Posted on Sunday, December 09 @ 16:56:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Dari Lensa Shahrina Ahmad Sharkawi
Sambutan ulangtahun kepimpinan Hamas Ke-25 8 Disember 2012
Gambar hakmilik Shahrina Ahmad Sharkawi
Album Facebook
Kilang roti percuma di Gaza, sumbangan diperlukan
Posted on Sunday, December 09 @ 15:07:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rozmal
"9 Dis 2012 GAZA: Keperluan utama terhadap sumber makanan berterusan mencetuskan idea bernas kepada Persatuan Muslim Care Malaysia untuk membina kilang roti di sini, dengan anggaran kos berjumlah lebih RM200,000.
Objektif memastikan penduduk Gaza memperoleh roti percuma setiap hari berjaya direalisasikan oleh Muslim Care hasil kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Emaar untuk pembangunan dan pemulihan Gaza.
Bendahari Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata, projek khas membina kilang roti itu tercetus setahun lalu selepas mendapati ramai penduduk Gaza kekurangan makanan asas.
Menurutnya, Muslim Care mengadakan kutipan derma di Malaysia sebelum sumbangan orang ramai itu disalurkan kepada NGO Emaar.
“Sebuah bangunan berjaya diubah suai sebelum pelbagai kelengkapan dan mesin membuat roti dibeli dan dipasang di dalam premis berkenaan.
“Tujuh pekerja di kalangan penduduk Gaza mengadun dan memproses roti di kilang itu sebelum diedarkan secara percuma,” katanya.
Menurutnya, kilang roti itu yang dinamakan Al Shafie Bakery menghasilkan sehingga 1,000 roti sehari dan dianggap satu rahmat kepada rakyat Gaza yang mengharapkan satu bentuk bantuan makanan berterusan.
“Malah, kilang roti itu kini diselenggara NGO Emmar mendapat maklum balas positif daripada masyarakat di Gaza,” katanya ketika melawat operasi kilang roti itu.
Zulkifli bagaimanapun khuatir berikutan sumber asas tepung gandum bagi menghasilkan roti percuma di kilang itu semakin berkurangan.
Menurutnya, jika sebelum ini kilang itu memproses roti setiap hari, kini premis itu terpaksa beroperasi tiga atau empat kali seminggu berikutan kekurangan bekalan tepung gandum.
“Kilang roti ini memerlukan bekalan tepung gandum berterusan sekurang-kurangnya seguni sehari dengan anggaran kasar seberat 50 kilogram setiap satu.
“Pihak kami memerlukan sekitar 1.5 tan tepung gandum sebulan untuk membantu rakyat di Tebing Gaza,” katanya.
Sementara itu, Presiden Muslim Care, Mat Ariffin Ismail berkata, orang ramai yang berhasrat membantu kilang terbabit membeli tepung gandum boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.
Sumber: hmetro.com.my"
Hebat Ustaz Azhar Idrus..Masih Mampu Menarik Minat Anak Muda..walaupun ada PESTA
Posted on Sunday, December 09 @ 14:57:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: abuluqman
"
Poster Ustaz Azhar Idrus..Di Penang.
Hebat !!! Walaupun Pesta Pulau Pinang dan Program Hiburan Janji Di Tepati [TV3] Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di Penang masih menarik minat anak muda.
Sebahagian Daripada..Jemaah, Rata rata orang Muda menghadiri kuliah.. Disamping itu ada dua Program Hiburan yang dianjurkan oleh ..Kerajaan Negeri [ Pesta Pulau Pinang ] dan, Janji Di Capati oleh TV 3...
Nukilan Abu Luqman"
Sumbangan komputer terpakai untuk Pasti Rembau diperlukan
Posted on Sunday, December 09 @ 14:49:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"Sesiapa yang ingin menyumbang satu set komputer terpakai serta pencetak untuk kegunaan PASTI Al Ahmadi, Taman Chembong Utama, Rembau.
Sila hubungi:-
Ustaz Muhammad 014-2268837 , 013-6889185
atau disalurkan melalui
akaunn BSN, No Akaun 0412929000077372"
Orang Melayu makan babi?
Posted on Sunday, December 09 @ 14:44:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: anaabdullah
"Perkataan tajuk rencana saya ini bukan baru kita dengar, malahan sudah 50 tahun ia meniti dari mulut ke mulut orang Melayu yang prihatin dengan hukum halal/haram dalam Islam.
Tidak pelik, perkataan tersebut keluar dari mulut orang China dengan tujuan untuk memtemplek orang Melayu yang tidak makan babi.
Dengan perkataan yang tersebar secara meluas itu sah orang Melayu yang mengaku kuat berpegang dan beramal dengan agama islam tidak pernah kisah pasal halal haram dalam Islam.
Lebih lebih lagi JAKIM telah mengeluar “sijil halal” agar orang melayu tidak bimbang dengan produk yang di keluarkan oleh pengusaha bukan islam.
Pada penulis pengusaha pengusaha bukan Islam mustahil boleh mematuhi syarat syarat halal haram mengikut persepektif Islam.
Bukitnya, kebanyakan pengusaha produk makanan orang melayu kadang kadang lupa soal halal haram dalam islam.
Oleh itu bagaimana kita boleh mengharapkan pengusaha orang bukan islam beoleh mematuhi syarat syarat halal haram yang tetap oleh Islam.
Mengapa penulis kata begitu? Kerana hari ini kita masih dengar perkataan “orang melayu makan babi”. Ia tersebar bukan dari mulut mulut orang Melayu sahaja, malahan mulut orang bukan islam tidak pernah lekang dek panas.
Betul JAKIM nerusaha begitu serius sebaik sahaja mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha pengusaha produk makanan milik orang bukan Islam.
Akan tetapi apakah benar produk pengusaha bukan islam itu halal dari segi Islam dan tidak meragukan?
Jika benar pengusaha bukan telah mematuhi syarat syarat dan panduan halal haram mengikut persepektif Islam mengapa kata kata orang melayu makan babi masih di jaja secara meluas.
Ini menunjukkan produk makanan keluaran pengusaha bukan Islam ada mengandungi lemak babi sepertimana pernah disebut oleh CAP.
Untuk membuktikan produk makanan keluaran milik pengusaha bukan islam mengandungi lemah babi, bahawa penulis pernah berkursus dengan CAP di Pulau Pinang.
Seorang penceramah berbangsa China menyatakan kebanyakan produk makanan keluaran pengusaha bukan Islam belum bebas dari perkara haram miskipun ada sijil halal.
Pelik juga, orang bukan islam boleh membucurkan rahsia tersebut. Tetapi itulah kata kata yang disebut kepada peserta kursus.
Beliau menyatakan “simple” yang di beri kepada pihak JAKIM tidak sama dengan dengan produk yang ada dalam pasaran.
Jelasnya lagi, CAP membeli produk makanan yang ada sijil halal didapati ianya mengandungi lemak babi.
Atas sebab itu CAP telah mengeluar bukan membariskan produk makanan yang mengandungi lemak babi agar orang Islam tidak memakannya.
Malangnya, sehingga hari ini orang Melayu tidak pernah kisah pasal halal dan haram miskipun JAKIM sendiri telah mengeluarkan buku produk haram bagi orang Islam.
Atas sebab ini juga perkataan orang Melayu makan babi begitu popular di kalangan orang bukan Islam sebagai templek yang mereka tidak makan babi, sedangkan kebanyakan orang Melayu makan babi yang diharamkan Islam."
Adab Makan di Restoran bersama keluarga
Posted on Sunday, December 09 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"Hari ni kami bersarapan di Restoran Negeri di tengah bandar Seremban kerana ada urusan di bank berdekatan. Saya beritahu pada anak-anak saya, Restoran Negeri ni memang popular dari dulu, sejak saya sekolah menengah lagi. Depan Restoran Negeri ni dulu ialah Terminal Bas Seremban sebelahnya ialah panggung wayang.
Setiap kali kami makan di luar, kami ada adab makan yang tersendiri. Adab ini bukan di ambil dari mana-mana kitab, cuma kami fikirkan satu kepuasan apabila mengamalkan adab makan begini. Setiap kali selepas makan di warung atau restoran saya, isteri dan anak-anak akan menyusun dan menindih pinggan serta asingkan sisa makanan dalam satu piring.
Walaupun setiap kedai ada pelayan restoran melakukan kerja ini, kami fikirkan apa salahnya kita membantu pelayan di kedai tersebut, supaya lebih mudah mereka untuk menghidang untuk pelanggan yang seterusnya.
Sebelum beredar kami pastikan kerusi dimasuk kemas ke meja.
Ada sekali anak lelaki saya tersasul, bila dia pergi basuh tangan dia bawa pinggan dan dibasuhnya sekali pinggan. Dia lupa, ingatkan ada di rumah.
Ribuan Pengundi Kemboja Dan Myamar
Posted on Sunday, December 09 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: mohdnoorawang
"Sudahkan PAS Terengganu dan apakah tindakkan untuk mengatasi situasi pengundi pengundi "warga Kemboja dan warga Myamar" dalam senarai pengundi yang terdapat pengundi SPR?.
Ribuan pengundi warga Kemboja dan warga Myarmar digunakan oleh UMNO/BN Terengganu dengan kerjasama pengkianat negara nombor satu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftran Negara tujuan merampas Terengganu dari PAS dalam pilihanraya umum tahun 2004 yang lalu.
Arus dan gelombang penduduk Terengganu mahu menukar kerajaan UMNO/BN mungkin tidak menjadi kenyataan dalam PRU13. Terbukti PRU yang 12 PAS Terengganu gagal menawan semula Terengganu dari tangan jahat UMNO/BN. Hakikatnya tsunami politik tidak melanggarNebgeri Terengganu.
Kenyataan menteri besar Terengganu dalam media perdana, Dato' Ahmad Said cukup konfiden dapat menyekat kemaraan PAS dan kekal berkuasa slepas PRU13.
Mungkin dengan dua perkara utama Terengganu khasnya UMNO/BN Terengganu konfiden kekal berkuasa boleh dirumus secara rengkas ialah;-
1- Daftar atau senarai pengundi diramaikan oleh pengundi dibawa masuk secara haram dengan menggunakan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negeri atau negara, terutama warga warga asing.
2- Wang ehsan, dan wang BR1M (RM500 dan RM250 ) dan banyak lagi penipuan dan rasuah wang politik digunakan pakai oleh UMNP/BN Terengganu untuk memastikan UMNO/BN Terengganu tidak tumbang PRU13.
Rakyat Terengganu tertipu dan ditipu oleh UMNO Terengganu sepanjang Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu dengan bajet tahunan mencecah 10 billion.
Rakyat Terengganu juga ditipu oleh kerajaan pusat BN/UMNO dalam kes membina Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Hampir RM3 billoin wang minyak digunakan untuk membuat Lebuhraya tersebut. Malangnya lebuhraya tersebut tidak siap sampai sekarang.
Kita tunggu dan lihat PRU13."
PANAS Kerajaan takut pada Polis
Posted on Sunday, December 09 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: Dukunpasir
"Sebelum kita pergi jauh, mari kita sama sama sedekahkan AL-FATIHAH KEPADA BEKAS OCPD Slim River Tuan Abdullah bin Omar yang dijemput oleh Allah jam 6 pagi tadi di kediamannya Kampung Bau, Kemunting, Taiping Perak.
AL-FATIHAH.
Polis sekarang ni dianggap MENAKUTKAN PADA RAKYAT lebih lebih lagi jika rakyat itu lantang menentang kerajaan yang ada sekarang.Memang polis digunakan untuk menyekat rakyat .TETAPI tak semua tahu....
Kerajaan pun sebenarnya TAKUT PADA POLIS terutama yang sudah BERSARA DAN PENCEN. Sehari dua ni ramai anggota polis termasuk OLEH BEKAS KETUA POLIS NEGARA SENDIRI MUSA HASAN. Walaupun Musa Hassan tidak menyertai mana mana pasukan Pembangkang, tapi apabila Musa Hassan dituduh PENGKHIANAT oleh Kerajaan .....kita sendiri pun faham kenapa haha.
Banyak pendedahan yang dibuat oleh bekas bekas anggota Polis berpangkat. Banyak perkara perkara SULIT YANG SELAMA INI KITA TAK TAHU, KITA DAPAT TAHU......termasuk pendedahan YANG MELIBATKAN UNDI OLEH Arwah OCPD Tuan Abdullah bin Omar ini.
Semua ini menguntung rakyat tetapi merugikan kerajaan. Apakah akan ada URA URA UNTUK MENARIK PENCEN "ANGGOTA POLIS YANG BERKHIANAT SECARA BERJEMAAH INI "?
Mungkinkah selepas ini Kastam dan JPJ pula akan "KHIANAT" .....
SUMBER: http://jomgelakla.blogspot.com/"
Desak Koperal Jenain mohon maaf secara terbuka
Posted on Sunday, December 09 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Ruwaida Md Zain
Sinar Harian
Khalid, Azura, dan Norsiah ketika sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi didesak memohon maaf secara bersemuka dengan ibu dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 yang mati terkena tembakan anggota polis terbabit dua tahun lalu.
Kakak mangsa, Aisyah berkata, Jenain, 42, perlu menemui ibunya, Norsiah Mohamad, 62, untuk meminta maaf dan menceritakan segala yang berlaku kepada mereka pada malam kejadian.
“Dia (Jenain) perlu datang berjumpa, bersemuka dan meminta maaf dengan kami, terutamanya ibu. Kami hendak dengar dari mulut dia sendiri, apa sebenarnya berlaku pada malam tersebut,” katanya.
Norsiah kesal dengan tindakan Jenain yang hanya memohon maaf kepada keluarganya di hadapan pemberita, selepas dibebaskan daripada hukuman penjara dalam kes tersebut Rabu lalu.
Beliau juga terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Jenain atas alasan hanya menjalankan tugas dan membunuh tanpa niat.
Seorang lagi kakak Allahyarham, Azura, berkata, walaupun keluarga mereka menghormati keputusan mahkamah itu mereka berasa mereka tiada berpeluang untuk membela diri seadilnya.
"Saya amat berharap semakan berhubung kes kematian adik kami dibuat semula,” katanya pada sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini semalam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang hadir di sidang media tersebut, berkata, pihak Peguam Negara mesti menyemak dan melihat semula keputusan mahkamah berkenaan.
Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan Jenain dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki itu, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.
Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Sumber: sinarharian.com.my
Penduduk Kampung Gombak Utara tuntut Pemuda Umno minta maaf
Posted on Sunday, December 09 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Sidiqin OmarKeadilan Daily
KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.
“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memohon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.
“Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.
“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.
“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.
“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno.
SumberKaum Indian Pun Mai dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Negeri Kedah
Posted on Saturday, December 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: abuluqman
"
Ustaz Azhar Memulakan Kuliah Di Kompleks Sukan, kedah
Inilah gambar sekitar ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Kedah... Dan Kaum India Pun Hadir Kuliah Tu...
Nukilan ABu Luqman"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan