Isnin, 10 Disember 2012

PUAK2 NAK ISLAM IMARAH MASJID...YANG LAIN SIBUK BUAT MAKSIAT...TAK PULA DITEGUR BERUNGGUH2...UNDANG ISLAM TAK DIPERKETATKAN...AKHIRAT KORANG JAWABLAH

PRU: 'BN hanya mampu majoriti tipis, PR kekal 4 negeri'
NOR ATIEYAH YUSOFF
10 Disember 2012
 Mohamad Abu Bakar
Mohamad Abu Bakar
Mukadimah

Sebagai seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sering dipanggil dalam majlis ilmu termasuk pernah dua kali menjadi moderator Wacana Sinar Harian.

Beliau sering melontarkan buah fikiran dan pandangan terhadap isu semasa dan juga politik secara kritikal namun jujur. Wartawan Sinar Harian, NOR ATIEYAH YUSOFF sempat bertemu beliau baru-baru ini. Ikuti temubual tersebut.


Apa pandangan Prof mengenai peranan wacana yang dianjurkan Sinar Harian?

Wacana dilihat sebagai saluran untuk membincangkan perkembangan yang berlaku dalam politik semasa negara kita. Tiada saluran lain yang seperti ini, keistimewaan dapat mengumpul ahli politik (kerajaan dan pembangkang) untuk berbincang dan bukannya tertumpu pada perbalahan fizikal semata-mata, atau membincangkan isu negara bukan lagi sekadar cakap kosong di kedai kopi.

Wacana ini menyediakan saluran yang lebih baik dan bermakna untuk ahli politik menyuarakan pandangan masing-masing. Saya berharap wacana seperti ini dapat diteruskan lagi bagi menambah idea dan hujah yang lebih bernas daripada ahli panel yang terlibat.

Adakah rakyat Malaysia mampu menerima corak politik baru yang mengutamakan hujah, bukannya retorik?

Kita mesti ingat dalam masyarakat terdapat individu yang terbawa-bawa dengan retorik dalam politik. Jumlah tersebut cukup besar kerana ada individu yang lebih terpengaruh dengan polemik atau perbincangan seperti ini. Maka kita memberi ruang kepada mereka di samping kita tidak dapat menghalang golongan yang terpengaruh dengan retorik itu.

Sejauh mana Prof lihat perjalanan Muktamar Pas dan juga Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung baru-baru ini?

Saya nampak daripada kedua-dua perhimpunan itu yang lebih kepada pembentangan dari atas ke bawah iaitu arahan dari atas ke bawah, yang mana ahli parti atau penyokong yang hadir. Mereka ke perhimpunan adalah untuk mendengar kerana mendapat undangan yang diberikan pemimpin mereka.

Dari sudut itu, perhimpunan hanya mempunyai satu sumbangan sahaja iaitu, sebagai medan kepada pemimpin untuk memberi arahan dan pedoman kepada penyokong parti.


Pada perhimpunan parti sebegini, apakah perkara yang perlu diutamakan? Adakah motivasi ahli dengan mengkritik lawan atau memfokuskan kepada usaha menarik pengundi?

Sepatutnya kedua-dua sekali. Saya rasa kedua itu tidak dapat dielakkan. Motivasi dari segi pembentangan mengenai objektif atau perjuangan parti dengan mensasarkan pada kehidupan parti padauntuk menjatuhkan parti lawan.

Itu perkara normal. Kalau itu (kritikan) tiada dalam apa jua perhimpunan, perbahasan akan menjadi ketandusan. Perhimpunan ini adalah untuk menghimpunkan ahli sebagi satu ritual. Ia akan menyemarakkan dan menghidupkan persahabatan terutamanya sesama parti. Ia sebagai satu medan pengenalan dan perkenalan yang barangkali tidak ada pada masa tertentu.


Prof selalu dipanggil untuk menjadi moderator dalam wacana, adakah tugas ini berat terutama jika melibatkan ahli panel yang kontroversi?

Tugas mederator bukan sekadar menjadi pengerusi. Kerana jika kita menjadi pengerusi, kebiasaannya tugas itu menjadi kaku dan mekanikal. Tetapi moderator perlu berinteraksi dengan panelis dengan menghujahkan sesuatu itu dalam bentuk soalan, malah penerangan atau memberi jawapan segera mengenai perkara yang dibangkitkan oleh panelis dan pendengar. Tugas ini tidak semudah yang difikirkan.

Apatah lagi sekiranya berlaku kekecohan dalam majlis, kita perlu menangani dengan bijak dan mengurus dengan baik. Tugas moderator harus memperlihatkan keadilan walaupun ia tidak sepenuhnya berlaku, kadang-kadang nisbah 60 : 40 atau 55 : 45. Ketika  berhujah, kita tidak boleh menyebelahi satu pihak sahaja, sebaliknya perlu seimbang.

Kita juga harus sedar pendirian yang tidak diterima oleh pendengar atau hujah panelis sendiri, kadang kala menjatuhkan diri sendiri. Kita tidak boleh memihak kepada satu pihak sahaja sebaliknya perlu mencantas idea mereka (pembangkang dan kerajaan) agar seimbang.

Sebagai moderator kita perlu menggali peranan yang ada pada panelis. Dan mengkritik mereka untuk menjawab, kita bagi peluang jawab kadang kala kita perlu mengangkat atau memuji mereka. Ia diibaratkan melakukan suatu tindakan yang boleh menjaga dan memartabatkan maruah mereka, pada masa yang sama.


Politik samseng, adakah budaya ini dapat dibendung?

Saya berharap selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) ini, politik samseng dapat dikurangkan. Walaupun kita tidak dapat menghapuskan sepenuhnya perkara ini, kerana politik samseng merupakan sebahagian daripada politik itu sendiri.

Cuma, perkara yang dapat kita lakukan adalah mengurangkan kadar politik samseng tersebut agar masyarakat menjadi lebih beradab, bermaruah dan berhemah ketika berpolitik.

Politik samseng dilihat tiada banyak perbezaannya sama ada ia berlaku hari ini atau lepas, cuma pengisahan itu mungkin berlaku lebih meluas apabila penceritaannya semakin mendapat perhatian. Maka, menerusi media alternatif dan sebagainya, rakyat dapat mengenali apa yang berlaku dahulu sudah berlaku sekarang tetapi ia dapat dibendung.


Bagaimana Prof melihat mahasiswa akan datang mampu bergiat aktif dalam politik berbanding dahulu?

Terdapat kebebasan yang semakin bertambah dengan segala kemudahan yang diberikan kepada mahasiswa. Malah jumlah golongan ini semakin besar dan universiti juga telah bertambah.

Walaupun hanya segelintir sahaja yang mengambil bahagian dalam politik, namun perkara ini dilihat cukup untuk menyeri dan memanaskan lagi keadaan politik semasa.

Tetapi, tidak semua mahasiswa bergiat kerana, hanya sebahagian sahaja berminat untuk menyertai politik.

Mahasiswa yang terlibat dalam bidang ini, dilihat mempunyai berpotensi menjadi ahli politik, bergantung pada sikap mahasiswa.

Jika mereka mendapat liputan secara meluas, mungkin mahasiswa mampu sebaris dengan ahli politik sekarang. Peranan media sangat penting untuk menyebarkan perkara ini.


Bagaimana ramalan Prof mengenai PRU13?

Mahu atau tidak, ia semakin dekat diadakan. Kalau bukan bulan ini (Disember) atau mungkin awal tahun depan, ia tidak dapat dielakkan. Walaupun dengan cara dibubarkan secara sendiri, PRU13 terpaksa diadakan.

Siapakah yang akan menang? Adakah pembangkang mampu kekal empat negeri mereka dan bagaimana situasi 2 per 3 di Parlimen?

Saya berkongsi pendapat dengan (Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk) Shamsul Amri (Baharuddin), bahawa pada kali ini Barisan Nasional (BN) akan terus menang di peringkat nasional. Cuma BN mungkin tak dapat menguasai dua per tiga majoriti seperti mana yang diidam-idamkan. Malah pembangkang diramalkan sama ada dapat mengekalkan kuasa mereka diempat negeri tersebut atau menambah (undi).

BETULKE...BUKAN LELAKI USAH@NGURAT....KITA LAYAN....LELAKI TAK PENDULI ISTERI ORANG...PATUT KITA HORMAT...DAN LINDUNGI KERANA KAUM SEJENIS PUNYA...SYAITAN CERDIK MEROSAKKAN@MENYESATKAN..WANITA PULA BERI RUANG
Suami cuai punca isteri curang?
Wartawan Sinar Harian
10 Disember 2012
Yuhaniz Mohd Yusop
Yuhaniz Mohd Yusop
KEBIASAANNYA pihak isteri yang datang mendapatkan khidmat nasihat sekiranya terdapat masalah dalam rumah tangga,” kata Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Undang-undang Keluarga Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Yuhaniz Mohd Yusop.

Sepanjang Januari sehingga September 2012 sebanyak 562 aduan diterima melibatkan pelbagai jenis aduan seperti lemah didikan agama; campur tangan pihak ketiga; masalah seksual; masalah akhlak dan komunikasi.

Proses khidmat runding cara dan khidmat nasihat ini seterusnya akan dilakukan dengan memanggil pihak suami. Bagaimanapun, terpulang kepada pihak pertama (isteri) yang datang mengadu.

Sekiranya pengadu tiada halangan dipertemukan sekali dengan suaminya atau dengan kata lain duduk bincang semeja, bagi unit runding cara dan khidmat nasihat ia adalah langkah terbaik agar kedua-dua pihak jelas dengan permasalahan dan faham dengan konflik yang sedang dihadapi. Namun, sekiranya pengadu tidak mahu, pihak suami sahaja akan dipanggil.

Memperincikan aduan melibatkan isteri curang, beliau berkata, kecurangan yang berlaku kebiasaannya berpunca daripada kelemahan atau kecuaian pihak suami dan juga rendahnya iman seorang Isteri.

“Terdapat dua keadaan curang yang mana berlaku di pihak isteri, pertama ia dilakukan dengan sengaja kerana mempunyai niat membalas dendam atas kesalahan atau kecurangan yang terlebih dahulu dilakukan pihak suami. Keduanya, kecurangan secara tidak sengaja yang berlaku kerana kecuaian suami,” katanya.

“Kecurangan yang berlaku tidak sengaja pula, selalunya terjadi melibatkan golongan isteri yang bekerja. Ini disebabkan si isteri yang sering terdedah dengan pergaulan di luar.

Tanpa benteng keimanan yang kuat, kecurangan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi suami pula kuat bekerja sehingga terlupa hingga mengabaikan kehendak isteri,” katanya.

Yuhaniz berkata, keadaan sebegini yang perlu diperhalusi oleh para suami. Terdapat keadaan kecurangan yang berlaku kerana isteri berasa terabai. Dan terdapat juga keadaan yang berlaku adalah sememang isteri hanyut dengan perhatian yang diberikan oleh lelaki lain.

Terdapat juga aduan daripada isteri yang mana rasa kasih dan sayang kepada suami semakin pudar apabila suami meletakkan syarat atau undang-undang di dalam rumah tangga.

Contohnya, isteri tidak boleh mengadu atau bercakap dengan suami sehingga pada waktu yang ditetapkan oleh suami.

Ditambah lagi suami seorang yang panas baran dan tidak boleh dibawa berbincang. Di saat ini hati isteri akan mudah terpancing jika ada mana-mana lelaki di luar sana yang memberikan perhatian kepada beliau.

“Apabila wujud keadaan sebegini, isteri akan berasa terasing di dalam rumah sendiri dan jauh daripada suami. Sedangkan, golongan suami perlu ingat insan bernama isteri ialah manusia yang akan berasa suami adalah tempat paling dekat untuk mengadu atau berkongsi segala hal dalam kehidupannya.

"Mungkin sesetengah hal kecil pada pandangan suami, tetapi sebaliknya buat isteri. Oleh kerana itu, komunikasi dan persefahaman sangat mustahak di dalam rumah tangga.
Toleransi dan sikap sentiasa suka mendengar adalah antara cara terbaik untuk mengeratkan kasih sayang di dalam rumah tangga,” katanya.

Musa: Teguran untuk perbetulkan PDRM
Wartawan Sinar Harian
10 Disember 2012
Tan Sri Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan
KOTA BHARU - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan tindakan beliau menegur secara terbuka hanya untuk memperbetulkan pasukan polis agar benar-benar bebas daripada sebarang campur tangan.

Beliau berkata, masalah campur tangan politik sudah berlaku semenjak dahulu lagi dan agak sukar dibendung termasuk ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Campur tangan ini bermula dari zaman Anwar lagi, sebab itu dia dituduh di mahkamah pada 1998, kes dia buat laporan polis mengatakan dia difitnah, lepas itu dia arah anggota cawangan khas menangkap tiga orang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan itu juga tiada kaitan dengan politik dan beliau sekali lagi menegaskan tidak akan sertai mana-mana parti politik.

“Saya membuat teguran secara terbuka mengenai perkara ini semenjak bertugas sebagai Ketua Polis Johor lagi. Kalau ada pihak nak politikkan tak betul. Saya cuma nak betulkan (keadaan), bukan suruh dipolitikkan,” katanya, semalam.

Menurutnya, apa diharapkan ialah dengan teguran itu dapat perbaiki kembali rasa hormat masyarakat terhadap polis.

Musa berkata, jika tindakan polis tidak adil dan tepat bagaimana masyarakat akan hormat serta percaya kepada mereka.

Ketika diminta mengulas kedudukan polis sekarang, beliau berkata, polis sekarang bertindak mengikut arahan ketua, oleh kerana itu, ketua dinasihatkan agar beri arahan yang betul.
Pakatan: 'Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita'
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
10 Disember 2012
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
MELAKA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yakin kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari depan di Kuala Lumpur berlangsung dalam suasana aman.

Beliau sama sekali menolak andaian bahawa perhimpunan itu akan menjadi seperti Peristiwa 13 Mei kerana penyokong Pakatan Rakyat (PR) juga mahu perhimpunan berjalan aman bagi menyatakan bantahan mereka.

“Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita, tidak kira Melayu atau Cina akan bersama-sama berhimpun di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013.

“Saya tahu semuanya sudah bersemangat tinggi untuk ke Putrajaya tapi kita perlu ke Kuala Lumpur dahulu sebagai kemuncak semua tuntutan PR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Program itu bermula pada jam 4 petang dengan konvoi motosikal dan kereta, turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Blues Gang, Ito yang akan menyampaikan tiga buah lagu.

Mat Sabu berkata, program dengan sasaran 1 juta kehadiran turut disertai rakyat yang mahukan perubahan kerana beberapa tuntutan sebelum ini tidak dihiraukan kerajaan.

“Sudah tiga kali kita mengadakan Himpunan Bersih, tetapi kerajaan dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) terus membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kehadiran yang semakin meningkat di setiap program Himpunan Kebangkitan Rakyat di empat buah negeri sebelum ni memberikan keyakinan bahawa PR boleh mendapat sokongan rakyat.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PR yakin cukup mantap untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, ini kerana gabungan Pas, DAP dan PKR adalah sebuah keluarga besar yang sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa.

“PKR dalam keadaan yang cukup mantap dan kita adalah keluarga besar yang sudah bersedia untuk merempuh Najib, Rosmah, Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Azmin turut mencabar Najib membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dengan segera sekiranya kerajaan BN sudah cukup kuat menentang pakatan pembangkang.

“Saya cabar Najib, kalau dia sudah kuat, bubarkan Parlimen esok. Kalau dalam bulan ini Najib tidak bubarkan Parlimen, saya yang akan berikan tarikh PRU ke-13," katanya.
Mufti Perak: Umat Islam perlu imarahkan masjid
Wartawan Sinar Harian
9 Disember 2012
Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak lupa tanggungjawab untuk menjaga serta mengimarahkan masjid, terutama yang baharu dibina.
"Kebanyakan masjid hanya penuh pada Jumaat sahaja tetapi jemaahnya kurang pada hari-hari lain terutamanya semasa solat Subuh," katanya pada majlis perasmian Surau Rafeah di Meru Perdana di sini, hari ini.
Beliau berkata, masalah itu mungkin berlaku kerana umat Islam sekarang tidak menganggap masjid dan surau sebagai milik mereka kerana dibina oleh kerajaan.
"Sebelum merdeka, masjid dan surau dibina hasil usaha setiap umat Islam dengan mewakafkan tanah dan sumbangan derma. Selepas merdeka, masjid dibina dengan bantuan kerajaan sehingga setiap daerah ada masjid.
"Apabila masjid rosak, bocor mereka minta bantuan dengan kerajaan, seolah-olah sudah tidak ada tanggungjawab manusia," katanya.
Beliau juga meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat memburukkan sesama Islam dan memecah-belahkan ummah.
Surau Rafeah dibina oleh Yayasan Emkay dengan kos RM500,000 dan boleh menampung 180 jemaah pada satu-satu waktu solat.
Turut hadir  Pengurus Besar Kanan Kumpulan MK Land Holdings Berhad, Kamarulzaman Abu Bakar. - Bernama


Nurul Izzah dakwa pencetus provokasi dilindungi 'tangan-tangan hitam'
NURULFATIHA MUAH
10 Disember 2012
Nurul Izzah dakwa pencetus provokasi dilindungi 'tangan-tangan hitam'
Nurul Izzah beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga ketika program ‘walkabout’ di Pasar Tani PPR Kerinchi, semalam.
KUALA LUMPUR – Tindakan lanjut terhadap individu yang dipercayai mencetuskan provokasi dan kekecohan dalam program dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tersekat kerana didakwa mempunyai kaitan dengan ‘tangan-tangan hitam'.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, ‘tangan-tangan hitam’ itu dikatakan cuba melindungi mereka yang bertindak kasar sehingga menyebabkan ada penyokong tercedera.

“Sebelum ini, insiden seperti ini pernah berlaku di Lembah Pantai, tapi tidaklah sampai seperti di Gombak (program Jelajah Mesra Rakyat). Semua sudah kita dokumentasikan (buat laporan polis) tapi malangnya masih lagi dilindungi.

“Jadi pada saya, jelas bahawa ada cubaan ‘tangan-tangan hitam’ yang melindungi pemukul serta mereka yang bertindak kasar.

"Saya pasti, ada arahan keluar kepada pihak polis untuk tidak menangkap individu yang memukul dan membaling batu,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Mesra Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden provokasi yang berlaku pada malam Jelajah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak, 4 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, terdapat penyokong PKR dan Umno dilaporkan mengalami kecederaan termasuk terkena tikaman.

Susulan insiden tersebut, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, PR akan mengadakan perbincangan bagi mempertimbangkan langkah selanjutnya yang akan diambil memandangkan ia melibatkan keselamatan orang ramai.

“Jika tidak, ia akhirnya memberi insentif dan galakan kepada ramai lagi buat lebih banyak dan lebih teruk kepada pimpinan PR.

"Ini yang harus rakyat tentang kerana akhirnya rakyat tak berdosa yang terkena seperti mereka yang hadir ceramah atau kebetulan ada di situ,” katanya.

Beliau menegaskan, PR menolak politik ganas seperti yang berlaku di Gombak dan meminta agar mereka diberi ruang berkempen kepada rakyat dengan cara sihat.

“Apa pun yang kita mahukan dalam Malaysia, konteks pelbagai parti yang bertanding, perlulah gaya sihat,” katanya.

Pada majlis itu, Nurul Izzah beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga ketika program ‘walkabout’ di Pasar Tani PPR Kerinchi serta Balaji Mini Market, Kondo Rakyat.
KAH KAH KAH LU SAPA...LAWAK

Ibrahim Ali tak akan mohon tapi sedia sertai Umno jika ditawar
RUZY ADILA IDRIS
9 Disember 2012
Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam.

Walaupun Ibrahim seorang Ahli Parlimen Bebas, tetapi beliau dilihat sebagai wakil rakyat mesra BN.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau bertanding di Pasir Mas atas tiket Pas, tetapi mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas.

Dalam pada itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, langkah Zahrain itu adalah keputusan beliau sendiri.

"Itu adalah keputusan beliau sendiri dan bukannya keputusan Konsensus Bebas.

"Bagi saya, jika hendak membantu Umno, tidak semestinya kita perlu ada dalam Umno, di luar pun boleh," katanya.

Kedua-dua, bekas wakil rakyat PKR dan keluar parti pada awal 2010, merupakan anggota Konsensus Bebas.

Beliau menambah, selalunya bantuan dari luar mempunyai peranan yang cukup besar diibaratkan seperti "penyerang import."
Ceramah PKR 4 Dis tidak fitnah kerajaan
IZWAN ROZLIN
9 Disember 2012
Ceramah PKR 4 Dis tidak fitnah kerajaan
Amirudin (dua kanan) bersama JKKK Kampung Gombak Utara, Ahli Majlis pada sidang media yang diadakan semalam.
PETALING JAYA -  Pakatan Rakyat (PR) menafikan Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Kampung Gombak Utara Batu 8, Gombak dekat sini  pada 4 Disember bertujuan untuk memfitnah Kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari berkata, ceramah anjuran Kerajaan Negeri itu bertujuan memberikan penerangan tentang program dan usaha yang telah dijalankan untuk membantu rakyat di negeri ini.

Menurutnya, PKR  kesal dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din kononnya ceramah itu berunsurkan pembohongan dan menanam kebencian kepada pemimpin negara.

“Salah ke kalau program ini menerangkan tentang apa yang Kerajaan Negeri buat terutama melibatkan program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) serta isu semasa  pada masa yang sama kita turut membuka kaunter semakan daftar pengundi  apatah lagi  kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dialu-alukan rakyat di Gombak.

“Tentang hutang negara, belanjawan negeri Selangor, tanah yang dirampas oleh Umno, kelulusan Masjid Zakaria lebih RM 10 juta bukan cerita bohong atau fitnah. Jadi rakyat kena tahu sebab itu program tersebut diadakan," katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat PKR, di sini, semalam.

Amirudin berkata, adalah tidak logik jika tuduhan kononnya provokasi dimulakan oleh penyokong PR sedangkan wujud insiden meja milik peniaga diterbalikkan

"Mereka (Pemuda Umno) beri alasan ketika itu mereka sedang buat taklimat pilihan raya, takkan guna pembesar suara, pegang banting tepi jalan, ini alasan tidak masuk akal.

“Disebabkan masalah yang berlaku kaunter semakan daftar pengundi, khemah juga rosak akibat balingan batu dan kelapa, usaha kami beri penerangan kepada rakyat gagal,” katanya.

Katanya, penganjur merancang untuk mengadakan sekali lagi ceramah di lokasi yang sama pada 19 Disember nanti dan ia akan dibuat dengan jaminan pihak berkuasa bagi memberi penjelasan kepada semua tentang insiden yang berlaku.

Tiada ulasan: