Sapu tanah: MCA dapat tanah murah di Kajang?
Harakahdaily, | 07 Dis 2012 |
Beliau mendedahkan bahawa tanah seluas 6,900 kaki persegi yang terletak di kawasan komersil di tengah bandar Kajang ‘dibeli’ MCA Hulu Langat pada Januari 2001 juga dengan harga RM1 sekaki persegi.
“Lebih memeranjatkan apabila tanah itu kini diambil pula oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek MRT dengan bayaran pampasan kepada MCA dengan satu jumlah yang tidak diketahui,” katanya pada sidang media, hari ini, lapor Roketkini.
Menurut Nie Ching, tapak itu kini sedang dibina bangunan pejabat MCA Hulu Langat (kanan) dan bukan untuk dibina tadika atau dewan orang ramai seperti yang didakwa.
Nie Ching juga menuntut MCA melalui pimpinannya termasuk Presidennya, Chua Soi Lek, Donald Lim dan terutamanya Chua Tee Yong untuk menjelaskan kepada umum bagaimana MCA dapat memiliki lot tanah itu pada harga yang terlalu murah dan berapa pula pampasan yang dibayar Kerajaan Persekutuan kepada mereka.
Menurut Nie Ching, pampasan yang perlu dibayar untuk pengambilan balik tanah oleh kerajaan harus mengikut harga pasaran semasa.
“Sewaktu tanah itu dibeli MCA, mereka sekadar membayar RM1 sekaki persegi.
“Pampasan yang mereka dapat daripada Kerajaan Persekutuan adalah keuntungan yang mereka perolehi,” katanya.
Ditanya mengenai pampasan yang mungkin diberi kepada MCA, beliau memberi perbandingan Bangunan Dewan Perbandaran MPKj yang terletak berhadapan tapak milik MCA itu memohon RM16 juta sebagai pampasan lantaran projek MRT berkenaan.
Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan sebanyak 24 keping tanah di Selangor didakwa dijual murah kepada parti komponen BN semasa parti itu mentadbir negeri.
Beliau mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pada harga RM1 kakipersegi atau lebih RM1.4 juta kepada parti komponen BN antara 1999 hingga 2008, walaupun harga pasarannya sekurang-kurangnya RM20 juta hingga RM300 juta.
Daripada 24 bidang tanah yang didedahkan dibeli pada harga murah oleh parti komponen BN Selangor, lima daripadanya didaftarkan milik MCA.
Guan Eng saman Utusan, Ketua Pemuda Umno
Harakahdaily, | 07 Dis 2012 |
Pegawai Khas Undang-undangnya, Andrew Yong berkata, Guang Eng akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman malu terhadap akhbar milik Umno itu.
Shaik Hussein dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, “Guan Eng perlu faham rasuah juga merangkumi skop penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah seperti banglo mewah yang disewanya daripada seorang pengarah berkepentingan dalam KLIDC belum terjawab,”
Shaik Hussein sebelum ini juga memfitnah Guan Eng menerima rasuah dari Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC)
“Rumah yang disewa oleh Ketua Menteri tidak dimiliki oleh pengarah ataupun pemegang saham KLIDC.
“Tuan punya rumah sewa Ketua Menteri tidak pernah membuat pembidaan pun ke atas tanah yang dimenangi oleh KLIDC secara tender terbuka, baik secara individu peribadi mahupun menerusi mana-mana syarikat sebagai pemegang saham atau ahli lembaga pengarah.
“Fitnah jahat Shaik dan Utusan Malaysia semata-mata suatu rekaan kosong demi mencapai niat jahat politik menjelang pilihanraya besar yang akan datang,” kata Yong.
Yong juga berkata, saman malu yang akan difailkan terhadap Shaik Hussein dan Utusan Malaysia untuk menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada desakan pertubuhan rasis Umno, dan tidak takut akan Umno dan Utusan.
“Cara yang paling baik untuk menentang fitnah pemimpin Umno yang cakap tak serupa bikin adalah dalam mahkamah supaya bukti dapat diberikan secara hitam putih tanpa sebarang keraguan,” katanya.
Utusan Malaysia sudah dua kali disaman oleh Guan Eng kerana menyebarkan fitnah terhadap beliau. Kedua-dua keputusan mahkamah berpihak kepada Guan Eng yang juga Setiausah Agung DAP.
"Namun, Utusan terus menabur fitnah terhadap Guan Eng, DAP dan para pemimpin Pakatan Rakyat, menimbulkan persoalan siapa yang mendalangi Utusan sehingga berani memfitnah dan berbohong serta melacurkan amalan kewartawanan di Malaysia," katanya.
Tiada Islam lagi atas perlembagaan saja
Subky Latif, | 07 Dis 2012 |
Mungkin perlembagaan itu sudah merakamkan begitu sejak ia ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar 66 tahun lalu, tetapi ia tidak menghalang ulamanya keluara menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan keislaman parti itu.
Perlembagaan PAS lebih tegas tentang Islamnya. Perlembagaannya menyebut bahawa dasar PAS adalah Islam. Hukum tertingginya Islam dan Allahu Akbar salamnya.
Tetapi tidak lengkap Islam PAS jika sekadar catitan dalam perlembagaannya. Ia benar-benar Islam apabila ia beramal dan bekerja untuk Islam. Samalah seperti indahnya isi Dasar Ekonomi Baru yang dibentang oleh al-Marhum Tun Razak sebaik menjadi Perdana Menteri, tetapi ia tidak jadi apa-apa apabila kerajaan dan Barisan Nasional tidak dapat melaksanakannya.
Akhirnya dokuman Dasar Ekonomi Baru itu dibakul sampahkan oleh puteranya yang menjadi Perdana Menteri 40 tahun selepasnya.
Ada pun perlembagaan itu adalah satu ikrar dan panduan, tidak jadi apa-apa makna jika ia tidak diisi dan ditunaikan.
Jauhnya sempurnanya al-Quran dibandingkan dengan perlembagaan parti politik. Al-Quran itu adalah dustur umat Islam yang Allah turunkan kepada manusia. Amat sempurna mukjizat itu. Tetapi adakah setiap orang Islam itu telah taqwa dengan adanya al-Quran?
Bagi orang Islam di kaki lima dan bekerja di kelab-kelab malam kosong Islamnya sekalipun ada al-Quran menjadi panduannya. Dapatkah kita terima tiap-tiap negara Islam sudah jadi negara Islam sempurna walaupun al-Quran ada tetapi disimpan dalam almari?
Rata-rata negara Islam itu sama saja dengan Amerika dan Rusia apabila politik, ekonomi, undang-undang dan lain-lain tidak mengambil al-Quran sebagai panduan tetapi berpandu kepada perlembagaan yang mereka cipta sendiri.
Tidak cukup Islam UMNO itu sekadar isi perlembagaannya saja jika apa yang ada pada perlembagaan itu tidak dilaksanakan. Orang tidak nilai UMNO dari apa yang tertulis dalam perlembagaannya. Orang nilai dari apa yang UMNO dan pemimpin UMNO buat.
Apabila pemandu kepada aktres jelita membuat laporan polis dia memandu menteri UMNO berulang alik ke hotel yang didatangi aktres itu, maka itu ertinya menteri UMNO persetankan perlembagaan partinya.
Ketua Ketua Pemudanya Khairy, UMNO jua mahu memperjuangkan hudud. Ia sedang di peringkat memberi kefahaman kepada rakyat. Sampai 54 tahun merdeka ia masih memberi kefahaman. Ertinya ia belum berjaya menyempurnakan arahan perlembagaan partinya.
Jika ia belum berjaya, boleh tahan juga. Sekurang-kurang ia sudah buat, tetapi belum berjaya. Hal-hal yang gagal dijayakan tidak termasuk dalam kebanggaan perjuangan. Amat malang jika kegagalan itu kerana tidak ada niat dan tiada percubaan untuk membuatnya.
Jika orang-orang belajar di England dan mendapat pendidikan barat berpandu kepada pepatah Inggeris ia tidak bangkitkan Islamnya berpandu kepada perlembagaan. Kata pepatah itu, jangan nilai sebuah buku dari kulitnya!
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal mengira Islam UMNO itu sempurna kerana catitan Islam itu dalam perlembagaan UMNO, samalah mereka menilai sebuah buku dari layout kulit buku itu.
PM janji 20,000 rumah mampu milik, monorel jika perintah P Pinang
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk memberi dua
hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit
rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN)
diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu.
Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).
"Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu.
Najib berkata pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini.
"Sebagai contohnya isu Kampung Buah Pala, semua pemimpin pembangkang meletak tangan di atas kepala seorang penduduk dan berjanji kononnya dalam masa dua minggu mereka akan menyelesaikan masalah. Tetapi mereka gagal dan akhirnya kerajaan BN juga menyelesaikan masalah baki 26 penduduk di kampung itu," katanya.
Beliau berkata permohonan untuk PR1MA boleh dibuat melalui online yang dibuka hari ini dan cabutan (undian mendapatkan rumah) akan dibuat secara telus.
Najib berkata satu lagi janji yang akan ditunaikan ialah pembinaan perkhidmatan monorel sebagai langkah mengatasi kesesakan lalulintas yang semakin serius.
"Kita tahu rakyat Pulau Pinang dihantui dengan kesesakan lalulintas. Jadi, jika BN menang kita tengok macam mana nak selesai masalah ini dan akan membina sistem monorel sama seperti perkhidmatan LRT (transit aliran ringan) yang ada di Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata rakyat Pulau Pinang layak untuk menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih baik lagi dan perkara ini akan menjadi kenyataan jika mereka memberi kepercayaan kepada BN.
Perdana menteri itu juga berkata BN tidak akan membiarkan orang Melayu di negeri ini terpinggir dan dalam masa yang sama akan terus membela kaum Cina dan India.
Beliau berkata setiap satu undi untuk BN adalah undi untuk kestabilan dan kemajuan manakala satu undi untuk PAS adalah untuk perpecahan, satu undi untuk PKR adalah untuk mencapai perjuangan peribadi seseorang dan satu undi untuk DAP adalah undi untuk masa depan yang tidak menentu.
Najib juga berkata label BN 'Janji Ditepati' adalah bagi menggambarkan dan meyakinkan rakyat bahawa parti itu sebuah parti yang boleh diberi kepercayaan dan amanah serta apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat akan ditunaikan.
"Kalau kita sudah buat satu janji kita anggap janji itu satu ikatan. Dengan satu ikatan itu rakyat akan tetapkan kepercayaan dan amanah kepada kita. Kerajaan Barisan Naasional walau apa-apa pun kita janji, kita akan tunaikan dan tepati," katanya.
- Bernama

Zahrain, Aminah kembali ke pangkuan Umno
Anggota
Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan bekas
Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini menyerahkan
surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Surat permohonan Zahrain dan Aminah bersama 347 bekas anggota PKR dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di George Town.
Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.
Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di negara ini.
"Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja," kata Zahrain.
"PKR dan PAS yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di George Town.
Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai Umno pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.
"Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau)," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menyokong Umno jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih
Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.
- Bernama
Perkara ini diumumkan oleh salah seorang anggota panel tersebut dalam sebuah forum awam yang diadakan oleh Majlis Peguam dan SPRM hari ini.
Naib Presiden Majlis Peguam, Chris Leong menimbulkan soalan berkaitan pendedahan di Parlimen bahawa kes itu mungkin telah ditutup dan respon pihak berkuasa Hong Kong bahawa mereka tidak mendapat maklum balas dari Malaysia.
"Panel Semakan Operasi SPRM telah menulis kepada peguam negara untuk mengkaji semula keputusannya," jawab Timbalan Pengarah Kanan bahagian Penyiasatan, Han Chee siasatan Rull ringkas.
Laporan awal memetik pendakwaraya Hong Kong
Kevin Zervos, sebagai berkata Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu bersedia membuka semula kes itu jika ada bukti baru.
Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli (kiri dalam gambar) berlepas ke Hong Kong pada hari Selasa untuk menyediakan bukti transaksi dalam kes itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz telah menafikan sebarang salahlaku di pihak Musa.
Beliau memberitahu Parlimen bahawa RM40 juta itu adalah "sumbangan politik" kepada Umno Sabah.
ADUN Batu Caves, Amirudin Shari (kiri) berkata penganjur telah
melakukan peranan mereka dalam mengawal penyokong selaras dengan PAA semasa ceramah pada malam 4 Disember.
"Kita (pihak penganjur) telah mengawalselia perhimpunan malam itu, kita mempunyai 300 orang bertugas untuk menjaga keselamatan, keselamatan jalan raya dan logistik," tambahnya.
Bagaimanapun, kata Amirudin, jika melihat video perhimpunan itu, pergaduhan hanya berlaku selepas pihak yang tidak bertanggungjawab masuk ke kawasan mereka.
Apabila itu berlaku, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini, pihak polis mesti bertanggungjawab, kerana pasukan itu yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan, dan bukan pihaknya.

SPRM minta AG kaji semula keputusan terhadap Musa
Panel
Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
meminta peguam negara menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40
juta dari Michael Chia yang didakwa disalurkan kepada Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Perkara ini diumumkan oleh salah seorang anggota panel tersebut dalam sebuah forum awam yang diadakan oleh Majlis Peguam dan SPRM hari ini.
Naib Presiden Majlis Peguam, Chris Leong menimbulkan soalan berkaitan pendedahan di Parlimen bahawa kes itu mungkin telah ditutup dan respon pihak berkuasa Hong Kong bahawa mereka tidak mendapat maklum balas dari Malaysia.
"Panel Semakan Operasi SPRM telah menulis kepada peguam negara untuk mengkaji semula keputusannya," jawab Timbalan Pengarah Kanan bahagian Penyiasatan, Han Chee siasatan Rull ringkas.
Laporan awal memetik pendakwaraya Hong Kong
Kevin Zervos, sebagai berkata Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu bersedia membuka semula kes itu jika ada bukti baru.
Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli (kiri dalam gambar) berlepas ke Hong Kong pada hari Selasa untuk menyediakan bukti transaksi dalam kes itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz telah menafikan sebarang salahlaku di pihak Musa.
Beliau memberitahu Parlimen bahawa RM40 juta itu adalah "sumbangan politik" kepada Umno Sabah.
PKR: 'Tanggungjawab polis kekal keamanan di perhimpunan Gombak'
PKR
berkata tidak kira alasan polis bahawa ia tidak lagi melaras
perhimpunan dengan adanya Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 berhubung
pergaduhan di ceramah Pakatan Rakyat di Gombak, namun ia menjadi
tanggungjawab polis untuk memastikan keamanan.ADUN Batu Caves, Amirudin Shari (kiri) berkata penganjur telah
melakukan peranan mereka dalam mengawal penyokong selaras dengan PAA semasa ceramah pada malam 4 Disember.
"Kita (pihak penganjur) telah mengawalselia perhimpunan malam itu, kita mempunyai 300 orang bertugas untuk menjaga keselamatan, keselamatan jalan raya dan logistik," tambahnya.
Bagaimanapun, kata Amirudin, jika melihat video perhimpunan itu, pergaduhan hanya berlaku selepas pihak yang tidak bertanggungjawab masuk ke kawasan mereka.
Apabila itu berlaku, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini, pihak polis mesti bertanggungjawab, kerana pasukan itu yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan, dan bukan pihaknya.
Bapa dakwa anak dilari kenalan lelaki dalam facebook
Seorang
bapa mendakwa anak gadisnya yang berumur 16 tahun dilarikan oleh
seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak
seminggu lepas.
Roslan Ahmad Hadzrawi, 39, dari Wangsa Maju di ibunegara mendakwa anaknya Nur Hidayah hilang sejak 1 Disember lalu dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mat, 19, selepas keluar makan bersama lelaki itu di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju.
Roslan juga mendakwa anaknya yang lebih mesra dipanggil Dayah turut ditipu kira-kira RM1,200 ekoran kerap mengeluarkan wang dari akaunnya bagi menanggung perbelanjaan sewa rumah dan baik pulih motosikal milik Mat.
"Saya mendapat tahu Dayah sering memberi wang kepada Mat selepas membaca mesej berbaur pujukan oleh Mat kepada Dayah di dalam akaun Facebook Dayah," katanya kepada pemberita di ibunegara semalam.
Roslan berkata beliau yakin Dayah bukan melarikan diri kerana dokumen peribadinya termasuk kad pengenalan dan kad Mesin Pengeluar Wang Automatik (ATM) tidak dibawa dan anaknya itu hanya membawa wang poket RM100.
"Pada hari Dayah dilarikan, anak sulung saya ada menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) dari Dayah kira-kira pukul 5 petang yang berbunyi 'Rol aku kat rumah ibu sakit. Aku ok nanti apa-apa aku call'.
"Saya percaya SMS tersebut bukan ditulis oleh Dayah tetapi lelaki itu kerana Dayah tidak pernah memanggil abangnya dengan nama Rol," katanya.
Namun Roslan berkata sehingga lewat malam anaknya masih tidak pulang dan gagal dihubungi menyebabkan isterinya Zarina Zubir, 40, runsing dan bimbang.
Beliau berkata selepas usaha mengesan anaknya di sekitar Kuala Lumpur gagal, Roslan membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju Isnin lepas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Suspek kes rasuah, menteri Indonesia letak jawatan
Menteri
Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes
rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah
sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, meletakkan jawatan
daripada kabinet semalam.
Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Jakarta Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.
Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.
Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah semalam mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.
Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.
Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.
Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang daripada projek itu.
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.
Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta).

Teo: Bangunan HQ MCA bahagian atas tanah murah
Satu
tinjauan mendapati mendapati sebuah bangunan bagi menempatkan
ibupejabat MCA bahagian Langat terletak di atas tanah negeri yang
didakwa dipajak kepada parti itu pada harga RM1 sekaki persegi.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie ching yang mengetuai tinjauan itu bersama ahli majlis tempatan, Lee Kee Hiong hari ini berkata, dalam perbandingannya, nilai tanah komersial di bandar Kajang di tempat bangunan itu terletak adalah RM150 sekaki persegi.
"Bagi parti politik lain seperti DAP, PAS atau PKR, kita perlu membeli tanah atau bangunan untuk bangunan parti kami mengikut harga pasaran. Mengapa MCA boleh dapat tanah itu pada harga diskaun?
"Harga diskaun jenis ini tidak ada untuk NGO atau sebarang organisasi lain di Malaysia, tetapi hanya untuk Umno, Gerakan, MCA dan MIC," tambahnya.
VIDEO l 2.28 min

Dakwa pecah amanah, 8 k'tangan kolej Kuin buat laporan polis
Lapan
kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat laporan
polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan
Kedah itu.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pukul 9 pagi ini.
Laporan itu didakwa dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana mendakwa berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.
Mereka mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di perkarangan IPD Kota Setar, mereka mendakwa, sikap Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan.
Mereka yang menggelarkan diri mereka "Skuad Urusetia Gelombang Putih Membersihkan Kuin" mendakwa, akibat kegagalan Kuin membayar pembiayaan pekerja ke institusi kewangan berkaitan, nama pekerja terlibat disenaraihitam di Credit Reference Information System (CCRIS).
Menurut mereka lagi, pihak pekerja pernah membuat laporan polis pada 27 Julai 2012 kerana masalah sama.
Sehubungan itu, mereka mendesak Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan jika masih gagal mengurus Kuin dan kebajikan kakitangan Kuin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan