Logo Halal Jakim Disalahgunakan
Ini adalah butiran kes di bawah. Entry ini khas buat renungan anda di hari Jumaat yang mulia ini.
Kali ini, satu lagi taktik mengelirukan umat Islam berjaya dibongkar.
Sebenarnya, ianya berlaku tanpa disedari oleh orang Islam kerana logo halal Jakim sebenarnya mempunyai nilai yang komersial yang amat tinggi sehingga mampu membuatkan peniaga mengaut keuntungan.
Kes yang dipaparkan ini menunjukkan , pelbagai alasan boleh diberikan oleh peniaga untuk cuba melepaskan diri dari tindakan undang-undang.
Perhatikan betul-betul logo Halal Jakim pada minuman Nescafe di papantanda itu.
Tiada yang salah pada logo itu, malah Nescafe memang mempunyai kelulusan sijil Halal sejak sekian lama.
Lihat juga logo Halal Jakim pada susu dipapantanda itu – ia juga tiada kesalahan pada logo itu, kerana produk itu memang mempunyai kelulusan yang sah dan diperakui.
Bagaimana pula udang itu?
Siapakah pemilik udang itu, atau udang itu atas jenama apa?
Benar, udang boleh dimakan, hatta tanpa logo halalpun, kita tahu udang bukan haiwan yang haram dimakan.
Apabila ditanya, mengapa logo halal diletakkan pada Nescafe itu?
Jawapannya amat mudah , kanak-kanakpun boleh menjawab – sebab Nescafe memang disahkan halal oleh Jakim, maka logo halal diletakkan di situ.
Namun, apabila diajukan soalan – abistu, udang tu macamana? Apa jenama udang itu?
Anda masih tak faham maksud saya?
Maksudnya di sini – anda telah menggunakan logo halal milik pihak lain, tetapi di masa sama, anda memanipulasi logo itu untuk kepentingan anda.
Sekali imbas, tiada yang salah.
Tapi tahukah anda, dengan logo halal itu diletakkan di situ, seolah-olah memberikan gambaran kepada pengguna Islam, bahawa restoran anda mempunyai sijil halal malah tanpa ragu-ragu, datanglah menjamu selera di sini.
Masih tak faham? Suka hatilah, kerana ia memerlukan hati dan deria yang tajam untuk memahami maksud yang tersurat dan tersirat ini.
Seorang warga emas merangkap pesara sebuah syarikat swasta, sempat saya tanya (beliau enggan dirakamkan fotonya).
Dia mengakui, telah makan dan minum di restoran ini sejak bertahun-tahun lalu.
Semuanya kerana logo halal yang dipaparkan pada papantanda itu, sekaligus membuang rasa curiga dan was-wasnya untuk makan.
Restoran ini begitu maju, malah amat terkenal terutama kepada penduduk sekitar Petaling Jaya.
Dianggarkan, separuh dari pelanggannya setiap hari adalah orang Melayu, berugama Islam.
Tidak pernah yang meletakkan perasaan curiga pada operasi restoran ini.
Namun, apabila sudah terang lagi bersuluh, ada yang tetap membutakan mata, hati dan perasaan untuk tetap menjadi pelanggan di sini.
Apakah yang terang, apakah yang lagi bersuluh itu?
Pemilik restoran ini sudah terang-terang bukan berugama Islam.
Kesemua pekerjanya juga dipercayai bukan berugama Islam.
Malah difahamkan, sebahagian besarnya, bukan warganegara Malaysia.
Sebarang pengesahan sijil halal Jakim juga, tidak ada ditampal di mana-mana bahagian restoran ini.
Ya, restoran ini tidak menjual sebarang makanan berasaskan babi dan tiada juga arak.
Tetapi ia bukanlah sebagai sebab dan musabab untuk tidak menerangkan yang ada di depan mata.
Pemeriksaan juga menemui perkara ini – restoran ada memiliki sijil halal, tetapi dari pihak swasta yang sememangnya tidak pernah diiktiraf oleh Jakim @ kerajaan.
Mau tau lagi ? Sijil itu pula telahpun tamat sejak setahun lalu.
Atas kesalahan itu, pemilik dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimum sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan.
Dan semua logo-logo Halal itu diwajibkan tidak lagi dipamirkan di premis ini.
Ataupun, perlukah anda menyalahkan pihak berkuasa, Jakim, media atau ondscene, akan isu seperti ini, dan terpaksa saya padamkan lampu supaya anda tidak lagi perlu bersuluh – redah sahajalah apa yang ada di depan mata.
Mujurlah ada hamba Allah yang tergerak hati membuat laporan yang menjurus kepada risikan dan siasatan sehingga terbongkarnya perkara ini.
Jadi, adakah masih ada yang tidak faham akan taktik ini dan juga apakah sebenarnya peranan kita sebagai pengguna Islam untuk menjauhkan perkara sebegini?
Perlukah kita menyalahkan 100 peratus kepada peniaga sedangkan memang itu tugas peniaga untuk memperdaya anda yang sudah lama lalai dalam bab-bab ini, sebaliknya sibuk menyalahkan pihak lain.
Sebab itu, saya berani mengatakan, kita kena salahkan diri sendiri dahulu sebelum menuding jari kepada pihak lain.
Dalam teori ekonomi ianya ibarat DD = SS (Demand = Supply).
Atau dalam bahasa mudah, tiada Permintaan, tiadanya Penawaran.
Soalan saya:
1- Perlu sangat kah saya dedahkan nama restoran ini – sedangkan anda sebenarnya tidak perlupun datang ke sini kerana bersepah lagi restoran yang tidak diragui statusnya untuk menikmati hidangannya.
2- Bagaimanakah status ayam dan puyuh ini? Adakah ia diperolehi dari sumber yang sah dan disembelih dengan cara Islam, atau?…
3-Bersebelahan restoran ini, terdapat sebuah lagi restoran India, yang tiada sebarang logo halal. Tiada pelanggan Islam datang menjamu selera di situ. Mengapa?…
Operasi ini diketuai Penolong Pengarah Hub Halal Jakim, Ustaz Mohd Amri Abdullah bersama anggota dan pegawai Jakim dan KPDNKK Selangor.
Entry ini selesai disediakan pada Jumaat, 26 Nov 2010, jam 3.35 pagi.
Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada diri sendiri – tepuk dada tanya selera…
KEHADIRAN NAJIB DAN ROSMAH DIKEDAI MAKAN DAUN PISANG, PETALING JAYA...LANGSUNG TIDAK DIAMBIL KISAH OLEH PELANGGAN DISANA!!!!!
Kesian Najib Razak... kehadiran beliau bersama sama dengan Rosmah dan anak lelaki mereka disebuah kedai makan daun pisang di Jalan Gasing Petaling Jaya, Selangor tengah hari tadi tidak diambil peduli dan pusing oleh para pelanggan yang kebetulan berada disana.
Yang sibuk rasa teruja ialah tuan punya kedai makan dan kakitangannya saja.
Mengapa boleh terjadi sebegini rupa sedangkan kalau dilihat disemua media milik dan kawalan UMNO dihebahkan seolah-olah Najib Razak seorang pemimpin yang diminati dan dikagumi rakyat.
Realitinya?.. Orang ramai dah tahu ini hanya satu sandiwara bagi tujuan nak naikkan imej beliau sekeluarga yang kononnya seorang pemimpin yang cukup sederhana dalam gaya hidup.
Tapi sayang sekali.. rakyat tidak mudah tersilau, terpukau, terpegun dan tergamam dengan lakunan murahan Najib anak beranak.
Yang nampak rasa pelik kehadiran mereka anak beranak ialah seorang pelancung asing yang duduk bersebelahan mereka....Itu pun sekadar menzahirkan rasa hairan.. Sepasang suami isteri bersama anak lelakinya makan tengah hari dikelilingi para kakitangan tetapi pelanggan lain buat tak kisah!!!
Musa minta Ramli perjelas 'kekayaan'
Bekas
ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menggesa Datuk Ramli
Yusuff supaya menjelaskan bagaimana bekas pengarah jabatan siasatan
jenayah komersial itu "mengumpul kekayaan yang besar" semasa berkhidmat."Beliau harus menjawab. Bagaimana dia boleh memperolehi kekayaan yang besar ketika dia masih dalam pasukan (polis)?
"Saya tidak mempunyai kekayaan sebesar itu. Beliau perlu menjawab," dakwa Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan seorang penulis blog pro-Umno yang dikenali dengan nama Bigdog.
Dalam tulisan blog itu, Bigdog mendakwa Ramli memfailkan satu pengisytiharan pada 4 September 2007 yang menyenaraikan 52 aset yang bernilai lebih RM8 juta termasuk sebuah kondominium di Residence Pavilion bernilai RM1.1 juta.
Ramli sebelum ini mendakwa Musa menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi seorang ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.
Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang
Bekas
ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel
penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang
pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai
berkenaan dilucutkan jawatan.Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.
Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.
Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.
Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah.
"Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya.
Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras, dakwanya lagi.
Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam.
Musa dakwa KSU kementerian juga campur tangan
Bekas
ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini tampil dengan dakwaan
baru bahawa ketua setiausaha kementerian dalam negeri Datuk Abdul Rahim
Mohamad Radzi turut campur tangan dalam hal ehwal polis.Tanpa menamakan Abdul Rahim, Musa mendakwa setiausaha agung kementerian itu memberi arahan terus kepada pegawai polis tertentu, yang menurutnya menyebabkan pasukan itu keliru dalam mengikut arahan.
Musa mendakwa Abdul Rahim mengeluarkan arahan supaya pegawai polis berkenaan memberi laoran kepadanya.
Katanya lagi, pegawai berkenaan kemudiannya mengadu kepadanya kerana keliru.
Musa berkata demikian dalam satu sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) - sebuah NGO yang dinaunginya.
Ketika ditanya, Musa berkata ketua setiausaha kementerian yang dimaksudkannya itu adalah yang sedang berkhidmat pada masa ini.
Musa pada bulan lalu mendakwa Hishammuddin campur tangan dalam urusan polis dan memberi arahan kepada pegawai polis bawahan dan seorang ketua polis daerah semasa perkhidmatan bekas ketua polis negara itu.
Musa berkata kerajaan tidak memberi sebarang maklum balas berhubung dakwaannya ke atas Hishammuddin, dan usaha MyWatch untuk bertemu ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar juga menurutnya tidak dilayan.
Mat Zain: Kemarahan Musa hanya satu 'sandiwara'
Bekas
ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata,
kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan
ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah
satu lagi sandiwara".Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.
"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa komen ke atas menteri kabinet dan pemimpin Umno, namun beliau menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liiwat I dan II.
"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu, atau apa sahaja yang anda mahu panggil, hanya satu lagi sandiwara," katanya.
Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu – terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Musa perlu sedar bahawa kejujuran seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji, katanya.
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 275 subscribers
Gasaklah korang..!! sekarang baru rakyat nampak apa yg berlaku diBukit Aman.. bila PR meneraju negara nanti.. jgn harap sgt dgn PDRM.. minta bantuan ATM atau Skuad Amal PR...!! PDRM mesti dirombak semula...penjenayah berskala jerung mesti diburu bukan dilindung.. VVIP yg salah mesti dihadapkan kemahkamah bukan dikambuskan bukti.....
Ab Wahab Jusoh · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
Ada kesangsian dlm kemunculan Musa dan Deepak. Anwar kena berhati2. Dulu dah terkena jerat melibatkan pembantu yg dipercayai. Jangan terus menelan hidup2 tanpa penelitian. Baca apa yg tersirat supaya tidak terus terperangkap dan terjerat.
Ahmadi Osbina · Pengulas Tertinggi
MUSA TERHUTANG BUDI DG ANUAR; KERANA ANUAR DIA NAIK PANGKAT BERGANDA.
049:006 Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
ANUAR JUGA HARUS BERHATI2 DG ular kepala 2 apa lagi kepala 7.
Armanyadi Jaafar · Pengulas Tertinggi · Politeknik sultan haji ahmad shah
Rasanya boss lamanya yang suruh tu... Boss yang suruh usung tilam dah tahu bahawa boss skang dah jadi liability kepada partinya dan boleh menyebabkan parti anutannya kalah besar. Kalo parti mereka kalah maka boss lama akan "tak senang duduk dan tak senang berdiri" kerana segala pekung2 mereka akan terbongkar dan disiasat dan periuk nasi anak beranak akan tergugat. Mereka bukan cenderung kepada kita tapi lebih kepada nak bagi laluan pada second boss yang kurang kontroversi berbanding dengan boss skang.
Mohd Faizal Awang · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di University of Papua New Guinea
Saat Sulaiman, tolong edit sikit lokasi lu, LABIS bukan LSBIS. lu mesti silap taip sbb huruf A dgn S ddk sblh menyeblh....huhu!!
Giustizia Spada · Pengulas Tertinggi
MUSA TAKUT DIJADIKAN KAMBING HITAM...TERPAKSA,......MENGAKU ATAU SPIN CERITER......SEBAB DIA TAHU KERAJAAN SUDAH HAMPIR GOYAH......TEMPAT BERPAUTNYA KINI SUDAH HAMPIR REPUT....NAK WAT STAEMENT PUN TERPAKSA BERHATI HATI....
Tengku Utara · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hino pilot
Kalau macam tu kementerian dalam negeri dan PDRM sentiasa membuat skrip sendiwara la,?dan umno yang menjadi pengarahnya?akan aman kah negera ini dibawah sendiwara umno?semuga TS Musa Hassan terus membuka rahsia sendiwara KDN .
Jari Kelingking · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
Musa Bukannye Marah.Cume satu Pendedahan Yg Jujur Utk Rakyat Fikirkan bile PRU13 nanti.Supaya Rakyat Jangan Tertipu Dgn Sandiwara UMNO.Ni Lubang Telah Pecah.Tapi Rasa2nye hanye Rakyat Yg Celik Akal dan Celik Hati je Yg Takterjebak.
Sulaiman Yusof · Pengulas Tertinggi
Aku lebih setuju dengan Mat Zain ni...tapi dengan Musa Hassan..aku masih
"sceptical" ...burung tempua tak kan bersarang rendah kalau padi dah bais kena tuai....!!! Apa pun kalau Musa nak baraikan kebobrokan pemerantah sekarang dan terdahulu...saya silakan...!!!! Pencerahan minda!!!
Jamlus Abu Bakar · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu Teachers College
Saya dah agak dah....kenyataan Musa sangat sangat mengelirukan....Jangan percaya ....lihat dari cara bercakap pun kita dah tahu bahawa cerita itu macam direka reka.....Saya sokong jiika Md.Zain memberi penjelasan yang sebenarnya.....
Lurus Bendul · Pengulas Tertinggi
Tak apa lah mamat zin!! beri dia ruang!! untuk melepaskan bahang di hati !! sebab malaysia megamalkan bersikap Libral!!.. libral adalah amalan yang baik semu aorang boleh bercakap !! dan semua orang boleh mendegar dengan cara yang terbuka!! rakyat malaysia sudah matang!! dah 55 tanun!! merdeka!! lagi 5 tahun pencen!! wajib!!! mungkin BND pencen awal mana tahu!! dibersarakan oleh rakyat!! pada pru13 nanti!! sebab dalam politik segalanya mungkin!!
Abdullah Ghouse · Pengulas Tertinggi · University of Nebraska–Lincoln
TINDAKAN (ACTION) penting TUKAR BN jadi PR
Done.Selesai tugas kita sbg rakyat dan tak perlu bising2>
Selepas PRU13, mahkamah yg mengadilinya
NATO ( No Action Talk Only) tak guna, waste time
Ary Ycb · Pengulas Tertinggi · University of chiba
Yg ni kitaa jgn campur.biar polis gadoh dgn polis.kita tengok je.dua2 ayam pencen.hah...hah...
Rozal Rouse · Pengulas Tertinggi · Business Support Executive / Working Director di Amosh consultancy sdn. bhd.
Kita perlu berhati - hati dgn org2 yg mcm Musa niiii... jgn percaya sgt... boleh jd musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan, bahaya... mudah berpaling tadah... dia xpernah mintak maaf secara terbuka pun diatas apa2 yg berlaku semasa dia berkuasa... fikir2 kannn laaa
Wan Azizi
pemimpin PR perlu berhati-hati, kerana ramai pemimpin yg bermasalah akn cari jln selamat jika PR memerintah negara...kena tgk rekod mereka semua, jgn teruja dgn kenyataan mereka yg kita lihat sering mengkritik kjaan, padahal semasa dlm kerajaan dulu watak lain...jgn harapkan yg tiada,, sekadar pandangan jer...
DAP dakwa tanah murah Umno jadi pusat penjaja
Kunjungan
DAP ke sekeping tanah yang didakwa diperolehi Umno dengan harga murah
hari ini mendapati kawasan merupakan pusat penjaja yang sibuk dan turut
menempatkan hostel untuk pekerja warga asing.ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mendakwa pemilikan tanah seluas 5,010.6 kaki persegi di Sungai Way, yang amat strategik bersebelahan Lebuh Raya Persekutuan diberikan kepada Umno Petaling Jaya pada 1981 dengan harga RM1 sekaki persegi.
"Ini adalah sekeping tanah komersil tetapi harga semasa jualannya adalah lebih rendah daripada tanah pertanian," dakwanya ketika bercakap kepada pemberita di lokasi berkenaan.
Katanya, beliau tidak pasti harga pasaran semasa tanah itu namun tanah di kawasan sekitarnya sekurang-kurangnya bernilai RM100 sekaki persegi.
Lau juga mengesyaki Umno mendapat keuntungan daripada sewaan tapak kepada penjaja dan juga hostel berkenaan."Umno membenarkan orang berniaga di situ dan mengenakan sewa. Keuntungan ini bukan untuk kerajaan tetapi untuk parti.
"Umno boleh mendapatkan tanah, tapi ia sepatutnya dijalankan dengan sesiau dan mengikut harga pasaran. Mereka tidak sepatutnya mengkayakan diri mereka melalui aset kerajaan," katanya.
Lau menekankan bahawa beliau tiada masalah jika penjaja berniaga di situ tetapi tidak adil jika Umno mendapatkan tanah dengan harga yang sangat murah dan kemudiannya mendapat untuk dengan menyewakan premis..
"Sebagai parti politik yang bertanggungjawab, mereka perlu membayar pampasan kepada kerajaan atau memulangkan tanah berkenaan," katanya.
DAP: Kenapa Chua Jr diam isu tanah murah BN?
ADUN
Kampung Tunku Lau Weng San menyelar ketua biro profesional MCA Chua Tee
Yong yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi BN di Selangor."Apabila Chua menyerang kita dengan soal tanah Talam (Corporation), kami memberi jawapan kepadanya.
"Tapi sekarang dia berdiam diri dan melarikan diri daripada isu tanah BN," katanya kepada pemberita selepas melawat sekeping tanah di Sungai Way yang didakwa diperolehi Umno Petaling Jaya dengan harga murah.
Tanah komersil seluas 5010.6 kaki persegi itu, yang kini menempatkan pusat penjaja, merupakan salah satu daripada 24 keping tanah yang didakwa diperolehi BN dengan harga RM1 sekaki persegi.
Lau menganggap tindakan Chua yang berdiam diri dalam soal berkenaan merupakan sokongan kepada perbuatan tersebut, selain menjejaskan kredibiliti pemimpin muda MCA itu dalam isu Talam.
"Jika dia boleh datang ke kawasan parlimen ini untuk menghadiri majlis makan malam MCA dengan 500 meja minggu lalu, dia boleh datang tengok tanah ini," katanya.
Ini merupakan cabaran kedua oleh MP Pakatan kepada Chua untuk menbuat kenyataan berhubung skandal berkenaan, ekoran serangannya ke atas kerajaan Selangor dalam isu perolehan semula hutang Talam.
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 275 subscribers
Diam kerana isu SAT1M mendedahkan BN Selangor terutamanya UMNO adalah bapak segala kebangsatan yg pernah wujud dibumi Selangor....!!! sebagai anak Selangor.. aku rela menghalalkan darah mereka yg bermukahan dan merampas hak anak anak Selangor dari golongan bangsat dan perosak ini..!! jangan ingat anak selangor boleh dipermainkan.. padang jarak padang tekukur akibatnya nanti..!!
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 275 subscribers
Ibnu Sabil Sebab aku suka mengunakan ayat astetik supaya lebih mesra dgn rakyat dari ayat bourgeois...hehe..
Emylyn Emy · Pengulas Tertinggi · Miami Beach, Florida
"diam tanda setuju'...
Lau menganggap tindakan Chua yang berdiam diri dalam soal berkenaan merupakan sokongan kepada perbuatan tersebut, selain menjejaskan kredibiliti pemimpin muda MCA itu dalam isu Talam.
Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
BILA KENA BATANG HITUNG UMNO/BN APA BERANI KE DIA NAK BERKOKOK.....NAK MAMPUS KENA GUDAM OLEH DAP....
Abdul Halim A Wahab · Pengulas Tertinggi · Driver BLC di Di Rumah Duduk, Makan, Tidur
jgn ckp cmtu kt dia, time timbul isu berkenaan BN bukan dia x nk jwb, tp dia cirit birit, tu yang x dpt nk jwb.... time isu TALAM terus tahi dia jadi keras, kalau sembelit pon dia leh tahan....semata-mata nk jadi HERO dalam isu TALAM.
Kyototan Abdul · Pengulas Tertinggi
Pron Star Junior tanya atau tidak itu kehendak dia tiada orang lain bolih paksanya. Isu Talam kebetulan bukan isu kesalahan kerajaan PR tetapi adalah kelemahan kerajaan BN dulu PR hanya cuba selesainya dengan cara yang terrendah kerugian olih pihak kerajaan Selangor. Perana Pron Star Junior diisu Talam dapat juga pujian dari rakyat Selangor kerana sering menyoal langkah-langkah yang kurang berfaedah kepada kerajaan Selangor. Kerajaan PR Selangor juga dapat sokongan yang cemerlang kerana memastikan kerugian kepada tahap yang terendah.
Abdul Rahman Mokhtar · Pengulas Tertinggi · Uitm
Dia ni apa tahu. Isu dia Talam, orang kata dah panggil konsalten buat audit , dia kata TALAM, orang dah siasat tiada hanky panky dia kata TALAM, orang kata dah buat kertas putih, dia kata TALAM. Bawak isu lain dia ternganga.
Tun Perak · Pengulas Tertinggi · Tukang komen di Sendiri
chua juga melarikan diri bila org bertanya moral bapanya sebagai presiden mca dlm isu video seks.
Tetap Kritik · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
Contoh keangkuhan seorang yang bapanya pemimpin tertinggi parti. Nampaknya sifat ini berluasa..
Selva Chagger · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Si chua jr ni mana ada kredibiliti... cuma cakap sedap mulut je, bapak dia kaki pelacur, anak pun macam pelacur jugak
Salim Cat · Pengulas Tertinggi · High School Muar Johor Malaysia
baik Putra Chua Junior balik kampung jual CD chua soi Lek di pasar malam batu pahat.
Abd Hamid · Pengulas Tertinggi · SMK Dato Lokman
Konon nak tunjuk belang, Bila kesalahan sendiri menyorok dalam kelambu macam bapa dia jugak.
Samra Aqsa · Pengulas Tertinggi · 73 years old
Chua berdiam diri seribu bahasa kerana takut kena kutuk lebih teruk lzagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan