Khamis, 27 Disember 2012

SETIAP SORANG SATU UNDI...WALAUPUN APA BENTUK PERIBADINYA...MEREKA AKAN MENYUMBANG SATU UNDI...SALAHUDIDIN AYUBI MENGARAH MEREKA TAK BANGUN MALAM@BERTAHJUD TAK PAYAH KEMEDAN PERANG...DIKHUATIRI GAGAL DALAM MEDAN PERANG

Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan"
Posted on Thursday, December 27 @ 07:47:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),   tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.
Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan ManKetua Penerangan PAS Pusat

 


Tawaran Istimewa Web Hosting

Untuk Lelaki Perkasa


Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun
Posted on Wednesday, December 26 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: detikislam

"pukSeorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota Başakşehir İstanbul.
Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu

 VIDEO DISINI : http://detikislam.blogspot.com/2012/12/askar-israel-disepak-oleh-budak.html#
"Kata-kata pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan," merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di Gaza.
 Tamimi tiba di Turki menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari Isnin lepas. Dia ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh pelajar sekolah yang memegang bunga dan bendera Palestin.
puk
Sambil membuat tanda kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan. Di depan wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata: "Saya tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan menunjukkan kepada mereka keberanian rakyat Palestin. "

Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar Başakşehir.
 

Malaysia Called Most Corrupt Country for Business
Posted on Wednesday, December 26 @ 23:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Queenie Hubert



Malaysia Called Most Corrupt Country for Business

 Samseng upahan Umno serang, tolak dan lempang orang tua - MiLo SuaM
Posted on Wednesday, December 26 @ 22:47:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber blogmilosuam





Sidang Media: Masyarakat Orang Asli Tapah telah undi sebelum PRU ke-13?
Posted on Wednesday, December 26 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber JomUbahMsia



Batalkan ambil guru dari India, utamakan graduan tempatan
Posted on Wednesday, December 26 @ 16:40:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"26 Dis 2012 : KEADILAN gesa kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India, sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam negara yang masih menganggur.

Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
“Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan negara. “Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) tempatan. Ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan. 
“Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
"



Artikel TheEdge Buatkan Khairy Naik Angin!!
Posted on Wednesday, December 26 @ 16:30:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"TheEdge

TheEdge-Edge Financial Daily
 14 Disember lalu menyiarkan artikel yang menyatakan UMno adalah pencetus 13 Mei 1969. Ini membuatkan Khairy naik angin dan menggesa TheEdge menarik semula semula.

KUALA LUMPUR: Edge Financial Daily digesa menarik semula artikel yang disiarkan akhbar itu berkaitan tragedi 13 Mei 1969 kononnya tercetus hasil rancangan parti tersebut.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, artikel berunsur tuduhan dan sentimen semata-mata itu sengaja disiarkan dalam usaha akhbar tersebut mencetus provokasi terhadap parti Melayu terbesar berkenaan.
Beliau berkata, tragedi berdarah itu merupakan detik hitam buat negara dan perlu dijadikan iktibar bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah rakyat keseluruhannya.

“Sejarah sudah tercatat berhubung apa yang berlaku dalam tragedi berkenaan dan semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkannya berlaku.

“Tindakan menyalahkan UMNO tidak boleh diterima langsung. Bukan sahaja tidak masuk akal, malah tersasar daripada fakta sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan Edge Financial Daily versi tempatan tulisan Mohsin Abdullah pada 17 Disember lalu yang menyatakan tragedi 13 Mei 1969 dirancang UMNO sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.

Jelas Khairy, mana-mana pihak yang mahu menyiarkan artikel berkaitan isu sensitif seperti tragedi 13 Mei sepatutnya merujuk kepada fakta sejarah terlebih dahulu dan bukannya membuat kesimpulan berbentuk partisan.
Kata beliau, sebarang penilaian atau tuduhan sedemikian seharusnya diperhalusi sebaik-baiknya serta dengan penuh bertanggungjawab supaya tidak mengelirukan rakyat.

Menurutnya, fakta sejarah jelas menunjukkan tragedi itu tercetus ekoran perarakan penuh provokasi penyokong pembangkang selepas berjaya memperoleh kerusi yang banyak dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.
“UMNO mengecam sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan melihatnya sebagai salah satu unsur provokasi. Kami mendesak artikel berkenaan ditarik balik segera,” katanya. – Utusan Malaysia
Tak mengaku!! Ganas dan samseng amat sesuai dengan UMno. Ini salah satu bagaimana tindakan jahat dan  ganas UMno membakar jambatan sehingga 200 pengundi tak dapat keluar mengundi pada tahun 1969. Rujuk tulisan MSO, Pembakaran Jambatan Antara Simbol Kejahatan Umno dan yang terkini video UMno ganas dengan menampar warga emas…[SINI]

TheEdge

EkELEH.COM"


 32 rahsia penting Yahudi
Posted on Wednesday, December 26 @ 16:28:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: detikislam

"

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa  yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

6. Tahukah anda bahawa Amerika memperuntukkan 5 juta US dari penghasilan cukainya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah 1.8 juta US $ setiap tahun dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan berjumlah 4 juta US $ dari Amerika iaitu pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya.

11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Yahudi sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Pertahanan mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

13. Tahukah anda bahawa Israel mengebom tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika.

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik wujud terhadap identiti bangsa Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu.

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua.

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarak setengah meter. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan keterangan tawaran kerja dengan perkataan: "tawaran kerja hanya untuk bangsa Yahudi", "dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa Yahudi"

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya. Padahal parti itu berideaologi radikal dengan pandangan utama membesihkan Israel dari bkan bangsa Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tindakan tentera Israel untuk menghapuskan semua warga Palestin? bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel:

"Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk "......

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi.

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses penyiasatan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses siasatan mereka.

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pendidikan dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Hal ini apabila dilihat dari jumlah peratusan penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948. Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana dihalang dengan  perjanjian OSLO.

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya yang sebenar ialah pengganas Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

29. Tahukah anda bahawa Yahudi sebagai sebuah bangsa penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Tahukah anda bahawa arahan dari Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel. Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling kejam andalah pembunuhan tiga wanita Palestin padahal mereka sedang berada di dalam khemah pelarian.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.
 
 
 Pejuang negara yang dilupakan oleh semua pihak
Posted on Wednesday, December 26 @ 16:25:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: rozmal

"Saya merasa amat sedih, ramai antara kita orang Melayu tidak kenal siapa dia Dato Abdullah bin Hj Dahan yang merupakan tokoh bangsa yang begitu hebat sekali, di mana cadangan, idea, pandangan dan gerak kerja beliau masih belum dapat ditandingi oleh sesiapa pun hingga ke hari ini. Orang Negeri Sembilan, khususnya orang Rembau , kalau hendak berjaya , perlu contohi Dato Abdullah bin Hj Dahan.



Dato Abdullah bin Hj Dahan telah dilantik sebagai Undang Rembau dari 1922 hinga 1938. Beliau belajar di  Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik sebagai Undang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia.
Dato Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang Inggeris.
Penulisan British ada menyatakan beliau dilantik sebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengan kebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintar dan mempunyai kesungguhan tinggi. 
Perjuangan Dato Abdullah adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dan dalam majlis persidangan. Dato Abdullah adalah orang yang paling kuat melobi untuk ditubuhkan beberapa sekolah perdagangan dan institusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anak Melayu dapat menjadi pentadbir yang baik serta menjawat jawatan professional.  
Perubahan yang dilakukan oleh Dato Abdullah bukan sahaja di bidang pendidikan. Bahkan dia banyak membantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan di Negeri Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayu ketika itu.
 
Dato Abdullah juga sentiasa menasihatkan orang-orang kampung agar meninggalkan amalan khurafat dan syirik yang dikaitkan dengan roh-roh setempat.
Dato Abdullah juga adalah antara orang yang menyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu.
Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.  Dalam tahun 1933 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Almarhum Undang Rembau, Dato Abdullah bin Haji Dahan telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.  
Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai pekerja, Dato Abdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuh pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu.

KEPERIBADIAN DAN JASA-JASA DATO ABDULLAH  
Beliau adakalanya berjalan kaki ke balai Undang dari rumah beliau di Chembong sejauh 2 km, beliau sampai awal pagi ke pejabat sebelum pekerja lain sampai. 
Beliau suka melihat susunan pejabat yang kemas, rapi dan teratur. 
Beliau menyuarakan supaya Adat Perpatih dibukukan dan demi kepentingan rakyat Rembau pemilihan Dato Lembaga itu hendaklah dari kalangan yang terbaik, berilmu dan bertanggungjawab. 
Beliau menyarankan agar kehadiran kanak-kanak perempuan ke sekolah diwajibkan, sebuah sekolah perempuan Melayu dibina di Kg Tanjung pada tahun 1923. 
Kemudioan Sekolah Perempuan Kg Chembong ditubuhkan pada tahun 1933. 
Sekolah pertukangan (trade school) didirikan berhampiran pekan Rembau pada tahun 1933 atas inisiatif beliau. 
Pada tahun 1920 beliau menubuhkan tabung untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran untuk anak Rembau ke institut pengajian tinggi yang dikenalil sebagai Waris Fund.  
Pada tahun 1932 beliau menulis panjang lebar mengenai Syarikat Kerjasama, Tujuan dan Kewajipan Syarikat, Cara Mentadbir dan membangunkannya serta Harta-harta Syarikat dan Hak-hak Ahli. 
Beliau mencari peruntukan membina masjid Kg Chembong 1928 
Beliau mendesak mutu pelajaran Inggeris di sekolah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah King George V harus ditingkatkan 
Beliau menyuarakan ketidakseimbangan antara bilangan anak-anak atau saudara mara pembesar, raja dan waris negeri yang diberi peluang belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar 
Beliau mencadangkan agar seorang guru Melayu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar supaya murid-murid di Kolej itu dapat pengajaran bahasa Melayu yang bermutu tinggi. 
Dato Abdullah mahukan agar murid-murid Melayu di Sekolah King George V Seremban diberi peluang memasuki kelas Junior Cambridge dan seterusnya mengambil peperiksaan Junior Cambridge. 
Dato Abdullah menyarankan kerajaan perlu memberi bantuan dari segala segi kepada orang Melayu memandangkan kemunduran ekonomi pertanian orang-orang Melayu. Salah satu dari bantuan yang diberi harus berupa pembinaan taliair yang sesuai. 
Syarikat kerjasama harus didirikan untuk menghindar kemasukan peminjam-peminjam wang yang dianggap membahayakan ekonomi orang-orang Melayu di kampung. 
Mencadangkan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu untuk melindungi tanah orang Melayu yang telah banyak jatuh ke tangan bangsa asing. 
Dalam tahun 1927, merayu agar kerajaan menambah jumlah Tanah Simpanan Melayu hingga boleh menguruskan perjalanan estes-estet yang lebih luas (konsep tanah rancangan FELDA). 
Mendesak lebih ramai pegawai Melayu dimasukkan ke semua Jabatan Kerajaan seperti Perbendaharaan, Perdagangan, Kastam dan Jabatan Kehutanan. 
Cuba merubah kedudukan Dato-Dato Lembaga dengan menjadikan mereka yang berpendidikan dan berperibadi tinggi , penghulu mukim.  
Menasihat Dato-Dato Lembaga supaya merubah sikap mementingkan diri serta rasuah. Kalau tidak juga mahu berubah, beliau mencadangkan Dato-Dato Lembaga itu meletakkan jawatan sahaja. 
Mendapat persetujuan Dato-Dato Lembaga agar harta carian dibahagi mengikut Islam.
 
Semasa menasihati Dato-Dato Lembaga, bercadang menghapuskan sistem suku di Rembau seandainya Dato-Dato yang korup itu tidak mahu mengubah pendirian.
 

Namanya Nasiruddin bukan Daud
Posted on Wednesday, December 26 @ 16:24:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: myogis

"keretaSetiap kali kereta myvi biru ini dipenuhi habuk dan selut aku bawa ke kedai Daud. Kedai cuci kereta Daudlah satu-satunya kedai pengusaha milik melayu yang aku tahu.Tidak susah mencari kedai Daud. Tanya saja orang-orang di Tanjong Malim di mana dataran Berop. Kanak-kanak sekolah tadika pun boleh tunjukkan mana letaknya.
Dulu pernah kedai Daud tutup beberapa ketika. Waktu itu kalau mahu membasuh kereta, susah seperti masa bencana. Aku pernah singgah ke kedai cuci kereta tepi Petronas. Walaupun kereta aku mereka cuci bersih, aku tetap tidak merasa puas. Bukan kerana mereka berbangsa India, demi Allah bukan.
Aku bukan manusia yang bersifat kebangsaan. Di dalam kelas, aku menjadi guru kepada semua orang. Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.Semua mereka itu muridku. Tidak ada siapa yang lebih tidak ada siapa yang kurang. Ilmuku yang sedikit ini aku sebar-sebarkan dan rata-ratakan. 
Tapi kadang-kadang aku jadi bias juga.Ya pilih kasih. Aku kadang-kadang memberi markah lebih kepada bangsa lain. Kerana mereka membuat tugasan lebih bagus. Jauh lebih baik dari bangsaku sendiri. Mereka semua muridku. Mereka mempunyai hak yang sepadan.Jadi maafkanlah aku, kalau aku ini lebih cina dari cina, lebih india dari india atau lebih iban dari iban.
Tak percaya. Percaya sajalah. Aku cuma menulis disini, bukan menjual labun.
Jangan pula salah sangka.Bila aku kata aku lebih cina dari cina, lebih india dari india atau lebih iban dari iban ramai yang anggap aku pendokong faham rakyat didahulukan. Malah kalaupun carian nama akaun facebook aku 1ntifada, itu bukan bermakna aku berasal dari Monggolia. Aku bukan pejuang nasionalis yang menggendong slogan ketuanan melayu. 
Aku cuma hamba Allah yang kerdil. yang kebetulan sahaja memikul amanah menjadi pendidik kepada bakal pendidik. Malah tidak pernah terfikirpun aku akan jadi pendidik di universiti ini, walaupun sekian lamanya sudah aku tanamkan tekad bercita-cita menjadi seorang pensyarah.
Tahun 1991. Bila mana aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM. Cikgu Mohd Noor, Cikgu Aminah dan Ustazah mengucapkan tahniah. Masih terngiang-ngiang ditelinga ini pertanyaan cikgu mohd noor, bila tamat universiti nanti mahu jadi apa. Aku jawab, aku tidak mahu menjadi cikgu. Mungkin kerana terasa aku memperkecilkan kerjayanya cikgu mohd noor mengancam mahu mengetuk kepalaku jika aku kelak juga menjadi cikgu.
Benar cikgu, aku tidak mahu menjadi cikgu. tapi aku mahu menjadi guru kepada cikgu. kerana jika aku mendidik bakal-bakal guru ini dengan baik dan ikhlas kerana allah dan mereka pula memanjangkan tugasku ini kepada murid-murid di sekolah mestilah aku yang lebih beruntung. bukan begitu? bukankah tugas seorang pendidik itu tugas yang mulia? Begitulah azamku..agar ilmu yang bermanfaat itu menjadi amal jariah. pahala tidak putus-putus. InsyaAllah.
Aku pernah lupa sketsa ini. Baru beberapa hari ini aku ingat kembali. Oh...inilah ikrar aku dengan Cikgu Mohd Noor dulu. Bila aku mengajar cikgu-cikgu PJJ, aku mula ingat kembali, tekad dalam hati lebih 25 tahun lalu. Dan yang peliknya waktu itu universiti ini belum wujud lagi. Benarlah, aku benar-benar yakin Allah maha mendengar.
Tekad yang baik dalam hati itu doa. Jika allah mahu mengabulkan doa mudah saja bagiNya dan allah itu maha mengetahui. Jadi pembaca sekalian. Berdoalah sekarang. Berdoalah seolah-olah Allah ada di hadapan dan mendengar semua yang kita ucapkan. InsyaAllah doa kita akan makbul. Cubalah!
Jadi jika bukan kerana bangsa, mengapa aku masih mencuci kereta di kedai Daud? Tanyalah Nik Aziz bolehkah Cina menjadi perdana menteri Malaysia. Boleh saja jika beragama Islam. Islam mengikat persaudaraan. Bukan bangsa. Wahai Daud, jika aku masih mahu ke kedai kamu,itulah jawapannya.
Daud nama yang indah. Beleklah kisah para nabi karangan ibnu katsir jika mahu kenal sosok manusia bernama nabi daud alaihissalam. Bacalah baris demi baris hadith nabi saw diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini.
Rasulullah saw bersabda: "Solat yang paling dicintai oleh Allah adalah solat Daud, dan puasa yang paling dicintai Allah adalah puasa Daud. Dia tidur separuh malam dan qiyamullail sepertiga malam, kemudian tidur pada baki seperenam malam. Dia (Daud) berpuasa sehari dan berbuka sehari. Hal itu selalu dilakukannya"
Itulah hebatnya ibadah nabi Daud. Fizikal nabi daud juga hebat. Allah kurniakan suara yang merdu kepada nabi Daud sehingga burung-burung yang berterbangan di udara turun untuk bertasbih bersama-samanya.
Allah kurniakan kekuatan kepada nabi Daud melembutkan besi tanpa pukulan dan api, nabi Daud boleh memintal besi dengan tangan sendiri.
Surah Al-Anbiya':79-80
"Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semuanya bertasbih bersama Daud. Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk memeliharamu dalam peperangan. Maka hendaklah kamu bersyukur kepada Allah".
Terasa diri amat kerdil dengan kelebihan yang allah kurniakan kepada Nabi Daud. Malah kalau aku bandingkan dengan Daud tukang cuci kereta itupun belum tentu aku lebih baik darinya.
Aku tidak kenal siapa Daud sebenarnya walau aku sudah berpuluh kali mencuci kereta di sana. Pernah satu ketika kedai Daud cuma ada dua orang pekerja. Seorang dari pakistan. Dan seorang lagi dari pakistan juga. Dua-dua mereka bidan terjun. Badan mereka tegap, tubuh mereka sasa. Mereka tidak sepadan dengan kerja sebegini. Mereka lebih cocok menjual karpet atau permaidani.
Mana itu orang melayu aku bertanya sambil menepuk-nepuk angin separas pinggang. Dengan hasrat mereka faham maksud aku lelaki bertubuh kecil yang selalu ada disitu.
Oh..itu Daud ka? Dia balik sekejap. Nanti dia mari.
Ohh..Daud ke namanya! aku senyum seraya mengia. Lantas kereta myvi biru aku dibasuh kedua-dua rumet yang menyewa kira-kira 10 meter dari kedai Daud. Agaknya..
Aku bukan berkira. Malah tidak cerewet sangat bila membasuh kereta. Tapi kerja kedua-dua pakistan ini tidaklah memberangsangkan mana pun. Maklumlah bukan bidang kepakaran. Miss-match! Dan hari-hari lain bila aku datang Daud tidak ada aku tergaru-garu kepala. Aku mahu Daud basuh kereta aku laaa...
Pernah dulu Daud bersihkan kereta aku bertiga dengan pakistan-pakistan itu. Daud lebih wibawa. Daud ambik paip getah sembur salji buih penuh kereta. Daud lap cermin depan, gosok bumper dan tepi kereta sungguh-sungguh. Daud basuh celah-celah rim, kalau minyak susah tanggal Daud ambik peluntur, sembur dan sembur. Tidak susah buat Daud. Seolah-olah tidak pernah jari Daud luka dimakan rim kereta.
Pakistan-pakistan berjambang itu juga rajin. tapi tidaklah serajin Daud. Mereka berdua vacum dalam kereta. Tarik keluar pelapik kaki depan dan belakang serta buka bonet kereta. Bila daud selesai gosok seluruh tubuh kiri kanan depan dan belakang kereta. Pakistan-pakistan itu mengeringkan pula sisa-sia air di cermin dan di belahan-belahan daun pintu. dan penyudahnya mereka kilatkan keempat-empat tayar jenama continental itu dengan lelemak petroleum.
Kalau Daud membasuh kereta, aku sempat terlena atas sofa berhabuk. Kalau Daud tidak ada, baru saja terpejam mata sudah celik semula. Begitulah pantasnya pakistan-pakistan itu membuat kerja.
Hari ini aku bertandang lagi ke kedai Daud. Bila aku tengok Daud melamun dibangku dan meletakkan kaki di atas meja aku senyum. Langkah kanan aku hari ini. Daud akan basuh kereta aku. Aku pasti Daud akan sental, gosok, vacum, sapu dan lap kereta aku seperti dia membasuh kereta sendiri. Kerja Daud sempurna. Perfect.
Lama aku tengok Daud terkial-kial membuat kerja seorang diri.Kemudian aku melamun. Aku tidak fokus sangat apa yang Daud buat petang tadi. Aku cuma bertanya dan bertanya. Mengapa sms aku tidak terjawab, kenapa panggilan telefon aku tidak diangkat. Sudah berubahkah bumi Tanjong Malim ini. Dilanda Tsunamikah bandar Proton City? Esok krismas. Lusa, pagi-pagi aku terpaksa mengadap mama TNCPI. Aku bukan pulang ke Tanjong Malim semata-mata hendak memeriksa ganggang telefon yang rosak.
Siapp..Daud memandang aku tepat. Lantas memadam cloud-cloud soalan dari dalam kepala. Daud memandang aku tanpa senyum. Seolah-olah aku ini seperti pondok public phone yang terbiar sesudah dunia dikuasai handphone dan smartphone. Astarfirullahalazim cepatnya masa berlalu tatkala otak penuh dikeronyok syaitan.
Aku masih duduk di situ. Daud duduk kembali ditempat dia melamun tadi. Kotak rokok gudang garam berwarna hitam dan coklat Daud tarik dari meja. Daud sisip rokok dari dalam kotak itu perlahan.  Mengetuk-ngetuk puntung ke atas meja memadat tambakau berbau cengkih dalam gulungan putih. Aku lihat Daud seolah-olah sudah bersedia mencucuh dan menyedut asap rokok gudang garam gurih masuk ke otaknya. Tapi hairan Daud tidak pula mencapai pemetik api dalam celana. Dia masih memandang ke wajahku. Tepat. 90 Darjah. Seolah-olah memberi isyarat supaya aku membayar dan berlalu segera.
Aku mengalih pandangan ke hadapan memandang kereta myvi biru yang nampak kembali baru. Bersih berkilat, tayar hitam berminyak diusap lelemak. Aku senyum. Daud memang hebat. Kerja Daud tip-top.Berapa? RM8 kata Daud. Aku hulur duit dari poket ke tangan kanannya. Sesudah itu aku duduk kembali. Ada banyak soalan yang aku mahu tanya padanya.
Mana perginya dua orang pakistan itu ya Daud. Oh..mereka sudah berhenti. Mana padan dengan gaji RM20 ringgit sehari. Saya ini pun kalau bukan kerana ada pertalian saudara dengan pemilik kedai cuci kereta ini, sudah lama saya berhenti.
Sekejap!! Bukankah Daud pemilik kedai ini. Ya memang Daud. Jadi kalau Daud itu orang lain, anda ini siapa?
Saya Nasiruddin. Ya Allah selama ini aku sangka abang yang bertubuh kecil ini Daud. Rupa-rupanya orang lain.
Jadi bagaimana kamu menyara hidup dengan hanya RM20 sehari wahai Nasiruddin? Malam saya menjadi pengawal di Proton City, jaga banglo tepi tasik. Hohoho..kalau malam jadi pengawal, siang basuh kereta bila masa tidur? Pandai-pandailah katanya.
Nasiruddin tidak kisah walau hidup susah. 6 bulan lepas masa dia tidak ada di kedai Daud, rupa-rupanya Nasiruddin pulang kekampung menjaga ayahnya sesudah operate akibat barah. Nasiruddin tidak kisah. Malah tidak pernah pun Nasiruddin terfikir untuk menggelapkan wang pendapatan harian mencuci kereta.
Tangan ini masih menggeletar jika terasa tidak mahu merekod upah membasuh kereta dalam buku log. Ingat rokib dan atiq sentiasa memerhati dibahu kanan dan kiri kita. Jika duit yang halal pun belum tentu menjadikan anak kita baik, apatah lagi memakan duit haram. Ujar Nasiruddin dengan suara bergetar.
Ya Allah teguhnya keyakinan hambamu. Aku kerdil dibandingkan dengannya. Aku belajar sesuatu hari ini ya Allah..belajar dengan lelaki tabah yang berkerja dengan ikhlas walaupun upahnya tidak seberapa.
Aku bangun dan bergerak menuju ke kereta. Aku ambil dua bungkus jeruk yang aku bawa dari Penang keatas mejanya. Ini sahajalah yang aku ada hari ini untuk kamu hamba Allah Nasiruddin. Apa salahnya aku bersikap baik denganmu lelaki budiman, kerana selama ini aku menyangka kamu adalah Daud, tetapi malangnya bukan.
Jeruk madu pak Ali masih ada dalam kereta. Esok siapa saja yang aku beri jeruk ini, dialah manusia budiman yang ada banyak soalan yang mahu aku tanyakan. InsyaAllah.
http://www.facebook.com/1ntifada



Kemuliaan hari Jumaat yang tidak mendapat tempat di sebuah negara Islam
Posted on Wednesday, December 26 @ 16:15:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah SAW bersabda yang antara mafhumnya menyatakan bahawa, sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup pintu hatinya daripada menerima petunjuk.
Berdasarkan kepada nas-nas yang ada ini, maka pihak pemerintah memperuntukkan undang-undang bahawa lelaki yang telah baligh dan tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut tanpa sebarang keuzuran, adalah melakukan kesalahan.
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan, ataupun menerima kedua-dua hukuman itu. Contohnya di Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau Akta 559. 
Walau bagaimanapun, dengan ruang dan kemudahan yang telah disediakan ini, pada waktu umat Islam mengerjakan solat Jumaat, malangnya masih ramai kaum lelaki (yang kita yakin bahawa mereka ini beragama Islam), tidak bersama-sama melaksanakan solat Jumaat, malah, bebas melakukan pelbagai aktiviti.
Sehubungan dengan perkara ini juga, ramai kalangan wanita pula yang mengambil peluang pada waktu rehat yang lebih panjang ini untuk keluar membeli-belah.
Dalam hal ini, mereka perlu bersikap berhati-hati untuk melakukan urusan jual beli sekalipun secara umumnya, hukum untuk bermuamalat bagi kalangan wanita dalam waktu solat Jumaat adalah harus. 
Walau bagaimanapun, berjual beli dengan lelaki yang berkewajipan untuk menunaikan solat Jumaat adalah disifatkan sebagai menyokong lelaki berkenaan untuk tidak melaksanakan kewajipan yang telah pun diperintahkan Allah SWT.
Maka, hukumnya adalah berdosa kerana bersubahat dengan pelanggaran kewajipan berkenaan. 
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik KananPusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 
Artikel penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121225/re_06/Kemuliaan-waktu-Jumaat-yang-tidak-mendapat-tempat


Video Samseng Umno serang dan tampar warga emas
Posted on Wednesday, December 26 @ 16:22:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: lipasmalas

"LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren - Selamatkan FELDA tempoh hari rujuk sini juga ~ Samseng Upahan Umno.



Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.


Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.

Sumber ~ MiLo SuaM
 
 RM2.9 juta baiki rumah untuk tawan DUN Manir
Posted on Wednesday, December 26 @ 07:50:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Umno nampak dengan jelas berkerja bersungguh sungguh untuk tawan DUN Manir. Lebil lebih lagi sudah banyak wang dibelanjakan untuk membeli undi.

Pendek kata PAS setakat hari ini  tak buat apa apa pun,selain adakan majlis majlis ceramah begitu kerap untuk mempertahankan kemenangan DUN tersebut.

Tahun ini juga, perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turun padang dengan tujuan yang sama. Menyambung usaha tawan DUN Manir, Sabtu 22 Disember 2012 Tan Sri Muhyiddin Yassin pula turun padang dan berkata, kita tawan DUN Manir.
RM2.9 juta diperuntukan untuk membaiki rumah dengan harapan DUN Manir dapat ditawan pada PRU 13 nanti.
Yakah begitu. Sejarah telah membuktikan memang “ wanglah” punca umno kuat dan boleh memerintah dan kekal selama 55 tahun.
Atas sebab itulah Datuk Seri Mohd Najib mengadakan BRIM 1.0 dan BRIM 2.0 dan ada kemungkinan akan diadakan BRIM 3.0 dan 4.0 untuk raih dan beli undi rakyat dan kekal berkuasa.
Tidak dinafikan wang sebagai punca Dun Manir dapat ditawan pada PRU 13 nanti,Akan tetapi calonnya faktor utama kalah menangnya umno, kerana sebelum pun umno banyak menghabiskan wang untuk tawan Dun tersebut, tetapi gagal.
Jika calon umno kali ini terdiri daripada orang tiada gelaran “Datuk” adalah sangat sukar untuk kalahkan Datuk Harun Taib yang masih ada pengaruh walaupun uzur.
Sejarah telah membukti calon yang bertanding lawan Datuk Harun Taib belum ini belum boleh mengatasi pengaruhnya,  miskipun ditabur dengan wang yang banyak jumlahnya di sana sini.
Atas sebab itulah calon yang bertanding lawan Datuk Harun Taib kali ini bergelar Datuk yang berjawatan pengarah di Kuala Lumpur.
Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa di India ada berkata, calon umno  akan berubah di saat akhir. Bermakna calon calon umno belum muktamad lagi sekarang.miskipun ada yang mendakwa Yusof Awang Hitam sah calon DUN Manir PRU 13 ini.
Bererti Yusof Awang Hitam yang diwar warkan bertanding melawan Datuk Harun Taib dan dikata sudah banyak wang dilaburkan juga sah tidak muktamad bertanding di DUN Manir.
Sehubungan dengan itu,Penulis ketika di Pekan Manir diberitahu bahawa calon umno yang akan bertanding DUN Manir ialah seorang tokoh agama yang bergelar Datuk.Ini hanya kabar angin sahaja.
Jika orangnya tokoh agama dan bergelar Datuk sah tidak lain dan tidak bukan dia kawan lama penulis iaitu Datuk  Che Mat Che Ali, pengarah jabatan agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).
Beliau dilahir di Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu. Kita sama sama tunggu dan lihat. 

 Tabung Bantuan Mangsa Serangan Ganas
Posted on Wednesday, December 26 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Sepertimana yang kita semua maklum peserta Konvoi Kembara Oren peringkat Negeri Sembilan telah menghadapi serangan ganas oleh puak yang tidak bertamadun pada 23 Disember 2012 yang lalu. Kenderaan yang banyak terlibat sebelum ini dalam aktiviti kemasyarakatan di Negeri Sembilan telah menghadapi kerosakan yang teruk.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk kerja pembaikan kenderaan tersebut sila salurkan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.
Sila hubungi Pengarah AMAL N.Sembilan Sdr Izamri 013-2124086 untuk makluman jumlah yang telah disumbangkan
"
Insiden Ganas Di Jelajah Oren : Ada Pihak Semakin Tergugat
Posted on Wednesday, December 26 @ 07:42:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

OLeh Riduan Mohd Noor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam pihak yang menghalang konvoi Jelajah Oren "Selamatkan Felda" sehingga mencederakan dua peserta konvoi tersebut serta memecahkan cermin kereta sebuah pacuan empat roda. DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini.

DPPM percaya tindakan provokasi tersebut telah terlebih dahulu dirancang bagi mewujudkan insiden keganasan. Tujuannya adalah untuk mengugut rakyat agar tidak berani bangkit menyatakan kebenaran. Ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda.   Soalnya, mengapa mesti tindakan ala samseng seperti ini berlaku dalam negara aman seperti Malaysia? Jika sekalipun rombongan Jelajah Oren tidak dibenarkan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara oleh penduduk kampung, tidak bolehkah rombongan tersebut hanya di halang masuk tanpa apa-apa insiden ganas? Apakah hak mereka untuk menghalang rombongan tersebut melalui jalan utama di kawasan tersebut? 
Aksi penduduk yang bertindak ganas terhadap peserta Jelajah Oren dengan membawa bendera BN dengan sendirinya telah menjatuhkan imej BN di mata rakyat. Mereka yang membawa bendera BN dalam insiden tersebut sebenarnya lupa bahawa mereka telah promosikan BN sebagai parti bermasalah, ganas, samseng, dan hilang akal. Realitinya, insiden ini telah menambah kebencian rakyat terhadap BN. Ternyata BN gagal memimpin negara sebagai sebuah negara demokrasi yang adil, bersih dan tulen apabila enggan menghormati hak rakyat. 
Akhirnya, DPPM mendesak pihak keselamatan khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk bertindak tegas menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab mencederakan dan merosakkan kenderaan Jelajah Oren itu. DPPM juga mendesak supaya pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan terutama menjelang pilihanraya umum ke 13 daripada sebarang insiden keganasan yang tidak diingini. DPPM tidak mahu insiden yang sama berulang terhadap rakyat sama seperti yang dialamai oleh peserta rombongan Jelajah Oren ini atau dalam ceramah umum di Gombak beberapa minggu yang lalu.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

 Turutan Gambar Detik Cemas Pemuda Dihanyut Banjir di Terengganu
Posted on Wednesday, December 26 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"BanjirTerengganu1DIBAWA ARUS… Turutan gambar detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di sini, hari ini.

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.
Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.
Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 2,594 pagi ini berbanding 1,301 malam tadi.

– Bernama
BanjirTerengganu1BanjirTerengganu2Berhati-hati, nampaknya bala banjir kali ini agak parah….Motosikalnya ke mana ye? Nak Dapat Laki, Leuniey Tak Jemput Bapa Sendiri [SINI]

EkELEH.COM"



LUAS: Sumber air mentah Selangor mengcukupi hingga 2030
Posted on Tuesday, December 25 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Harakahdaily

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yakin, sekiranya usaha dilakukan untuk menyimpan sebanyak 40% sahaja daripada jumlah air larian permukaan di negeri ini, sumber air mentah di Negeri Selangor boleh dimanfaatkan sehingga tahun 2030.

Menurut kenyataan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor.

Berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara (2000-2050), jumlah air larian permukaan di Negeri Selangor adalah sebanyak 17,000 JLH setelah mengambil kira jumlah penyejatan dan susupan semula air bumi.

Manakala jumlah air yang diabstrak untuk bekalan air kepada penduduk adalah sebanyak 4501JLH.

Kenyataan beliau ini menjawab kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden MCA yang juga anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Justeru, katanya, kenyataan oleh Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat di Bernama berkenaan penyusutan bekalan dan ketiadaan sumber baru air mentah di Negeri Selangor adalah tidak tepat memandangkan usaha-usaha sedang giat dijalankan.

Menurut beliau, melalui pemantauan LUAS, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100%.

Limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih.

Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33%.

Bagi Empangan Sungai Selangor pula, katanya, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air empangan tersebut telah meningkat kepada tahap 90.17% iaitu sebanyak 207.40 juta meter padu pada ketinggian 216.65 meter.

Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter.

Selain itu, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 20 Disember 2012 adalah sebanyak 4611 juta liter sehari (JLH).

Jumlah aliran air sungai mampu untuk membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya.

Bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH.

Manakala pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor telah dikurangkan sehingga 91.34 JLH pada 20 Disember 2012.

Pengurangan pelepasan air ini adalah berbanding 521.3 JLH pada 11 Oktober 2012. Corak dan purata paras air Empangan Sungai Selangor dari bulan Januari sehingga November 2012 ditunjukkan di graf di bawah.



Menurut Haji Md. Khairi lagi, kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangkakan akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.

"Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013," katanya.


Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS, katanya,  telah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kebolehdapatan sumber air di kawasan lembangan sungai selain daripada empangan sedia ada.

LUAS telah mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti Kolam Projek Tebatan Banjir Sungai Rasau di Lembangan Klang dan juga Kolam Bestari Jaya di Lembangan Selangor yang akan bertindak secara dwifungsi dimana ianya akan berfungsi sebagai kawalan tebatan banjir dan juga kolam penstoran air ketika berlakunya aliran banjir/flood flow.

Kolam penstoran air ini juga akan digunakan jika berlakunya aliran rendah/low flow.

LUAS telah mengenalpasti sebanyak dua puluh (20) kolam takungan samada kolam takungan banjir atau kolam bekas lombong yang juga berpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Kolam-kolam berkenaan adalah merupakan rizab simpanan air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber air tambahan tertakluk kepada kualiti airnya. Jumlah anggaran kapasiti kolam-kolam tersebut ialah 325 juta meter padu.

Selain itu, beberapa lokasi lain yang mempunyai potensi yang sama sebagai sumber air tambahan dikenal pasti oleh LUAS, seperti kolam bekas lombong MC8 dan MC9 di Lembangan Langat.

Kajian kemungkinan yang terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan.

Kriteria yang perlu dilihat untuk kolam-kolam ini digunakan sebagai sumber air tambahan adalah keluasannya yang perlu melebihi 10 hektar, kualiti airnya yang perlu mencapai piawaian air minuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan muka sauk/LPA, serta ianya adalah tanah milik kerajaan dan anak syarikat kerajaan.

(Paras air di empangan Sunfai Tinggi pada Oktober 2012)

Di dalam masa yang sama juga, kata Haji Md. Khairi, LUAS sedang di dalam proses pelaksanaan aplikasi River Bank Filteration (RBF) dan juga pembangunan sumber air bumi (sehingga 15%) yang dijangkakan mampu menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan sumber air di Negeri Selangor.

"Sekiranya segala inisiatif ini mendapat kerjasama daripada semua pihak, bekalan air mentah di Negeri Selangor adalah mencukupi untuk menampung peningkatan permintaan air," kata Pengarah LUAS itu penuh keyakinan.

Sumber

Tahniah Zizan, padan muka Pakatan...
Posted on Wednesday, December 26 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: paklongdin

"Salam semua...
Baguih, Pak Long nak ucap tahniah kat Zizan dan padan muka pada nangoi-nangoi Pakatan yang tak sedaq diri tuh... Moga penapian Zizan kat bawah neh mampu sikit sebanyak untuk ajaq puak-puak Pakatan yang terlalai supaya tak tergedik sangat, lebih-lebih lagi bila tengok artis atau VIP yang nampak macam jinak-jinak merpati ngan Pakatan...

Harap-harap lepaih ni puak Pakatan tak gelojoh dah kot. Beringat, jangan serbu tembok tak pakai helmet... 
KENYATAAN ZIZAN
Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan.
Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.
Dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.
Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.
Memang dari dulu lagi Pak Long cukup semak ngan kelaku puak Pakatan yang terlebih mendewakan artis dan bekaih VIP... Baru jinak sikit-sikit ja dah heboh sekampung... puji-pujian tinggi melambung. Bila dah join lagi la gamat, cerita kemain dia ni baguih teramat. Dakwat isi borang tak dan kering, heret hamba Allah tu sampai naik pening. Usung sakan kesana sini... habih orang lama lepaih ke tepi...
Bukan tak suka bila depa sokong kita, bonus tuh... sapa tak mau. Tapi, perbetoi la nawaitu depa kerana Allah Taala, bukan pasai pangkat atau harta benda... pasai bab tu memang kita tak boleh bagi punya. Kebanyakan depa join kita pasai nak belajaq sesuatu yang depa tak dapat belajaq kat tempat lain. Depa nak tengok sesuatu yang depa tak dapat tengok kat tempat lain. Ini yang kita kena fokuskan. Ajaq apa yang depa nak belajaq... tunjuk apa yang nak sangat depa tengok... bukannya mendewakan depa secara mengkhinzir buta... naik melugai Pak Long tengok...
Pada lain-lain hamba Allah yang mana masih tak nampak apa yang kita nampak tu, kita serah kembali pada Tuhan. Panjatkan doa moga hidayah Allah melata kat semua kita... tak kira la sapa pun depa. Jangan dok gedik sangat kat artis dan VIP saja. Hangpa ingat senang cari ka orang yang dah femes ngan dunia ada keberanian menyokong Pakatan secara terang-terang macam Bob Lokman ngan si Abby buat tuh...
Sapa-sapa pun la, selagi depa masih berhutang ngan tivi 3 untuk terus glemer... tobat lahom la depa ada teloq untuk kona baring... Selagi depa rasa Umno saja yang boleh bagi depa harta sejengkai dua, tok sah dok harap la depa mai perjuang apa yang kita citakan bersama. Bacul-bacul tu pun tau, Pakatan tak boleh janjikan show jenih selak kain untuk depa cari makan... Jadi, berhentilah jadi bodoh dan jangan jadi jakun, okey...
Buat semua pendokong Pakatan, tolong bukak minda. Kita nakkan Islam memerintah dan bukan Islam diperintah. Jadi, ahli-ahli kita hendaklah yang hanya cekal istiqomah, tahan diuji... bukan setakat merenyeh sua muka time ceramah...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

 LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5.  Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10.  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

Tiada ulasan: