghazali Jawi

http://sisibukit.blogspot.com, 19 Dis 2012

Posted by Cikgu Din on Tuesday, December 18, 2012 0 comments

IPOH: PAS Perak menyifatkan mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali lupa sejarah apabila menuduh Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato’ Ngeh Koo Ham sebagai menderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategiknya, Salman Saleh berkata, Adun Pengkalan Hulu dalam ucapan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari kedua hari ini menganggap kedua-dua pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak mengenang budi dengan pemberian anugerah serta gelaran Datuk daripada Sultan Perak.

Katanya, jika diimbau kembali sejarah pada tahun 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi iaitu bapanya telah menderhaka pada Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah yang tidak perkenan dengan perlantikan Tan Sri Ghazali untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua.

“Kami juga boleh sifatkan Tan Sri Ghazali pada ketika itu juga tidak mengenang budi di atas penganugerahan tersebut.

“Kami sedih isu penganugerahan kebesaran oleh Seri Paduka Sultan Perak telah menjadi pertikaian oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah tidak menghormati penganugerahan yang telah diberikan,” katanya.

Menurut Salman, PAS Perak lebih melihat, BN khususnya Umno terdesak membawa isu derhaka ini bagi memancing ‘undi’ orang Melayu pada PRU13 nanti.

“Ternyata Umno sudah tidak yakin dengan sokongan Melayu terhadap mereka menyebabkan mereka membuat pelbagai persepsi dan dakwaan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat khususnya PAS,” jelas beliau.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Gambar yang kita tidak mahu lihat Stadium Sultan Mizan

http://anakmudamalaysia.com, 18 Dis 2012
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Dari laman FB BM – Bolasepak Malaysia
Terperanjat admin tengok padang dan keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu yang satu ketika berdiri megah mengacarakan Sukma sebelum tumbang kerana salah pilih teknologi yang sesuai dengan keadaan cuaca dan angin laut.
Bukan setakat rumbut tumbuh meninggi dan banyak pokok di kawasan yang dahulunya pernah menjadi gelangang akhir perlawanan bolasepak Sukma yang menyaksikan lahirnya bintang seperti Ashari Samsuddin.
Harapan agar stadium ini dibaik pulih untuk digunakan tak lama lagi. Rugi kalau tidak dibaik pulih sebab pembuatan sahaja dah memakan beratus juta.
Kredit Foto – TERENGGANU FC
Editorial: Insya Allah dalam masa terdekat SAMM Terengganu akan membuat tinjauan dan desakan supaya stadium ini dibaikpulih…

Betulkah Kuis ada masalah?

http://msomelayu.blogspot.com/, 18 Dis 2012
SESUDAH SUBUH
Apa sudah jadi dengan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis)? Khabarnya institusi pengajian berorientasikan Islam itu ada masalah. Ada sedikit ribut yang melanda menyebabkan warganya, terutama kakitangan akademik rasa kurang enak dengan suasana dan iklim sekitar Kuis sekarang ini.

Baca http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/betulkah-kuis-ada-masalah.html

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Apa hal pulak Tim. Menteri Pengajian Tinggi kena baca teks ucapan Rosmah ni?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 17 Dis 2012

Beberapa hari yang lalu.. kalau korang baca di ( SINI ) Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah membaca teks ucapan Rosmah dalam majlis MUBARAK..

Lepas tu dia lancarkan pula Kapal Latihan milik Tentera Laut di RAJA Malaysia.. (lihat di SINI ) sambil disaksikan oleh Zahid Hamidi dan Tun Mahathir.

Hari ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pula dilaporkan membaca teks ucapan Rosmah di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012..

Bukan aku nak menghina Rosmah Mansor tu.. hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin UMNO yang menyampah dengan dia ni dari menyukainya..

Baca http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/12/apa-hal-pulak-tim-menteri-pengajian.html

Gempar panas... pelakon Eizlan Yusof mendekati ulama, mungkin bakal sertai...

http://kachipemas.blogspot.com, 19 Dis 2012
Eizlan Bersama Ulama Tersohor.. Sheikh  Mohamad Ali


Gambar - Artis semakin ramai mendampingi ulamak..

Eizlan Yusof bersama Piere Andre mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Semoga rakan2 artis yang lain mengikut jejak seperti artis2 ni.

Tiada ulasan: