Posted on Friday, December 14 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: abuluqman
"
Kuliah UAI di..Indera Mahkota Dianggarkan 30,000 orang.
Sebahagian Anak Muda Yang dahagakan ..Ilmu Islam...
Begitu Ramai Jemaah yang hadir... apa kata Tok Adnan... di Kuantan Ye...
Nukilan Abu Luqman "
Kajian: Populariti Najib 65%, naik 1%
14 Disember 2012
Peningkatan itu dilihat ada kaitan dengan Bajet 2013 yang diumumkan Najib akhir September.
Kajian terbaru Merdeka Center ini dijalankan kira-kira sebulan selepas pembentangan Bajet 2013.
"Sebagaimana dijangka, kajian ini mendapati tahap puas hati ke atas Perdana Menteri bertambah baik di kalangan pengundi berusia 30 tahun, meningkat daripada 61 peratus pada Mei 2012 kepada 68 peratus pada November 2012.
"Peningkatan ini kemungkinan disebabkan fokus ke atas segmen pengundi ini, yang dijanjikan secara langsung dengan bantuan wang tunai, rebat untuk membeli telefon dan juga disebabkan anjuran karnival kerja, aktiviti sosial dan program-program hiburan," kata kenyataan Merdeka Center.
Bagaimanapun menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina mengalami sedikit peningkatan berbanding kaum Melayu.
"Kajian kali ini didapati tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina meningkat. Kemungkinan kerana bajet dan juga tiadanya sebarang isu besar sepanjang tempoh kajian," katanya lagi.
Ibrahim berkata, meskipun tahap puas hati ke atas Perdana Menteri masih tinggi, kajian ini juga mendapati bahawa pandangan pengundi ke atas kerajaan kekal tidak memuaskan, hanya 48 peratus responden mengatakan mereka "gembira dengan kerajaan."
Paras semasa tidak berubah berbanding situasi Mei lalu.
"Di kalangan orang Melayu, paras yang mengatakan mereka gembira dengan kerajaan merosot daripada 65 peratus kepada 63 peratus, tetapi angka membabitkan kaum India meningkat daripada 46 peratus kepada 52 peratus antara Mei dan November lalu," katanya
Tu dia, MCA & Gerakan yang memusuhi Islam, bukan DAP
Posted on Saturday, December 15 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Orang UMNO(ahli dan penyokongnya) perlu lebih teliti ketika mengambil kesimpulan.Jangan asyik dengar semua yang diperdengarkan oleh penceramah penceramah upahan dari BTN dan biro penerangannya sahaja, tetapi teliti kejadian kejadian di sekeliling terutama yang melibatkan parti parti politik cina, DAP,MCA dan Gerakan.
Cuba teliti kes mahkamah yang memberi kemenangan kepada Karpal Singh, cuba teliti peruntukan yang diberikan oleh kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai DAP kepada pembangunan Islam di negeri itu dan bandingkan peruntukan yang dibuat oleh kerajaan BN Gerakan dulu
Paling menarik kalau ahli dan penyokong UMNO mengkaji dua kejadian terbaru ia itu kes bukan Islam yang berkelakuan tidak menghormati tatacara hidup Islam di Kota Bharu dan kes kritikan pengerusi BN Pulau Pinang terhadap tambahan peruntukan kepada Islam oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Sekarang tak payah bersuluh lagi sudah jelas siapa sebenarnya musuh Islam.Naib pengerusi MCA Sabah Chew Kok Woh yang tampil bersuara kepada kes yang berlaku di Kota Baharu.Menarik kerana MCA Sabah tampil untuk membela kelakuan tidak menghormati Islam oleh bukan Islam di sekeliling orang Islam.Menarik apabila Chew dengan angkuh menghasut bukan Islam agar mempersoalkan tindakan tegas MPKB ini.Tindakan ini mengikut undang undang tetapi undang undang ini tidak diiktiraf oleh MCA.Sombong dan angkuhnya MCA, sama dengan sombong dan angkuhnya presiden mereka ketika menghina hudud dulu.
Malang bagi setengah orang melayu yang masih bersama UMNO kerana masih lagi diam membisu dengan kesombongan MCA ini, masih tetap bersahabat dengan MCA sekalipun mereka tidak pernah mahu menghormati Islam.Di mana Prof Rezuan Tee Abdullah?Di mana Harun Sani ketika orang bukan Islam menghina Islam?Apakah kerana yang menghina Islam itu merupakan sahabat kepada UMNO, maka semua orang ugama yang berada di sebelah mereka mesti berdiam diri, berbanding kalau ada peristiwa yang di manupulasikan berkenaan DAP maka tampillah mereka membela konon?
Karpal Singh sudah membuktikan dia dimangsakan oleh utusan meloya dan yang dilapurkan oleh utusan meloya inilah yang menjadi rujukan orang orang ugama yang bersama UMNO termasuk Redzuan Tee untuk menghentam DAP dan menuduh mereka sebagai musuh Islam, pencacai UMNO pula menggelarkan mereka sebagai kafir harbi,kafir laknat tetapi MCA dan Gerakan dibiarkan melakukan penghinaan terhadap ISLAM.Bukan itu saja,semua kelulusan yang berbentuk maksiat dan haram dalam ugama Islam diberikan kepada orang MCA dan Gerakan mesti melibatkan orang Islam.Lihat saja lesen jualan arak di 7 eleven dan jangan lupa isu judi bola sepak dulu, semuanya mahu melibatkan orang Islam atas alasan hak asasi manusia, tetapi peraturan ugama Islam yang melarang tidak perlu dihormati.
Begitu juga tindakan pengerusi BN Pulau Pinang dari Gerakan mempersoalkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikan peruntukan terhadap Islam di Pulau Pinang.Pelik difikirkan bagaimana pencacai UMNO dengan muka tidak malunya menuduh macam macam kepada KM LGE yang sudah menaikan elaun guru kafa sedangkan ketika KM Gerakan dulu yang membayar elaun yang cuma lekat celah gigi mereka tak kata apa apa.
Malunya kalau macam ni sikap orang melayu, menuduh pihak yang tidak melakukan kesalahan sebaliknya menyembunyikan pihak yang bersalah walaupun kesalahannya cukup terang dan jelas.
Kata ulamak, perbuatan ini adalah zalim kerana tidak meletakkan sesuatu di tempatnya!
Kes Altantuya: Rayuan Sirul, Azilah didengar 11 Jun depan
Mahkamah
Rayuan menetapkan tiga hari mulai 11 Jun tahun depan untuk mendengar
rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung
sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada
2006.
Timbalan Pendaftar Darma Fikri Abu Adam memaklumkan tarikh itu kepada Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan peguam J Kuldeep Kumar bagi pihak Cif Inspektor Azilah Hadri.
Kitson kemudian memberitahu pemberita perayu memohon diberi tempoh yang panjang untuk meneliti dokumen dan Sirul Azhar akan membangkitkan lebih daripada 20 isu semasa rayuan.
Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat Putrajaya.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Okt 2008 selepas pendakwaan gagal membukti kes prima facie terhadapnya.
-Bernama
"Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan," katanya dalam satu kenyataan.
Lee juga berkata perdana menteri sudahpun dihurung pelbagai kontroversi walaupun baru sepenggal menjadi perdana menteri.
"AMK menyifatkan PM Najib Razak (sebagai) perdana menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain.
"Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi," katanya.
Tambahnya, rakyat Malaysia patut mendapat cerita sebenar dan sekiranya perdana menteri mendapati dakwaan Deepak tidak benar dan membawa ahli perniagaan itu ke mahkamah untuk membersihkan namanya.
Katanya, AMK antara lainnya menuntut penjelaskan mengenai dakwaan Deepak berhubung kaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Deepak juga mendakwa adik Najib, Datuk Nazim Razak membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menandatangani pengakuan berkanun kedua bagi menukar kenyataan mengaitkan Najib dengan kontroversi berhubung pembunuhan Altantuya.
Dalam satu kenyataan berasingan, MP Puchong Gobind Singh Deo pula menuntut Najib dan peguam negara supaya tidak berdiam diri dalam kes Altantuya dan menjalankan siasatan lanjut.
Timbalan Pendaftar Darma Fikri Abu Adam memaklumkan tarikh itu kepada Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan peguam J Kuldeep Kumar bagi pihak Cif Inspektor Azilah Hadri.
Kitson kemudian memberitahu pemberita perayu memohon diberi tempoh yang panjang untuk meneliti dokumen dan Sirul Azhar akan membangkitkan lebih daripada 20 isu semasa rayuan.
Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat Putrajaya.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Okt 2008 selepas pendakwaan gagal membukti kes prima facie terhadapnya.
-Bernama
AMK mahu Najib jawab dakwaan Deepak
Ketua
penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon menggesa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil menjelaskan dakwaan yang
ditimbulkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan tidak melarikan diri
daripada isu berkenaan."Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan," katanya dalam satu kenyataan.
Lee juga berkata perdana menteri sudahpun dihurung pelbagai kontroversi walaupun baru sepenggal menjadi perdana menteri.
"AMK menyifatkan PM Najib Razak (sebagai) perdana menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain.
"Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi," katanya.
Tambahnya, rakyat Malaysia patut mendapat cerita sebenar dan sekiranya perdana menteri mendapati dakwaan Deepak tidak benar dan membawa ahli perniagaan itu ke mahkamah untuk membersihkan namanya.
Katanya, AMK antara lainnya menuntut penjelaskan mengenai dakwaan Deepak berhubung kaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Deepak juga mendakwa adik Najib, Datuk Nazim Razak membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menandatangani pengakuan berkanun kedua bagi menukar kenyataan mengaitkan Najib dengan kontroversi berhubung pembunuhan Altantuya.
Dalam satu kenyataan berasingan, MP Puchong Gobind Singh Deo pula menuntut Najib dan peguam negara supaya tidak berdiam diri dalam kes Altantuya dan menjalankan siasatan lanjut.
Deepak cabar siar video sepenuhnya
Ahli
perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar
menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan
beliau mengakui diperguna PKR.Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.
Menurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.
Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.
Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.
"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.
"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.
"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.
"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.
Deepak yakin video itu tidak akan disiarkan secara penuh kerana beliau menamakan individu yang didakwa sebagai ahli keluarga perdana menteri dan menerima sejumlah wang dainya berkaitan urusniaga tanah dengan seorang individu didakwa pemimpin Wanita Umno.
"Dalam video itu saya jelaskan siapa terima wang itu, berapa banyak dan bagaimana ia dibayar.
"Mereka terkejut. Mereka kata kalau saya teruskan, masalah akan berlaku dan mereka minta saya jangan teruskan.
Menurut Deepak, beliau bersetuju untuk tidak terus membuka mulutnya kepada media sehingga perhimpunan agung Umno selesai demi menghormati permintaan individu berkenaan yang merupakan kawan lama yang dikenali daripada perniagaan.
Menurut Deepak, sebagai lelaki budiman beliau tidak akan mendedahkan nama ahli majlis tertinggi Umno itu dan akan hanya menunggu individu berkenaan hadapan dengan video itu.
Mengimbau kembali peristiwa itu, Deepak berkata beliau pada mulanya dijadualkan bertemu dengan individu itu di sebuah hotel.
Katanya, "rakan lamanya" itu bagaimanapun kurang mesra – menyebabkan Nada 'rakan lamanya' yang kurang mesra dan seolah-olah memberi kata dua itu menyebabkan beliau memaklumkan beberapa petugas media berkenaan pertemuan itu.
Bagaimana pun, tempat pertemuan akhirnya ditukar kepada sebuah rumah di Subang Jaya, katanya.
Menurutnya lagi, beliau mengecam dua lagi individu lain yang dikenalinya sebagai penulis blog pro-Umno dalam pertemuan itu.
Bagaimana pun, beliau tidak sedar bahawa perbualan itu dirakam penulis blog berkenaan, kata Deepak.
Dalam pertemuan itu, kata Deepak, beliau diminta menamakan individu yang mendalangi siri wawancaranya, yang dijalankan beberapa hari sebelum perhimpunan agung Umno.
"Saya ditanya kenapa saya ambil langkah ini? Ada sesiapa di belakang saya? Adakah kumpulan Muhyiddin (Yassin) di belakang saya? Atau pembangkang?" katanya.
Menurut Deepak, beliau memaklumkan bahawa tindakannya itu tiada kena mengena dengan sesiapa.
Namun, beliau mengakui kepada individu berkenaan bahawa beliau membuat pertemuan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon bantuan berkenaan kemudahan pembiayaan dari sebuah bank Timur Tengah yang dihentikan separuh jalan.
Dalam pertemuan itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa beliau melantik MP PKR S Sivarasa sebagai peguamnya dalam kes tanahnya dengan pemimpin Wanita Umno kerana beliau tiada peguam pada masa itu, kata Deepak.
Beliau turut menafikan pernah bertemu anak Anwar, Nurul Izzah Anwar namun beliau ada menghantar beberapa dokumen kepada Izzah berkaitan bantuan yang dipohon dari Anwar.
Menurutnya, beliau hanya pernah berbual di telefon dan nampak Nurul Izzah di Parlimen.
"Saya pernah nampak beliau di Parlimen, dua kali rasanya.
"Saya di kantin Parlimen masa itu tapi saya dengan orang lain.
"Perempuan cantik mestilah kita nampak. Tapi saya tak pernah perkenal diri atau jumpa beliau secara berdepan," katanya.
Zainuddin Maidin mengesahkan dia memang TOTOL!
Posted on Friday, December 14 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Zainuddin Maidin ingat dia hebat dan cerdik apabila menggunakan kalimah pengkianat untuk BJ Habibie dan DSAI, tetapi sebenarnya kalimah itu menunjukkan dan mengesahkan dia memang bodoh dan tolol.
TOLOL kerana kalimah pengkianat pernah digunakan oleh penjajah untuk Dato Maharajalela yang dikatakan memberontak sedangkan sebenarnya Dato Maharajalela mempertahankan tanah airnya dari penjajah.
Demikianlah juga kalimah pengkianat yang digunakan oleh Zainuddin Maidin ini menunjukkan dia masih lagi leka dengan ulikan penjajah yang tidak mahu ada orang yang menentang mereka. Dasar penjajah pernah diteruskan oleh Suharto di Indonesia dan UMNO di Malaysia. Jadi mengatakan BJ Habibie mengkianati Suharto bermakna mengkianati penjajah, dan mengatakan DSAI mengkianati UMNO membawa maksud yang sama. Di sinilah TOTOLnya Zainuddin Maidin!
Zainuddin Maidin atau Awang selamat pernah mencetuskan rasa tidak senang kerajaan Thailand kerana mengkritik TV negara itu menyiarkan tazkirah TGNA. Zainuddin Maidin juga pernah menunjukkan kebodohan kepada dunia melalui temuramah Al Jazira ketika BERSIH 0. 1. Sungguhpan Zainuddin cuba menampilkan gaya seorang Profesor ketika menulis dan bercakap tetapi isinya kosong, tiada fakta, yang ada cuma auta.
Dalam penampilannya yang nampak hebat rupa rupanya dia hanya mendedahkan satu fakta yang bertentangan dari apa yang dia sebut. Pengkianat yang ditujukan kepada BJ Habibie itu rupa rupanya penyelamat, kerana kalau bukan kerana BJ Habibie mengkianati Suharto, Indonesia mungkin sudah bangkrap sekarang ini, Kalau bukan BJ Habibie yang membuka jalan kepada pilihanraya yang bebas dan adil, maka sampai hari ini pilihanraya Indonesia akan dimanupulasikan oleh Suharto dan kuncu kuncunya.
Oleh itu, Zainuddin tidak menyedari tuduhannya itu hanyalah satu percubaan mempertahankan pemerintahan yang korup dan mengatakan seorang yang berjasa kepada ratusan juta rakyat Indonesia hanyalah menyerlahkan ketololannya, apatah lagi pidato BJ Habibie mendapat sambutan ramai pencinta pencinta keadilan dalam negara.
Itu pasal BJ Habibie. Bagaimana pula DSAI?DSAI juga pengkianat di kaca mata Zainuddin. Pengkianat kepada siapa?kepada rakyat Malaysia kerana Beliau menjadi agen yahudi?atau mahu menjual negara yang dipertahankan oleh orang orang seperti Zainuddin?Inilah ketololan Zainuddin yang amat nyata, kerana pengkianatan DSAI selama hari ini hanyalah pengkiantan kepada Mahathir dan UMNO serta orang orang yang sedang menerajui negara sekarang ini yang satu masa dulu duduk dibawah telunjuk DSAI. Mana mungkin DSAI mahu jual negara?mana mungkin DSAI agen yahudi?sedangkan yang jual minyak sawit kepada Israel ialah FELDA, siapa milik FELDA?yang mendapat khidmat nasihat APCO ialah kerajaan Malaysia, siapa kerajaan Malaysia?DSAI?TOLOL!
Benarlah kata orang kalau tidak bercakap orang tidak tahu, tetapi apabila bercakap, memang sahlah dia ni TOLOL!!!!
Bukti Rosmah Mampu Perlekeh Mahathir!!
Posted on Saturday, December 15 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: laniismaa
"
Mula-mula kita baca berita berikut…
KUALA LANGAT – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menamakan dan melancarkan kapal latihan baharu ‘Gagah Samudera’ milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di limbungan milik syarikat pembinaan kapal tempatan, NGV Tech Sdn Bhd di Kampung Sijangkang di sini.
Turut hadir menyaksikan upacara itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi Eksekutif NGV Tech Datuk Zulkifli Shariff.
KD Gagah Samudera adalah satu daripada dua buah kapal latihan yang panjangnya 75.9 meter.
Ia direka bentuk dengan kerjasama NGV Tech dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering dari Korea Selatan. – Bernama
Siapa
yang dah mampu perlekeh siapa? Nampaknya Rosmah, bini PM mampu
memperlekeh bekas PM, Mahathir Mohamad. Rosmah boleh menonjol semahunya
seperti kata Mahathir sebelum ini dan kini Rosmah buktikannya.
Pentingnya
bini PM berbanding bekas PM. Bini PM diberi penghormatan hebat untuk
menamakan dan melancarkan ‘Gagah Samudera’ milik TLDM.
Bekas
PM hanya mampu mencebik melihat… [Gambar perasmian tersebut] Rosmah
memang ‘power’ lebih-lebih lagi ketika memakai bengels ini, “Datin Rosmah Pakai Bengels!!“
EkEleh.com"
PANAS: Najib ada masa sampai Isnin ni jaa...
Posted on Saturday, December 15 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh shalehudin
Deepak ‘mencari kemaafan’ dari Altantuya
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Penjual permaidani Deepak Jaikishan mencari kemaafan dari Altantuya Shaariibuu atas peranannya dalam akuan bersumpah kedua oleh P Balasubramaniam pada Julai 2008.
Ahli perniagaan yang menyaman Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah kerana hal jual beli tanah, juga berkata beliau akan menerbitkan dua buah buku tentang kehidupannya dan perniagaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan