Jumaat, 7 Disember 2012

IKAN BESAR ATAU JERUNG KOT...JERUNG2 JIKA SELAMAT DIDUNIA...AKHIRAT MEREKA TETAP MASUK NERAKA...SEBAB PENERIMA DAN PEMBERI DUA2 MASUK NERAKA

Pegawai LPTA ditempat di loji Lynas

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menempatkan pegawainya di premis kilang Lynas sepenuh masa bagi mengawalselia secara berterusan setiap peringkat proses ujian bahan mula pekatan lantanid.
  
LPTA dalam satu kenyataan berkata ia perlu untuk memastikan segala keperluan undang-undang kebangsaan dan standard keselamatan serta amalan terpuji antarabangsa dipatuhi sepenuhnya.
  
"Kawalseliaan secara berterusan juga dilaksanakan ke atas aktiviti pengimportan bahan mula pekatan lantanid ke Malaysia," kata kenyataan itu di ibunegara hari ini.
  
Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd kini memulakan ujian pemprosesan bahan mula pekatan lantanid secara terhad dan berperingkat selaras dengan syarat Lesen Peringkat Pengendalian Sementara (TOL).
  
"Di bawah Seksyen 22 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1994 (Akta 304), sekiranya pihak syarikat melanggar mana-mana syarat lesen atau melakukan sesuatu kesalahan di bawah akta, LPTA boleh membatalkan atau menggantung TOL yang telah dikeluarkan kepada syarikat sebelum ini.
Rayuan tangguh operasi loji Lynas didengar 19 Dis

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Disember ini untuk mendengar rayuan penduduk Kuantan bagi mendapatkan penangguhan dalam usaha mereka untuk menghentikan operasi loji memproses nadir bumi Lynas sehingga permohonan semakan kehakiman penduduk selesai.

azlanHakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai panel tiga hakim, menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan mereka, daripada mendengar notis mereka untuk mendapatkan penangguhan interim sementara menunggu rayuan yang ditetapkan hari ini.

Permohonan itu dibuat oleh penduduk selepas peguam mereka,
Bastian Vendargon, memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka baru sahaja menerima dokumen dari Lynas hari ini, yang membantah permohonan penangguhan itu.

"Kita perlu masa untuk mendapatkan jawapan dari pakar-pakar kami terhadap afidavit tersebut," katanya.

Peguam Lynas, Cecil Abraham berkata walaupun mereka tidak membantah permohonan untuk penangguhan itu, tetapi beliau menegaskan afidavit yang difailkan (untuk menentang permohonan itu) agak sama seperti yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan tidak membantah permintaan penduduk berkenaan.

Hakim Ramly berkata, daripada menangguhkan permohonan untuk penangguhan interim, mahkamah mencadangkan untuk mendengar terus rayuan untuk mendapatkan penangguhan, yang mendapat persetujuan semua pihak yang berkenaan.

Anggota lain panel tersebut ialah Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Pada 8 November, Mahkamah Tinggi Kuantan enggan untuk membenarkan penangguhan operasi loji Lynas sementara menunggu selesai permohonan semakan kehakiman mereka untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili dalam memberikan lesen operasi sementara (TOL).

Penduduk juga memfailkan injunksi Erinford untuk mendapatkan perintah penangguhan sementara seminggu kemudiannya untuk penangguhan sementara menunggu rayuan, tetapi ia tidak dibenarkan oleh Hakim Mariana Yahya, yang membawa kepada permohonan hari ini.

Keputusan di Kuantan bermakna sejak 8 November, loji Lynas di Gebeng, Kuantan telah dibenarkan untuk beroperasi. Permohonan semakan kehakiman telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 5 Februari.

Tan: Asap dari cerobong


Dilaporkan bahawa 102 kontena nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan pada 21 November, di mana mereka telah diangkut dengan iringan polis ke Loji Lynas kira-kira 7km jauhnya di Gebeng.

NONEPengerusi SMSL (Save Malaysia Stop Lynas) Tan Bun Teet, yang
tiba dengan satu bas penyokong dari Kuantan dan Segamat, memberitahu pemberita bahawa penduduk bimbang firma itu mungkin memulakan operasi.

"Kami lihat asap keluar dari cerobong loji. Kita sebenarnya tidak tahu sama ada mereka sebenarnya telah memulakan operasi tetapi kita amat bimbang dengan perkembangan sejak nadir bumi telah tiba.

"Terdapat juga bacaan mengatakan loji beroperasi pada  tanda-tanda di luar loji dan juga balai polis Kuantan, tetapi penduduk tidak tahu apa yang mereka maksudkan kerana ini tidak dijelaskan oleh pihak loji," katanya.
Hari ini, Tan berkata peguam mereka terpaksa memohon penangguhan hari ini apabila mahkamah bersetuju untuk menetapkan tarikh mendengar rayuan mereka bagi mendapatkan penangguhan.
MD: Lynas belanja jutaan ringgit tangkis tohmahan

Pengarah Urusan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata kini sudah tiba masanya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan semua tohmahan dan fitnah terhadap kilang itu.
  
Katanya pihak terbabit sebaliknya perlu memberi laluan kepada Lynas untuk beroperasi setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 November lepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut, sekaligus membenarkan kilang itu beroperasi.

Mashal berkata kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membuktikan bahawa kilang itu selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang ramai dan alam sekitar.
  
"Hampir dua tahun kami melalui kesusahan kerana fitnah tanpa henti dan tanpa bukti yang disebarkan oleh pihak anti Lynas bagi meracuni fikiran rakyat.
  
"Lynas terpaksa mengambil pelbagai usaha dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk menangkis semua tohmahan, antaranya membayar kos pakar-pakar antarabangsa untuk mereka sediakan fakta-fakta kepada orang ramai," katanya pada sesi taklimat Lynas kepada media dan penduduk kampung sekitar Gebeng di tapak kilang Lynas di sini, hari ini.
  
Menurut beliau, enam badan bebas juga telah ditubuhkan untuk mengkaji aspek keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi itu.
    
Selain itu, pihaknya juga terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli pelbagai alat yang memang tidak diperlukan, namun bagi memuaskan hati semua pihak, tindakan itu terpaksa dilakukan.
  
"Kita sudah penat hadapi kerenah pihak anti-Lynas ini, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kerajaan amat teliti dan berhati-hati dalam mengambil setiap usaha dan tindakan bagi memastikan Lynas selamat untuk semua pihak termasuk alam sekitar.
  
Pada sesi taklimat itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas Prof Dr Ismail Bahari turut melakukan demonstrasi perbandingan tahap radiasi  antara bahan mentah yang akan diproses menjadi nadir bumi dan bahan mentah lain seperti monazide dan amang perak (bijih besi) di hadapan 50 penduduk kampung yang hadir.
  
Penduduk kampung dapat melihat sendiri bahawa ukuran tahap radiasi ke atas bahan mentah nadir bumi amat rendah berbanding bahan mentah lain selain mereka berpeluang memegang dan menghidu bahan mentah yang didakwa amat berbahaya oleh pihak pembangkang.
  
Pegawai Rukun Tetangga Taman Balok Baru, Mokhtar Mamat, 63, berkata dia kini lebih memahami operasi kilang tersebut setelah berpeluang menghadiri sesi taklimat hari ini.

Katanya segala maklumat yang diperoleh itu akan disampaikan kepada semua penduduk di kawasan kejiranannya supaya setiap mereka mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Lynas.
  
Sariah Awang Ngah, 45, dari Kampung Sungai Karang Darat pula berkata sebelum ini dia masih ragu-ragu mengenai tahap keselamatan kilang Lynas kerana telah mendengar pelbagai versi berbeza mengenainya.
  
"Hari ini barulah saya dapat gambaran sebenar apa yang dikatakan nadir bumi, sebelum ini hanya dengar cakap dari mulut orang tapi hari ini juga saya saksikan sendiri demonstrasi yang dilakukan pihak Lynas," katanya.
  
- Bernama
IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun

PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen.
Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus shaja.

Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun.

"Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum.

Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun.

Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi.

"Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.

"Ini sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta," katanya.
  
"Dalam hal ini, sekiranya berlaku perlanggaran kepada syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan, operasi syarikat akan diberhentikan secara serta merta sebelum tindakan selanjutnya diambil di bawah peruntukan akta yang sama," katanya.
  
LPTA telah mengeluarkan TOL kepada syarikat Lynas (M) Sdn Bhd pada 3 September 2012 setelah lembaga berpuas hati bahawa Lynas telah mematuhi kesemua aspek teknikal, keperluan Akta 304 dan perundangan subsidiari di bawahnya serta syarat tambahan dan syarat khas yang dikenakan ke atasnya.
  
Permit membenarkan kemasukan bahan mula pekatan lantanid juga telah dikeluarkan bagi tujuan menguji keselamatan peralatan dan proses pengeluaran.

- Bernama
Teo: Bangunan HQ MCA bahagian atas tanah murah

Satu tinjauan mendapati mendapati sebuah bangunan bagi menempatkan ibupejabat MCA bahagian Langat terletak di atas tanah negeri yang didakwa dipajak kepada parti itu pada harga RM1 sekaki persegi.

NONEAhli Parlimen Serdang, Teo Nie ching yang mengetuai tinjauan itu bersama ahli majlis tempatan, Lee Kee Hiong hari ini berkata, dalam perbandingannya, nilai tanah komersial di bandar Kajang di tempat bangunan itu terletak adalah RM150 sekaki persegi.

"Bagi parti politik lain seperti DAP, PAS atau PKR, kita perlu membeli tanah atau bangunan untuk bangunan parti kami mengikut harga pasaran. Mengapa MCA boleh dapat tanah itu pada harga diskaun?

"Harga diskaun jenis ini tidak ada untuk NGO atau sebarang organisasi lain di Malaysia, tetapi hanya untuk Umno, Gerakan, MCA dan MIC," tambahnya.
SSM datang lagi siasat Suaram, panggil 7 orang

Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram nampaknya belum berakhir walaupun ia telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bulan lalu.

killthebill bersih 2 one year anniversary vigil 070912 suaram executive director nalini elumalai"Kami fikirkan ia sudah berakhir tetapi mereka datang lagi, kami terkejut," kata Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini.

Menurutnya, tiga pegawai SSM menyerahkan notis mengikut
Seksyen 7D(1) Akta Syarikat 1965 kepada tujuh petugas dan bekas petugas pejabat Suaram pagi tadi.

Mereka adalah Diane Savari, Maisarah Muhd Najib, Lee Hui Fei dan bekas petugas - Ong Jing Cheng, Fang Pei Fen, Andika Wahab and Yap Heng Lung.

Mereka dikehendaki hadir di ibu pejabat SSM di Putrajaya pada 17 Disember jam 10 pagi untuk membantu siasatan suruhanjaya itu.
Sarung kamera AES di S'gor ditangguhkan, kata exco
12:06PM Dis 7 2012
Arahan untuk menyarung kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan atas nasihat pejabat peguam negeri, kata exco Selangor Ronnie Liu.

Beliau yang juga ADUN Pandamaran berkata nasihat tersebut dikeluarkan hari ini oleh pejabat berkenaan.
"Saya diberitahu oleh Yang Dipertua MPS bahawa penasihat undang-undang memberitahu supaya Majlismemberi masa yang secukupnya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Syarikat Beta Tegap untuk menjawab arahan menutup kamera itu," katanya.
Setakat ini hanya terdapat dua kamera AES yang telah dipasang di Selangor dan kedua-duanya terletak dalam kawasan MPS.
Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan. 

Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor berkata kerajaan Selangor tidak akan menurunkan kamera itu tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya.

Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan negeri dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya tidak menutup sendiri kamera itu di dua lokasi seperti yang umumkan oleh kerajaan negeri.

Sebaliknya, katanya, MPS telah mengarahkan JPJ dan syarikat Beta Tegap menutupnya sendiri kamera itu melalui notis seksyen 72(1)c Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan pada 6 Disember 2012.

"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," kata Mohd Sayuthi dalam satu kenyataannya hari ini.
DAP: Rakyat hanya puas hati jika ikan besar didakwa
4:29PM Dis 7 2012
DAP bersetuju dengan cadangan Transparency International (TI) untuk melakukan perubahan struktur dalam memerangi rasuah, kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng.
Cadangan-cadangan tersebut ialah:

1.       Reformasi politik untuk mengurangkan politik wang dan menyisihkan peluang yang mengakibatkan rasuah besar.

2.       Terus memperkuatkan institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, badan kehakiman dan polis. Keyakinan awam hanya boleh diperolehi jika mereka benar-benar bebas.

3.       Meluhurkan undang-undang tanpa takut atau memihak supaya “ikan besar” tidak imun daripada dakwaan.

4.       Membaik pulih Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat di peringkat persekutuan.

5.       Tindakan tegas dan konsisten dalam menegakkan ketelusan dan kebertanggungjawab dalam kontrak kerajaan dan pemerolehan awam.

6.       Menangani rasuah sistemik dengan bertumpu kepada sektor-sektor khusus melalui penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta, awam dan masyarakat madani.

7.       Memperbaiki perundangan untuk melindungi peniup wisel dan menggalakkan pemberian maklumat yang lebih.

Lim berkata, di bawah Pakatan, pihaknya berjanji untuk memperkenalkan reformasi yang dicadangkan oleh  TI itu bagi memastikan Malaysia menduduki tangga ke-30 dan ke atas menjelang akhir penggal pertama selepas pilihan raya umum Ke-13.

Rakyat Malaysia, tegas Lim, boleh berpuas hati dengan usaha untuk membanteras rasuah hanya apabila “ikan besar” berjaya didakwa serta perubahan asas diperkenalkan untuk memerangi rasuah.

"Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang baru dikeluarkan Transparency International menunjukkan Malaysia telah meningkat dalam kedudukan daripada tangga ke-60 daripada 183 pada tahun 2011 kepada tangga ke-54 daripada 176 buah negara pada tahun 2012.

"Walaupun peningkatan dicapai dalam CPI, skandal-skandal seperti skandal RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) tetap berterusan.

"Baru sekarang kita dapat lihat penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan Selangor terdahulu, di mana tanah yang kini bernilai RM300 juta telah dijual kepada parti komponen BN dengan harga RM1 sekaki persegi (skp).

"Atau bagaimana wakil-wakil BN di Pulau Pinang menjual tanah primer di Tanjung Tokong, bersebelahan dengan Gurney Drive pada harga RM1 skp," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peningkatan keseluruhan dalam CPI, kata Lim,  mengaburi penemuan lain yang membimbangkan, seperti yang ditunjukkan dalam Kajian Pemberi Rasuah (Bribe Payer’s Survey).

"Sebagai contoh, apabila ditanya “Adakah ia satu kelaziman bagi penjawat awam untuk meminta atau menerima rasuah?”, Malaysia mencatat markah 4.1 daripada 5 (5 merupakan yang paling teruk), iaitu sebahu dengan Indonesia yang menduduki tangga ke-118 dalam CPI.

"Apabila ditanya “Adakah ia satu kelaziman bagi penjawat awam, khususnya mereka yang berjawatan tinggi serta ahli politik, untuk menyalahguna wang awam?”, Malaysia mencatat 4.3 daripada 5, markah yang lebih teruk berbanding Indonesia yang mendapat 4.2.

"Yang paling membimbangkan adalah hakikat bahawa 50 peratus responden percaya mereka telah kehilangan peluang perniagaan akibat rasuah, lantas meletakkan Malaysia di kedudukan paling teruk daripada kesemua 31 negara yang dikaji dalam Kajian Pemberi Rasuah, lebih teruk daripada Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%)," tambahnya.

Menurut Lim lagi, jika salah satu teras utama NKRA Memerangi Rasuah – untuk mengukuhkan agensi penguatkuasaan, menangani rasuah besar serta mengurangkan ketirisan dalam pemerolehan kerajaan – dilaksanakan dengan betul, Malaysia sudah lama melonjak ke tangga ke-30 dan ke atas dalam CPI.

"Kegagalan untuk mengambil tindakan ke atas “ikan besar” tidak meyakinkan rakyat tentang kredibiliti SPRM atau komitmen politik kerajaan," tambahnya.
Pada masa yang sama, tambahnya, walaupun terdapat banyak laporan polis, dakwaan serta siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, tiada tindakan yang diambil atau siasatan penuh dilakukan oleh SPRM.

Laporan TI 2012 juga, kata Lim, tidak merangkumi “sumbangan politik” RN40 juta kepada Umno Sabah serta pendedahan ahli peniaga Deepak Jaikishan mengenai urusan tanah yang mencurigakan. 

Pemberi penerima rasuah masuk neraka



PETIKAN TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID SELURUH NEGERI MELAKA

TAJUK KHUTBAH : RASUAH

Dan peringatan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 'pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.'

Mereka bukan sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala, bahkan mereka juga akan disoal di padang mahsyar kerana amanah rakyat yang mereka khianati.

Ingatlah, perbuatan rasuah itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal menghancurkan masyarakat, agama dan negara.

Pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka.

Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan.

Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima bala'.

Firman Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".

Perbuatan rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam Islam melanggar amanah termasuk ke dalam golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim yang bermaksud " tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati.

Oleh kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar kita tidak terlibat dengan rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya. Kerana Allah dan rasulnya melaknat ketiga-tiga golongan tersebut.

Tiada ulasan: