Sabtu, 22 Disember 2012

4 GULUNGAN MANUSIA DISISI ALLAH SWT 1...ISLAM DISISI MASYARAKAT...ISLAM JUGA DISISI ALLAH. 2...ISLAM DISISI MASYARAKAT...TAPI KAFIR DISISI ALLAH 3...KAFIR DISISI MASYARAKAT...KAFIR JUGA DISISI ALLAH. 4.KAFIR DISISI MASYARAKAT...TAPI ISLAM DISISI ALLAH

ULASAN KHAS LIKU-LIKU AMANAT HAJI ABDUL HADI

1.       Amanat ini dipetik daripada ucapan YB.  Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.  Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS.  Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.

2.      Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir.  Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.  Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIH sebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jamaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.  Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu.  Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga.  Akhbar Berita Harian 19hb.  Julai 1982 juga turut menyiarkannya.  Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu. (LAMPIRAN-M).

3.       Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983.  Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan.  Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB.  Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB.  Haji Abd.  Hadi Awang (Sahabat sendiri) ini.  Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu.  Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini.  YB.  Hj.  Ab.  Hadi tiba-tiba bangun mencelah, "Itu memang benar ucapan saya" (LAMPIRAN N).

4.      Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah.  Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.  Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi.  Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.  Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.  Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985 (LAMPIRAN 0).

5.      Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati.  Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.  Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis.  Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa.  Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.

6.      Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab.  Hadi Awang 07.04.1981.  YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAH1Dnya dulu (Rakaman video masih ada). lkutilah sedutan ucapannya di bawah ini:

"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan.  Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid"  (YB.  Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).

7.      Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh YAB.  Datuk Haji Nik Abd.  Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan YAB Datuk Haji Nik Ab.  Aziz,  dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa".  Setelah dirasakan begitu menyesal dengan kegiatannya selama ini memperdaya muslim mengundi PAS sedangkan begini sahaja jawapannya maka beliau pun menulis buku Parti Islam - Antara Realiti dan Fantasi dan beliau sedia bertanggung jawab dengan segala kenyataan di dalam bukunya itu pada bila-bila masa jua.  Para yang kedua muka surat 26  tersebut dinyatakan seperti berikut:

(( Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab.  Aziz semasa dia mengajar di Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, "Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid")) (LAMPIP.AN P).


Thursday, April 9, 2009


Amanat Haji Hadi : Buat Kenang-Kenangan


PENGENALAN

Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?

Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.

MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 20 TAHUN BERLALU?

Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)

Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".

Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.

ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG

Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".

Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?

Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)

TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADI

Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.

Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.

Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).

Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?

Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)

Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.

MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITI

Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.

Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).

Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).

Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah "Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh" yang diberikan makna "Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak". Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai "Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.

Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?

Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: "Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara". Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin" ataupun pakai hukum "Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua". Rela berpura-pura dengan hukum Allah.

Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.

Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.

Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).

Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.

Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".

Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.

PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA

Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.

Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS". Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.

Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?

PENUTUP

Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.


Article contributed by: Dato' Shafei Daud
petikan daripada :www.geocities.com/freedom_malaysia

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com



Kesan Amanat Haji Hadi: Imam Enggan Urus Jenazah 'Orang Umno'

  
Thursday, 20 December 2012 18:28
Bendera_parti_pasALOR SETAR: Seorang bekas pemimpin Pemuda PAS hari ini menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.
Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong PAS untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an.
Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.

"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli PAS ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan.

"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Bekas Ketua Pemuda PAS di salah satu cawangan PAS di Pendang selama empat tahun bermula 1998 itu menceritakan pengalamannya ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktivis dan menyokong tegar PAS, Zanon Ismail atau lebih dikenali sebagai CN al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti tersebut masih pegang kepada Amanat Haji Hadi.

Shahidi yang lebih mesra dipanggil sebagai ustaz berkata, selepas keluar daripada PAS dia tidak lagi dibenarkan menghadiri kuliah atau pengajian kitab yang dianjurkan oleh parti itu meskipun pada mulanya mereka mengatakan tidak kisah jika dia menyertai Umno.

Menurutnya, akitbat kesan Amanat Hadi juga, kebanyakan mereka menganggap orang yang menyokong Umno menempah pintu neraka dan tanggapan itu masih wujud hingga hari ini.

Tambah beliau, semasa menjadi ahli PAS sejak 1997 termasuk berada dalam Lajnah Kebajikan PAS kawasan Pendang, pemikirannya banyak dipengaruhi dengan kenyataan dan ucapan pemimpin-pemimpan parti itu.

"Namun selepas saya menyertai Umno dan berada di dalam parti, baru saya nampak kebenaran kerana perjuangnya adalah benar iaitu demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Berikutan itu, Shahidi menyeru penyokong PAS agar kembali kepada landasan perjuangan Islam sebenar dengan tidak terlalu taksub dengan parti itu kerana ia tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu.

Katanya, penyokong Umno dan PAS perlu bersatu atas nama Islam supaya nasib orang Melayu dan Islam terbela di negara ini.



- Mohd Shariza Abdullah / Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121220/po_05/Imam-enggan-urus-jenazah


Fathul Bari : Tarik Balik Amanat Haji Hadi Tentang Kafir Mengkafir

AIDCNews – 29/05/12 – Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dicabar agar menarik balik kenyataannya mengkafirkan sesama umat Islam yang pernah diucapkan pada tahun 1981, kata Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda (ILMU).
Ucapan Abdul Hadi di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang lebih dikenali sebagai ‘Amanat Haji Hadi Awang’ masih dipratikkan di kalangan pengikutnya sehingga ke hari ini.
Menurut Fathul Bari, sewajarnya Abdul Hadi menarik balik amanatnya itu dan mengaku kesilapannya yang dulu.
“Kenyataan ini..kita belum pernah mendengar ditarik balik…kita mencabar dan memohon agar yang mengeluarkan kenyataan ini..yang menyebarkan kenyataan ini..tarik balik kenyataan ini.
“Tarik balik kenyataan ini dan membuat pengakuan semula agar orang-orang bawahan yang menggunakan perkataan ini untuk mengkafirkan orang lain yang tak sefahaman politik dengannya..mereka berhenti daripada mengkafirkan orang..ini impaknya..sampai hari ini..” katanya.
Menurutnya dalam Islam, istilah Kafir dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua katogeri, iaitu kafir yang tidak layak diperangi kerana mereka melakukan perjanjian (kontrak sosial) dengan pemerintah dan kafir yang layak diperangi kerana mereka mengkhianati perjanjian dan merosakkan Islam.
Kafir yang mempunyai perjanjian dan layak dilindungi terdiri daripada kafir Mu’ahadah, Dzimmi, dan Musta’man.
Manakala kafir yang layak diperangi adalah kafir Harbi.
“Saya kira kafir dalam negara kita ini masih dalam katogeri kafir yang ada perjanjian aman dengan kita..kita tak kacau mereka, mereka tak kacau kita..mereka tak ganggu prinsip-prinsip akidah kita, kita tak kacau mereka.
“Jadi, mereka berhak untuk meraikan apa perayaan mereka..jangan kacau dan jangan ganggu..tapi bila ada berlaku pengkhianatan..bila ada berlaku gangguan..ia akan berpindah kepada Harbi..yang layak diperangi,”katanya.
Katanya, dalam realiti masyarakat majmuk di Malaysia, parti pemerintah dan pembangkang hari ini disokong oleh golongan kafir.
“Barisan Nasional yang mendominasi adalah UMNO…Pakatan Rakyat yang mendominasi adalah DAP..dari sudut itu pun sebenarnya ayat Al Quran yang mereka baca dahulu telah menghukum mereka sendiri.

 

“Memang Nabi Muhamad SAW bekerjasama dengan bukan Islam, tetapi dalam hal-hal kebajikan yang tidak melibatkan prinsip dasar dan perinsip akidah.
“Akan tetapi jika sekiranya wujud kerjasama yang boleh mencalarkan akidah..LGBT, Liberal, Plural..kita kena hati-hati..kena tegas dalam isu ini..kita kena menolak.
“Kita bimbang kita tergolong di dalam firman Allah di dalam Al Quran..’Wahai orang-orang beriman, jangan kamu jadikan Yahudi dan Nasrani itu (sebagai ketua)..memberi wala’ (kesetiaan) kepada mereka’..,”katanya.





MASIHKAH ANDA INGAT LAGI AMANAT HAJI HADI ???


MASIHKAH ANDA INGAT LAGI DENGAN AMANAT INI ???

Amanat Haji Hadi di kampung Benggol Peradong,Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Amanat ini siap di salin dalam kertas hitam putih untuk diedar oleh puak PAS sendiri.Antara lain amanat itu berbunyi

"SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,PERCAYALAH,KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO.KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL.KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR,MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH.OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.PERCAYALAH SAUDARA,PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD,UCAPAN KITA ADALAH JIHAD,DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI,KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI,MATI KITA ADALAH MATI SYAHID,MATI KITA ADALAH MATI ISLAM.KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI,KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN,KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU,KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA,TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU".

Namun di nafikan pula dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF pada 21-27 Jun 1999.


'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'
 
Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan 'tahniah' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan 'tauliah' kepada golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk 'Tidak halang selebriti berceramah di
masjid'.

Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor.
Amanat 1981: Nik Aziz pertahan Hadi Awang
JAMILAH HAMZAH
19 Disember 2012
Nik Aziz
Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.
Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.
Pemuda Pas mahu muzakarah isu Amanat Hadi
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
21 Disember 2012
SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat  mengajak Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah mengenai isu Amanat Hadi yang kembali dimainkan oleh pelbagai pihak.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, isu itu perlu diselesaikan segera kerana tidak mahu rakyat keliru dengan pelbagai dakwaan daripada pelbagai pihak khususnya Umno.

“Kita mahu Majlis Fatwa ambil peranan kerana isu Amanat Hadi ini kembali dimainkan walaupun sudah dijelaskan sebelum ini.

“Sehubungan itu Pemuda Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Semalam, Pemuda Pas telah menghantar surat jemputan bermuzakarah dan diterima oleh wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.

Menurut Khairul Faizi, parti pemerintah sengaja memainkan isu itu semula setiap kali menjelang pilihan raya umum.

“Bagaimanapun, pemuda Pas telah turun ke akar umbi bagi menjelaskan apa sebenarnya isi kandungan Amanat Hadi itu agar rakyat dapat memahami apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa pelbagai pihak untuk menarik balik amanat beliau pada tahun 1981 itu termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

WUHDU BOLEH BATAL...ISLAM JUGA BOLEH BATAL...JANGAN INGAT KITA SENTIASA ISLAM TAPI ISLAM DAH TERBATAL KITA TAK TAHU...SEBAB TAK BELAJAR...ATAU DEGIL TAK MAU BELAJAR KERANA RASA DAH TERLALU PANDAI..MANUSIA INI ADA EMPAT GULUNGAN

Boleh murtad jika perlekeh Islam - Nik Aziz
10:10PM Nov 18 2012
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam), lapor Harakahdaily.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Harakahdaily memetik beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga dilaporkan berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi, lapor Harakahdaily.

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 207 subscribers
    Pendirian TGNA tegas..mana mana mereka yg mengaku Islam tapi tidak mahu berjuang dibawah panji kebenaran dan mempertahankan Islam malah dgn sengaja membiarkan Islam dihina.. maka mereka jatuh murtad...........
    Harunsani pula mengatakan bahawa org Melayu mesti bersatu agar islam itu dapat diperkuatkan.. bersatu dgn siapa..? UMNO.. kenapa dia tidak mencadangkan penyatuan melayu dalam PAS yg memperjuangkan Islam sedangkan UMNO memperjuangkan ketuanan melayu..?.. Memang ini isu yg berbeza.. tapi impaknya besar...

    • Ab Wahab Jusoh · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
      Harussani akan mengeluarkan petuanya setiap kali selepas TGNA buat kenyataan bertentangan dgn amalan UMNO. Saya bimbang akan timbul kemudian hari ada mufti yang tak penting sangat soal petua tapi pitis kata org kelantan. Kalau jadi begini mufti bertukar jadi muftis yg melihat kpd pitis semata2. Harap2 tidak dan mufti tidak membisu atau kutuk dlm hati bila behadapan dgn sesuatu yg bertentangan dgn Islam (selemah2 iman)

    • Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
      Woi, Hebatnya TGNA, katanya Pas bukan dicaipta oleh Orang PAS tapi oleh biro agama Umno kami hanya jaga saja. Bahasa yang mudah, senang difahami oleh kanak2 Tadika, muda, tua, atuk dan nenek, Tak senang tidurlah pemimpin ubn ketika ini

    • Nik Muhammad Amiruddin · SEK KEB AYER KEROH
      Ab Wahab Jusoh : muftis=mufti+pitis.......kalau mufti pun dh jd caca marba....kat siapa lg kita nak percaya....

    • Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      nampak nye nik aziz ni dah semakin celaru bila hampir2 ke pru....ckpnye berbelit2 sedangkan dgn bahasa mudah beliau mengkafirkan org2 umno.....buat beliau satu aje aku nak pesan....ingatlah mati itu pasti....

    • Hariz Nazhan Amran
      `Nik Aziz dakwa UMNO murtad"..dlm utusan meloya arini....dah agak dah pencacai2 umno yg termasuk utusan meloya telah diperbodohkan sengaja memutar belitkan ayat2 TGNA...Utusan Meloya x takut kena saman sbb yg akan mengeluarkan saman adalah duit rakyat yg akan digunakan sesuka hati...Utusan Meloya ni dah jadi lebih pekak dari badak...
      Org melayu Islam yg memahami islam x mudah terpengaruh dgn dakyah utusan meloya ni...fahaman sekular aje yg akan menerima statement ni...

    • Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      Hariz Nazhan Amran ko baca kat atas tak....laporan dari harakahdaily.....so masih nak kata utusan&berita harian putar belitkan berita....

  • Matt Zackk · · Pengulas Tertinggi · UUM
    Hujah dan fakta yang diberikan oleh TGNA sudah begitu jitu dan mantap.. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dipertikai oleh UMNO sendiri apalagi pencacai2 yang hipokrit spinning isu hudud PAS.. Aku bukan ahli PAS tetapi aku sebagai orang Islam yang menyokong PR melihat bahawa keghairahan UMNO menghentam PAS sekarang ini adalah ulangan episod lapuk yang berkali2 digunakan oleh UMNO menjelang PRU..

    Jelas bahawa UMNO yang mendapat nasihat mentornya, Doc Maddey lebih berminat menjadi Syaitan Yang Dikenali...menggunakan ULARmak2 dan pencacai media elektronik dan siber dengan serangan tolol dan menololkan diri sendiri. Selagi PAS istiqamah disokong semangat setiakawan dalam PR insyaAllah..sinar ke Putrajaya semakin menyerlah untuk semua..

  • Saidin Din · Pengulas Tertinggi
    Mereka yg totok umno xkan beranjak lagi hatinya kerana dah hitam sebab selalu perlekeh agama. Kenyataan begini dituju khas kpd mereka yg hatinya masih lagi berbelah bagi...

  • Ganung Sokmo · · Pengulas Tertinggi · Sek.men.peng.berangan
    Kalau dah tolak apa yang tuhan gariskn itu dah jatuh apa?..takpayah masuk ugama lain sekadar tolak hukum allah dan menghina tuntutan ugama dah terkeluar dr islam,,,,so pk lah

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Sbb itu saya berkata, jatuhnya umno dari persada politik tanahair membawa 1001 rahmat, samada pd pimpinannya, ahli2nya & lain2 yg menyokongnya. Mereka samada sedar ataupun x sedar, telah ada yg terkeluar dari Islam (murtad) melalui percakapan/kata2 mereka. Ini berlaku bila menolak hukum Islam secara semberono, mempermainkan alim ulamak (sperti menggelar TGNA mahakafir yg dilakukan pencacai umno) dll. Selagi umno x jatuh, selagi itulah mereka2 ini (termasuk veteran2/org2 lama umno) x akan sedar bahawa mereka telah jauh terpesong dari agama...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Apakah mereka baru nak sedar bila malaikat maut dtg mengambil nyawa??? Masa itu dah terlambat cik. Klau mati dlm kafir, kafirlah jadinya. Klau munafiq, munafiqlah jadinya. Klau fasiq, fasiqlah jadinya, wal'iyazubillaaah...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Seorg itu boleh terkeluar dari Islam juga bila persendakan hukum Allah. contohnya, klau seorg itu berkata, 'klau laksanakan hudud maka akan byklah tgn2 yg dipotong hanyut disungai'. Atau berkata, 'sape nak makan sup tgn, boleh pergi keklantan'...

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      ada jgak yg takut2kan dgn hudud, apa laaaaa

    • Muhammad Mukhtar · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
      Kita kena ingat segala hukuman adalah hak Allah.Andai ada org2 yang sudah bertaubat dari kesalahannya...itu adalah sangat2 disukai Allah. Cuba buka kitab2 Imam Al-Ghazali ttg kewajiban seseorg muslim itu bertaubat...

    • Ajib Bagan Serai · Pengulas Tertinggi · Pemandu Sekolah di Sk simpang tiga
      depa takut duit tk masuk dah untk kroni depa....kan malaysia ni untk puak2 kroni depa kan....tu depa takut hudud tu....depa tu kan perompak yg di kenali....huhuhu

  • Uda Ngalah · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Macam mana nak bela Islam kalau pemimpin bersubahat membunuh Altantuya dengan bahan letupan sehingga berkecai... Islam ke tu? tak payah lah bercakap pasal Islam..

  • Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
    dlm umno ada kristian, dlm umno ada budha dan dlm umno pun ada yg tidak percaya pd tuhan.....mcm mana nak bergabong dgn pas?ulama umno ulamapulus.....boleh gelaran tan sri, kereta mercedes, rumah banglo 8 bilek keluar fatwa pun bercelaru.....

    • Chin Lee · Pengulas Tertinggi
      Taj Yaakob, agama buddhism atau hinduism pun ada orang baik, betul tak, lagi pun pertandingan GE13 ini hanya 50% atas atau bawah kemenangan muka sahaja, kita ni pun anak Malaysia, rayat kenal bersatu, jatuhkan parti syaitan yang dikenali dulu, baru kita cite lain

    • Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
      Itu bukan persoalannya. Persoalannya, Umno dah menjadi kurang baik dari kafir.

  • Muhammad Mukhtar · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
    Sudah2 lah tuan guru...berdakwahlah kepada UMNO secara berhikmah. mungkin dulu depa jahil..lani dah ada kesedaran. Tak elok tuan guru berdendam sampai mati...

  • Jari Kelingking · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
    Dah berape orang PM Malaysia yg dah Murtad.Sebab PM2 Malaysia yg ade tu semuanye Freemason

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Bro. Allahyarham tunku ab rahman telah keluar dari umno sblom dia meninggal, begitu jugak tun hussein onn. Begitu jugak arwah atuknya onn ja'afar. saya ingat, dia org dah sedar dari kesilapan, sbb itu kuar dari umno. Secara x langsung kuar dari freemason...

  • Ahmad Baei · · Pengulas Tertinggi · Ketua editor di Kalimat Cinta Sdn Bhd · 177 subscribers
    Orang yang sedar diri bahawa dia telah murtad atau disedarkan bahawa dia telah murtad lebih-lebih lagi yang telah mengaku murtad, bertaubatlah segera. Allah masih memberi peluang untuk kembali kepada Islam sebenar. Mari kita sama-sama bina Islam dalam diri dan keluarga bahkan negara.

  • P'jal de Sign · Pengulas Tertinggi
    isu negara islam xde dalam buku jingga...pakatan tolak islam ke?

  • Zack Snoopies · Pengulas Tertinggi
    sy sokong parti yg mngikut sunnah dan Al-quran.. parti sekular letak tepi..

  • Cop Hornet D · Pengulas Tertinggi · Bekerja di BONZER
    Nicky Ajis nih dah nyanyuk.. Pemimpin PR sendiri yg banyak perlekeh Agama Islam.. sekarang dia nak nasihat pulak.. Ish2.. Ini lah dinamakan Melayu Mudah Lupa...

  • Iman Danish Nik Azhar · · Pengulas Tertinggi
    TGNA...dah ramai dah org camtu kat malaysia nie...kat Malaysia Kini pon dah boleh tgk dah contoh2...harap tak tergolong dlm umat camtu..

  • Tenggiling Landak · · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri Orang
    Memang tepat sekali ahli-ahli Umno dah murtad, kalau tidak masakan Tun Mahathir melabelkan Umno sebagai "SYAITAN YANG DIKENALI"

  • Ali Karim · Pengulas Tertinggi · Yanbu Al Sinaiyah, Al Madinah, Saudi Arabia
    seakan-akan jawapan kepada pandangan seorang makhluk di sebuah negeri yang lain...bukankah memisahkan antara politik pemerintahan dan Islam secara tidak langsung memperlekeh Islam itu sendiri? maka wajarlah berlakunya kegelinciran akidah sekali pun tanpa dimaklumkan oleh mufti, Wallahualam

  • Jari Kelingking · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
    Tambah Komen

  • Lurus Bendul · Pengulas Tertinggi
    isu Murtat bagaikan telah di lesenkan secara konsesi kepada Hassan Ali !! bila ada pihak lain berkata bab Murtat dan akidah!! kita bagaikan tak selesa!!! .. sebab itu kita mahu !! isu murtat dan akidah ini milik semua pihak !! yang berkaitan boleh berbicara !! ulamak, mufti, ustaz !! bukan di monopoli oleh Hassan Ali seorang!!! kini rakyat jadi keliru !! seolah olah Akidah dan murtat itu milik Hassan Ali!!! secara AP, JV, apakah Hassan Ali pemegang saham terbesar Murtat dan Akidah!! di Malaysia!!!???

  • Mazrab Kanan · Pengulas Tertinggi
    sebiji amek kau, umnobn ni tengok angin, kalau puak islam macam nak menang, dia lebih lagi islam, kalau puak kafir pulak yang nak menang, dia lebih lagi kafir.tu lah munafik

  • Mohd Yusof Muda · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pesara Kerajaan
    Tidak yakin dengan hukum Allah samalah tidak percaya kepada Allah...orang Islam terus menerus melanggar hukum Allah pun akan menjadi orang fasik dan jika tidak bertaubat ia kekal menjadi sama seperti orang kafir...menghina orang alim pun boleh menyebabkan kita menghina nabi...

  • Ke Indahan Kewujudan · Ok
    bilalah TADIKA PASTI nak d beri belajar secara percuma untuk anak-anak belajar...hidup negara kebajikan????? TAKBIRRR

  • Putera Lukas Fahmi Gerard · · Pengulas Tertinggi
    Siapa yg tgk astro oasis dlm selami jiwa oleh dr fadhillah kamsah ada disebut perihal murtad kecil mcm ni.....smlm jam 11mlm

  • Azhari Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Suatu ketika dahulu, awal 90an.. bila kelantan nak laksanakan hudud ramai yg perlekehkan hudud. antara kata2 mereka ni:

    1. Nak makan sup tangan, silalah berkunjung ke kelantan. ( sbb hudud, org mencuri hukumnya potong tangan)
    2. Klu hukum rejam dilaksanakan, maka batu - batu akan habis. jlan raya xkan ada dikelantan.

    Yg memperlekehkan sunnah nabi SAW berkata :

    1. Nabi x potong janggut sbb pada masa tu xde pisau gillette.
    2. Ada pun serban itu digunakan oleh org2 arab utk tadah air hujan.

    Yg memperlekehkan azab Allah pun ada juga. kata mereka :

    1. "Org PAS ni klu berceramah, mesti cakap pasal neraka. eh, ambo nak tanya, panas sangat ke api neraka tu? boleh goreng keropok ke? "

    Inilah sebahagian ayat yg ambo ingat dalam kempen yg digunakan utk menjatuhkan kerajaan pas di kelantan suatu ketika dahulu.. ucapan2 ini ada diantaranya diucapkan oleh yg bertaraf kepimpinan negara. jd, tuan2 nilai sendiri.. walllahuaklam..

  • Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SM Sultan Ibrahim Kulai Johor
    Belajar lebih mendalam bagaimana sesaorang bolih Jatuh kepada MURTAD..agar faham supaya tidak terjerumus...Niat, perbuatan dan pecakapan bolih terjerumus kalau tidak hati2...rujuk lah kepada orang yg bijak pandai dalam ilmu agama Islam..berguru lebih afdhal..dari membaca sja.

  • Cahaya Kebenaran · Pengulas Tertinggi · SMKT, Sungkai
    kenyataan begini suka diputar belitkan oleh BN... tengoklah kalau tak percaya..

  • Zackry Wak · Pengulas Tertinggi · UTM
    Pencacai umNO paham ke apa yang TGNA bagitau tu? Atau saja-saja buat BODOH!

  • Mohd Razali Yaacob · Pengulas Tertinggi
    Agama Islam ala UMNO mana nak sama dengan Islam sejati (PAS).

  • Mustafa Yaacob · Semasa Pen.Peg.Perubatan di KKM
    orang yang mempelekehkan Islam tu siapa ? org.DAP , Karpal Singh yang cabar langkah mayat dia dulu baru boleh laksanakan hudud adakah karpal singh tu di kira Murtad juga Tok Guru? ha, ha,

  • Marcus Sakiah · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Sabah
    Tabik Tok Guru.

  • Jurutalqin Umno · Pengulas Tertinggi
    Tempoh diantara zaman Khalifah-Ali sehingga akan tibanya ImamMahadi adalah pengisian Syura-Ulama sebagai pilihan ALLAH. Apabila Rasulullah mengatakan AgamaIslam sudahpun sempurna maka muktamadlah WASAMIQNA WAA'THOQNA dalam komitmen-ulama. Keterbatasan ulama dalam memandu-arah umatnya dirintangi munafik-jahilliah dan kuasa-penindas yang berkesinambungan sumpahan-azali iblis-kedajjalan yang merencana penjajahan dan kemiskinanlah selama ini menduga akidah dan batas-kesabaran umat Islam. Propaganda musuh mempersenda ulama hanyalah mengulangi sejarah NabiNuh yang membina Bahtera padang pasir lalu dituduh gila dan dimusnahkan ALLAH akan kaum, anak dan isteri nabi oleh banjir teramat dasyat. Dalam konteks kebangkitan Islam akhir zaman di Timur dan Malaysia melalui proses undi-demokrasi, pertandingan RakanPakatan-ulama kini nekad menamatkan badi-kemungkaran umno-BN. Namun faktor tumbangnya delegasi-British itu adalah dari berbagai penjuru misalnya konsistensi undi cina, sabotaj politik-wang, silent-majoriti, kos sara-hidup, jurang kaya-miskin, kepesatan imformasi, pengundi muda dan manipulasi ekonomi. Keajaiban 313pejuang Badar dan kedaifan Mujahidin serpihan Russia menoktahkan kebathilan bahawa tiada yang besar melainkan ALLAH. Organ telinga kami adalah taat sebaliknya mulut tiada lagi muslihat sebaik saja syura-ulama menetapkan AnwarIbrahim PM ke7 lembaran baru sejarah negara, kaki inipun teguh hijrah ke medan jihad.

  • Mohd Yusof Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
    Nak tunggu komen Harussani atau ulamak umno spt jamil khir baharom atau ustzah mashitah. Ade ke?

  • Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Kihx3, tuduh org lain mggalakkn murtad, sendiri boleh dihukum murtad.

  • Anaklenga Muar · Pengulas Tertinggi · Ikm jasin melaka
    murtaddddddddddddddddddddddddddddd.........sesattttttttttttttttt, syaitannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...........hahahahahaha ...lagu tiap kali nak pilihanraya....dunia mcm nak kiamat bila dkt p.raya....hehehe...

  • Saufi Bustamam Fiamri · Pengulas Tertinggi · Royal Malaysian Navy College
    Harap2 semua org melayu yg beragama islam sedar dan memahami kata2 TGNA niiii.....dah sambut maal Hijrah jom kita berubah....

  • Wak Suloh · Pengulas Tertinggi · 33 years old
    Sempena maal hijrah ni wak serulah kaum melayu yg jahil akan akidah belajar berguru kalu kitab2 lain dianggap tak betul gunakanlah kitab mustika hadith jabatan perdana menteri tu yg ditandatangani oleh Tun Mahathir, kita bimbang kita rasa kita betul, yg salah, yg zalim, yg fitnah yg menghalalkan cara tetap nak pertahankan dgn berbagai hujah, ditakuti bila mati rupanya mati bukan dalam akidah Islam , nauzubillah min zalik.

  • Ford Ranger · Pengulas Tertinggi · Authorised Distributor di SAG (Semangat Anggun Group)
    SOKONG TOK GURU.

Tiada ulasan: