Sabtu, 22 Disember 2012

ADA BERANI KAH

PAS cabar Najib saman jika Deepak bohong

Hazayani Zakaria, 22 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang membuat beberapa dakwaan ke atas beliau dan ahli keluarganya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib harus berbuat demikian kerana dakwaan yang dibaut Deepak bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai Perdana Menteri tetapi turut melibatkan nama baik negara.

"Rakyat menanti keberanian Najib untuk tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak.

"Rakyat tidak boleh terima pemimpin yang mempunyai masalah peribadi yang begitu berat jika benar apa yang didakwa Deepak itu," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini .

Mahfuz juga berkata, najib seharusnya mencontohi keberanian bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia. Seharusnya Najib juga ada keberanian itu," katanya yang juga Ahli parlimen Pokok Sena.

Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Harakahdaily mendakwa Najib mempunyai kaitan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008.

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak.

Kembara Oren dihalang lagi, kali ini di Pahang

Hazayani Zakaria, 22 Dis 2012

KUALA LUMPUR:
Kembara Oren Selamatkan Felda terus dihalang pihak tertentu, hari ini di beberapa Felda di Jengka, Pahang pula.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, walaupun konvoi mereka bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, Bera, namun keadaan itu tidak berkekalan apabila mereka bergerak ke Felda Kampung Awah.

"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan.

"Tetapi bila kami mula disekat di Felda kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.

Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan.

"Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada.

"Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkans aya yakin kira0kira 150 orang yang membuat benteng manusi itu, bukan semua penduduk felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.

Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam ini bagi acara kemuncak.

"Ya, kami dah terima macam-macam amaran supaya tak teruskan Kembara Oren. Tapi ceramah di Felda jengka 11 malam ini tetap akan diteruskan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi nenegri," katanya.

Kembara Oren hari ini turut disertai Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jangka di N9 lebih panas

Sementara itu, Mazlan menyatakan kebimbangannya terhadap Kembara Oren yang akan diteruskan di Negeri Sembilan esok.

Beliau dimaklumkan bahawa berpuluh-puluh laoran polis telah dibuat terhadap Anak dan mesyuarat tergempar turut diadakan di peringkat felda bagi menghalang kehadiran Kembara Oren.

"Memang kita akan teruskan Kembara Oren tapi saya bimbang dengan provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya minta semua pihak rasional dan tidak terpengaruh dengan provokasi.

Saya tidak akan berganjak kerana yang penting bagi saya mesej yang ingin disampaikan melalui Kembara Oren ini," tegasnya.

Mungkinkah 27 Dis 'hari gelap' peneroka

Hazayani Zakaria, 22 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Gerakan selamatkan Felda (GSF) merancang untuk berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Felda sewaktu Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) berlangsung pada 27 Disember ini.

Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, rancangan itu akan diteruskan jika keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyebelahi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membenarkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad kekal di KPF.

16 peneroka Felda Jengka pada Jun lalu memfaikan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SKM mengekalkan keanggotan Isa dalam KPF walaupun mengakui perlantikan Isa itu salah di sisi undang-undang.

"Kalau mahkamah menyebelahi mereka kita tak ada pilihan melainkan menggerakkan ahli KPF di seluruh negara untuk berkumpul di depan pintu masuk pejabat Felda pada 27 Disember ini sebagai tanda protes kita," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan raja Laut semalam.

Mei lalu, SKM memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya.

Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.Oleh itu, keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diputuskan kekal.

Mazlan berkata, 27 Disember ini dianggap sebagai 'hari gelap' ahli KPF jika Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF.

"Kita dah tahu, kalau KPF jatuh ke tangan Isa, masa depan KPF akan hancur.

"Peneroka akan datang ke pejabat Felda dengan pakaian serba hitam dan membawa bendera hitam, menandakan masa depan yang gelap," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mazlan juga berkata, Anak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum 27 Disember ini terhadap seorang menteri dan SKM kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dalam isu KPF.

“Saya tidak malu atau takut untuk nyatakan bahawa ini konspirasi didalangi mereka yang mempunyai pengaruh besar.

“Komplot itu mahukan Isa Samad jadi Pengerusi KPF. Ini salah guna kuasa yang besar daripada seorang menteri,” katanya.

Amanat Haji Hadi: Umno terasa pedasnya cili?

Khair Mutanazzar Ismail, 22 Dis 2012
Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul.

Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya.

Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional.

Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya.

Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang.

Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat.

'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk.

UMNO silap jika menyangka bahawa peluru tersebut boleh mematikan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Rakyat telah pun memahami bahawa isu ini ditimbulkan hanyalah kerana pilihanraya makin hampir.

'Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir.

Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur.

Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar.

Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut:

"Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku."

Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.

Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam."

Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu kafir, jika mati berlawan dengan mereka maka ia mati syahid.

Tetapi maksud mati syahid di sini ialah mati dalam keadaan memperjuangkan Islam dan menegakkannya. Perjuangan PAS adalah jihad yang mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t.

Jihad itu sendiri mempunyai makna yang luas yang tidak terhad pada peperangan dan pembunuhan.

Ia melingkupi semua usaha dan pengorbanan sama ada masa dan harta untuk menegakkan agama Allah.

Kenyataan bahawa "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah" menguatkan lagi bahawa 'amanat' tersebut ditujukan kepada semua orang Islam.

Ia bermaksud sesiapa sahaja sama ada UMNO atau pun tidak yang mengekalkan perlembagaan sekular penjajah akan ditentang.

UMNO perlu membezakan di antara 'menerang' dan 'menghukum'.

'Menerang' adalah menyebut secara umum tanpa disebut nama individu yang terlibat sebagaimana yang terdapat dalam 'amanat' tersebut.

Ada pun menghukum, ia adalah dakwaan terhadap individu tertentu. Ia bukan kerja para pendakwah tetapi ialah adalah tugas para hakim.

Hakim perlu mendapatkan bukti bahawa fulan bin fulan telah mengatakan sesuatu yang menjejaskan aqidah tanpa dipaksa dan dalam keadaan jahil.

Jika cukup keterangan maka hakim boleh menjatuhkan hukuman kafir terhadap individu tersebut.

UMNO umpama orang yang memakan cili dan merasai pedasnya. Adakah orang UMNO merasai bahawa mereka telah memisahkan antara politik dengan agama?

Oleh kerana itu mereka merasakan bahawa 'amanat' tersebut hanya ditujukan kepada mereka sedangkan ia ditujukan kepada semua orang Islam hatta kepada orang PAS sendiri.

Hakikatnya, UMNO tidak dapat membezakan di antara 'menerang' dan menghukum'.

Mereka tidak terasa jika mereka tidak pernah menganggap politik tiada kena mengena dengan agama.

Mereka sepatutnya menyedari pentingnya agama dalam memandu politik.

*Penulis adalah Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

 ثُمَّ أَنتُمۡ هَـٰٓؤُلَآءِ تَقۡتُلُونَ أَنفُسَكُمۡ وَتُخۡرِجُونَ فَرِيقً۬ا مِّنكُم مِّن دِيَـٰرِهِمۡ تَظَـٰهَرُونَ عَلَيۡهِم بِٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ وَإِن يَأۡتُوكُمۡ أُسَـٰرَىٰ تُفَـٰدُوهُمۡ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيۡڪُمۡ إِخۡرَاجُهُمۡ‌ۚ أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٍ۬‌ۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفۡعَلُ ذَٲلِكَ مِنڪُمۡ إِلَّا خِزۡىٌ۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلۡعَذَابِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ (٨٥)

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang

lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan dunia

dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab siksa yang amat pedih, dan Allah tidak lali terhadap apa yang mereka kerjakan”. (Al-Baqarah: 85)

Kantoi! Utusan pembohong besar

http://malaysiaberih.blogspot.com, 22 Dis 2012
Untuk besarkan KLIK imej
Satu je aku nak sebut, setahu aku yang mengikuti perkembangan Pas sejak sekian lama aku tak pernah dengar adanya Pemuda Tahan Lasak Pas.
Tanyalah pemimpin Pemuda Pas sejak dulu sampai sekarang, memang takde !!Yang ada hanya Pemuda Tahan Lasak Umno di tahun 60-an - 70-an dulu.
Dalam bab ni Utusan memang membohong!!! Utusan pembohong besar!!! ~ Tinta Hijau DKB

Bukit Botak: Penduduk terharu, penantian lebih 20 tahun berakhir

Anis Nazri, 22 Dis 2012

SELAYANG:
Penantian selama hampir 25 tahun penduduk asal Bukit Botak berakhir apabila mereka ditawarkan surat tawaran untuk memiliki rumah berkembar satu tingkat, hari ini.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta, khususnya warga emas yang sanggup menanti untuk ditawarkan surat tawaran yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rajiah Omar, 73, hari ini merakamkan rasa syukur dan gembira apabila kemelut yang dihadapi sekian lama, akhirnya berakhir.

"Alhamdulillah, impian untuk memiliki rumah sendiri di atas tanah ini, akhirnya termakbul.  Sudah lama makcik menantikan saat ini kerana ia sudah terlalu lama sejak rumah asal makcik dirobohkan.

"Makcik ucapkan berbanyak terima kasih kepada PKNS dan juga kerajaan negeri Selangor yang dapat menyelesaikan masalah makcik sekian lama," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Kegembiraan sama turut dikongsi Wong Yoon Kim, 51, yang merakamkan setinggi penghargaan kepada menteri besar dan PKNS, serta pihak yang terbabit.

Katanya, beliau dan keluarga benar-benar gembira kerana berjaya mendapat tawaran bagi memiliki rumah berkembar tersebut, yang sudah sekian lama terbengkalai sebelum PKNS mengambil alih projek tersebut.

"Saya betul-betul berterima kasih kepada menteri besar dan PKNS kerana merealisasikan impian kami sekeluarga.

"Kami sudah tidak sabar untuk menduduki rumah ini yang dijangka siap Mac tahun depan," kata beliau dengan nada ceria.

Seorang lagi peserta, Arul Ananth, 29, yang mewakili ibu bapanya untuk menerima surat tawaran pemilikan tersebut juga terharu.

Katanya, penantian ibu bapanya sudah berakhir apabila segala proses yang perlu dilakukan sudah hampir selesai sebelum dapat memasuki rumah tersebut tahun depan.

"Sudah tentu saya gembira kerana sudah lama isu berkaitan tanah kami ini tertangguh.  Sebelum ini, terdapat dua pemaju swasta yang menjalankan projek ini, tetapi dua-dua 'lari'.

"Bila PKNS ambil-alih, barulah kami boleh gembira. Sudah tentu saya berterima kasih kepada PKNS dan kerajaan negeri Selangor, dan menteri besar kita yang menyelesaikan masalah kami selama ini," kata beliau yang akan turut menetap di rumah tersebut untuk menjaga kedua orang tuanya.

Terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran pemilikan rumah tersebut kepada 16 peserta terpilih.

Majlis yang diadakan di tapak projek Bukit Botak itu, turut dihadiri Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, dan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

PKNS memulakan kerja pembinaan 1,422 unit rumah berkembar di kawasan seluas 66 hektar di Bukit Botak pada September 2010 selepas kerajaan negeri mengambil alih tanah dan projek terbengkalai yang sepatutnya dimajukan sebuah syarikat swasta.

Bukit Botak: Satu lagi bukti komitmen kerajaan S'gor

Harakahdaily, 22 Dis 2012

SELAYANG:
Kejayaan pembinaan projek penempatan semula Bukit Botak yang akan siap Mac tahun hadapan adalah bukti kerajaan negeri Selangor komited membela hak rakyat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tidak seperti dahulu, rakyat sekarang yakin dengan keupayaan dan kebolehan kerajaan negeri setelah menyaksikan bagaimana masalah penempatan yang membelenggu rakyat lebih dari 20 tahun telah diselesaikan.

“Bila buat cadangan penyelesaian pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana telah tertipu oleh (kerajaan) dahulu dimana mereka diminta tandatangan untuk beri hak mereka kepada pemaju yang akhirnya tanah mereka tergadai.

“Sekarang rumah telah siap dan surat rasmi pun telah diberikan, rakyat nampak yang kita boleh melaksanakan apa yang kita janji. Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas keyakinan mereka terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tawaran Rasmi kepada penduduk  Bukit Botak di tapak perumahan di Selayang pagi ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Pejabat Daerah Gombak dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atas usaha mereka dalam melaksanakan projek sehingga ia berjaya.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar juga menyerahkan surat rasmi tawaran memiliki kepada 16 penduduk Bukit Botak yang mewakili 961 yang hadir untuk memilik rumah berkembar teres satu tingkat.

Beliau juga dibawa melawat tapak projek rumah di mana lebih 1,422 unit rumah dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac 2013.

Dalam sidang media kemudiannya, beliau berkata sehingga kini 1,020 pemilik rumah telah disahkan layak untuk memiliki rumah di Bukit Botak  manakala 400 orang yang lain sedang menjalani proses kelayakan yang diuruskan oleh Pejabat Tanah Gombak.

Projek penempatan semula Bukit Botak mula dibangunkan PKNS pada September 2010 setelah kerajaan negeri Selangor mengambil alih tanah kawasan berkenaan yang pada awalnya diberi hak pemilikan kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk dibangunkan.

Rumah berkembar yang ditawarkan pada harga RM99,000 bagi unit standard ini dibangunkan dengan rekabentuk moden dengan keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

PKNS sebagai pemaju projek turut menyediakan sebuah tapak masjid, sebuah tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi.

Projek perumahan Bukit Botak adalah di antara projek terbengkalai yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sehingga kini 29 peratus daripada 49,451 unit perumahan terbengkalai yang ditinggalkan pentadbiran Umno-BN dahulu telah disiapkan.

Zunar lukis kartun khas untuk Umar

Harakahdaily, 22 Dis 2012
\
(Zunar membuat kartus khas untuk Umar di depan penjara Kajang)

KAJANG: Pelbagai pihak memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi yang dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan.

Selain ahli politik mula membuat kenyataan sokongan kepada Umar dan mengecam kerajaan, aktivis masyarakat juga tampil ke depan membela Umar (gambar).

Kartunis Zunar kini juga berada di perkarangan Penjara Kajang dan membuat lukisan khas untuk Umar.

Semalam sekumpulan aktivis mahasiswa 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas

Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.

Hari ini, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bahau, Teo Kok Seong, melahirkan rasa amat kecewa dan kesal atas hukuman denda RM1000 dan penjara selama 30 hari terhadap Umar.

Katanya, mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka cuma untuk meluahkan perasaan membantah pinjaman PTPTN yang tidak adil.

"Saya difahamkan tiada seorang pun yang mengambil bahagian dalam ‘Occupy Dataran’ telah melakukan apa-apa kesalahan yang membawa kecederaan atau keburukan kepada mana-mana pihak di negara kita," katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan kerajaan ini menunjukkan bahawa kerajaan BN langsung tidak berminat untuk mendengar suara mahasiswa dan  menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk menakut-nakutkan mahasiswa serta menghalang mereka daripada bersuara demi kepentingan mahasiswa, katanya.

Sebaliknya, hukuman yang dikenakan ke atas Umar adalah bersifat keterlaluan dan sekali lagi aksi kerajaan BN menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

"Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pihak kerajaan agar  melepaskan Umar Mohd Azmi dengan serta-merta dan memastikan beliau dapat meneruskan pelajarannya tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak," katanya.

Tiada ulasan: