Khamis, 6 Disember 2012

MEREKA SILAP...MEREKA TENGAH MENCARI DOA2 ORANG DIZALIMI...ATAU TENGAH MENGUMPUL DOA ORANG MEREKA ZALIMI...DOA ORANG DIZALIMI MAKBUL...YANG KENA ORANG YANG BUAT ZALIM

Kes Gombak berdarah: Cerita orang dalam

Catatan Mohamed Hadi Al-Majwi, 06 Dis 2012



Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..

Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"

Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..


* Adaptasi dari tulisan penulis dalam Facebooknya.

Inilah pemuda Umno buat lawak...

http://amenoworld.blogspot.com/, 06 Dis 2012

Wednesday, December 5, 2012

Ini la pemuda umno yang buat lawak kat buletin utama tadi.

Kelakar.

Tolong maafkan aku. Individu ataupun penyokong umno yang bakal aku gelakkan tue. Tolong maafkan aku. Aku bukan nak gelakkan ko sangat tapi ko siyes buat lawak kat tv3 tadi beb. Aku tak silap bila aku cakap ko pasti muncul di tv3 malam neh. Rujuk sini artikel aku sebelumnya.

Aku ada minta ko bercakap benar. Tapi apa yang berlaku sebentar tadi, usah kata bercakap benar bahkan ko siap buat drama swasta lagi. Kemon la. Dengan darah di dahi?

kah kah kah

Siyes. Benda tue yang buat aku gelak terbahak2 tadi. Nasib la aku sempat amek handphone untuk snap gambar ko. Dapat sipi2 pun jadi la asalkan ada bukti. Sepanjang masa ko bercakap = start ko muncul di tv, belum lagi aku dengar suara ko aku dah gelak terbahak2. Nak tahu kenapa?

Lihat bawah ;


Malam ketika serangan dia boleh pakai pembalut luka. Nak tutup luka. Tup2 hari neh muncul kat tv3, sanggup ko tanggaL pembalut luka. Yang aku pelik benda tue siap berdarah2 lagi. Aik? Nak tunjuk kat orang ramai ke? Nak dapatkan simpati ke apa? Owh oke. Maybe ada orang simpati kat ko. Tapi bagi aku.. pfttttt kelakar bhaiiii


kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

Jangan salah faham der. Aku tak gelakkan kecederaan seriyus ko tue. Walaupun aku heran korang asyik claimed ramai yang cedera tapi tue la.. asyik muka ko jek kan yang terpampang kat mana mana..

kah kah kah

Aku kesian kan juga atas pendarahan seriyus kat dahi ko tue. Tapi aku cuma gelakkan perbuatan ko tue je. Boleh pula tanggal pembalut luka semata2 nak raih simpati kat tv. Kelakar tue der. Aku start nampak muka ko kat tv tadi.. lepas tue dengan darah kat dahi.. aku terus tergelak terbahak2. Aku pun antara dengar tak dengar apa benda yang ko merepek. Yang aku tahu masa tue gelak lebih bagus dari mendengar kata2 ko.

kah kah kah

Bagi aku ko berhak pertahankan diri ko jika ko dicederakan oleh orang pr. Tapi di youtube ko cakap kita pergi ke ceramah dsai.. duduk ramai2 kat tempat ceramah. Di tv3 tak silap aku ko cakap ko buat program dan ko kat belakang. Tue pun boleh kena.. tapi di youtube ko sendiri mengaku ko ke depan tempat ceramah dsai dengan rakan2 bn.

Apa citer neh der? Dah tukar ke apa? Ingat lue tanggal pembalut luka gua tak boleh cam lue ke apa? Sorry la.. gua boleh cam lue la der. Video siang tadi gua tonton sampai 10 kali sebab kelakar punya pasal. Jangan marah ek. Jangan mengadu domba kat tv3 plak pas neh oke?

kah kah kah

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Umno hidupkan kembali budaya samseng era 1969

Muhammad Yusri Amin, 06 Dis 2012
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan masih lagi mengingati aksi ganas kumpulan samseng yang dinamakan Pemuda Tahan Lasak digunakan Umno bagi menghalang kemaraaan PAS di Kelantan.

Kumpulan samseng tersebut digunakan secara meluas terutamanya di Rantau Panjang sehingga mereka menghalang penduduk mahu keluar mengundi dengan membakar sebuah jambatan.

Penduduk veteran di kampung tersebut memberitahu mereka terpaksa dikawal anggota tentera untuk balik daripada mengundi di Gual Periuk pada 1969.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, situasi yang pernah berlaku di sini pada 1960-an kini seperti mahu dihidupkan kembali pihak terbabit.

“PAS ada banyak pengalaman pada 1969 apabila Umno dalam keadaan hampir kalah pilihan raya mereka mencetuskan budaya samseng bagi mewujudkan suasana takut dalam kalangan rakyat.

“Tanda-tanda Umno kehilangan kuasa semakin jelas sehingga mereka melakukan sesuatu seperti orang hilang pedoman. Mereka terlalu takut dengan kekalahan.

“Rakyat mesti menolak parti yang mengamalkan budaya politik samseng termasuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat,” katanya di sini.

Malam semalam sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN dilaporkan mengganggu ceramah Pakatan di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak sehingga ada penyokong parti yang cedera.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sindrom takut dan rimas Umno terbawa-bawa kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak sehingga was-was bagi mengisytiharkan pilihan raya umum ke-13.

“Ini perkara luar biasa yang berlaku di negara kita sekarang. Ia menimbulkan persoalan besar kepada masyarakat. Tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pilihan raya lewat macam ini,” ujarnya.

Rasuah: SPRM jangan salah sasar kumpulan

Harakahdaily, 06 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara tidak sepatutnya mensasarkan kumpulan yang salah memandangkan mereka sepatutnya tahu di mana keutamaan dalam membanteras rasuah, terutamanya rasuah besar.
“Biar saya beritahu SPRM dan Jabatan Peguam Negara bahawa keutamaan yang mendesak dalam membanteras rasuah di Malaysia adalah untuk SPRM dan Jabatan Peguam Negara menjalankan kursus berkenaan rasuah buat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri terutamanya di Sarawak dan Sabah serta pegawai tinggi kerajaan termasuk Peguam Negara sendiri sekiranya Malaysia benar-benar serius membanteras ‘rasuah besar’,” ujar Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas Pengarah Pemandu, D Ravindran yang bertanggungjawab terhadap bahagian anti-rasuah bagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengenai kursus penggubal undang-undang.

“Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) sebenarnya mempunyai komitmen oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamad dan AG (Tan Sri Abdul Gani Patail), di mana kedua-duanya akan mengadakan kursus untuk penggubal undang-undang kita.


“Jadi, untuk pertamakalinya, kita akan mendidik ahli parlimen kita mengenai apa yang boleh diambil atau apa yang tidak boleh diambil,” ujarnya.

Justeru, kata Lim, kelihatan ramai di kalangan pemimpin tinggi politik dan kerajaan itu tidak tahu “yang mana betul dan yang mana salah untuk diambil”.

Ini, ujarnya yang menyebabkan banyak dakwaan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah terhadap mereka yang belum lagi diberikan jawapan memuaskan, baik skandal “sumbangan politik kepada UMNO Sabah” berjumlah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman atau kekayaan luar biasa keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berjumlah RM64 bilion selepas 30 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak sepertimana yang didakwa oleh Bruno Manser Foundation baru-baru ini.

“Adakah SPRM dan Jabatan Peguam Negara berani untuk menjalankan kursus bukan sahaja tentang bagaimana untuk mengelakkan rasuah kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri terutamanya di Sarawak dan Sabah serta pegawai tinggi kerajaan, tetapi juga tentang tanggungjawab mereka untuk menjelaskan dengan lengkap dan memuaskan apabila dakwaan rasuah yang serius dibuat secara terbuka ke atas mereka, termasuklah membersihkan nama mereka dan memulihkan reputasi mereka di mahkamah?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Leman Raja Lawak Anak As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya?

http://addin77.blogspot.com, 04 Dis 2012
Agak kecoh juga ruang wall FB Leman Raja Lawak Original apabila dipostingkan sebuah gambar dari FB Geng Artis PAS yang dikatakan keluarga Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya ada gambar Leman Raja Lawak atau nama sebenar Sulaiman Bin Ibrahim.

- Cuma inginkan kepastian dari sahabat semua,betulkah khabar angin yg mengatakan Leman Raja Lawak Original atau nama sebenar ( SULAIMAN BIN IBRAHIM ) ini adalah anak kpd AL-SHAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA..boleh tak tolong sapa2 jelaskan? please.ana dah tanya abg leman sendiri dia kata bukan,tapi pic ni ?????????- FB Geng Artis PAS.
Gambar hitam putih (gambar lama) tersebut terdapat empat individu dan salah seorang (Kanak-kanak pakai kopiah) dikatakan Leman Raja Lawak.
Leman ketika aku menghubungi beliau menafikan dakwaan tersebut. Bagaimana pun Leman terharu dengan perkara tersebut.
Nama dan wajah dalam gambar tersebut mungkin hanya kebetulan sahaja.memang nama saya Sulaiman Bin Ibrahim, tapi bukanlah Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya bapa saya. Bapa saya masih sihat tinggal dikampung kata Leman
Leman menyatakan lagi Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah tokoh pejuang Islam yang ditersohor dan memang menjadi idola dalam perjuangan-nya.
Memang jauh ketokohan beliau dengan diri saya,namun semangat perjuangan Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya wajar dijadikan contoh kepada semua orang melayu dinegara ini demi menegakan Islam berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir ujar Leman Raja Lawak.
** Al-Fathihah buat Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para syuhada yang terkorban dalam kejadian tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman. ~mae
Addin :
Pendokong dan penyokong PAS tidak akan lupa sampai bila-bila DOSA BESAR Umno dalam peristiwa pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya..
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Filipina negara yahudi berikutnya di Asia Tenggara?

http://detikislam.blogspot.com, 04 Dis 2012

Selepas pungutan suara berkaitan status Palestin yang dilakukan oleh PBB di New York minggu lalu, ratusan rakyat Filipina mengadakan perarakan di Manila bagi menyokong Israel.
Jumlah mereka dianggarkan 300 hingga 400 orang dan berkumpul di kawasan perniagaan. Beberapa orang di antaranya membawa bendera Israel, belon putih biru, pembesar suara dan menetapkan lagu dalam bahasa Ibrani, dan bahkan beberapa shofarot(alat muzik yahudi laknatullah).
shofarot
Mereka diikuti dengan konvoi berjumlah 50 hingga 60 buah kereta dengan membawa kain rentang bertulis "Berdirilah dengan Israel, sekarang dan akan datang". Slogan ini sama pada tahun 1947 ketika Filipina menjadi negara Asia pertama yang menyokong penubuhan bangsa Yahudi di Palestin.

Bendera rejim laknatullah bersebelahan dengan bendera Filipina berada berhempiran dengan Laut Mati

Perarakan ini diadakan oleh segelintir organisasi Kristian yang pro-yahudi zionais laknatullah. Mereka menyokong Israel dengan pelbagai cara sepanjang tahun ini dengan acara doa, perjumpaan gereja hari minggu, derma, dan perarakan secara tahunan.
Barua yahudi laknatullah di Asia Tenggara
Mereka berkumpul di taman nasional dengan menyanyikan lagu kebanggan Israel "hatikva" dan meniup shofars.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Menangislah kerana takutkan Allah bukan takut kalah PRU13...

http://kedahla.blogspot.com, 04 Dis 2012


Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis? Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya. Akan tetapi terdapat beberapa kajian untuk membuktikan kebalikan dari keyakinan orang-orang jahil tersebut.


Dalam al-Quran menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"

Seperti dilaporkan dari laman Al-Sofwa, satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan Belanda menemui kebaikan di sebalik menangis bahawa kebanyakan orang merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada saat yang sama, hanya satu orang dari 10 yang keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas menangis ).

Ahli psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.

Sebaliknya, tercatat bahawa sekitar satu pertiga daripada 3,000 orang yang mengikuti kajian tersebut, perasaan mereka tidak baik selepas menangis. Hasil kajian ini diterbitkan dalam American Journal of Psychology - mengaitkan antara manfaat menangis dengan tempat dan waktu menangis tersebut. Kajian ini melihat bahawa menangis memberikan kesan menenangkan, seperti pernafasan yang menjadi lambat dan hal ini dapat mengurangkan kadar denyutan jantung. Para penyelidik menganggarkan bahawa hal inilah menyebabkan mengapa manusia mengingat perkara yang positif selepas menangis dan menghidari perasaan tegang.

Para penyelidik melakukan penyelidikan mengenai tangisan di makmal dan mereka mendapati bahawa kebanyakan hasilnya adalah perasaan yang buruk. Mereka merumuskan bahawa sebabnya adalah keadaan tegang, imaginasi dan pemantauan. Hal-hal demikian akan menimbulkan perasaan-perasaan negatif yang menghalang kebaikan yang positif berkaitan dengan menangis.

Kajian ilmiah ini menguatkan apa yang ada dalam kajian sebelum ini, tentang manfaat menangis yang dirasakan oleh para penyelidik di bidang psikologi. Namun para penyelidik tersebut tidak mengetahui cara menangis yang betul dan berkesan!

Menangis kadang-kadang boleh menjadi ubat untuk banyak penyakit, tetapi dengan syarat bahawa tangisan tersebut disebabkan rasa takut kepada Allah. Dan itulah yang dikhabarkan al-Quran, dengan firman-Nya ketika menceritakan tentang orang-orang beriman yang khusyuk 'yang hati mereka merasakan pengaruh dari firman Allah, apa reaksi mereka? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman tentang mereka:

"Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Israa' : ayat 109)

Lihatlah bagaimana penjelasan Ilahi ini mengaitkan antara menangis dengan khusyuk. Maka kedua-duanya adalah cara yang terbaik untuk mengubati penyakit mental.

Menangis disebabkan rasa takut kepada Allah menambah kekhusyukan dan ketakutan kepada Allah pada diri seorang yang beriman, dan membuatnya lupa kepada kesedihan, dan kebimbangan-kebimbangan lain.Mengapa hal ini terjadi? Orang yang dipengaruhi oleh firman Allah dan membayangkan kegerian hari kiamat serta mengingat kebesaran Sang Pencipta, nescaya akan dapat menghindari masalah dan kesedihan yang dihadapinya sehingga dia lupa akan masalahnya.

Ini adalah langkah pertama dalam proses menyelesaikan masalah apapun yang dihadapi iaitu dengan melihat masalah ini sebagai sesuatu yang remeh dan boleh diselesaikan sehingga dengan demikian dia akan mudah menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini telah ditegaskan oleh pakar psikologi dan program neuro-linguistic tentang penyelesaian masalah dan kesukarannya.

Oleh itu, Allah menyebutkan berkaitan "menangis" pada beberapa ayat di dalam al-Quran. Dia menjadikannya sebagai tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai indikasi kejujuran seorang mukmin takutnya kepada Sang Pencipta, Yang Maha Berkuasa. Allah berfirman:

“Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan? Oleh hal yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu) dan beribadatlah kamu kepada-Nya (dengan sepenuh-penuh tauhid).”(Surah An-Najm: ayat 59-62)

Maka dalam nas al-Quran ini, Allah memerintahkan kita untuk menangis kerana takut kepada-Nya dan agar kita menjauhi perkara sia-sia serta menjauhi banyak ketawa. Hal itu tidak menghalang kita daripada tersenyum yang juga tergolong sebagai ubat (untuk mengubati kesedihan dan masalah).

Sesungguhnya menangis,, khusyuk, dan doa adalah resipi yang bagus untuk mengubati ketegangan jiwa. Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita termasuk antara golongan yang Allah berfirman tentang mereka:

"... Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami. " (Surah al-Anbiyaa : ayat 90)

Oleh itu, perlunya kita pada zaman ini berdoa, khusyuk, dan tangisan yang disebabkan kerana rasa takut kepada Allah.

Semoga Allah melepaskan kesedihan kita dan memberikan kesabaran kepada kita kerana tidak ada pemberian daripada Allah yang lebih luas berbanding kesabaran sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.



http://detikislam.blogspot.com

Merahnya muka Najib!

http://gigitankerengga.blogspot.com, 04 Dis 2012
tokpepijat
Tiga individu yang "memerahkan" wajah pimpinan tertinggi UMNO sepanjang Perhimpunan "Perpisahan" Agung UMNO baru-baru ini.

Mereka bertiga adalah Deepak Jaikishan, mantan IGP Tan Sri Musa Hasan dan Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin.

Serangan Deepak ke atas Najib dan Rosmah amatlah mengejutkan pasangan suami isteri itu. Dulu kawan dan rakan perniagaan, kini Deepak semacam "musuh" yang mengancam seperti Bala. Bahkan mengaitkan nama Rosmah sekali.

Najib mengharapkan Menteri Tenteranya Zahid Hamidi untuk membelanya. Tapi malangnya Zahid seperti "mengkhianati" janjinya untuk membela Najib dalam ucapan penggulungannya. Tiada sepatahpun Zahid ucapkan untuk membela Najib. Menggulangi pengkhianatan Zahid semasa PAU 1998 yang menghentam Mahathir atas isu kroni.

Serangan Deepak baru sekadar mukaddimah. Barangkali Deepak ada baki 1001 biji "peluru" lagi untuk dihamburkan ke atas Najib dan Rosmah.

Sepupu Najib juga tidak berkecuali. Menteri Polis Hishammuddin Hussien kini menghadapi serangan dari bekas "kulinya" sendiri, mantan IGP Musa Hasan. Musa yang menghadapi serangan dari bekas "kulinya" Datuk Ramli Yusof semasa ucapan perpisahannya di Bukit Aman tempoh hari kini menghalakan "pistol"nya ke arah Hishammuddin.

Hingga kini Hishammuddin membisu seribu bahasa. Agak menghairankan Musa yang terkenal dengan "kesetiaan" terhadap UMNO, tiba-tiba berpaling tadah menyerang tuannya sendiri.

Kes Deepak dan Musa adalah satu fenomena biasa dalam politik lanun UMNO. Apabila kepentingan pangkat, kuasa dan ekonomi menjadi rebutan maka terbongkarlah segala rahsia dan skandal.

Barangkali ada 1001 orang lagi bekas-bekas kroni dan barua UMNO menunggu giliran membongkarkan kebejatan UMNO. Ini menunjukkan jumlah kroni UMNO semakin mengecil untuk membolot projek yang berskala juta dan bilion. Ini mengakibatkan kroni bertaraf "kecil-kecilan" semakin terpinggir.

Dan akhir sekali kemasukan Datuk Rahman dalam PAS menampakkan keyakinan tokoh koporat dan ahli perniagaan Melayu kepada ketelusan PAS dan bencian terhadap perangai UMNO yang mengutamakan kroni dan anak beranak yang mana budaya ini dijuarai oleh Mahathir dan diwarisi oleh Najib.

*Harakahdaily tidak bertanggungjawab ke atas kandungan tulisan blogger ini. Ia hanya sekadar perkongsian dengan pembaca.

Berita menggembirakan rakyat...kamera EAS di SKVE dicabut

http://omakkau.blogspot.com, 04 Dis 2012

BERITA YANG MENGEMBIRAKAN RAKYAT!!!!...AKUR DENGAN ARAHAN KERAJAAN PKR/PR SELANGOR....KAMERA AES DI LEBUH RAYA SKVE DICABUT !!!!


Rakaman gambar para petugas dari pengendali kamera AES @ kamera 1m'sia  sedang mencabut kamera berkenaan di lebuhraya SKVE atas arahan Kerajaan PKR/PR Selangor dibawah pimpinan YAN Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua minggu diberi tempoh, kalau gagal roboh atau cabut kamera AES yang hirup darah rakyat itu makan kerajaan negeri akan lakukan sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya mereka akur jua.

HIDUP KASE!!!!... HIDUP RAKYAT!!!!... HIDUP PAKATAN RAKYAT!!....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak

http://wasukalu.blogspot.com, 06 Dis 2012
Dilahirkan di Mesir pada 1 Februari, 1985, Asmaa Mahfouz menjadi pemangkin yang tidak mungkin kepada perubahan di negara yang telah termaktub dalam pemerintahan diktator sejak sebelum dia dilahirkan.

Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kaherah pada tahun 2008, Asmaa  terlibat dalam apa yang  menjadi Pergerakan Belia pada 6 April 2008.

Sekumpulan belia ini mula menyelaras usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh negara bagi mengadakan  protes di El-Mahalla El-Kubra.

Satu mogok umum yang bersatu di bawah tuntutan bagi maruah, keselamatan, kebebasan, gaji yang saksama, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Susulan protes 6 April, ramai blogger, wartawan bebas dan aktivis diganggu, ditahan dan diculik oleh agen kerajaan dan polis berpakaian biasa. Walaupun tindakan keras, usaha-usaha para belia telah berjaya kerana mereka dapat menyediakan peguam dan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi peserta protes.

Asmaa menjadikan acara ini sebagai titik perubahan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa dia banyak belajar tentang rangkaian serta teknik mengurus dan mengawal kebimbangan yang berkaitan dengan ptotes.

“As long as you say there is no hope, then there will be no hope, but if you go down and take a stance, then there will be hope.” – Asmaa Mahfouz

Kumpulan pemimpin belia seperti Ahmed Maher, Mohammed Adel, dan Asmaa Mahfouz terus meningkatkan pengetahuan tentang aktivisme dan perhimpunan aman. Mereka juga menggunakan masa ini  memupuk hubungan sosial mereka dan menganjurkan demonstrasi kecil. Belia menggunakan blog dan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan perbincangan, perbahasan, pendidikan dan pengurusan.

Pada bulan Januari tahun 2011, Asmaa dan rangkaian kawan-kawan telah mendapat cetusan ilham untuk mendapatkan perubahan dalam sistem pemerintahan Mesir apabilaWarga Republik Tunisia, telah berjaya menjatuhan diktator yang telah memerintah selama 23 tahun di negara mereka  melalui satu siri demonstrasi jalanan secara aman.

Memandangkan Mesir dan Tunisia mengalami masalah yang sama iaitu rejim diktator, orang ramai di Mesir juga memasang cita-cita untuk menjatuhkan rejim diktator mereka pula. Walau bagaimanapun, di negara di mana anggaran 18.000 aktivis telah dipenjarakan dan  adalah menyalahi undang-undang untuk berkumpul dalam kumpulan lebih besar daripada lima orang tanpa kelulusan kerajaan, orang Mesir mempunyai halangan utama yang lebih besar iaitu ketakutan dalam diri rakyatnya.

Takut kerajaan, takut penculikan, takut gangguan dan penderaan. Kebimbangan ini telah berjaya mengekalkan kuasa rejim selama tiga dekad. Perasaan takut inilah yang menyebabkan bu bapa Asmaa tidak bersetuju dengan usaha beliau untuk mencetuskan perubahan. Kebimbangan ini juga menyebabkan ramai aktivis menggunakan nama anonymous di  laman web untuk mengelakkan dikenal pasti dan ditangkap.

Namun segalanya berubah  pada January 18th, 2011 apabila Asmaa Mahfouz memutuskan untuk mengatasi kebimbangannya dan meminta orang lain untuk menyertai beliau dalam protes. Beliau memuat naik video dirinya dalam talian memaparkan dirinya bercakap di hadapan kamera. Dengan berani beliau memperkenalkan dirinya dan menyeru orang lain untuk menyertai beliau dalam protes di Tahrir Square pada 25 Januari.

“I, a girl, am going down to Tahrir Square, and I will stand alone. And I’ll hold up a banner.” “I wrote that whoever is worried about this country should come with me, and that anyone who is worried about me or thinks that I am mentally ill should come in order to protect me.”- Asmaa Mahfouz

Videonya telah dikongsi secara meluas di Facebook, blog dan telefon bimbit, keberanian mesej beliau dan telah berjaya menaikkan semangat dan menjadi inspirasi di seluruh negara. Asmaa dan yang lain mula mengedarkan risalah, membuat lebih banyak video untuk menggalakkan orang lain untuk turut hadir pada 25 Januari.

Pergerakan Pemuda itu hanya menjangkakan kehadiran beberapa ribu, tetapi lebih daripada satu juta orang Mesir muncul. Sokongan terus-menerus datang daripada seluruh pelosk Mesir. Berjuta-juta orang terus menuju ke Kaherah dalam tempoh dua minggu  untuk menyertai protes.Segenap lapisan masyarakat Mesir turut kelihatan dalam protes tanpa mengira  usia, agama dan kelas sosio ekonomi, mereka bersatu untuk tujuan yang sama.

Pihak polis anti rusuhan menggunakan setiap kaedah yang ada untuk menghentikan demonstrasi tetapi telah ditenggelami oleh jumlah rakyat jelata yang besar. Secara keseluruhannya, penunjuk perasaan kekal komited kepada protes aman walaupun berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

“All Egyptians, not only the protestors, have broken through the fear barrier, therefore I expect only one outcome – protests will continue until Mubarak steps down from power.” – Asmaa Mahfouz

Menjelang 11 Februari Presiden Mumbarak akhirnya meletak jawatan dan rundingan untuk kerajaan baru bermula.Peletakan jawatannya mengingatkan masyatakat Mesir bahawa kuasa dalam demokrasi adalah milik rakyat.
Asmaa adalah seorang blogger yang pernah ditangkap

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Bajet agama naik 300%: BN tuduh DAP menuju Islamisasi

Harakahdaily, 06 Dis 2012
PULAU PINANG: Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi apabila menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?" katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim Guan Eng (gambar) – pada Isnin lepas.

Ia disiarkan oleh sebuah akhbar Cina baru-baru ini.

Ekoran laporan itu, Lim Guan Eng menolak laporan sebegitu dan menyifatkan ia sebagai kenyataan resis, lapor Malaysiakini.

"Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut (Utusan), akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.

"Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.

"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kedah esok

Salmiyah Harun, 06 Dis 2012


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat terus bersemarak lagi esok, 7 Disember bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi peringkat negeri Kedah ini akan dimulakan seawal jam dua petang dengan segmen Bicara Wanita Pakatan Rakyat.

Kemudian diikuti persembahan kebudayaan, konvoi dan pidato kira-kira jam tiga petang, dan seperti biasa segmen kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus dijadualkan jam lima petang.

Tujuh malam, para peserta himpunan bersolat Mahgrib, diikuti munajat perdana dan solat Isyak berjemaah.

Selepas itu, sesi ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat diadakan jam sembilan malam.

Antara mereka yang akan menyampaikan ceramah pada malam itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kedah merupakan siri keempat selepas di Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Hancurkan kuasa Umno BN jalan terbaik hapus rasuah

Abdul Aziz Mustafa, 06 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Menghancurkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya jalan untuk menghapuskan rasuah di negara ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tidak ada dua jalan, hanya itu sahaja satu-satunya cara untuk mengurangkan rasuah ke tahap minimum di negara ini, iaitu dengan menghancurkan kuasa Umno BN," kata beliau ketika menyatakan kebimbangannya tentang laporan terbaru mengenai rasuah yang kian kronik di negara ini.

Pengerusi Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan mendedahkan maklumat kaji selidik yang menunjukkan separuh dari syarikat yang beroperasi di Malaysia melaporkan bahawa mereka kehilangan kontrak atau peluang perniagaan kepada pesaing mereka akibat rasuah sejak setahun lalu.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang mengingatkan kita bahawa Umno sudah jadi parti perasuah.

"Apa yang dilaporkan oleh Transparency International-Malaysia tentang betapa kroniknya rasuah di negara itu ternyata adalah akibat langsung dari pemerintahan Umno BN," kata Mahfuz sambil menyifatkan pemerintahan Umno BN adalah pemerintahan untuk rasuah, demi rasuah dan dengan rasuah.

Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak rayuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya jangan menukar kerajaan dengan alasan "jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar".

"Pelik sungguh Najib. Dia tak tahukah rakyat bukan nk bakar kelambu, tapi nak tukar tilam dan katil?

"Kalau paksa juga diri tidur atas tilam dan katil yang reput dimakan anai-anai, bila katil itu runtuh, dengan kita sekali sama-sama melingkup.

"Sebelum melingkup, baik rakyat buang jauh-jauh katil dan tilam Umno yang busuk dan reput, barulah selamat dari melingkup dan tidak lagi sakit belakang," kata Mahfuz yang turut memberikan tamsilan.

NATO mesti tingkatkan usaha biaya Afghanistan

Terjemahan Mohamad Yahya, 06 Dis 2012

Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, telah menyeru sekutu-sekutu NATO untuk mengotakan janji pembiayaan mereka kepada Afghanistan berikutan penarikan balik tentera antarabangsa Disember 2014.

Bercakap di mesyuarat Menteri Luar NATO di Brussels Rabu lalu, Clinton mengingatkan negara-negara Eropah berkenaan komitmen mereka sebanyak USD4.1billion setiap tahun kepada negara Asia Tengah selepas kuasa-kuasa asing menamatkan peperangan mereka.

(Gambar: Guido Westerwelle, Menteri Luar Jerman, berkata negara-negara EU mesti mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada Kabul [Reuters]

"Ia adalah penting untuk setiap negara mengotakan komitmen mereka, dan bagi mereka yang tidak lagi melakukan apa-apa pembiayaan untuk turut berbuat demikian, "ujar Clinton di mesyuarat negara-negara yang menyumbang kepada misi ketenteraan NATO di Afghanistan.

Dengan 35 peratus kadar pengangguran dan akan berlakunya pilihan raya presiden pada April 2012, Clinton turut menekankan kepentingan peralihan ekonomi dan politik di Afghanistan.

Setakat ini, negara-negara penderma telah berjanji untuk memberi USD16billion untuk menyokong peralihan politik dan menstabilkan ekonomi.

Clinton turut menyatakan bahawa sokongan serantau adalah penting untuk peralihan yang berjaya di Afghanistan.

"Tiap-tiap negara di rantau ini mempunyai kepentingan dalam masa depan Afghanistan dan tanggungjawab untuk meningkatkan usaha dan membantu mendapatkannya,"katanya.

Kerajaan Afghanistan telah sering menyalahkan negara-negara jiran, terutamanya Pakistan dan Iran, untuk masalah keselamatan dan politik mereka. (aljazeera.com)

Selangor akan 'bungkus' 2 kamera AES di Sepang

Harakahdaily, 06 Dis 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan bertindak tegas dengan membungkus dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan Sepang bermula Jumaat ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil ekoran tiada sebarang tindakan untuk menanggalkannya oleh pihak Kementerian Pengangkutan walaupun tempoh dua minggu telah diberikan.

"Sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan bertindak menutup Kamera AES dengan sarung supaya tidak dapat berfungsi bermula Jumaat ini," katanya dipetik Selangorku..

Menurut Khalid lagi, jika pihak kementerian masih tidak memberi respon di dalam dua minggu, Kerajaan Negeri akan menanggalkan kedua-dua kamera tersebut.

Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) sebelum ini katanya telah menulis surat kepada kementerian untuk membetulkan tatacara permohonan dan mendapat kebenaran untuk memasang kamera tersebut.

“Namun surat oleh YDP (Yang Di Pertua) MPSP langsung tidak diendahkan,” ujar beliau semalam.

Pada Nov 9 lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Selangor akan menangguhkan perlaksanaan sistem AES di Selangor sehingga Kerajaan Selangor berpuashati dengan cara perlaksanaannya.

'Sapu tanah': S'gor sedang kumpul bukti terperinci

Harakahdaily, 06 Dis 2012
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri kini giat mengumpul maklumat berhubung dakwaan “projek sapu tanah” oleh kerajaan BN sebelum ini.

Bercakap pada sidang media semalam beliau berkata, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan pegawai-pegawai daerah bagi mendapatkan pandangan berhubung isu itu.

“Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut.

“Kemudian kita juga akan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah untuk mendengar pandangan mereka berkenaan hal ini,” jelas Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini mendedahkan berlakunya “projek sapu tanah” oleh kerajaan BN di Selangor yang melibatkan 23 keping tanah yang mempunyai keluasan 33.5 ekar di negeri berkenaan.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, tanah-tanah dengan keluasan satu hingga tujuh ekar itu dianggarkan bernilai lebih daripada RM 20 juta, dan merupakan tanah yang bernilai tinggi kerana merupakan tanah untuk tujuan perniagaan komersial, rumah kedai, dan bangunan perniagaan.

Tanah-tanah tersebut ujarnya diperolehi dengan harga bayaran premium sekaki nominal hanya RM1.

Jelas beliau, perkara itu berlaku antara 2000 hingga 2008, yang ketika itu Selangor diketuai oleh Dr Khir Toyo selaku Menteri Besar, sebelum negeri berkenaan tewas pada Pilihan Raya 2008 kepada Pakatan Rakyat.





Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).


Doa Orang Yang Dizalimi



عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim


Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, Beliau memberikan beberapa pesan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diatara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.


Hancurnya Umat Tedahulu Kerana Kezaliman
Banyak kita dapati dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW hancurnya umat terdahulu disebabkan perilaku zalim yang mereka lakukan.


Fira'un Raja Kezaliman
Apa yang dilakukan oleh Fir’aun, sang raja kezaliman dan bala tenteranya kepada umat Nabi Musa AS jelas adalah penyebab musnahnya mereka dengan cara ditenggelamkan di laut merah. Di antara kezalimanan yang dilakukan Fir’aun dan bala tentaranya tersebut adalah mereka telah membunuhi anak-anak lelaki bani israil dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Dengan perlakuan zalim ini, Nabi Musa AS pun mengajak kaumnya untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT dan bersabar atas kezaliman ini.



Kemudian Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT atas kehancuran dan kebinasaan Fir’aun dan para pengukutnya :

"رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيْنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ الأَلِيمَ


... Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)


Orang Orang Yang Makbul Doanya
Ada ramai orang yang doanya tidak akan tertolak yakni maqbul, diantaranya :


Orang Yang Berpuasa
Di antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT adalah doa orang yang berpuasa, doanya akan Allah kabulkan hingga dia berbuaka puasa, namun tentunya puasa yang dia lakukan adalah puasa yang dilandasi oleh keikhlasan karena Allah SWT.


Pemimpin Yang Adil
Kepemimpinan adalah sebuah amanah besar yang dibebankan Allah SWT kepada orang-orang tertentu, bahkan kita semua adalah pemimpin untuk diri kita masing-masing, dan pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memimta pertanggungjawapan atas kepemimpinan yang telah kita pikul selama kita menerima amanah tersebut di dunia ini.


Seorang pemimpin mulai dari PM sampai kepada jawatan yang paling rendah dan tentunya siapa pun kita ketika mendapati suatu amanah sebagai seorang pemimipin maka dituntut untuk berlaku adil dalam memimpin para pengikutnya. Oleh kerananya beruntung bagi mereka yang mampu berlaku adil dalam kepemimpinannya, Sehingga Allah SWT akan mengabulkan doa mereka.


Orang Yang Dizalimi
Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah SAW pun memberikan satu warning kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal. Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul.


Demikian semua itu adalah isyarat akan terkabulnya doa mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut :

"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".


“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad


Masih banyak lagi doa orang-orang yang apabila dia berdoa Allah SWT akan kabulkan doanya, seperti doa kedua orang tua kepada anaknya, doa orang yang dalam musafir, doa seseorang kepada saudara ketika dia tidak mengetahuinya dan masih banyak lagi tentunya


Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT dengan dikabulkan doa dan harapan kita semua. Amin ya Rabbal ‘alamin

Tiada ulasan: