Jumaat, 7 Disember 2012

WARAK ADALAH SIFAT YANG MULIA


Warak bekalan jihad

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
am@hmetro.com.my
BERANI MATI....anggota Komando Qassam.
BERANI MATI....anggota Komando Qassam.
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.

Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.

Tidak raih simpati

GAZA: Kesempitan hidup dan terdesak mengisi perut menyebabkan ramai kanak-kanak Gaza terpaksa mencari rezeki dengan bekerja mengutip sisa batu di tapak runtuhan, mengumpul barangan kitar semula serta menjual rokok di persimpangan jalan di bandar ini.
Mereka ini yang kebanyakannya anak-anak yatim bertungkus-lumus saban hari untuk mendapatkan upah $2 Sheqa (mata wang Israel) bersamaan RM3 sehari.

Situasi menyedihkan itu dirakam wartawan ketika melihat sekumpulan empat kanak-kanak memindahkan ketulan batu dari tapak runtuhan sebuah kilang memproses makanan di bandar ini.
Seorang daripada kanak-kanak itu, Huzaima Gus, 11, berkata, dia berkerja membersihkan tapak runtuhan kilang itu bersama tiga rakan.

Menurutnya, kilang makanan itu runtuh dibedil roket tentera Israel baru-baru ini hingga hancur menyebabkan bongkahan batu berselerakan dan menutupi jalan.

Macam Hiroshima

GAZA: Tidak salah jika dikatakan, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu mahu menjadikan nasib Semenanjung Gaza sama seperti Hiroshima di Jepun.
Sepanjang serangan lapan hari bermula 14 November lalu, ratusan tan bahan letupan dan roket dijatuhkan ke bumi Gaza oleh jet pejuang tentera Israel.

Kemusnahan yang berlaku ditaksirkan melebihi AS$1 bilion (RM3.1 bilion) membabitkan kediaman, kemudahan awam termasuk bangunan serta pejabat kerajaan di Gaza yang menjadi sasaran utama Yahudi.
Daripada 1,399 mangsa yang disahkan parah akibat serangan itu, 719 adalah kanak-kanak dan wanita.

Seorang petugas media warga Gaza yang ditemui wartawan, Ashraf Qud berkata, serangan Israel kali ini amat sistematik dan bukan membabi buta.

Menurutnya, tentera Israel seolah-olah sudah mengenal pasti sasaran dan mahu memastikan Tebing Gaza menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ seperti nasib bandar Hiroshima yang dimusnahkan dengan bom atom.
Ini terbukti apabila Gilad Sharon iaitu anak bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dalam kenyataannya di dalam akhbar Jerusalem Post pada 20 November lalu meminta kerajaan Tel Aviv supaya memusnahkan Gaza sama seperti Amerika Syarikat menghancurkan kota Hiroshima pada 1945.

Warak dan Zuhud


Warak dan zuhud adalah dua sifat terpuji yang sering menjadi sebutan. Apakah hakikat sebenarnya sifat tersebut.

Ulamak cuba mengemukakan pelbagai takrif untuk menjelaskan maksud keduanya.

Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh Ibn Rusyd (wafat pada tahun 420 hijriah). Katanya:

“Warak ialah menjauhi perkara-perkara yang haram dan yang syubhah”

Menjauhi perkara yang haram adalah wajib. Manakala menjauhi perkara syubhah adalah sunat.

Berdasarkan takrif warak yang diberikan oleh Ibn Rusyd di atas, seseorang itu tidak boleh dikatakan warak kalau tidak meninggalkan perkara yang syubhah di samping meninggalkan perkara yang haram.

Beliau juga mentakrifkan zuhud dengan katanya:

“Zuhud ialah sifat yang menggerakkan seseorang meninggalkan perkara yang haram dan yang syubhah, mengelakkan diri dari bersedap-sedap dengan syahwah yang harus (contoh: makanan, perhiasan, seks dll secara berlebihan). Maka setiap orang yang zuhud itu warak, dan bukan setiap orang yang warak itu zuhud. Warak lebih umum daripada zuhud.”

Zuhud adalah sunat dan sangat digalakkan. Ia dinilai berdasarkan niat seseorang. Tiada siapapun yang mengetahui kadar zuhud yang berada di dalam hati seseorang melainkan Allah Yang Mengetahui segala-galanya. Boleh jadi orang yang memiliki harta yang banyak lebih zuhud daripada orang yang memiliki harta yang sedikit atau yang tidak memiliki harta langsung.

Di kalangan salaf as-soleh, antara yang terkenal dengan sifat warak dan zuhud ialah Basyar al-Hafi (wafat pada tahun 227 hijriah bersamaan 841 masihi).

Pada suatu hari, seorang perempuan datang meminta fatwa daripada Imam Ahmad bin Hanbal. Perempuan itu berkata: “Wahai Imam, jiran saya terdiri daripada orang-orang yang rosak akhlak mereka. Kelakuan mereka, makanan mereka, kehidupan mereka penuh dengan kerosakan. Waktu malam, mereka memasang lampu yang terang sehingga cahayanya melimpah ke halaman rumah kami. Saya selalu duduk di halaman rumah, menenun baju daripada bulu diterangi cahaya lampu dari rumah mereka. Adakah itu halal bagi saya atau haram?”

Imam Ahmad begitu kagum dengan soalan perempuan itu. Beliau bertanya: “Dari rumah manakah kamu wahai perempuan?”

Perempuan itu menjawab: “Saya adalah adik kepada Basyar al-Hafi”

“Benarkah kamu adik kepada Basyar al-Hafi?” Soal Imam Ahmad untuk mendapatkan kepastian.

“Benar. Saya adalah adik kepada Basyar al-Hafi” Tegas perempuan itu.

Lantas Imam Ahmad berkata: “Daripada rumahmu keluarnya warak. Janganlah kamu menjahit di situ supaya cahaya terus kekal keluar daripada rumahmu, keluarga Basyar”.

Itu kisah adik Basyar. Bagaimana pula kisah Basyar?

Pada suatu hari Basyar membeli sepasang kasut baru. Dia memakainya ke masjid. Tiba di masjid, dia membuka kasutnya dan diletakkan di pintu masuk masjid. Dia masuk ke dalam masjid dan bersolat sebagai imam.

Ketika keluar dari masjid, didapati kasutnya telah hilang. Lalu dia menangis. Para makmumnya berkata: “Wahai Imam. Tak sepatutnya orang seperti tuan menangis kerana kehilangan sepasang kasut. Kami akan belikan untuk tuan sepasang kasut lain sebagai ganti”.

Basyar menjawab: “Demi Allah! Aku menangis bukan kerana kasutku hilang. Tetapi aku menangis kerana aku menjadi sebab seorang umat Islam melakukan maksiat. Kalaulah tidak kerana kasut baruku itu, tentulah dia tidak mencuri, tentulah dia tidak melakukan maksiat dan dosa!”

Mulai saat itu dia bersumpah tidak akan memakai kasut selama-lamanya. Dan benar-benar dia tidak lagi memakai kasut sepanjang hayatnya selepas itu sehingga dia mendapat gelaran Basyar al-Hafi. Al-Hafi bermakna orang yang tidak berkasut atau orang yang berkaki ayam.



Bersikap penuh hati-hati, dan menjauhi sifat meremehkan dalam setiap tindakan disebut “warak”. Dengan singkat Imam Qusyairi mendefinisikan warak dengan “meninggalkan hal-hal yang masih syubhat”, apalagi yang jelas haramnya. Dalam budaya kiai, warak adalah sifat yang paling menonjol yang harus dimilikinya. Apalagi kiai yang sedang memegang jabatan-jabatan legislatif maupun eksekutif dan yudikatif. Kakak sepupu saya yang dikenal sebagai kiai dan sekarang menjabat ketua DPRD suatu hari datang bersilaturrahim pada pamannya dengan mengendarai mobil dinas DPRD. Begitu duduk sang paman langsung menyapanya dengan sebuah pertanyaan, “Sejak kapan kamu membuang sifat warakmu? ldimana kamu taruk kekiaianmu? apakah memang halal mobil dinas dipakai untuk keperluan pribadi ?” Sejak itu kakak saya tak suka lagi menggunakannya kecuali untuk keperluan dinas.

Menurut Imam Ghazali sifat warak itu bertingkat empat. Tingkatan paling rendah adalah meninggalkan barang, niat dan tindakan yang jelas haram. Warak semacam ini dimiliki oleh “ahlul ‘adli” (orang adil). Tingkatan kedua, meninggalkan barang yang belum jelas halal dan haramnya alias syubhat. Warak semacam ini dimiliki oleh orang-orang shaleh. Tingkatan ketiga, meninggalkan sesuatu yang boleh hanya karena takut ada sesuatu yang tak boleh pada sesuatu yang boleh itu. Warak semacam ini dimiliki oleh orang-orang yang taqwa. Tentang tingkatan yang ketiga ini Umar bin khathab berkata, “Kami meninggalkan 90 % dari barang-barang halal hanya karena kami takut terjebak ke dalam sesuatu yang haram”. Berarti hanya 10 % dari barang halal yang diambilnya. Dan tingkatan tertinggi adalah meninggalkan semua yang bebas dari kealpaan. Tingkatan terakhir dan paling tinggi ini dimiliki oleh “ashiddiqien”, yaitu orang-orang yang membenarkan agama tanpa reserve, seperti ke-Islaman Abu Bakar Ashidieq yang selalu berkata, “Oh kalau itu dari Rasulullah, sudah pasti benar”.

Sekedar ilustrasi, barangkali bisa menyentuh nurani kita untuk segera berlatih memiliki sifat warak, ada sebuah kisah sejarah yang sangat menarik. Suatu hari saudara perempuan Basyar al-Khafie berkunjung ke Imam Ahmad, seorang Imam madzhab yang madzhabnya tidak saja diakui oleh NU dalam AD/ARTnya, tetapi diakui pula oleh sebagian kaum muslimin lainnya di dunia. Ia bertanya, “Kami sedang menenun di halaman. Tiba-tiba obor-obor Ath-Thahiriyah lewat di depan halaman kami. Sinar obor itu sampai di halaman kami. Apakah boleh kami tetap menenun di bawah sinar obor itu ?” Imam Ahmad menjawab, “ Siapa kamu ? Semuga Allah mengampunimu.” Ia menjawab, “Saya saudara perempuan Basyar al-Khafie.” Imam Ahmad lalu menangis tersedu-sedu dan berkata, “ Kalau di antara kamu masih memiliki sifat warak yang benar, maka tak akan menenun di bawah sinar obor-obor itu.”

Tentang keutamaan warak, Allah berfirman kepada Nabi Musa as., “Orang-orang yang selalu berusaha untuk mendekati-Ku tak akan pernah bisa mendekati-Ku sebaik yang dilakukan oleh orang warak dan zuhud.”Abu Hurairah, perawi hadits yang sangat populer dan alim berkata, “ Besok di akhirat tamu-tamu Allah adalah orang-orang warak dan zuhud.” Seorang putra dari Ali bin Abu Thalib sedang bernasehat di depan Ka’bah. Hasan Al-Bashrie menanyainya, “Apa dasar agama?”Ia menjawab,”Warak.” Lalu bertanya lagi,”Apa bencana agama ?”Ia menjawab, “Tamak.” Hasan al-Bashri sebagai seorang yang dikenal sebagai tokoh Ahlus Sunnah wal Jamaah, kaget mendengar jawaban itu dan berkata, “Seberat satu biji atom dari warak yang benar lebih baik dari seribu puasa dan shalat”

Warak memang bukan monopoli kiai, tetapi sangat riskan sekali bila tak dimiliki oleh kiai. Lebih riskan bila tak dimiliki oleh kaiai yang menjabat jabatan-jabatan politik.. Dan lebih sangat riskan lagi bila sifat itu tak mewarnai keputusan-keputusan politik mereka. Sekedar sebagai renungan, sebaiknya kita melakukan instrospeksi, “Kita sendiri sekarang berada di tingkat warak yang ke berapa ? Dan bagaimana dengan pemimpin-pemimpin kita sendiri? Lalu apa yang harus kita lakukan bila ternyata berada di tingkat nol alias jauh dari warak ?”




Keanehan Orang Warak - Menyingkap Sifat Warak, Subahat Dan Kisah-Kisah Lucu Mengenainya

Buku ini menyingkap kisah orang warak yang boleh mencuit hati dan mengukir sedikit senyum pembaca atau pendengarnya kerana dirasa aneh atau melucukan. Ini disebabkan orang warak itu terutama yang berada di peringkat wara'ul muttaqin dan wara'us siddiqin sangat ketat dalam membentengi diri mereka daripada perkara subahat yang halus-halus. Kisah-kisah orang warak yang kelihatan aneh atau lucu tetapi dapat dijadikan teladan untuk generasi sepanjang zaman. Malah ia tetap segar untuk dijadikan selingan oleh para penulis, guru, penceramah dan pendakwah.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB SATU
WARAK DAN SUBAHAT
  • Pengertian Warak
  • Tingkat-Tingkat Warak
  • Pengertian Subahat
  • Jenis-Jenis Subahat
  • Peringatan Tentang Warak
  • Kata-Kata Hikmah Tentang Warak
BAB DUA
KISAH ANEH ORANG WARAK
  1. Guru Tidak Pandai Meludah, Calon Murid Lari
  2. Tidak Mahu Berguru Kepada Yang Menipu Binatang
  3. Akibat "Mahu Makan" Pemberian Syaitan, Kena Pulau
  4. Sanggup Berlapar Kerana Pinggan "Tak Bersih"
  5. Penjaga Kebun Delima Tidak Mahu Rasa Delima
  6. Menunjuk-Nunjuk Cubaan Allah?
  7. Ibu Tidak Tahu Padang Ragut Kambing, Anak Tak Jadi Minum Susu
  8. Yang Disewa Rumahnya, Bukan Debu-Debunya
  9. Terjual Barang Cacat, Seluruh Hasil Jualan Disedekahkan
  10. Takut Pada Bau Wangi 1
  11. Takut Pada Bau Wangi 2
  12. Rahsia Lengan Baju Besar Sebelah
  13. Mengembalikan Hadiah Setelah Mati
  14. Sepanjang Jalan Yang Nampak Hanya Ibu Jari Saja
  15. Kuda Bekerja Lebih Masa, Dapat Ganti Rugi
  16. Minta Subang Berlian, Dapat Bara Api
  17. Kerana Sudah Tidak Berduit, Saku Dibuang
  18. Anak Raja Menjadi Buruh Kasar
  19. Salah Guna Selawat, Kedai Ditutup
  20. Berpantang Makan Kambing Seumur Kambing
  21. Berpantang Makan Ikan Seumur Ikan
  22. Tak Mahu Tumpang Walau Hanya Bayang-Bayang
  23. Tidak Mahu Marah Peribadi Di Premis Awam
  24. Penjual Hendak Murah, Pembeli Pula Hendak Mahal
  25. Bagi Nabi Hadiah, Bagiku Jadi Rasuah
  26. Radar Makan Subahat
  27. Cara Agar Tidak Rakus Dalam Kenduri
  28. Kisah Jubah Seorang Ketua Negara Bertubuh Besar
  29. Ketua Negara Takut Mengambil Gaji
  30. Padah Makan Siang Hari Di Kawasan Puasa
  31. Melepaskan Batuk Di Tangga
  32. Ketua Negara Mengejar Anak Unta
  33. Tolak Sedekah Kerana Menyangka Akan Mati
  34. Takut Salah Guna Cahaya Lampu
  35. Tuan Rumah Mati, Lampu Terus Dipadamkan Serta Merta
  36. Menyumbat Telinga Ketika Mendengar Bunyi Kompang
  37. Minta Mati Apabila Persediaan Makanannya Habis
  38. Menangis Sebelum Makan
  39. Orang Soleh Yang Tidak Boleh Jadi Saksi
  40. Menjolok Tekak Si Bayi
  41. Padah Memberi Hadiah Kepada Penguasa Warak
  42. Tidak Mahu Tumpang Cahaya Lampu
  43. Penguasa Jangan Pentingkan Perut Sendiri
  44. Habuk Timbangan Ganggu Sakaratulmaut
  45. Tidak Mahu Terima Sagu Hati Ceramah
  46. Hidangan Haram Untuk Tuan Rumah
  47. Mengeluarkan Susu Dari Dalam Perut
  48. Kembalikan Saja Wangmu Ke Tempat Asal
  49. Tidak Sempat Makan Hadiah, Sudah Kena Marah
  50. Haidmu Bukan Di Tangan
  51. Aku Tidak Menyusu Kepada Orang Lelaki
  52. Malu Kepada Ahli Kubur
  53. Tidak Mahu Menolong Kerana Takut Berdosa
Harga = RM6.00
Mukasurat = 69
Penyusun = Ahmad Muhammad (Ibnu Shafa)
Penerbit = Pustaka Syuhada

Senang menjadi alim, namun susah menjadi warak dan tawaduk

DICERITAKAN kepada saya daripada seorang ustaz yang bekerja di DBP pada suatu malam di restoren makanan Arab di Setiawangsa, bersama kami juga seorang ustaz muda merangkap tokoh sasterawan yang sedang melanjutkan PhD beliau di UPM.
Saya melantunkan buah fikir, “Sekarang ini ramai orang yang alim, mahu masuk universiti pun senang. Ada duit sahaja, semua boleh masuk.”
Kedua mereka mengangguk.
Ustaz yang bekerja di DBP kemudian berkata, “Benar, ramai yang dapat berceramah namun sangat sedikit yang mereka sendiri dapat amalkan daripada isi ceramahnya itu.”
“Itulah cabaran buat diri kita juga,” saya mencelah.
Ustaz yang sedang menyambung PhD banyak diam, sekadar memerhati.
Hanya kemudian dia memberikan komentarnya, “Sebab itulah saya menulis, kerana saya bukan jenis yang pandai bercakap. Dengan menulis idea yang mahu disampaikan akan menjadi lebih halus dan indah.”
Saya dan Ustaz DBP pula mengangguk.
Saya kemudian teringat kepada seseorang, “Kanda berdua, dalam ramai-ramai ilmuwan, tokoh akademik, ulama, pendakwah dan penceramah yang saya kagumi kerana sifat warak dan tawaduknya sehingga hari ini antaranya adalah Dr Zulkifli Al-Bakri.”
“Benar, beliau juga banyak menulis. Dengar khabar beliau berhenti menjadi pensyarah dengan alasan mahu membaca dan menulis semata-mata. Bayangkan, dia sanggup tinggalkan jawatan pensyarah dengan gaji beribu-ribu kerana sebab tersebut,” celah Ustaz PhD.
“Subhana-Allah….”
Saya kemudian berkongsi kepada mereka, “Dulu, masa saya masih bertugas di Masjid Usamah bin Zaid. Imam muda masjid pernah berkongsi cerita saat beliau hadir ke rumah Dr Zul. Kata beliau, masuk sahaja ke ruang tamu rumah Dr Zul, dinding sekeliling dilindungi rak yang berisi kitab-kitab tanpa ada sedikit ruang kosong pun. Kemudian kami diajak makan di bahagian meja makan, pun keadaan yang sama terlihat. Oleh kerana sudah malam, kami dipelawa tidur di rumah beliau dan kami dibawa ke bilik tamu rumah tersebut, sekali lagi kami terkejut kerana ternyata ia dipenuhi dengan buku-buku yang sekali pandang semacam batu-bata tersusun kemas. Selain daripada itu, beliau juga menggaji anak-anak murid beliau bagi menjadi penulis beliau secara tetap di rumah.”
“Subhana-Allah….”
Ustaz DBP pula berkongsi cerita beliau kemudiannya, “Pernah kami jemput beliau memberikan ceramah di DBP, sedang beliau berceramah kelihatan semacam beliau dahaga dan sememangnya ada segelas air disediakan di atas podium tersebut. Dia dilihat mencapai air dalam gelas tersebut yang menyuanya ke mulut, hampir sahaja sampai ke mulut dia berhenti secara tiba-tiba. Kami kepelikan dan dia perasan perubahan air wajah kami. Dia kemudian berkata, “Bukan tidak boleh kalau saya mahu minum sambil berdiri, tidak menjadi dosa besar melainkan tidak beradab sahaja. Namun kalau saya minum juga sambil berdiri, saya akan menjadi sangat malu menjadi penceramah kepada tuan puan pada hari ini, izinkan saya minum air ini dahulu ya, terima kasih.” Beliau kemudian membawa gelas air dan duduk atas kerusi yang disediakan kemudian kembali ke podium bagi menyambung ceramah beliau. Subhana-Allah….”
Kami terus berwacana sambil menyantap makanan Arab. Nasi mandi, syawarma dan jus pisang yang menjadi pilihan. Dalam keadaan sedar kami tahu diri sendiri harus mengoreksi dan sentiasa beristighfar kepada Allah atas ujian yang Allah kurniakan.
Koleksi rakaman Dauratu Ta’lim di radio Ikim.Fm bersama Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
1. Syurga 14-05-2010
2. Wehdah 23-07-2010
3. Takwa 30-07-2010
4. Puasa 6-08-2010
5. Qodo’ & Qadar 27-08-2010
6. Rahsia Haji 1-10-2010
7. Aqiqah 29-10-2010
8. Jin 5-11-2010
9. Azab & Seksa Kubur 12-11-2010
10.Penceraian & Penyelesaiannya 19-11-2010
11.Pemerdagangan Manusia 26-11-2010
12.Pembinaan Daulah Islamiyyah 3-12-2010
13.Masjid & Peranannya 17-12-2010
14.Ummah Wasatiyyah 24-12-2010
15.Muhasabah 31-12-2010
16.Hakikat Ilmu&Kehidupan 7-1-2011
17.Salah Faham Terhadap Tasawwuf 14-01-2011
Nota: Mohon rujuk di laman Daratu Ta’lim di sini http://www.ikimfm.my/.

Tiada ulasan: