Rabu, 19 Disember 2012

JANGAN KITA JADI ORANG YANG MUSIBAT DAN ORANG TERLIBAT DALAM PENYELEWENGAN HUKUM AGAMA

Masa depan negara hanya terjamin di bawah BN?

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terus membohongi rakyat dengan slogan kosong.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan Najib yang menyebut 'masa depan negara hanya terjamin di bawah BN' adalah satu rayuan undi penuh pembohongan luar daripada batas-batas politik sihat.

“Rakyat semakin bijak menonton kerosakan negara di tangan BN selama 55 tahun memerintah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kedudukan ekonomi rakyat yang merudum dengan hilangnya aset-aset berharga negara semuanya berlaku semasa pemerintahan BN.

Beliau menambah, Bank Bumiputera yang diwujudkan untuk membantu rakyat hilang terus di bawah pemerintahan BN.

Kini, kata beliau pemimpin negara semakin rakus memfaraidkan harta peneroka Felda dengan penyenaraian di bursa saham yang penuh dengan kontroversi.

Begitu juga, ujarnya dengan kedudukan agama dan bahasa yang semakin lemah. Semuanya berlaku dibawah pemerintahan BN.

“Soalnya mengapa begitu sekali takut Perdana Menteri akan kejatuhan BN. Kita memahami amalan demokrasi membenarkan naik dan jatuhnya sesebuah parti,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, jika jatuh sekalipun dalam pilihan raya terdekat, BN masih berpeluang untuk menyertai pilihan raya akan datang.

Tetapi, ujar beliau pelik apabila mereka begitu bimbang dengan kekalahan.

Justeru, kata beliau PAS ingin mengingatkan BN khususnya Najib supaya menghentikan tabiat buruk berbohong kepada rakyat kononnya hanya BN boleh menjamin masa depan negara.

“Kita juga ingin mengingatkan Najib supaya sedia untuk kalah secara terhormat kerana peluang masih terbuka di masa depan, bukannya jatuh dalam keadaan hina sebagaimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah,” katanya lagi.

Zambry diminta jelaskan pilih syarikat kroni

Muhammad Faeez Azahar, 18 Dis 2012
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir perlu menjelaskan mengenai satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd.


Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, syarikat tersebut mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry.

Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.

Adun Pasir Panjang itu berkata, pemaju tersebut dibenarkan membina sebuah hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat di tapak tanah Rumah Perak.

Mohammad Nizar berkata, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia terbukti syarikat tersebut tidak aktif.

“Kenapakan syarikat tersebut dipilih walaupun tidak aktif dan mengapa tidak diberikan tender terbuka?

“Apakah istimewanya syarikat ini sehingga dipilih untuk menguruskan projek tersebut?” soalnya dan menggesa Zambry menjelaskannya.

Sebelum ini, PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu mendedahkan perjanjian Rumah Perak yang melibatkan kroni Zambry.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti pendedahan tersebut ada akan mengumpul maklumat sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Persidangan Dun Perak berlangsung hari kedua hari ini dan semua Adun diberi peluang berucap termasuklah daripada Pakatan Rakyat.

Kroni Umno BN terancam, bukan Melayu Pulau Pinang

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Sistem tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendapati lebih 70 peratus kontrak kerajaan negeri telah dianugerahkan secara telus dan terbuka kepada kontraktor-kontraktor Melayu yang berdaya saing.


“Ini membuktikan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu yang tulen telah diperkasakan dan tidak perlu lagi bergantung kepada ‘kabel politik’, seperti yang menjadi kelumrahan kerajaan BN terdahulu,” kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya nyata yang terancam adalah kroni Umno dan BN dan bukannya pengusaha-pengusaha Melayu yang tulen dan kuat berusaha.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Dalam laporan akhbar Sinar Harian yang bertajuk “Izat: Ekonomi Melayu gugat jika DAP diberi kepercayaan” pada 17 Disember 2012, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir telah dipetik sebagai berkata bahawa “sokongan orang Melayu terhadap DAP akan hanya menyebabkan ekonomi dan masa depan orang Melayu terumbang-ambing.”

Kenyataan Datuk Izat ini jelas dangkal, bermotif politik perkauman dan langsung tidak berasas. DAP adalah sebuah parti politik yang konsisten dalam pelaksanaan dasar tadbir urus yang cekap, bertanggungjawab dan telus, seperti mana yang dibuktikan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang selama hampir lima tahun ini. Keberkesanan tatakelola pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang telah pun mendapat pengiktirafan dan pengesahan daripada Laporan-laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Bagaimanakah ciri-ciri ketelusan dan kebertanggungjawaban boleh menjadi ancaman kepada orang Melayu? Hipotesis yang kurang waras ini hanya digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak mampu berdaya saing akibat kebergantungan mereka kepada sistem kroni dan amalan rasuah.

Sebagai contoh, setelah beberapa tahun perlaksanaan sistem tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, telah didapati bahawa lebih 70 peratus kontrak kerajaan negeri telah dianugerahkan secara telus dan terbuka kepada kontraktor-kontraktor Melayu yang berdaya saing. Ini lantang membuktikan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu yang tulen telah diperkasakan dan tidak perlu lagi bergantung kepada “kabel politik”, seperti yang menjadi kelumrahan kerajaan BN terdahulu.

Nyata yang terancam adalah kroni UMNO dan BN dan bukannya pengusaha-pengusaha Melayu yang tulen dan kuat berusaha.

Dalam pada itu, dasar “Agenda Ekonomi Saksama” yang diusahakan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang merupakan kerangka yang serba inklusif. Duit lebihan yang berjaya dikumpul melalui penjimatan dan keuntungan daripada dasar tender terbuka telah disalurkan kepada rakyat melalui program-program bantuan yang menyasarkan golongan-golongan seperti miskin tegar, warga emas, ibu tunggal, pelajar dan sebagainya. Malah, Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan tegar, dan menjelang akhir tahun 2013 bakal menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan sama sekali.

Adakah model pembangunan yang membantu golongan bawahan ini, khususnya yang miskin dan daif, boleh dianggap sebagai menggugatkan masyarakat Melayu?

Jauh daripada tergugat, dasar DAP dan Pakatan Rakyat yang dilaksanakan di Pulau Pinang telah memanfaatkan dan memartabatkan masyarakat Melayu, serta menjalinkan pertumbuhan ekonomi yang lebih sihat dan berdaya saing.

Sebenarnya, adalah UMNO dan BN yang telah menggagalkan dan menyeleweng rakyat, khususnya orang Melayu. Di manakah keadilannya apabila rakyat Melayu dan Bumiputera merupakan rakyat termiskin di negara kita sementara pemimpin-pemimpin UMNO dan BN dapat menikmati kekayaan yang luarbiasa, seperti Ketua Menteri Melaka yang baru-baru ini menjamu 130,000 orang tetamu untuk kenduri perkahwinan anaknya dan keluarga Ketua Menteri Sarawak yang didakwa mempunyai kekayaan berbilion-bilion ringgit?

Jelas, sokongan Melayu terhadap DAP dan Pakatan Rakyat akan membawa manfaat dan keuntungan kepada mereka, manakala sokongan berterusan kepada UMNO dan Barisan Nasional hanya akan menguntungkan kroni-kroni dan pemimpin-pemimpin yang rakus serta memastikan rakyat akan terus dibelenggu dalam jerat kemiskinan.

Saya tidak pasti sama ada ketawa atau menangis

Lim Kit Siang, 18 Dis 2012
Saya benar-benar tidak pasti sama ada untuk ketawa atau menangis – tahap bahasa Inggeris di Malaysia telah benar-benar jatuh ke paras yang teruk dan memalukan selepas empat dekad pemerintahan Umno BN.


Minggu lalu, Malaysia diaibkan pada peringkat nasional dan antarabangsa apabila laporan Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 dikeluarkan, kerana kedudukan negara pada gred kelapan Matematik jatuh daripada tempat ke-20 pada 2007 kepada tempat ke-26 pada 2011 sementara kedudukannya di dalam Sains jatuh dengan margin yang lebih besar, daripada tempat ke-21 pada 2007 ke tempat ke-32 pada 2011. Mata purata Matematik negara kita jatuh daripada 474 pada 2007 kepada 440 dan mata purata Sains negara kita jatuh pada tahap lebih teruk daripada 471 pada 2007 ke 426 pada 2011, kedua-duanya jauh lebih rendah daripada purata antarabangsa untuk kedua-dua subjek di dalam TIMSS 2011.

Apa yang lebih teruk, Malaysia juga diaibkan kerana menjadi satu-satunya negara daripada 6 negara daripada 42 negara terlibat di dalam kajian Matematik dan 45 negara terlibat di dalam kajian Sains untuk melihat kejatuhan pada mata  Matematik dan Sains juga kedudukan! Kebanyakkan negara lain sama ada mata dan kedudukan mereka bertambah baik atau kekal pada tahap sebelumnya.

Akan tetapi pencapaian teruk pelajar kita di dalam matematik dan sains apabila dibandingkan dengan pencapaian pelajar antarabangsa bukanlah satu-satunya kerosakan sistem pendidikan Malaysia.

Satu lagi bidang yang sama kritikal yang mana sistem pendidikan Malaysia telah gagal dengan teruk adalah subjek Bahasa Inggeris, yang telah digambarkan dalam tempoh 24 jam lalu membuatkan saya tidak pasti untuk ketawa atau menangis.

Semalam saya telah mengeluarkan kenyataan yang mana saya mengatakan: “Saya berhasrat memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin UMNO/BN yang lain kerana telah dipilih meyertai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP) DAP pada Kongres DAP ke-16 – dan dengan undi tertinggi.”

Saya benar-benar tercengang apabila ada pemimpin dan penyokong UMNO/BN membacanya secara literal dengan maksud saya benar-benar menyedari “salah laku” saya dan saya telah mengakui Najib betul.

Adalah sangat tidak masuk akal bahawa pemahaman Bahasa Inggeris yang sebegitu lucu boleh terjadi di Malaysia 40 tahun lalu!

Baru-baru ini, kita melihat seorang Menteri Besar yang pemahaman Bahasa Inggerisnya begitu teruk sehingga beliau dapat “mencipta” kiasan dalam Bahasa Inggeris hanya yang beliau sahaja faham – apabila beliau mengatakan tentang “mengerat telinga beliau” dan “terjun ke dalam sungai” di Pahang sekiranya MCA tewas kepada DAP di Bentong dalam pilihan raya umum ke-13.

Setiap orang yang mencari di internet cuma dapat menemui kiasan seperti "cutting the nose to spite the face" dan "jumping into the lake" bukannya "cutting my ears" atau "jumping into the river"!

Sudah tentu, rakyat Malaysia tidak dapat lupa tentang seorang lagi Menteri Besar yang mendakwa dirinya tidak tahu berbahasa Inggeris sebagai justifikasi membawa tunai RM1 juta ke Australia!

Malaysia adalah negara dengan pelbagai krisis di dalam tadbir urus dan pembinaan bangsa, termasuklah pelbagai krisis di dalam pendidikan.

Marilah kita lebih serius berkenaan pendidikan, tadbir urus yang baik dan pembinaan bangsa serta berhenti membuatkan diri kita bahan jenaka antarabangsa.

Harussani jadilah mufti agama, bukan mufti Melayu

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan mufti Melayu supaya kewibawaan beliau dihormati.

Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno, seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu.

“Salahkah PAS dan Pakatan Rakyat  menentang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa.

“Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam.

Menurutnya, peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom.

Jelas Idris lagi, walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "pemimpin mesti di kalangan Quraisy", baginda menyebut hadis itu apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam.

“Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi,” jelasnya lagi.

Idris berkata, sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Begitu juga, ujar beliau Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu kerana  Islam bukan kerana Melayu.

Justeru, beliau mempersoalkan kenapa Harussani takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengajukan pertanyaan kepada mufti itu, berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak.

“Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?

“Adakah Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi.

“Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong?” soalnya lagi.

Beliau berkata, Tanah Rizab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995) dan sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang.

“Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap?

“Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu, yang telan duit ini juga Melayu,” katanya.


Menurutnya, Harussani hendaklah ingat bahawa PAS bersedia untuk dikritik,  tetapi biarlah dengan fakta.

“Dalam masa yang sama beliau sebagai mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.

“Jika beliau takut untuk kritik penyelewengan kerajaan BN lebih baik beliau diam daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam,” ujarnya lagi.

Harussani jadilah mufti agama, bukan mufti Melayu

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan mufti Melayu supaya kewibawaan beliau dihormati.

Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno, seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu.

“Salahkah PAS dan Pakatan Rakyat  menentang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa.

“Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam.

Menurutnya, peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom.

Jelas Idris lagi, walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "pemimpin mesti di kalangan Quraisy", baginda menyebut hadis itu apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam.

“Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi,” jelasnya lagi.

Idris berkata, sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Begitu juga, ujar beliau Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu kerana  Islam bukan kerana Melayu.

Justeru, beliau mempersoalkan kenapa Harussani takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengajukan pertanyaan kepada mufti itu, berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak.

“Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?

“Adakah Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi.

“Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong?” soalnya lagi.

Beliau berkata, Tanah Rizab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995) dan sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang.

“Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap?

“Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu, yang telan duit ini juga Melayu,” katanya.


Menurutnya, Harussani hendaklah ingat bahawa PAS bersedia untuk dikritik,  tetapi biarlah dengan fakta.

“Dalam masa yang sama beliau sebagai mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.

“Jika beliau takut untuk kritik penyelewengan kerajaan BN lebih baik beliau diam daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam,” ujarnya lagi.

Harussani jadilah mufti agama, bukan mufti Melayu

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan mufti Melayu supaya kewibawaan beliau dihormati.

Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno, seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu.

“Salahkah PAS dan Pakatan Rakyat  menentang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa.

“Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam.

Menurutnya, peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom.

Jelas Idris lagi, walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "pemimpin mesti di kalangan Quraisy", baginda menyebut hadis itu apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam.

“Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi,” jelasnya lagi.

Idris berkata, sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Begitu juga, ujar beliau Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu kerana  Islam bukan kerana Melayu.

Justeru, beliau mempersoalkan kenapa Harussani takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengajukan pertanyaan kepada mufti itu, berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak.

“Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?

“Adakah Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi.

“Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong?” soalnya lagi.

Beliau berkata, Tanah Rizab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995) dan sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang.

“Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap?

“Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu, yang telan duit ini juga Melayu,” katanya.


Menurutnya, Harussani hendaklah ingat bahawa PAS bersedia untuk dikritik,  tetapi biarlah dengan fakta.

“Dalam masa yang sama beliau sebagai mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.

“Jika beliau takut untuk kritik penyelewengan kerajaan BN lebih baik beliau diam daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam,” ujarnya lagi.

Kerajaan digesa pulangkan wang pembayar denda AES

Ahmad Zamri As’aad Khuzaimi, 18 Dis 2012

Hari ini kesemua OKS (orang kena saman) bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan (discharge not amounting to an acquittal), antaranya di Putrajaya, di mana Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan 5 orang OKS.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) dan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes Saman AES ditarik balik hari ini. Ini kerana peguam-peguam Juham dan Kase dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada mahkamah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyalahi undang-undang  kerana menjalankan pendakwaan di mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.

Bantahan awal oleh peguam-peguam Juham dan Kase tersebut telah menyebabkan pihak JPJ panik sehingga ada kes yang ditangguhkan dan pihak JPJ telah diberikan amaran oleh Mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes Saman AES tersebut akan dibatalkan oleh Mahkamah.

Justeru, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes Saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai jelas membuktikan bantahan Juham dan Kase sebelum ini adalah berasas sehingga membuatkan JPJ panik akibat daripada kegopohan, keangkuhan dan kejahilan JPJ dalam mematuhi undang-undang.

Oleh itu, Juham dan Kase menggesa JPJ dan pihak Kerajaan untuk memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam perlaksanaan saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan-pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang. Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui keesahannya dan boleh dicabar di mahkamah.

Sekiranya JPJ masih berdegil untuk tidak memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini, Juham dan Kase tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap JPJ.

Pada masa yang sama, Juham dan Kase juga ingin melahirkan rasa bimbang terhadap satu lagi keputusan flip-flop kabinet Umno Barisan Nasional yang sekali lagi menukar pendirian mereka terhadap isu saman AES setelah menerima bantahan yang kuat daripada rakyat.

Umno Barisan Nasional akhirnya akur dengan kehendak rakyat dan menyedari bahawa rakyat tidak mudah untuk diperbodohkan oleh mereka. Hal ini kerana rakyat sedari awal telah mengetahui bahawa saman AES ini adalah semata-mata bertujuan untuk menghalalkan niat busuk Umno Barisan Nasional dalam memberikan keuntungan secara mudah kepada kroni-kroni Umno Barisan Nasional.

Juham dan Kase memberikan amaran kepada Umno Barisan Nasional bahawa regim kezaliman pentadbiran Umno Barisan Nasional sudah tiba ke penghujungnya dan akan terus lenyap di muka bumi Malaysia pada Pilihanraya Umum yang semakin tiba.

Akhirnya, Juham dan Kase dengan ini mengucapkan tahniah kepada kesemua penyokong dan pendukung kempen membantah AES ini termasuk para peguam Juham dan Kase yang bertungkus lumus tanpa penat dan lelah sehingga membawa kepada kemenangan ini.

Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Amanat Haji Hadi: Amanat Mahathir bagaimana?

Ahmad Fadhli Shaari, 18 Dis 2012
1. Saya tertarik apabila membaca desakan beberapa orang ulama Umno yang mahu agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi yang didakwa disampaikan oleh beliau pada 7 April 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun lepas. Ini termasuklah Pengerusi ILMU sendiri, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya di muka hadapan Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini 18 Disember 2012 yang mendesak agar Amanat ini ditarik balik. Dengan tidak menafikan hormat saya kepada ilmu yang dimiliki oleh beliau, saya mengira bahawa desakan ini tidak lain hanyalah merupakan salah satu helah dari pihak UMNO untuk mencalarkan imej Presiden PAS ditambah dengan suasana yang sedang menghampiri PRU13 ini.

2. Apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi ialah ucapan biasa beliau di sebuah majlis ceramah pada tahun 1981 (ada versi yang menyebut 1979) di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Ia kemudiannya dicetak oleh individu perseorangan yang disebut sebagai amanat dan didakwa kemudiannya sebagai punca pemecahbelah umat Islam dan penyebab berlakunya solat dua imam di beberapa lokasi khususnya di Terengganu. Padahal sehingga sekarang tidak ada sebarang kajian terperinci yang dapat mengesahkan dakwaan ini.

3. Perlu diingatkan bahawa isu ini telah berkali-kali dibangkitkan khususnya menjelang pilihanraya umum. Padahal jika disoroti sejarah, Abdul Hadi sendiri pernah bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2001 tentang isu amanat ini. Pada masa itu barangkali Pengerusi Ulama Muda Umno masih belum terlibat dengan politik atau sedang sibuk berprogram bersama-sama ahli PAS di Madinah. Sekitar bulan April tahun 2001 menyaksikan bagaimana isu 'Amanat' ini dimainkan secara besar-besaran dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Tuan Guru Abdul Hadi (pada masa itu Menteri Besar Terengganu) di kalangan pengundi Melayu. Akhirnya, apabila isu ini diperbesar-besarkan sekian lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan dikatakan telah bersetuju untuk bermuzarah, tiba-tiba pada 2 Mei 2001, Dr Ismail Ibrahim (pada masa itu sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) muncul di kaca televisyen membuat kenyataan bahawa muzakarah tersebut dibatalkan ekoran ia telah dipolitikkan oleh golongan-golongan tertentu. Soalnya, siapakah yang mempolitikkan isu ini?

4. Saya melihat bahawa usaha Ulama Muda Umno ini lebih kepada mengalih isu yang sedang berlegar di kalangan mereka yang hakikatnya sedang diperhatikan satu persatu oleh rakyat. Adapun apabila ia disokong oleh beberapa orang mufti yang sudah dikenali sebagai pro-Umno, ia langsung tidak menjadi satu perkembangan yang menakjubkan. Mufti Perak sendiri yang masih belum hilang wangi di tangannya setelah menerima sendiri Anugerah PERKASA dari Datuk Ibrahim Ali tentu tidak akan melepaskan peluang ini untuk menghentam PAS habis-habisan.

5. Adapun pihak Ulama Muda Umno, saya kira lebih baik mereka menjawab isu TIADA JIHAD DI PALESTIN yang telah dinyatakan oleh seorang ustaz mereka di dalam salah kuliahnya. Ia tersebar di dalam media Youtube sehingga mengundang kritikan ramai pihak. Tidakkah ini lebih mengelirukan daripada membangkitkan isu lama yang tidak relevan? Atau lebih manis sekiranya tuduhan Doktor Sheikh Al-Qaradhawi yang dikatakan khawarij itu diperjelaskan dengan lebih terperinci agar Tokoh Maal Hijrah yang dinobatkan oleh kerajaan Malaysia itu sendiri tidak dicemari dengan tuduhan liar ini. Atau adakah lebih tepat jika disebut bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan anugerah kepada Tokoh Khawarij?

6. Lebih menarik lagi pula ialah salah seorang daripada Ahli Majlis Syura ILMU ialah Ustaz Rasul Dahri (rujuk : http://ilmuanmalaysia.com/tentang-kami/) yang mana buku-buku karangannya ada yang diharamkan kerana didapati menyebarkan mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ali Sunnah Wal Jamaah (rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0). Dalam keadaan ILMU terpalit dengan individu seperti ini, saya kira lebih baik Fathul Bari menumpukan perhatian kepada membersihkan tanggapan masyarakat terhadap ILMU terlebih dahulu.

7. Jika ucapan Abdul Hadi 30 tahun lepas yang disebut sebagai 'amanat' ini ingin ditarik balik, bagaimana pula dengan amanat Mahathir tentang hukum hudud yang mencetuskan kontroversi sedari dulu lagi. Tidakkah Mahathir pernah mengatakan pada 14 Julai 1992 bahawa 'apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan?" Tidakkah Mahathir juga yang menyebut pada 3 Mac 1994 bahawa 'hukum rejam kepada penzina adalah primitif?' Banyak lagi koleksi ucapan ini jika ingin dijadikan sebagai amanat. Ini belum mengambil kira kenyataan-kenyataan terbaru beliau bahawa hudud tiada di dalam Al-Quran dan isu 'syaitan yang dikenali'. Jika semua ucapan ini disebut sebagai amanat, maka tidak bahayakah Amanat Mahathir kepada umat Islam?


8. Saya kira Amanat Mahathir yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya ini agak menarik untuk kita bincangkan...

Perpindahan kuasa selepas PRU13 paling aman

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.

"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap  to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily.

Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.

"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.

80 kerusi

Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 222 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan  kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.

"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.

"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.

Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan.

Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.

Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.

Selangor buka peluang bina rumah mampu milik

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Selangor membuka peluang kepada pemaju mengemukakan permohonan membina rumah mampu milik untuk menggantikan rumah kos rendah bagi memenuhi permintaan rumah berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata kelulusan kepada pemaju tertakluk mengikut syarat yang mesti dipenuhi dan diluluskan oleh Mesyuarat Exco.

Katanya, permohonan akan diluluskan sekiranya kurang permintaan atau kurang permintaan untuk rumah kos rendah di sesuatu kawasan itu.

“Permohonan juga boleh diluluskan jika terdapat masih banyak Rumah Kos Rendah yang masih tidak terjual di kawasan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mesyuarat Exco akan mengambil kira laporan teknikal daripada Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (JPBD), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) mengenai sesuatu permohonan.

Berdasarkan ulasan-ulasan teknikal itu, jelasnya Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) akan mengemukakan cadangan kepada mesyuarat Exco sama ada untuk menolak atau meluluskan permohonan tersebut.

“Memandangkan ia melibatkan banyak pihak, amatlah payah bagi pemaju untuk cuba mempengaruhi kesemua pihak-pihak yang terlibat,” ujarnya.

Beliau yang juga Adun Sri Cempaka berkata, jika pemaju dapat mempengaruhi LPHS sekalipun, ia masih memerlukan kelulusan Mesyuarat Exco yang dibuat secara collective dan bukan berdasarkan keputusan exco perumahan sahaja.

Rumah mampu milik Selangor dijual pada harga sekitar RM85,000 hingga RM120,000 dengan keluasan antara 850 hingga 1,000 kaki persegi di samping reka bentuk berkonsepkan green building.

Pemaju juga perlu mengambil kira penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi termasuk untuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU), mengenakan kos penyelenggaraan yang murah dan keuntungan yang tidak melebihi sepuluh peratus

Jalan RM14.9 juta: SPRM digesa siasat Musa Aman

Harakahdaily, 18 Dis 2012
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah didesak menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berhubung sebatang jalan berharga RM14.9 juta.

Mohd Faizal Padlee yang mewakili Jingga 13 membuat laporan kepada SPRM Cawangan Sabah di sini, hari ini berhubung perkara itu. Turut serta ialah Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

Beliau juga mendesak SPRM agar turut menyiasat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Pengarah JKR Negeri Sabah dan syarikat yang mendapat kontrak oleh JKR berhubung pembinaan jalan itu.

Berikut laporan Mohd Faizal kepada SPRM Cawangan Sabah.

Saya Mohd. Faizal Padlee, No Kad Pengenalan 860209-12-5569 mewakili JINGGA 13 Sabah tampil untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh di buat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM14.9 juta yang dianggarkan jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia.

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km.

Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Sedangkan  JINGGA 13 Sabah  mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah dengan Dun Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik. Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.

YB Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden dan merangkap Ahli Parlimen Gombak telah mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini berkaitan isu jalan tersebut,  namun malangnya tidak ada sebarang penjelasan diberikan seolah-olah ada sesuatu telah disembunyikan.

JINGGA 13 meminta agar SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan berkaitan Skandal Jalan Termahal tersebut terhadap:

1.     Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Aman
2.     Y.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur
3.     Pengarah JKR Negeri Sabah
4.    Syarikat yang mendapat kontrak oleh JKR

JINGGA 13 juga mendesak agar siasatan dibuat terhadap perolehan tender projek jalan tersebut yang mungkin wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dana awam yang melibatkan kos luar biasa pembinaan jalan tersebut berharga RM 14.9 juta. Ketelusan, keadilan dan integriti SPRM sangat penting dalam menyiasat skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia dan di dunia tersebut bagi mengheret penjenayah ke muka pengadilan.

Kase desak kerajaan umum batal saman AES

Salmiyah Harun, 18 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Pihak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak kerajaan mengumumkan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana masalah teknikal.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian berdasarkan kepada beberapa orang kena saman (OKS) yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, beliau berkata pihak pendakwa telah mengambil surat saman AES daripada OKS berkenaan dan mengarahkan pulang.

"Perkembangan ini sangat mengejutkan kerana tanpa penerangan yang jelas tentang saman yang dikeluarkan. Kita minta pendakwa raya seharusnya memberi penjelasan tentang kedudukan saman AES yang ditarik balik. Ini menunjukkan ada yang tidak betul dalam proses mengeluarkan saman," katanya.

Jelas Mahfuz sepatutnya kerajaan mengumumkan secara rasmi bahawa 26,899 saman yang dikeluarkan harus dibatalkan oleh kerana pendakwa telah menarik balik saman ke atas OKS.

Malah katanya, kerajaan digesa mengembalikan semula wang saman AES OKS sama ada melalui bayaran denda atau bayaran kompaun.

"Bagi mereka yang bayar kompaun RM300 atau didenda, surat saman mereka sudah tidak betul kerana masalah teknikal, jadi wang yang dibayar kepada kerajaan adalah haram dan kerajaan wajar bayar balik kepada mereka. Kerajaan seolah-olah pengutip wang haram," katanya.

Bukan itu sahaja, katanya kerajaan juga harus membatalkan semua waran tangkap yang dikeluarkan kepada OKS yang tidak menghadirikan diri ke mahkamah.

Sementara itu, di Mahkamah Putrajaya, peguam Kase Zulhazmi Sharif memberitahu pendakwaraya mengumumkan semua saman AES ditarik balik kerana terdapat kesilapan teknikal.

Manakala di Mahkamah Kuala Lumpur pula, beliau dimaklumkan pegawai pendakwaraya hanya mengutip saman daripada OKS kemudian mengarahkan mereka pulang.

"Pada 4 Disember lepas, seorang OKS tidak mengaku salah dan sepatutnya hari ini pendakwaraya menyerahkan dokumen tetapi pendakwa pula memohon tangguh sebulan kerana dokumen tidak lengkap," tambah beliau.

Beliau percaya apa yang berlaku hari ini kemungkinan besar ekoran bantahan yang Kase diadakan pada 10 Disember lalu.

Tiada ulasan: