Jumaat, 21 Disember 2012

ADA MALU...ATAU MEMANG TAK PENDULI PUN...ADA BERANI BERHENTIKAN RASUAH...RASUAH UNTUK MENAMBAH KEKAYAAN SERTA NAK CAMPAK DIRI DALAM NERAKA KOD






 Kesian Zainuddin Maidin....
Posted on Friday, December 21 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Shahbudin Husin

Ketika Zainudin Maidin atau Zam menulis dan melabelkan bekas Presiden Indonesa, BJ Habibie sebagai pengkhianat sejurus kesudiannya hadir di pentas Unisel bersama Anwar Ibrahim, tentunya dengan niat meracuni pemikiran rakyat agar Anwar juga dianggap sama pengkhianat kepada negara.

Zam yang yang tidak sampai dua tahun menjadi Penerangan dan kemudian kalah dalam piliharaya 2008 di Merbok, seperti tidak boleh menerima hakikat bagaimana Anwar bukan saja terus disanjung rakyat tetapi juga dihormati oleh pemimpin luar.

Lantas kedatangan Habibie yang duduk sepentas dan memberi syarahan bersama Anwar yang dinilai Zam mampu memberi nilai tambah kepada Anwar, setidak-tidaknya menjelang pilihanraya akan datang, membuatnya seperti seorang yang hilang pertimbangan dalam meluahkan fikiran serta idea.

Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan kemudian menjadi Menteri Penerangan, tulisan beliau yang menuduh Habibie sebagai pengkhianat dan "dog of imperialism", sebenarnya amat tidak wajar dengan status dirinya.

Tulisan Zam itu mungkin boleh dimaafkan jika beliau sekadar wartawan junior atau pengendali blog yang tidak ada didikan serta latar belakang kewartawanan.

Sebaik tulisan Zam itu tersiar, ramai yang menggeleng kepala setelah membacanya kerana Zam nampaknya masih terperangkap dengan cara pemikiran lama. Beliau kelihatan jauh ditinggalkan zaman.

Ketika kritikan datang bertalu-talu menghentamnya, bukan saja dari dalam negara tetapi juga dari Inonesia, Zam masih cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau tidak mempunyai pengaruh untuk merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia melalui tulisannya itu.

Zam dilaporkan memberitahu niatnya ikhlas dan tidak sekali-kali bermaksud jahat terhadap bekas Presiden Indonesia itu, apatah lagi mencampuri urusan dua negara yang selama ini bersandarkan perasaan saling hormat dan percaya mempercayai.

Sehinggalah semalam apabila Presiden Indonesia, Susilo Bambagang Yudiyono yang dalam rangka lawatan ke Malaysia juga menyifatkan tulisan Zam itu tidak wajar dan boleh mengeruhkan hubungan dua hala, reputasi Zam nampaknya makin jatuh merudum.

Hari ini pula, Menteri Penerangan Rais Yatim mahukan Zam memohon maaf kepada Habibie dan rakyat Indonesia sebagai penyelesaian wujudnya masalah berikutan tulisan beliau yang tidak sewajarnya itu.

Meskipun Habibie tidak marah atau mengemukakan saman terhadap tulisan menghina oleh Zam itu, tetapi kini kedudukan Zam sama taraf dengan wartawan dan akhbar Utusan yang kerap memohon maaf atau kalah bicara di mahkamah.

Sejak kalah pilihanraya dan hilang jawatan menteri, Zam seperti tidak dipedulikan oleh UMNO dan kerajaan. Tidak seperti kebanyakan bekas menteri lain yang diberikan jawatan duta atau pengerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan selepas tidak menjadi menteri, Zam sebaliknya tidak diberikan apa-apa.

Tidak juga seperti kebanyakan bekas ketua pengarang akhbar lain yang masih digunapakai dan mempunyai bisnes sendiri, Zam diketahui tidak mempunyai tugasan khusus selepas bersara. Johan Jaffar misalnya kini mengetuai Kumpulan Media Prima, Khalid Mohd pula sebagai perunding media kepada Perdana Menteri dan Kadir Jasin mengetuai Berita Publishing.

Sama ada kerajaan terlepas pandang atau merasakan Zam tidak layak, hanya Najib yang ada jawapannya.

Tetapi Zam sering memunculkan diri dan mebuat orang merasakan dirinya masih wujud, bernyawa serta boleh berfikir, melalui tulisannya yang kadang-kadang kontroversi dan menyingkap sejarah lama.

Tulisan Zam mengenai Habibie dan Anwar, meskipun sebahagian daripada lampiasan rasa tidak bersetujunya terhadap Anwar sejak sekian lama, ia juga disedari agar Najib dan kerajaan menyedari kewujudannya yang masih boleh menyumbang sesuatu kepada negara.

Di samping mengkritik Anwar dengan caranya menyamakannya dengan Habibie, Zam sebenarnya ingin membodek Najib. Najib yang kini masih tidak menentu kedudukannya dan masih tercari-cari tarikh pilihanraya, cuba dibodek oleh Zam dengan cara menghentam dan merendah-rendahkan wibawanya.

Malangnya bodeknya kali ini tidak menjadi. Beliau bukan saja menjadi kecaman rakyat tetapi juga menjadi sasaran kemarahan rakyat Indonesia. Kerajaan pula, selepas Bambang sendiri meluahkan rasa tidak puas hati dengan tulisan itu, turut merasa terganggu kesan daripada artikel itu. Utusan sendiri, sebaik menyedari banyaknya komen negatif telah menarik balik pautan artikel itu.

Dengan Rais sendiri meminta agar Zam meminta maaf secara terbuka, niat Zam mahu membodek Najib kini menjadi malapetaka bagi dirinya. Najib sendiri tentunya menyedari tulisan Zam lebih menyusahkan, berbanding membantunya. Sudahlah Najib menghadapi pelbagai masalah dalam negara, tulsan Zam menambahkan lagi kebencian rakyat terhadapnya kerana Zam dilihat sebagai suara UMNO dan kerajaan.

Tidak cukup membebankan di dalam negara, tulisan Zam itu juga mengundang petaka di luar negara. Najib tentunya merah muka bila membaca komen Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudiyono mengenai artikel Zam itu. Jika perkara itu dibangkitkan pula dalam pertemuannya dengan Najib, tentunya sekali lagi muka dan telinga Najib menjadi merah kerananya.

Walaupun Zam mengaku bahawa beliau tidak pernah merasa gembira ketika menjadi orang politik tetapi pengakuan itu masih menimbulkan persoalan kerana ia hanya dilafazkan selepas kalah pilihanraya dan hilang jawatan menteri. Jika sedar tidak gembira, Zam patutnya menolak untuk berkubang di gelanggang politik sejak peringkat awal lagi.

Sebenarnya Zam tidak gembira sebab Najib tidak memberinya apa-apa sejak kehilangan jawatan pada 2008 lalu.

Tetapi Zam dipercayai akan terus tidak gembira kerana selepas ini tidak mungkin Najib mahu memberinya apa-apa lagi.

Sumber: shahbudindotcom.blogspot.com


 Ambik kau!pembangkang tak ada isu sangat!
Posted on Thursday, December 20 @ 23:47:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikm,,..

PRU tahun 2004, ketika BN menang besar, seorang professor (kangkung) yang bercakap di TV berkata, sebab utama kekalahan pembangkang ketika itu kerana ketiadaan isu, masih menggunakan isu mata lebam DSAI sebagai isu yang sudah tidak diterima rakyat. Isu mata lebam yang berlaku pada tahun 1998 dan menjadi isu penting pada PRU1999 dianggap lapuk oleh professor kangkung tersebut pada tahun 2004.

Kini tahun 2012, isu tahun 1981, amanat Hadi cuba dibangkitkan semula oleh UMNO, apakah ianya tidak lapuk? Apakah ianya masih releven dan diterima rakyat? Lebih menyayat hati apabila isu ini turut dimainkan oleh ustaz dan mufti upahan UMNO sedangkan sepatutnya mengikut standard UMNO sendiri,ianya sudah lapuk.

Sekarang siapa yang ketiadaan isu? pembangkang? atau pemerintah?

Pembangkang ada berjela jela isu yang akhirnya dirumuskan menerusi buku jingga, sedangkan pemerintah kehabisan modal mempertahankan kecekapan pemerintahannya. Yang ada cuma sekumpulan pencacai yang hilang kreativiti kerana ketidakmampuan mengutip isu isu semasa yang releven untuk rakyat. Sementara banyak isu yang dilontarkan rakyat yang membangkang tidak mampu dijawab dengan rasional, akhirnya dikoreklah isu isu lapuk yang pada mereka mampu mempengaruhi rakyat.

Memang ada yang terpengaruh dengan isu isu ini terutama isu Karpal Singh yang menolak negara Islam dan sebahagiannya pula bimbang dengan amanat Hadi yang menurutnya akan membawa negara kepada syiah.

Cuma sedihnya, yang terpengaruh itu kebanyakannya diberi makan sehingga kembong temboloknya oleh UMNO dan sebahagian yang lain enggan melihat perkembangan semasa, masih leka dengan kisah kisah lama. Inilah kelompok rakyat yang terdiri dari rumpun MELAYU yang akan layu kalau dibiarkan terus dipengaruhi UMNO.

UMNO yang memainkan isu dan UMNO juga yang mengubah isu. Itu kerja UMNO sekarang ini yang memperlihatkan semua perkara yang mereka tudingkan kepada pembangkan kini terpalik kepada mereka sendiri. UMNO sudah hilang kreativi dan sudah semakin gagal menutup bangkai gajah yang dibunuhnya.

Ambik kau!pembangkan tak ada isu sangat! "


 Memalukan!! Akhbar India Lapor Malaysia Juara Rasuah Dunia
Posted on Thursday, December 20 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Addin

KUALA LUMPUR 20 Dis: Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.

Bertajuk ‘Malaysia is world champion in corruption’, Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat ‘pengiktirafan’ oleh komuniti dan media antarabangsa di atas ‘penganugerahan’ tersebut.“Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara.“Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi,” kata Jui Meng dalam kenyataan.Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman.“Sejak dari 1983, ia tetap sama.

Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion,” katanya.Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui.“Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?” ujarnya.

Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini.“Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib,” kata Jui Meng.

Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion. ~kd

Memalukan!! Akhbar India Lapor Malaysia Juara Rasuah Dunia

 Ceramah Motivasi dan Kutipan Tabung Gaza
Posted on Thursday, December 20 @ 23:26:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"CERAMAH MOTIVASI DAN KUTIPAN TABUNG GAZA

Tarikh : 25 Dis 2012, Selasa

Masa : 11 pagi

Tempat : Masjid Jamek Tanah Datar, Chengkau (tepi jalan utama Rembau-Tampin)

Penceramah : Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)

Turut diadakan pameran Palestin dan kutipan tabung misi kemanusiaan Gaza serta jualan amal oleh Aqsa Syarif.


Jamuan makan tengahari masakan kenduri kampung turut disediakan selepas solat Zuhr.

Semua dijemput hadir - Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Kasbi 019-2084969

Anjuran : Jawatankuasa Perkuburan Islam Kariah Tanah Datar. "


  Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS
Posted on Friday, December 21 @ 00:01:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"20 Dis 2012 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.

Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak.

“UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara.

“Di manakah moral pimpinan-pimpinan ini yang boleh ‘cuci tangan’ apabila graduan-graduan UniRazak lulusan ISMP tersadai tanpa peluang pekerjaan, sedangkan universiti yang dikendalikan mereka bersekongkol dengan KPT untuk menawarkan kursus perguruan meskipun mereka tahu kekosongan jawatan tidak mengizinkan pengambilan sedemikian rupa,” jelas Rafizi.

Sementara itu, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Haziq Abdul Aziz yang hadir sama mendesak kerajaan menyelesaikan segera berhubung pengangguran ISMP.

“Graduan ISMP ini dikatakan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UniRazak. Malah silibus ISMP UniRazak adalah sama dengan silibus ISMP di Maktab Perguruan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam).

“KPT bertanggungjawab memberi kelulusan kepada UniRazak untuk tawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi jaminan pekerjaan kepada graduan ISMP UniRazak. Mengapa ditawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi pekerjaan kepada graduan kursus tersebut?” soalnya.

Beliau menuntut kerajaan memberikan peluang sama rata kepada graduan IPTS seperti mana graduan IPTA.

“Perlu diberikan peluang sama rata dalam permohonan penempatan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan. Kerajaan mesti selesaikan masalah pengangguran melibatkan graduan ISMP lepasan IPTS, manakala peluang permohonan adalah sebaiknya mengikut merit,” katanya.

Pada 27 April lalu, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebarang temuduga dan pengambilan kerja untuk graduan ISMP lepasan IPTS tidak akan dilaksanakan kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA.

keadilandaily.com



"

Memahami perjuangan gerakan Islam

Akademi Tarbiyah DPPM, 07 Dis 2012
Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh sebab perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dan persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap Muslim terpaksa menghadapi realiti perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang. Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah SAW lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

Perjuangan Dan Jihad

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdar) yang berasal dari perkataan "jahada" bererti bersungguh-sungguh dan tekun mengerjakan sesuatu. "Jahada" pula bererti memerah tenaga. Jahada al-'aduww, bererti memerangi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.

Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak berisiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang berbunyi; Daripada Abu Sa'id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW telah bersabda; "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim."

Oleh sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silam lebih merujuk kepada aspek peperangan. Contohnya, ulama Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.

Manakala ulama Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Banna pula menyatakan bahawa, "Islam mewajibkan jihad terhadap penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap Muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran."

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia. Lalu, dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman daripada musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihan raya, penulisan dan sebagainya.

Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan daripada musuh yang merupakan sebahagian daripada ujian Allah Taala. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.

Akidah Asas Perjuangan

Islam meletakkan akidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan akidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen. Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada akidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid. Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar-besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang diserahkan hanya kepada Allah.

Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia. Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah. Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan, "Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan daripada dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya pada alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada."

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahli-Nya dan tergolong dalam golongan-Nya (golongan yang berpartisipasi dengan manhaj al-Quran dan Sunnah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuh-Nya dan orang-orang yang dimurkai-Nya. Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh Para Nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan.

Dalam perkara ini, Allah Taala berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka); Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka, antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat yang mendustakan Rasul-rasulnya."


Peranan utama Para Rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hamba-Nya. Ia terdiri daripada dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah Yang Maha Esa.

• Menyeru supaya menjauhi taghut.

Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaati-Nya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.

Matlamat Perjuangan Islam

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariat-Nya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'ari bahawa sesungguhnya seorang lelaki Badwi datang menemui Baginda Nabi SAW dan bertanya, "Wahai RasulAllah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejaguhannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?"

Rasulullah S.A.W menjawab, "Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah." (Riwayat Muslim)


Allah Taala menuntut agar agama-Nya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah SAW kepada manusia. Firman Allah Taala:

"Dialah (Allah) yang telah mengutus Rasul-Nya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkan-Nya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin." (Surah al-Saff: ayat 9)


Imam Abu A'la Al-Maududi menyatakan, "Sebagaimana halnya dengan din (agama) lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepada-Nya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis."

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Hal ini dijelaskan dalam konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai, melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata; Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."


Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela.

Firman Allah di dalam Surah at-Taubah, ayat 40:

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya; Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah:

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa-apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Anfal: ayat 39)

Perjuangan Tidak Bernoktah

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua faktor di atas, lalu timbul pula reaksi dalam kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan antara Islam dengan musuh-musuhnya. Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah SAW ialah apabila Baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi daripada kalangan yang hadir berkata, "Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang 'ajam (bukan Arab)."

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas Para Nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri. Sebagaimana Rasulullah SAW sendiri ditentang bukan kerana peribadi Baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian Baginda SAW.

Rasulullah SAW bersabda (bermaksud), "Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal."

Konsep Kemenangan Islam Yang Hakiki

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar (haq) atau batil, pejuang itu Muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah Taala menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah "al-falah" melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan "al-fawz" pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan "al-nasr" pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuh-Nya. "Al fath" pula kejayaan yang diperoleh setelah melalui pelbagai jenis ujian seperti kekalahan, kelemahan, kesedihan dan kesengsaraan.

A. Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperoleh kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.

Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah Taala berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata."


Ulama sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran daripada al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh)."

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:

1. Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan.

2. Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.

3. Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan Di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."


Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

1. Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.
2. Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan.
3. Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir.
4. Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama 'Adn.

C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap Muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Hal ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadis yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz - wa'ada - bermaksud "telah menjanjikan", iaitu kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad SAW, bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah Taala sejak zaman Nabi Daud alaihissalam lagi. Firman Allah Taala dalam ayat ke-105 Surah al-Anbiya':

"Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh."


Janji Allah Taala ini disebut pula dalam hadis Rasulullah SAW (maksudnya); Dari Tamim al-Dari katanya; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkan-Nya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran."

Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemuliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.

Hadis ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan Rasul-Nya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah SAW hingga kurun ke-14 Hijrah.

D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara penting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideologi dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubung-kait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang daripada Allah apabila dikehendakiNya. Allah Taala berfirman dalam ayat 160 Surah al-Imran :

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."


Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah Taala mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dia-lah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman sekalipun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.

Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dia-lah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.

Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia (Allah) boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain. Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.

Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 26 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Padamu kekuasaan untuk mengurniakan kebaikan, sesungguhnya Engkaulah yang meliputi segala kekuatan."

Sikap si kaya dengan si miskin

Ustaz Hamizul Abdul Hamid, 12 Dis 2012
Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan kekayaan dan kemiskinan sebagai satu ujian bagi setiap manusia. Di dalam Islam, kemiskinan bukanlah sesuatu yang wajar dicari; namun jika ditakdirkan menjadi miskin, seseorang itu tidak pula seharusnya membiarkan dirinya terus-menerus berkeadaan miskin. Mereka dianjurkan agar berusaha, dan mencipta kejayaan dalam hidupnya. Namun, jika mereka bersabar dalam tempoh kemiskinan itu, pastilah besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyeru manusia agar berusaha dan menjadikan diri mereka mampu bersedekah dan berzakat. Sudah pastilah, ia adalah satu isyarat agar kita berusaha untuk keluar daripada kemiskinan.

Namun, jangan kita lupa bahawa manusia boleh menjadi miskin dengan pelbagai sebab. Ada orang menjadi miskin atas faktor keadaan. Misalnya, harta-benda dan kekayaannya musnah akibat gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Atau dia menjadi miskin kerana kegawatan ekonomi, perusahaannya bankrap atau dia dibuang kerja. Maka, dia menjadi miskin secara tiba-tiba tanpa diduga.

Ada juga orang menjadi miskin atas faktor latar belakang keluarga yang tidak berpendidikan, atau memang terkekang dengan belenggu yang menghalang perubahan. Misalnya pada zaman dahulu, ada orang menjadi miskin kerana mereka lahir dalam keturunan miskin, pekerja bawahan dan juga keturunan hamba abdi, seperti Bilal bin Rabah. Sukarlah mereka untuk keluar daripada keadaan sedemikian.

Maka, untuk memuliakan manusia hamba itulah, Allah SWT telah mengizinkan agar mereka dibebaskan dengan peruntukan zakat. Bahkan, Nabi Muhammad SAW juga menyeru agar manusia sentiasa berfikir untuk menjadi lebih baik dan keluar daripada status yang lemah.

Nabi Muhammad SAW menyatakan: “Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maka, sebab itulah Islam menghendaki agar golongan miskin ini dilayan secara sepatutnya. Jika perlu memberi, maka berilah. Jika enggan memberi, maka tolaklah dengan baik. Bahkan, pemberian yang diiringi ucapan yang jahat, dipandang hina oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” (al-Baqarah: 264)

Perkara yang paling dilarang adalah, jika si kaya itu enggan memberikan hartanya maka dia turut mendabik dada bahawa harta itu adalah miliknya; bahkan sebaliknya mengherdik orang-orang miskin itu agar berusaha sendiri mencari hartanya. Allah SWT menyelar golongan ini kerana mereka telah berkelakuan seperti Qarun.

Firman Allah SWT: “(Qarun berkata) Sesungguhnya aku diberi harta itu karena ilmu yang ada padaku. Dan apakah dia (Qarun) tidak mengetahui bahawa, Allah sesungguhnya telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta?” (Al-Qasas: 78)
Yang orang Islam wajar tahu, bahawa semua kekayaan adalah milik Allah SWT. Sebaliknya, kita selaku manusia walau sekaya mana pun di atas dunia, hakikatnya ia adalah milik Allah SWT. Harta kekayaan itu hanyalah pinjaman ataupun amanah sementara menuju ke akhirat sana. Allah SWT berfirman: “Wahai manusia, kamu semua adalah fakir di sisi Allah; dan Allah sesungguhnya, Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Fatir: 15).

http://www.hamizul.com

Gempar panas... pelakon Eizlan Yusof mendekati ulama, mungkin bakal sertai...

http://kachipemas.blogspot.com, 19 Dis 2012
Eizlan Bersama Ulama Tersohor.. Sheikh  Mohamad Ali


Gambar - Artis semakin ramai mendampingi ulamak..

Eizlan Yusof bersama Piere Andre mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Semoga rakan2 artis yang lain mengikut jejak seperti artis2 ni.

Bayangkan mereka anak, adik atau saudara anda (gambar)



https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/3899_517697311587275_1677453578_n.jpg

Tiada ulasan: