Royalti: BN tidak peka kehendak rakyat Sarawak
Harakahdaily, | 28 Dis 2012 |
“Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN tidak peka dengan kehendak rakyat negeri Sarawak,” kata Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazu Paijo (gambar).
Tambah mengecewakan, katanya apabila tiada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan BN yang memberikan sokongan secara jelas terhadap tuntutan rakyat untuk menambah peratusan royalti petroleum untuk negeri Sarawak.
Katanya, dengan kadar kemiskinan pada tahap 5.3% dan indeks pembangunan jalan raya yang paling rendah iaitu pada kadar 0.38 menjadi bukti jelas kenapa kadar royalti petroleum untuk negeri Sarawak perlu ditingkatkan.
“Pemuda PAS Negeri Sarawak dengan ini mendesak Ketua Pemuda PBB, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof selaku tunjang Pemuda BN Sarawak untuk menyatakan pendirian beliau selaku pemipin muda BN serta pendirian Pemuda BN sendiri berkenaan tuntutan untuk meningkatkan kadar royalti petroleum Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, Pemuda PAS Negeri Sarawak akan terus membangkitkan rakyat negeri ini untuk sama-sama menuntut hak yang tidak dipulangkan kepada mereka melalui program-program susulan kebangkitan rakyat di seluruh negeri.
PKR akan lobi k'jaan S'gor sekat jualan tanah pada LTAT
PKR
berkata ia akan melobi kerajaan Selangor untuk menyekat pembelian
sebidang tanah oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang
dikaitkan dengan kontroversi antara ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan
Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah.Ini kerana tanah itu terletak di Selangor dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri untuk memboleh pembelian itu diteruskan.
PKR strategi pengarah Rafizi Ramli (kanan) menyifatkan urusniaga itu - untuk membeli 80 peratus kepentingan Deepak dalam syarikat Astacanggih Sdn Bhd untuk RM30 juta dan membeli tanah seluas 200 ekar dari syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk RM130 juta - sebagai "lebih teruk daripada tindakan menyelamat" kerana ia adalah satu cubaan untuk membayar semua pihak dan menutup mulut mereka.
Boustead Holding Sdn Bhd milik LTAT telah mengumumkan bahawa ia akan membuat pembelian itu melalui anak syarikat milik penuh yang Bakti Wira Sdn Bhd.
Rafizi berkata PKR masuk campur kerana ia kini membabitkan RM160 juta wang awam yang datangnya dari dana pencen anggota tentera. "
Rafizi menuduh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT untuk mengeluarkan RM160 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut.
"Kita telah kehilangan RM250 juta kerana lembu disebabkan oleh seorang menteri, kita tidak mahu kehilangan RM160 juta lagi wang pesara kerana seorang lagi menteri," katanya merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation.
Katanya, oleh kerana tanah itu berada di Selangor, maka ia tanah tidak boleh diurusniagakan tanpa kelulusan kerajaan negeri tetapi mengakui ia tidak mempunyai kuasa dalam menghentikan pembelian saham dalam Astacanggih.
Malaysia masih negara rasuah
Subky Latif, | 28 Dis 2012 |
Perdana Menteri Najib dan timbalannya menunjukkan rasa seronok menyebutkan negara sudah turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia. Ia dikira sebagai satu kejayaan dalam usaha negara memerangi rasuah.
Sebagai manusia dan orang Islam wajarlah kita bersyukur atas apa-apa kebaikan sekali pun sedikit. Jika Allah takdirkan kita berada di tangga ke 174 pun kita kena redha atas ketentuanNya.
Tetapi adakah Perdana Menteri dan SPRM sudah boleh berbangga sekadar turun tangga dari tahun lalu dan kini berada di tangga 54 saja?
Dengan ditransformasikan BPR kepada SPRM dan dengan segala kempen anti rasuah, kita masih jadi negara ke 54 saja. Ada 120 negara lagi yang lebih teruk rasuahnya. Adakah sudah berjaya dan patut seronok sangat?
Dengan segala gembar gembur yang dibuat, kerajaan BN belum berjaya kalau pun ke tahap rasuah sifar, biar antara 10 negara bebas rasuah di dunia.
Mengapa kita masih di tangga ke 54?
Ia adalah tanda perang terhadap rasuah masih belum berkesan.
Yang Malaysia dikatakan bertambah elok kerana kita sekadar turun enam tangga dibandingkan dengan tahun lalu di seluruh dunia. Tetapi rakyat tidak diberi tahu keadaan dalam negeri itu lebih buruk atau jauh kurang dari tahun-tahun sebelumnya?
Boleh jadi kita turun ke tangga 54 kerana kemungkinan enam negara di bawah kita dulu bertambah teruk rasuahnya tahun ini. Kiranya mereka bertambah teruk dalam masa setahun atau beberapa tahun kebelakangan ini, maka CPI kita jadi elok sikit.
Tetapi mungkin juga kita bertambah teruk. Jika disebabkan orang lain bertambah teruk, maka dilihat kurang teruk, sesungguhnya boleh dikelirukan orang suasana seperti itu.
Pastikan kita bertambah disebabkan oleh kita betul-betul baik, jangan kita tertipu oleh faktor orang lain bertambah buruk, lalu kita terasa kita kurang buruk.
Jika ia diibaratkan sebagai pencapaian anak kita di sekolah. Dia dapat nombor 20 ke atas dalam darjahnya. Berbagai usaha kita lakukan dia dapat kedudukan yang ke 15. Adakah dia sudah bertambah baik? Atau beberapa orang kawan sederjahnya merosot? Jika ia disebabkan oleh kawan-kawan merosot, belum tentu anak kita itu bertambah baik.
Apa pun kita tetap tidak seronok anak kita di tangga ke 15.
Jika tahun depan CPI rasuah kita turun ke tangga 50 pula, elok dia diam saja dan buat lebih banyak kerja supaya betul-betul tidak ada. Jangan nyatakan kepada umum kita sudah bertambah, sedang rumah kita masih jadi sarang anai-anai. Anai-anai wala pun sikit tetap ia dikira rumah beranai-anai.
Dalam hal ini kita bukan mahu menyalahkan SPRM, tetapi yang mesti bertanggungjawab adalah parti yang memerintah. SPRM sebaik mana pun tidak boleh buat apa, kalau pemimpin-pemimpin kerajaan dan negara menjadi ikan yang busuk kepala.
Kepala ikan sudah busuk, tiada daya badan ikan bertahan segar.
Kerajaan yang ra suah tidak mampu membersihkan negaranya dari rasuah. Ada 1001 cara bagi pemimpin yang rasuah untuk mengatakan dia tidak rasuah. Antaranya menjalankan kempen perubahan membasmi rasuah.
Dan Newsmaker bagi 2012 ialah...
Setiap tahun, selama lebih satu dekad, Malaysiakin telah menamakan Newsmaker sempena kita melabuhkan tirai bagi tahun berkenaan.Newsmaker ditakrifkan sebagai 'seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau lebih teruk lagi'.
Bagi tahun 2012, Malaysiakini telah mencalonkan 10 individu bagi pembaca mengundi. Sejumlah 697 orang mengambil bahagian dalam pengundian tersebut, yang hanya dibuka kepada pelanggan berbayar portal berita ini.
Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka bagi setiap penama - satu undi terendah dan 10 tertinggi.
Menariknya kali ini, pembaca Malaysiakini penghormatan kepada individu yang terlepas anugerah Newsmaker tahun lepas.
Anugerah kali ialah dimenangi oleh...
Dan Newsmaker tahun 2011 adalah bekas pengerusi Majlis Peguam dan penyelaras BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan - wanita yang melancarkan ibu segala bantahan.
Mungkin ini datang sebagai satu kejutan kerana semalam, pembaca Malaysiakini memilih perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai berita paling utama 2012.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di tempat kedua, diikuti rapat oleh pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack.
Berikut adalah keputusan penuh:
1. S Ambiga - peguam kanan dan penyelaras BERSIH
6,438 undi
2. Rafizi Ramli - pengarah strategi PKR
5,480 undi
3. Wong Tack - pemimpin Himpunan Hijau
5,435 undi
4. Dataran Merdeka - tapak keramat untuk semua rakyat Malaysia
5,194 undi
5. A Samad Said - Sasterawan Negara dan penyelaras BERSIH
4,993 undi
6. Shahrizat Abdul Jalil and family - Ketua Wanita Umno, suaminya dan tiga anaknya
4,037 undi
7. Rosmah Mansor - steri PM Datuk Seri Najib Tun Razak
3,615 undi
8. Nazri Abdul Aziz - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2,416 undi
9. Mahathir Mohamad - bekas perdana menteri
2,206 undi
10. Chua Tee Yong - MP Labis dan ketua biro Biro Profesional Muda MCA
1,676 votes
Newsmaker sebelum ini
2011 - Bersih supporters
2010 - Ibrahim Ali
2009 - Teoh Beng Hock
2008 - YOU
2007 - VK Lingam
2006 - Mahathir Mohamad
2005 - Joint award - Rafidah Aziz and Mahathir Mohamad
2004 - S Samy Vellu
2003 - Husam Musa
2002 - Zainuddin Maidin
2001 - Rais Yatim
Benteng konkrit runtuh di puncak Setiawangsa
Penduduk di Puncak Setiawangsa di ibunegara cemas apabila benteng konkrit berdekatan rumah mereka tiba-tiba runtuh malam
tadi.
Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit itu dan difahamkan kurang daripada 10 terletak berhampiran tebing itu.
"Ini kejadian pertama sejak saya menetap di sini 16 tahun lepas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Pasukan bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian.
Penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman masing-masing dan mengambil dokumen dan barangan penting selain mengalihkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.
Seorang penduduk B.Selvarani, 26, berkata beliau terdengar bunyi tanah untuh di belakang rumah teresnya di bawah tebing berkenaan.
"Tanah yang runtuh hampir masuk ke dalam rumah saya," katanya yang ketika kejadian sedang membasuh baju.
Selvarani berkata beliau segera membawa keluar anggota keluarganya seramai mpat orang dari kediamannya.
Sehingga berita ini ditulis, pihak polis dan bomba belum mengeluarkan
sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
- Bernama
tadi.
Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit itu dan difahamkan kurang daripada 10 terletak berhampiran tebing itu.
"Ini kejadian pertama sejak saya menetap di sini 16 tahun lepas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Pasukan bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian.
Penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman masing-masing dan mengambil dokumen dan barangan penting selain mengalihkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.
Seorang penduduk B.Selvarani, 26, berkata beliau terdengar bunyi tanah untuh di belakang rumah teresnya di bawah tebing berkenaan.
"Tanah yang runtuh hampir masuk ke dalam rumah saya," katanya yang ketika kejadian sedang membasuh baju.
Selvarani berkata beliau segera membawa keluar anggota keluarganya seramai mpat orang dari kediamannya.
Sehingga berita ini ditulis, pihak polis dan bomba belum mengeluarkan
sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
- Bernama
Umno kena penyakit 'rabun angka'
Harakahdaily, | 28 Dis 2012 |
Beliau memberi contoh dalam isu tuduhan oleh Umno Perak, kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menganugerahkan tanah seluas 10,576 ekar kepada pemimpin DAP Perak.
Pemberian itu kononnya untuk memastikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
"Ini satu pembohongan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan PAS. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012.
"Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau juga memberi contoh lain iaitu berhubung hasil kutipan balak di Kedah telah yang meningkat daripada RM8 juta kepada RM80 juta dibawah pemerintahan PAS negeri itu.
Selain itu beliau juga membawa fakta berkaitan simpanan tunai kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.56 bilion dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
"Umno tetap cuba menafikan angka tersebut. Mereka tetap menafikan kebolehan PR menyimpan wang sebanyak itu.
"Setiap kali himpunan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, sekali lagi penyakit rabun angka akan berlaku," katanya.
Penyakit rabun ini ujarnya semakin parah apabila hampir pilihanraya, terutama mimpi ngeri kejatuhan kerajaan BN ke tangan Pakatan Rakyat.
'Baucer subsidi RM520, tapi masih kena tambah sendiri'
Rata-rata
pemandu teksi mengeluh dengan Program Bantuan Tayar 1 Malaysia (BT1M)
yang merupakan program dibawah Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA)- sebuah
program insentif bagi pemandu teksi menerima baucer subsidi tayar
sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Menurut pemandu teksi yang ditemui Malaysiakini pada perhimpunan pemandu teksi bersama pemimpin Pakatan Rakyat kelmarin, baucer tersebut tidak mencukupi memandangkan mereka terpaksa membayar wang tambahan kepada bengkel yang membuat penukaran tayar tersebut.
S Mahesan, 53, yang sudah bekerja sebagai pemandu teksi selama
dua tahun berkata, baucar tersebut sepatutnya membantu pemandu teksi meringankan beban untuk menukar tayar, tetapi sebaliknya berlaku.
Katanya, ramai pemandu teksi lain turut mengalami keadaan sama apabila terpaksa membayar wang sekitar RM30 bagi dua tayar serta terpaksa membayar wang upah pemasangan tayar.
"Dia (kerajaan) bagi tayar. Tapi lepas ambil tayar, orang bengkel caj dua tayar RM30, kalau empat tayar sudah kena RM60. Sepatutnya percuma tapi kena bayar. Pasang tayar pun dia caj kita. Kadang-kadang bengkel kata tayar tak ada.
"Kalau kata bantuan penuh jangan kasi keluar duit dari poket kita lah," katanya.
Selain itu, bagi Khalid Hasni, 42, yang sudah memandu teksi hampir 10 tahun di sekitar Lembah Klang memberitahu, masalah lain yang dihadapi oleh pemandu teksi berhubung pemberian baucar tersebut ialah tayar yang diberi merupakan tayar bersaiz 13.
Jelas Khalid, ia menyukarkan bagi pemandu teksi jenis Proton Waja yang menggunakan tayar bersaiz 14.
"Tayar saiz 13 ini biasanya pada kereta Proton Iswara, Wira, Saga. Size 14 untuk (Proton) Waja. Tapi baucer itu untuk tayar saiz 13, jadi pemandu teksi Waja kena tambah harga lebih banyak.
"Nak kata (baucar) tak membantu langsung tak ada lah. Tapi tak membantu sangatlah sebab kita masih perlu keluarkan duit sendiri," katanya.
Bagi S Vineswaran, 42, yang memandu teksi hampir empat tahun pula berkata, daripada baucar RM520 tersebut, pemandu teksi jenis
Proton Waja perlu menambah wang kira-kira sebanyak RM400 bagi empat biji tayar.
Vineswaran berkata, harga tersebut mahal memandangkan harga tayar bagi sebuah kereta Proton Waja berharga RM230.
"Macam saya, nak tukar satu tayar harga RM230. Empat tayar RM920. Baucer itu cukup untuk dua tayar sahaja. Lagi dua tayar saya kena tambah sendiri. Itu tak termasuk upah untuk pemasangan, balancing.
"Banyak lagi masalah pemandu teksi. Macam masalah dengan (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM, dengan masalah ulat teksi lagi. Tipulah kalau kerajaan tak tahu tentang benda ini," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan