Ahad, 23 Disember 2012

BIASALAH PARTI SAMA PARTI GIGIT-MENGIGIT...NAK AMBIK HATI RAKYAT SAPE LEBIH TULEN BERSIHNYA...RAKYAT KENA FIKIR ATAU BUAT SOLAT ISTIHARAH BAGI MEMILIH SAPE LEBIH BERSIH

Mulut celupar: Muhyiddin wajar cermin diri

Harakahdaily, 23 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar.


“DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas.

Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu,” kata Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong UMNO adalah mungkar.

Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.

DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan UMNO yang berterusan menentang PAS khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar.

Ini kerana jika PAS diganti dengan UMNO di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional.

Ini belum mengambil kira budaya rasuah dan pecah amanah yang sudah mendarah daging di dalam perjuangan UMNO. Justeru, meletakkan parti sebegini sebagai pemerintah adalah merugikan negara dan jelas merupakan perkara mungkar.

DPPNK menyeru Muhyiddin agar bercermin diri terlebih dahulu sebelum melabelkan pihak lain sebagai celupar. DPPNK ingin mengingatkan Muhyiddin keceluparannya sendiri ketika berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Tenang pada 22 Januari 2011 yang memberikan amaran kepada MCA tentang ‘negara Islam yang menjadi matlamat PAS’. Bahkan Muhyddin menyokong tindakan MCA yang memainkan isu negara Islam atas asas ‘untuk mengingatkan masyarakat Cina’. Kenyataannya ini direkodkan sendiri oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan jika Muhyddin lupa, beliau boleh merujuk kepada pautan berikut : (http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=346444)

Untuk lebih jelas, DPPNK menukilkan kembali sebahagian daripada petikan yang terdapat di dalam kenyataan penuh beliau, “Since years ago, PAS has never said it will amend the party constitution, the establishment of an Islamic State is still there..” (Sejak dulu, PAS tidak pernah berkata ia akan meminda perlembagaan parti, cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam tetap masih ada..")

Apakah matlamat daripada kenyataan Muhyiddin di hadapan pemimpin MCA ini jika tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang negara Islam? Dalam masa yang sama, Muhyiddin di ucapan pembukaaan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang lalu melabelkan PAS sebagai ‘Lebai Malang’ kerana kononnya terpaksa menggadaikan prinsip negara Islam. Inilah lidah bercabang yang dimiliki oleh Muhyiddin yang wajib diketahui oleh orang Melayu Islam keseluruhannya. Sifat hipokrit inilah yang menjadi senjata UMNO sekian lama untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

Merujuk kepada kenyataan Al-Mursyidul Am PAS yang menyebut perkataan ‘mungkar’ dan didakwa oleh Muhyddin sebagai fatwa, bagaimana pula dengan kenyataan ulama muktabar UMNO di Kelantan, Abdullah Saamah yang mengeluarkan fatwa bahawa berdosa menyokong PAS? Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 21 Februari 2012. Ini belum mengambil kira kenyataan Menteri Besar Terengganu yang melabel PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’. Tidakkah ini juga boleh disebut sebagai ‘fatwa’ pemimpin Barisan Nasional?

Justeru, dalam hal ini DPPNK menyeru Muhyddin sekali lagi agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Perlu diingatkan bahawa sejarah politik Malaysia menyaksikan tidak semestinya seorang Timbalan Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri. Cita-cita Muhyiddin barangkali tinggi melangit, tetapi nasib jatuh bangun kerajaan Barisan Nasional masih belum diketahui.

PRU13: 80% pengundi sudah ada pilihan

Aslani M, 23 Dis 2012
KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara ini dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada berlaku perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.

Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri Kelantan di Putik hari ini.

Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong Eng (DAP).

Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat pusat beberapa bulan lalu.

Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus lagi.

“Bagi membolehkan Agenda Wanita Malaysia yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia menjadi kenyataan, Pakatan perlu mempunyai kuasa di peringkat pusat.

“Dan bagi membolehkan Pakatan menang maka kita perlu bekerja mendekati 20 peratus lagi pengundi yang belum membuat sebarang pilihan,” ujarnya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, berdasar pandangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, kemungkinan besar tidak berlaku huru hara sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurutnya pasukan tentera tidak mungkin campur tangan sekiranya berlaku perubahan kerajaan, tak mengulangi apa yang berlaku di Timur Tengah.

Kata beliau kuasa rakyat lebih besar berbanding kuasa tentera berdasar kepada banyak sejarah yang berlaku sebelum ini.

Beliau juga berharap jentera kempen wanita Pakatan mendekati isteri-isteri anggota tentera memandangkan bilangan pengundi pos sekarang terdapat seramai 200,000.

“Misalnya kawasan parlimen yang ditandingi PAS mempunyai bilangan pengundi pos ramai sekarang ada 18 kerusi.

“Pada pilihan raya umum lalu kita menang di 7 kerusi parlimen dan tewas di 11 lagi kerusi yang mempunyai bilangan pengundi pos begitu ramai.

“Ini termasuk di Jeli. Berdasar kepada pengundi awam PAS sudah menang, namun apabila dicampur undi pos PAS ketinggalan di belakang,” ujarnya.

Oleh itu katanya, tawaran tujuh perkara yang terkandung dalam Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia perlu didedahkan kepada isteri-isteri anggota tentera dan rakyat di bawah.

Antaranya Caruman Wanita Malaysia bagi surirumah berpendapatan isirumah kurang RM1,500 sebulan akan dicarum RM600 setahun daripada kerajaan dan caruman khas suami RM120.

Selain itu ditawarkan perlindungan kesihatan dan ekonomi, tabung bantuan musibah dan tabung simpanan hari tua.

Pada majlis itu juga 50 wanita muda membaca ikrar dengan diketuai Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi.

Isunya sekarang ni berapa lama Umno BN patut dihukum?

http://cenangau.blogspot.com, 23 Dis 2012

Walaupun semua isu-isu lampau tu berlaku sebelum tahun 2008, sangat-sangat wajar Pakatan Rakyat membangkitkan isu-isu tu supaya rakyat bukan saja di Selangor tapi juga di Penang dan Kedah supaya rakyat di negeri-negeri tu menghukum Umno BN dihukum lebih lama macam di Kelantan.
Kelmarin Malaysiakini ada melaporkan:
Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya. - Mkini.

Terima kasih untuk Mohd Zin pasai mengaku Umno BN memang perompak hak rakyat. Dan secara tak langsung mengaku rakyat memang patut menghukum Umno atas dosa merompak hak rakyat.

Jadinya rakyat negeri-negeri lain macam Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak jugak patut bersama rakyat Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan menghukum Umno BN di negeri masing-masing.

Pasainya Umno BN di Selangor lebih kurang sama ja macam Umno di negeri-negeri lain, memang jenis merompak duit rakyat.

Takkan kut rakyat di 7 negeri lain tu bangang sangat tak nampak dan tak sedar yang pemimpin Umno BN di negeri depa jugak merompak harta rakyat.

Walaupun semua isu-isu lampau tu berlaku sebelum tahun 2008, sangat-sangat wajar Pakatan Rakyat membangkitkan isu-isu tu supaya rakyat bukan saja di Selangor tapi juga di Penang dan Kedah supaya rakyat di negeri-negeri tu menghukum Umno BN dihukum lebih lama macam di Kelantan.

Dan yang paling cantiknya rakyat perlu menghukum Umno BN bukan setakat di peringkat negeri tetapi jugak di peringkat persekutuan.

Kekayaan milik Dr. Mahathir membuktikan memang pemimpin Umno BN merompak duit rakyat macam bukti kat bawah ni.

Semua pemimpin lain yang berdosa dihukum rakyat tapi Dr. Mahathir belum sempat dihukum

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Muhyiddin mungkir janji bina sekolah Tamil

Harakahdaily, 23 Dis 2012
IPOH: Sehingga hari ini wang yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat masih belum sampai lagi.


“Adakah beliau membuat janji kosong semata-mata untuk meraih sokongan dan undi masyarakat India?” tanya Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata, Muhyiddin telah menjanjikan RM2.5juta untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat pada November 2011 sewaktu berucap di Progaram Pesta Deepavali di Little India, Jalan Lahat, Ipoh.

Katanya, ucapan itu dibuat di hadapan ribuan orang India yang datang ke pesta itu.

Ekoran itu, beliau yang juga Adun Tronoh telah membawa isu itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, baru-baru ini.

“Saya memberitahu dewan yang mulia bahawa tapak baru diluluskan  oleh kerajaan  negeri di Ampang pada bulan Mei 2012.

“Datuk Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat dan Datuk Veerasingam, Penasihat kepada Menteri Besar Perak telah menyerahkan dokumen geran tanah itu kepada pihak sekolah dan PIBG,” jelasnya.

Menurutnya, dalam majlis penyerahan kelulusan tanah itu, Hamidah menjanjikan bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 3 bulan dan bangunan baru itu akan siap bina selepas 1 tahun.

Tetapi, ujarnya sekarang sudah 7 bulan tetapi tidak ada apa-apa perkembangan tentang bangunan baru untuk sekolah tersebut.

Beliau menambah, Barisan Nasional telah menipu masyarakat India selama lebih 50 tahun dan masih meneruskan usaha-usaha itu dengan mempermainkan perasaan hati mereka.

“Saya terpaksa bertikam lidah dengan Datuk Hamidah Osman  dalam persidangan Dewan negeri kali ini. Beliau mendakwa bahawa beliaulah yang telah berusaha untuk mendapatkan tanah untuk SJKT Gunung Rapat.

“Saya menegaskan dalam dewan yang mulia bahawa SJKT Gunung Rapat mendapat tanah di Ampang atas usaha dan perjuangan Pakatan Rakyat,” tegasnya.

PAS Perak cabar Zambry dedah PR salah guna kuasa

Harakahdaily, 23 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Negeri Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuktikan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) negeri ketika memerintah Kerajaan selama sebelas bulan sebelum rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN).

Zambry mendakwa terdapat bukti itu ketika memberikan ucapan penggulungan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.

“Kami merasakan, sepanjang persidangan Dun Perak selepas rampasan kuasa sehingga sekarang, Datuk Seri Zambry sering memberikan ugutan akan membongkarkan salah guna kuasa terutamanya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Oleh yang demikian, kami mencabar agar Datuk Seri Zambry mendedahkan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).


Sebenarnya, kata beliau Zambry terlalu bimbang pendedahan yang telah dibuat terhadapnya berkaitan salahguna kuasa yang telah dilaporkan kepada SPRM kerana ianya telah mengejutkan ramai pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Selama ini, ujarnya Zambry melemparkan pelbagai tuduhan salah guna kuasa kepada Nizar bagi memburukkan imejdan ianya kini terpalit kepadanya sendiri setelah dibuktikan.

“Bagi kami, adakah tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry benar-benar 'bersih'.

“Adakah Datuk Seri Zambry tidak mengamalkan sikap kronisme? Adakah juga Datuk Seri Zambry memelihara semua aset rakyat dengan betul?” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi PAS Pera, jelas beliau sebenarnya Zambry bimbang tentang projek Rumah Perak, Batu Feringghi, Pulau Pinang yang telah diberikan kepada pegawai khasnya.

Para hufaz disaran laksana kandungan al-Quran

Rizal Tahir, 23 Dis 2012


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan para hufaz tidak berbangga dengan ‘siji’ bukti tamat menghafaz al-Quran, kerana tidak ke mana andai hanya tahu membaca dan menghafaz.

Menurutnya, al-Quran bukan untuk dibaca, sebaliknya untuk difahami serta melaksanakan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis graduasi tahfiz Yik kali ke-3, di Putik, baru-baru ini.

Seramai 247 orang pelajar tahfiz kelolaan Yik tamat hafaz al-Quran dan mereka menerima sijil masing-masing melalui Tuan Guru dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Sempena majlis itu pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Quran Bistanul Arifin, Muhammad Yusof Nazaruddin diumumkan tokoh tafiz Yik tahun ini.

Beliau berkata, al-Quran jangan hanya dibaca, sebaliknya laksanakan apa yang terkandung di dalam al-Quran.

“Generasi hari ini bakal pelapis masa depan negara, ingat jangan sekali-kali membelakangkan sunnah dan al-Quran kerana ianya panduan untuk kita dan masyarakat seluruhnya,” ujarnya lagi.

Turut berucap pada majlis itu Pengarah Yik, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Hafiz terbaik sekolah, pelajar-pelajar dari MTAQ Pulai Chondong, MTS Tanah Merah Lelaki (L), MTS Tanah Merah (P), MTS Nurul Aman, MTS AlMuhammadi dan MTQ Asriah Banggol Chicha.

Al Quran tulisan tangan terbaik dimenangi Muhammad Fadzli Nasir pelajar dari MTQ Asriah Banggol Chicha.

Umno Selangor mengaku rakyat sudah hukum mereka

Harakahdaily, 23 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Jika isu 24 bidang tanah yang dibeli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak dikeluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.


Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.

Berikut tulisan beliau.

Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”.

UMNO begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang diwujudkan oleh UMNOlah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. UMNO yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap UMNO dan komponennya. Bukan begitu?

DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita UMNO ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi. UMNO yang menyebut berulang kali yang DAP itu parti rasis dan UMNO tidak rasis. Tetapi hakikatnya UMNOlah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.

UMNO jugalah yang menjadi parti yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada UMNO khususnya kepada kepimpinan mereka. UMNOlah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan membangunakan kejatian pemikiran mereka kerana UMNO mengharapkan ahli-ahlinya menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang lain.

Apa yang lebih menyedihkan lagi UMNOlah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab UMNO berbuat demikian ialah kerana UMNO mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan melakukan perpecahan sesama rakyat yang bebrilang kaum agar kaumnya, iaitu Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani bersaing dalam kehidupan.

Apa yang diperkatakan oleh Mohamad Zain itu adalah perkara yang tidak lama kerana itulah dia isunya dari dulu sehingga sekarang. Isu yang disebutkan tadi adalah isu yang tidak akan menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24 bidang tanah yang dibeli oleh pimpinan UMNO Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak dikeluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.

Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa di dalam UMNO untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dahulu kerana mereka (UMNO) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali.

Jika UMNO kembali di berikan mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin  yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja tidak baik itu. UMNO Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai sudah tidak ada lagi dalam UMNO kerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi. Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. UMNO Selangor hanya mempunyai pemimpin seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa melibatkan puluhan juta ringgit.puluhan juta ringgit.

Dalam keadaan UMNO menghadapi isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya saya selalu berkata yang UMNO dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan UMNO di setiap peringkat.

Siapa lagi yang ada dikalangan UMNO yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka yang baik-baik dalam UMNO yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk di dalam kerajaan.

Tetapi yang baik ini pun akan menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi ‘attribute’ UMNO yang tegar?

Oleh itu Datuk Seri Mohamad Zain mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Datuk Seri Zain mesti terima kenyataan yang UMNO begitu susah untuk kembali berkuasa di Selangor sekarang ini.

Jika Zain sendiri mengaku yang UMNO pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya UMNO tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini.

PANAS: Biskut telinga cap Adnan di pasaran...

http://shalehudin.blogspot.com, 23 Dis 2012
Promosi Hebat!!
Biskut Telinga cap Adnan, akan datang!!
-----
Khasiat sampingan:
Menghalang Rejim Korup daripada Munguasai Putrajaya dalam PRU-13!
-----
Maklumat tambahan:
Makanan Halal.
-----
Gula, Garam, Minyak Masak, Tepung Gandum, Telur, Rempah-Rempah, Sos Ikan, tiada Adnan.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan: