Ahad, 16 Disember 2012

MEMANG JELAS PERBEZAANNYA

PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC

Hazayani Zakaria, 16 Dis 2012
DUNGUN: Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.

Beliau membacakan ayat lapan Surah Al-Mumtahanah yang bermaksudi: "Allah tak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air".

"Dia (Umno)  kata dulu PAS kata tak boleh kerjasama dengan orang kafir pada tahun 60-an dulu (tapi) sekarang kita pula kerjasama dengan kafir.

"Kerjasama Umno, MCA  dan MIC haram kerana kerjasama yang menggadai dasar, prinsip, akhlak dan keperibadian orang Islam.

"Kerjasama PAS, kita dengan sifat kita, kekuatan kita. Macam ikan dalam laut tetap segar walaupun air masin.

"Kerjasama Umno dengan orang bukan Islam, (mereka)  jadi hanyut,  arak dan judi kalau ada lesen halal. Kalau tak ada lesen haram. PAS tegas, yang haram tetap haram," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Beliau juga berkata, PAS tegas dengan prinsipnya dan bebas memecat ahli yang melakukan kesalahan.

Ini katanya berbeza dengan Umno kerana Umno memisahkan agama dan politik.

"Dulu selepas PAS bekerjasama dengan Perikatan, ada wakil rakyat PAS menari. Maka PAS pecat dia.

"Dalam PAS kalau kita ada wakil rakyat Islam yang minuim arak, berjudi, menari, kalau dapat laporan kita pecat dia.

"Dalam undang-undang Umno tak boleh pecat  kerana agama suku politik suku," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Rakyat mahu hapus, kerajaan lanjut tol jambatan P Pinang

Muhammad Faizal, 16 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyokong desakan yang dibuat oleh NGO, Hapus Tol Jambatan Pulau Pinang (HAPUS) yang meminta agar kerajaan memansuhkan segera tol yang telah membeban hidup rakyat Pulau Pinang setiap hari.

Beliau yang dihubungi memberitahu tindakan melanjutkan perjanjian asal dari 33 tahun sebelum ini dengan melanjutkan lagi 20 tahun adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya dan jelas hanya untuk keuntungan kroni sahaja.

"Kita tahu Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan merupakan keempat di Asia Tenggara dan kita hargai.

"Namun dalam pada masa yang sama rakyat terus terbeban dengan kadar tol yang dikenakan apatah lagi tempoh konsesi yang telah dilanjutkan kepada 20 tahun lagi, yang mana perjanjian asal hanya 33 tahun sahaja," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, kadar tol sebanyak RM7 bagi perjalanan dua hala satu beban besar kepada mereka yang merupakan penduduk Pulau Pinang yang sentiasa berulang alik menggunakan jambatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan sepatutnya memberikan kadar diskaun kepada mereka yang sentiasa menggunakan jambatan tersebut terutamanya mereka yang menetap di bahagian pulau bukannya melanjutkan konsesi hanya untuk kepentingan kroni sahaja.

Sementara itu, HAPUS melalui kenyataannya memberitahu penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang adalah amat perlu kerana rakyat Pulau Pinang tidak pernak mendapat manfaat dari keuntungan kutipan dari tol tersebut.

Malah menurut HAPUS lagi, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mendapat hak atau komisen daripada kutipan tol walaupun dalam perjanjian mengatakan mereka mempunyai pegangan sahan sebanyak 15 peratus atau 375,000 saham pada 1994.

Konsesi tol sepatutnya tamat pada tahun 2018 tetapi telah dilanjutkan sehingga tahun 2038.

Umno pindah semula pengundi Tganu ke Selangor

Hazayani Zakaria, 16 Dis 2012
DUNGUN: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mendakwa Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Husam berkata pengundi tersebut merupakan pengundi Selangor yang dibawa ke Terengganu pada tahun 2004.

Beliau berkata, kerana yakin Umno mampu menang besar di Selangor dalam PRU ke-11, sebahagian besar pengundi di negeri itu dipindahkan ke Terengganu.

Akibatnya dalam pilihan raya umum ke-12, Umno BN Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kerana kehilangan pengundi yang dipindahkan ke Terengganu dalam PRU sebelumnya.

"Pada tahun 2004 Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN bukan atas kehendak rakyat Terengganu. Majoriti rakyat Terengganu memilih PAS ketika itu.

"Bagaimana kerajaan PAS boleh tumbang adalah melalui penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Umno.

"Pada tahun 2008 Allah telah membalikkan semula dengan memberikan pengajaran bahawa Selangor yang mereka jangka kuat telah berjaya ditumbangkan kerana sebahagian pengundi Selangor terpaksa mengundi di Terengganu.

"Hari ini mereka nak bawa balik semula pengundi selangor yang mendaftar di Terengganu untuk bantu tawan semula Selangor.

"Hari ini kalau Terengganu tak menang lagi faham-fahamlah," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Beliau juga berkata, melihat kepada kehadiran rakyat ke PGU, beliau yakin PAS mampu menawan semuala Terengganu jika tiada penipuan dalam pilihan raya.

"Berdasarkan kehadiran malam ini saya yakin Terengganu tidak akan tertinggal dalam peta perubahan politik negara.

"Terengganu kena ingat kalau mereka kekal bersama BN, negeri-negeri lain telah berubah ditakdirkan InsyaAllah kerajaan Malaysia berubah alangkah malunya Terengganu kerana tidak mengikut arus perubahan politik negara.

"Dengan kehadiran seperti ini saya yakin Terengganu juga dalam arus perdana iaitu berubah dan mencuba kerajaan yang lebih layak," katanya.

Tambah beliau, rakyat berkuasa menukar semula kerajaan Pakatan Rakyat kepada Umno BN jika Pakatan gagal memerintah dengan lebih baik daripada Umno BN.

"Presiden pun dah kata kalau kerajaan Pakatan tidak lebih baik dari BN mereka (rakyat)  boleh tumbangkan semula Pakatan dalam pilihan raya umum  2016," katanya.

DAP kekalkan pimpinan hadapi PRU 13

Harakahdaily, 16 Dis 2012
PULAU PINANG: DAP mengekalkan hampir semua kedudukan penting dalam parti itu apabila mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Pihak yang tidak terpilih pula dilantik semula ke dalam Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP. Antaranya Dr Tan SEng Giaw dan Dr P Ramasamy.

Dr Ariffin S.M. Omar dan Zairil Khir Johari pula pemimpin Melayu yang dilantik ke dalam Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP.

Berikut adalah pimpinan pusat DAP untuk sessi 2012 – 2015 yang bakal membawa DAP menghadapi pilihan raya umum ke 13.


Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP 2012-2015

Dilantik:
1.    Dr Tan Seng Giaw
2.    Dr. P. Ramasamy
3.    Dr. Ariffin S.M. Omar
4.    Zairil Khir Johari
5.    Jimmy Wong Sze Phin
6.    Dr John Brian Anthony
7.    Dr. Edwin Bosi
8.    Leong Ngah Ngah
9.    V. Sivakumar
10.    Thomas Su Keong Siong

Jawatan-jawatan:

Pengerusi: Karpal Singh
Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai
Naib Pengerusi: Chow Kon Yeow, Dr Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M. Kula Segaran, Teresa Kok
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Penolong Setiausaha Agung: Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Dr P. Ramasamy
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Loke Siew Fook
Penolong S/U Organisasi Kebangsaan: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Liew Chin Tong
Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Dr Boo Cheng Hau
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim,  Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Dr Edwin Bosi, Dr John Brian Anthony, Gobind Singh

Dilantik semula:

Dr Chen Man Hin sebagai Penasihat Parti

Jawatankuasa/Biro:

Jawatankuasa Disiplin: Diketuai Tan Kok Wai
Biro Perundangan: Diketuai Gobind Singh Deo
Biro Pakatan Rakyat: Diketuai Teng Chang Khim
Biro Kebudayaan: Diketuai P Gunasekaran
Biro Buruh: Diketuai A. Sivanesan
Biro Pilihanraya: Diketuai Tan Kok Wai

Guan Eng bangga perwakilan guna Bahasa Melayu

Harakahdaily, 16 Dis 2012
GEORGETOWN: Lim Guan Eng melahirkan rasa gembira kerana para perwakilan menggunakan Bahasa Melayu sepanjang perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 yang berakhir hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu ketika menggulung perbahasan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang pagi ini berkata, penguasaan Bahasa Melayu merupakan suatu yang penting kepada rakyat negara ini.

Begitupun, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merasa kecewa apabila ada pihak yang menuduh DAP anti Melayu dan Bahasa Melayu.

Beliau turut menjelaskan bahawa perjuangan dan pengorbanan DAP adalah untuk semua kaum.

Justeru, tegasnya tidak ada pemimpin parti yang masuk penjara kerana berjuang untuk semua kaum kecuali DAP.

Guan Eng turut menyentuh serangan Umno BN terhadap parti itu terutama melalui media massa.

“Kerana dia kuasai media, dia ingat dia dia boleh buat putih jadi hitam, hitam jadi putih.

“Tapi rakyat sudah tahu siapa baik, siapa jahat,” ujarnya.

Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP 2012-2015 seperti di bawah.

Pengerusi: Karpal Singh
Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai
Naib-naib Pengerusi:
1. Chow Kon Yeow
2. M. Kulasegaran
3. Chong Chien Jien
4. Teresa Kok
5. Dr. Ariffin Omar
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung:
1. Chong Eng
2. Ngeh Koo Ham
3. Dr. P. Ramasamy
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
Timbalan Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
Setiausaha Organisasi: Anthony Loke Siew Foke
Timbalan Setiausaha Organisasi:
1. Vincent Wu
2. Thomas Su
Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Setiausaha Publisiti:
1. Teo Nie Ching
2. Zairil Khir Johari
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
Pengarah Biro Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
Timbalan Pengarah Biro Pendidikan Politik: Dr. Boo Cheng Hau
Biro Pakatan Rakyat:
1. Teng Chang Khim (Pengerusi)
2. Vincent Wu
3. Anthony Loke Siew Foke
4. Teresa Kok
5. Liew Chin Tong
6. Gobind Singh Deo
7.  Tony Pua Kiam Wee
Penasihat Seumur Hidup: Dr. Chen Man Hin
Biro Disiplin:
1. Tan Kok Wai (Pengerusi)
2. M. Kulasegaran
3. Lim Hock Seng
4. Dr. Tan Seng Giaw
5. Dr. P. Ramasamy
Biro Undang-undang: Gobind Singh Deo
Biro Buruh: Sivanesan
Biro Budaya: P. Gunasekaran
Biro Pilihanraya: Tan Kok Wai

Ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik
(10 orang)
1. Dr. Tan Seng Giaw
2. Dr. P. Ramasamy
3. Dr. Ariffin Omar
4. Zairil Khir Johari
5. Jimmy Wong  Sze Phin
6. John Brian Anthony
7. Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su

Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak hari ini

Harakahdaily, 16 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini  bermula jam 3 petang sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.
HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013.
Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat.

Aturcara

Program akan bermula seawal 9 pagi dengan pertandingan futsal 7 sebelah.

Konvoi berkereta dan motosikal yang bermula jam 10 pagi daripada segenap pelusuk negeri Perak dijangkakan akan tiba di Bandar Seri Iskandar jam 5 petang dan bakal turut serta di dalam Pameran Superbike, Vespa Klassik, Scrambler, Skuter dan juga Kereta.

Acara untuk Pemuda, Wanita dan Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak turut diadakan serentak.

Konsert 'Bangkit Bro Bangkit' yang menampilkan Ito Blues Gang, Zuar XPDC, Nik Jidan, 2BS dan Airmas bakal menghangatkan suasana petang himpunan.

Dewan Ulama dan NGO-NGO Islam akan memimpin Solat Maghrib, Isyak dan juga Solat Hajat.

Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi.

Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain.

Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam.

Datanglah beramai-ramai bagi menyemarakkan program yang telahpun diatur bersama ini. - http://ajijoi.blogspot.com

Bekas pelakon gembira terima kunjungan PAS

Harakahdaily, 16 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamaruddin, baru-baru ini.
Pelakon tersebut, Radi Mat Isa, 50, pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an, antaranya ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata, pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke Hospital Selama pada bulan Julai yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.

Walau bagaimanapun jelas Akmal, selepas pembedahan itu Radi telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.

Sebak melihat penderitaannya itu, Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti Seniman, Karyawan dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.

“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa,” jelas Akmal lagi. - http://persepsikitaberbeza.blogspot.com

Mengapa Ustaz Azhar tidak dijemput PGU6.0

http://www.tranungkite.net, 16 Dis 2012
Posted on Saturday, December 15 @ 17:21:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: mohdnoorawang

"Orang ramai bertanya mengapa Ustaz Azhar (daei sejuta umat) tidak dalam program PGU6.0  peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Paka, Dungun?.

Orang ramai risau dan takut takut Ustaz Azhar yang disayangi oleh umat Malaysia, tak kira umur dan status dan sebagai ikon untuk genarsi muda mudi. Orang ramai takut ustaz Azhar menyeberang sebelah sana (UMNOlah).

Menjadi kebiasaan setiap program besar PAS, nama ustaz Azhar Idrus menjadi ikon dan sumber inspirasi perjuangan PAS dan anak anak muda mudi. Walaupun kelibat ustaz Azhar tidak hadir, PGU6.0 juga berjaya dan mencapai matalmat.

Rata rata pengunjung PGU6.0, terutama anak anak muda dan belia serta beliawanis kurang menyegat dan kurang garam serta adunannya.

Kami ajukan kepada orang kuat PGU6.0,  ketiadaan ustaz Azhar dalam siri program mega terutama PGU di Paka, Dungun.  Jawapam yang kami terima ustaz Azhar telah ada satu temu janji.

Mungkin juga jawatankuasa PGU6.0 tidak bincang dengan ustaz Azhar terlebih dahulu sebelum dilaksanakan PGU6.0 Paka. Jika itu jawapan yang diberi kami anggap tidak munasabah dan tidak cerdik jawapan dari pihak penganjur.

PGU 6.0 Paka Dungun Terengganu adalah satu satunya progaram yang paling berjaya jika diambil kira jumlah kehadiran orang ramai dianggarkan 60,000 orang. Syabas kepada Ketua dan Timbalan Program PGU.6.0 iatu saudara Haji Ariffin dan Haji Hanafiah Mat.

Kami sebagai pemerhati serta melihat mood orang ramai malah kami bertanya secara rawak, jawapan yang diberi BN/UMNO Terengganu tergugat yang amat sangat PRU13. Jika menang pun hanya sekadar majoriti yang kecil dan sukar memerintah.

Kami juga bertanya kumpulan UMNO yang hadir dalam PGU6.0, peluang PAS Terengganu cerah jika pengundi pengundi hantu tidak boleh mengundi, tapi jika pengundi-pengundi tersebut boleh mengundi dan berjaya diuruskan oleh SDPR dan JPN serta kerjasama BN/UMNO Terengganu peluang PAS Terengganu sedikit sukar.

Untuk rekod pengundi pengundi hantu telah sedia ada dalam daftar mengundi SPR tahun PGU 2008 yang telah diurus sedia oleh UMNO Terengganu dengan tujuan untuk merampas kembali dari tangan PAS."



# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kerani pemasaran Harakah meninggal dunia

Harakahdaily, 15 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Kerani pemasaran Harakah, Khairul Azizul Aziz,36, meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam ini di Ampang.

(Pengerusi Harakah yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa mendengar cerita mengenai Allahyarham Khairul dari bapanya [kiri] di rumahnya. Beliau turut menyampaikan sumbangan Harakah dan Bakkah.)

Jenazah beliau dibawa pulang ke rumah ibu bapa di Kampung Ampang Tasik, Ampang dan dijangka dikebumikan esok, Ahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ampang.

Allahyarham yang berkhidmat dengan Harakah selama 17 rahun meninggalkan isteri, Wan Rosmezah Wan Umar dan seorang anak lelaki berusia 5 tahun.
Jenazah Khairul telah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Ampang Tasik Tambahan dan akan dikebumikan esok.

Menurut ahli keluarganya, Khairul jatuh di bilik air di rumah dan pengsan pagi Sabtu semalam. Beliau dihantar ke hospital Ampang sebelum di masukkan ke wad rawatan rapi.

Beliau disahkan meninggal kira-kira jam 8.30 pagi.

Kehilangan Khairul dirasakan oleh semua pihak di Harakah kerana sikap beliau yang sopan walaupun badannya yang besar.

Beliau dikira seorang kakitangan yang bekerja dengan tekun sejak mula bekerja di Harakah lagi.

Pihak yang paling terasa kehilangan beliau adalah para pengedar Harakah di seluruh negara kerana merekalah yang saban minggu berhubung dengan Khairul dalam urusan edaran Harakah.

Al Fatihah untuk roh beliau.

Tiada ulasan: