Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia
Bekas
presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada
usia 73 umur. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di
kediamannya di Petaling Jaya.Dr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.
Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.
Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.
Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.
Beliau memenangi kerusi parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.
Selepas berita kematian Keng Yaik tersebar, warga media memenuhi kawasan luar kediaman mendiang sejak jam 6.30 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada anggota keluarganya.
Anaknya, yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan ditemu ramah.
Si Pin, yang ditemani setiausahanya, Dominic Lau, turut meminta pemberita upaya beredar.
"Kami akan maklumkan tentang berita ini kepada anda esok," kata Dominic.
Keng Yaik dipilih presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Lim.
Najib berkata mendiang Dr Lim merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
"Jasa dan sumbangan beliau kepada kerajaan dan parti akan sentiasa dikenang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada media hari ini.
Dalam mesej tweeter, Najib berkata Dr Lim menjalankan tugas yang cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan.
"Negara meratapi pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
"Saya berasa amat dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada negara," katanya menerusi mesej tweeter malam ini.
Pelajar berkemah di luar penjara sokong rakan aktivis
Aktivis
pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda
sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di
situ.Umar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy
Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.
Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.
Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).
Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.
Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.
Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.
Muzik iringi protes
Malaysiakini meninjau
kemah protes itu pagi ini dan mendapati kira-kira sepuluh orang
daripada mereka masih berada di situ, sambil menyanyikan lagu protes,
diiringinya dengan mainan gitar.Seorang jurucakap kumpulan itu berkata, mereka berada di situ untuk jangka panjang, walaupun keputusan belum lagi dibuat melalui konsensus sama ada mereka akan mengadakan protes sepanjang sebulan tempoh Umar dipenjara.
Menurutnya lagi, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi, mereka telah didatangi dua pegawai Cawangan Khas yang mengambil butir-butir mengenai dua di kalangan mereka, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan lain.
Seseorang pegawai penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga datang pada kira-kira jam 9.30 pagi bertanya sama ada mereka mendapatkan sebarang kebenaran untuk berkhemah di luar penjara.
Bagaimanapun, selepas campurtangan wakil PSM, anggota penguatkuasa itu berkata mereka tidak akan mengganggu selagi sebagai pelajar terbabit tidak menghalang lalulintas dan orang ramai yang lalu di situ.
Anggota itu berkata, mereka menyerahkannya kepada pihak polis untuk memantau keadaan di situ.
Malaysiakini mendapati beberapa anggota polis berpakaian
preman memantau pelajar manakala pegawai penjara memantau mereka dari tempat pemeriksaan keselamatan di tepi jalan dan di pintu masuk utama.
Pada kira-kira jam 11.10 pagi ahli majlis MPKj Lee Kee Hiong datang memberi sokongan moral. Turut datang ialah kartunis politik Zunar dan beberapa pemimpin DAP tempatan.
Pada sekitar tengah hari, keluarga Umar yang melawatnya pagi ini datang menyampai mesej dari Umur untuk rakan aktivis di kemah tersebut.
"Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," kata bapanya, yang berkata semangat juang Umar tidak patah oleh apa yang dilaluinya sekarang.
Beliau berkata, anaknya berada dalam kesihatan yang baik, bersemangat dan Umarnya secara berjenaka berkata hukuman penjara sebulan itu adalah satu latihan baginya untuk berhenti merokok.
Pelajar mahu duduk Dataran sekali lagi
Umar, pelajar tahun akhir diploma dalam keselamatan industri di sebuah kolej swasta di Klang, sedang menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, yang dia sepatutnya selesai bulan depan.
Bapanya memberitahu para aktivis pelajar tersebut bahawa
Umar diletakkan secara berasingan dari banduan lain, dan seorang diri bilik kurungannya, tetapi anaknya terharu dengan berita kehadiran rakan-rakannya di luar bangunan penjara.
Dalam sidang akhbar pada pukul 2 petang, Pengerusi SMM, Safwan Anang memberitahu pemberita bahawa mereka berada di situ untuk berkongsi kesusahan Umar.
"Kerana kami semua berada di Occupy Dataran untuk
memperjuang pendidikan percuma tetapi hanya dia yang ditangkap dan dipenjarakan. Kami mahu berada di sini untuk bersama dengannya."
Safwan berkata mereka akan bergerak dari Penjara Kajang ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pagi esok.
Di sana mereka akan berkhemah di dataran tersebut, walaupun jika DBKL akan melarang perkhemahan di situ, mereka akan tetap berkumpul di ruang awam, kata Safwan.
Tambahnya, dengan bergerak ke Kuala Lumpur, ia juga untuk memudahkan mereka untuk menghadiri prosiding rayuan Umar pada hari Isnin.
Mahfuz cabar Najib saman Deepak untuk bersih nama
Naib
Presiden, PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli
perniagaan Deepan Jaikishan yang memberi beberapa kenyataan berhubung
Najib serta ahli keluarganya. Mahfuz berkata lagi, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan dakwaan yang dilakukan Deepak bukan sahaja memburukkan nama ahli keluarga Najib tetapi juga nama negara.
Dalam pada itu, Mahfuz turut memuji keberanian tindakan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia.
"Rakyat juga sebenarnya ternanti keberanian Najib untuk ambil tindakan pada Deepak yang saya anggap dakwaannya mencalarkan nama baik Najib dan keluarganya. Saya tak tahu sama ada Robert Phang lagi berani dari Najib atau Najib yang takut daripada Robert Phang.
"Saya cabar Najib (ambil tindakan). Ini bukan sahaja mengenai Najib dan keluarganya tetapi tentang negara," kata Mahfuz.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Malaysiakini mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008.
Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak.
Sementara itu, pada sidang media sama, Mahfuz turut melahirkan rasa keraguannya mengenai cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Mahfuz berkata, proses tapisan tersebut merupakan proses biasa dan tiada tindakan konkrit akan diambil selepas itu.
"Isu sekarang, jika ada calon bersih ketika tapisan, tetapi selepas jadi wakil rakyat, menteri itu terbabit dengan isu rasuah, adakah SPRM berani untuk ambil tindakan?
"Soalnya SPRM kena berani ambil tindakan jika wujud kes... bukan sekadar jadi medium penapisan calon. Walaupun cadangan nak tapis calon ini bagus tapi fungsi dan tindakan SPRM selepas itu yang jadi persoalan.
"Lebih baik parti sendiri yang jalankan penapisan calon. Sebab kes yang ada sekarang pun SPRM gagal ambil tindakan," katanya.
Sebelum ini, kerajaan dicadang mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon PRU-13 untuk proses tapisan SPRM.
Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar dilaporkan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya untuk dicadangkan berkuatkuasa menjelang PRU-13 akan datang.
Cadangan ini membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen atau ADUN yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.
Ia bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding atau partinya.
Pemuda PKR rancang banjiri peti surat Rosmah
Pemuda
PKR akan menganjurkan pengiriman massa poskad kepada Datin Seri Rosmah
Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk
mengenakan tekanan terhadapnya yang berdiam diri terhadap siri
pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan."Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.
"Dia adalah wanita yang paling berkuasa di negara ini, jadi kita
berharap dia akan tampil menjawab soalan-soalan ini, rakyat mahu tahu kebenarannya," kata ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon (kanan) ketika dihubungi.
Deepak, antara lain, mendakwa Rosmah meminta bantuannya untuk mendapat penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah (SD) kedua, untuk menyangkal SD pertama yang mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shariibbuu.
Bagi tujuan ini, Lee berkata, Pemuda PKR telah dicetak poskad khas untuk isteri perdana menteri, yang memaparkan kartunnya dengan perkataan Tanya Rosmah dan tiga soalan dalam ruang dialog.
Ianya berbunyi: Benarkah sumpah Najib yang menyatakan tidak kenal Altantuya? Benarkah Deepak diarah untuk paksa PI Bala batal akuan bersumpah yang kait hubungan Najib dengan Altantuya? dan Kenapa hingga sekarang diam diri daripada sebarang komen selepas pendedahan Deepak?
Lee berkata cetakan pertama 50,000 poskad yang dilancarkan di Petaling Jaya semalam, akan diedarkan di pantai barat.
Menurutnya, lebih banyak lagi akan dicetak kemudian untuk diedarkan ke seluruh negara dan pada perhimpunan mega Pakatan Rakyat pada 12 Januari.
"Orang ramai boleh menulis soalan mereka sendiri pada poskad tersebut apa yang mereka mahu tanya kepada Rosmah dan kami akan mengumpulnya pada 12 Januari dan menghantarnya kepada beliau.
"Mereka juga boleh mengeposkannya sendiri," katanya.
Ambil guru BI dari India perlu kajian mendalam - NUTP
Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan
berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk
mengajar pelajar di negara ini.Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.
"Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu.
Najib yang berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam, berkata cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.
Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) dari negara itu ditempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.
Hashim turut mencadangkan supaya guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara diambil bagi mengajar bahasa itu berikutan mereka dari budaya dan latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.
"Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat merumitkan. Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang," katanya.
Beliau juga berkata adalah memadai dengan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa itu di negara ini kerana jika dicampuradukkan, bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar tetapi juga sistem pendidikan negara.
Bagaimanapun, katanya bayaran untuk memanggil guru-guru yang telah bersara untuk mengajar bahasa Inggeris juga perlu setimpal dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bahasa tersebut.
]Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula mencadangkan supaya kerajaan mengambil guru bahasa Inggeris dari England jika kerajaan mempunyai peruntukan untuk mengambil guru dalam bahasa itu dari luar.
"Guru bahasa Inggeris Fullbright itu ok sebab Amerika Syarikat dan aksen mereka boleh terima, tetapi aksen orang dari India pekat. Kita rasa kalau betul nak membantu pelajar, jika bajet itu ada, kenapa kita tak ambil guru bahasa Inggeris dari England.
"Sebab kita dulu belajar bahasa Inggeris daripada orang Britain sebab itu kita berterusan macam ini," katanya.
Beliau juga berkata jika kerajaan mahu mendapatkan kepakaran daripada negara berkenaan, adalah lebih baik guru dalam bidang sains dan matematik diambil berikutan itu adalah kepakaran mereka.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik cadangan tersebut berikutan sejarah awal pendidikan bahasa Inggeris di negara ini pada akhir abad ke-19 didominasi guru-guru dari India yang dibawa penjajah untuk mengajar di sekolah mubaligh dan sekolah bahasa Inggeris di negara ini.
"Daripada sejarah yang dilihat, mereka banyak memberi perkhidmatan dalam bidang pendidikan terutama ramai lepasan sekolah mubaligh menjadi pemimpin dan tokoh ternama negara. Sejarah telah lama berakar umbi di negara kita.
"Jika guru-guru dari India dibawa kembali, saya rasa tidak mendatangkan masalah kerana boleh membawa kebaikan berdasarkan sejarah yang dilihat dulu," katanya.
Beliau berkata guru yang akan dibawa masuk juga adalah guru cemerlang dan bilangan guru di India adalah 10 kali ganda daripada bilangan guru di negara ini iaitu seramai 400,000 orang dan sudah tentu kementerian mempunyai banyak pilihan untuk memilih guru terbaik untuk mengajar di negara ini.
"Di India juga, sistem pendidikan mereka lebih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan sudah tentu dari segi kepakaran tidak timbul masalah.
"Jadi, atas sebab-sebab itu, saya rasa cadangan itu begitu baik untuk dilaksanakan pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataannya berpendapat cadangan itu adalah langkah yang baik tetapi menegaskan terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani sebelum pengambilan itu boleh dilakukan.
Beliau berkata antara masalah itu seperti perbezaan budaya dan sebutan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pendidik dari luar negara ini mungkin sukar difahami oleh pelajar Malaysia.
"Berdasarkan pengalaman saya, membawa pendidik asing mengajar bahasa Inggeris ia adalah usaha yang baik, tetapi mereka mesti diberi taklimat tentang budaya tempatan dan tingkah laku pelajar.
"Sebagai contoh, sebahagian pensyarah Barat yang pernah mengajar di sini memberi komen pelajar Malaysia sangat pasif di dalam kelas kerana tidak bercakap.
"Tetapi mereka gagal menyedari bahawa pelajar Asia lazimnya kurang lantang berbanding pelajar Barat disebabkan hakikat bahawa pandangan pengajar harus dihormati dan tidak dicabar," katanya.
Justeru katanya, malu atau takut diejek oleh rakan-rakan mereka adalah antara sebab mengapa mereka berbuat demikian.
"Bagaimanapun, langkah pengambilan tenaga pengajar asing tidak berpanjangan di masa depan kerana kosnya yang tinggi. Ia hanya sebagai langkah sementara. Lebih ramai guru bahasa Inggeris harus dilatih untuk mengelak kita daripada terlalu bergantung kepada orang luar," katanya.
- Bernama
MP gesa MBSA tutup kelab malam tanpa lesen hiburan
Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA) bertindak menutup terus sebuah kelab malam yang beroperasi tanpa
lesen hiburan dari pihak berkuasa tempatan.
Menurutnya, tindakan MBSA yang hanya menyaman kelab itu kerana didakwa beroperasi menjual minuman keras dan menyediakan hiburan kepada pengunjungnya menggunakan lesen kafeteria dari MBSA, "mempunyai implikasi politik dan bukan sekadar persoalan undang-undang.
"MBSA sepatutnya menghentikan operasi mereka serta-merta tetapi MBSA tidak berbuat demikian kerana takut ada komplikasi undang-undang.
"Saya lihat isu ini dijadikan isu politik. Saya minta MBSA memahami isu ini bukan sekadar persoalan undang-undang dan ada implikasi politik," katanya.
Menurutnya, sebuah media yang disifatkannya pro-Umno memuatkan berita pembukaan kelab itu pada 12 Disember lalu dan cuba memberi gambaran ia dibenarkan oleh kerajaan negeri.
"Inilah cara dia hendak kempen. Di Kelantan hendak ditunjukkan PAS terlalu keras (laksana undang-undang), dan di Selangor pula hendak ditunjukkan PAS ini terlalu fleksibel," katanya dalam satu sidang akhbar semalam.
Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Khalid turut menggesa menteri besar Selangor menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk melakukan tugas
memperbaiki jalan-jalan di bawah seliaan Selangor.
Syarikat berkenaan, kata Khalid, kemudiannya boleh menuntut bayaran dari pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lambat bertindak dan bertindak secara kurang memuaskan dalam kerja-kerja itu.
"Saya harap pejabat MB beri pertimbangan sewajarnya. Dalam saat-saat hampir pilihan raya ini kita lihat ada unsur-unsur sabotaj.
"Dalam hal ini, kerajaan negeri perlu bertindak dengan penuh kefahaman politik," katanya.
Sementara itu, Khalid turut menayangkan klip video yang didakwa memaparkan akibat proses penyumberluaran yang dilakukan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Video itu yang menunjukkan sebuah kereta pemunggah bagasi melanggar kipas sayap kapal terbang MAS. Kereta itu didakwa dipandu seorang pekerja asing syarikat yang mengambil khidmat memunggah bagasi dari MAS.
Menurut Khalid, video itu dihantar individu tidak dikenali ke pusat khidmat beliau.
Kenyataan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil semalam menunjukkan suruhanjaya itu "lebih kepada untuk mempertahankan keputusan (menutup siasatan)" berbanding menyiasat sebarang kesalahan, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.
"Kenapa SPRM begitu cepat mengeluarkan penafian khususnya bila Cecil menganggotai panel itu. Ia tidak cukup dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau (Cecil) tidak terlibat.
"(Ia) tidak bermakna keseluruhan isu pemalsuan SD tidak wujud. Ini telah disokong oleh sekurang-kurangnya dua individu," kata Tian Chua yang merujuk kepada Bala dan ahli peniagaan permaidani Deepak Jaikishan.
Sebaliknya Tian berkata SPRM dan polis perlu membuka semula siasatan terhadap kemungkinan kesalahan termasuk "membuat akuan bersumpah palsu, beri keterangan palsu, penculikan, peras ugut, rasuah, amalan korup, pembunuhan dan cubaan menutup kesalahan itu".
Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata ini termasuk Seksyen 107 dan 120A Kanun Keseksaan dan Seksyen 191 Akta Akuan Bersumpah 1960.
Malaysiakini telah menghubungi Cecil melalui fax, emel, surat serahan tangan dan sedang menunggu penjelasannya.
Menurutnya, tindakan MBSA yang hanya menyaman kelab itu kerana didakwa beroperasi menjual minuman keras dan menyediakan hiburan kepada pengunjungnya menggunakan lesen kafeteria dari MBSA, "mempunyai implikasi politik dan bukan sekadar persoalan undang-undang.
"MBSA sepatutnya menghentikan operasi mereka serta-merta tetapi MBSA tidak berbuat demikian kerana takut ada komplikasi undang-undang.
"Saya lihat isu ini dijadikan isu politik. Saya minta MBSA memahami isu ini bukan sekadar persoalan undang-undang dan ada implikasi politik," katanya.
Menurutnya, sebuah media yang disifatkannya pro-Umno memuatkan berita pembukaan kelab itu pada 12 Disember lalu dan cuba memberi gambaran ia dibenarkan oleh kerajaan negeri.
"Inilah cara dia hendak kempen. Di Kelantan hendak ditunjukkan PAS terlalu keras (laksana undang-undang), dan di Selangor pula hendak ditunjukkan PAS ini terlalu fleksibel," katanya dalam satu sidang akhbar semalam.
Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Khalid turut menggesa menteri besar Selangor menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk melakukan tugas
memperbaiki jalan-jalan di bawah seliaan Selangor.
Syarikat berkenaan, kata Khalid, kemudiannya boleh menuntut bayaran dari pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lambat bertindak dan bertindak secara kurang memuaskan dalam kerja-kerja itu.
"Saya harap pejabat MB beri pertimbangan sewajarnya. Dalam saat-saat hampir pilihan raya ini kita lihat ada unsur-unsur sabotaj.
"Dalam hal ini, kerajaan negeri perlu bertindak dengan penuh kefahaman politik," katanya.
Sementara itu, Khalid turut menayangkan klip video yang didakwa memaparkan akibat proses penyumberluaran yang dilakukan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Video itu yang menunjukkan sebuah kereta pemunggah bagasi melanggar kipas sayap kapal terbang MAS. Kereta itu didakwa dipandu seorang pekerja asing syarikat yang mengambil khidmat memunggah bagasi dari MAS.
Menurut Khalid, video itu dihantar individu tidak dikenali ke pusat khidmat beliau.
'Kenyataan SPRM tak cukup membersihkan nama Cecil'
Kenyataan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa peguam kanan Tan
Sri Cecil Abraham tidak terbabit menutup siasatan terhadap penyiasat
persendirian P Balasubramaniam, tidak mencukupi untuk membersihkan
beliau daripada dakwaan dikaitkan dengan penyediaan akuan bersumpah (SD)
kedua Bala.Kenyataan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil semalam menunjukkan suruhanjaya itu "lebih kepada untuk mempertahankan keputusan (menutup siasatan)" berbanding menyiasat sebarang kesalahan, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.
"Kenapa SPRM begitu cepat mengeluarkan penafian khususnya bila Cecil menganggotai panel itu. Ia tidak cukup dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau (Cecil) tidak terlibat.
"(Ia) tidak bermakna keseluruhan isu pemalsuan SD tidak wujud. Ini telah disokong oleh sekurang-kurangnya dua individu," kata Tian Chua yang merujuk kepada Bala dan ahli peniagaan permaidani Deepak Jaikishan.
Sebaliknya Tian berkata SPRM dan polis perlu membuka semula siasatan terhadap kemungkinan kesalahan termasuk "membuat akuan bersumpah palsu, beri keterangan palsu, penculikan, peras ugut, rasuah, amalan korup, pembunuhan dan cubaan menutup kesalahan itu".
Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata ini termasuk Seksyen 107 dan 120A Kanun Keseksaan dan Seksyen 191 Akta Akuan Bersumpah 1960.
Malaysiakini telah menghubungi Cecil melalui fax, emel, surat serahan tangan dan sedang menunggu penjelasannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan