Rabu, 12 Disember 2012

BILA IA TAK CAKAP...DAN IA TAK BUAT...KITA TAK TAHU IA BODOH...BILA IA CAKAP DAN BUAT...NYATALAH KEBODOHANNYA...DENGAN KATA LAIN 'CONFIRM MEMANG IA BODOH'

Kenyataan Zainuddin gambarkan dangkal akalnya

Mohd Sayuti Omar, 12 Dis 2012
Luahan rasa marah dan kebencian bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin kepada Anwar Ibrahim dengan menyamakan Anwar sama dengan BJ Habibie sebagai pengkhianat adalah melampau dan bersifat kebencian yang tidak boleh diterima langsung.

Kalau pun Zainuddin benci kepada Anwar kerana tidak bersetuju dengan gaya politik Anwar yang mengambil berat kepada rakyat marhaen, dan anti korupsi sehinggakan sedia menentang Mahathir Mohamad, tidak sepatutnya beliau menghumbankan kata-kata demikian yang dilihat sangat tidak profesional dan boleh memberi implikasi negatif kepada negara bangsa.

Zainuddin mungkin ada bukti-bukti jelas menunjukkan Habibie sebagai 'pengkhianat' semasa beliau menjadi wartawan, tetapi beliau harus menyimpan rahsia itu untuk dirinya sendiri kerana cara beliau melemparkan tuduhan itu secara terbuka adalah bahaya. Beliau boleh mendedahkan, tetapi dalam ruang lingkup tertutup secara berhemah.

Dalam satu laporan di akhbar tempat beliau mencari makan dan menjadi bos di situ dulu, Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa BJ Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negara ini kerana beliau adalah pengkhianat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.

Kata Zainuddin, Habibie adalah orang yang menjadi gunting di dalam lipatan terhadap Suharto. Beliau juga mengatakan kependekan tempoh Habibie menjadi presiden Indonesia selama 1 tahun setengah disebabkan rakyat Indonesia menolak Habibie.

Input atau analisa dibuat Zainuddin itu sekali lagi menunjukkan kebenciannya dan satu analisa yang dangkal, tohor maklumat dan berunsur jahat. Zainuddin tidak berlaku jujur di dalam hal ini apabila tanpa menyebut bentuk konspirasi menjatuh dan menekan Habibie, tetapi disebut secara general. Kalau beliau jujur Zainuddin kena sebut juga beberapa kepala halian yang menjadi konspiratornya.

Sebaliknya sedikit sebanyak nasib malang diterima Habibie sama dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Malaysia apabila beliau dijatuhkan menerusi satu konspirasi memburuk dan mengaibkan seperti dialami bekas timbalan perdana menteri itu.

Bagi saya kenyataan Zainuddin itu juga tidak profesional dan tidak melambangkan dia seorang tokoh wartawan Melayu sejati. Kalau beliau tidak menerima politik Habibie sekalipun kerana sebab-sebab personal tetapi beliau tidak boleh cuba mempengaruhi orang ramai untuk memberi persepsi buruk kepada Habibie mengikut apa yang nafsunya ingini.

Sebagai tetamu kepada sebuah negara Habibie harus dilayan dengan baik dan sewajarnya. Zainuddin dan kita semua perlu mempamerkan sikap tahu menghormati tetamu selagi ia dibenarkan masuk ke negara ini secara legal. Sekiranya Habibie seorang pengkhianat dan dianggap datang untuk menghasut rakyat negara ini agar menjatuhkan kerajaan BN, Zainuddin tidak boleh membuat kenyataan umum sebaliknya dia harus mengemukakan bukti-buktinya kepada pihak keselamatan negara.

Biarlah pihak keselamatan negara akan menentukan apakah kedatangannya merbahaya kepada negara atau tidak. Sudah tentu kalau dalam penelitian pihak keselamatan negara, kedatangan itu tidak membahayakan kepada negara sebaliknya boleh mengancam Najib ia bukan asas untuk dihalang. Mesti kena ada perbezaan di antara Najib dengan negara.

Dan selagi tidak ada sekatan untuk kemasukan Habibie ke negara ini Zainuddin tidak boleh mengecapkan Habibie sebagai pengkhianat dan kita semua perlu menerima Habibie sebagai seorang tetamu atau pelancong membawa ilmu ke negara ini. Apakah Zainuddin memahami tatacara sesebuah negara berdaulat di dunia ini?

Sedih dan memalukan kenyataan Zainuddin itu, apa lagi dari seorang bernama bekas wartawan dan dinobatkan sebagai tokoh wartawan. Sebagai seorang wartawan kenyataan yang tidak berhati-hati itu juga memalukan profesyen kewartawanan di negara ini. Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh budak-budak Umno Gombak ia tidak menjadi masalah kerana kita tahu sepanjang mana kail mereka.


Dari sisi lain kenyataan Zainuddin itu boleh menimbulkan ketegangan dan rasa kurang baik di antara kedua rakyat Malaysia dan Indonesia. Mungkin ada rakyat Indonesia yang tidak suka dan bencikan Habibie tetapi masih ada yang mengkaguminya.  Mereka pasti akan marah seperti mana marahkan Zainuddin kalau ada rakyat Indonesia mengatakan Mahathir juga makan khinzir.

Atas dosa itu, elok kalau pihak yang menganugerahkan gelaran tokoh wartawan kepada Zainuddin dinilai semula akan kelayakannya. Kita tidak mahu anugerah yang berprestij bertujuan untuk mengangkat martabat wartawan itu diberikan kepada wartawan haprak seperti Zainuddin Maidin. Rasa moleknya juga pertubuhan wartawan dan penerbitan akhbar memprotes kenyataan Zainuddin Maidin itu sebagai satu peringatan.

Hakikatnya baik Zainuddin dan dunia, tidak dapat menolak kehebatan dan pengiktirafan ke atas Habibie sebagai tokoh dan pembangunan teknologi kejuruteraan di Indonesia. Bahawa Hahibie telah dinobat oleh seluruh dunia sebagai orang bertanggungjawab membangunkan industri pesawat di negara itu sehingga mendapat pengiktirafan dunia. Apakah Zainuddin tidak terbaca kehebatan ini atau pun setiap kali menemui akhbar yang menyiarkan berita mengenai Habibie beliau terus mengumpal dan masukkan ke dalam poketnya seluar sapaknya?

Mengenai kebimbangan Zainuddin terhadap mereka yang hadir pada acara pidato Habibie di Universiti Perindustrian Selangor (Unisel) baru-baru ini, beliau tidak perlu sangsi, sambutan hangat sekali dan ia tidak kecukupan masa. Lebih sejam Habibie berucap seperti hanya 10 minit saja.

Begitulah kalau seseorang tokoh berhemah ada wawasan akan berucap dengan fakta, gaya dan fikiran terbuka dengan hujah memecah sempadan minda. Ia berbeza dengan tokoh yang bercakap dengan muka persis beruk 'datang bulan' ataupun yang suka menunjukkan wajah cengeng dan sesekali menyengihkan gigi putih macam beruk mat yeh.

Untuk pengetahuan Zainuddin, yang mendengar pidato Habibie di Unisel tempoh hari bukan orang-orang sejenis dengan Mahathir dan beliau atau seperti Ibrahim Ali yang merasakan hanya merasa diri mereka cerdik manakala orang lain low class.

Yang hadir itu juga merupakan tokoh politik yang bukan mudah boleh diperbodoh dan mudah tunduk bersujud sawi seperti mana Zainuddin terhadap Mahathir apabila Mahathir membenarkan dia menulis buku "Mahathir Di Sebalik Tabir" sebagai satu apologetik kepada bekas PM itu atas kesalahannya sehingga dipecat dari menjadi Ketua Pengarang Utusan. - http://msomelayu.blogspot.com/

Indonesia kecam kenyataan Zainuddin Maidin

http://idaman78.blogspot.com, 12 Dis 2012
Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia.

Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi.

“Koran Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperalism,” ungkapnya.

Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN.

“Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia,” kata Teguh.

Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. “Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?,” tanya Pramono.

Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini). Metro News

Mahathir puas hati prestasi Najib hanya lakonan

Abdul Aziz Mustafa, 11 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Masalah pembantu rumah pun tak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, amat lucu bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

"Setakat itu sahajakah Perdana Menteri yang mampu dikemukakan oleh Umno, masalah pembantu rumah pun tak dapat diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun berlarutan sehingga tidak henti-henti kedutaan Malaysia di Indonesia terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan aktivis sosial dan rakyat negara itu," katanya.

Baru-baru ini kerajaan Indonesia sekali lagi melarang rakyatnya berkerja sebagai pembantu rumah di Malaysia apabila 105 pembantu rumah asing, di mana 95 dari mereka berasal dari Indonesia, dikurung dan dijadikan tawanan di negara ini.

"Tak perlu bawa contoh lain yang besar-besar, masalah pembantu rumah itu pun sudah bertahun-tahun kerajaan Najib tak dapat diselesaikan, tak payah cakaplah soal berdebat dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), nampak sangat Najib menikus tak habis-habis dan hanya berani menjerit dari jauh.

"Macam itu Dr Mahathir puas hati?" kata Salahuddin yang merasa amat lucu dengan dakwaan Dr Mahathir hari ini kononnya beliau berpuas dengan prestasi Najib.

Sambil mendakwa kononnya beliau berpuas hati dengan Najib, Dr Mahathir meneruskan tradisinya menghentam Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya sebagai Perdana Menteri pada 2003 lalu.

Salahuddin juga menyifatkan Najib hanya pandai mengampu sebahagian rakyat untuk menyokongnya dengan istilah "simpanan tetap".

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, menganggap mana-mana pihak sebagai "simpanan tetap" kepada Barisan Nasional (BN) adalah penghinaan kepada mereka.

"Pihak yang disifatkan sebagai 'simpanan tetap' itu akhirnya akan dilihat oleh rakyat sebagai penyokong buta tuli BN walaupun pemerintahan parti itu dibuktikan penuh dengan skandal dan penyelewengan," kata Salahuddin.

Bernama Ahad lalu melaporkan Najib mahu masyarakat India kembali menjadi "simpanan tetap" kepada BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

SPR: Elak pegang jawatan politik ketika berkhidmat

Harakahdaily, 11 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) meminta Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) benar-benar menjadi sebuah badan yang bebas dari sebarang kecenderungan terhadap mana-mana parti politik di negara ini.

Ini berikutan pendedahan Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mengenai Timbalan Pengerusi SPR Sabah, Aksyah Nasrah adalah merupakan Ketua Penerangan Umno Kinabatangan, Sabah.

“Dalam hal ini, PAS WP sependapat dengan gesaan Lahirul supaya Aksyah Nasrah melepaskan jawatan beliau di dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Timbalan Pengarah SPR Sabah atau meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Kinabatangan,” ujar Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Ini, katanya bagi mengelakkan tanggapan buruk masyarakat bahawa beliau bersikap berat sebelah dalam mengendalikan Pilihan raya Umum ke-13 di negeri itu.

Beliau berkata, sebagai sebuah badan yang mengendalikan pilihanraya di negara ini, SPR sepatutnya menjaga integriti dan kredibilit badan tersebut supaya mereka benar-benar diyakini.

Ini, tambahnya termasuklah tindakan SPR, ucapan mereka, keterlibatan secara langsung pemimpin SPR dalam parti politik dengan memegang apa juga jawatan serta keputusan-keputusan yang dilihat memihak pada satu-satu parti politik.

Umno sabotaj iklan gergasi kerajaan negeri?

Harakahdaily, 11 Dis 2012

GUA MUSANG: Usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Orang Asli dengan meluluskan tanah rezab dan rancangan pembangunan untuk mereka tidak disenangi pihak tertentu.

Sebelum ini kerajaan negeri mewartakan kawasan rezab Orang Asli bagi mengelakkan kawasan tersebut diceroboh dan menjaminkan masa hadapan mereka.

Bagaimanapun usaha tersebut tidak disenangi pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan Umno apabila merosakkan iklan gergasi mengenai cadangan pembangunan masyarakat Orang Asli di Pos Jedip, Lojing.

Iklan tersebut memaparkan prasarana yang akan dibina untuk manfaat Orang Asli bersama gambar Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim.

Dua iklan gergasi tersebut dipasang berhampiran dengan Masjid Keputeraaan, sedang dalam pembinaan di Jajahan Kecil Lojing.

Dan iklan kedua dipasang berhampiran simpang tiga jalan Lojing-Gua Musang-Kuala Betis. Iklan berkenaan dipasang Tabung Amanah Tok Kenali  pada akhir November lalu.

Pengurusnya, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, setiap satu papan iklan tersebut bersaiz 20 x 40 kaki melibatkan kos lebih RM10,000 dipasang bagi memaparkan program pembangunan yang akan dilaksanakan di Pos Jedip.

Katanya, Tabung Amanah Tok Kenali diberi peranan memastikan kebajikan masyarakat terbabit termasuk kawasan yang akan dibangunkan kepada Orang Asli.

“Kita cuba gambarkan usaha-usaha tersebut dalam dua papan iklan gergasi yang dipasang di dua lokasi di lebuh raya Gua Musang-Simpang Pulai.

“Bagaimanapun apa yang kerajaan negeri lakukan tidak disenangi pihak tertentu sehingga mereka mengoyakkan papan iklan berkenaan hanya seminggu selepas dipasang,” katanya di sini.

(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Kabinet tetap mahu Lynas eksport sisa
5:35PM Dis 12 2012  
Kabinet hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Lynas Corporation perlu menghantar sisa dari loji pemprosesan nadir bumi keluar dari Malaysia.
Empat menteri berkenaan menyatakan perkara itu susulan kenyatan pengerusi eksekutif Lynas, Nick Curtis bahawa lesen operasi sementara (TOL) tidak menetapkan syarat mengeksport keluar sisa loji itu dari Malaysia.

NONE"Pendirian kerajaan tidak berubah untuk meminta Lynas menghantar residu berkenaan yang dihasilkan oleh LAMP keluar dari Malaysia.

"Ini adalah konsisten dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam TOL," kenyataan itu dipetik

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas; dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Wall Street Journal disiarkan semalam, Curtis dilaporkan berkata ia bukan syarat yang ditetapkan dalam TOL berkenaan.

Sebaliknya, Lynas menawarkan diri untuk mengeksport bahan sisa berkenaan demi melegakan kebimbangan orang ramai

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 279 subscribers
    Keempat ekor LEMBU ini.. kena reisgn..!! ditambah dgn LEMBU dalam UMNO dan MB LEMBU..!! Sekarang apa dah jadik..??? siapa yg BODO..?? Rakyat dah nampak keburukan LYNAS sehinggakan tidak ada negara dlm dunia yg sanggup membenarkan LYNAS beroperasi dinegara mereka.. hatta Australia sekalipun..!! tapi Malaysia yg dipimpin oleh pemimpin yg memiliki tahap IQ yg rendah sanggup menjadikan rakyatnya sebagai bahan ujikaji..!!!
    • Yusoff Alias · · Pengulas Tertinggi · Owner di Self Employed and Loving It!
      sisa nya boleh dijual pulak tu! Buat kerepek bagi gang2 umno makan. terutamanya menteri sain tanam depan rumah dia. dunggu tak habis2.
    • Mohd Omar · Pengulas Tertinggi · UTM, Jalan Gurney, KL 1976-1980
      teman tengah nunggu Din, Ahmad albab, remesh, hans dan seangkatan dengan nye ... yang beghia ghia beno dulu tu sanggup lambak dalam ghomah deme 'taik lynas' ... bagi komen pulak ... dulu udah teman ngabo ... oghang bukan maghah 'kilang lynas', tapi yang oghang bising 'taik lynas' .... macam yang udah jadi di ipoh tu .... ewah ewah ewah ... deme yang seangkatan dengan din, bukan main lagi ... sekaghang ni, menteghi yang kome 'sanjung dan puja dewa' tu dah nak mola main 'sandiwara' dan 'wayang kulit' ... haaa apa lagi, kome tulung 'SPIN', teman nunggu ni .... dah beghape lama isu 'taik lynas' keluo beghite, tapi si din ngan angkatan nye tak bebunyi pun ... SPIN SPIN SPIN ligat ligat kome kome yang seangkatan ngan din, silakan ...
    • Mohd Omar · Pengulas Tertinggi · UTM, Jalan Gurney, KL 1976-1980
      Udah cighit bintik baghu nak koghek lubang ... beteghabo le jawabnye ..... sape pulak nak nyuci nye 'taik cighit lynas' tu ... pakat pangge ghamei ghamei, temasuk din, ahmad albab, hans, ramesh, oghang yang seghonok dapat keghoje ngan lynas, sekali ngan oghang yang kuat menyokong kilang lynas ... 'nak ghiso ape, bukan bahaya pun' ... tak ade ape ape aih aih .... takat tanah meghah ajeeee ...
    • Mohd Kheder Omar · Pengulas Tertinggi · Padang tembak
      Mohd Omar Sabar bang Mohd Omar... saya ada duit sikit ..abang pun ada duit sikit kita buat jamuan jemput semula makcik pakcik dangan teamTV#suka ari tu yang buat berita tanah dari australia tu boleh pegang kan, dan sekarang lepas dah siap proses meh makcik,pakcik abg akak TV3suku pegang taik tanah Lynas tadi..kita tengok seko seko ...sorang jadi mutan, sorang jadi spiderman..lagi teruk si karam singh walia bertukar jadi gorilla...
    • Khor Sui Eng · Pengulas Tertinggi · Penang, Malaysia
      RMS
      SIsa-sisa itu boleh taruh di depan rumah 4 ekor lembuitu...kakaka
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 279 subscribers
      Khor Sui Eng...Dorang sure takmahu..!!! ni masalahnya.. mereka yg create problem.. rakyat yg menanggung akibat..!!
  • Mus Mashkadov · Pengulas Tertinggi
    Dah lulus operasi baru nak sebut pasal urus sisa.. xdenya sejarah negara dalam dunia ni nak terima sisa radiasi.. boleh potong telinga denan yaakob la klu ada negara terima sisa radiasi..
    • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      nk berak baru nk bt jamban. molek sisa tu bg kat puak2 umno, blh la guna pasir tu utk bt rumah ke, timbus lopak air ke, bt pejabat umno ke
    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      Mus Mashkadov
      "Empat menteri berkenaan menyatakan perkara itu susulan kenyatan pengerusi eksekutif Lynas, Nick Curtis bahawa lesen operasi sementara (TOL) tidak menetapkan syarat mengeksport keluar sisa loji itu dari Malaysia".

      4 ekor menteri pun dah buat lawak bodo...nak nipu rakyat lagi...
      Mat Saleh tu kalau dah dibagi tahu dulu syarat lesen menetapkan syarat kena eksport keluar sisa, mampus hidup balik dia tak akan bina logi berbahaya tu di Mesia.. Bongok ler Mat Saleh nak kena tipu dgn Mesia keluar belanja beratus ratus juta macam tu jer.
      Cumer 4 ekor menteri lembu ngan kerbau amno tak nyangka protes LYNAS nak jadi macam yg disangka.

      Aku tak berani ler nak putuskan apa yg dah Nik Kertis putuskan...tapi kalau nik kertis dah setuju syarat lembu amno tak yah ler dia buat kenyataan yg bercanggah dgn syarat lesen...kan ker gitu lembu lembu amno semua ?
    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      Aku nak nengok berapa keras kepala 4 ekor tu nak pertahankan kejantanan dia....4 hari...4 minggu...4 bulan...atau 4 tahun...
      Lepas nih kita akan tahu ler... siapa jantan...siapa baru nak jadi jantan...sapa yg akan hilang kejantanan nya.
  • Keindahan Alamsekitar · Pengulas Tertinggi · Langit
    Mereka mahu terus menipu dengan bermain kata-kata. Perkataan 'eksport' digunakan seolah-olah benda itu berharga. Realitinya tidak. mana ada sisa toksik yg bernilai. Toxic means capable of rendering unhealthy effect. Perkataan eksport digunakan untuk menipu orang kampung bahawa benda itu tidak berbahaya dan masih bernilai. Mereka (4 menteri yg sedang terjerat ini) sedang mencari lubang untuk menyelamatkan diri. Mereka tahu majoriti rakyat taklah bodoh macam penyokong umno dan JKKK. Lihat sajalah komen2 di section bahasa Inggeris Malaysiakini, 99% orang Cina sedang marah membara.
  • Man Panching · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pullman Putrajaya Lakeside
    dah dari awal PR n rakyat menolak, BN tetap nak laksanakan jugak.. skangnih dah mula tuding jari n salahkan orang pulak... manan nak dibuang nya sisa nih... jahanam aa negara aku pasal BN jahanam nih..
  • Man Panching · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pullman Putrajaya Lakeside
    apa susah... antor jer ker umah MB pahang... dia minat sangat ngan menatang nadir bumi nih..
  • Edward Oh Kim Guan · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ed&Ed Enterprise
    semalam baca satu comment dari luar negara...mat saleh berhati busuk...comment diorng biar lynas di terima negara islam....sebab malaysia adalah negara islam....kenapa thailand, filipine, myamar, vietnam , tak terima lynas...upah gaji diorng lagi murah pada malaysia....kenapa nak pilih malaysia...
  • Sk Gew · Pengulas Tertinggi · Bekerja di One-Stop Contract Manufacturing Solution Provider
    Cakap saja tak berguna klau crooked man bagi "lubang" ( lope hole) dalam perjanjian dgn LYNAS yg lazimnya digolongkan sebagai sulit (OSA). Ini salah satu sbb rakyat buat bising ketidaktelusan kerajaan sekarang dan main tai-chi dan cuci tangan bila masalah timbul.....
  • Pembangkang Berhemah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penganggur
    4ekor ni xtau apa2 duit xmasuk kocek mereka, yg lain2 dah kenyang sebab tu wat dono je, lebih2lagi najib dan MB pahang, sekarang Curtis dah tunjuk belang
  • Guruyaya OK · Pengulas Tertinggi · University of Dhaka
    HEYY 4 EKOR MONYET....KENAPA BARU SEKARANG SIBUK NAK BUAT KENYATAAN KARUT TUU..DULU MASA NAK BUAT KILANG MEMANG DAH TAU BAHAYA KENAPA BUAT JUGA KAT MALAYSIA...JANGANLAH UNTUK MENUTUP KESALAHAN SENDIRI BUAT PULA SYARAT YG BODOH...KNP MASA NAK DIRI KILANG X BUAT SYARAT TUU (JGN NAK MAIN WAYANGLAH)...SAYA CABAR 4 MENTERI TUU CARI SENDIRI NEGARA MANA YANG SANGGUP MENERIMA SISATOKSID NI...KALAU X DAPAT KAMU MESTI LETAK JAWATAN X PAYAH TUNGGU PRU13....PASTI KALAU BERTANDING HILANG WANG PERTARUHAN...
  • Jamaludin Hasran · Pengulas Tertinggi · UPM Serdang
    Kita sama2 tengok, sapa lebih berkuasa. menteri ke syarikat kroni?
    • Pisang Madu · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      dlm duk tngk sapa berkuasa tu, org skitar gebeng tu amik la sisatoksid tu dulu, bt la apa yg patut, huhuhu
.

Hantar sisa Lynas ke Pekan dan Bentong

Awang Ahmad,
Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Begitulah ibaratnya dalam isu Lynas. Sedikit demi sedikit kebobrokannya terbongkar. Segala yang ditakuti oleh rakyat kini mula terserlah.

Terkini, sudah mula timbul pertikaian tentang ke manakah sisa radioaktif nadir bumi Lynas hendak dibuang. Empat orang menteri menimbulkan isu ini kerana berdasarkan syarat lesen mengendali sementara (TOL) yang diberikan, syarikat terbabit mestilah menjelaskan menjelaskan lokasi eksport untuk sisa loji nadir bumi tersebut.

Sehingga kini, tidak dinyatakan ke negara manakah sisa tersebut akan dieksport. Setelah terkapai-kapai mencari negara yang sudi menerima sisa radioaktif ini maka kerajaan mula menjaja alasan lain.

Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili memberitahu bahawa sisa daripada operasi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah.

Sisa itu juga boleh dipasarkan sekiranya syarikat berkenaan berjaya mendapatkan pembeli. Sekiranya tiada pembeli, sisa itu perlu dieksport.

Sebagai rakyat Malaysia yang sedar tentang kesan buruk jangka panjang bahan buangan ini, tentunya memerhati dengan dekat permasalahan ini.

Walaupun Perdana Menteri mengumumkan bahawa sisa ini akan dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh daripada penempatan manusia, namun jaminan itu tidak memberi apa-apa makna sebenarnya.

Hal ini kerana, di manakah kawasan yang dikatakan jauh itu? Masih di Malaysia atau di negara lain. Jika masih di Malaysia, maknanya tidaklah selamat. Hal ini kerana bahan buangan ini bukan boleh lupus dalam tempoh yang singkat malah mungkin mengambil masa ratusan tahun. Sudah tentu, nasib generasi anak cucu kita akan menerima bahananya.

Jika ingin dibuang ke luar negara, adakah negara yang sanggup menerima sisa yang merbahaya ini?

Oleh itu, saya mencadangkan agar sisa ini dihantar sahaja ke tempat Dato' Seri Najib di Pekan atau ke kawasan Datuk Seri Adnan Yaakob di Bentong, jika tiada negara yang sudi menerimanya.

Gempar! AES: Syarikat bas bankrap, beribu pemandu hilang kerja

http://yongsukakuning.blogspot.com, 12 Dis 2012

GEMPAR! SYARIKAT BAS AKAN BANKRAP GARA-GARA AES DAN BERIBU PEMANDU BAS HILANG PEKERJAAN!

Pemandu bas memang tak reti mengikut hadlaju sekarang di lebuhraya. Sahih. Cer komer tengok gambor berikut yang diambil di lebuhraya PLUS:

GAMBAR 1: BAS MEMOTONG MELEBIHI HADLAJU

Gambar 1 menunjukkan sebuah bas yang baru sahaja memotong kereta Yong pada hadlaju melebihi 110kmj. Yong pandu pada tahap max 110kmj. Lepas memotong kereta Yong pemandu cuba memotong kereta MPV putih di hadapan. Papan tanda merah menyebut "Sila patuhi arahan papan tanda."
Kalau denda potong telinga mungkin pemandu bas akan patuh arahan papan tanda kot?

Gambar 2 Yong masih maintain hadlaju. Gambar menunjukkan bas berada jauh di hadapan setelah dipandu laju dan memotong kenderaan ringan yang lain (tanda anak panah merah). Nampak tak kereta MPV putih itu masih di hadapan kereta Yong?
GAMBAR 2: BAS JAUH DIHADAPAN SETELAH MEMOTONG BEBERAPA KENDERAAN LAGI

Baru-baru ini persatuan demer heboh minta kerajaan pinda hadlaju!

Mengapa heboh?

Sebab persatuan tahu selama ini pemandu bas memang tak patuh pada hadlaju. Kalau pandu ikut hadlaju, demer tak akan sampai pada destinasai mengikut masa yang ditetapkan. Ini salah syarikat yang menindas pemandu bas!

Pemandu bas takkan terima AES jika ia tidak adil bagi mereka (lihat tulisan dalam kotak)

GAMBAR 3: TUNTUTAN PEMANDU BAS

Jika AES diteruskan, syarikat bas akan bankrap! Atau  pemandu bas yang kena saman AES dibuang kerja demi menyelamatkan syarikat. Maka ramailah pemandu bas yang hilang mata pencarian!

Pemandu bas mangsa AES seterusnya.

TOLAK BN BERMAKNA TOLAK AES! JOM UBAH!

Tokoh Penglipur Lara Malaysia 2012

Kamaruddin Mohamad,
Tahun 2012 dah nak ke penghujung. Sepanjang tahun ini terutamanya sejak kebelakangan ini banyak sungguh lakonan, latahan, gerakan dan yang sewaktu dengannya yang mewarnai medan media Negara Malaysia dari berbagai watak yang berlatarbelakangkan politik, pesara (Ketua Polis Negara), pedagang (peniaga karpet) dan berbagai lagi.

Bersesuaian dengan keadaan itu, saya ingin mencadangkan satu pencalonan dan pemilihan untuk Tokoh Penglipur Lara Malaysia 2012 seperti berikut:

Kategori Lelaki:

a.     Pak Pandir
b.     Pak Kaduk
c.      Pak Belalang
d.     Lebai Malang
e.     Si Lunchai
f.       Mat Jenin
g.     Badang

Kategori Wanita:

a.     Mak Andeh
b.     Mak Kaduk
c.      Mak Belalang

Para pembaca dipelawa mengemukakan calon dan pemilihan mereka dan maklumat pemilihan dipaparkan dari masa kesemasa. Tempoh pencalonan yang sesuai hendaklah ditetapkan.

Kisah sedih pelakon Yahya Sulung, Datuk tak bawa makna

http://batuvskayu.blogspot.com, 12 Dis 2012

Kisah pelakon veteran Yahya Sulung yang Sedih !!! pangkat DATUK tak membawa makna..










Semalam berita pelawak veteran terkenal Yahya Sulung dihalau keluar dari rumah sewanya tersebar angkara tidak membayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM868.
Hari ini pula keluar satu kenyataan dalam akhbar Kosmo  dari isteri Yahya Sulung menafikan mereka di usir oleh DBKL. Siapa yang berlakon di sini aku pun tak tau, sama ada Yahya Sulung atau DBKL?
Mungkin benar Yahya Sulung dan  isterinya dihalau keluar atau tidak itu tak patut dipersoalkan.

Yang benarnya bukan setakat pelakon veteran ini sahaja yang mengalami nasib malang akibat kesempitan hidup dan keuzuran, mungkin lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang susah dan senasib dengan Yahya Sulung.
Sepatutnya isu rakyat merempat atau susah tak  kedengaran lagi dalam konteks negara yang dikatakan sudah maju. Yang pelik kerajaan Malaysia  berlumba lumba memberi sumbangan atau dana kepada rakyat susah di luar negara tetapi dalam masa yang sama mereka lupa rakyat sendiri pun ada yang merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Cuma Yahya Sulung bernasib baik kerana beliau ada nama...
Bila isu beliau tersebar semua ambil perhatian untuk membela beliau, sehingga DBKL yang dikatakan menghalau pelakon ini terkena tempias kerana laporan awal konon menghalau Yahya Sulung dan isteri.
Aku percaya lepas ini Pacik Yahya Sulung dan isteri akan terbela ...akan berebut sana sini puak-puak berkepentingan menghulurkan bantuan.
Setakat ini berita yang saya terima ialah Ahli Parlimen Batu  saudara Tian Chua telah datang menziarah pelakon veteran ini .Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial, instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga oleh Pak Yahya Sulung.
Dan kita tunggu dari Presiden karyawan Zed Zaidi apakah peranan persatuan itu dalam membela nasib artis di Malaysia. dan kepada Baitulmal serta zakat dimana kah anda dalam isu ini???

Yang menghairankan saya ada juga yang berpangkat Datuk dan Datin  merempat kerna kesusahan hidup . Maknanya gelaran Datuk dan Datin cuma sekadar penyedap pada nama tapi tak memberi apa apa makna.

Saya cukup  simpati pada kedua mereka.....




Tahniah YB Ahli Parlimen Batu kerana keprihatinan anda.

Isteri Yahya Sulong nafi dihalau


Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

YAHYA yang uzur termenung di beranda rumahnya di Flat DBKL Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur kelmarin.




KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu.
Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul.
"Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya.
Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Foto Terbaik! Rakyat Bangkit!

http://malaysiaberih.blogspot.com, 11 Dis 2012
Sambutan hebat orang ramai di program Jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)  di seluruh negara. Bukti jelas rakyat mahukan perubahan dasar pemerintah dan pentadbiran kerajaan pusat. JOM UBAH, PAKATAN RAKYAT PILIHAN RAKYAT.!!!
Sumber : FB

Najib tak ambil subjek Matematik dan BM semasa SPM dulu?

http://keramatunderground.blogspot.com, 10 Dis 2012

ENCIK NAJIB tidak ambil subjek MATEMATIK dan BM semasa SPM dulu??


antara soalan yang mungkin membuatkan encik najib berpeluh sewaktu peperiksaan percubaan SPM.

berikan maksud kepada perkataan-perkataan berikut :
mampu milik = ???
rumah = ???
rakyat = ???
pendapatan = ???
berpendapatan rendah = ???

sila jawab soalan dibawah tanpa menggunakan kalkulator :
RM300,000 - RM100,000 = ???
RM300,000 / RM1,000 = ???
tentukan nilai yang lebih besar : RM300,000 atau RM100,000 ?
si abu mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan, tunjukkan jalan pengiraan untuk beliau membayar ansuran rumah sebanyak (>)RM1,800 sebulan?


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan: