SU Agung: Calon PRU BN jamin bebas rasuah, jenayah
29 Disember 2012
Beliau berkata, bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.
"Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,"katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini hari ini.
Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.
"Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat," katanya.
Mengenai muka baru dan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU13, Tengku Adnan berkata “itu rahsia parti”.
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam PRU Ke-13 untuk ditapis SPRM.
Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu.
Pada majlis yang sama, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata beliau dan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan terus menggemblengkan tenaga untuk menyediakan keperluan bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.
"Saya juga memohon maaf kepada penduduk di sini kalau ada kesilapan-kesilapan yang terlepas pandang atau terlupa perkara-perkara yang patut saya lakukan bagi pihak mereka, tetapi tak dapat lakukan.
"Saya juga mengingatkan mereka agar menjadi masyarakat contoh untuk negara kerana Putrajaya merupakan sebuah bandar lestari," katanya. - Bernama
Kanak-kanak 3 tahun maut ditetak ibu saudara
29 Disember 2012
Mangsa Mohd Muaz Mohd Izwani, 3, maut dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk bahagian kepala, tangan dan leher.
Ibu saudara mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan mempunyai masalah mental sejak 20 tahun lalu.
Ketika kejadian, mangsa anak sulung dari dua beradik sedang bermain di beranda rumah neneknya sebelum ditetak oleh ibu saudara itu.
Ibu mangsa yang cuba meleraikan keadaan turut ditetak mengakibatkannya cedera di bahagian leher dan tangan.
Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi
29 Disember 2012
Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.
Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.
“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.
RTM tiada masalah siar penjelasan Hadi jika sesuai
29 Disember 2012
Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.
"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.
Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.
Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.
Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.
Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.
"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya.
Pelajar wanita UTM lemas berenang di pusat sukan
29 Disember 2012
Siti Izzati Hasim, 19, pelajar tahun satu kejuruteraan biosains disedari lemas kira-kira 6.45 petang.
Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sebelum itu dilapor pergi untuk berenang di pusat sukan itu bersama lima rakannya yang lain.
"Rakan-rakannya hanya menyedari kehilangan mangsa apabila mereka keluar dari kolam dan setelah mencari, mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam," kata Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lai.
Beliau berkata pengawal keselamatan kemudiannya membawa mayat mangsa keluar dari kolam kira-kira 7.20 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.
Sementara itu Timbalan Pengarah Sukan UTM, Armadi Ahmad yang dihubungi berkata mangsa merupakan anggota Palapes Laut UTM telah biasa menggunakan kolam renang itu.
"Ketika kejadian, kumpulan ini tidak diawasi jurulatih mereka atau penjaga kolam renang. Difahamkan sebelum mangsa ditemui lemas, penjaga kolam telah memanggil mereka untuk naik selepas tamat masa menggunakan kolam iaitu kira-kira 6.45 petang dan ketika itulah kehilangan mangsa disedari," katanya.
Menurutnya, pihaknya merasa kesal dengan kemalangan itu dan akan mengambil langkah segera untuk mengelak kejadian yang sama daripada berulang. - Bernama
Nik Aziz: 'Hadi tak pernah murtadkan sesiapa'
29 Disember 2012
Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.
"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.
"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.
"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
21 NGO bantah Warisan Merdeka 118 tingkat
29 Disember 2012
Pengerusi Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN), Ishak Surin berkata, rakyat mula membantah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion semasa pembentangan Belanjawan 2012.
Menurutnya, Taman Merdeka Negara yang dibina pada 1958 berserta dengan Stadium Chin Woo (1953), Stadium Merdeka (1957) dan Stadium Negara (1962) telah membentuk ‘hartanah rakyat’.
“Inilah satu-satunya kenangan dan kebanggaan rakyat kerana tapak-tapak ini mewakili warisan peringatan sejarah sebelum serta selepas kemerdekaan.
“Dan secara kolektifnya, taman dan bangunan bersejarah ini merupakan kawasan orang awam berkumpul bersama keluarga dari pelbagai bangsa serta agama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur selepas mesyuarat bersama NGO-NGO bagi membincangkan isu tersebut, kelmarin.
Antara NGO yang hadir adalah Warga Kota Prihatin Kuala Lumpur, Saya Anak Bangsa Malaysia, Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, Gereja Gospel Kuala Lumpur, Rakan KL dan Pertubuhan Ikram Malaysia.
Ishak berkata, sebagai rakyat, beliau amat kecewa apabila kawasan milik awam ini telah 'dirampas' tanpa memikirkan kesan kepada generasi akan datang serta pembangunan yang bakal mengubah landskap sejarah negara.
Katanya, pembangunan itu nanti sudah pasti akan mengubah ciri-ciri lambang kemerdekaan negara seperti Stadium Merdeka yang akan dikerdilkan oleh sebuah menara setinggi 118 tingkat.
Semasa pembentangan Belanjawan 2012, Najib telah mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka bernilai RM 5 bilion dalam tiga fasa selama 10 tahun, bermula dengan menara 118 tingkat di tapak lama Taman Merdeka Negara atau dikenali Taman Tunku.
Pembinaan dan pemilikan pembangunan itu digunakan sebagai pejabat, gedung membeli belah dan kondominium.
Tiga tuntutan PTMN
Ishak berkata, PTMN menuntut tiga perkara daripada kerajaan supaya warisan sejarah dikekalkan dan terus menjadi milik rakyat.
Katanya, PTMN menuntut melindungi dan memulihara tapak warisan kemerdekaan dan bangunan di sekelilingnya seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara, Taman Merdeka Negara dan Stadium Chin Woo yang merupakan warisan kolektif serta peringatan sejarah.
"Kedua; PTMN mendesak supaya projek pembangunan Warisan Merdeka dihentikan segera dan mewartakan seluruh kawasan tersebut sebagai Tapak Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Negara (2005) selain mengembalikan Taman Merdeka Negara kepada rakyat sebagai kawasan awam.
"Ketiga; PTMN memohon kesemua proses perundingan yang terangkum dan terbuka boleh disertai oleh rakyat sebagai pemegang kepentingan yang saksama di semua peringkat perancangan dan proses memulihara Taman Merdeka Negara sebagai kawasan awam milik rakyat," katanya.
Ishak berkata, PTMN telah menghantar surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 5 Disember lalu untuk mengetahui apakah status terkini projek pembangunan Warisan Merdeka.
Katanya, sehingga hari ini, rakyat tertunggu-tunggu apakah perkembangan terkini sama ada projek akan dilaksanakan dalam masa terdekat atau tidak.
“Sehubungan itu juga, PTMN akan melancarkan program pada 5 Januari 2013 bertujuan untuk menolak pembangunan Warisan Merdeka di tapak kereta Stadium Chin Woo pada jam lapan malam.
“Selain memberi penjelasan kepada rakyat berhubung projek ini, orang ramai turut akan berarak beramai-ramai berjalan kaki dari stadium ke tapak projek pembangunan Warisan Merdeka,” katanya.
Pertahan warisan sejarah
Wakil dari Rakan KL, Victor Chin berkata, projek tersebut akan melenyapkan lipatan sejarah yang terbina sejak sebelum dan selepas kemerdekaan.
“Warisan sejarah ini perlu dipertahankan untuk dinikmati generasi yang akan datang.
“Pembangunan seumpama ini tidak membawa sebarang makna kepada kita dan lebih penting adalah semangat kecintaan kepada negara,” katanya.
Wakil dari Saya Anak Bangsa Malaysia, AJayanath berkata, terdapat empat sekolah di sekitar cadangan projek yang berusia 100 tahun turut akan terjejas dengan pembangunan ini.
“Terdapat seramai 7,500 pelajar dari sekolah-sekolah tersebut akan terganggu dengan pembinaan projek itu nanti.
“Lebih membimbangkan, apakah kesan sosial yang berlaku sekiranya pembangunan ini diteruskan,” katanya.
PKR persoal syarat rebat telefon pintar, khuatir lariskan stok lama
29 Disember 2012
Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja.
"Hanya pengedar dilantik sahaja diberikan rebat ini, maka model yang lama dalam simpanan mereka akan dikeluarkan semula dan ini akan menguntungkan mereka.
"Sudah tentu model lama itu nanti tidak mampu membantu golongan muda mendapat capaian 3G dan internet yang dikehendaki pada masa ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Mengulas lanjut, pelaksanaan rebat RM200 disifatkan sebagai tidak relevan kerana harga telefon bimbit lebih rendah berbanding kos perkhidmatan 3G dan internet yang terpaksa ditanggung pengguna, lebih-lebih lagi menggunakan prabayar.
"Bukan telefon pintar yang penting tetapi perkhidmatan 3G internet itu lebih mustahak, walaupun harganya murah namun anak muda yang guna prabayar terpaksa membayar lebih untuk guna perkhidmatan itu.
"Sebab itu, kita Pakatan Rakyat berpandangan peruntukan rebat itu lebih wajar dibelanjakan dalam penyediaan internet tanpa talian di seluruh negara khusus kawasan tumpuan orang muda," tegasnya.
Dalam pada itu, Rafizi juga mempersoalkan permohonan rebat ini terhad kepada 1.5 juta anak muda walhal tegasnya jumlahnya di seluruh negara mengatasi angka tersebut.
"Saya kira jumlah itu tak masuk akal malah mengapa perlu dihadkan kalau benar-benar ikhlas nak bantu golongan muda menggunakan perkhidmatan internet dan 3G.
"Saya anggarakan jumlah mahasiswa saja sudah lebih 500,000 orang, ini tidak termasuk anak muda yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja," jelasnya.
Pemberian rebat telefon pintar RM200 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 pada September lalu.
Cuepacs mahu kerajaan umum segera jadual gaji
29 Disember 2012
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.
"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya. - Bernama
Lebih 15,000 individu dan syarikat di WP belum bayar zakat
29 Disember 2012
Pengurus Besar Operasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohammed Hassan berkata bilangan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM42.8 juta.
Bagi Januari hingga November tahun ini, PPZ telah pun menerima kutipan lebih RM311.8 juta daripada 102,291 pembayar zakat, katanya kepada pemberita ketika meninjau pembayaran zakat di kaunter zakat Masjid Negara di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohammed berkata individu dan syarikat yang masih belum membuat pembayaran zakat masih berpeluang untuk berbuat demikian di sembilan kaunter PPZ mulai pukul 8.15 pagi hingga 8 malam pada Ahad dan Isnin ini.
Kaunter tersebut dibuka di Shamelin Perkasa (Ibu Pejabat); Daruzzakah Kampung Baru; Masjid Negara; Wangsa Maju; Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail; Masjid Imam Al-Ghazali Kepong; Masjid Abdul Rahman Auf Jalan Puchong; Presint 9 Putrajaya dan Ujana Kewangan di Labuan.
Sementara kaunter di Pusat UTC Kuala Lumpur, Pudu Sentral akan dilanjutkan waktu operasi sehingga pukul 10 malam pada hari yang sama.
"Pada waktu biasa operasi kaunter ialah 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mereka yang datang membayar pada dua hari itu akan menerima cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan.
"Ia juga sesuai untuk membawa keluarga bagi didikan awal kepada anak-anak berkaitan zakat," katanya.
Beliau juga berkata, mereka yang ingin membayar zakat melalui perbankan internet boleh melakukannya sebelum jam 12 tengah malam esok bagi membolehkan tarikh resit dapat dikeluarkan pada tahun ini juga.
"Jika transaksi (perbankan internet) dibuat pada hari Isnin, mereka perlu menelefon talian zakat 1-300-88-5757 segera bagi membolehkan resit dikeluarkan pada hari yang sama, sebelum memasuki tahun baru," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan