Sabtu, 22 Disember 2012

BILA KERJA2 DUNIA TAK DISABIT DENGAN AKHIRAT...ATAU MEMANG MEREKA NI BUTA AGAMA...ATAU MEMANG SERONOK JADI TALI BARUT SYAITAN

Naikkan elaun pegawai masjid lepasi garis kemiskinan

Mohd Sabri Said, 22 Dis 2012
(Salleh menyumbangkan zakat dengan diperhatikan Elias [kiri sekali])

TASEK GELUGOR: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan mempertimbangkan cadangan  untuk menaikkan elaun empat jawatankuasa tertinggi setiap masjid di negeri ini agar elaun mereka melepasi paras kemiskinan.

Yang Dipertua MAIPP, Datuk Salleh Man berkata, cadangan ini akan dibincangkan pada mesyuarat pada hujung bulan ini dengan lebih terperinci.

Jawatan yang dimaksudkan adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari semua masjid di negeri ini.

Tidak sewajarnya, mereka yang menjaga rumah Allah s.w.t diberikan elaun yang rendah iaitu sekitar RM300.00 ke RM500.00 seorang, katanya.

Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP), Ustaz Elias Zakaria mencadangkan agar elaun pegawai masjid itu dikaji semula.

"Saya cadangkan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man agar menaikan elaun mereka yang empat tertinggi dalam masjid.  Saya cadang dinaikan RM200.00 seorang, " ujarnya dalam majlis penyerahan saguhati jawatankuasa qariah dan guru agama seluruh Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.

Menurut Salleh, apa yang disarankan oleh Ustaz Elias memang satu langkah terbaik kerana mereka yang terlibat dengan pengurusan masjid harus dibela sebab kebanyakan bekerja demi Allah.

Sebelum itu, MAIPP telah menyampaikan saguhati kepada 774 orang pegawai masjid membabitkan 199 buah masjid dinegeri ini.  Semua kosnya RM310,600.00.

Guru agama seluruh negeri berjumlah 573 mendapat saguhati RM600.00 membabitkan kos RM343,800.00.

Pada majlis yang sama juga MAIPP memperolehi pembayaan zakat perniagaan  dari Publik Islamik Bank Bhd sebanyak RM16,000, Malaysian Electronic Payment Sdn Bhd sebanyak RM200,000 dan RM250,000 dari Maybank Islamic Butterworth.

AES: Nyatakan pendirian, tak perlu guna AG

Hazayani Zakaria, 22 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS terus mencabar kerajaan menyatakan pendirian berhubung saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tanpa berselindung di sebalik Jabatan Peguam Negara (AG).

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan seolah-olah menggunakan AG untuk menangguhkan prosiding demi kepentingan mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

"Saya kecewa terhadap keengganan kerajaan nyatakan pendirian sama ada nak tangguh AES atau tidak.

"Kerajaan hanya gunakan AG dari segi aspek prosiding mahkamah. Mereka nak redakan kemarahan rakyat sebelum PRU.

"Kalau BN menang, prosiding berkaitan saman AES akan diteruskan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Selasa lalu, AG membuat keputusan  membekukan kesemua prosiding berkaitan saman (AES) yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.

Justeru, Mahfuz yang juga Pengerusi Kase menuntut AG turut mengeluarkan arahan kepada Orang Kena Saman (OKS) tidak hadir ke mahkamah sepanjang tempoh penangguhan prosiding.

Beliau berkata, mahkamah tidak wajar meletakkan OKS dalam keadaan serba salah dan menganggu tugas harian mereka untuk hadir ke mahkamah.

"Apa akan jadi kepada OKS yang diarah hadir ke mahkamah selepas AG umum penangguhan prosiding?

"Kalau OKS hadir pun prosiding tak akan dijalankan. Tapi mereka terus rasa serba salah apa akan terjadi kalau mereka tidak hadir? Adakah tindakan akan dikenakan kepada mereka. AG tidak menyatakan perkara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tegas beliau juga, kerajaan harus menghentikan saman AES.

"Tangguh prosiding tapi saman tetap dikeluarkan. Ini tidak adil," katanya.

AG dalam kenyataannya berkata, langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.

Bagaimanapun, saman-saman berkaitan kesalahan AES yang dikeluarkan masih sah.

Bekas ketua-ketua kerajaan yang terkaya di dunia

http://aspanaliasnet.blogspot.com, 22 Dis 2012

21 December 2012


Sila klik dokumen

Saya sibuk hari ini. Tiada apa yang hendak saya tulis. Sementara itu, tengok saja yang ini..kalau boleh hafalkan...Bangga tak, kerana ada wakil dari negara kita?

Aktivis Occupy Dataran berkhemah di Penjara Kajang

Harakahdaily, 22 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis mahasiswa bertekad akan 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi.

Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.

“Sejak malam tadi, kami sudah berkumpul dari jam 8 malam dan tidur dalam empat khemah disediakan. Lebih kurang 30 orang tidur di sini malam tadi,” katanya dipetik Keadilandaily.

Katanya, meskipun tiada gangguan polis setakat ini, kumpulan itu dipantau pihak berkuasa dari cawangan khas (SB), sejak malam tadi.

“Lebih kurang 8.45 pagi tadi, ada enam orang polis datang ambil maklumat ahli SMM yang duduk berhampiran khemah. Walaupun nampak tenang dengan himpunan aman, tapi kami dikawal 10 orang polis yang memerhati gerak kami,” ujarnya.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Umar hantar mesej 'semangat' dari kamar besi

Harakahdaily, 22 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Aktivis 'Occupy Dataran', Umar Muhammad Azmi yang ditahan di Penjara Kajang sejak semalam menghantar mesej kata-kata semangat buat rakan-rakan yang 'berkampung' di luar penjara itu.

Mesej tersebut berbunyi "Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," dikirim Umar kepada rakan-rakan melalui bapanya yang hadir melawatnya tengah hari tadi.

Sejak malam tadi lebih 50 aktivis mahasiswa 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sebagai tanda sokongan terhadap Umar.

Selain mahasiswa, turut hadir memberi sokongan siang tadi termasuk ahli politik dari Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Kartunis Zunar serta selebriti Abby Abadi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Fitnah: PAS Perak sokong TG Nik Aziz saman Utusan

Johari Jaafar, 22 Dis 2012
IPOH: PAS Perak menyokong tindakan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia berhubung laporan fitnah rasuah tanah kepada DAP bagi membolehkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi Menteri Besar Perak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki (gambar) berkata, tindakan itu wajar kerana tuduhan itu sesuatu yang berniat jahat untuk merosakan imej PAS dan Menteri Besar Kelantan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Umno BN ternyata ketandusan isu dengan membuat tohmahna jahat terhadap PAS, DAP dan kepimpinannya.

"Tindakan saman ini sangat wajar bagi membersihkan imej Tuan Guru Nik Aziz yang tercalar akibat fitnah tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, PAS Perak juga turut tercalar dengan tuduhan melulu itu, dengan itu PAS Perak mencabar BN membuat laporan kepada Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan dakwaan mereka.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Mohamad Nizar dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, laporan berhubung perkara itu oleh Utusan adalah satu fitnah untuk memburukkannya secara peribadi menjelang pilihan raya.

Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu.

Isu ini juga dibangkitkan oleh para Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sehingga mereka dicabar menyebutnya di luar Dewan.

DAP Perak juga sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan sama terhadap pemilik blog tersebut dan beberapa buah NGO kerana menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

 


Hukum-hukum Fitnah

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya selalu berchatting di Yahoo! Malaysia News.. Saya menggunakan panggilan nama lain di web tersebut. Dan jika seseorang mengatakan saya tidak tahu baca Al-Quran, mengatakan saya ni tergolong dalam golongan munafik, dan banyak lagi..adakah jatuh hukum fitnah padanya? Seseorang itu hanya mengenali saya melalui panggilan nama (nickname).

Jawapan

Waalaikumussalam. Terima kasih kepada yang bertanya. Semoga dirahmati Allah.

Dalam al-Quran menyebut tentang fitnah berdasarkan ayat Al-Baqarah 191 dan 217 yang terjemahannya " FITNAH itu lebih dahsyat dari pembunuhan" dan "FITNAH itu lebih besar dari pembunuhan"
Para ulama mentafsirkan kalimah FITNAH di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Di antaranya ialah:

1) Syirik atau Kufur.
2) Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yang beriman.
3) Usaha untuk memurtadkan org Islam.
4) Azab akhirat
5) Ujian dan bala bencana
6) Mewujudkan suasana masyarakat yg rosak yg menyeleweng.

Inilah kesimpulan maksud fitnah di dalam ayat tersebut.
Terdapat salah faham dalam mentakrifkan maksud Fitnah adalah disebabkan penggunaan bahasa. Masyarakat Melayu memaksudkan fitnah adalah sebegai 'TUDUHAN' tetapi ia bukanlan maksud sebenar fitnah seperti yang disebut dalam Al-Quran.
Merujuk kepada situasi anda, kata-kata yang dilemparkan di dalam ruangan 'chatting' lebih bersifat tuduhan dan merendah-rendahkan maruah orang lain. Adalah berdosa sebagai seorang Muslim merendah-rendahkan orang lain dan menuduh perkara yang tidak dilakukan.
Panel menasihatkan agar anda setiasa menjaga keperibadian akhlak dan menunjukkan contoh yang terbaik walaupun kepada musuh.
Wallahua'lam

Hukum Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim.

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

   Firman Allah SWT :
   "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam : 10-12)
Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

   Firman Allah SWT :
   "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

   Firman Allah SWT :
   "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar."
(An-Nur : 23)

   Rasulullah SAW bersabda :
   "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Wallahu 'alam :)

Rapid Pengerang: 22 kubur Islam telah dipindahkan

Zaaba Abdul Samad, 22 Dis 2012

Tulang-tulang yang telah dibungkus diikat dengan tanda nama.

Tindakan memindahkan perkuburan Islam untuk projek RAPID Pengerang telah mula dilaksanakan pada 21 Disember 2012.

22 buah kubur daripada 28 buah kubur Islam tanpa waris Kampung Jawa Laut telah dipindahkan ke tapak perkuburan Islam baru di Kampung Punggai Pengerang.

Segala tulang-tulang telah dipindahkan untuk dikebumikan ke tapak perkuburan Islam Kampung Punggai Pengerang (tapak perkuburan Islam yang baru).

Siasatan oleh sekumpulan jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang yang diketuai oleh Zaaba Abdul Samad pada jam 5 petang di lokasi perkuburan Islam Kampung Jawa Laut mendapati kerja-kerja penggorekan dan Pengumpulan tulang-tulang telah pun disempurnakan.

Dari kiri : JPDC manager Mohamad Noor bin Salleh, Setiausaha NGO Pengerang Zaaba bin Abdul Samad dan ahli persatuan NGO Pengerang.
Dalam pertemuan dengan wakil Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), En. Mohammad Noor Bin Salleh, pihak NGO dimaklumkan oleh beliau bahawa kerja-kerja untuk proses perpindahan telah pun mengikut semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Ugama Islam Negeri Johor.

Antara syarat-syarat berkenaan satu siaran pengumuman di dalam media telah dibuat untuk perihatian waris-waris sekiranya ada. Satu pengumuman juga telah dibuat melalui Masjid Kampung Jawa selepas sembahyang Jumaat. Pada 14 Disember 2012 yang lalu.

Sebelum melaksanakan proses mengorek, pihak-pihak wakil daripada Majlis Ugama Islam Negeri Johor, Pejabat Kadhi Daerah Kota Tinggi, PDRM, Jabatan Kesihatan Kota Tinggi dan ketua kampung telah hadir bersama.

Upacara telah pun dimulakan dengan bacaan doa dan setiap daripada pekerja yang membuat kerja-kerja mengorek dan mengkebumikan semula segala tulang-tulang si mati diwajibkan berpakaian sopan dan melaksanakan kerja di bawah pemantauan yang rapi.

Walaubagaimanapun, pihak NGO juga mendapat maklum balas daripada penduduk-penduduk Kampung Punggai yang melahirkan rasa tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal.

Tanah kubur yang telah digali.

Mereka menyatakan bahawa isu perpindahan perkuburan daripada kampung-kampung yang terlibat untuk projek RAPID telah pun dibuat bantahan pada bulan September 2012.

Bantahan juga turut dibuat oleh ketua-ketua kampung yang terlibat dengan perpindahan seperti Kampung Sungai Kapal, Teluk Empang, Kampung Jawa dan Sungai Buntu.

Isu bantahan tersebut telah pun disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 8hb September 2012. Sehubungan itu, penduduk-penduduk Kampung Punggai mendesak pihak-pihak tertentu yang berkaitan memberikan maklum balas terlebih dahulu terhadap bantahan yang telah dibangkitkan oleh mereka.

Bagi pihak NGO Pengerang, segala isu yang dibangkitkan oleh penduduk-penduduk setempat hendaklah diberikan perhatian dan penyelesaian kepada permasaalahan tersebut dibuat secara mengadakan sesi dialog awam.

Pihak NGO Pengerang juga dimaklumkan oleh penduduk-penduduk Kampung Punggai bahawa tapak perkuburan yang baru telah menjejaskan kawasan ladang yang diusahakan oleh mereka melalui koperasi akibat kerja-kerja penambakan tanah.

*Penulis adalah Setiausaha Gabungan NGO Pengerang

Tiada ulasan: