Posted on Friday, December 07 @ 19:09:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: hijabulcrewz
"Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
"Ketua
Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon
takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu
banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik
dalam akhbar berbahasa Cina.
"Lim
lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau
Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya
dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen
yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.
Kenyataan
berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim
yang berkata: "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana
ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam
dipinggirkan".
Lim
berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam
akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.
Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.
"Bagaimanapun,
dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan
anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu
sidang media semalam.
"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.
"Apabila
Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga
berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".
Mengulas
kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang
lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu
mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.
"Kita
peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang
dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut
tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," katanya.
Nampak sangat menipunya UMNO ni. Sebenarnya inilah realiti yang berlaku. Semua tipu daya UMNO selama ini hanyalah untuk menarik undi Melayu semata-mata.
Ini antara komen pilihan pelawat berkenaan isu ini di laman portal Malaysia Kini, kalau anda seorang penilai yang baik, memang terang-terang anda akan pilih Pakatan Rakyat untuk PRU-13 nanti :-
Untuk sambungan artikel menarik, klik sini :-
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/12/pening-umno-kata-pas-diperkuda-dap-tapi.html
Nampak sangat menipunya UMNO ni. Sebenarnya inilah realiti yang berlaku. Semua tipu daya UMNO selama ini hanyalah untuk menarik undi Melayu semata-mata.
Ini antara komen pilihan pelawat berkenaan isu ini di laman portal Malaysia Kini, kalau anda seorang penilai yang baik, memang terang-terang anda akan pilih Pakatan Rakyat untuk PRU-13 nanti :-
Untuk sambungan artikel menarik, klik sini :-
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/12/pening-umno-kata-pas-diperkuda-dap-tapi.html
AES: Apa sudah terjadi?
Posted on Friday, December 07 @ 19:34:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: abanag
"
Berdasarkan maklumat mkini, saya bergegas ke lokasi AES di lebuhraya kajang-pucong.dihebahkan, operasi menutup kamera AES akan dijalankan jam 2.30 oleh PBT.
Setiba disana, ada lebih kurang 20 org wartawan sedang berkumpul.Sehingja jam 2.30, tiada apa2 yg berlaku. tiba2 salah seorang wartawan menghebahkan bahawa ..portal mkini melaporkan, operasi dibatalkan atas nasihat peguam negeri.
Kebetulan, seorang peniaga berdekatan menghampiri kami dan memberitahu, kamera AES tersebut telah tidak berfungsi sejak seminggu yg lalu. Manakala, alatan sensor sudah ditanggal sejak 2 hari yg lalu.
Saya menghampiri lokasi kamera AES dan saya dapati di dalamnya kosong.Kamera sudah ditanggalkan pihak tertentu.
"Posted on Friday, December 07 @ 19:34:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: abanag
"
Berdasarkan maklumat mkini, saya bergegas ke lokasi AES di lebuhraya kajang-pucong.dihebahkan, operasi menutup kamera AES akan dijalankan jam 2.30 oleh PBT.
Setiba disana, ada lebih kurang 20 org wartawan sedang berkumpul.Sehingja jam 2.30, tiada apa2 yg berlaku. tiba2 salah seorang wartawan menghebahkan bahawa ..portal mkini melaporkan, operasi dibatalkan atas nasihat peguam negeri.
Kebetulan, seorang peniaga berdekatan menghampiri kami dan memberitahu, kamera AES tersebut telah tidak berfungsi sejak seminggu yg lalu. Manakala, alatan sensor sudah ditanggal sejak 2 hari yg lalu.
Saya menghampiri lokasi kamera AES dan saya dapati di dalamnya kosong.Kamera sudah ditanggalkan pihak tertentu.
Kaki tertusuk besi konkrit ketika mandi di pantai Port Dickson
Posted on Friday, December 07 @ 19:05:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"7 Dis 2012 , TELOK KEMANG – Percutian seorang pemuda di Pantai Telok Kemang, di sini bertukar tragedi apabila kakinya tercucuk besi konkrit ketika mandi, dipercayai sisa bahan binaan longkang di sekitar kawasan pantai berkenaan, petang kelmarin.
Difahamkan akibat kejadian itu, mangsa, Nur Khamisi Ahmad, 26, yang datang dari Muar, Johor itu, cedera di bahagian tumit kanan dan dibawa ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Port Dickson oleh anggota penyelamat.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Port Dickson, Omar Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.28 petang.
Menurutnya, mangsa ditemui sepasukan anggota JPAM yang ketika itu sedang melakukan rondaan di Pantai Telok Kemang.
“Bantuan segera dilakukan. Bagaimanapun berlaku sedikit kekangan untuk menyelamat kerana kejadian itu berlaku dalam air dengan kedalaman hampir ke paras pinggang iaitu kira-kira 30 meter daripada kawasan darat,” katanya.
Omar berkata, selain JPAM, anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang turut bergegas ke lokasi. “Anggota penyelamat turut menyelam bagi mengenal pasti sejauh mana kecederaan yang dialami mangsa dan beberapa usaha dilakukan untuk memotong besi tersebut, namun menemui kegagalan.
“Akhirnya anggota penyelamat terpaksa menarik kaki mangsa memandangkan mangsa tidak boleh dibiarkan terlalu lama dalam air kerana cedera,” katanya. Beliau berkata, pasukan penyelamat mengambil masa hanya beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Katanya, sepanjang tahun ini, ini adalah kejadian kali pertama membabitkan kecederaan terkena besi konkrit berkenaan. “Sebelum ini, JPAM sering menerima aduan kecemasan berikutan kecederaan ringan pengunjung yang terkena mata kail pemancing, kayu, serpihan kaca dan sampah,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kaki-tertusuk-besi-konkrit-1.110537
Tidak ada jihad di Palestin? Boikot adalah Sia-sia?
Posted on Friday, December 07 @ 19:07:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: jiemi
"Ini soalan yang mula menghantui sebahagian masyarakat terhadap kemelut yang dibangkitkan oleh seorang ustaz. Ya seorang ustaz sahaja mampu menimbulkan kegusaran dan menggoyahkan keyakinan?? terhadap suatu perkara yang sudah pasti? Qadhiah Palestin (Persoalan Palestin) adalah isu yang paling jelas yang tidak ada sebarang khilaf tentangnya.
Isu Palestin adalah isu usul bukan isu furu' atau pecahan dan ranting. ia adalah isu yang menimbulkan kekuatan bagi umat ini sehingga umat ini bangkit dengan satu kehendak yang kuat untuk membebaskan tanah suci Baitul Maqdis.
Ia adalah isu akidah bukan isu fiqh atau isu siasah. Ia adalah isu ummah. Tidak ada isu yang lebih besar dari isu Palestin yang kembali menyatukan umat ini setelah mereka terpecah pada pelbagai kelompok dan kecenderungan.
Saya akan cuba ulas dalam beberapa siri wall post. Saya mulakan dengan persoalan yang paling asas.
1. Dalam semua isu samada kecil atau besar, al-Quran dan hadis tetap menjadi pegangan dan panduan. Berkaitan Baitul Maqdis atau entiti politiknya Palestin pada hari ini, Al-Quran sudah menggariskan kedudukannya sebagai 'barakna haulahu' atau 'barakna fiha' (pada 4 tempat di dalam Al-Quran) iaitu 'bumi yang diberkati di sekelilingnya' atau 'bumi yang diberkati padanya'. Ia adalah bumi Isra' sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran pada surah al-Isra ayat yang pertama. Ia adalah bumi anbiya, tempat di mana para rasul diutus. ia adalah bumi yang muia dan penduduk nya adalah penduduk yang dimuliakan sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW dalam beberapa hadisnya berkaitan As-Syams (negeri Syam).
Jika mana-mana bahagian dari negara Islam menjadi sasaran pencerobohan musuh-musuh Islam maka jihad menjadi kewajipan kepada umat Islam di negara tersebut untuk mempertahankannya. Jika umat Islam di negeri tersebut tidak berkemampuan maka mereka wajib di tolong oleh umat Islam dari tempat-tempat yang berhampiran. Jahid menjadi satu kewajipan yang tidak bolih diengkari. Sekiranya bumi umat Islam itu ditawan maka menjadi kewajipan umat Islam seluruhnya untuk memerdekakannya dari belenggu musuh-musuh tadi.
Jika itulah kedudukan jihad dalam mana-mana wilayah Islam, bagaimana pula halnya dengan tanah suci yang menjadi milik seleruh umat Islam. bahkan tanah suci al-Quds sudah diistiharkan sebagai tanah wakaf yang menjadi milik seluruh umat Islam di jagat raya ini. Apabila tanah suci itu diceroboh dan dijajah, tidakkah ia meruapakan satu kewajipan bagi umat Islam di selurunh dunia untuk membebaskannya. Apakah jalan untuk membebaskan bumi suci Baitul Maqdis dan Palestin yang sedang terjajah selain dari mengistiharkan jihad dan mengangkat senjata untuk mengusir musuh-musuh Islam (bahkan musuh Allah) yang telah melakukan begitu banyak kerosakan dan mencemarkan kesucian tanah suci al-Quds. Dalam keadaan wilayah umat islam yang berjiran perlu dibebaskan dari cengkaman musuh jika ia ditawan atau diceroboh inikan pula tanah suci yang bukan milik ekslusif umat Arab atau rakyat Palestin bahkan milik seluruh umat Islam tanpa kecuali yang mempunyai hak samarata untuk memelihara tanah wakaf umat Islam itu.
..bersambung secara bersiri insyaAllah.
Dr hafidzi Mohd Noor.
Pengerusi Aqsa Syarif."
Musa Hassan: 'Saya bukan pengkhianat dan penderhaka' kerana berani mendedahkan !
Posted on Friday, December 07 @ 16:13:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti
Oleh: abuluqman
"SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.
Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.
"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.
Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.
Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.
Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM. Akhirnya beliau menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku..Sinar
http://kachipemas.blogspot.com/2012/12/musa-hassan-saya-bukan-pengkhianat-dan.html
Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud
Posted on Friday, December 07 @ 11:42:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: Tok Janggut
Manusia, apabila diberikan sesuatu kelebihan oleh Allah akan mula jadi takbur, sombong, riak, bongkak dan lupa diri kecuali mereka yang punya keikhlasan hati, tawadduk, iman dan taqwa kepada Allah.
Begitulah apa yang terjadi di Gombak baru-baru ini. Serangan di ceramah Pakatan Rakyat di serang oleh kumpulan samseng UMNO yang tidak berakhlak yang diketuai oleh Ketua UMNO kawasan Gombak yang juga merupakan anak kepada Mahaguru Silat Lincah Malaysia. Sepatutnya kelebihan bersilat yang dianugerah Allah digunakan untuk kebaikan, meleraikan jika didapati ada dua puak yang bergaduh secara baik dan mesra, tetapi sebaliknya yang ditonjolkan ialah mereka ingin menunjukan mereka hebat, jaguh dan tidak ada siapa yang boleh menentang mereka kerana mereka ahli silat dan penyokong tegar UMNO.
800x600
Apakah
mereka yakin dengan silat mereka itu tidak ada siapa yang boleh
mengalah dan menumbangkan mereka? Inilah golongan yang syirik kepada
Allah dengan meresakan mereka punya kehebatan dan kuasa dan bebas
berbuat apa saja. Inilah perangai dan akhlak Zionis dan iblis
sebenarnya. Persatuan silat lincah ini memang sudah diketahui akan
kecondongan mereka kepada UMNO selama ini apatah lagi persatuan mereka
mendapat bantuan kewangan dari Kerajaan UMNO. Namun kini budaya
samseng dalam UMNO juga telah terpalit dalam persatuan ini seolah-olah
mereka menjadi perlindung kepada budaya ganas dan samseng UMNO. Apakah
ini tujuan sebenar Persatuan Silat Lincah ini ditubuhkan? Jika kamu
hendak tunjuk hebat sangat, hantar sahaja kesemua ahli kamu ke Palestin
itu berdepan dengan Israel, jika berani. Pasti mereka tidak akan
berani kerana dalam UMNO walau siapa pun mereka, sifat untuk berjihad
tidak ada dalam diri mereka, yang ada cuma sifat untuk menyusahkan
orang, memporak-porandakan perpaduan rakyat dan merompak harta rakyat.
Mereka cuma berani di sini sahaja itu pun kerana dilindungi oleh UMNO
dan polis. Kami dari pembangkang tidak sedikit pun gerun dengan silat
kamu kerana kami hanya takut kepada Allah. Jika Allah mengizinkan kami
menumpaskan kamu, insyaallah tidak ada siapa yang boleh menghalangnya
walaupun kamu membawa Mahaguru silat kamu yang terkenal dengan samseng
dan takburnya itu.
Jika beginilah sikap dan
akhlak puak UMNO, apakah rakyat ingin lagi menyokong dan menyokong
UMNO? Tidak mustahil, dimasa hadapan jika UMNO masih berkuasa lagi,
mereka akan menggunakan samseng seperti ini untuk mengugut dan merampas
harta atau tanah-tanah rakyat untuk digadai atau dijual untuk
mendapatkan untung atas angin dengan alasan untuk pembangunan, jika ada
rakyat yang ingkar terutamanya di kampung-kampung akan dibelasah,
dihalau dan dibakar rumah mereka. Tidak mustahil ini boleh berlaku.
UMNO akan berbuat apa sahaja jika mereka terus diberikan kuasa untuk
memerintah. Keganasan yang mereka lakukan sekarang adalah bukti bahawa
mereka akan sanggup melakukan lebih dari itu dimasa akan datang
sekiranya apa yang mereka inginkan dihalang.
Oleh
itu dicadangkan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas
PRU13 nanti, pastikan Kerajaan baru nanti juga turut mengharamkan
Pertubuhan Silat Lincah ini dari terus bertapak dalam negara ini.
Batalkan pendaftaran mereka dan haramkan semua aktiviti mereka kerana
persatuan ini sudah menjadi bahaya dan mula bergerak ala keganasan
sekarang ini.
Rakyat ingin berceramah diugut
dan diserang. Tanah-tanah milik rakyat (orang Melayu) digadai secara
paksa. Rumah-rumah Allah boleh diroboh, disekat dari dimakmurkan.
Biasiswa untuk pelajar anak-anak orang miskin dan tidak menyokong UMNO
dinafikan. Bantuan untuk rakyat miskin disekat kecuali yang menyokong
UMNO. Pelajar-pelajar di luar negara yang tidak mirip kepada UMNO
dinafikan hak bantuan kewangan dan tempat tinggal. Agensi penguatkuasa
undnag-undang yang sepatutnya menegakan keadilan, menjaga keselamatan
rakyat diperkudakan untuk kepentingan pemimpin UMNO. Rakyat bawahan
buat salah kecil pun diambil tindakan seperti penjenayah sedangkan dalam
masa yang sama pemimpin UMNO dan anak beranak mereka bebas buat sesuka
hati walaupun melanggar undang-undang dan menindas rakyat dan banyak
lagi kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO semenjak mereka
memerintah.
Polis nampaknya seperti hilang
taring bila berdepan dengan UMNO. Mereka khianat kepada amanah dan
tanggungjawab semata-mata untuk menjaga UMNO. Negara ini bukan milik
UMNO. Rakyat seolah-olah jika ingin bebas dan mahukan sesuatu mesti
menyokong UMNO. Harta negara ini bukan milik UMNO.
Ingatlah,
sekiranya rakyat masih memberi mandat dan menyokong UMNO dan PRU13,
tunggulah kezaliman yang berganda akan mereka lakukan nanti. Mereka
tidak akan peduli apa yang rakyat hendak bantah atau pertikaikan kerana
bagi mereka dalam masa untuk menunggu PRU14, mereka akan buat apa saja
kerana rakyat tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Ingatlah
sebelum terlambat. Golongan yang begitu bersungguh-sungguh untuk
mempertahankan UMNO ialah golongan yang ada kepentingan peribadi dan
anak beranak bukan untuk membela orang Melayu dan rakyat. Oleh itu,
jangalah mudah terpedaya dengan hasutan, lakunan dan pujuk rayu mereka
supaya rakyat menyokong UMNO lagi. Mereka semua hanyalah iblis yang
bertopengkan manusia sahaja. Penipu, pendusta, penyangak, pengkhianat
dan penindas rakyat yang manis dimulut dan senyuman dibibir yang
dibuat-buat sedangkan mereka lebih bahaya dari racun. Rakyat dan negara
tidak akan pernah selamat lagi sekiranya UMNO dibiarkan terus wujud
lagi. Hancurkan UMNO, tumbangkan UMNO.
“Ya
Allah, hancurkan UMNO dengan sehancur-hancurnya, Engkau
porakporandakanlah serta pecah-pecahkanlah hati-hati puak-puak mereka
sehingga mereka berpecah dan menzalimi sesama sendiri. Kezaliman,
penipuan, penindasan serta penghinaan mereka terhadap kami sudah
keterlaluan dan sudah melampau, Ya Allah. Lindungilah kami Ya Allah dari
puak UMNO ini dan janganlah engkau kumpul atau masukan kami dalam
golongan UMNO ini samada di dunia atau di akhirat. Janganlah engkau
condongkan hati-hati kami untuk bersama, menyokong atau rasa simpati
terhadap golongan zalim, penindas dan penipu ini, Ya Allah.
Hancurkanlah, tumbangkanlah, musnahkanlah UMNO ini demi untuk
menyelamatkan Islam, negara, aqidah, akhlak, harta dan keselamatan kami
semua Ya Allah. Amin”. Wallahualam.
Normal 0
false false false EN-US X-NONE X-NONE
MicrosoftInternetExplorer4
/* Style Definitions */ table.MsoNormalTable
{mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt
0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt;
font-family:"Calibri","sans-serif";}
UMNO Ganas
Posted on Friday, December 07 @ 11:35:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Ustaz Hasbullah
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno Bahagian Gombak, Selangor kerana telah membantu Pakatan Rakyat untuk mempamerkan sifat sebenar Umno dan Barisan Nasional yang ganas dan tidak bertamadun seperti di dalam kejadian ‘serangan’ terhadap program anjuran Pakatan Rakyat di Batu 8, Gombak Utara kelmarin. Kejadian tersebut juga telah memperlihatkan sikap berpura-pura Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang menafikan keganasan pemuda Umno Gombak sedangkan banyak rakaman pada malam tersebut telah membuktikan sebaliknya.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa sangat kesal dan mengecam tindakan ganas tersebut dan meminta supaya pihak yang berwajib menyegerakan siasatan yang terperinci serta membawa pihak yang bersalah untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga tidak menolak kemungkinan yang Umno dan Barisan Nasional sememangnya cukup terdesak untuk memulihkan imej mereka yang sudah ‘rosak' di mata rakyat sehingga sanggup bertindak ganas dan ‘berlakon' sebagai mangsa keadaan semata-mata untuk meraih simpati rakyat.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak pernah mencetuskan sebarang kekacauan di dalam setiap program yang telah dilaksanakan sehingga ke hari ini kerana ‘track record' penganjuran program Pakatan Rakyat selama ini adalah bersih dan cemerlang.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini memberikan amaran yang keras kepada Pergerakan Pemuda Umno Selangor supaya menasihatkan Pemuda Umno Bahagian mereka untuk berpolitik secara berhemah dan ‘gentleman'. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersedia untuk menyahut cabaran Pemuda Umno sekiranya mereka berterusan untuk membuat provokasi seperti ini di masa hadapan.
USTAZ HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
RM16 juta bina rumah rakyat, RM4 bilion bina gajah putih di kenyir
Posted on Friday, December 07 @ 11:27:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"Barangkali kebanyakan Rakyat Terengganu percaya dengan kos RM 4 bilion untuk membina projek gajah putih Kenyir. Bukan setakat itu sahaja, malahan kebanyakan mengatakan bohong dan fitnah belaka itu.
Penulis percaya, kerana kos projek di atas daratan kosnya melambung sekali ganda. Masakan kos di Pulau Kenyir. Sudah pasti jadi tiga kali ganda.Hal ini telah diberitahu salah seorang kontraktor kelas A pada penulis ketika sembang sembang di sebuah kedai kopi tidak lama dulu.
Mari
kita lihat kos lebuhraya pantai timur. Kos asal RM 10 juta satu
kilometer. Naik jadi RM 17 juta. Naik jadi RM 20 juta satu kilometer dan
naik lagi jadi RM 27 juta satu kilometer.
Jika
kita banding dengan projek lebuhraya Teluk Pasu ke Jeram sepanjang 5.6
kilometer kosnya RM 250 juta. Bersamaan RM 40 juta satu kilometer.
Oleh itu, kos RM 4 bilion untuk membina projek gajah putih di Kenyir itu boleh dipercayai.
Tetapi
yang sungguh peliknya, bina rumah rakyat yang kosnya RM 16 juta telah
ditayang di TV 3 dengan tunjuan betapa prihatinnya kerajaan yang
diterajui Datuk Seri Ahmad Said.
Berita terbaharu, baiki atas stadium Sultan Mizan telah dululuskan sebanyak RM 50 juta dan diberi kepada kontrkor yang sama.
Cuba
anda bayangkan kos bina rumah rakyat sebanyak Rm 16 juta yang sangat
kecil diperuntukan kepada rakyat (pengundi) itu di iklan dalam TV 3.
Kos
RM 250 bina lebuhraya Teluk Pasu Jeram,Kos 210 juta membina sebuah
jambatan Jeram hilir ke Jeram Tok Kong dan kos RM 250 juta untuk
membina jambatan dari Lorong Ke Teluk Pasu senyap sepi.
e-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}
PERHATIAN! Majlis Amal Dana TKO
Posted on Friday, December 07 @ 11:23:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: wan_jtk
"Makluman semua!!! Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di sahkan hadir dan akan datang awal dari pukul 1.00 Tgh hingga 2.15 Ptg. Sesi Ucapan Perasmian oleh beliau adalah pada pukul 1.30 hingga 2.00. Harap semua hadirin dapat hadir awal pukul 12.30.
Perhatian penting supaya tidak tersilap: MAJLIS Adalah di Restoran HADRAMAWT, BUKAN Restoran WADI HADRAMAWT.
Posted on Friday, December 07 @ 11:23:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: wan_jtk
"Makluman semua!!! Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di sahkan hadir dan akan datang awal dari pukul 1.00 Tgh hingga 2.15 Ptg. Sesi Ucapan Perasmian oleh beliau adalah pada pukul 1.30 hingga 2.00. Harap semua hadirin dapat hadir awal pukul 12.30.
Perhatian penting supaya tidak tersilap: MAJLIS Adalah di Restoran HADRAMAWT, BUKAN Restoran WADI HADRAMAWT.
TARIKH : 8 Dec 2012 (Sabtu)
WAKTU : 1pm - 4pm
TEMPAT : RESTORAN HADRAMAWT
No.357, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di sahkan hadir dan akan datang awal dari pukul 1.00 Tgh hingga 2.15 Ptg.
Disebabkan oleh ada Mesyuarat Penting pada pukul 2.30 Petang, Maka Tuan Guru akan datang awal pukul 1.00tgh dan terpaksa bertolak keluar pada pukul 2.15 ptg.
Berikut adalah Tentatif Majlis Amal Dana TKO:
1.00 p.m. - ketibaan tetamu,
-Ketibaan Dato Sri TGHH dan Pimpinan PAS.
- mula makan
- solat zohor jemaah
1.30 p.m. - pembukaan majlis oleh pengacara
- ucapan perasmian TGHH
- Merasmikan Majlis dengan bacaan doa
2.00 p.m. - multimedia montage
2.15 p.m. - Keberangkatan Pulang Dato Seri TGHH
- ucapan pengarah majlis
2.45 p.m - ucapan YB Salahudin Ayub.
3.00 p.m. - nyanyian oleh Azhar Atan
3.20 p.m. -ucapan oleh YB Nurul Izzah
3.40 p.m. -habis ucapan
4.00 p.m. - penutupan majlis
Segala Tempahan untuk membeli Tiket Tempat Duduk, boleh SMS dahulu kepada No 0133931057(WAN) atau 0193815382(ROMZI).
Atau email ke spawn_su@yahoo.com."
Kapal Induk Amerika sudah berlabuh di Perairan Syria
Posted on Friday, December 07 @ 11:21:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: halimislam
"
Kapal
induk Amerika USS Eisenhower dilaporkan sudah berlabuh berhampiran
perairan Syria di Laut Mediterranean, mencetuskan kebimbangan
antarabangsa atas usaha AS untuk melakukan campur tangan ketenteraan di
Syria.
Kapal perang Tentera Laut AS itu membawa lapan buah jet pejuang pengebom dan 8,000 tentera. Mereka datang berhampiran pantai Syria pada hari Rabu untuk melakukan campur tangan di Syria jika negara itu menggunakan "senjata kimia", Debkafile, melaporkan.
Pada masa yang sama Turki nampaknya sudah mengerahkan tentera di sepanjang sempadan Syria di samping sokongan terbuka pejuang anti-Damsyik.
Laporan itu lebih lanjut menyatakan bahawa kapal induk USS Eisenhower masa ini berlabuh di pantai Syria, bergabung dengan kapal perang USS Iwo Jima yang membawa 2,500 pasukan dengan kelengkapan perang.
Laporan ini juga memetik kenyataan pegawai AS, yang dipetik dari The Australian, yang mendakwa, "Kami mempersiapkan operasi pasukan khas, dan sementara ini mereka siap dihantar."
Kapal perang Tentera Laut AS itu membawa lapan buah jet pejuang pengebom dan 8,000 tentera. Mereka datang berhampiran pantai Syria pada hari Rabu untuk melakukan campur tangan di Syria jika negara itu menggunakan "senjata kimia", Debkafile, melaporkan.
Pada masa yang sama Turki nampaknya sudah mengerahkan tentera di sepanjang sempadan Syria di samping sokongan terbuka pejuang anti-Damsyik.
Laporan itu lebih lanjut menyatakan bahawa kapal induk USS Eisenhower masa ini berlabuh di pantai Syria, bergabung dengan kapal perang USS Iwo Jima yang membawa 2,500 pasukan dengan kelengkapan perang.
Laporan ini juga memetik kenyataan pegawai AS, yang dipetik dari The Australian, yang mendakwa, "Kami mempersiapkan operasi pasukan khas, dan sementara ini mereka siap dihantar."
Selanjutnya SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan