Ahad, 30 Disember 2012

KENAPA ADA ORANG ISLAM MASIH TAKUT DENGAN HUDUD...HUDUD UNDANG2 ALLAH...INI MUNGKIN CETEKNYA ILMU AGAMA...KURANG DIDIKAN AGAMA DAN MUNGKIN JAUH DARI MAJLIS ILMU AGAMA...DAN MUNGKIN AHLI MAKSIAT YANG TEGAR...ATAU TAK SOLAT...MUNGKIN PEMINUM ARAK SERTA KAKI ZINA

Nama Adun cadang hudud hilang dari senarai calon?

Harakahdaily, 30 Dis 2012
JOHOR BHARU: Nama Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (gambar) dikatakan bakal hilang dari senarai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, ia berikutan cadangan beliau agar kerajaan melaksanakan Hudud bagi menghadapi jenayah yang kian meningkat di Johor sekarang.

Menurut sumber, nama beliau telah hilang dari senarai nama-nama calon Umno sebagaimana yang dikemukakan oleh Ketua Umno bahagian beliau yang juga anggota Parlimen  Sekijang.

Puncanya ialah sifat Ayub Rahmat yang dikatakan suka melawan arus anutan politik yang dibawa oleh pucuk pimpinan Umno peringkat negeri Johor maupun pusat.

"Jika sebelum ini gegak gempita satu dunia pasal menyokong hudud, terbaru gelagat dan perangai beliau yang memacakkan billboard menyeru wanita umat Islam (Muslimah) jaga aurat dikawasan DUN nya di Kemelah.

(Banner yang dinaikkan Adun Kemelah yang mengajak muslimah menutup aurat ini tidak disenangi Umno)

Kempen tutup aurat anjuran beliau ini diberitakan tidak mendapat restu dan kurang disenangi oleh pucuk pimpinan Umno Bahagian dan Negeri, kata sumber itu.

Jika benarlah akan maklumat ini maka sahlah dalam Umno, pemimpin yang mau membawa imej dan mesej Islam tidak akan mendapat tempat.

Mapim saran jadikan 2013 ‘Tahun Rakyat’

Harakahdaily, 30 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru agar tahun 2013 dijadikan ‘Tahun Rakyat’.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat  akan melalui Pilihan raya Umum ke-13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik.

Malangnya, kata beliau media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat  yang sangat terkongkong, lebih parah lagi media yang mengguna wang rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat.

Menurutnya, salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arus perdana ialah sikap hidup bergantung.

Jelas, ujarnya jika rakyat terus berfikir terbelenggu dalam pemikiran bahawa kerajaan adalah penentu segalanya, maka ciri rakyat yang matang tidak akan dapat direalisasikan.

Justeru, kata beliau rakyat harus berani keluar dari faham kewarganegaraan yang bergantung semuanya kepada kerajaan dan membiarkan kerajaan memaksakan rakyat patuh hanya kerana kerajaan menabur bantuan untuk mengikat kesetiaan rakyat.

“Kami menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, rakyat patut menegaskan  azam yang kuat untuk membasmi segala penyelewengan yang telah sarat menjadi amalan dalam urus kelola pemerintahan.

Rakyat juga, ujar beliau perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan negara.

Katanya, jika tahun 2013 masih melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa, kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan akan meletakkan negara pada posisi yang pincang, tidak dihormati di kaca mata dunia.

“Jika tahun 2013 tidak menjadi tahun rakyat melonjakkan kuasanya untuk memperbetulkan kepincangan dalam negara ini, masa depan negara akan malap,” katanya.

Mohd Azmi menambah, Mapim menegaskan sistem demokrasi bukan sempurna, namun dengan ruang yang ada untuk rakyat menterjemahkan sikap menolak kerajaan yang mengkhianati rakyat dalam pilihan raya yang mendatang, maka rakyat tidak harus mengenepikan peluang ini untuk menunaikan tanggungjawabnya  memperbetulkan keadaan.

Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri sama-sama bantai ulama muda Umno

http://www.ekeleh.com, 30 Dis 2012
UstazAzharJawapan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri terhadap ulama muda Umno tentang tiada jihad di Palestin. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh salah seorang Ahli Syura Ulama Muda Umno. Penjelasan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri yang terbaik untuk kita hayati. Tak payahlah mendengar ustaz Umno yang sesatkan masyarakat.

Para ulama sedunia telah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada Tahun 1947, Fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagi-bahagiakan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan Negara Israel di Palestin. Tahun 1956 Fatwa Syaikul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas kaum Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara Negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.
Eloklah kalau Fathul Bari, bos ulama muda membetulkan anak buahnya terlebih dahulu.

Lihat: http://www.ekeleh.com/ustaz-azhar-idrus-dan-dr-asri-sama-sama-bantai-ulama-muda/#ixzz2GWjZDyuZ


Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri Sama-sama Bantai Ulama Muda

   
UstazAzharJawapan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri terhadap ulama muda UMno tentang tiada jihad di Palestin. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh salah seorang Ahli Syura Ulama Muda UMno. Penjelasan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri yang terbaik untuk kita hayati. Tak payahlah mendengar ustaz UMno yang sesatkan masyarakat.









Para ulama sedunia telah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada Tahun 1947, Fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagi-bahagiakan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan Negara Israel di Palestin. Tahun 1956 Fatwa Syaikul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas kaum Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara Negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.
Eloklah kalau Fathul Bari, bos ulama muda membetulkan anak buahnya terlebih dahulu.

Read more: http://www.ekeleh.com/ustaz-azhar-idrus-dan-dr-asri-sama-sama-bantai-ulama-muda/#ixzz2GXUVzz5M

"Saya Leftenan Adnan moden menentang BN"

Mohd Sabri Said, 30 Dis 2012
TASEK GELUGOR: Pelakun terkenal Haire Othman (gambar) bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional  (BN).

Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun.

"Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun.

"Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam.

Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN.

Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada.

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai PKR

Harakahdaily, 30 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai PKR.
KeadilanDaily melaporkan, Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu berucap di pusat membeli-belah Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin, isteri Yahya.

Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita PKR Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

KeadilanDaily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti  ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13.

Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat.

"Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik.  Dulu tidak pun.  Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya.

Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah.

Malaysia masih negara rasuah

Subky Latif, 28 Dis 2012
BAIK Perdana Menteri mahupun para pimpinan SPRM dipercayai berbangga apabila mereka mewar-warkan CPI rasuah negara turun  ke tangga 54 dari 174 negara di dunia dibandingkan dengan tangga ke 60 tahun sebelumnya.

Perdana Menteri Najib  dan timbalannya menunjukkan  rasa seronok menyebutkan negara sudah turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia. Ia dikira sebagai satu kejayaan dalam usaha negara memerangi rasuah.

Sebagai manusia dan orang Islam wajarlah kita bersyukur atas apa-apa kebaikan sekali pun sedikit. Jika  Allah takdirkan kita berada di tangga ke 174 pun kita kena redha atas ketentuanNya.

Tetapi adakah Perdana Menteri  dan SPRM sudah boleh berbangga sekadar turun tangga dari tahun lalu dan kini berada  di tangga 54 saja?

Dengan ditransformasikan BPR kepada SPRM dan dengan segala kempen anti  rasuah, kita masih jadi negara ke 54 saja. Ada 120 negara  lagi yang lebih teruk rasuahnya. Adakah sudah berjaya dan patut seronok sangat?

Dengan segala  gembar gembur yang dibuat, kerajaan BN belum berjaya kalau pun ke tahap rasuah  sifar, biar antara 10 negara bebas rasuah di dunia.

Mengapa kita masih di tangga ke 54?

Ia adalah tanda perang terhadap rasuah masih belum berkesan.

Yang  Malaysia dikatakan bertambah elok kerana kita sekadar  turun enam tangga dibandingkan dengan tahun lalu di seluruh dunia. Tetapi rakyat tidak diberi  tahu keadaan dalam negeri itu lebih buruk atau jauh kurang dari tahun-tahun  sebelumnya?

Boleh jadi kita turun ke tangga 54 kerana kemungkinan enam negara di bawah kita dulu bertambah teruk rasuahnya tahun ini. Kiranya mereka bertambah teruk dalam masa setahun atau beberapa tahun kebelakangan ini, maka CPI kita jadi  elok sikit.

Tetapi mungkin juga kita bertambah teruk. Jika disebabkan orang lain bertambah teruk, maka dilihat kurang teruk, sesungguhnya boleh dikelirukan orang  suasana seperti itu.

Pastikan kita bertambah disebabkan oleh kita betul-betul baik, jangan kita tertipu oleh faktor orang lain bertambah buruk, lalu kita terasa kita kurang buruk.

Jika ia diibaratkan sebagai pencapaian anak kita di sekolah. Dia dapat nombor 20 ke atas dalam darjahnya. Berbagai usaha kita lakukan  dia dapat kedudukan yang ke 15. Adakah dia sudah bertambah baik? Atau beberapa orang kawan sederjahnya merosot? Jika ia disebabkan oleh kawan-kawan merosot, belum tentu anak kita itu bertambah baik.

Apa pun kita tetap tidak seronok anak kita di tangga ke 15.

Jika tahun depan CPI  rasuah kita turun ke tangga 50 pula, elok dia diam saja dan buat lebih banyak kerja supaya betul-betul tidak ada. Jangan nyatakan kepada umum kita sudah bertambah, sedang rumah kita masih jadi sarang  anai-anai. Anai-anai wala pun sikit tetap ia dikira  rumah beranai-anai.

Dalam hal ini kita bukan mahu menyalahkan SPRM, tetapi yang mesti bertanggungjawab adalah parti yang memerintah. SPRM sebaik mana pun tidak boleh buat apa, kalau pemimpin-pemimpin kerajaan dan negara menjadi ikan yang busuk kepala.

Kepala ikan sudah busuk, tiada daya badan ikan bertahan segar.

Kerajaan yang ra suah tidak mampu membersihkan negaranya dari rasuah.  Ada  1001 cara bagi pemimpin yang rasuah untuk mengatakan  dia tidak  rasuah. Antaranya menjalankan kempen  perubahan membasmi rasuah.

Pengesahan SPRM untuk calon PM

Syahir Sulaiman, 24 Dis 2012




Pengumuman oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, bahawa semua calon pilihanraya Barisan Nasional perlu ditapis oleh SPRM disambut dingin di kalangan kebanyakan ahli partinya sendiri.

Pengumuman tersebut dilihat sebagai respon kepada cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya setiap parti politik yang bertanding perlu menyerahkan senarai calon untuk dinilai oleh SPRM.

Apa yang saya setuju


Saya bersetuju secara prinsip bahawa setiap calon yang bertanding pada pilihanraya ke-13 yang digelar sebagai ‘mother-of-all election’ ini, terdiri daripada lelaki dan wanita yang beramanah, penuh integriti dan kompetensi.

Ini kerana kekayaan dan khazanah negara dan negeri yang akan diamanahkan pada tiap ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri adalah amat tinggi nilainya, dan dalam banyak keadaan ianya boleh menggelapkan mata si pemegang amanah tersebut.

Apa yang saya tidak setuju

SPRM tidak perlu dilibatkan dalam proses pra-penilaian ini.

Pertama, SPRM tidak diberikan tauliah dan kuasa untuk menilai calon-calon pilihanraya. Apa yang mereka boleh lakukan adalah untuk menyiasat dan mendakwa dengan bukti yang kukuh terhadap manamana pihak yang terlibat dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah bidangkuasa SPRM.

Timbul persoalan kelak tentang apakah tindakan yang akan diambil oleh SPRM terhadap calon-calon yang mereka telah sahkan terlebih awal sebelum pilihanraya sebagai ‘bersih’, namun selepas itu, mereka menerima bukti kukuh untuk disabitkan dengan kesalahan di bawah akta pencegahan rasuah yang berkaitan.

Kedua, laporan SPRM ini nanti, pastinya mengandungi ayat penafian (disclaimer) yang berbunyi, “Laporan penilaian ini disediakan berasaskan makluman yang dibekalkan oleh pihak calon, sehingga tarikh laporan ini. SPRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan dan kesilapan dalam menjalankan prosedur penilaian ini”.

Timbul persoalan tentang kualiti laporan tersebut, samada ianya cukup komprehensif untuk menilai setiap sumber pendapatan dan harta yang terkumpul oleh pihak calon tersebut.

Ketiga, SPRM perlu selesaikan kes-kes tertunggak yang bertimbun, bukan sekadar mendakwa ‘ikan bilis’, tetapi perlu komited untuk mendakwa ‘si jerung’ dan ‘syaitan-syaitan yang dikenali’ daripada terus bermaharajalela.


Apa yang perlu dilakukan


Nilai kebertanggungjawaban terpikul di bahu pihak calon itu sendiri.

Tiap calon perlu membuat pengisytiharan harta secara sukarela untuk rakyat mengukur dan menilai tahap kekayaan yang dikumpul oleh mereka, sebelum dan selepas menjawat jawatan.

Sudah tiba masanya untuk budaya politik baru di Malaysia. Calon-calon bukan sekadar mengisytiharkan janji dan manifesto, tetapi turut mengisytiharkan harta mereka. Tiada alasan untuk mengelak daripada tindakan ini. Seorang yang beramanah dan berintegriti tidak perlu takut pada cadangan ini.

Hanya yang sebaliknya, takut untuk menyahut cabaran ini. Untuk rekod, semua EXCO Pemuda PAS, telah mengisytiharkan harta mereka secara sukarela pada muktamar tahunan baru-baru ini. Walaupun bukan semua akan bertanding, ini adalah satu langkah pencegahan awal agar budaya rasuah tidak menyelinap masuk sesama ahli PAS yang kelak bakal menjadi parti terpenting dalam pakatan kerajaan memerintah.

Ternanti respon daripada Pemuda Umno? Jauh panggang dari api. Apapun, rakyat pasti teruja untuk melihat Datuk Seri Najib menunjukkan tauladan dengan membenarkan SPRM bebas menilai harta-harta yang dikumpul oleh beliau dan Datin Seri Rosmah, untuk dinilai dan diukur oleh rakyat jelata. Integriti berkait rapat dengan tindakan, bukan sekadar ucapan.

Secara peribadi, saya lebih bersetuju untuk pihak SPRM menilai calon-calon untuk jawatan perdana menteri. Itu yang lebih utama. Apa pandangan anda? Ucapan adalah murah, tindakan adalah berharga.



*Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Mencorak Masa Depan berdasarkan gagasan Membangun Negara Berkebajikan.
Terjemahan daripada tulisan asal di dalam Bahasa Inggeris. 24 Disember 2012

Amanat Haji Hadi: Politik fitnah juga jadi pilihan

Eikhwan Ali,
Saya pada awalnya tidak bercadang untuk turut berpartisipasi dalam memberi respon berkenaan isu ini memandangkan ia telah pun 'berusia' 31 tahun apatah lagi pada tahun 1981 itu saya belum pun dilahirkan lagi dan saya juga tidak pun berkesempatan dengan fenomena seperti apa yang diceritakan oleh orang-orang lama seperti sembahyang dua imam, majlis akad nikah dua kali atau memulau majlis kenduri perkahwinan atau tahlil kematian.

Pelik sungguh apabila isu ini dibangkitkan semula setelah Malaysia bertukar-ganti 2 orang Perdana Menteri, 8 orang Yang Di-Pertuan Agong, 5 orang Ketua Polis Negara, 5 orang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa dan 10 orang Ketua Hakim Negara. Sepatutnya, sudah pasti isu ini telah 'selesai' setelah berlalu pelbagai peristiwa sementelah lagi setelah pembatalan muzakarah yang sepatutnya diadakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dulu.

Jika benar sesat amanat itu, bodoh benarlah orang-orang agama kerajaan sehingga perlu memakan masa 31 tahun untuk mendakwa sesatnya amanat itu, belum lagi membuktikannya. Lebih logik ialah, bukan amanat itu yang sesat, dan tidak menyesatkan pun, sebaliknya UMNO yang sedang memperalat. Ulama', media dan institusi awam diperalat untuk memastikan UMNO boleh terus berehat, sebab UMNO kini sedang tenat.

UMNO menghangat isu ini dengan harapan berjaya memperdaya belia seusia saya yang merupakan 'new voters' dan dengan tujuan menghilangkan kepercayaan dan keyakinan pengundi Melayu-Islam terhadap kewibawaan sebuah parti Islam dan seorang ulama' negarawan yang dilihat semakin terkehadapan dan berjaya meraih sokongan bukan sahaja daripada orang-orang Islam bahkan juga daripada bukan Islam. Ini kerana, undi pengundi baru dan Melayu-Islam adalah penting bagi UMNO untuk ia terus mandiri dengan kekuasaannya yang sudah berumur lebih 50 tahun itu.

Sungguh-sungguh UMNO ‘manfaatkan’ apa yang ia miliki untuk matikan karakter TG Hj. Abdul Hadi Awang setelah gagal berkali-kali dalam cubaan memecahkan muafakat Pakatan Rakyat. TG Hj. Abdul Hadi Awang didesak bertubi-tubi supaya memohon maaf kepada umat Melayu dan menarik semula kenyataannya yang telah pun berusia hampir separuh umur beliau.

Nah! Tiba-tiba ulama’ ini hanya minta 1 jam siaran langsung daripada RTM dan TV3 untuk membuat penjelasan dan kemudian menyerahkannya kepada rakyat untuk membuat penilaian. Dibandingkan dengan serangan yang menelan minggu dan puluhan tulisan yang menyerang beliau, 1 jam ini permintaan yang kecil sangat, mudah dan padan sangat jika hendak ditunaikan. Tetapi, jawapan Menteri, “...boleh sahaja kita rakam. Kalau sesuai baru kita siar." Mula-mula bersungguh-sungguh ajak bertumbuk, bila lawan dah setuju dan nyatakan lokasi, tiba-tiba kecut perut pula.

Saya kira sudah-sudahlah isu ini terus dipolemikkan. Generasi baru Malaysia mahukan politik yang ‘constructive’, bukannya ‘provokatif’ dan ‘destructive’, diajak berdebat, “bukan budaya kita”, diminta siaran langsung, “kalau sesuai kita siarlah”, akhirnya, politik samseng dan fitnah juga jadi pilihan. MALAYSIA TANPA UMNO.

Penulis adalah Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Tiada ulasan: