Isnin, 10 Disember 2012

LIHATLAH...BACALAH...KALAU TAK SEDAR TAK TAU LAH


DAP dakwa tanah murah Umno jadi pusat penjaja

Kunjungan DAP ke sekeping tanah yang didakwa diperolehi Umno dengan harga murah hari ini mendapati kawasan merupakan pusat penjaja yang sibuk dan turut menempatkan hostel untuk pekerja warga asing.

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mendakwa pemilikan tanah seluas 5,010.6 kaki persegi di Sungai Way, yang amat strategik bersebelahan Lebuh Raya Persekutuan diberikan kepada Umno Petaling Jaya pada 1981 dengan harga RM1 sekaki persegi.

"Ini adalah sekeping tanah komersil tetapi harga semasa jualannya adalah lebih rendah daripada tanah pertanian," dakwanya ketika bercakap kepada pemberita di lokasi berkenaan.

Katanya, beliau tidak pasti harga pasaran semasa tanah itu namun tanah di kawasan sekitarnya sekurang-kurangnya bernilai RM100 sekaki persegi.
Lau juga mengesyaki Umno mendapat keuntungan daripada sewaan tapak kepada penjaja dan juga hostel berkenaan."Umno membenarkan orang berniaga di situ dan mengenakan sewa. Keuntungan ini bukan untuk kerajaan tetapi untuk parti.
"Umno boleh mendapatkan tanah, tapi ia sepatutnya dijalankan dengan sesiau dan mengikut harga pasaran. Mereka tidak sepatutnya mengkayakan diri mereka melalui aset kerajaan," katanya.
Lau menekankan bahawa beliau tiada masalah jika penjaja berniaga di situ tetapi tidak adil jika Umno mendapatkan tanah dengan harga yang sangat murah dan kemudiannya mendapat untuk dengan menyewakan premis..
"Sebagai parti politik yang bertanggungjawab, mereka perlu membayar pampasan kepada kerajaan atau memulangkan tanah berkenaan," katanya.
DAP: Kenapa Chua Jr diam isu tanah murah BN?

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San menyelar ketua biro profesional MCA Chua Tee Yong yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi BN di Selangor.

"Apabila Chua menyerang kita dengan soal tanah Talam (Corporation), kami memberi jawapan kepadanya.

"Tapi sekarang dia berdiam diri dan melarikan diri daripada isu tanah BN," katanya kepada pemberita selepas melawat sekeping tanah di Sungai Way yang didakwa diperolehi Umno Petaling Jaya dengan harga murah.

Tanah komersil seluas 5010.6 kaki persegi itu, yang kini menempatkan pusat penjaja, merupakan salah satu daripada 24 keping tanah yang didakwa diperolehi BN dengan harga RM1 sekaki persegi.

Lau menganggap tindakan Chua yang berdiam diri dalam soal berkenaan merupakan sokongan kepada perbuatan tersebut, selain menjejaskan kredibiliti pemimpin muda MCA itu dalam isu Talam.

"Jika dia boleh datang ke kawasan parlimen ini untuk menghadiri majlis makan malam MCA dengan 500 meja minggu lalu, dia boleh datang tengok tanah ini," katanya.

Ini merupakan cabaran kedua oleh MP Pakatan kepada Chua untuk menbuat kenyataan berhubung skandal berkenaan, ekoran serangannya ke atas kerajaan Selangor dalam isu perolehan semula hutang Talam.
DAP persoal lesen 4G untuk syarikat Syed Mokhtar
11:54AM Dis 10 2012
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjelaskan peruntukan paling besar untuk mengusahakan jalur lebar 4G yang dianugerahkan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd milik jutawan itu, kata Pua, tiada pengalaman dalam industri telekomunikasi tetapi diberikan bahagian paling besar pada skala 40MHz untuk lesen jalur lebar tersebut.

Tujuh syarikat jalur lebar sedia ada – Maxis Broadband Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Redtone Marketing Sdn Bhd, YTL Communications and Packet One Networks (M) Sdn Bhd – sebaliknya dianugerahkan jalur lebar pada skala 20MHz, katanya.

"Soalan paling terus-terang untuk ditanya kepada SKMM ialah – mengapa syarikat dengan rekod prestasi kosong dalam industri diberikan keistimewaan untuk memperolehi bahagian paling besar jalur lebar?," soalnya.

Katanya lagi, langkah itu menunjukkan bahawa SKMM meneruskan amalan memberi lesen kepada syarikat yang kurang pengalaman atau keupayaan kewangan.

"Dalam pemberian jalur lebar untuk spektrum 3G dan Wimax sebelum ini, beberapa syarikat gagal melaksanakan perkhidmatan atau menjual lesen mereka untuk keuntungan mudah," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau kecewa kerana sistem penganugerahan lesen itu tidak melibatkan bidaan seperti yang diamalkan dengan negara maju lain.

"Proses bidaan bukan sahaja memastikan hanya syarikat yang komited mengambil bahagian, tetapi turut meningkatkan hasil yang berharga kepada kerajaan," katanya, memberi contoh amalan yang dilakukan di United Kingdom, Jerman, Sweden.

Malah, negara seperti Thailand sudahpun mengamalkan bidaan manakala Taiwan, Singapura dan Brazil juga merancang untuk mengadakan bidaan pada tahun 2013, katanya.

"Nampaknya di Malaysia, pengawal atur kita hanya lebih berminat untuk meningkatkan keuntungan syarikat telekomunikasi kita malah condong kepada pihak berpengaruh tertentu walaupun tiada rekod prestasi," katanya.
PKR: Najib perkecil angka golongan India tanpa kerakyatan
1:13PM Dis 10 2012
Naib presiden PKR N Surendran menyelar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa hanya terdapat 9,000 masyarakat India tanpa kewarganegaraan di Malaysia.
“Kenyataan perdana menteri tidak jujur dan cubaan memalukan untuk memperkecil-kecilkan jumlah keturunan India tanpa kerakyatan di Malaysia; jumlah 9,000 adalah tidak berasas dan tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan.

Najib semalam menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat 300,000 keturuan India tanpa kerakyatan di negara ini.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MIC semalam, Najib berkata jumlah itu diperbesar-besarkan, namun tidak memberi anggaran sebenar jumlah anggota masyarakat India yang mengalami masalah itu.

Katanya, semakannya menunjukkan seramai 9,000 orang telah mendaftar dan sebanyak 4,500 kes telah diselesaikan dan diberi kad pengenalan, manakala seramai 2,000 lagi sedang diproses.

Surendran berkata, perdana menteri membuat anggaran itu berdasarkan jumlah individu yang tampil ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara semasa kempen MyDaftar.

Namun, jumlah sebenar mungkin "terlepas pandang" memandangkan kempen MyDaftar hanya dijalankan selama beberapa minggu.

“Perdana menteri memperolok-olokkan dan menipu masyarakat India," katanya lagi.

Surendran seterusnya mendakwa, Najib tidak menjalankan usaha untuk menyelesaikan isu masyarakat India tanpa kerakyatan.

Katanya, satu-satunya penyelesaian kepada isu berkenaan adalah menemui individu terjejas di seluruh negara dan mendaftar golongan itu secara sistematik.
10 anggota keluarga maut sekelip mata

Walaupun kehilangan 10 anggota keluarga dalam sekelip mata selepas rumahnya dibom tentera Israel bulan lepas, Ahmad Jamal Al-Dalu tidak gentar untuk terus berada di negara kelahirannya dan menjalani hidup seperti biasa.
Dengan nada sebak, beliau menceritakan peristiwa hitam itu ketika ditemui Bernama dan anggota misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di tapak rumah tiga tingkatnya yang musnah di daerah kejiranan Nasser di Gaza, Palestin.

Ahmad Jamal berkata pada hari kejadian, beliau dan isterinya berada di Turki mengikuti pengajian pasca-siswazah dalam bidang kejuruteraan.

"Ibu bapa saya bersiap sedia untuk pergi mengerjakan ibadah haji ketika itu... Saya masih ingat panggilan telefon terakhir itu apabila ibu memaklumkan beliau amat gembira kerana bakal menunaikan ibadat haji.

"Bagaimanapun, insiden malang itu (pengeboman) berlaku. Ia telah ditakdirkan oleh Allah," kata Ahmad Jamal, 28, yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dalam usaha memahami tragedi berlaku.

Serangan Israel itu, antara lain, mengorbankan ibu Ahmad Jamal, adik lelaki dan dua adik perempuan serta empat anak saudaranya berusia lingkungan tujuh bulan hingga 10 tahun.

Bagaimanapun, ayahnya terselamat kerana berada di masjid berdekatan untuk menunaikan solat.

Sebuah bunting besar memaparkan gambar anggota keluarganya yang terkorban dengan mesej 'Why were they killed' diletak di tapak serangan kejam itu.

Serangan lapan hari Israel bermula 14 Nov itu memusnahkan 200 kediaman, mengorbankan 176 nyawa penduduk Gaza dan mencederakan 1,399 yang lain.

Dalam kesedihannya, Ahmad Jamal tetap berterima kasih kepada kerajaan dan sukarelawan Malaysia yang tidak putus-putus ke Gaza untuk menghulur bantuan.

Pengerusi KP1M merangkap ketua misi bantuan kemanusiaan 'gelombang kedua' tersebut, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada lelaki Palestin berjiwa kental itu.

Selain rumah Ahmad Jamal, pasukan misi bantuan kemanusiaan itu meninjau keadaan bangunan pentadbiran Majlis Jemaah Menteri yang hancur dibedil tentera Israel.

Misi kemanusiaan ke Gaza bertujuan menyampaikan bantuan asas dan perubatan anjuran KP1M serta Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu disertai 58 sukarelawan, termasuk pakar perubatan dan media.

- Bernama
Guan Eng: Satu lagi janji monorel dari BN

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina sistem monorel untuk negeri itu merupakan janji sama yang belum dipenuhi oleh pentadbiran sebelum ini.
Lim berkata, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menjanjikan sistem monorel untuk warga Pulau Pinang tetapi ia tidak dipenuhi.

"Ini kali kedua perdana menteri membuat janji seperti ini... Saya tidak tahu berapa banyak perdana menteri yang perlu berjanji sehingga Pulau Pinang dapat monorel.

"Ia dijanjikan BN tetapi tidak pernah dibina, ini adalah janji yang tidak ditepati," katanya yang merujuk kepada slogan "Janji Ditepai BN" dalam sidang media selepas pembukaan kongress Wanita dan Pemuda DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, monorel itu sudah lama dijanjikan oleh kerajaan persekutuan dan sepatutnya ditunaikan tanpa dijadikan modal pilihan raya.

"Kenapa buat syarat (jika BN menang)? BN menjanjikannya bawah pentadbiran sebelum ini, jadi kenapa perdana menteri kata ia hanya boleh dijalankan jika BN menang?," kata Lim.

Katanya lagi, warga Pulau Pinang tidak mungkin termakan janji seperti itu apabila ia tidak ditunaikan sebelum ini.

"Anda fikir orang akan percaya dengan janji itu?," soalnyna.

Kisah tentera berjubah putih

Posted on the December 9th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin






KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata kegembiraan. Laungan kalimah suci ‘Allahuakbar’ bukan sahaja bergema di New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.
“Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami dalam perjuangan menentang Israel,” kata seorang rakyat Palestin, Abu Yazid, 29.



Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.
“Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan,” ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada ‘kekuatan lain’ yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan ‘pasukan lain’ yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.
Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.
“Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.
“Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.
“Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam,” sergah tentera berkenaan.
Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, ‘saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans’.

BANYAK kisah pelik mengiringi perjuangan rakyat Palestin mendepani rejim Yahudi yang dilengkapi persenjataan canggih.
Seragam putih
Tentera tersebut bertanya lagi, ‘pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?’
Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, ‘saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari’.
Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.
Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.
“Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.
“Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta,” katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang ‘bantuan Allah’ kepada pejuang Palestin.
“Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.
“Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.
“Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.
“Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, ‘tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu’.

KEMUSNAHAN yang dicetuskan Israel tidak pernah mematahkan semangat pejuang Palestin.
Al-Quran penyelamat
“Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.
“Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.
“Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.
“Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat,” cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.
“Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.
“Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.
“Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur,” cerita Hisam.
Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.
Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban.
“Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.
“Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu,” ujar Nisman.
Kosmo

30 tahun berjihad akhirnya menemui syahid di Syria

Posted on the December 9th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin






Selepas menghabiskan tiga dekad dalam hidupnya terlibat dalam Jihad di Afghanistan, Bosnia dan Hezergovina serta Kashmir, Abdul Aziz Al-Jeghaiman,mujahid berasal dari Arab Saudi menemui syahid (insya Allah) di Idlib, Syria, pada awal tahun Islam(Muharram)akibat pengeboman besar-besaran oleh tentera rejim Syiah Bashar Assad.
Al-Jeghaiman, seorang pemuda bijak, pernah ditawarkan menjadi pembantu pengajar di Universiti King Faisal pada tahun 1980-an, tetapi dia lebih memilih untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad bersama para pemuda Saudi dan Arab yang lain.
Sumber menceritakan kepada Al-Hayat bahawa Al-Jeghaiman bahkan memimpin barisan hadapan pasukan Mujahidin ketika itu dalam waktu yang lama dan meninggalkan negara itu ketika perang berakhir.



Kemudian, ketika perang meletus di Bosnia, pemuda gagah berani itu bertolak ke sana untuk berjihad bersama-sama kaum Muslimin di sana.
Dia menetap di sana sehingga perang berakhir. Kerana tidak pernah puas dengan Jihad, dia memutuskan pergi ke Kashmir dan bergabung dengan barisan Mujahidin Kashmir. Konflik di Kashmir yang sangat rumit, membuatnya memutuskan untuk meninggalkan Kashmir.
Setelah itu dia pergi ke Syria pada 2002, takdir mengharuskannya ditangkap dan dipenjara selama dua tahun. Al-Jeghaiman dibebaskan pada 2004 melalui orang tengah dari Arab Saudi.
Selepas dibebaskan dia kembali ke Arab Saudi dan menetap di sana. Ketika sebahagian pemuda pergi ke Iraq pada saat pencerobohan AS, namun Al-Jeghaiman memilih tidak pergi.
Tetapi dia memilih untuk masuk ke Syria lagi pada 2011 dan bergabung dengan para Mujahidin di sana untuk mengejar cita-citanya di jalan Allah. Dia tidak akan kembali lagi hingga menemui syahid di negeri Syam itu.
Mendengar kesyahidan Al-Jeghaiman, orang-orang di Al-Ahsa iaitu tempat asalnya bergembira bahawa dia menemui syahid ketika sedang berjihad dengan para Mujahidin Syria. Keluarganya hanya mengatakan bahawa siapa sahaja yang ingin menyampaikan takziah, mereka harus pergi ke rumah ibunya.
Menurut sumber yang terdekat dengan keluarganya, Al-Jeghaiman adalah seorang pemuda yang selalu menginginkan mati syahid.
Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya ke dalam Jannah-Nya.
Mujahiddin Jabhah Nushrah menentang rejim Syiah Assad dicop sebagai pengganas oleh Amerika. Puak-puak syiah di Malayia begitu membela rejim syiah Assad. Hujah paling popular mereka ialah mujahid-mujahid di Syria ditaja oleh Amerika untuk menjatuhkan rejim Syiah Assad. Apa reaksi puak-puak syiah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Syiah Melayu yang menganuti agama tersebut berkenaan Mujahiddin Jabhah Nushrah yang telah disenaraikaan oleh laknatullah Amerika sebagai pengganas?
Sumber: Detik Islam

Lagi filem baru hina Rasulullah muncul “The Innocent Prophet”

Posted on the December 9th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin





Selepas filem laknat Innocence of muslim yang menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ditentang hebat oleh umat Islam, kini filem ter baru yang menghina Nabi muncul lagi. Pada 07 Disember 2012, Kementerian Dalam Negeri Belgium meningkatkan status keselamatan menjadi tahap tiga, tahap kritikal adalah empat akibat munculnya filem yang menghina Nabi.
Imran Firasat, orang Pakistan yang tinggal di Sepanyol, adalah orang yang memfilimkan cerita tersebut. “Innocence of Muslims adalah filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat yang memberikan inspirasi umtuk membuat filem ini” kata Verasat.
Imran Firasat seorang pemuda Pakistan yang melepaskan keislamannya (Murtad) dan tinggal di Sepanyol diyakini menyokong permusuhan terhadap Islam di Sepayol. Dia mempunyai laman di internet yang khusus untuk menyerang Islam.



Cerita pemuda Pakistan ini bermula pada tahun 1998 kerana dia mempunyai hubungan yang tidak sah dengan wanita Indonesia yang bukan muslim dan dia ditangkap oleh pihak yang berwajib kerana negara asalnya (Pakistan) tidak membenarkan dia mempunyai hubungan dengan wanita bukan Islam.
Di penjara dia disiksa dan setelah dibebaskan dia berhijrah bersama rakannya ke Sepanyol. Kemudian kerana selembar kertas yang menyerang Islam, dia mendapat tempat dan perlindungan di Sepanyol oleh persatuan hak asasi manusia.
Si murtad ini bersama kafirun Terry Jones akan buat sidang media berkenaan filem laknat tersebut 14 Disember 2012. Ya Allah, laknatlah mereka ini
Website kafir tersebut di sini:
MEDIA CONTACT: 352-371-2487 or 352-871-2680 (Stephanie Sapp) or info@standupamericanow.org
Terry Jones and Imran Firasat – Muhammad Movie Release and Press Conference
Madrid, Spain, December 14th, 2012
Stand Up America Now with Dr Terry Jones announces that Imran Farisat, Pakistani ex-Muslim of Mundo sin Islam (www.mundosinislam.com), is our representative in Spain. We continue our efforts to raise an awareness of the dangers of Islam to Western Civilization, to send a very clear message to Islam that we will not be intimidated and we will not back down.
Stand Up America Now with Dr Terry Jones and Imran Farisat will hold a press conference and promotional event for the release of a movie about the life of the Prophet Muhammad. The event will be held in Madrid, Spain on Friday December 14th.
Thank you,
Dr. Terry Jones
Stand Up America Now
Sumber: Detik Islam

TERKINI ! AHLI PARLIMEN BN PAHANG KELUAR UMNO !!!

 Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!

Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.

Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.



Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.

Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.

Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.

Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.

Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.

Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.

Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian.

Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.

Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam.

Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009.

Sumber Berita  SINI



Ahli Parlimen Jerantut tak keluar UMNO la..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 10 Dis 2012

Menurut sumber, cerita mengenai bermula Tengku Azlan keluar UMNO initelah bermula bila beliau ditemuramah oleh Makkal Osai beberapa hari yang lalu.

Dalam temuramah tersebut, dia tidak langsung menyentuh soal keluar parti atau menyertai parti Pakatan Rakyat.

Apa yang beliau nyatakan ialah dia akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding lagi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Hasratnya untuk bersara telah dinyatakan sebaik saja dia menolak jawatan Timbalan Menteri Luar semasa Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mahu melantiknya dahulu.

Beliau juga telah memaklumkan perkara ini  kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Maknanya tidak timbul soal "keluar parti" seperti yang dihebohkan sebenarnya.

Ini laporan dari Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog.

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.

“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.

“Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.

Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.

Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu. Sebelum itu beliau pernah menyertai parti Melayu Semangat 46 apabila parti itu dithubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan presiden Umno pada tahun 1987.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka kembali semula ke pangkuan Umno.

Ini pula laporan dari Keadilandaily..

KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).

Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.

Tengku Azlan “Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,” katanya kepada Keadilan Daily.

Perkembangan terbaru ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.

Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia Milik Alwaleed Bin Talal 

Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan CEO yang memegang 95% share di dalam syarikat beliau iaitu Kingdom Holding Company. Pada bulan Mac 2012, Alwaleed telah dinamakan sebagai orang yang ke 16 terkaya di dunia dengan aset yang bernilai US $23.9 billion. 

Pada tahun 2007, Alwaleed telah memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi terbesar dan termahal di dunia mencecah US$500 Juta. Jet peribadi beliau ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royces, kandang kuda dan unta dan ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi skrin holographic dan juga dewan konsert. 

Jet peribadi ini juga dilengkapi dengan 5 buah suites peribadi yang memuatkan katil bersaiz King, sistem multimedia untuk hiburan dan juga bilik solat yang mempunyai sejadah yang dikawal oleh komputer yang sentiasa menunjukkan arah Kiblat.

Hebat-hebat.. Semoga tak lupa saudara-saudara yang dizalimi di Palestin dan yang seangkatan dengannya..

Untuk lebih byk gambar, sila ke http://penpatah.blogspot.com/2012/12/info-jet-peribadi-terbesar-termahal-di.html

- awan -
Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia Milik Alwaleed Bin Talal

Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Dia merupakan CEO yang memegang 95% share di dalam syarikat beliau iaitu Kingdom Holding Company. Pada bulan Mac 2012, Alwaleed telah dinamakan sebagai orang yang ke 16 terkaya di dunia dengan aset yang bernilai US $23.9 billion.

Pada tahun 2007, Alwaleed telah memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi terbesar dan termahal di dunia mencecah US$500 Juta. Jet peribadi beliau ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royces, kandang kuda dan unta dan ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi skrin holographic dan juga dewan konsert.

Jet peribadi ini juga dilengkapi dengan 5 buah suites peribadi yang memuatkan katil bersaiz King, sistem multimedia untuk hiburan dan juga bilik solat yang mempunyai sejadah yang dikawal oleh komputer yang sentiasa menunjukkan arah Kiblat.

Hebat-hebat.. Semoga tak lupa saudara-saudara yang dizalimi di Palestin dan yang seangkatan dengannya..




- awan -
Dppk Pagoh
PENDUDUK KAMPUNG GOMBAK UTARA SAHKAN KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK SAMSENG DAN PENIPU... 

Itu bukan gua yang cakap beb tapi KETUA KAMPUNG GOMBAK UTARA yang memberitahu KHABAR tersebut... sebab kalau gua yang cakap bahawa KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK adalah KEPALA SAMSENG mesti lu orang TAK PERCAYA punya... ialah sebab gua ni kan ke BARUA PAKATAN RAKYAT (PR) yang cuba membantu MALAIKAT MAUT untuk MENCABUT NYAWA UMNO... jadi sudah tentu apa yang gua tulis semestinya MENYEBELAHI PR atau bak kata PENCHACAI UMNO dan yang sewaktu dengan nya bahawa gua BERAT SEBELAH atau pun TAK ADIL macam LIDAH-LIDAH SYAITAN YANG DIKENALI UMNO seperti Utusex Meloya... Berita Hairan mahu pun TV3/4... kah kah kah !.

Tapi bila ada sekumpulan penduduk kawasan GOMBAK UTARA yang tampil dalam satu SIDANG AKHBAR bagi memberikan CERITA SEBENAR tentang kejadian yang berlaku pada CERAMAH PR pada malam tersebut... SAH dan SAHIH lah DAKWAAN gua bahawa Ketua Pemuda Umno GOMBAK yang BERSTATUS DATUK adalah seorang yang datang dengan PAKEJ iaitu SAMSENG... PENIPU... dan BAKAL PENYAMUN... kah kah kah... lu orang tak percaya lu orang boleh baca kat MI... dan kalau lu orang nak SAMAN lu orang boleh suruh DATUK KEPALA SAMSENG tu saman dulu The Malaysia Insider... sebab kalau saman gua pun TAK GUNA beb... sebab gua apa pun tak ada... yang ada cuma TELOR aje... itu pun gua tengah CADANG-CADANG nak buat ROTI NAJIB... kah kah kah !.

Kalau mengikut CERITA Ketua Kampung Gombak Utara Encik Said Zakaria... mendakwa insiden tersebut DIDALANGI UMNO dan menyalahkan parti tersebut kerana menyebabkan nama kampung Gombak Utara TERCEMAR... kata beliau "Apa yang saya lihat malam kejadian... separuh dari sekumpulan 200 orang Pemuda Umno MEMBUAT BISING... MEMBALING BATU dan MENYERANG PETUGAS serta PENJAJA pada malam ceramah PR tersebut... rata-rata yang MEMBUAT KECOH pada malam itu BUKAN PENDUDUK KAMPUNG tersebut... sebaliknya orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin"... kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Nanti lu orang Penchacai atau pun Barua Umno akan cakap pulak yang beliau ni adalah Penyokong PR... tapi apa-apa pun jelas PEMBOHONGAN yang dibuat oleh DATUK SAMSENG dengan mengatakan penduduk Gombak Utara TIDAK SENANG dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tersebut... yang sebenarnya Tak Senang adalah Datuk dan Barua-Barua Umno tu beb... yang dah mula merasakan yang beliau TAK ADA HARAPAN untuk MENANG kalau pun beliau TERCALON bagi mewakili Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti... sebab itu gua kata yang Datuk ni datang dengan Pakej beb... jadi buat PERINGATAN kepada Penduduk Gombak baik lu orang HATI-HATI dengan DATUK Samseng ni... kah kah kah !.

http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/12/penduduk-kampung-gombak-utara-sahkan.html
PENDUDUK KAMPUNG GOMBAK UTARA SAHKAN KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK SAMSENG DAN PENIPU...

Itu bukan gua yang cakap beb tapi KETUA KAMPUNG GOMBAK UTARA yang memberit
ahu KHABAR tersebut... sebab kalau gua yang cakap bahawa KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK adalah KEPALA SAMSENG mesti lu orang TAK PERCAYA punya... ialah sebab gua ni kan ke BARUA PAKATAN RAKYAT (PR) yang cuba membantu MALAIKAT MAUT untuk MENCABUT NYAWA UMNO... jadi sudah tentu apa yang gua tulis semestinya MENYEBELAHI PR atau bak kata PENCHACAI UMNO dan yang sewaktu dengan nya bahawa gua BERAT SEBELAH atau pun TAK ADIL macam LIDAH-LIDAH SYAITAN YANG DIKENALI UMNO seperti Utusex Meloya... Berita Hairan mahu pun TV3/4... kah kah kah !.

Tapi bila ada sekumpulan penduduk kawasan GOMBAK UTARA yang tampil dalam satu SIDANG AKHBAR bagi memberikan CERITA SEBENAR tentang kejadian yang berlaku pada CERAMAH PR pada malam tersebut... SAH dan SAHIH lah DAKWAAN gua bahawa Ketua Pemuda Umno GOMBAK yang BERSTATUS DATUK adalah seorang yang datang dengan PAKEJ iaitu SAMSENG... PENIPU... dan BAKAL PENYAMUN... kah kah kah... lu orang tak percaya lu orang boleh baca kat MI... dan kalau lu orang nak SAMAN lu orang boleh suruh DATUK KEPALA SAMSENG tu saman dulu The Malaysia Insider... sebab kalau saman gua pun TAK GUNA beb... sebab gua apa pun tak ada... yang ada cuma TELOR aje... itu pun gua tengah CADANG-CADANG nak buat ROTI NAJIB... kah kah kah !.

Kalau mengikut CERITA Ketua Kampung Gombak Utara Encik Said Zakaria... mendakwa insiden tersebut DIDALANGI UMNO dan menyalahkan parti tersebut kerana menyebabkan nama kampung Gombak Utara TERCEMAR... kata beliau "Apa yang saya lihat malam kejadian... separuh dari sekumpulan 200 orang Pemuda Umno MEMBUAT BISING... MEMBALING BATU dan MENYERANG PETUGAS serta PENJAJA pada malam ceramah PR tersebut... rata-rata yang MEMBUAT KECOH pada malam itu BUKAN PENDUDUK KAMPUNG tersebut... sebaliknya orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin"... kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Nanti lu orang Penchacai atau pun Barua Umno akan cakap pulak yang beliau ni adalah Penyokong PR... tapi apa-apa pun jelas PEMBOHONGAN yang dibuat oleh DATUK SAMSENG dengan mengatakan penduduk Gombak Utara TIDAK SENANG dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tersebut... yang sebenarnya Tak Senang adalah Datuk dan Barua-Barua Umno tu beb... yang dah mula merasakan yang beliau TAK ADA HARAPAN untuk MENANG kalau pun beliau TERCALON bagi mewakili Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti... sebab itu gua kata yang Datuk ni datang dengan Pakej beb... jadi buat PERINGATAN kepada Penduduk Gombak baik lu orang HATI-HATI dengan DATUK Samseng ni... kah kah kah !.

http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/12/penduduk-kampung-gombak-utara-sahkan.html


  • Nasir Sahlan
    Sultan selangor nafi SOKONG dan BERPIHAK kepada UMNO. 

    Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih apabila baginda telah menjadi sasaran kumpulan dan individu yang sengaja memutar-belitkan kata-kata dan tindakan baginda dengan membayangkan sebahagiannya terarah kepada Umno.

    "Mengapa beta? Beta tidak mendapat apa-apa manfaat dengan menyebelahi Umno, PKR atau mana-mana parti," titah baginda. "Apa yang telah Umno berikan kepada beta?

    "Mereka meletakkan jenama Umno kepada beta, buktikannya. Tunjukkan kepada beta bila beta cenderung untuk bersama dengan Umno. Jangan membuta tuli menuduh beta perkara yang beta tidak salah. Beta tidak mempunyai agenda politik.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/hot-luahan-sultan-selangor-yang-sedih.html#ixzz2ETTJKO9t
    Sultan selangor nafi SOKONG dan BERPIHAK kepada UMNO.

    Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih apabila baginda telah menjadi sasaran kumpulan
    dan individu yang sengaja memutar-belitkan kata-kata dan tindakan baginda dengan membayangkan sebahagiannya terarah kepada Umno.

    "Mengapa beta? Beta tidak mendapat apa-apa manfaat dengan menyebelahi Umno, PKR atau mana-mana parti," titah baginda. "Apa yang telah Umno berikan kepada beta?

    "Mereka meletakkan jenama Umno kepada beta, buktikannya. Tunjukkan kepada beta bila beta cenderung untuk bersama dengan Umno. Jangan membuta tuli menuduh beta perkara yang beta tidak salah. Beta tidak mempunyai agenda politik.


    Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/hot-luahan-sultan-selangor-yang-sedih.html#ixzz2ETTJKO9t


    Setem Besi
    #TumbangBN #KL112
Rakyat kalau bijak pandai Umno/Bn susah sebab tulah Umno/Bn nak rakyat terus bodoh...
"Orang ramai pegang nadir bumi bukti Lynas selamat" - utusan.

Pegang nadir bumi bukti Lynas selamat..Cakap bengong kang marah tapi kalau suka dibengongkan nak buat macam manakan.... Pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil. Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suruh belajo kimia, xnak. cuba pulak pegang sisa nadir bumi ni lepas diproses nak tengok jadi zombie ke idak...

Ibarat pegang bom la. Meletup x kalau setakat pegang ? Mana meletup sebab dia ada pin keselamatan. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuba tarik pin dia tgk. Masa tu cepat2 la taubat. Sebab bila tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Maka berkecailah...

P/S : Cuba la bagi berita yang buat rakyat malaysia ni jadi cerdik. Janganlah asyik dok perbodohkan org jer.

    Rakyat kalau bijak pandai Umno/Bn susah sebab tulah Umno/Bn nak rakyat terus bodoh...
    "Orang ramai pegang nadir bumi bukti Lynas selamat" - u
    tusan.

    Pegang nadir bumi bukti Lynas selamat..Cakap bengong kang marah tapi kalau suka dibengongkan nak buat macam manakan.... Pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil. Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suruh belajo kimia, xnak. cuba pulak pegang sisa nadir bumi ni lepas diproses nak tengok jadi zombie ke idak...

    Ibarat pegang bom la. Meletup x kalau setakat pegang ? Mana meletup sebab dia ada pin keselamatan. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuba tarik pin dia tgk. Masa tu cepat2 la taubat. Sebab bila tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Maka berkecailah...

    P/S : Cuba la bagi berita yang buat rakyat malaysia ni jadi cerdik. Janganlah asyik dok perbodohkan org jer.

Tiada ulasan: