Jumaat, 7 Disember 2012

NERAKA TERSANGAT2LAH PANAS...MAKA JANGAN JADI PEROSAK MUKA BUMI@DUNIA..SERTA MELAWAN ALLAH..KERJA2NYA ASYIK BUAT KERJA2 YANG DILARANG ALLAH SWT AJE...TAK DE DALAM SEJARAH PEMBANGKANG DIMINTA NYATAKAN KABINET BAYANGAN...MACAM DAH RASA2 AJE...IN SAA ALLAH

Najib: Kabinet Bayangan baik untuk rakyat
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik sekiranya pembangkang membentuk Kabinet Bayangan sambil berkata, ia "baik untuk rakyat."

"Ya, sudah tentu! Saya mengalu-alukan mereka membentuk Kabinet Bayangan," kata Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Bercakap dalam satu wawancara khas bersama ahkbar The Malay Mail, Najib berkata, pembentukan Kabinet Bayangan adalah prasyarat bagi mewujudkan sistem dua parti yang disebut-sebut pembangkang selama ini.

"Mereka menuntut mereka mahukan sistem dua parti, tetapi mereka yang tidak melengkapinya. Jika mahu membentuk sistem dua parti seperti Sistem Westminster, Kabinet Bayangan adalah prasyaratnya. Ini cabaran kepada mereka dan mereka tidak melengkapinya," ujar Najib.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pas, PKR dan DAP yang kemudiannya bergabung di bawah Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga tradisi BN di Parlimen.

Bagaimanapun pemerhati politik berpendapat, dalam tempoh beberapa tahun ini, perikatan itu dilihat sering bercanggah pendirian dalam hal-hal yang berkaitan dasar parti seperti DAP yang tidak dapat menerima hukum hudud Pas.

Najib ketika ditanya sama ada beliau sanggup duduk semeja dengan pembangkang bagi membincangkan hal-hal kenegaraan berkata, boleh tetapi hanya melibatkan sesetengah perkara sahaja.

"Untuk isu-isu tententu yang memerlukan persefahaman biasa mungkin boleh. Tetapi mereka tidak ada dasar perpaduan seperti itu, anda tahu itu.

"Mereka adalah perikatan yang longgar, mereka mempunyai ahli yang bermacam warna daripada tiga parti yang berbeza," jelas Najib.


Iklim politik semakin panas
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
 Mohamad Abu Bakar
Mohamad Abu Bakar
WACANA Sinar Harian Ke-16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?, menyaksikan moderator, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar melontarkan beberapa usul bernas setanding dengan hujah empat panel jemputan lain.

Penganalisis politik dan pensyarah Universiti Malaya (UM) itu, menyifatkan politik sebagai bahan atau perkara yang lebih mudah difahami berbanding ekonomi atau isu lain.

“Ketika membaca topik ini, saya seolah-olah terperangkap kerana sejak 1955 kita tidak pernah dilanda dengan politik samseng, namun sehingga 1969 negara tidak lagi berada dalam politik siuman.

“Tragedi seperti perarakan pertumpahan darah, penggulingan kerajaan Terengganu dan Kelantan, penayangan buntut atau kemaluan, menghiasi sejarah dan proses politik sekarang,” katanya.

Mohamad berkata, perkara tersebut menjadi persoalan apabila iklim politik semakin panas selepas pilihan raya lalu atau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, kemungkinan besar perubahan itu berlaku disebabkan beberapa insiden seperti perarakan Bersih, Stop Lynas, atau isu mendoakan kehancuran parti Barisan Nasional (BN) di Kota Bharu, baru-baru ini.

“Kenapa sekarang topik ini dibangkitkan? Jika ia sedang berlaku, maka politik samseng pernah terjadi suatu ketika dulu,” katanya.
Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal
Musa (dua, kiri) memberi pandangan sehingga moderator dan ahli panel lain tersenyum.
SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.

“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.

Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.

Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.

"Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.

“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.

“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.

Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.

“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.
Usia bersara baru swasta dikuat kuasa 1 Julai 2013
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
Dr S. Subramaniam
Dr S. Subramaniam
SHAH ALAM - Pelaksanaan usia persaraan pekerja swasta iaitu 60 tahun akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
"Hasil perbincangan tersebut, kerajaan telah memutuskan bahawa tarikh kuat kuasa pelaksanaan Akta (Umur Persaraan Minimum) ini adalah pada 1 Julai 2013 dan penetapan tarikh itu akan diwartakan pada 1 Januari 2013," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat masing-masing pada 27 Jun dan 17 Julai lalu. Ia diwartakan pada 16 Ogos.
Di bawah akta itu, umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah 60 tahun.
Oleh itu, kata Dr Subramaniam, majikan tidak boleh membersarakan pekerja mereka secara pramatang.
"Namun begitu, seseorang pekerja boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan sebagaimana yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif," katanya lagi.
Dr Subramaniam juga berkata, majikan yang memerlukan lanjutan tempoh masih boleh memohon penangguhan pelaksanaan.
"Jika permohonan tersebut dipertimbangkan, penangguhan tersebut hanya boleh diberikan sehingga 31 Disember 2013 dalam bentuk pengecualian pemakaian (peruntukan) akta ini.
"Permohonan itu hendaklah disertakan dengan alasan dan justifikasi yang kukuh secara bertulis dan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 28 Februari  2013," kata beliau lagi.
AES tidak sepatutnya diswasta, kata Musa
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
6 Disember 2012
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
SHAH ALAM - Perkara-perkara yang membabitkan pelaksanaan undang-undang seperti kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Justeru, kata beliau, dalam keadaan sekarang penerangan yang terperinci harus dilakukan supaya rakyat benar-benar faham berkenaan hal itu dan tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan.
"Sepatutnya benda-benda seperti penguatkuasaan kita tidak boleh swasta tetapi oleh kerana sudah dibuat begitu, jadi saya harap ini harus dimulakan dengan memberi pendidikan kepada orang ramai terlebih dahulu kerana mereka takut sekiranya sistem ini hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Itu kita kena beritahu. Itu penting," jelas beliau.
Projek AES dianugerahkan kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, projek AES diberikan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2008.
Projek AES ini menimbulkan reaksi pelbagai pihak sama ada di kalangan pemimpin kerajaan, pembangkang dan tidak kurang juga rakyat yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem terbabit.
Oktober lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan, empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan untuk pemasangan AES.
Katanya, pemasangan 331 kamera AES yang dicadangkan di empat negeri terbabit, seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
Esok kerajaan negeri Selangor akan menutup dua kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan  berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu ekoran kegagalan kementerian yang bertanggungjawab memberi respon kepada surat yang dihantar oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).
Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Rakusnya Israel
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
PAGI Selasa lepas, Israel menghancurkan Majsid 'Al Mufqoro' di timur kota Yatta, selatan Hebron di Tebing Barat, dengan dalih masjid tersebut dibangunkan tanpa izin.

Menurut sumber tempatan, Israel menghancurkan masjid berserta barangan yang terdapat di dalamnya termasuk al-Quran, buku-buku dan peralatan lain. Penduduk di situ tidak dibenarkan mengeluarkan apa yang ada di dalamnya sebelum kerja-kerja pemusnahan dilakukan.

Penyelaras Pembangunan dan Penempatan Masyarakat di kota Yatta, Gaji Jabour mengatakan pasukan Israel menyerbu masjid pada awal pagi dan memusnahkan masjid yang mempunyai keluasan lebih 120 meter persegi itu.

Menurut Jabour, pasukan Israel menyerbu dengan jentolak dan peralatan berat, serta menutup seluruh kawasan masjid.

Setelah memusnahkan masjid, lembaran kitab suci al-Quran kelihatan berselerakan dan berciciran di sekitar jalan. Penduduk jadi histeria, tidak dapat melakukan apa-apa berikutan kawalan yang ketat dilakukan.

Mereka sekadar dapat mengutuk perbuatan tersebut dan meminta hak pelindungan untuk menjalankan ibadah dengan tenang.

Begitulah, rakusnya Israel di bumi Palestin, bukan setakat saudara-saudara kita di sana mahu dihapuskan, rumah-rumah ibadah dan penempatan umat Islam turut mahu dilenyapkan.

Apa usaha kita untuk membantu warga Palestin?

Melalui Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian sumbangkan kita insya-Allah dapat mengurangkan kesengsaraan mereka di sana.

Mendermalah melalui Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf, 506164-019988 atau menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain menerusi 03-51013820.

Moga apa yang kita hulur dapat mengubat luka di tubuh dan hati warga Palestin yang menderita.
Umno dakwa Pas ketuai negara bukan Anwar jika PR perintah
NUR FARHANA ABDUL MANAN
7 Disember 2012
Umno dakwa Pas ketuai negara bukan Anwar jika PR perintah
Satim bersama peserta dan penganjur program khatan di Kampung Tengah di sini.
PUCHONG – Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman meramalkan  akan berlaku pertelingkahan besar mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, ia berikutan belum pun memenangi PRU, sudah timbul pelbagai cerita panas berhubung calon Perdana Menteri dari barisan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, dalam isu Perdana Menteri PR, DAP nampak lebih dominan dan dilihat memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sedangkan pada hakikatnya, jika PR diberi mandat sepatutnya Pas akan mengetuai negara dan bukannya Anwar," katanya  selepas majlis menepung tawar 19 peserta khatan di Majlis Khatan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Batu 13, Puchong, di sini.

Beliau yang juga Adun Seri Serdang berkata, jika PR menang di peringkat persekutuan, calon DAP yang paling ramai akan menjadi Ahli Parlimen dan disebabkan itu parti terbabit dilihat lebih dominan.

"Apabila dominan wakil mereka akan berani mempertikaikan itu ini dan contoh paling jelas dapat dilihat dengan tindakan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mempertikaikan hal enakmen Kerajaan Kelantan mengenai Majlis Perbandaran Kota Bahru.

“Karpal Singh mempersoalkan mengapa terdapat larangan orang lelaki bukan Islam mengunjungi kedai rambut dikendalikan oleh wanita di negeri itu. Mengapa dan siapa dia (Karpal) yang boleh mempertikaikan perkara berkenaan, sebab itu saya katakan apabila dominan mereka boleh memperalatkan Anwar untuk memberi sokongan.

Satim berkata, Anwar pasti akan meminta DAP supaya menyokong beliau kerana walaupun parti itu lebih ramai Ahli Parlimen kerana perlembagaan negara menetapkan hanya orang Islam yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri.
Pemimpin jangan jadi pencetus masalah
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
6 Disember 2012
Wacana 16
Panel membicarakan tajuk berkaitan "politik samseng" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin politik perlu menjadi contoh yang baik kepada penyokong masing-masing dalam mewujudkan budaya politik sihat dan murni, bukannya pencetus kekecohan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata,  pemimpin perlu jadi individu yang mampu menyelesaikan masalah.

"Pemimpin perlu kawal diri, jangan jadi pencetus masalah. Penyokong tidak berhasrat untuk melakukan kacau bilau.

"Tetapi pemimpin hari ini nak buat perubahan dengan mencetuskan huru hara, suruh penyokong pergi mengganas," katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-16 bertajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita?" hari ini.

Katanya, sejarah negara telah membuktikan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu menunjukkan tidak pernah ada politik samseng dalam membentuk kerajaan.

"Sejarah sudah bagi landasan perjuangan yang telah terbukti perjalanan PRU sebelum ini. Saya lihat tidak perlu ada budaya baru, budaya ini (politik samseng) tidak boleh diterima," katanya.

Menurut beliau, memenangi pengundi perlu dengan cara sopan, bukan menghasut, melempar fitnah atau menipu.

"Apabila ada unsur hasutan dan penipuan. Itu yang membuat rakyat marah. Kita tidak boleh salahkan rakyat, kerana yang wujudkan masalah pemimpin," katanya.
Pas dakwa Umno, BN terdesak
Wartawan Sinar Harian
6 Disember 2012
muka depan
Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini
GOMBAK - Insiden dan kekecohan semasa ceramah Merdeka Rakyat di Gombak Utara malam semalam merupakan bukti memperlihatkan terdesaknya Umno dan Barisan Nasional (BN) melihat kebangkitan rakyat.
Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir berkata, kejadian menimbulkan huru-hara pada ceramah itu menunjukkan sikap pemimpin dan penyokong Umno dan BN Gombak tidak bertamadun.

Menurutnya, sekumpulan penyokong Umno dan BN bertindak liar dan menjerit-jerit bagi mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak.
“Sewaktu kejadian kira-kira 10 malam, keadaan semakin tegang apabila Pemuda Umno cuba merempuh masuk ke kawasan ceramah tetapi berjaya disekat oleh Jabatan Amal Gombak dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak.
“Susulan itu, mereka mula membaling batu dan objek keras dan menyebabkan beberapa petugas PR cedera.
“Lebih malang sewaktu kekecohan tersebut, seorang petugas PR telah ditikam di lengan kiri dengan menggunakan objek tajam,” katanya.

ORANG MACAM NI PUN ADA...ABIS MUSUH ANWAR TAK SERANG ANWAR KE....


'Anwar serang musuh politik'
Wartawan Sinar Harian
6 Disember 2012
Senator Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti mengkritik Perhimpunan Agung Umno 2012 kerana semasa beliau di dalam Umno, perhimpunan itu menjadi platformnya mengukuhkan kuasa dan menyerang Pas dan DAP.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, sepatutnya malu kerana Umno mengamalkan demokrasi lebih baik daripada PKR hanya agih kuasa kepada anak-beranak dan kroni.
Menurutnya, Anwar perlu berhenti mengkritik dan memperkecilkan Perhimpunan Agung Umno yang didakwa hanya memfokuskan kepada strategi mempertahankan kuasa pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN).
“Perhimpunan Umno ketika ini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus terhadap kuasa seperti beliau dalam Umno dahulu. Kedudukan Umno kini lebih baik berbanding zaman beliau bersama parti itu.
“Saya pernah menjadi Setiausaha Politiknya. Anwar mengarahkan secara langsung dan meminta saya mengaturkan agenda beliau,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Anwar mendakwa Perhimpunan Agung Umno sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukannya menjaga kebajikan rakyat.

Tiada ulasan: