Siap siaga hadapi provokasi melampau musuh
Harakahdaily, | 07 Dis 2012 |
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata ternyata apa yang berlaku di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak beberapa hari lepas di mana ada penonton yang cedera ditikam dan dibaling objek menunjukkan ada pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.
Katanya, DPPM menganggap ada pihak cuba untuk menggagalkan program penerangan seperti ceramah yang dianjurkan oleh PR kerana sifat dengki dan hasad ekoran ceramah anjuran PR kerap mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat.
“Ia juga dibuat dengan harapan supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat mengenai isu-isu semasa.
“Bagi mereka semakin rakyat tidak mengetahui isu semasa dengan betul, semakin menguntungkan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPM juga merasakan pihak tertentu juga mahu mencetuskan suasana tidak sihat dengan menimbulkan api permusuhan melalui provokasi dan pergaduhan dengan harapan rakyat akan takut untuk hadir dalam program Pakatan Rakyat.
Menurutnya, PR pula akan dituding sebagai pesalah kerana cuba menimbulkan pergaduhan dan suasana tegang.
Justeru, ujarnya DPPM meminta jentera semua pihak, khususnya Jabatan Amal untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.
“Sebarang tindakan provokasi dan melampau tidak perlu dilayan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya,” ujarnya.
Beliau menegaskan, petugas hanya perlu memberi reaksi untuk mempertahankan diri sekiranya mereka diserang sahaja.
Bagi DPPM, kata beliau lagi sebagai pendakwah, petugas PAS di seluruh negara sudah ditarbiyah menghadapi suasana genting seperti ini.
Katanya, DPPM menganggap semua mehnah tersebut adalah suatu jihad bagi menyampaikan dakwah kepada rakyat tentang Islam.
Riduan berkata, DPPM yakin, usaha dakwah yang murni ini akan menghadapi tentangan yang hebat dari musuh Islam kerana sunnah Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan jalan yang sama.
“Akhirnya, DPPM mendoakan kepada pihak terbabit agar mereka diberikan hidayah untuk bertaubat dan kembali ke landasan Islam yang sebenar.
“Mudah-mudahan mereka insaf dan sedar bahawa tindakan mereka merupakan suatu dosa terhadap rakyat yang tidak bersalah, dan tindakan mereka sebenarnya menandakan kemenangan Islam sudah semakin hampir, Insya Allah,” ujarnya
Keselamatan: Jangan pertaruh masa depan Usia
Harakahdaily, | 07 Dis 2012 |
“Pihak Pemuda PAS Sabah pada asasnya merasa bimbang berhubung tentang isu ibu pejabat Usia yang kini berada berdekatan Hypermall 1Borneo terutama berkaitan soal keselamatan,” kata Ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan ini merasa terpanggil untuk menyuarakan kebimbangan rakyat negeri ini terutamanya di kalangan mereka yang beragama Islam yang semakin gusar melihat beberapa isu yang menyelubungi sebuah pertubuhan yang cukup dihormati oleh umat Islam di negeri ini.
Harapan Pemuda PAS adalah supaya pihak Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (AMT Usia) tampil membuat penjelasan tentang perkara-perkara yang akan dibangkitkan ini bagi meredakan kebimbangan rakyat.
Usia yang merupakan sebuah badan agama Islam ditubuhkan sejak tahun 1969 itu sering diimpikan kebanyakan ahli-ahlinya supaya menjadi pelindung untuk memayungi umat Islam di Sabah.
Pihak Pemuda PAS Sabah pada asasnya merasa bimbang berhubung tentang isu Ibu Pejabat Usia yang kini berada berdekatan Hypermall 1Borneo terutama berkaitan soal keselamatan. Pembangunan Hypermall 1Borneo yang dimajukan secara usahasama diantara Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd dan Sagajuta (Sabah) Sdn. Bhd., dengan seluas 4.8 juta kaki persegi merupakan yang terbesar di Sabah yang dibina di atas tanah milik Usia seluas 23.3 ekar di Lebuhraya Sulaman, bersebelahan dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Tinjauan singkat Pemuda PAS Sabah mendapati bahawa stesen penjana kuasa elektrik bagi kegunaan 1Borneo telah ditempatkan di dalam bangunan yang sama dengan Ibu Pejabat Usia. Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa, bangunan tersebut adalah milik Usia sepenuhnya, maka adalah menimbulkan persoalan; adakah tindakan penempatan stesen penjana kuasa elektrik tersebut telah mendapat persetujuan AMT Usia atau tidak.
Pemuda PAS Sabah juga merasa bimbang; adakah dengan kedudukan stesen tersebut tidak akan menimbul sebarang implikasi keselamatan dan kesihatan terhadap kakitangan Usia yang setiap hari berkemungkinan mendapat mudarat daripada perkara tersebut dan adakah para AMT USIA turut diletakkan dalam risiko yang sama kerana mereka kerap berurusan di bangunan tersebut sedangkan mereka itu terdiri daripada tokoh-tokoh penting masyarakat. Justeru itu, timbul persoalan adakah penempatan stesen penjana kuasa elektrik tersebut telah ditapis perihal keselamatannya oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan lain lain agensi kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan?
Persoalan-persoalan lain juga turut dibangkitkan oleh rakyat berkaitan isu ini adalah:
- 1. Adakah stuktur bangunan tersebut mampu menanggung impak haba yang dihasilkan oleh stesen penjana elektrik tersebut?
- 2. Adakah ada satu pelan atau langkah keselamatan yang kukuh telah diambil sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di stesen penjana elektrik tersebut seperti kebakaran?
Pada pemerhatian kasar kami, tidak kelihatan ruang disediakan di lot meletak kenderaan untuk diakses oleh Jentera Bomba dan Penyelamat Malaysia sekiranya berlaku kebakaran ataupun kejadian tidak diinigini berlaku di Pejabat Usia kerana semua tempat meletak kenderaan sentiasa penuh hampir setiap hari.
Kesemua ini membawa kepada persoalan yang besar iaitu:
- 1. Adakah bangunan tersebut selamat untuk digunakan?
- 2. Adakah satu sijil atau perakuan selamat untuk diduduki telah dikeluarkan oleh agensi yang bertanggungjawab?
- 3. Sekiranya ada, adakah semua persoalan yang diungkapkan di atas telah diambil kira sepenuhnya atau setakat ala kadar sahaja pemeriksaan kelulusannya?
Akhirnya Pemuda PAS Sabah juga berkongsi kebimbangan besar ibu bapa dan keluarga kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ditempatkan di bangunan tersebut sebagai kolej kediaman.
Satu keraguan timbul, adakah pihak pengurusan UMS telah mengambil kira dengan cermat segala risiko apabila mereka memilih untuk memilih bangunan tersebut atau mereka sekadar mencari penyelesaian mudah kepada masalah penempatan mereka dengan menggadaikan soal keselamatan anak didik mereka?
Pemuda PAS Sabah mengingatkan bahawa yang dipertaruhkan dalam isu ini adalah nyawa insan yang menjadi tenaga kerja Usia dan juga individu-individu penting yang menjadi AMT Usia, bahkan usah dipandang enteng pula tentang nyawa mahasiswa yang menjadi harapan keluarga dan tonggak negeri ini pada masa depan. Adalah amat tidak wajar sekiranya Usia dan semua pihak yang terlibat membisu dalam isu ini.
Justeru, Pemuda PAS Sabah menuntut segala keraguan yang dibangkitkan ini perlulah dijawab dengan kadar yang segera.
Guan Eng saman Utusan, Ketua Pemuda Umno
Harakahdaily, | 07 Dis 2012 |
Pegawai Khas Undang-undangnya, Andrew Yong berkata, Guang Eng akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman malu terhadap akhbar milik Umno itu.
Shaik Hussein dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, “Guan Eng perlu faham rasuah juga merangkumi skop penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah seperti banglo mewah yang disewanya daripada seorang pengarah berkepentingan dalam KLIDC belum terjawab,”
Shaik Hussein sebelum ini juga memfitnah Guan Eng menerima rasuah dari Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC)
“Rumah yang disewa oleh Ketua Menteri tidak dimiliki oleh pengarah ataupun pemegang saham KLIDC.
“Tuan punya rumah sewa Ketua Menteri tidak pernah membuat pembidaan pun ke atas tanah yang dimenangi oleh KLIDC secara tender terbuka, baik secara individu peribadi mahupun menerusi mana-mana syarikat sebagai pemegang saham atau ahli lembaga pengarah.
“Fitnah jahat Shaik dan Utusan Malaysia semata-mata suatu rekaan kosong demi mencapai niat jahat politik menjelang pilihanraya besar yang akan datang,” kata Yong.
Yong juga berkata, saman malu yang akan difailkan terhadap Shaik Hussein dan Utusan Malaysia untuk menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada desakan pertubuhan rasis Umno, dan tidak takut akan Umno dan Utusan.
“Cara yang paling baik untuk menentang fitnah pemimpin Umno yang cakap tak serupa bikin adalah dalam mahkamah supaya bukti dapat diberikan secara hitam putih tanpa sebarang keraguan,” katanya.
Utusan Malaysia sudah dua kali disaman oleh Guan Eng kerana menyebarkan fitnah terhadap beliau. Kedua-dua keputusan mahkamah berpihak kepada Guan Eng yang juga Setiausah Agung DAP.
"Namun, Utusan terus menabur fitnah terhadap Guan Eng, DAP dan para pemimpin Pakatan Rakyat, menimbulkan persoalan siapa yang mendalangi Utusan sehingga berani memfitnah dan berbohong serta melacurkan amalan kewartawanan di Malaysia," katanya.
Sapu tanah: MCA dapat tanah murah di Kajang?
Harakahdaily, | 07 Dis 2012 |
Beliau mendedahkan bahawa tanah seluas 6,900 kaki persegi yang terletak di kawasan komersil di tengah bandar Kajang ‘dibeli’ MCA Hulu Langat pada Januari 2001 juga dengan harga RM1 sekaki persegi.
“Lebih memeranjatkan apabila tanah itu kini diambil pula oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek MRT dengan bayaran pampasan kepada MCA dengan satu jumlah yang tidak diketahui,” katanya pada sidang media, hari ini, lapor Roketkini.
Menurut Nie Ching, tapak itu kini sedang dibina bangunan pejabat MCA Hulu Langat (kanan) dan bukan untuk dibina tadika atau dewan orang ramai seperti yang didakwa.
Nie Ching juga menuntut MCA melalui pimpinannya termasuk Presidennya, Chua Soi Lek, Donald Lim dan terutamanya Chua Tee Yong untuk menjelaskan kepada umum bagaimana MCA dapat memiliki lot tanah itu pada harga yang terlalu murah dan berapa pula pampasan yang dibayar Kerajaan Persekutuan kepada mereka.
Menurut Nie Ching, pampasan yang perlu dibayar untuk pengambilan balik tanah oleh kerajaan harus mengikut harga pasaran semasa.
“Sewaktu tanah itu dibeli MCA, mereka sekadar membayar RM1 sekaki persegi.
“Pampasan yang mereka dapat daripada Kerajaan Persekutuan adalah keuntungan yang mereka perolehi,” katanya.
Ditanya mengenai pampasan yang mungkin diberi kepada MCA, beliau memberi perbandingan Bangunan Dewan Perbandaran MPKj yang terletak berhadapan tapak milik MCA itu memohon RM16 juta sebagai pampasan lantaran projek MRT berkenaan.
Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan sebanyak 24 keping tanah di Selangor didakwa dijual murah kepada parti komponen BN semasa parti itu mentadbir negeri.
Beliau mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pada harga RM1 kakipersegi atau lebih RM1.4 juta kepada parti komponen BN antara 1999 hingga 2008, walaupun harga pasarannya sekurang-kurangnya RM20 juta hingga RM300 juta.
Daripada 24 bidang tanah yang didedahkan dibeli pada harga murah oleh parti komponen BN Selangor, lima daripadanya didaftarkan milik MCA.
Lebih banyak keganasan menjelang parlimen dibubar
Abdul Aziz Mustafa, | 07 Dis 2012 |
Malah, katanya, serangan terhadap ceramah PR di Gombak Selasa lalu dengan sendirinya menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kemarahan Umno terhadap parti lawan "tidak sampai tahap nak tembak bunuh".
Mohamad juga melihat kejadian tersebut sebagai notis keganasan Umno yang kelihatan tidak sabar-sabar lagi mahu mencetuskan ulangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
"Bila (bekas Ketua Polis Negara Tan Sri) Musa Hassan tegur sikap polis yang tidak halang pihak yang mengganggu ceramah PR di Gombak dan membiarkan pertumpahan darah berlaku, rakyat serta merta melihat polis bersubahat dalam kejadian itu," katanya.
Musa berkata, polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal kewujudan sebarang unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang pihak yang mengganggu ceramah terbabit.
“Polis patut halang pihak lain mengganggu ceramah dan jangan biarkan pertumpahan darah berlaku," katanya.
Mohamad juga menjangkakan lebih banyak keganasan akan dilakukan oleh Umno menjelang tarikh Parlimen sepatutnya dibubarkan dan pilihan raya diadakan.
"Bila tarikh pilihan raya tidak berani diisytiharkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), ia membuktikan mereka takut menghadapi pilihan raya.
"Sukar ditolak kemungkinan mereka mahu menggunakan peristiwa berdarah seperti peristiwa 13 Mei untuk mengekalkan kuasa.
"Sebab itulah saya melihat serangan ke atas ceramah PR di Gombak itu adalah notis keganasan dari Umno untuk mencetuskan peristiwa 13 Mei yang turut dijangkakan oleh bekas Ketua Polis Negara," kata beliau sambil merujuk kenyataan Musa yang menyatakan tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal.
Hapus desak tol Jambatan Pulau Pinang dihapuskan
Mohd Sabri Said, | 07 Dis 2012 |
Pengerusinya, Zolkifly Md Lazim berkata akan bergerak ke seluruh negeri ini bagi bertemu rakyat agar bersama-sama dengan perjuangan mereka.
"Mulai malam ini Hapus akan diperkenalkan di Yayasan Aman, Penanti dan selepas itu kami akan menjelajah ke setiap inci tanah di Pulau Pinang menerangkan betapa kita sebagai rakyat dipergunakan untuk mengaut keuntungan," terangnya.
Apatah lagi katanya, terdapat maklumat yang mengatakan kadar tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang akan dinaikan dari RM7 ke RM9.40 atau lebih setelah pembinaan Jambatan Kedua siap.
Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan telah lama menginaya rakyat kononya pembayaran tol adalah untuk membiayai kos pembaikan, pembinaan dan sebagainya.
Padahal katanya, ianya tidak lebih dari 'berniaga' dengan menggunakan wang rakyat.
Sebagai pengguna ujarnya, kadar tol jambatan itu merupakan 'perangkap' yang tidak sepatutnya dikenakan atau pilihan sebagaimana jalanraya.
Jika di jalan biasa pengguna jelasnya, boleh memilih menggunakan lebuhraya atau jalan biasa.
Spekulasi bahawa kadar tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang akan dinaikkan bertiup kencang berikutan keengganan Menteri Kerja Raya Datu Seri Shaziman Abu Mansor menjawab soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, di Parlimen.
Soalan itu antara lain mahu penjelasan dari pihak kerajaan terhadap kemungkinan harga tol di jambatan itu akan diselaraskan dengan Jambatan Kedua iaitu pada kadar iaitu RM9.40.
Jarak Jambatan Kedua adalah sepanjang 23.5 km berbanding Jambatan Pertama hanya 13 km.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini mengalu-alukan keputusan kerajaan persekutuan meluluskan RM780 juta untuk kerja menaiktaraf tiga jalan utama yang menghubungi Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung walaupun projek itu lewat dimulakan.
Wakil Amerika, Perancis pernah jumpa PAS Perlis
Bashir Ishak, | 07 Dis 2012 |
KANGAR:
Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) menangkis sangkaan buruk Exco Agama
Islam negeri, Jafperi Othman bahawa terdapat sebuah parti politik di
negeri ini yang menjalinkan hubungan dengan sebuah negara yang menyokong
Israel dalam satu pertemuan yang diadakan Mei lalu.
Menurutnya, PAS Perlis memang pernah mengadakan pertemuan dengan seorang menteri dari Singapura yang datang sendiri ke Kompleks PAS Perlis bersama rombongannya.
Jelasnya lagi, kehadiran pemimpin negara jiran itu adalah di atas permintaan pihak mereka sendiri.
"Menteri tersebut bukan sekadar hadir berjumpa dengan PAS malah turut mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Perlis. Mereka datang untuk berkenalan dengan kami dan pihak PAS sendir dalam perumpaan itu ada mengemukakan beberapa persoalan untuk mengambil pengalaman pentadbiran di Singapura.
"Antara lainnya kita bertanya bagaimana Singapura dapat membanteras rasuah, bagaimana perkembangan Islam di negara itu dan juga tentang sisitem pilihanraya di sana,” jelas beliau ketika mencelah penggulungan oleh Jafperi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis, semalam.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menjelaskan bukan hanya Singapura, malah banyak lagi kedutaan asing yang hadir bertemu PAS Perlis termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Perancis.
Dalam sidang hari ini, perkara tersebut ditimbulkan lagi semasa perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2013 ketika dewan bersidang dalam bentuk jawatankuasa.
Jafperi membangkitkan bahawa beliau risau bila ada pemimpin dari Singapura yang hadir ke negara ini untuk bertemu dengan pemimpin politik dari parti tertentu termasuk di Pulai Pinang.
Ustaz Hashim menjelaskan bahawa tidak salah sekiranya pemimpin sebuah kerajaan yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia untuk datang berjumpa dengan mana-mana pimpinan politik di negara ini.
Mei lalu, PAS Perlis dikunjungi oleh Menteri Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Dr Masagos Zulkifli bersama Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Ong Keng Tong dan Pegawai Kementerian Luar Singapura, Harris Rusdi Chai.
Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan
agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh sebab
perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan
Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dan persaingan adalah
satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi
oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.
Mahu tidak mahu, setiap Muslim terpaksa menghadapi realiti perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang. Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah SAW lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.
Perjuangan Dan Jihad
Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdar) yang berasal dari perkataan "jahada" bererti bersungguh-sungguh dan tekun mengerjakan sesuatu. "Jahada" pula bererti memerah tenaga. Jahada al-'aduww, bererti memerangi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.
Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak berisiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang berbunyi; Daripada Abu Sa'id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW telah bersabda; "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim."
Oleh sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silam lebih merujuk kepada aspek peperangan. Contohnya, ulama Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.
Manakala ulama Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.
Imam Hassan al-Banna pula menyatakan bahawa, "Islam mewajibkan jihad terhadap penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap Muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran."
Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia. Lalu, dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.
Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman daripada musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihan raya, penulisan dan sebagainya.
Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan daripada musuh yang merupakan sebahagian daripada ujian Allah Taala. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.
Akidah Asas Perjuangan
Islam meletakkan akidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan akidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen. Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada akidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid. Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar-besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang diserahkan hanya kepada Allah.
Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia. Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah. Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.
Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan, "Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan daripada dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya pada alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada."
Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahli-Nya dan tergolong dalam golongan-Nya (golongan yang berpartisipasi dengan manhaj al-Quran dan Sunnah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuh-Nya dan orang-orang yang dimurkai-Nya. Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh Para Nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan.
Dalam perkara ini, Allah Taala berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka); Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka, antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat yang mendustakan Rasul-rasulnya."
Peranan utama Para Rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hamba-Nya. Ia terdiri daripada dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan antara satu sama lain iaitu:
• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah Yang Maha Esa.
• Menyeru supaya menjauhi taghut.
Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaati-Nya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.
Matlamat Perjuangan Islam
Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariat-Nya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'ari bahawa sesungguhnya seorang lelaki Badwi datang menemui Baginda Nabi SAW dan bertanya, "Wahai RasulAllah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejaguhannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?"
Rasulullah S.A.W menjawab, "Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah." (Riwayat Muslim)
Allah Taala menuntut agar agama-Nya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah SAW kepada manusia. Firman Allah Taala:
"Dialah (Allah) yang telah mengutus Rasul-Nya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkan-Nya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin." (Surah al-Saff: ayat 9)
Imam Abu A'la Al-Maududi menyatakan, "Sebagaimana halnya dengan din (agama) lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepada-Nya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis."
Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Hal ini dijelaskan dalam konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai, melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:
"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata; Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela.
Firman Allah di dalam Surah at-Taubah, ayat 40:
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya; Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa-apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Anfal: ayat 39)
Perjuangan Tidak Bernoktah
Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua faktor di atas, lalu timbul pula reaksi dalam kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan antara Islam dengan musuh-musuhnya. Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah SAW ialah apabila Baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi daripada kalangan yang hadir berkata, "Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang 'ajam (bukan Arab)."
Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas Para Nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri. Sebagaimana Rasulullah SAW sendiri ditentang bukan kerana peribadi Baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian Baginda SAW.
Rasulullah SAW bersabda (bermaksud), "Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal."
Konsep Kemenangan Islam Yang Hakiki
Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar (haq) atau batil, pejuang itu Muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah Taala menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.
Kemenangan dengan istilah "al-falah" melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan "al-fawz" pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan "al-nasr" pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuh-Nya. "Al fath" pula kejayaan yang diperoleh setelah melalui pelbagai jenis ujian seperti kekalahan, kelemahan, kesedihan dan kesengsaraan.
A. Kemenangan di Dunia
Di dalam al-Quran, golongan yang memperoleh kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.
Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah Taala berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:
"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata."
Ulama sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran daripada al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh)."
Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:
1. Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan.
2. Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
3. Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.
B. Kemenangan Di Akhirat
Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.
Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:
1. Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.
2. Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan.
3. Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir.
4. Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama 'Adn.
C. Kemenangan Adalah Janji Allah
Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap Muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Hal ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadis yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz - wa'ada - bermaksud "telah menjanjikan", iaitu kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.
Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad SAW, bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah Taala sejak zaman Nabi Daud alaihissalam lagi. Firman Allah Taala dalam ayat ke-105 Surah al-Anbiya':
"Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh."
Janji Allah Taala ini disebut pula dalam hadis Rasulullah SAW (maksudnya); Dari Tamim al-Dari katanya; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkan-Nya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran."
Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemuliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.
Hadis ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan Rasul-Nya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah SAW hingga kurun ke-14 Hijrah.
D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah
Persoalan pokok dan perkara penting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideologi dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubung-kait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.
Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang daripada Allah apabila dikehendakiNya. Allah Taala berfirman dalam ayat 160 Surah al-Imran :
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."
Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah Taala mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dia-lah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman sekalipun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.
Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dia-lah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.
Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia (Allah) boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain. Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.
Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 26 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Padamu kekuasaan untuk mengurniakan kebaikan, sesungguhnya Engkaulah yang meliputi segala kekuatan."
Menurutnya, PAS Perlis memang pernah mengadakan pertemuan dengan seorang menteri dari Singapura yang datang sendiri ke Kompleks PAS Perlis bersama rombongannya.
Jelasnya lagi, kehadiran pemimpin negara jiran itu adalah di atas permintaan pihak mereka sendiri.
"Menteri tersebut bukan sekadar hadir berjumpa dengan PAS malah turut mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Perlis. Mereka datang untuk berkenalan dengan kami dan pihak PAS sendir dalam perumpaan itu ada mengemukakan beberapa persoalan untuk mengambil pengalaman pentadbiran di Singapura.
"Antara lainnya kita bertanya bagaimana Singapura dapat membanteras rasuah, bagaimana perkembangan Islam di negara itu dan juga tentang sisitem pilihanraya di sana,” jelas beliau ketika mencelah penggulungan oleh Jafperi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis, semalam.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menjelaskan bukan hanya Singapura, malah banyak lagi kedutaan asing yang hadir bertemu PAS Perlis termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Perancis.
Dalam sidang hari ini, perkara tersebut ditimbulkan lagi semasa perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2013 ketika dewan bersidang dalam bentuk jawatankuasa.
Jafperi membangkitkan bahawa beliau risau bila ada pemimpin dari Singapura yang hadir ke negara ini untuk bertemu dengan pemimpin politik dari parti tertentu termasuk di Pulai Pinang.
Ustaz Hashim menjelaskan bahawa tidak salah sekiranya pemimpin sebuah kerajaan yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia untuk datang berjumpa dengan mana-mana pimpinan politik di negara ini.
Mei lalu, PAS Perlis dikunjungi oleh Menteri Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Dr Masagos Zulkifli bersama Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Ong Keng Tong dan Pegawai Kementerian Luar Singapura, Harris Rusdi Chai.
Memahami perjuangan gerakan Islam
Akademi Tarbiyah DPPM, | 07 Dis 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan