Pakatan: Jabatan Orang Asli adakan latihan 'undi BN'
Pakatan
Rakyat Perak hari ini mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) Tapah telah mengadakan sesi untuk "melatih" Orang Asli mengundi
BN.
Ia mendakwa sesi latihan itu, yang didakwa dianjurkan dengan kerjasama seorang wakil rakyat, diadakan secara bersiri sejak bulan lepas di semua perkampungan Orang Asli di sepanjang Jalan Pahang, Tapah.
Menurutnya, peserta program itu diberi dua keping kertas undi, mirip
kertas undi sebenar, untuk kawasan parlimen Tapah dan DUN Chenderiang.
Orang Asli kemudian "dipaksa" memangkah BN pada kertas undi tersebut di hadapan seorang pegawai JAKOA dan ADUN BN, dakwanya.
"Mereka yang mengundi BN dalam kedua-dua kertas undi itu kemudiannya diberi 5kg beras sebagai ganjaran," kata Pakatan Perak dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh PAS organ Harakahdaily.Pakatan berkata, ini melanggar Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan kebebasan hak seseorang untuk mengundi.
Ia juga berhujah bahawa percetakan kertas undi olok-olok itu, melanggar Seksyen 3(j) Akta yang sama.
Kedua-dua pegawai JAKOA dan ADUN hadir juga digesa supaya memberi penjelasan.
Malaysiakini telah menghubungi JAKOA Tapah tetapi pegawai yang menjaga program tersebut tidak ada dan hanya kembali esok.
Identiti wakil rakyat tersebut juga tidak disiarkan sementara menunggu respons mengenainya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen berkata Pakatan Rakyat sentiasa mencabar pemimpin BN supaya mengisytiharkan harta mereka, dan oleh itu, kedua-dua juga harus juga berbuat demikian.
Ngeh dan sepupunya Nga, telah didakwa menerima 10,526 hektar tanah di Kelantan sebagai pertukaran melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS sebagai menteri besar Perak pada 2008.
Dakwaan tersebut dibangkitkan di dewan undangan negeri awal bulan ini.
Ngeh telah menjelaskan bahawa beliau dan Nga, telah membeli syarikat yang memiliki tanah tersebut melalui urusniaga yang normal.
Bagaimanapun, Chai dipersoalkan sama ada Ngeh dan Nga berkemampuan untuk berbuat demikian.
"Bagaimana kedua-dua Ngeh dan Nga boleh terbabit dalam urusniaga tanah ini yang bernilai RM30 juta dengan gaji mereka sebagai wakil rakyat?
"Oleh itu, memandangkan Pakatan Rakyat sentiasa mendakwa ahli politik perlu mengisytiharkan harta mereka, maka Ngeh dan Nga kini perlu berbuat demikian bagi membuktikan mereka tidak bersalah," katanya.
Ia mendakwa sesi latihan itu, yang didakwa dianjurkan dengan kerjasama seorang wakil rakyat, diadakan secara bersiri sejak bulan lepas di semua perkampungan Orang Asli di sepanjang Jalan Pahang, Tapah.
Menurutnya, peserta program itu diberi dua keping kertas undi, mirip
kertas undi sebenar, untuk kawasan parlimen Tapah dan DUN Chenderiang.
Orang Asli kemudian "dipaksa" memangkah BN pada kertas undi tersebut di hadapan seorang pegawai JAKOA dan ADUN BN, dakwanya.
"Mereka yang mengundi BN dalam kedua-dua kertas undi itu kemudiannya diberi 5kg beras sebagai ganjaran," kata Pakatan Perak dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh PAS organ Harakahdaily.Pakatan berkata, ini melanggar Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan kebebasan hak seseorang untuk mengundi.
Ia juga berhujah bahawa percetakan kertas undi olok-olok itu, melanggar Seksyen 3(j) Akta yang sama.
Kedua-dua pegawai JAKOA dan ADUN hadir juga digesa supaya memberi penjelasan.
Malaysiakini telah menghubungi JAKOA Tapah tetapi pegawai yang menjaga program tersebut tidak ada dan hanya kembali esok.
Identiti wakil rakyat tersebut juga tidak disiarkan sementara menunggu respons mengenainya.
'Nak import dari India, graduan ISMP menganggur'
Satu
memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta
kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah
kebangsaan.
Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.
"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.
"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebelum ini Gerakan Gabungan ISMP membuat kenyataan bahawa ribuan pelajar ijazah tersebut gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.
Penyelaras gabungan itu, Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan.
Sehubungan itu, pada sidang media sama, Nik Nazmi meminta kerajaan khususnya kementerian pelajaran untuk mengambil lebih ramai graduan ISMP dari IPTS bagi menambah jumlah guru berbanding mengimport dari India.
Menurutnya, kerajaan juga seharusnya mengambil graduan Mengajar Bahasa Inggeri Sebagai Bahasa Kedua (TESL) tempatan sebagai guru yang akan mengajar bahasa inggeris di sekolah kebangasaan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak ambil guru dari India untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan tanahair.
"Masalah graduan yang tidak bekerja masih lagi ada dan mereka nak ambil India pula. Bagi saya ini bukan penyelesaian. Graduan perguruan terutama IPTS tidak diberi kerja. Bagaimana dengan mereka? Kerajaan sewajarnya mengambil graduan TESL tempatan," katanya.
Selain itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan adakah sistem pembelajaran bagi pelajar TESL bermasalah sehingga mereka tidak diambil menjadi guru di sekolah kebangsaan.
Katanya, kerajaan seharusnya mempertimbangkan graduan perguruan tempatan yang berdepan dengan masalah pengangguran dan dibebani dengan hutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kita ada pelajar TESL. Kalau setakat nak mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah sudah tentu tidak ada masalah. Kenapa tak ambil pelajar TESL? Mesti ada masalah dengan sistem kita. Dan kita perlu baiki sistem itu," katanya lagi.
Memetik pengarah pilihanraya PAS Maran, Shamsuri Hussin, akhbar tersebut melaporkan bahawa kumpulan itu menyekat dan mengikat tangan Noraza) di Felda Kampung Awah di Chenor.
Laporan semalam, yang disertai dengan foto Noraza diikat,
menyatakan bahawa dia diikat selama 15 minit, dan mencetuskan kemarahan di kalangan anggota konvoi itu.
Ia berkata keadaan menjadi tenang apabila ketua polis Maran Sulaiman A Hamid campurtangan dan mengarahkan Noraza dilepaskan.
Bagaimanapun, dalam laporan hari ini, Sinar Harian memetik Pengerusi JKKK Felda Kampung Awah, Asri Mohd Dahan menafikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berlakunya kejadian menangkap dan mengikat tangan Noraza di kampung itu.
"Kami berkumpul sekitar jam 10 pagi di pintu masuk kampung, semua pimpinan peringkat kampung ada. Lepas berbincang bersama penduduk kami benarkan mereka masuk kawasan kampung.
"Tiba-tiba ada dakwaan mengatakan ada pihak tangkap Noraza dan ikat tangannya, ini satu berita yang tidak betul,” katanya kepada akhbar tersebut.
Sinar Harian juga melaporkan bahawa polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Noraza dan pihak polis untuk pengesahan setakat ini tidak berhasil.
Noraza (kanan) keesokan harinya menyertai konvoi di Negri
Sembilan, di mana dia mengalami kecederaan di kepala semasa pergelutan berhampiran Felda Bukit Rokan Utara.
Beliau dilaporkan menerima rawatan pesakit luar bagi kecederaan yang dialaminya.
Keberatan untuk menyatakan butiran lanjut mengenai apa yang telah berlaku di Pahang, Presiden ANAK, Mazlan Aliman, bagaimanapun, menegaskan bahawa kejadian itu hanya menekankan "sikap tidak bertamadun Umno".
"Isu paling utama ialah sikap tak bertamadun setengah pihak dalam Umno dalam berdepan Kembara Oren kita.
"Isu pokok, kenapa mereka tak gentleman dalam hadapi kita. Sebab kita masuk dalam konteks undang-undang, bincang dengan polis, dan bekerjasama dengan polis," tambahnya.
"Hanya dengan kepatuhan sebegini maka kedudukan adil semua agama-agama di Malaysia, sesuai dengan kedudukan dan peranan masing-masing mengikut realiti sejarah dan konteks budaya, akan dapat diaturkan dengan sempurna dan saksama. Sensitiviti kaum dan agama janganlah diusik semata-mata bagi meraih undi," kata presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
PPMM menegaskan budaya dan undang-undang di Malaysia adalah amat berbeza dengan budaya dan undang-undang di luar negara. Keharmonian dan keamanan acuan Malaysia sudah terbukti berkesan dan jangan diganggu-gugat.
Zainul Rijal menegaskan demikian ketika mengulas perutusan perayaan Hari Krismas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP yang menggesa Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia bagi merujuk kepada amalan agama mereka.
"Adalah menjadi sesuatu yang pelik dan menghairankan bagi seseorang pemimpin sebuah parti sekular yang ingin bercakap tentang “prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan intergriti”, tetapi telah dengan sengaja tidak menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan proses undang-undang," kata Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.
"Pada hakikatnya, mahkamah belum lagi mendengar rayuan pihak kerajaan berhubung perkara ini, maka penganut kristian tetap dilarang dari menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk pada Tuhan di dalam agama kristian di dalam sebarang bentuk penerbitan.
"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Herald dalam kes tersebut namun perintah tersebut telah digantung sementara menunggu rayuan pihak Kerajaan dan Majlis Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. "Dalam erti kata lain, kedudukan hal ini masih bersifat ‘status quo’," tambahnya.
Selain itu, Zainul Rijal mendakwa, kenyataan Lim yang mengaitkan penggunaan perkataan Allah di kalangan penganut kristian dengan “prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti” ternyata bersifat simplistik serta sebenarnya percubaan berterusan sebuah parti politik memperjuang prinsip sekular seperti DAP untuk menyemarakkan nilai-nilai faham sekular di dalam sebuah Negara yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Negara.
Beliau mendakwa, fahaman kebebasan dan demokrasi yang dianuti Lim serta mereka dalam DAP adalah berlandaskan kerangka sekular yang beracuan barat.
Justeru, dakwanya lagi, dalam mencari apa yang didakwa sebagai ‘kebenaran, kebebasan, keadilan dan integriti”, DAP berpandangan bahawa sensitiviti umat Islam di Malaysia boleh diketepikan demi kepentingan minoriti kira-kira sepuluh peratus penganut kristian.
"Sebaliknya, sesiapapun yang memahami dengan jujur konteks dan realiti sejarah serta latarbelakang kedudukan Islam sebagai agama bagi Negara akan bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah ini perlu dihadkan untuk mereka yang menganut Islam di Malaysia," tegas Zainul Rijal.
PPMM, tegasnya, menggesa Lim dan keseluruhan masyarakat Malaysia, demi semangat keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan menghormati ‘due process of law”, agar mengelakkan dari sikap oportunis dalam membuat tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah dan mencabar sensitiviti keagamaan.
"Apatah lagi di dalam konteks kemajmukan masyarakat Malaysia yang berteraskan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan; namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan dengan erti kata boleh diamalkan selagi tidak menghakis keamanan dan kedamaian agama Persekutuan iaitu Islam.
"Apatah lagi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam," tegasnya.
Sehubungan itu, kata Zainul Rijal, sepuluh negeri telahpun menggubal undang-undang tersebut yang antara lain menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu di kalangan orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka.
"PPMM menggesa empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menggubal undang-undang tersebut.
"PPMM juga mendesak negeri-negeri yang telah meluluskan undang-undang tersebut segera melaksanakannya.
"Bagi negeri Pulau Pinang pula PPMM difahamkan bahawa suatu fatwa telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri sendiri tentang pengharaman penggunaan kalimah tersebut," katanya sambil menegaskan budaya dan undang-undang di Malaysia adalah amat berbeza dengan budaya dan undang-undang di luar Negara.
"Keharmonian dan keamanan acuan Malaysia sudah terbukti berkesan dan jangan diganggu-gugat," katanya.
Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.
"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.
"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebelum ini Gerakan Gabungan ISMP membuat kenyataan bahawa ribuan pelajar ijazah tersebut gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.
Penyelaras gabungan itu, Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan.
Sehubungan itu, pada sidang media sama, Nik Nazmi meminta kerajaan khususnya kementerian pelajaran untuk mengambil lebih ramai graduan ISMP dari IPTS bagi menambah jumlah guru berbanding mengimport dari India.
Menurutnya, kerajaan juga seharusnya mengambil graduan Mengajar Bahasa Inggeri Sebagai Bahasa Kedua (TESL) tempatan sebagai guru yang akan mengajar bahasa inggeris di sekolah kebangasaan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak ambil guru dari India untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan tanahair.
"Masalah graduan yang tidak bekerja masih lagi ada dan mereka nak ambil India pula. Bagi saya ini bukan penyelesaian. Graduan perguruan terutama IPTS tidak diberi kerja. Bagaimana dengan mereka? Kerajaan sewajarnya mengambil graduan TESL tempatan," katanya.
Selain itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan adakah sistem pembelajaran bagi pelajar TESL bermasalah sehingga mereka tidak diambil menjadi guru di sekolah kebangsaan.
Katanya, kerajaan seharusnya mempertimbangkan graduan perguruan tempatan yang berdepan dengan masalah pengangguran dan dibebani dengan hutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kita ada pelajar TESL. Kalau setakat nak mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah sudah tentu tidak ada masalah. Kenapa tak ambil pelajar TESL? Mesti ada masalah dengan sistem kita. Dan kita perlu baiki sistem itu," katanya lagi.
Ketua konvoi ANAK diikat di Pahang?
Noraza
Muda, yang mengetuai konvoi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(ANAK) di Pahang dilaporkan dikat tangannya oleh sekumpulan tidak
dinamakan yang cuba menghalang konvoi itu daripada memasuki kawasan
Felda Sabtu lalu, lapor akhbar Sinar Harian.Memetik pengarah pilihanraya PAS Maran, Shamsuri Hussin, akhbar tersebut melaporkan bahawa kumpulan itu menyekat dan mengikat tangan Noraza) di Felda Kampung Awah di Chenor.
Laporan semalam, yang disertai dengan foto Noraza diikat,
menyatakan bahawa dia diikat selama 15 minit, dan mencetuskan kemarahan di kalangan anggota konvoi itu.
Ia berkata keadaan menjadi tenang apabila ketua polis Maran Sulaiman A Hamid campurtangan dan mengarahkan Noraza dilepaskan.
Bagaimanapun, dalam laporan hari ini, Sinar Harian memetik Pengerusi JKKK Felda Kampung Awah, Asri Mohd Dahan menafikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berlakunya kejadian menangkap dan mengikat tangan Noraza di kampung itu.
"Kami berkumpul sekitar jam 10 pagi di pintu masuk kampung, semua pimpinan peringkat kampung ada. Lepas berbincang bersama penduduk kami benarkan mereka masuk kawasan kampung.
"Tiba-tiba ada dakwaan mengatakan ada pihak tangkap Noraza dan ikat tangannya, ini satu berita yang tidak betul,” katanya kepada akhbar tersebut.
Sinar Harian juga melaporkan bahawa polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Noraza dan pihak polis untuk pengesahan setakat ini tidak berhasil.
Noraza (kanan) keesokan harinya menyertai konvoi di Negri
Sembilan, di mana dia mengalami kecederaan di kepala semasa pergelutan berhampiran Felda Bukit Rokan Utara.
Beliau dilaporkan menerima rawatan pesakit luar bagi kecederaan yang dialaminya.
Keberatan untuk menyatakan butiran lanjut mengenai apa yang telah berlaku di Pahang, Presiden ANAK, Mazlan Aliman, bagaimanapun, menegaskan bahawa kejadian itu hanya menekankan "sikap tidak bertamadun Umno".
"Isu paling utama ialah sikap tak bertamadun setengah pihak dalam Umno dalam berdepan Kembara Oren kita.
"Isu pokok, kenapa mereka tak gentleman dalam hadapi kita. Sebab kita masuk dalam konteks undang-undang, bincang dengan polis, dan bekerjasama dengan polis," tambahnya.
Kalimah Allah: PPMM gesa DAP hormati keluhuran perlembagaan
Sesuai
dengan semangat mewujudkan keamanan dan keharmonian di kalangan
masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, maka DAP dan parti
politik, tanpa mengira dalam BN atau Pakatan Rakyat, hendaklah mematuhi
dan menghormati keluhuran undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di
dalam mendepani isu dan permasalahan yang timbul,khususnya berkaitan
penghayatan dan pengamalan kehidupan beragama di Malaysia. "Hanya dengan kepatuhan sebegini maka kedudukan adil semua agama-agama di Malaysia, sesuai dengan kedudukan dan peranan masing-masing mengikut realiti sejarah dan konteks budaya, akan dapat diaturkan dengan sempurna dan saksama. Sensitiviti kaum dan agama janganlah diusik semata-mata bagi meraih undi," kata presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
PPMM menegaskan budaya dan undang-undang di Malaysia adalah amat berbeza dengan budaya dan undang-undang di luar negara. Keharmonian dan keamanan acuan Malaysia sudah terbukti berkesan dan jangan diganggu-gugat.
Zainul Rijal menegaskan demikian ketika mengulas perutusan perayaan Hari Krismas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP yang menggesa Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia bagi merujuk kepada amalan agama mereka.
"Adalah menjadi sesuatu yang pelik dan menghairankan bagi seseorang pemimpin sebuah parti sekular yang ingin bercakap tentang “prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan intergriti”, tetapi telah dengan sengaja tidak menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan proses undang-undang," kata Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.
"Pada hakikatnya, mahkamah belum lagi mendengar rayuan pihak kerajaan berhubung perkara ini, maka penganut kristian tetap dilarang dari menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk pada Tuhan di dalam agama kristian di dalam sebarang bentuk penerbitan.
"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Herald dalam kes tersebut namun perintah tersebut telah digantung sementara menunggu rayuan pihak Kerajaan dan Majlis Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. "Dalam erti kata lain, kedudukan hal ini masih bersifat ‘status quo’," tambahnya.
Selain itu, Zainul Rijal mendakwa, kenyataan Lim yang mengaitkan penggunaan perkataan Allah di kalangan penganut kristian dengan “prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti” ternyata bersifat simplistik serta sebenarnya percubaan berterusan sebuah parti politik memperjuang prinsip sekular seperti DAP untuk menyemarakkan nilai-nilai faham sekular di dalam sebuah Negara yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Negara.
Beliau mendakwa, fahaman kebebasan dan demokrasi yang dianuti Lim serta mereka dalam DAP adalah berlandaskan kerangka sekular yang beracuan barat.
Justeru, dakwanya lagi, dalam mencari apa yang didakwa sebagai ‘kebenaran, kebebasan, keadilan dan integriti”, DAP berpandangan bahawa sensitiviti umat Islam di Malaysia boleh diketepikan demi kepentingan minoriti kira-kira sepuluh peratus penganut kristian.
"Sebaliknya, sesiapapun yang memahami dengan jujur konteks dan realiti sejarah serta latarbelakang kedudukan Islam sebagai agama bagi Negara akan bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah ini perlu dihadkan untuk mereka yang menganut Islam di Malaysia," tegas Zainul Rijal.
PPMM, tegasnya, menggesa Lim dan keseluruhan masyarakat Malaysia, demi semangat keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan menghormati ‘due process of law”, agar mengelakkan dari sikap oportunis dalam membuat tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah dan mencabar sensitiviti keagamaan.
"Apatah lagi di dalam konteks kemajmukan masyarakat Malaysia yang berteraskan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan; namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan dengan erti kata boleh diamalkan selagi tidak menghakis keamanan dan kedamaian agama Persekutuan iaitu Islam.
"Apatah lagi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam," tegasnya.
Sehubungan itu, kata Zainul Rijal, sepuluh negeri telahpun menggubal undang-undang tersebut yang antara lain menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu di kalangan orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka.
"PPMM menggesa empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menggubal undang-undang tersebut.
"PPMM juga mendesak negeri-negeri yang telah meluluskan undang-undang tersebut segera melaksanakannya.
"Bagi negeri Pulau Pinang pula PPMM difahamkan bahawa suatu fatwa telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri sendiri tentang pengharaman penggunaan kalimah tersebut," katanya sambil menegaskan budaya dan undang-undang di Malaysia adalah amat berbeza dengan budaya dan undang-undang di luar Negara.
"Keharmonian dan keamanan acuan Malaysia sudah terbukti berkesan dan jangan diganggu-gugat," katanya.
'LGE bangkitkan isu kalimah Allah, cuba alih isu tanah'
Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendakwa tindakan Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut
kerajaan pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi
bahasa Melayu dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian ramai daripada
isu dakwaan pemberian tanah balak di Gua Musang, Kelantan kepada dua
pemimpin DAP Perak.
Katanya, dalam keadaan sekarang rakyat mahukan penjelasan daripada DAP berhubung dakwaan itu dan tindakan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu membangkitkan semula isu berkenaan adalah cubaan menutup kesalahan pemimpin parti mereka.
"Pada pendapat saya beliau (Lim) cuba bangkitkan semula isu kalimah Allah itu kerana cuba alihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan pemimpin parti DAP yang menerima tanah balak. Bila timbul salah di pihak mereka, Lim cuba timbulkan isu lain dengan harapan rakyat akan mengalihkan perhatian (ke isu lain).
"Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dan mereka boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), di Nibong Tebal semalam. Turut hadir Presidennya Jamaludin Yusof.
Akhbar melaporkan Lim dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya menggesa kerajaan pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Mohd Ali yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata masyarakat Kristian di Melaka tidak pernah membangkitkan isu menuntut membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi Melayu.
"Ramai orang Kristian di Melaka dan saya sentiasa bertemu mereka dari semasa ke semasa, tetapi sehingga hari ini tiada yang pernah menuntut seperti Lim itu dan mereka juga boleh menerima keputusan yang telah dibuat.
"Jadi mengapa Lim cuba bangkitkan semula isu itu dan saya tidak nampak perkara lain kecuali politik parti DAP," kata sambil menambah penganut Kristian meraikan Krismas semalam dan ia disambut penuh meriah.
Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah dan memutuskan ia adalah kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.
Sementara itu, Mohd Ali menyifatkan tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk, sebagai hipokrit.
Beliau berkata DAP sepatutnya memecat kedua-dua pemimpin yang terlibat kerana sebelum ini ia menetapkan anggota parti itu yang menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang memiliki atau menerima sebarang tanah.
"Sekarang mengapa Karpal tidak pecat mereka kerana mendapat tanah dan dua ADUN berkenaan juga sepatutnya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana telah menerima rasuah. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat menjalankan siasatan kes itu segera," katanya.
- Bernama
KOTA BHARU:
Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr
Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.
Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.
Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.
Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.
Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.
(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)
Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.
Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.
"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.
Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.
Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.
"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.
Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.
Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."
"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.

Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
Datuk Seri Mohd Ali Rustam HOI PERASUAH, KAMU TAK LAYAK BUAT KOMEN !!!
Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
RAKYAT TAK BODOH SEPERTI KAO SEBUT, RAKYAT TAU KAO PERASUAH YANG TAK MUNGKIN AKAN JADI LEBIH TINGGI DARI PANGKAT KAO SEKARANG. NAK TANYA SATU SOALAN , BERAPA JUMLAH WANG YANG KAO BAGI SEBAGAI RASUAH DI PEMILIHAN PEMIMPIN PARTI UMNO BEBERAPA TAHUN YANG LALU SAMPAI TERPAKSA DI KANTOIKAN OLEH MAJLIS TERTINGGI UMNO ?
Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
JAWAB SOALAN NI...TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DAH AKUI MASALAH NI 100% TETAPI TAK DE PEMIMPIN BN YANG LAIN MEMBUKA MULUT PUNG !!! NEGARA CHINA PERASUAH TERBESAR, TAPI TENGOKLAH SIAPA YANG BERSEBELAHAN DENGAN CHINA TAPI REKOD DAH LEBIH TERUK DARI CHINA DAH !!!
HAMPIR RM 198 BILLION HILANG PADA TAHUN 2010 SAJA DAN INI JUMLAH YANG MAHA BESAR, BOLEH BINA LEBIH DARI 400,000 RUMAH YANG BERHARGA RM200,000 SETIAP TAHUN...
http://www.facebook.com/video/ video.php?v=310885662355864
Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KERAJAAN BN KERANA BERJAYA LAGI HARUMKAN NAMA MESIA.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENYOKONG BN YANG SENTIASA MEMPUNYAI HATI YANG TERBUKA MEMBENARKAN RATUSAN BILLION MILIK RAYKAT MESIA YANG JUGA MILIK PENYOKONG BN DI SONGLAP KELUAR DARI MESIA KERANA JENAYAH, RASUAH DAN MENGELAK CUKAI.
http://www.gfintegrity.org/ content/view/592/70/
http://www.gfintegrity.org/ storage/gfip/documents/ reports/IFF2012/ country_data-illicit_financ ial_flows_from_developing_ countries_2001-2010-web-3. pdf
http://www.gfintegrity.org/ storage/gfip/documents/ reports/IFF2012/ rankings-illicit_financial_ flows_from_developing_coun tries_2001-2010-web.pdf
Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
JANGAN PERTIKAI KESAHIHAN BERITE NI KERANA TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DAH AKUI ISU INI !!! KUALA LUMPUR, 18 Dis — Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan usaha dan menghentikan pengaliran wang haram daripada ekonomi Malaysia, dan menegaskan bahawa sekiranya terus dibiarkan, imej dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada pelabur global.
Bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai mengakui laporan Integriti Kewangan Global (GFI) terbaru dalam pengaliran modal bagi tahun 2010 dan bersetuju bahawa kerajaan akan mengemukakan langkah pencegahan.
“Kami akan menyemak mengenai perkara ini dan mendapatkan BNM untuk membalas,” katanya memberi...Lihat seterusnya..
Tenggiling Landak · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri Orang
Hafiz Mohd · Pengulas Tertinggi
Aku cadangkan pade PR kalau PR menang PRU13 ni , TANGKAP dan DAKWA semua PEMIMPIN UMNO & BN baik yang sekarang atau yang dah vateran dulu kemudian siasat dan nilai semua harta benda mereka dan dakwa di mahkamah dan sumbat ke dalam PENJARA ..........KENA BUAT MACAM NI BARULAH MEREKA NI SEMUA TAKUT DAN TAK BERANI NAK BERSUARA DALAM KEADAAN GENTINGMEREKA SEKARANG DAN JUGAK MENJADI PERINGATAN PADE PEMIMPIN PR AKAN DATANG DI MANA MEREKA JUGAK AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA KALAU BUAT JUGAK SIKAP DAN PERANGAI RASUAH MACAM UMNO & BN NI ............AMACAM? OK TAK?
Bhaski Ramasamy
HOI KATAK BIADAP KENAPA ISU ORANG YANG JUAL CARPET TU TAK NAK BAGI PENJELASAN KENAPA SPRM TAK AMBIK TINDAKAN . INI DI PANGGIL KATAK DI BAWAH TEMPRUNG KE . KATAK PENCEN NI BUAT MALU ORANG LA
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Inilah umno/bn. Mereka cuba menuduh pd org lain apa yg biasa puak mereka lakukan, walhal itu hanya mendedahkan pekung didada mereka sendiri. LGE membangkitkan isu kalimah Allah sempena sambutan krismas yg disambut oleh penganut kristian skrg, & x ada kena mengena langsung dgn cuba alih isu tanah. Krn isu tersebut (isu tanah) pun adalah isu palsu yg sengaja dipolitikkan pihak terdesak umno/bn. Seingat saya, isu kalimah Allah inilah ug dijadikan isu oleh umno/bn sebelum ini, demi mahu menutup sgala salah laku lain mereka diketika itu. x gitu ker ali rustam? Dedah pekung sendiri ker?? :)...
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Isu tanah diklantan pulak dihebohkan demi kononnya mahu menunjukkan bahawa org Pakatan pun sperti mereka, terlibat dlm salah laku. malangnya, citer sperti ini hanya rakyat boleh percaya jika ia melibatkan mereka (pihak bn), krn mmg mereka dah sinonim dgn sgala salahlaku. Tapi utk sabitkan pihak Pakatan yg terbukti bersih & amanah dlm pentadbiran, alamatnya jauh panggang dari apilah utk rakyat percaya..
Tengku Wong · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
pemimpin bukan sahaja mesti BERSIH bahkan mestilah kelihatan BERSIH, semoga SPRM dapat menyiasat segera isu tanah tersebut dengan profesional jika ada unsur rasuah dakwa dimahkamah dan humbankan sahaja mereka ke penjara, jangan biarkan negara kita dipimpin oleh mereka yang tak amanan dan kaki rasuah, siasat juga isu scorpene..
Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Employee di AbyKamshar Enterprise sdn. bhd.
Saya juga berharap agar SPRM siasat perbelanjaan perkahwinan anak Ali Rustam yang mungkin memakan belanja berjuta ringgit dan dari mana wang sebanyak itu beliau peroleh serta jangan lupa mengapa kemudahan awam atau harta kerajaan digunakan untuk menjayakan majlis tersebut. Mohon keadilan
Ishak Ahmad · Pengulas Tertinggi · Ilp
Tanah tu PAJAKAN BERSYARAT dan ada terma dan tempohnya bukan kurnia kekal. Std Penyelia KEMAS/Pengurusi JKKP aje mamat nie ? Tolong cerita keluasan Tanah rezab Melayu/Tanah adat Melaka tahun 1960an dan keluasan tanah tersebut dalam tahun 2010 untuk difahami oleh rakyat Negari Melaka.
Maz Lan · Pengulas Tertinggi
Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dan mereka boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), di Nibong Tebal semalam. Turut hadir Presidennya Jamaludin Yusof.
TAU TAK PE...TU PASAL RAKYAT TAK SABAR2 NAK MENGUNDI SUPAYA UMNU/BN DAPAT DI LUPUSKAN.
Mohd Idrus Mataqil · Pengulas Tertinggi · Maktab Perguruan Sultan Idris Tg Malim
Bisik-bisik kawan aku kat Melaka , dia mengatakan Mohd Ali nii bapa kepentingan diri . Setiap satu projek dipunyai oleh sanak saudara dan kroni saja. Tak payak nak ungkit hal negeri orang lain , jaga negeri sendiri sudahlah.Jadi semua negeri melaka hak kau punya. Saya rasa kalau najib tak pindah ke pusat maknanya Melaka dia punya. Aku benci orang UMNO yang kepentingan diri macam dia niiii.
UMNO dulu , kini dan selamanya.
Gin Marvel · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Kepada Ali Rustam..........hati2 Dato'..... jangan bakar kelambu rumah jiran jika marah nyamuk dalam rumah sendiri....
Sila selesaikan masalah dalam Negeri Melaka terlebih dahulu...nanti tak pasal2 kene istihar harta pemilikan yg dah terlalu banyak tu....
Hussin Othman · Pengulas Tertinggi
betul tu ali rustam.rakyat tak bodoh.rakyat boleh membandingkan Umno dan PR.yang mana lebih banyak rompak duit rakyat.
Muhammad Izzuddin · Pengulas Tertinggi
Ini tender terbuka , bukan Mcm BN beribu kontrak Bagi pd kroni termasuk awak kaki rasuah Dlm pilihan rays UMNO, kat kedah Bagi tender 1 ekar rm 1000 sedangkan Karajaan baru kedah Bagi tender 1 ekar Kaye balak rm 18000 , kenapa masa itu diam, Bagi kontrak petronas Kpd a nak mahathir 700 juta diam pula , yg penting Karajaan negeri kelantan tahu mengurus, masa kat selangor Jual pasir mura Oleh UMNO diam pula. Awak Akan dibungkuskan Oleh rakyat dalam pilihan raya ke 13 nanti, yg pelik Oleh rakyat yg waras
Saleh Abim · Pengulas Tertinggi
PR bagus kerana pandai spin.
Ust Nik Aziz kata takda langsung ini semua fitnah.
DAP.............La ini tanah diberi ada cuma saya hanya peguam ..saya hanya penama takda langsuuung dapat tanah.
PAS..........Lagi bangang yg luluskan semua adalah BN kami kerajaan negeri takda kuasa kena tunduk dengan BN.
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Saleh, kamu buang aja nama abim pd nama kamu. Klau kita pencacai utk kebathilan, jgn nak diguna & cemarkan nama abim yg x ada kaitan langsung dgn kita. Tindakan kamu itu amat jijik. Demi menegakkan benang yg basah & spaya org dgr kata kamu, sanggup kamu gunakan nama pertubuhan Islam abim? Islam apa kamu ni? Kamu bukan sj buat fitnah menggunakan nama abim, bahkan melakukan dosa besar dgn mencemarkan nama mereka utk tujuan fitnah...
Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
Saleh Abim SEBELUM KITE KOMEN ISU NI LEBIH LANGUT, BOLEH TOLONG JAWAB KENAPA BN TELAH MENJADI JUARA DUNIA UNTUK RASUAH DALAM KORPORAT UNTUK DAPATKAN KONTRAK BARU-BARU NI ? RM 198 BILLION TELAH HILANG PADA TAHUN 2010 SAJA. SEMUA RAMAI ORANG UMNO-BN TERMASUK PM TAK NAK JAWAB LANGSUNG HAL NI DAN DONALD DUCK SI TIMBALAN MENTERI KEWANGAN PUNG DAH AKUI HAL NI . JAWABLAH SOALAN NI DENGAN LOGIK !!
Leftenan Nan · Pengulas Tertinggi · Statsaut. ejendomsmægler di KGB
Saleh Abim ..............Kamu kurang fakta dan kurang cerdik kerana terlalu mempercayai laporan utusan,penulis blog dan tv3 sahaja tapi kamu komen di khalayak ramai maka terserlahlah kedangkalan pemikiran kamu....lebih baik kamu baca penerangan kerajaan kelantan dan pemimpin DAP dari kenyataan rasm mereka.....dan tunggu kes saman fitnak kerajaan Kelantan kepada utusan dan penulis blog itu disebut di mahkamah..
Borneo Menggugat · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
isu tanah ???, kalau betul, tak sempat siang haripun SPRM dah serbu tuuu
Ali, aliiiii, aliiiiiiii , BUATLAH ISU YG KELUAR DARI OTAK he.he.heeeeeee
Hamin Zainedine · Consultant di Greentrans
DI Eropah Majoriti orang Kristian pun tAK GUNA Nama ALLAh dalam Bible ???.
JIKA di Tanah Melayu HARAM DIGUNAKAN. Sorry La.. Cuma Guna nama lord / Tuhan OK la..
TPemberian Tanah Balak kpd kroni DAP ? Ya Ke ? KENA SIASAT ? Pas kena beri penjelasan. Mesti Ikut prosedur dan Poilisi PKR / Negeri Kelantan? Bagaimana pula Environmental Aspect & Impact pada Kawsan pembalakan kepada Alam Sekitar . SEMUA Kerajaan Negeri kena Pantau bukan Kelantan aje. RAKYAT Kena BANGUN.
AK ALI PUN Negeri Melaka pun tak boleh control. HANGCUS Insaf lah BE.
Mahira Haji · Pengulas Tertinggi · Technical University of Madrid
SUDAH 54TH UMNO BN MEMPERKOSA SEPUAS-PUASNYA BALAK SEMUA NEGERI DI MALAYSIA... ADA MATA JNAGAN BUTAKAN, ADA TELINGA JANGAN PEKAKAKKAN, ADA KEPALA OTAK BOH TAPAK KAKI... APA BENDA MOHD ALI? JANGAN BODOHKAN RAKYAT!!!! JANGAN MENIPU RAKYAT.... PENGKHIANAT, ZALIM !!!! ITULAH YANG BOLEH UCAPKAN....JANGAN MENGADA-NGADA. MELAKA P[UN SEDIKIT DEMI SEDIKIT TELAH DI JUAL KE CINA SINGAPURA.... WAHAI ANAK ROSTAM !!!!!!! ORANG MELYU ZALIMKAN MELAYU!!!! KONON PEMBELA MELAYU. RELA MELIHAT MELAYU MENGEMIS DENGAN PEMIMPIN UMNO BN... UMNO JADIKAN ORANG MELAYU BODOH UNTUK MENGAUK KEKAYAAN RAKYAT.
Mohd Kamarul Zaman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di EX Royal Malaysian Navy
Inilah UMON tak habis hendak memutarbelit sesuatu isu, sebab itu baca banyak berita jangan tumpu pada Utusan Meloya saja.Cuba lihat Harakah daily dimana penerangan berkaitan dengan isu tanah di Gua Musang telah pun diterangkan oleh Setia Usaha akhbar kepada YAB Menteri Besar, kan dia minta orang UMNO yang buat pura2 tak faham supaya bertanya pada Awang Adek, apalah bongok sangat.
Ahmad Abm · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
jangan jadi penyambong kerja jahat..kan berdosa DAP tak apa2 pon yang bergaduh orang melayu..tanah tu tak ada sebatang balak ke atau seribu batang pon takada .balak yang ada sedikit pon dah disapu oleh upayapadu milik datuk wong ...sedihla kita orang yang tak cerita sebenar buat tomahan reka cerita yang bukan2
Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka,"SIAPAKAH yang menjadikan LANGIT dan BUMI dan menundukkan MATAHARI dan BULAN?" tentu mereka akan MENJAWAB,"ALLAH", maka betapakah MEREKA DIPALINGkan ...labah-labah/61
Rambo Shukur · Pengulas Tertinggi
kalimah ALLAH dan isu tanah.....2 perkara yg berbeza..kalimah ALLAH semua org tahu hanya utk ISLAM sahaja...tanah d kelantan masih samar2 dakwaan tersebut jika di bandingkan dengan isu UMNO selangor yg menyangak tanah rakyat..pihak UMNO dan BN amat terdesak ketika ini, jd mereka memainkan isu dimana mereka lupa isu tanah d selangor hanya meminta maaf, tetapi tanah tetap balun oleh pihak tersebut...
Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek
Harakahdaily, | 25 Dis 2012 |
Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.
Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.
Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.
Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.
(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)
Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.
Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.
"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.
Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.
Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.
"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.
Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.
Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."
"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.
Pemuda MCA gesa Ngeh dan Nga isytihar harta
Pemuda
MCA hari ini menggesa Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan
Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming mengisytiharkan harta masing-masing
berikutan dakwaan bahawa mereka telah menerima imbuhan daripada PAS.Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen berkata Pakatan Rakyat sentiasa mencabar pemimpin BN supaya mengisytiharkan harta mereka, dan oleh itu, kedua-dua juga harus juga berbuat demikian.
Ngeh dan sepupunya Nga, telah didakwa menerima 10,526 hektar tanah di Kelantan sebagai pertukaran melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS sebagai menteri besar Perak pada 2008.
Dakwaan tersebut dibangkitkan di dewan undangan negeri awal bulan ini.
Ngeh telah menjelaskan bahawa beliau dan Nga, telah membeli syarikat yang memiliki tanah tersebut melalui urusniaga yang normal.
Bagaimanapun, Chai dipersoalkan sama ada Ngeh dan Nga berkemampuan untuk berbuat demikian.
"Bagaimana kedua-dua Ngeh dan Nga boleh terbabit dalam urusniaga tanah ini yang bernilai RM30 juta dengan gaji mereka sebagai wakil rakyat?
"Oleh itu, memandangkan Pakatan Rakyat sentiasa mendakwa ahli politik perlu mengisytiharkan harta mereka, maka Ngeh dan Nga kini perlu berbuat demikian bagi membuktikan mereka tidak bersalah," katanya.
1. Ngeh: Kami peroleh tanah K'tan melalui pasaran terbuka | | |
2. Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan