Mahathir: Ubah karakter orang Melayu tugas amat sukar
12 Disember 2012
jujur dan disiplin sebagai kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu.
"Mengubah karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar. Bagaimanapun, saya tidak gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu kini sudah berjaya.
"Saya percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada sistem nilai. Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan menjadikan anda berjaya.
"Sebab itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan berdisiplin," katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15 bertajuk 'Masa Depan Tindakan Afirmatif' di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dan merapatkan jurang sosial di negara ini.
Bagaimanapun, katanya tindakan afirmatif perlu ditarik balik secara perlahan-lahan untuk membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan lebih besar pai ekonomi'.
"Tindakan afirmatif bukannya keistimewaan kekal atau simbol status tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
"Tindakan afirmatif patut dianggap sebagai tongkat sementara untuk membolehkan anda bergerak ke depan dan akhirnya kami perlu buang tongkat itu
apabila kami yakin yang orang Melayu boleh bersaing dalam pasaran tanpa sebarang tongkat," katanya.
Bagi mengkayakan lagi orang Melayu, bagi tempoh itu, Dr Mahathir berkata, elemen tertentu tindakan afirmatif perlu dikekalkan, termasuk biasiswa,
kelulusan lesen permit dan kontrak kepada mereka yang berwibawa.
Beliau menyangkal dakwaan pembangkang bahawa tindakan afirmatif telah disalahgunakan untuk mengkayakan kroni-kroni kerajaan.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Amanah Tan Sri Azman Hashim melancarkan buku bertajuk 'Perdana Discourse Series Keynote Speeches by Tun Dr Mahathir Mohamad', pada majlis itu.
Berharga RM30 senaskhah, buku itu memuatkan 10 ucaptama Dr Mahathir sepanjang Siri itu, dan soalan dan jawapan terpilih daripada syarahan terdahulu.
Siri Syarahan Perdana bermula pada Ogos 2004, apabila Dr Mahathir membincangkan topik pertama mengenai 'Perpaduan Negara'. Syarahan lain dalam
siri itu menyentuh topik seperti Kedaulatan Negara, Media dan Pembangunan Negara dan Kestabilan Politik. - Bernama
Apa Sebab Sebenar Anwar Dipecat
Posted on Thursday, December 13 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Johor Born
Menilai Kembali Barisan Nasional
Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 bertemakan, "Berwawasan, Adil dan Efisien,". BN berjaya memenangi 162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan. Beliaulah Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Anwar Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN itu. Pilihanraya 1995 itu merupakan pilihanraya umum yang pertama sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BN
Tetapi Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang memerintah itu. Pada 2 September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari jawatan dan kini merengkok dalam penjara.
Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka semata-mata. Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri.
Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang rapat dengan Perdana Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.
Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah
Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu.Ketika beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteribeberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.
Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah1997 itu.
Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannyake mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu.
Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.
Menteri-Menteri Rasuah Cemas
Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan.
Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula
Lalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum. Surat-surat layang bermula. Buku 50 Dalil dikarang dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.
Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil,Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang dan kontrak bertukar tangan.
Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak Dibicarakan
Yang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masih tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai memfitnah Anwar.
Anwar telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya. Injunksi telah diberikan oleh mahkamah. Buku itu bersifat fitnah dan dilarang disebarkan.
Pejabat Peguam Negara kemudian membuat pertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri yang menulis buku itu.
Tetapi perbicaraan ke atas Khalid Jeffri masih tidak diadakan. Hakim mahkamah yang member injunksi kepada Anwar Ibrahim dipindahkan ke Johor Bahru. Mengapa ini semua berlaku?
Tidak ada konspirasi?
Orang Yang Difitnah Yang Dipenjarakan. Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang difitnah di dalam buku 50 Dalil itu yang dulu masuk penjara.
Kenapa tidak perbicaraan buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? Tidakkah Anwar lebih dahulu membawa saman malu ke atas buku itu? Waktu itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri?
Sudah dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh diedarkan pada umum, kenapa Ibu Pejabat UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam beg-beg perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Tahun 1998.
Secara kebetulan? Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dalam Umno?
Persubahatan Terjahat Bermula
Inilah bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah disebarkan dari Ibu Pejabat UMNO sendiri. Konspirasi pun bermula.
Ada orang bernama Ummi Hafilda yang tersepit kewangan kerana banyak berhutang sanggup menulis surat kepada PM dan terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Anwar. Dia menafikan mempunyai masalah kewangan dalam perbicaraan Anwar.
Tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu mengisytiharkan Ummi Hafilda muflis kerana tidak membayar bil RM300,000 untuk iklan demi memenuhi kontrak Megat Junid. Muflis ertinya bangkerap. Balasan berlaku di depan mata.
Pemandu Tiba-Tiba Menjadi Pengarah Syarikat
Ada pemandu kereta, yang pendidikan formalnya tidak seberapa, merebut tawaran menjadi pengarah syarikat.
Dengan tiba-tiba, dia hidup mewah, punya syarikat dan pakai kereta mahal. Mengapa? Kerana manusia bernama Azizan Abu Bakar ini sedia untuk bersubahat membuat kerja jahat memfitnah Anwar kononnya meliwat.
Sekarang, Azizan Abu Bakar sendiri terpenjara tiga bulan kerana berkhalwat dan percubaan untuk melakukan persetubuhan haram. Tilamnya pula yang diusung ke Mahkamah Syariah Alor Gajah, Melaka. Satu lagi pembalasan berlaku di hadapan mata.
Anwar Salahguna Kuasa?
Kesalahan Anwar bukan kerana kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang. Juga bukan kesalahan salah guna kuasa ke atas Polis dalam perbicaraannya yang terdahulu sehingga beliau dipenjara 6 tahun.
Bagaimana Anwar hendak menyalahgunakan kuasa Polis sedang Polis tidak terletak di bawah bidang kuasanya. Polis terletak di bawah Menteri Dalam Negeri.
Waktu itu, Menteri Dalam Negeri ialah Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dia tidak ada kuasa ke atas Polis.
Demikian hujah utama para peguam Anwar Ibrahim. Tetapi Hakim Datuk Augustine Paul tetap menjatuhkan hukum mengikut skrip yang telah disiapkan. Benar salah, tidak dihiraukan kerana hukumannya telah ada, iaitu Anwar mesti dipenjarakan. Anwar mesti disimpan dalam penjara. Demikian kehendak orang nombor satu.
Apabila Mahathir dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi, Hakim Augustine Paul tidak membenarkan. Kenapa?
Memerangi Rasuah Menerima Padah
Isu utama sehingga Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjara adalah kerana dia memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan di dalam kerajaan BN. Bagaimana dia tahu rasuah dan penyelewengan itu berlaku? Pertama, Anwar sudah 16 tahun duduk dalam Kabinet.
Bermula dengan jawatan rendah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas beliau memenangi Pilihanraya Umum tahun 1982. Kemudian, beliau memegang pelbagai jawatan menteri.
Dari Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan, Anwar kemudian memegang jawatan Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan akhirnya Menteri Kewangan. Beliau kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri buat beberapa ketika.
Ertinya Anwar pernah berada di koridor kuasa begitu lama dan pernah duduk di tampuk kekuasaan itu untuk beberapa ketika.
Mana Bukti Anwar Rasuah Wang?
Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan dakwa Anwar.
16 tahun dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai. Bangkai berbau. Rasuah juga berbau. Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah? Orang yang duduk di rumah kaca tidak berani membaling batu ke rumah jirannya.
Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad melawan rasuah. Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak ada air yang terpercik ke mukanya.
Salahkah Mempertahankan Marwah Diri?
Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas Anwar sehingga 6 tahun terpenjara adalah kerana dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa polis untuk menukar pengakuan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda.
Peguambela Anwar, Raja Aziz Addruse berkata di mahkamah, apa salahnya seseorang yang tidak berbuat salah melakukan usaha untuk menjaga nama baiknya dan membersihkan dirinya yang tidak bersalah itu dari difitnah dan dicemar?
Semua orang yang benar akan mempertahankan marwah dirinya apabila nama dan maruahnya diperhina dan dimalukan. Demikian kata peguam terkenal itu. Malah, Mahkamah Tinggi itu diberitahu bahawa Anwar tidak pernah mengarah-arah pihak Polis bagaimana untuk melakukan kerjanya. Anwar sekadar membuat laporan polis akan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya.
Kenapa Mahathir Dan Konco-Konconya Marah
Mana wang yang Anwar telah kebas dan selewengkan jika beliau melakukan rasuah selama menjadi menteri dan orang nombor dua dalam kerajaan? Tidak ada.
Tetapi Anwar mempunyai rekod yang banyak tentang kes rasuah dan penyelewengan menteri-menteri dalam kerajaan. Ini yang menjadikan orang-orang UMNO dan BN, terutama Mahathir dan konco-konconya, begitu marah kepada Anwar. Anwar dituduh cuba membuka pekung di dada mereka.
Cara Anwar Mendapat Maklumat Tentang Penyelewengan
Bagaimana Anwar boleh mendapat akses akan segala dokumen dan laporan salahlaku rasuah dan penyelwengan itu. Ada dua saluran sebenarnya. Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet tentang Penyelewengan di dalam kerajaan.
Kedua Anwar juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO (Baru). Apakah fungsi PengerusiJawatankuasa Kabinet menentang penyelewengan di dalam kerajaan?
Salah satu ialah Anwar menerimasegala macam aduan, komplen, laporan tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan pegawai-pegawaikerajaan dari yang kecil hingga setinggi-tingginya, termasuklah menteri-menteri dan Perdana Menteri sendiri.
Tembelang Rasuah Menteri-Menteri BN Terdedah
Sebab itulah Anwar tahu sangat akan rasuah yang dilakukan oleh Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Eric Chia, dan Mahathir sendiri. Anwar juga tahu rasuah yang didakwa berlaku ke atas Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua EPU waktu itu, Tan Sri Ali Abul Hassan, yang kini jadi Gabenor Bank Negara.
Anwar juga dapat aduan akan tuduhan rasuah Peguam Negara sekarang, Tan Sri Mohtar Abdullah.
Anwar juga mendapat maklumat rasuah Samy Vellu dan Ling Liong Sik. Malah, rasuah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan penyelewengan PM berhubung perniagaan anak-anaknya semua berada dalam pengetahuan Anwar Ibrahim.
Termasuk aduan rasmi kepada BPR akan tiga orang anak PM yang memiliki lebih 200 buah syarikat.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Umno
Tidak itu sahaja. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Anwar Ibrahim juga menerima bermacam-macam laporan dan aduan tentang perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin Umno dari ahli-ahli Umno sendiri. Seperti diketahui umum, perebutan kuasa dan jawatan dalam Umno sangat sengit. Masing-masing semuanya ada kes rasuah dan penyelewengan, yang selama ini orang di luar Umnohanya dapat mengagak secara rambang sahaja.
Tetapi dalam proses perebutan jawatan Umno yang sengit di peringkat Cawangan, Bahagian apatah lagi Majlis Tertinggi, maka bertaburlah bukan sahaja surat-surat layang, tetapi laporan-laporan sah dan benar akan kes-kes rasuah yang dilakukan oleh orang-orang Umno,terutama yang memegang jawatan kerajaan.
Wabak Rasuah Yang Menjolok Mata
Dengan sumber-sumber maklumat dari pelbagai aduan serta laporan, maka begitu jelas rasuah sudahketerlaluan dalam kerajaan BN. Perbuatan rasuah itu telah melibatkan wang negara dan rakyat bernilai beribu-ribu juta ringgit. Anwar akhirnya merasakan gejala itu tidak boleh dibiarkan berterusan. Maka Anwar pun bertindak.
Apabila Mahathir tidak ada dalam negeri kerana bercuti, Anwar mengambil kesempatan membentangkan Akta Pindaan Pencegahan Rasuah 1997. Adakah tindakan Anwar itusalah?
Adakah Anwar merugikan negara? Adakah Anwar menjadi agen asing kerana membentangkan pindaan Akta Pencegahan Rasuah itu? Adakah Anwar mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana berbuat demikian?
Sanggup Terima Risiko
Adakah Anwar tidak sedar bahawa Mahathir akan marah kerana dia membawa pindaan itu ke Parlimen ketika Mahathir tidak ada dalam negeri? Anwar sedar.
Kalau Anwar jenis penakut menurut perintah macam Abdullah Ahmad Badawi, maka Anwar tentu tidak akan berani buat demikian. Tetapi Anwar berani mengambil risiko.
Yang utama baginya ialah perbuatan jahat mesti dihapuskan. Negara dan rakyat mesti diutamakan.
Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997
Bolehkah menghapuskan rasuah sekadar menghantar memorandum dan membuat usul-susul dalam seminar sahaja? Bolehkah membanteras rasuah sekadar menjerit-jerit sahaja? Hantar memorandum dan menjerit itu pun penting.
Tetapi membuat perubahan radikal dalam undang-undang adalah saluran yangtepat. Inilah yang Anwar telah lakukan. Rasuah tidak boleh ditentang sekadar dengan pujuk rayu dan ugut-ugut sahaja? Tidak boleh.
Oleh kerana negara berjalan atas dasar hukum dan undang-undang, jadi undang-undang rasuah itu mesti diperkuatkan, diperluaskan bidang kuasanya dan dijadikan senjata yang berkesan untuk memerangi gejala yang merosakkan itu. Inilah yang Anwar telah lakukan. Untuk itu, beliau dipecat, diseksa, dituduh dan kini dipenjarakan.
Bijak Mengambil Kesempatan
Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu dibentangkan oleh Anwar di Parlimen dan diluluskan, rakyat semakin yakin akan komitmen Anwar.
Ini satu kejayaan politik Anwar. Memang Anwar pandai mengambil kesempatan ketika Mahathir tiada dalam negeri. Dia orang politik yang bertanggungjawab. Pandai mencari kesempatan terbaik untuk bertindak. Dia bukan pengikut membuta tuli. Tetapi kesempatan yang dia ambil itu untuk keburukan atau kebaikan negara?
Kes Skandal Perwaja Ke Parlimen
Tetapi tidak itu sahaja. Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu diluluskan, kemudian sekali lagi ketika Mahathir tiada dalam negeri, Anwar bertindak lagi. Kali ini, dia membentangkan laporang perbuatan rasuah dan penyelewengan dalam syarikat besi waja Perwaja milik kerajaan.
Tan Sri Eric Chia, yang menjadi kawan rapat Mahathir, yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Perwaja, telah melakukan rasuah dan penyelewengan sehingga syarikat itu rugi hampir RM3,000 juta.
Tidak itu sahaja, syarikat Perwaja, milik kerajaan, itu juga dibebankan dengan hutang hampir RM7,000 juta. Kesemuanya hampir RM10 bilion dibebankan ke atas kerajaan angkara rasuah dan penyelewengan dalam syarikat Perwaja itu.
Mahathir Terlibat Dalam Skandal Perwaja
Anwar dedahkan ini semua dalam Dewan Rakyat di Parlimen, bukan di kedai kopi atau kelab-kelab. Apabila dia terpenjara, dari dalam penjara, Anwar membuat laporan polis secara rasmi, dengan dikepil dua pucuk surat Perdana Menteri kepada Eric Chia berhubung perjalanan syarikat Perwaja tersebut.
Surat-surat itu menunjukkan secara jelas betapa Mahathir sendiri terlibat melakukan salah jenayah dalam pengurusan Perwaja kerana menyalahi perjalanan dan prosedur urusan kewangan kerajaan. Ertinya penyalahgunaan kuasa telah berlaku.
Mahathir terlibat sama melakukannya.Negara rugi beribu juta. Eric Chia masih bebas.
Mahathir masih bebas. Tetapi Anwar dibelenggu di penjara Sungai Buloh! Anwar dedahkan ini di Parlimen ketika dia bebas, dan dari dalam penjara ketika kebebasannya dirampas, Anwar masih melawan terus.
Perwaja Mercu Tanda Rasuah Dan Penyelwengan Mahathir
Anwar cukup tahu apabila beliau membawa ke Parlimen akan penyelewengan Perwaja dengan laporan lengkap dari syarikat akaun Price Waterhouse, Mahathir tentu marah. Kalau Anwar penakut dan sayangkan jawatan menteri dan TPM, buat apa dia cari penyakit?
Lebih baik diam. Bila Mahathir dah turun nanti, bolehlah buat sesuatu kemudian. Tetapi Anwar tidak boleh tunggu lama lagi. Perbuatan rasuah dan penyelewengan itu mesti ditentang. Itu komitmennya.
Idealisme Melawan Rasuah Sejak Muda
Sekarang Anwar telah dipenjara 6 tahun. Perbicaraan kedua ini kalau Hakim masih tunduk kepada Perdana Menteri, maka akan ditambah lagi hukuman penjara ke atas Anwar. Anwar telah mendedahkan dirinyakepada bahaya di penjara lebih lama apabila beliau membuat laporan polis dari penjara.
Dokumen-dokumen yang dikepilkan oleh Anwar tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik itu semuanya dikelaskan sebagai rahsia rasmi. Anwar boleh didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Hukumanya penjara mandotori. Ertinya risiko terpenjara lebih lama sentiasa berada di atas kepala Anwar. Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu, bekas Presiden ABIM, bekas pemimpin pelajar, Anwar lakukan ini semua kerana perjuangan hidupnya sejak muda untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.
Manifesto BN Satu Retorik Politik Saja
Jadi ternyata Manifesto BN dalam pilihanraya 1995 yang berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien itu adalah satu retorik politik sahaja. Tiada wawasan sekiranya pemerintahan sesebuah negara itu penuh dengan rasuah dan penyelwengan.
Tiada keadilan sekiranya yang rasuah dan menyeleweng tidak dihukum, sebaliknya yang memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan dipenjarakan.
Tiada sebuah kerajaan yang efisen sekiranya rasuah dan penyelewengan berakar umbi dalam birokrasi pentadbiran dan meluas dikalangan Jemaah Menterinya.
Sumber: johorborn.blogspot.com
Samseng MIC dalam pejabat JPN tolak Chua Jui Meng...
Posted on Thursday, December 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog tumpang sekole...?
Kira-kira 30 samseng dipercayai dari MIC mengasari Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng di ruang pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya hari ini.
Mereka yang dibenar masuk dan berkumpul dalam pejabat tersebut, ketika ribuan rakyat berhimpun di pekarangan luar bangunan dan dihalang memasuki JPN, menolak bekas Menteri Kesihatan itu semasa beliau baru keluar dari bilik mesyuarat di situ.
Jui Meng antara pimpinan Pakatan Rakyat yang dibenarkan masuk bertemu Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said untuk rundingan permohonan kad pengenalan biru.
Pemimpin KEADILAN lain yang turut dibenar masuk adalah Naib Presiden, N Surendran; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ahli Parlimen (MP) Subang, Sivarasa Rasiah.
Selebihnya diwakili MP Klang, Charles Santiago dari DAP, sementara PAS pula oleh MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
“Bila keluar dari bilik mesyuarat, kami bertembung dengan kira-kira 30 pemuda yang mula agresif menjerit-jerit kuat menyerang kumpulan kami. Mereka fokus dan tuju kepada saya.
“Saya ditolak. Cara mereka bercakap seperti menyoal, tetapi berniat nak takutkan kita. Mereka himpit saya dan saya angkat tangan (isyarat) supaya mereka berundur, tapi mereka buat (himpit) juga,” katanya kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan.
“Kita (peserta Duduk Bantah) dihentikan oleh polis (untuk masuk ke JPN). Sedangkan ramai pimpinan termasuk Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat hadir nak suarakan pendapat mereka,” kata Pengerusi KEADILAN Johor itu ketika ditemui Keadilan Daily selepas diserang.
Jui Meng berkata, serangan berkenaan membuktikan ‘virus’ samseng politik Umno berjangkit kepada MIC.
“Sudahlah tak bela kaum India, malah bertindak ganas kepada kita yang nak perjuangkan hak kaum mereka. MIC seperti orang hilang akal.
“Kerajaan seolah-olah membenarkan tindakan agresif seperti ini,” kata Jui Meng.
“Kenapa mereka (peserta himpunan) dihalang? Mengapa pula polis benarkan 30 pengacau itu masuk, tunggu dekat bilik mesyuarat dan serang. Sedangkan kita datang secara aman,” sambungnya.
“Saya nak pesan pada mereka, walaupun mereka ramai tetapi kita akan teruskan (perjuangan). Di sini bukan hanya orang India sahaja, ada Melayu dan Cina. Tapi kita akui isu kad pengenalan ini isu penting orang India,” katanya.
Sementara itu, Latheefa memaklumkan, video bukti serangan oleh kumpulan samseng itu ada padanya.
“Mereka datang dan berkata kepada Datuk Chua – “Tahniah apa yang Datuk buat, tapi mana 300,000 orang itu?” dengan nada kasar.
“Isunya bukan 300,000 itu ada atau tidak. Isunya ialah, tidak boleh ada rakyat yang tidak mempunyai kerakyatan,” tegas Latheefa.
Menurutnya, ekoran desakan rakyat yang berhimpun, hanya 500 borang diisi sejak meja pendaftaran dibuka pegawai JPN dengan bantuan sukarelawan KEADILAN kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Latheefa berkata, semua borang permohonan kad pengenalan biru itu berjaya dihantar hari ini.
“Peliknya, program MyDaftar yang dianjurkan MIC boleh selesaikan 14,000 borang dalam masa lapan hari. Kalau ikut nisbah, bermakna sehari boleh selesaikan 2,000 orang.
“Tapi kenapa hari ini hanya ambil 500 borang sahaja? Ramai yang dah balik sebab kecewa,” kata Latheefa. - keadilandaily.com
MIC men accused of roughing up Jui Meng...
PKR vice president Chua Jui Meng who is also Johor PKR chief was allegedly manhandled by MIC members after a meeting with National Registration Department (NRD) officials in Putrajaya this morning.
“It is shocking that the police allowed MIC gangsters into a federal government building. There were about 50 MIC members waiting outside the meeting room.
“When we stepped out of the room after the meeting, about seven to eight of the MIC goons manhandled Chua, pushing and shoving him,” said N Surendran.
Surendran, the PKR vice president had earlier led a delegation comprising Chua, Latheefa Koya, Charles Santiago and R Sivarasa to meet NRD director general, Jariah Mohd Said.
They were representing hundreds of people in a bid to resolve the issue of stateless Indians.
Surendran said a police report will be lodged against the MIC members who roughed up Chua. “We will also release a video which proves the assault,” he said.
MIC Youth information chief S Subramaniam was quick to deny Surendran’s allegation.
“We were there as part of a special task force. Chua reacted harshly when one of our members asked what he had done for the community when he was in the cabinet,” he said.
Chua was Health Minister in the BN government from 1990 to 2004. He joined PKR in 2009.-FMT
JPN - Buka pintu...buka pintu...depa mai tuntut Mykad...
Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini cemas dengan kehadiran dan sorakan 2,000 rakyat serta pemimpin pembangkang di depan bangunan itu.
Pintu pejabat tersebut ditutup sebaik kumpulan itu sampai di situ kira-kira jam 11.15 pagi tadi.
Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah bas persiaran daripada seluruh negara dan mula berkumpul di lapangan parkir berhampiran seawal jam 9.30 pagi sebelum bergerak ke JPN pada 11 pagi.
Sepanjang perarakan, para peserta bersorak “Najib tipu”, “Hishammuddin tipu”, “JPN tipu” serta membawa sepanduk dan replika IC merah bergambar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Sebelum perarakan dimulakan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan (IC) merah.
Penganjur perhimpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ucapannya menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana menipu semasa berucap pada Perhimpunan Agung MIC hujung minggu lalu.
Najib menyatakan hanya 9,000 sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.
“Najib kata 9,000, dia tipu!
“Sebenarnya lebih daripada angka itu. Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.
Turut berucap, Ahli Parlimen (MP) Kapar, S Manikavasagam dan MP Subang, R Sivarasa.
Manikavasagam di depan pintu JPN menunjukkan IC Hijau yang diberi pada sebahagian rakyat Malaysia berketurunan India.
Manakala peserta himpunan sekarang duduk di depan bangunan itu sambil membantah pengabaian kerajaan ke atas mereka.- malysiakini
Sumber
Ratapan Orang UMNO berbeza beza
Posted on Thursday, December 13 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh SAKMONGKOL AK47
Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya.
Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.
Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55 tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan? Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang sedikit masa dahulu cakap berdegar degar mengenai 1Malaysia? tidak ada yang terpinggir dan tidak yang ditinggal? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang cakap besar mengenai model ekonomi baru? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang bercakap besar mengenai ETP, GTP, NKRA nya dan lain2 singkatan kata2? Semua nya sudah dihumban keluar. Kehdupan orang Melayu seperti mana yang mereka kecapi selama ini akan berakhir.
Kehidupan yang ahli UMNO lalui dan harungi amat berbeza. Kepada majoroti orang Melayu, kehidupan salaam 55 tahun dibawah penjagaan dan perlindungan UMNO menyebabkan 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM 1500 sebulan. 240,000 dari 260,000 bekas tentera hidup tanpa pencen dan terpaksa mencari rezeki sebagai buruh, jaga dan security guards. Ertinya, rakyat biasa, ahli UMNO biasa hidup sebagai rakyat yang terpinggir. Nikmat yang mereka rasai tidak lebih daripada hasilan minima tanggung jawab mana2 kerajaan dalam dunia.
Kehidupan antara Melayu istimewa dan Melayu terpilih berbeza bagai bumi dengan langit daripafa kehudpan yang dilalui oleh rakyat biasa. Rakyat hidup biasa, yang istimewa hiudp istimewa. Pemimpin UMNO hidup sebagai tuan, ahli UMNO dan orang Melayu seperti hamba. Pemimpin UMNO hidup sebagai warden, rakyat seperti mereka yang diawasiKita tidur atas tilam yang sama, tapi bermimpi yang lain2. Jadi, orang UMNO menangis kerana sebab yang berbeza.
Pemimpin, golongan istimewa dan elit menangis kerana kehidupan menyalahguna keududkan, kehdupan hisap darah dan ambil untung dan riba, akan berakhir. Kehidupan golongan istimewa dan aristocrat politik UMNO yang membudak budakkan dan membodohkan orang Melayu akan berakhir. Rakayt biasa hanya manangisi kepada metos kehidupan yang telah direka oleh golongan elit UMNO.
Yakni suatu hidup yang senentiasa terancam yang menyebabkan rakyat merasa perlu bernaung dengan UMNO. Setelah 55 tahuh berkuasa, UMNO masih gagal menyngkirkan ancaman tersebut? Apa yang telah mereka lakukan? Maka rakyat dan orang Melayu secara umumnya, meratapi pemusnahan metos mengenai kelemahan dan kadaifan mereka. Mujurlah mereka meratapi berkahirnya suatu cerita dongeng dan rekaan. Golongan elit, golongan bangsawan politik- mereka menangisi berakhirnya reality hidup yang selama ini mereka palsukan.
Ratapan Orang UMNO berbeza beza
Cara Dr Mashitah Bodek Najib!!
Posted on Thursday, December 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: laniismaa
"Cara Dr Mashitah bodek Najib untuk menjadi calon Parlimen Baling. Ustazah UMno dan Menteri berkaitan Islam ini tergelak besar dengan apa yang berlaku.
Isteri ‘Ulul Amri’ [seperti didakwa perwakilan PAU] Datin Seri Rosmah Mansor meraikan speaker Dr Randall White ketika beliau menghadiri “Women Directors Convention (WDC 2012) di Kuala Lumpur, hari ini.
Dengan lelaki isteri ‘ulul amri’ ini ingin bersalam tetapi tidak dengan perempuan. Lihat peserta perempuan yang menghulur tangan tetapi tak bersambut!! Mungkin dia hanya ‘cikai’ bagi Datin, tidak seperti Dr Randall White.
Dr Mashitah juga pernah menulis Najib Contohi Rasullullah
EkEleh.com"
Isu Musa Hassan patut menjadi pengajaran kepada semua
Posted on Thursday, December 13 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Aspan Alias
Isu kenyataan Musa Hassan masih menjadi isu hangat dan entah bila isu ini akan surut. Merata-rata dalam media massa alternatif ianya diperkata dan dibincangkan oleh rakyat khususnya mereka yang tampil untuk menulis tentangnya. Minat rakyat terhadap isu ini semakin besar kerana isu permainan politik di dalam institusi penguatkuasa dan demokrasi dalam negara ini sememangnya isu yang begitu sensitif bermulanya dari pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
Pihak eksekutif telah mencerobohi semua badan dan institusi demokrasi dan penguatkuasa kerana kepentingan seseorang atau sekumpulan manusia lemah yang memimpin kita. Mereka ini telah lemah untuk mendapatkan sokongan rakyat secara natural dan berdasarkan kepada kemampuan peribadi maka menggunakan institusi kepolisan merupakan kaedah yang ampuh bagi mereka walaupun dalam jangka panjang ia akan terbongkar dan di hina rakyat.
Dengan kenyataan-kenyataan yang tidak henti-henti dari Musa itu, ia
membuktikan yang kerjasama secara haram di antara pemimpin lemah dengan
individu-individu dalam PDRM semasa itulah yang menyebabkan BN yang
sepatutnya jatuh lama dahulu mampu bertahan sehingga hari ini. Tetapi
kerja yang tidak baik akhirnya akan di ketahui ramai juga, kerana
konspirasi dua belah pihak untuk melakukan kerja yang tidak betul lambat
laun akan terbongkar juga.
Bagi saya Musa bukan isunya. Isu yang terbesar sekarang ialah dengan
pembongkaran oleh bekas Ketua Polis Negara itu menunjukkan kepada kita
bahawa Polis telah di gunakan untuk kepentingan peribadi pimpinan untuk
menahan ombak perubahan yang sebenarnya telah bermula sejak zaman Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. Apa yang pimpinan tertinggi UMNO
dan kerajaan tidak tahu, ialah apabila konspirasi seperti ini dilakukan
yang paling penting untuk di jaga ialah mengekalkan perhubungan
kedua-dua belah yang berkonspirasi itu.
Hasil dari pembongkaran Musa ini kita mendapat tahu maklumat tambahan
bagaimana Polis Di Raja kita rupa-rupanya berpecah belah kerana selagi
ada campur tangan pihak politik dalam PDRM yang sepatutnya bertindak
secara ‘professional’ itu telah lari dari asas tanggungjawab pihak PDRM
itu.
Tidak guna ada pihak yang sedang menuduh Musa itu dan ini, tetapi yang
penting Musa telah melambakkan apa-apa kejahatan moral yang dilakukan
oleh pimpinan negara kita kerana kuasa politik semata-mata. Politik yang
menggunakan kuasa Polis untuk berpolitik merupakan pemimpin yang tidak
bertanggungjawab kerana tidak merasa sensitif dan tidak mahu mengakui
yang pencerobohan terhadap Polis itu boleh mengekalkan kuasa tetapi
hanya untuk jangka masa pendek sahaja.
Akhirnya rakyat akan tahu dan akan bertindak terhadap mereka dan dalam
isu kita di Malaysia ini ia akan dilakukan oleh rakyat yang mengundi di
dalam PRU nanti. Sekarang semuanya sudah terbongkar satu demi satu dan
pemimpin yang menjadi sasar tuduhan Musa itu sedang diam membisu dan
tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap isu itu.
Kepada pegawai-pegawai tertinggi Polis atau mana-mana penjawat awam
yang sedang berkuasa kini wajar menjadikan isu ini sebagai pengajaran.
Satu pengajaran yang boleh saudara/i sekalian pelajari ialah apabila
mereka (pegawai kerajaan) menjadi sasaran rakyat ahli-ahli politik yang
menggunakan mereka akan berdiam diri dan menyelamatkan diri
masing-masing dan tidak akan keluar membantu mereka dalam kesusahan.
Ini jugalah yang sedang berlaku kepada ramai pemimpin yang tidak jujur
yang lain. Mereka begitu ‘glamour’ semasa berkuasa kerana ada banyak
institusi kerajaan yang membantu mereka melakukan kerja yang tidak baik
itu. Tetapi apabila bersara semuanya terbongkar satu demi satu dan zaman
persaraan mereka itu tidak aman dan yang besar-besar pangkatnya dahulu
gagal untuk mencapai status yang di idamkan mereka.
Contohnya Dr Mahathir sendiri telah gagal untuk di anggap sebagai
negarawan dari pandangan banyak pihak kerana beliau masih aktif
berpolitik kerana terlalu banyak perkara yang beliau terpaksa tutupi. Dr
Mahathir terpaksa bercakap sehingga isu buku memoir Rosmah pun terpaksa
beliau komen. Beliau terpaksa memberi penjelasan kenapa beliau membidas
pewaris kuasa dari beliau, Abdulah Badawi dengan berbagai alasan yang
mudah dipatahkan oleh orang ramai.
Pendeknya beliau terpaksa bercakap dan bercakap dan menggunakan isu
mempertahankan Melayu sebagai alasan untuk mempertahan diri dari
anggapan negatif rakyat terhadap beliau. Beliau cuba hendak menyorokkan
fakta yang segala kecelaruan politik dan ekonomi negara ini bermula dari
kelemahan zaman beliau sendiri. Rakyat telah memahami bahawa bangunan
tertinggi, jambatan terpanjang dan tiang bendera tertinggi di dunia yang
ada dalam negara kita ini tidak mampu untuk dijadikan isu untuk
Mahathir menunjukkan perbezaaan dengan pimpinan sebelum beliau.
Segala budaya politik perniagaan dan sebagainya telah rosak sehinggakan
sekarang tidak tahu lagi bagaimana dan siapa yang akan mampu untuk
memperbaikkinya. Tidak mungkin pemimpin dari gerombolan sekarang mampu
untuk memperbaiki nya kerana mereka adalah dari kumpulan yang telah
melakukan kerosakkan kepada segala sistem politik dan budaya kehidupan
rakyat yang ramai ini.
Jika UMNO hendak memperbaiki keadaan ini parti itu terpaksa memberikan
tugas kepada orang yang berpengalaman dalam kerajaan yang tidak berada
di dalam kabinet negara. Hanya orang yang tidak terpalit dengan
kerosakan ini sahaja yang mampu untuk memberikan imej dan budaya politik
dan pembangunan negara yang lebih di yakini rakyat yang ramai.
Kalau pimpinan UMNO sesungguhnya jujur, semua yang berada di dalam
kabinet hari ini mesti meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada seorang
yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan usaha membangunkan negara
agar matlamat pencapaian negara yang mempunyai rakyat yang berpadu tanpa
mengira kaum, agama dan warna kulit hidup aman dan damai
setidak-tidaknya 50 atau enam puluh tahun yang akan datamg.
Kurang dari itu, UMNO tidak akan lagi relevan dan akan terbukti dalam
pilihanraya yang akan datang. Kalau pun berjaya ia akan hanya kejayaan
yang amat tipis dan UMNO akan menjadi parti yang seperti kata
perbilangan Melayu ‘hidup segan mati tak mahu’.
Dalam isu Musa yang sedang diperkatakan ini, pimpinan negara sepatutnya
mengambil ‘accountability’ dan berhadapan dengan rakyat. Kalau politik
tidak masuk campur dan membiarkan PDRM melaksanakan tugas secara
'professional', polimik tentang Musa ini tidak akan wujud.
Sekarang ini biar Mahathir, dan Najib menjawab segala-gala yang di
sebut oleh Musa Hassan itu. Kepada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan
termasuk Ketua Polis, Ketua SPRM dan pegawai-pegawai tinggi yang lain
elok belajar dari apa yang berlaku terhadap PDRM hasil dari permainan
politik pimpinan yang sedang berkuasa.
Pandangan ini penting di ambil kira kerana apabila rakyat melakukan
perubahan nanti pegawai-pegawai ini akan terus berkhidmat tanpa sarat
dengan isu lama yang buruk melekat di diri anda. Ingat, ahli politik
datang dan pergi. Anda di dalam perkhidmatan awam akan kekal sehingga
tarikh persaraan.
Berkhidmatlah dengan jujur agar dalam zaman persaraan untuk menunggu mati anda tidak terlibat dengan isu yang tidak baik. Kita perlu ingat di dalam melalui sisa-sisa hidup kita tidak dipandang remeh oleh masyarakat sekeriah dan jiran tetangga kita.
Apabila kita meninggal dunia, biarlah sanak saudara dan jiran tetangga kita mengusung jenazah tanah perkuburan kita akan diiringi dengan doa mereka yang baik-baik bagi kita menghadapi kehidupan yang kekal di akhirat nanti.
Berkhidmatlah dengan jujur agar dalam zaman persaraan untuk menunggu mati anda tidak terlibat dengan isu yang tidak baik. Kita perlu ingat di dalam melalui sisa-sisa hidup kita tidak dipandang remeh oleh masyarakat sekeriah dan jiran tetangga kita.
Apabila kita meninggal dunia, biarlah sanak saudara dan jiran tetangga kita mengusung jenazah tanah perkuburan kita akan diiringi dengan doa mereka yang baik-baik bagi kita menghadapi kehidupan yang kekal di akhirat nanti.
Isu Musa Hassan patut menjadi pengajaran kepada semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan