Sabtu, 15 Disember 2012

DULU KATA BUKAN KAWASAN GEMPA BUMI...SEKARANG KEMUNGKINAN...SEMUA DALAM ILMU ALLAH..ALLAH BOLEH TENTUKAN APA SAJA BENTUK HUKUMAN ATAU BENTUK UJIAN...MAKA JANGAN TAK SEDAR2 LAGI KITA MAKHLUK...JANGAN JADI MAKHLUK YANG BERLAGAK DAN TAK SEDAR DIRI

'DAP tak akan melampau seperti BN'

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini kembali mengulangi konsep "Jalan Tengah Malaysia" dalam ucapan dasarnya pada kongres ke-16 parti itu.
Menurut Lim, konsep itu diperkenal beliau pada kongres DAP tiga tahun dahulu di Ipoh sewaktu kontroversi penggunaan kalimah "Allah" memuncak.

"DAP tidak akan mengambil pendirian melampau seperti BN.

dap national congress 151212 2"Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hanya ada satu jalan tengah dalam politik Malaysia dan ia adalah jalan tengah yang penting.

"Pakatan Rakyat mestilah dilihat sebagai sederhana dan inklusif, menjarak dan membezakan diri kita dari lawan kita yang eksklusif, rasis dan pelampau," katanya.

Beliau menyuarakan kegembiraannya terhadap keutuhan perpaduan parti Pakatan Rakyat sewaktu parti lawan cuba memberikan gambaran salah terhadap mereka.

"Sekarang MCA cuba menggambarkan PAS sebagai parti yang mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam seperti berkhalwat, yang pastinya tidak benar," katanya.

Menyentuh isu salun rambut di Kelantan, Lim menyifatkkannya sebagai "isu pentadbiran yang sedang diselesaikan".
PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

dap national congress 151212 2"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata calon perdana menteri itu hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Laporan Bernama menyebut, Mustaf berkata calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya seperti dipetik agensi itu.
Lima calon tarik diri, 63 bertanding jawatan CEC

Lima calon menarik diri daripada pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP di kongres kebangsaan ke-16 parti itu di Pulau Pinang hari ini.
Lima calon berkenaan adalah Choong Siew Onn, Er Teck Hwa, Jaya Balan Valliappan, Teok Kok Seong dan Violet Yong Wui Wui.

Teo yang baru dipilih sebagai ketua Pemuda Sosialis DAP berkata beliau ingin memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti, namun sebab penarikan diri empat yang lain masih belum diketahui.

Seramai 1,823 perwakilan yang akan membuang undi menerima taklimat daripada pegawai pemilihan untuk mendapatkan kertas undi bermula jam 1 petang.

Sejumlah 63 calon selebihnya akan bertanding bagi merebut 20 jawatan dalam CEC.

Barisan jawatankuasa baru yang akan dipilih hari ini seterusnya akan melantik 10 orang lagi untuk mengisi jawatan selebihnya bagi penggal 2013-2015.

Calon berkenaan diperkenalkan kepada para perwakilan melalui skin besar yang menunjukkan gambar masing-masing.

Setiausaha agung Lim Guan Eng, penasihat kanan Lim Kit Siang, pemimpn DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming merupakan antara yang menerima tepukan gemuruh apabila diperkenalkan melalui skrin itu.

Perwakilan akan dipanggil mengikut cawangan masing-masing untuk proses membuang undi yang menggunakan dakwat kekal.
Isu Deepak: Karpal gesa DAP lapor polis

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa ahli DAP membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau mendakwa Deepak melakukan kesalahan kerana menyembunyikan maklumat berkaitan pembunuhan itu selama ini.

"Sesiapa sahaja yang ada maklumat mengenai arahan melakukan pembunuhan perlu membuat laporan polis.

"Deepak belum buat sebarang laporan polis. Beliau sudah melakukan
kesalahan," kata Karpal.

Tambahnya, laporan itu membolehkan polis membuka siasatan baru
terhadap kes tersebut.

"Apa yang penting di sini bukanlah Deepak, tetapi pendedahan yang dibuatnya membolehkan polis melakukan siasatan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Deepak dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mendakwa adik perdana menteri membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam bagi menandatangani akuan bersumpah kedua berkaitan kes pembunuhan Altantuya.

Dua anggota polis dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah dan kini sedang merayu hukuman mereka.
PERKASA ikrar sokong BN dalam p'raya

NGO pendesak Melayu PERKASA hari ini berikrar akan menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu mendapat kerusi majoriti dua pertiga dan membentuk kerajaan.

Ikrar tersebut dibaca oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di hadapan kira-kira lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati di Persidangan Agung Tahunan PERKASA di Astaka Taman Tasik Tititwangsa di ibu negara.

NONE"Bahawasanya kita berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah, menyerah diri, tidak jadi pengkhianat, tetapi membantu beri kemenangan kepada BN dua pertiga majoriti," kata Ibrahim yang kemudian diikuti satu persatu oleh perwakilan.

Dalam ucapan dasarnya itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata sekiranya majoriti dua pertiga dapat maka isu yang berkaitan raja-raja Melayu dan persoalan agama Islam tidak akan berbangkit lagi.

Beliau juga meminta seramai lebih 350,000 anggotanya untuk menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan NGO itu, bagi menyokong mana-mana calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya umum itu.

"Jangan rasa terguris... (Ada) pemimpin MCA beri pelbagai respon (kepada kita)... Saya juga terguris... MCA boleh membantu Umno untuk menubuhkan kerajaan kuat.

"Sebab itu kita undi Umno dan BN... Kalau nak ikut, saya lagi marah kepada Umno dan BN tetapi marah saya tidak boleh mengatasi agama, bangsa dan negara," katanya.

Bercakap dalam sidang media kemudiannya, Ibrahim berkata sokongan kepada calon BN termasuk MCA dan MIC "tidak ada percanggahan" dengan prinsip perjuangan PERKASA yang berteraskan Melayu.

NONEKatanya, lagi mereka mahu membantu kerajaan menyatukan rakyat sekaligus menjadikan negara ini dalam keadaan aman dan menjamin kestabilan negara.

"Kita sokong semua calon BN termasuk MCA dan MIC. Kita tidak lihat isu peribadi. Pemimpin datang dan pergi... Bukan soal individu. Tak adil seorang bawa lumpur, semua kita kena tolak.

"Kita sokong BN atas dasar BN sebagai satu gabungan membawa wadah politik yang berkongsi kuasa dengan semua kaum," katanya.

Ditanya sama ada menyokong BN juga bermaksud PERKASA menyokong perjuangan MCA, Ibrahim menegaskan bahawa NGO itu menyokong BN dan bukan individu tertentu semata-mata.
"Saya tegaskan kita sokong BN, kerana konsep gabungan antara kaum yang terbukti sejak merdeka," katanya yang merayu supaya mandat diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membaca 10 perisytiharan dan resolusi PERKASA yang antara lainnya menyeru pengundi pengundi memilih kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
"Pilihan yang betul bagi membentuk kerajaan yang kuat ialah dengan memilih parti yang mempunyai rekod trek kecemerlangan mentadbir negara.

"Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana tawaran yang dibuat oleh pakatan alternatif jelas berkecamuk, sangat kacau dan semberono serta memperlihatkan percanggahan dan pertentangan sesama mereka," katanya.
Beliau bimbang parti dalam Pakatan "yang tidak sehaluan" itu akan membawa "mudarat besar kepada rakyat dan negara".

Sembilan lagi perkara yang digariskan dalam resolusi itu termasuk soal perpaduan bangsa, kebebasan beragama, ancaman pluralisme dan pengaruh lesbian, gay serta transgender (LGBT).
Perkasa juga menyatakan sokongan terhadap Pelan Tindakan Pendidikan Negara serta kecaman mengenai campurtangan kuasa asing dalam negara.
Perkara itu, menurutnya, akan diluluskan dalam mesyuarat Agung PERKASA di sebelah petang.
Lebih 10,000 jelas saman AES

Lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 Sept lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.

"Pengguna jalan raya perlu faham, penguatkuasaan AES ini bukan untuk membebankan mereka sebaliknya sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang saban hari semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Plaza Tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur.

Ismail berkata dalam mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa seperti pertambahan bilangan kenderaan dan pemandu setiap tahun.

Beliau berkata untuk rekod, negara mengalami pertambahan kenderaan sebanyak kira-kira 1.1 juta setahun dan pertambahan pengguna jalan raya sebanyak 400,000 orang dan ia menjadi satu cabaran besar kepada JPJ dan agensi penguatkuasaan lain dalam mengurangkan kemalangan maut di Malaysia.

"Sebenarnya perkara ini kita boleh atasi, tiada masalah kalau setiap tahun negara mengalami peningkatan jumlah kenderaan dan pemandu, yang penting pengguna jalan raya itu sendiri perlu sedar dan mengambil inisiatif untuk mengurangkan kemalangan maut tersebut," katanya.

Katanya, pada masa sama kerajaan turut menetapkan sasaran untuk menurunkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi indeks kemalangan maut dari 3.8 orang dari 10,000 pengguna jalan raya kepada 2.0 menjelang 2020.

Beliau turut memuji inisiatif diambil LPKPM dalam mengurangkan kemalangan maut dengan mengadakan kempen keselamatan seperti ini.

"Kempen ini merupakan satu inisiatif yang amat digalakkan kerana, masyarakat dan agensi penguatkuasa perlu bersama-sama dalam menangani perkara ini, dan bukannya mengharapkan pihak penguatkuasa sahaja," katanya.

- Bernama
Ibrahim Ali akan pertahan kerusi Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi yang diwakilinya itu dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang.

Presiden PERKASA itu berkata beliau tetap akan bertanding walaupun sebagai calon bebas, namun akan turut berunding dengan mana-mana parti yang ingin mengadakan kerjasama dengannya.

"Nak berunding saya kena tengok dulu dasar perjuangan, tindak tanduk... Tengok dasar perjuangan, boleh berunding dan berkongsi dengan sesiapa sahaja dalam pilihan raya akan datang

"(Jika) tidak ada perkongsian, saya bebas, saya solo, saya tetap akan bertanding walaupun saya seorang diri.

"Saya tetap bertanding walaupun 10 atau 15 penjuru, tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan orang mahu bekerjasama dengan saya," kata Ibrahim dalam satu sidang media selepas majlis perasmian persidangan agung NGO tersebut hari ini.

Dalam majlis perasmian itu, beliau mengetuai sekumpulan 5,000 perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat agung PERKASA untuk membaca ikrar bagi menyokong BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Pengkaji: Negara berpotensi dilanda gempa bumi
Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Felix Tongkul berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.

"Daripada kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa bumi berskala sederhana.

"Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda," katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur.

Dr Felix berkata bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.

"Seperti yang kita sedia maklum ada beberapa kawasan di negara ini yang sering mengalami gegaran apabila berlaku gempa bumi kuat di negara jiran seperti di kawasan Kundasang, Ranau dan Lahad Datu di Sabah. Kawasan-kawasan ini mungkin berpotensi dilanda gempa bumi sederhana itu," katanya.

Dr Felix yang juga profesor dalam bidang Geologi di Akademi Sains Malaysia berkata kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi sederhana.

Sehubungan itu, katanya masyarakat harus sentiasa bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku gegaran pada masa akan datang.

Katanya gempa bumi paling kuat yang direkodkan di Malaysia setakat ini ialah gempa bumi sederhana pada kekuatan 5.8 skala Richter di Lahad Datu Sabah pada 1976 yang mengakibatkan banyak harta benda rosak serta bangunan retak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan) JMM berkata Malaysia mengalami lapan gegaran akibat 22 gempa bumi kuat di negara jiran sepanjang tahun 2012.

Beliau berkata kedudukan Malaysia yang berjiran dengan negara di zon lingkaran gempa bumi menyebabkan Malaysia turut tidak terkecuali daripada terpalit sama merasai gegaran gempa bumi.

Justeru JMM telah membuat beberapa kajian mengenai kesan gempa bumi dan hasil kajian sedang diteliti di samping pemantauan dari semasa ke semasa bagi membolehkan kita bertindak dengan pantas sekiranya ada kawasan yang dilanda gempa bumi," katanya.

- Bernama

2 ulasan:

pakdin berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=3YImzLzqZM4
Kongres DAP Kebangsaan 2012 – Ucapan Dasar Setiausaha Agong, Pengasingan Gender di Salun Rambut, PAS Diberi Kata Dua

fendi isa berkata...

TK ATAS INFO TUAN