Nik Aziz celupar, kata Muhyiddin
22 Disember 2012
Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.
Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya. - Bernama
UMNO bodoh!Sepatutnya mereka buktikan bahawa mereka ISLAM!
Posted on Friday, December 21 @ 23:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: senik
"Assalamualaikum,
UMNO bodoh dan menampilkan kebodohanya apabila memainkan isu amanat Hadi dan DAP kafir harbi serta hudud.UMNO seharusnya menunjukkan mereka bukan kafir tetapi pengamal ISLAM yang taat, yang sentiasa berpegang dengan arahan quran menerusi ayat yang bermaksud"mendengar dan mentaati".Apabila mereka mendengar perintah HUDUD, maka mereka laksanakan tanpa persoalan.
Apabila mereka mendengar ayat yang mengharamkan riba, mengharamkan judi maka cepat cepat mereka tutup bank kafir dan membiarkan bank Islam sahaja beroperasi serta menguatkuasa undang undang yang ketat di Genting Highland serta di permis permis sport toto dan 4 ekor agar orang ISLAM tidak brsuhabat sama berjudi.Apabila mereka mendengar hadis berkaitan mencegah kemungkaran, mereka ada tangan, maka gunakan tangan mereka untuk mencegah kemungkaran.
Itu sepatutnya UMNO lakukan bukan mengutuk TGHH yang menyatakan apa yang dikatakan oleh panduan ugama sahaja.Itu juga sepatutnya mereka lakukan, bukan terus menerus memperkecilkan usaha dan cita cita PAS untuk menegakkan hukum ISLAM di Malaysia.
UMNO sudah buta mata hati, jadi apa yang mampu mereka lakukan?Pada mereka adalah lebih baik menyuap mulut mulut orang orang yang pandai hukum hakam ugama untuk bercakap bohong dan menipu untuk mereka, sebaliknya hukum ALLAH yang jelas dan difahami oleh orang orang yang bertaraf mufti tolak tepi dulu, kembongkan tembolok dulu.
Malang orang orang ini kerana sudah tahu malah berkali kali ALLAH ulangi kesudahan kisah umat terdahulu yang kufur engkar.Mufti dan ustaz yang belajar ugama ini tahu benar apa kesudahan UMNO berdasar apa yang diingatkan ALLAH dan RASULnya tetapi masih mahu bersama UMNO menuju ke tempat kesudahannya.
UMNO sekarang bukan anak kecil main api lagi, tetapi orang tua nak mampus main api neraka, kerana mempersendakan hudud,hukum ALLAH, menggalakkan maksiat sambil terus mendakwa merekalah pembela ugama, bangsa dan negara.
Tak tahulah kalau masih ada ahli,penyokong, pengampu,pencacai dan NGO UMNO masih mahu mempertahankan UMNO,kebathilan yang nyata abad ini!
Gangnam Style cecah satu bilion tontonan YouTube
22 Disember 2012
Trek tarian dari Korea Selatan itu disiarkan dalam talian pada Julai lalu telah membawa kemasyhuran kepada bintang pop, Psy di seluruh dunia.
Malahan, klip video itu telah memberi inspirasi kepada ratusan klip parodi bermula daripada anggota tentera British, tentera laut Thailand hinggalah kepada pemain Minecraft.
Pemilik YouTube dan Google berkata, secara purata video tersebut telah ditonton tujuh hingga 10 juta kali sehari.
Ia mendahului pemegang rekod sebelumnya - muzik video Baby Justin Bieber yang dimuatnaik pada 24 November tahun sebelumnya.
"Kejayaan Psy membuktikan bahawa muziknya yang menarik mampu menarik perhatian masyarakat sejagat dan unik termasuk aksi pergerakan tarian kuda," kata Pengurus Trend YouTube, Kevin Allocca yang dipetik dari blog media berkenaan.
Lagi kisah anak ugut mahu belasah emak
22 Disember 2012
KUALA TERENGGANU – Si Tanggang moden! Sudahlah bertindak mencuri barang
kemas milik ibunya, tidak cukup dengan itu, seorang anak tergamak
mengugut akan membelasah mangsa apabila perbuatannya itu diketahui dalam
satu kejadian di kediaman mereka di Kampung Jati, Gong Badak di sini,
Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, suspek, 32, bertindak mencuri seutas gelang tangan dan cincin emas berlian milik ibunya, 61, apabila bengang permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan.
Menurut sumber, kedegilan mangsa yang enggan memberikan wang seperti diminta menyebabkan suspek naik angin sebelum mengambil sebentuk cincin emas berlian dan seutas gelang tangan emas berlian milik mangsa.
“Suspek menyorokkan barang kemas itu di dalam almari selain mengugut mahu membelasah mangsa apabila perbuatannya itu disedari,” katanya.
Katanya, bimbang perkara tidak diingini mungkin akan berlaku, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, beberapa jam selepas kejadian itu.
Susulan laporan diterima, sepasukan polis berjaya menahan suspek di depan rumah mereka dan hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri barang kemas milik ibunya.
Sumber berkata, suspek mendakwa barang kemas berkenaan disimpan di dalam peti di bilik tidur mangsa dan pemeriksaan lanjut berjaya menemui barang kemas berkenaan dengan gelang tangan emas sudah dipotong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisionar Zamri Shamsudin mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
22 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Pas mendakwa Kerajaan Pusat masih gagal menyediakan
gambaran yang jelas mengenai status Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES) walaupun Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan
membekukakan semua prosiding mahkamah sejak awal minggu ini.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengguna jalan raya masih memerlukan penjelasan berhubung kedudukan saman dan pelaksanaan AES.
Menurutnya, keputusan yang diumumkan Jabatan Peguam Negara juga masih meragukan.
Sehubungan itu kata beliau, kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan AES.
"Pengguna jalan raya dan orang kena saman masih mempersoalkan, tak ada penjelasan yang jelas terhadap saman AES yang dikeluarkan oleh kerajaan.
"Kita kecewa dengan kegagalan kerajaan berbuat demikian dan keputusan dibuat bukan atas pendirian kerajaan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara juga memerlukan spesifikasi berkaitan masalah teknikal yang didakwa punca prosiding saman ditangguhkan.
Beliau berkata walaupun prosiding ditangguhkan, status pelaksanaan dan pengeluaran saman AES masih diragui.
"Jika AG kata saman itu ada masalah dari segi teknikal, apakah masalahnya berkaitan undang-undang jalan raya atau AES?
"Kalau masalah teknikal pembayaran kompaun atau saman yang telah dibuat perlu dipulangkan, ini tidak adil.
"Atau mungkin kerajaan takut ada masalah dengan perjanjian yang dibuat oleh dua syarikat yang terlibat dengan AES?" katanya lagi.
Mahfuz mendakwa kerajaan tidak berfikir panjang sebelum melaksanakan AES dan ia dilaksanakan tanpa perbincangan melibatkan semua pihak.
BAGAIMANA KES2 RASUAH PEMIMPIN2 BESAR BELUM TERJAWAB...TIBA2 LEPAS DARI SARINGAN...TAK KAN HARU NANTI
22 Disember 2012
SHAH ALAM - Meskipun menyifatkan syor menapis latar belakang bakal
calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baik, Pakatan Rakyat (PR)
mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dan masa yang sesuai berbuat demikian.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.
Saifuddin berkata, kegagalan SPRM menyelesaikan kes "ikan jerung" berbanding "ikan bilis" menunjukkan badan itu mengalami "krisis kewibawaan."
"Saya alu-alukan cadangan itu, namun masalahnya siapa yang menjadi badan untuk menapis calon-calon itu?
"SPRM dilihat sekarang ini sedang mengalami krisis kewibawaan dalam melaksanakan tugas, mereka hanya selesaikan kes-kes ikan bilis seperti aduan guru memberi rasuah, namun kes-kes ikan jerung masih belum ada tindakan dibuat, apa jaminan SPRM akan bertindak dengan berwibawa?" katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) meminta semua parti menghantar nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan SPRM.
Menurut Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaafar, cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah, selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti yang akan bertanding.
"Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin mengemukakan cadangan balas supaya badan lain ditubuhkan untuk menyemak atau menilai bakal calon supaya lebih adil dan berwibawa, seperti Institut Integriti Malaysia.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, cadangan yang dikemukakan PPPR dapat membantu rakyat menilai bakal calon.
Menurutnya, DAP tidak mempunyai halangan untuk menghantar nama calon yang telah diputuskan parti selepas proses penamaan calon dilakukan.
"Kita setuju dengan cadangan PPPR, namun mesti tengok masa yang sesuai.
"Kita akan hantar nama selepas penamaan calon dibuat," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, cadangan itu baik bagi parti yang memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pas tidak memerlukan bantuan pihak lain untuk perkara itu kerana pemilihan calon daripada parti bebas gejala rasuah.
"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu.
"Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.
"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat... kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya.
Mustaffa juga berkata, cadangan yang dinyatakan itu tidak boleh diwajibkan kepada semua parti untuk menghantar senarai nama calonn bagi melakukan tapisan oleh SPRM.
"Perkara ini tak boleh diwajibkan, terpulanglah kepada parti itu untuk menghantar nama calon atau tak," katanya lagi.
22 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) yang melalui proses tapisan
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan
merupakan kaedah tepat untuk pilih calon bersih di samping memberi imej
lebih baik kepada parti.
Pemimpin parti, pemerhati dan penganalisis politik berpendapat langkah itu akan dapat membantu BN mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan parti.
Pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kaedah itu akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membuat pilihan tepat dengan memilih calon yang bersih daripada sebarang tuduhan dan sangkaan negatif.
"Rekod yang baik perlu ada sebagai ciri-ciri seorang calon 'winnable candidate' bagi memenuhi janji Najib mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan BN," kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) itu kepada Bernama.
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu untuk ditapis bagi memastikan mereka 'bersih' selain mengelak sebarang tohmahan.
"Tapisan SPRM ini sebagai langkah awal membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan amat teliti dalam memilih calon yang akan membela rakyat selain memberi jaminan bahawa calon yang dipilih sememangnya boleh diharap," kata Dr Zainal.
Beliau berkata BN perlu meletakkan syarat yang tinggi bagi seseorang calon untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN untuk terus memerintah negara ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata calon yang melepasi tapisan SPRM akan memberikan gambaran positif kepada rakyat.
Langkah itu bertepatan kerana semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan tapisan dikeluarkan SPRM, mereka perlu akur, kata pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Bagaimanapun, beliau yakin kebanyakan calon sememangnya layak tetapi tapisan itu akan menonjolkan lagi kredibiliti seseorang calon yang dipilih.
Umno dan BN katanya memerlukan calon boleh menang serta layak untuk terus berjuang setelah pemimpin terdahulu berjaya mencapai kemajuan sejak merdeka hasil kebijaksanaan mereka mentadbir negara untuk kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata proses tapisan itu dapat membuktikan bahawa seseorang calon benar-benar telus dan layak untuk bertanding.
"Ia adalah satu langkah yang baik agar dapat mengelak masalah lebih besar serta menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung," katanya dalam satu kenyataan.
Rosnah berkata penapisan berkenaan juga akan menambah lagi keyakinan rakyat terhadap calon tersebut.
Di KUCHING, Anggota Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim berkata proses tapisan itu akan membantu menaikkan imej BN.
"Kita tidak mahu calon yang mempunyai perlakuan tersembunyi," katanya. - Bernama
22 Disember 2012
SHAH ALAM – Puteri Umno menerima baik cadangan supaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis bakal calon Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) kerana ia akan menambah keyakinan rakyat ke atas
calon-calon yang diketengahkan.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya cadangan uni dilaksanakan demi membuktikan ketelusan calon-calon yang dipertandingkan.
“Sekiranya calon yang akan dipertandingkan merupakan seorang calon yang benar-benar ikhlas, layak dan telus maka cadangan itu tidak akan mendatangkan masalah malah akan menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap calon tersebut.
“Ini adalah selari dengan tujuan penubuhan SPRM iaitu sebagai mekanisme ‘check and balance’ mewakili rakyat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.
Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.
Pandangan itu setakat ini menerima reaksi bercampur daripada parti-parti politik dan orang ramai.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menambah, dengan adanya kaedah sebegini maka rakyat akan lebih yakin dengan semua calon pilihan raya umum yang dipertandingkan oleh kesemua parti-parti di Malaysia.
Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa cadangan SPRM itu merupakan satu langkah baik untuk mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah serta terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.
“Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sebuah kerajaan yang adil, sentiasa mendahulukan rakyat serta membela nasib rakyat.
“Sudah tentunya langkah yang baik demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat akan disambut dengan baik,” katanya lagi.
22 Disember 2012
PHILAFELPHIA - Seorang lelaki bersenjata dilaporkan menembak mati tiga
individu di kawasan luar bandar di barat Pennsylvania semalam.
Media tempatan melaporkan, seorang daripada mangsa berada di gereja dan sedang membuat persiapan menjelang sambutan Hari Natal pada Selasa ini.
Seramai tiga anggota pihak berkuasa juga dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan suspek yang identitinya tidak didedahkan di Frankstown Township di timur Pittsburgh.
Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu terbunuh semasa dia cuba untuk melarikan diri dengan lori pikap.
Kejadian di Pennsylvania tersebut berlaku kira-kira seminggu selepas insiden tembakan menggemparkan yang meragut nyawa 20 kanak-kanak dan enam dewasa di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut.
Suspek kejadian itu, Adam Lanza, 20, yang menembak mati dirinya dilaporkan turut membunuh ibunya sebelum insiden amuk tersebut. - Reuters
22 Disember 2012
KOTA BHARU - Rumah ibu Pemangku Penolong Editor Sinar Harian Perak, Mustaqim Amir Azuari Mohamed dipecah masuk dua hari lalu.
Bagaimanapun kejadian disedari ibunya, Wan Hasnah Wan Osman, 72, kelmarin selepas dimaklumkan cucu, Nik Azni Nik Zakaria yang diamanahkan menjaga rumah itu sepanjang peninggalannya.
“Kediaman ini saya tinggalkan hampir dua bulan kerana ke rumah anak di Johor selepas Aidiladha lalu dan sepanjang tempoh itu Nik Azni sering datang untuk melihat keadaan rumah ini.
“Bagaimanapun kelmarin Nik Azni dihubungi jiran saya memaklumkan kejadian sebelum menyampaikan khabar itu kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng, semalam.
Wan Hasnah berkata, termasuk kejadian dua hari lalu itu, sudah lima kali rumahnya dipecah masuk, dan kali ini pintu utama rumahnya diumpil menggunakan sejenis alat yang mungkin secara tidak sengaja ditinggalkan penjenayah berkenaan.
“Saya tak buat laporan polis lagipun jumlah kerugian tidak banyak, saya anggap ia sedekah kepada pihak terlibat,” katanya yang enggan memanjangkan cerita.
Sementara itu, Wan Hasnah berkata, secara kasarnya, lebih RM1,200 kerugian dialami selepas TV Plasma, mesin jahit, vakum dan radio selain syiling dalam tabung yang tidak dapat dianggarkan jumlahnya dilarikan penjenayah.
Nik Azni, difahamkan oleh jiran Wan Hasnah bahawa kejadian mungkin berlaku sekitar jam 4 pagi selepas meneliti maklumat daripada tetangga yang lain.
Katanya, dia terlebih dahulu datang ke rumah tersebut sebaik dimaklumkan kejadian dan mendapati ianya diselongkar habis-habisan termasuk beberapa bilik berselerak.
22 Disember 2012
BUTTERWORTH - Pekarangan Mahkamah Butterworth yang selalunya tenang
bertukar riuh semalam, apabila orang ramai bertanya antara satu sama
lain selepas melihat seorang lelaki bergari dalam keadaan berkain sarung
dibawa anggota polis untuk didakwa.
Namun, pertanyaan mereka akhirnya terjawab apabila mendapati lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini, atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun.
Suspek, seorang jurukimpal warga Bangladesh dituduh mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang kanak-kanak
lelaki, Oktober lalu.
Md Rezaul, akhir 40-an, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada jam 12 tengah hari.
Semasa pertuduhan dibacakan, jurukimpal yang sudah lebih lima tahun bekerja di sebuah kedai besi di Pekan Simpang Ampat itu berkata, dia kurang jelas dengan pertuduhan yang dikenakan kerana kurang memahami bahasa Melayu.
Memandangkan ketiadaan jurubahasa, Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan seorang
jurubahasa.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Md Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Jika didapati bersalah tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat.
Selepas tiada pengakuan direkodkan, tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin kemudiannya ditahan sementara menantikan tarikh baru sebutan kes berkenaan.
22 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan Bahagian Teknikal Unit Berita
Televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) maut selepas keretanya
bertembung dengan kenderaan lain di Lebuhraya Connaught, tengah malam
semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.50 malam itu, mangsa, Zainah Md Sharif, 46, maut di tempat kejadian selepas cedera teruk pada bahagian kepalanya.
Zainah yang memandu kereta jenis Myvi dari arah Mid Valley menghala Cheras gagal mengelak kereta Honda CRV yang dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan serta melanggar pengadang sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Perlanggaran tersebut menyebabkan kenderaan mangsa terbalik dan terseret sejauh beberapa meter.
Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah dua buah kenderaan lain iaitu sebuah Myvi dan Proton Wira yang berada di belakang kereta mangsa.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes disiasat di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, mayat Zainah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Abdullah berkata, pemandu Honda CRV dan kenderaan lain yang terlibat hanya mengcedera ringan.
22 Disember 2012
KUALA TERENGGANU - Institusi Islam yang dibina oleh Umno dan kerajaan
Barisan Nasional (BN) boleh runtuh jika pembangkang mengambil alih
negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau melahirkan kebimbangan itu setelah melihat perjuangan songsang pakatan pembangkang yang sanggup menjual nama Islam semata-mata mahu menjadi pemerintah.
"Bila sampai pilihan raya, bukan soal nak menang saja tapi nak tentukan (pertahankan) institusi yang telah kita bangun dan bina elok-elok. Kalau mereka (pakatan pembangkang) ambil alih kuasa dalam kerajaan untuk bermaharajalela, kebimbangan kita...asas yang telah dibina untuk pembangunan ummah akan diruntuhkan oleh mereka," katanya.
Berucap pada majlis sepetang bersama penghulu, jawatankuasa kampung, imam dan bilal seluruh negeri Terengganu di sini hari ini, beliau berkata pemerintahan BN bersama-sama Umno sebagai parti Islam utama terbukti mendapat pengiktirafan beberapa negara Islam lain.
Katanya negara Islam lain bukan sahaja memuji cara Malaysia menegakkan syiar Islam di negara ini, malah mahu menjadikan ia contoh kepada mereka dalam membangunkan Islam di negara masing-masing.
Kerajaan BN, katanya melaksanakan banyak usaha ke arah meningkatkan martabat umat Islam di negara ini namun atas sebab politik, pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk menggagalkannya.
"Pihak pembangkang, kalau boleh hendak menggagalkan segala-galanya...kita berjuang atas perjuangan Umno dan BN iaitu berjuang atas apa yang telah ditetapkan dalam al-Quran," katanya.
Beliau berkata jika benar kerajaan Pas mahu membangunkan Islam di negara ini, mereka telahpun diberi banyak peluang untuk melaksanakannya di Kelantan.
"Kalau kerajaan Pas Kelantan kata membangun bersama Islam, apa kerajaan Kelantan buat...isu soal air pun tak dapat selesai," katanya.
Muhyiddin berkata, BN berada di landasan yang betul dan berjuang atas tuntutan agama serta tidak bercanggah dengan hukum agama sebagaimana yang didakwa pembangkang. - Bernama
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, suspek, 32, bertindak mencuri seutas gelang tangan dan cincin emas berlian milik ibunya, 61, apabila bengang permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan.
Menurut sumber, kedegilan mangsa yang enggan memberikan wang seperti diminta menyebabkan suspek naik angin sebelum mengambil sebentuk cincin emas berlian dan seutas gelang tangan emas berlian milik mangsa.
“Suspek menyorokkan barang kemas itu di dalam almari selain mengugut mahu membelasah mangsa apabila perbuatannya itu disedari,” katanya.
Katanya, bimbang perkara tidak diingini mungkin akan berlaku, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, beberapa jam selepas kejadian itu.
Susulan laporan diterima, sepasukan polis berjaya menahan suspek di depan rumah mereka dan hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri barang kemas milik ibunya.
Sumber berkata, suspek mendakwa barang kemas berkenaan disimpan di dalam peti di bilik tidur mangsa dan pemeriksaan lanjut berjaya menemui barang kemas berkenaan dengan gelang tangan emas sudah dipotong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisionar Zamri Shamsudin mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
Saman AES: Banyak soalan belum dijawab, dakwa Pas
22 Disember 2012
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengguna jalan raya masih memerlukan penjelasan berhubung kedudukan saman dan pelaksanaan AES.
Menurutnya, keputusan yang diumumkan Jabatan Peguam Negara juga masih meragukan.
Sehubungan itu kata beliau, kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan AES.
"Pengguna jalan raya dan orang kena saman masih mempersoalkan, tak ada penjelasan yang jelas terhadap saman AES yang dikeluarkan oleh kerajaan.
"Kita kecewa dengan kegagalan kerajaan berbuat demikian dan keputusan dibuat bukan atas pendirian kerajaan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara juga memerlukan spesifikasi berkaitan masalah teknikal yang didakwa punca prosiding saman ditangguhkan.
Beliau berkata walaupun prosiding ditangguhkan, status pelaksanaan dan pengeluaran saman AES masih diragui.
"Jika AG kata saman itu ada masalah dari segi teknikal, apakah masalahnya berkaitan undang-undang jalan raya atau AES?
"Kalau masalah teknikal pembayaran kompaun atau saman yang telah dibuat perlu dipulangkan, ini tidak adil.
"Atau mungkin kerajaan takut ada masalah dengan perjanjian yang dibuat oleh dua syarikat yang terlibat dengan AES?" katanya lagi.
Mahfuz mendakwa kerajaan tidak berfikir panjang sebelum melaksanakan AES dan ia dilaksanakan tanpa perbincangan melibatkan semua pihak.
BAGAIMANA KES2 RASUAH PEMIMPIN2 BESAR BELUM TERJAWAB...TIBA2 LEPAS DARI SARINGAN...TAK KAN HARU NANTI
Pakatan: SPRM bukan badan sesuai tapis calon, tak praktikal
22 Disember 2012
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.
Saifuddin berkata, kegagalan SPRM menyelesaikan kes "ikan jerung" berbanding "ikan bilis" menunjukkan badan itu mengalami "krisis kewibawaan."
"Saya alu-alukan cadangan itu, namun masalahnya siapa yang menjadi badan untuk menapis calon-calon itu?
"SPRM dilihat sekarang ini sedang mengalami krisis kewibawaan dalam melaksanakan tugas, mereka hanya selesaikan kes-kes ikan bilis seperti aduan guru memberi rasuah, namun kes-kes ikan jerung masih belum ada tindakan dibuat, apa jaminan SPRM akan bertindak dengan berwibawa?" katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) meminta semua parti menghantar nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan SPRM.
Menurut Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaafar, cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah, selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti yang akan bertanding.
"Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin mengemukakan cadangan balas supaya badan lain ditubuhkan untuk menyemak atau menilai bakal calon supaya lebih adil dan berwibawa, seperti Institut Integriti Malaysia.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, cadangan yang dikemukakan PPPR dapat membantu rakyat menilai bakal calon.
Menurutnya, DAP tidak mempunyai halangan untuk menghantar nama calon yang telah diputuskan parti selepas proses penamaan calon dilakukan.
"Kita setuju dengan cadangan PPPR, namun mesti tengok masa yang sesuai.
"Kita akan hantar nama selepas penamaan calon dibuat," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, cadangan itu baik bagi parti yang memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pas tidak memerlukan bantuan pihak lain untuk perkara itu kerana pemilihan calon daripada parti bebas gejala rasuah.
"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu.
"Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.
"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat... kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya.
Mustaffa juga berkata, cadangan yang dinyatakan itu tidak boleh diwajibkan kepada semua parti untuk menghantar senarai nama calonn bagi melakukan tapisan oleh SPRM.
"Perkara ini tak boleh diwajibkan, terpulanglah kepada parti itu untuk menghantar nama calon atau tak," katanya lagi.
Tapisan SPRM, kaedah tepat pilih calon bersih
22 Disember 2012
Pemimpin parti, pemerhati dan penganalisis politik berpendapat langkah itu akan dapat membantu BN mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan parti.
Pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kaedah itu akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membuat pilihan tepat dengan memilih calon yang bersih daripada sebarang tuduhan dan sangkaan negatif.
"Rekod yang baik perlu ada sebagai ciri-ciri seorang calon 'winnable candidate' bagi memenuhi janji Najib mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan BN," kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) itu kepada Bernama.
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu untuk ditapis bagi memastikan mereka 'bersih' selain mengelak sebarang tohmahan.
"Tapisan SPRM ini sebagai langkah awal membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan amat teliti dalam memilih calon yang akan membela rakyat selain memberi jaminan bahawa calon yang dipilih sememangnya boleh diharap," kata Dr Zainal.
Beliau berkata BN perlu meletakkan syarat yang tinggi bagi seseorang calon untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN untuk terus memerintah negara ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata calon yang melepasi tapisan SPRM akan memberikan gambaran positif kepada rakyat.
Langkah itu bertepatan kerana semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan tapisan dikeluarkan SPRM, mereka perlu akur, kata pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Bagaimanapun, beliau yakin kebanyakan calon sememangnya layak tetapi tapisan itu akan menonjolkan lagi kredibiliti seseorang calon yang dipilih.
Umno dan BN katanya memerlukan calon boleh menang serta layak untuk terus berjuang setelah pemimpin terdahulu berjaya mencapai kemajuan sejak merdeka hasil kebijaksanaan mereka mentadbir negara untuk kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata proses tapisan itu dapat membuktikan bahawa seseorang calon benar-benar telus dan layak untuk bertanding.
"Ia adalah satu langkah yang baik agar dapat mengelak masalah lebih besar serta menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung," katanya dalam satu kenyataan.
Rosnah berkata penapisan berkenaan juga akan menambah lagi keyakinan rakyat terhadap calon tersebut.
Di KUCHING, Anggota Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim berkata proses tapisan itu akan membantu menaikkan imej BN.
"Kita tidak mahu calon yang mempunyai perlakuan tersembunyi," katanya. - Bernama
Calon PRU: Tapisan SPRM akan tambah keyakinan rakyat
22 Disember 2012
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya cadangan uni dilaksanakan demi membuktikan ketelusan calon-calon yang dipertandingkan.
“Sekiranya calon yang akan dipertandingkan merupakan seorang calon yang benar-benar ikhlas, layak dan telus maka cadangan itu tidak akan mendatangkan masalah malah akan menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap calon tersebut.
“Ini adalah selari dengan tujuan penubuhan SPRM iaitu sebagai mekanisme ‘check and balance’ mewakili rakyat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.
Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.
Pandangan itu setakat ini menerima reaksi bercampur daripada parti-parti politik dan orang ramai.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menambah, dengan adanya kaedah sebegini maka rakyat akan lebih yakin dengan semua calon pilihan raya umum yang dipertandingkan oleh kesemua parti-parti di Malaysia.
Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa cadangan SPRM itu merupakan satu langkah baik untuk mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah serta terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.
“Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sebuah kerajaan yang adil, sentiasa mendahulukan rakyat serta membela nasib rakyat.
“Sudah tentunya langkah yang baik demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat akan disambut dengan baik,” katanya lagi.
Lagi kes tembakan di AS
22 Disember 2012
Media tempatan melaporkan, seorang daripada mangsa berada di gereja dan sedang membuat persiapan menjelang sambutan Hari Natal pada Selasa ini.
Seramai tiga anggota pihak berkuasa juga dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan suspek yang identitinya tidak didedahkan di Frankstown Township di timur Pittsburgh.
Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu terbunuh semasa dia cuba untuk melarikan diri dengan lori pikap.
Kejadian di Pennsylvania tersebut berlaku kira-kira seminggu selepas insiden tembakan menggemparkan yang meragut nyawa 20 kanak-kanak dan enam dewasa di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut.
Suspek kejadian itu, Adam Lanza, 20, yang menembak mati dirinya dilaporkan turut membunuh ibunya sebelum insiden amuk tersebut. - Reuters
Rumah ditinggal dua bulan dipecah masuk
22 Disember 2012
Bagaimanapun kejadian disedari ibunya, Wan Hasnah Wan Osman, 72, kelmarin selepas dimaklumkan cucu, Nik Azni Nik Zakaria yang diamanahkan menjaga rumah itu sepanjang peninggalannya.
“Kediaman ini saya tinggalkan hampir dua bulan kerana ke rumah anak di Johor selepas Aidiladha lalu dan sepanjang tempoh itu Nik Azni sering datang untuk melihat keadaan rumah ini.
“Bagaimanapun kelmarin Nik Azni dihubungi jiran saya memaklumkan kejadian sebelum menyampaikan khabar itu kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng, semalam.
Wan Hasnah berkata, termasuk kejadian dua hari lalu itu, sudah lima kali rumahnya dipecah masuk, dan kali ini pintu utama rumahnya diumpil menggunakan sejenis alat yang mungkin secara tidak sengaja ditinggalkan penjenayah berkenaan.
“Saya tak buat laporan polis lagipun jumlah kerugian tidak banyak, saya anggap ia sedekah kepada pihak terlibat,” katanya yang enggan memanjangkan cerita.
Sementara itu, Wan Hasnah berkata, secara kasarnya, lebih RM1,200 kerugian dialami selepas TV Plasma, mesin jahit, vakum dan radio selain syiling dalam tabung yang tidak dapat dianggarkan jumlahnya dilarikan penjenayah.
Nik Azni, difahamkan oleh jiran Wan Hasnah bahawa kejadian mungkin berlaku sekitar jam 4 pagi selepas meneliti maklumat daripada tetangga yang lain.
Katanya, dia terlebih dahulu datang ke rumah tersebut sebaik dimaklumkan kejadian dan mendapati ianya diselongkar habis-habisan termasuk beberapa bilik berselerak.
Berkain sarung ke mahkamah
22 Disember 2012
Namun, pertanyaan mereka akhirnya terjawab apabila mendapati lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini, atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun.
Suspek, seorang jurukimpal warga Bangladesh dituduh mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang kanak-kanak
lelaki, Oktober lalu.
Md Rezaul, akhir 40-an, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada jam 12 tengah hari.
Semasa pertuduhan dibacakan, jurukimpal yang sudah lebih lima tahun bekerja di sebuah kedai besi di Pekan Simpang Ampat itu berkata, dia kurang jelas dengan pertuduhan yang dikenakan kerana kurang memahami bahasa Melayu.
Memandangkan ketiadaan jurubahasa, Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan seorang
jurubahasa.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Md Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Jika didapati bersalah tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat.
Selepas tiada pengakuan direkodkan, tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin kemudiannya ditahan sementara menantikan tarikh baru sebutan kes berkenaan.
Staf RTM maut
22 Disember 2012
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.50 malam itu, mangsa, Zainah Md Sharif, 46, maut di tempat kejadian selepas cedera teruk pada bahagian kepalanya.
Zainah yang memandu kereta jenis Myvi dari arah Mid Valley menghala Cheras gagal mengelak kereta Honda CRV yang dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan serta melanggar pengadang sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Perlanggaran tersebut menyebabkan kenderaan mangsa terbalik dan terseret sejauh beberapa meter.
Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah dua buah kenderaan lain iaitu sebuah Myvi dan Proton Wira yang berada di belakang kereta mangsa.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes disiasat di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, mayat Zainah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Abdullah berkata, pemandu Honda CRV dan kenderaan lain yang terlibat hanya mengcedera ringan.
Jangan runtuh institusi Islam dibina BN, kata TPM
22 Disember 2012
Beliau melahirkan kebimbangan itu setelah melihat perjuangan songsang pakatan pembangkang yang sanggup menjual nama Islam semata-mata mahu menjadi pemerintah.
"Bila sampai pilihan raya, bukan soal nak menang saja tapi nak tentukan (pertahankan) institusi yang telah kita bangun dan bina elok-elok. Kalau mereka (pakatan pembangkang) ambil alih kuasa dalam kerajaan untuk bermaharajalela, kebimbangan kita...asas yang telah dibina untuk pembangunan ummah akan diruntuhkan oleh mereka," katanya.
Berucap pada majlis sepetang bersama penghulu, jawatankuasa kampung, imam dan bilal seluruh negeri Terengganu di sini hari ini, beliau berkata pemerintahan BN bersama-sama Umno sebagai parti Islam utama terbukti mendapat pengiktirafan beberapa negara Islam lain.
Katanya negara Islam lain bukan sahaja memuji cara Malaysia menegakkan syiar Islam di negara ini, malah mahu menjadikan ia contoh kepada mereka dalam membangunkan Islam di negara masing-masing.
Kerajaan BN, katanya melaksanakan banyak usaha ke arah meningkatkan martabat umat Islam di negara ini namun atas sebab politik, pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk menggagalkannya.
"Pihak pembangkang, kalau boleh hendak menggagalkan segala-galanya...kita berjuang atas perjuangan Umno dan BN iaitu berjuang atas apa yang telah ditetapkan dalam al-Quran," katanya.
Beliau berkata jika benar kerajaan Pas mahu membangunkan Islam di negara ini, mereka telahpun diberi banyak peluang untuk melaksanakannya di Kelantan.
"Kalau kerajaan Pas Kelantan kata membangun bersama Islam, apa kerajaan Kelantan buat...isu soal air pun tak dapat selesai," katanya.
Muhyiddin berkata, BN berada di landasan yang betul dan berjuang atas tuntutan agama serta tidak bercanggah dengan hukum agama sebagaimana yang didakwa pembangkang. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan