Selasa, 4 Disember 2012

SEKARANG DAH BERCELARU...TU RAKYAT BERTUKAR ARAH

Usaha sabotaj Umno dikesan
SYAMILAH ZULKIFLI
4 Disember 2012
Usaha sabotaj parti dikesan
Mohamad (kanan) melihat replika pelan masjid yang akan didirikan di Seremban 2, semalam.
SEREMBAN – Usaha melakukan sabotaj parti dalam kalangan ahli Umno di negeri ini sudah kedengaran, biarpun jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani masalah itu.

Ia disahkan sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang jelas kecewa dengan perkara itu apabila menjadi antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008 lalu.

Mohamad berkata, sebagaimana parti politik lain, sabotaj parti sememangnya isu penting dihadapi Umno yang kini sudah mula ‘berputik’ di Negeri Sembilan.

“2008 fakta jelas menunjukkan BN kalah banyak kerusi Dun disebabkan faktor sabotaj.

“Ketika ini, di Negeri Sembilan ‘bunga’ belum keluar tapi ‘putik-putik’ sabotaj parti telah mula nampak apabila kedengaran ada yang berkata, jika tidak dicalonkan, dia akan tutup bilik gerakan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, barisan kepemimpinan dari segenap lapisan termasuk ahli parti diminta mengambil iktibar atas kekalahan BN pada 2008 sehingga menyebabkan beberapa kerusi diambil pembangkang.
“Sebelum ini kita telah 'menjaringkan gol' kita sendiri, jadi sebab itu BN kalah. Sebenarnya pembangkang tidak kuat tapi ada orang BN yang mahu lihat kita kalah.

“Jika tiada kesedaran dari sekarang, kita akan tewas. Tewas bukan disebabkan parti lawan yang kuat, tapi disebabkan masalah dalaman dan sabotaj,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Projek Pembinaan Masjid Hussain Seremban 2, di sini, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, sebarang usaha menangani masalah itu memerlukan kesedaran semua ahli parti kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah dapat diselesai .

“Saya berharap cakap-cakap kurang sedap didengar berkaitan sabotaj parti ini tidak lagi kedengaran selepas semua jentera parti mendengar ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

"Paling penting, jangan  kita biarkan ‘putik’ itu berbunga,” katanya.
'Mak, adik pergi mana?'
Ku NOOR FAIZAH Ku Mustafa
4 Disember 2012
Mak, adik pergi mana
Naimah bersama anak kembar perempuannya yang masih terlantar kerana cedera di kepala.
PENDANG – ‘Mak, adik pergi mana? Banyak kerja sekolah dia yang masih tidak siap,’ itulah soalan Nurul Fitrah Sharul Anuar, 5, yang sering ditanya berkenaan kembarnya Shahrul Fitri yang maut bersama neneknya Munah Ismail, 64, selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Kobah dekat sini pagi kelmarin.

Nurul Fitrah yang juga terlibat dalam kemalangan itu telah dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar akibat kecederaan yang dialami.

Ibunya, Naimah Khalid, 33, berkata, dia dan suami telah memohon untuk membawa anak mereka pulang ke rumah selepas mendapati Nurul Fitrah hanya mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Menurutnya, mereka membawa anaknya itu pulang ke rumah petang kelmarin bagi menguruskan jenazah ibu dan anaknya.

“Selepas majlis pengebumian selesai kira-kira 5.30 petang kelmarin, Nurul Fitrah beberapa kali bertanya di mana adiknya pergi sehinggalah pagi ini (semalam) dia masih bertanya kerana ingin membuat kerja sekolah bersama-sama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mentuanya dekat Kampung Kobah semalam.

Naimah berkata, pertanyaan yang kerap kali diajukan anaknya itu membuatkan dia dan suami tidak mampu menahan kesedihan memandangkan mereka juga turut merindui anak kembar lelakinya itu walaupun redha dengan pemergiannya.

“Saya beritahu, Fitri telah meninggal bersama nenek, namun Fitrah hanya terdiam dan terus menatap kain selimut kesayangan adiknya yang baru dibeli oleh ayah mereka baru-baru ini.
"Dia juga hanya mendiamkan diri sambil melihat buku pelajaran memandangkan dia masih lagi tidak boleh berjalan berikutan kecederaan yang dialami," katannya.


Arwah berubah sebelum meninggal

Seluruh ahli keluarga kepada mangsa yang maut dalam kemalangan di Batu 13 Suku Kampung Kobah dekat sini tidak menyangka perubahan yang ditunjukkan arwah Munah dan  Fitri merupakan petanda mereka akan pergi selama-lamanya.
Suami Munah, Ghazali Awang, 63, yang masih bersedih dengan pemergian isteri dan cucunya sehingga dia tidak mampu melelapkan mata malam semalam.

"Arwah banyak berubah sehingga malam sebelum kejadian arwah meminta saya untuk menyelimutkannya ketika tidur di ruang tamu bersama tiga cucu.

“Arwah juga turut menyerahkan semua wang yang disimpannya kepada saya dan turut memaklumkan bahawa dia (arwah) tidak sempat menggosok pakaian saya kerana sibuk dengan majlis kenduri.

“Dia juga turut memberitahu cucu sulung bahawa dia akan mati namun saya menganggap ia satu gurauan dan malam sebelum kejadian arwah dan semua cucu tidur awal tetapi tidak menyangka semua perubahan yang saya lihat adalah petanda dia ingin pergi selama-lamanya,” katanya.
Ghazali berkata, arwah cucunya sempat mencium adik bongsunya, Shahrul Mulkan yang baru berusia setahun dan sempat bermain sebelum keluar membeli roti canai di warung dekat rumah.

Tambahnya lagi, pemergian isterinya turut dirasai oleh rata-rata penduduk kampung kawasan ini kerana arwah merupakan Pengerusi Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) kawasan Kobah dan merupakan ketua masakan untuk majlis kenduri.
Perjalanan Muktamar Pas, AGM Umno dari kaca mata Asri
RUZY ADILA IDRIS
4 Disember 2012
SHAH ALAM - Dalam membicarakan mengenai  perbezaan Perhimpunan Agung Umno 2012 dan Muktamar Pas, tidak dinafikan apabila kelemahan dapat dilihat kerana liputan secara langsung hanya dibuat bagi satu pihak hampir setiap hari.

"Perhimpunan Umno dapat liputan penuh di televisyen (media) tetapi tidak kepada Muktamar Pas.

"Perkara ini menutup jalan untuk rakyat membuat perbandingan yang adil terhadap kedua-dua parti," demikian menurut bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, ketika mengikuti perkembangan kedua-dua parti beliau mengakui Umno lebih pandai bermain dengan perasaan pengundi atas pagar berbanding Pas, yang dilihat lebih banyak bercakap mengenai masalah dalaman parti.

"Perhimpunan Agung Umno lebih fokus dalam membicarakan mengenai serangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan boleh dikatakan dari segi penerimaan imej, Umno lebih berjaya.

"Sedangkan Pas kelihatan terlebih bercakap dan cuba mencari masalah yang ditimbulkan di antara satu sama lain hingga menimbulkan kegusaran di kalangan pengundi," jelas beliau yang menganalisis perjalanan politik kedua-dua Pas dan Umno dari semasa ke semasa.

Beliau menambah, orang dalam Pas sudah terbiasa mengata Umno sama ada dalam dalam muktamarnya ataupun ceramah-ceramah sebelum ini tanpa menyedari ucapan-ucapan itu akhirnya member kesan negatif kepada parti itu.

Bagaimanapun, Asri berkata, jika dibandingkan Pas hari ini berbanding dahulu, banyak perubahan positif telah berlaku.

Katanya, imej Pas sebagai pembangkang sudah hampir pulih apabila Pas kini menjadi pentadbir di beberapa negeri seperti  Kedah dan Kelantan.

"Cara berhujah dan memberikan pandangan juga sudah nampak berubah, sudah nampak kematangan Pas.

Fuziah mahu terus juang isu Lynas
RUZY ADILA IDRIS
4 Disember 2012
Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, semangat beliau dan penduduk setempat tidak luntur untuk terus menentang projek Lynas walaupun operasi loji pemprosesan di Gebeng, yang tertangguh, dilaporkan sudah bermula baru-baru ini.
Fuziah berkata, beliau telah menyuarakan isu ini sejak 2008 secara bersendirian sehinggalah wujud kesedaran di kalangan rakyat.

"Apa yang belum kita buat? Ke mahkamah sudah, buat semakan kehakiman sudah... jalan kaki, naik basikal, panjang bukit hingga hantar memorandum pun sudah dibuat.

"Tetapi rintihan itu semua ibarat jatuh ke 'telinga yang pekak dan tuli'. Kerajaan tidak respons kepada suara rakyat," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Minggu lalu, Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis berkata, permulaan operasi itu sedang berjalan di loji Lynas Advanced Materials Plant.
Operasi itu bermula susulan siri bantahan, kajian kendalian pihak kerajaan, demonstrasi dan prosiding mahkamah, yang bermula sejak tahun lalu.
Katanya, melalui jualan komersial dan pengeluaran hasil akan dapat dijalankan dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Mengulas perkara berkaitan, Fuziah yang juga Naib Presiden PKR turut meluahkan kekesalannya kerana isu lebih besar tidak diberi penerangan yang konkrit terutamanya berkaitan pengurusan sisa buangan radioaktif yang lebih konkrit.
"Kesan radioaktif yang sebenarnya akan mencemarkan alam sekitar dan ekosistem, sebaliknya isu itu sengaja ditutup.
"Sebaliknya isu radiasi pula yang diperbesarkan.
Sama ada saya ataupun rakyat Kuantan tidak pernah menolak pembangunan tetapi banyak lagi pelaburan yang boleh dibuat," dakwanya lagi.

Beliau menambah, apabila membicarakan mengenai isu alam, bukan keuntungan yang menjadi matlamat sebaliknya, "dunia yang bagaimana yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti?"
Katanya lagi, "biarlah rakyat sendiri yang buat keputusan selepas ini pada pilihan raya."

"Namum, perkembangan itu agak tergugat apabila timbul isu doa 'KO' BN pada Muktamar. Orang  tidak mempertikaikan doa itu tetapi apabila disiarkan di media, ia memberi gambaran tidak elok terhadap imej matang Pas itu," katanya.

Ujar Asri, tindakan itu tidak menggugat pengundi tetap Pas tetapi akan mengganggu psikologi pengundi atas pagar.


Arwah berkali-kali meluahkan hasrat ingin berkhatan

Sharul Anuar Ghazali, 32, masih lagi tidak dapat menahan rasa sedih setiap kali mengenangkan anak kembar lelakinya yang maut dalam kemalangan itu terutamanya mengenangkan kata-kata arwah yang beberapa kali meluahkan hasrat ingin berkhatan.
Shahrul turut memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan kematian anak dan ibunya.
Arwah Fitri dan Munah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kobah.

Sinar Harian semalam melaporkan hajat seorang nenek membawa dua cucu kembarnya berjalan kaki untuk membeli roti canai di sebuah warung tidak kesampaian setelah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di jalan Batu 13 Suku Kampung Kobah dekat sini pagi kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan Munah dan Fitri maut manakala cucu perempuannya, Fitrah dan seorang penduduk kampung, Mohd Jailani Abd Rahman, 43, cedera.

Pemangku Ketua Polis Ibu Pejabat Polis daerah Pendang, Asisten Superintendan L Pubadi berkata, kereta yang melanggar mangsa dipandu seorang remaja lelaki bersama teman wanitanya masing-masing berusia 17 tahun.

Katanya, kereta terbabit turut merempuh lima motosikal yang berada di depan gerai roti canai menyebabkan seorang yang ketika itu berada di atas motosikal patah kaki kiri.
Pulau Pinang tagih janji BN
MOHD ISKANDAR OTHMAN
4 Disember 2012
Pulau Pinang tagih janji BN
Lim Guan Eng (kiri) menunjukkan rakaman CCTV yang dipsang di Flat Padang Tembak.
GEORGETOWN - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang Sabtu ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada rakyat dengan menunaikan beberapa perkara yang dijanjikan sebelum ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, projek membina monorel disebut bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi enam tahun lalu dan sehingga kini belum dilaksanakan.
Beliau berkata, Najib pula berjanji untuk menempatkan 200 bas Rapid Penang baru dua tahun lalu, namun sehingga sekarang gagal ditepati.
“Banyak janji belum ditepati dan kita berharap kehadiran Najib boleh umum sesuatu mengenai  projek pengangkutan awam di Pulau Pinang," katanya selepas merasmikan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Flat Padang Tembak di sini, hari ini.
Turut hadir, Exco Perancangan Bandar, Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Adun Kebun Bungah, Jason Ong  Kham Lee.

Mengenai pemasangan CCTV itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan hampir RM90,000 untuk memasang 122 unit di sekitar perumahan itu.
Menurutnya, pemasangan CCTV itu dapat menjamin keselamatan penduduk dan mengurangkan jenayah di situ.
Lagi nahas lebuh raya dekat Gopeng, satu maut
ROSDALILAH ZAHARI
4 Disember 2012
Bas ekspress - Gopeng
Keadaan bas ekspres Sri Maju yang merempuh belakang lori treler di KM304.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gopeng tengah malam tadi.

 - Foto Bernama
Bas Ekspress - Gopeng
Seorang pemandu bas maut manakala 10 penumpang cedera parah dalam kemalangan malam tadi - Foto Bernama
Kronologi kemalangan melibatkan Lebuh Raya Utara Selatan di Perak
Kronologi kemalangan melibatkan Lebuh Raya Utara Selatan di Perak
IPOH – Belum reda insiden yang mengorbankan seorang remaja, lima hari lalu, satu lagi nahas berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, di sini tengah malam tadi membabitkan sebuah bas ekspres dan treler serta menyebabkan seorang pemandu bas ekspres maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa, Abdul Rahim Musa, 57, maut di tempat kejadian selepas bas yang dipandunya membawa 13 penumpang merempuh bahagian belakang sebuah treler muatan air minuman.

Insiden yang berlaku di Kilometer 304.6 itu turut mengakibatkan 10 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, cedera.

Mangsa yang berasal dari Jalan Hospital, Ipoh mengalami kecederaan di kepala dan dada akibat tersepit di bahagian tempat duduk.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil siasatan awal mendapati, bas yang dipandu di lorong perlahan itu secara tiba-tiba merempuh treler yang turut berada di lorong sama menyebabkan kenderaan remuk teruk di bahagian depan.

Menurutnya, anggota Bomba dan Penyelamat Gopeng dengan bantuan bomba Tapah diketuai Peguasa Bomba Kanan II, S Ganasan terpaksa menggunakan alat keselamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Sementara 10 penumpang yang cedera termasuk seorang parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan pemandu treler, semua keterangan penumpang yang terselamat sudah direkodkan.
Mahathir: Pakatan boleh celaru negara jika menang PRU13
NORDIANA JOHARI
4 Disember 2012
Tun Mahathir
Tun Mahathir
AYER KEROH – Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata,ini kerana perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan  akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.

Beliau berkata, ini boleh dilihat apabila Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.

"PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

“Tetapi terpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara’ di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.

"Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir juga menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umnominggu lalu.

“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya.
Lebih 8,000 pelabur Genneva Malaysia belum dapat emas
Wartawan Sinar Harian
4 Disember 2012
Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
SHAH ALAM - Bank Negara mendedahkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd masih belum menerima emas mereka dengan jumlah berat melebihi 4,000 kilogram (kg) walaupun telah menyelesaikan bayaran.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara berkata, terdapat juga pelabur yang telah menyerahkan emas mereka berjumlah lebih RM80 juta kepada syarikat tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai.

“Perakaunan forensik awal telah mendedahkan kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012. Syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

“Menjual emas pada kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus setiap bulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga belian awal bukan merupakan satu usaha yang mampan,” kata kenyataan dari Bank Negara.

Ia juga menyatakan bahawa aliran tunai bagi syarikat itu untuk mengekalkan operasinya bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dikumpulkan daripada pelanggan baru.

Genneva, telah diserbu oleh Bank Negara, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2 Oktober lalu.

Tiga hari kemudian, pihak berkuasa menjalankan serbuan ke atas premis perhiasan Emas Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd yang disyaki terlibat dengan pengambilan deposit haram, pengubahan wang haram pengelakan cukai dan dan keterangan palsu.

Menurut kenyataan itu, wang Genneva sebanyak RM99.8 juta telah dibekukan dan 126kg emas disita, di mana pihak bank berkata, ia diperlukan untuk siasatan dan hanya akan diuruskan mengikut perintah mahkamah. Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web Bank Negara untuk maklumat lanjut.
Empat tawaran PR jika menang
ZAIRULAFIZA HAMZAH
4 Disember 2012
Empat tawaran PR jika menang
Dr Hamzah (tengah) bersama Pakatan Rakyat Pahang semasa sidang media yang diadakan di Markas Pas, Kerdau, Temerloh.
TEMERLOH- Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan empat tawaran istimewa kepada rakyat negeri ini sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 9 Disember ini.
Pengarah program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP), Dr Hamzah Jaaffar berkata, pengumuman ‘Pengisytiharan Tawaran Mega Untuk Rakyat Pahang’ itu akan dibuat di Dataran Rakyat, Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau.
Menurutnya, satu pengumuman akan dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan tawaran kerajaan Pusat untuk rakyat negeri ini jika Pakatan Rakyat memerintah.
“Tiga pengumuman lagi akan diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, satu oleh Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan satu lagi oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah yang mana mereka akan mengumumkan tawaran Kerajaan Negeri kepada rakyat negeri ini jika Pakatan Rakyat memerintah Pahang.

“Pengisytiharan ini adalah suatu yang amat istimewa untuk rakyat Pahang kerana ia berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan hidup mereka selama ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Markas Pas, Kerdau, dekat sini.

Ditanya sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang dalam PRU nanti dan tidak berjaya menawan Pahang adakah tawaran itu akan diteruskan atau tidak Dr Hamzah berkata ia akan diteruskan.

Menurutnya, jika Pakatan Rakyat tidak dapat menawan kerajaan Pusat atau Pahang tawaran tersebut akan terus disuarakan sama ada di Parlimen atau Dewan Rakyat.

“Tawaran ini juga adalah untuk menarik perhatian pengundi supaya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Pusat dan negeri serta mengotakan apa yang dijanjikan,” katanya.
Simulasi dakwat kekal untuk pemimpin parti politik di Selangor

4 Disember 2012
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal bagi pemimpin parti-parti politik di Selangor.
  
Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman berkata simulasi itu bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai penggunaan dakwat tersebut pada pilihan raya umum kali ini.
  
"Proses ini memberikan kesempatan kepada pemimpin parti politik untuk melihat sendiri beberapa kemungkinan yang timbul berikutan penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian kelak," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat simulasi yang disampaikan Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah, di sini hari ini.
  
Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
  
Mereka yang akan mengundi terlebih dahulu akan dicalit dakwat kekal di jari telunjuk kiri.

Ketua MIC Bahagian Kapar, T. Ganesan berkata simulasi tersebut tepat pada masanya bagi mengelak salah faham mengenai pengunaan dakwat kekal.
  
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Parlimen Kapar berkata simulasi itu turut menunjukkan komitmen SPR bagi menjalankan pilihan raya yang bersih dan telus. - Bernama
Jamil Khir: Beri kad laporan kepada pembayar zakat

4 Disember 2012
Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
PUTRAJAYA - Semua majlis dan jabatan agama Islam negeri disaran mengeluarkan kad laporan agihan zakat kepada pembayar zakat, sebagai galakan kepada mereka untuk terus berzakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata amnya, menjelang hujung tahun antara 80 hingga 90 peratus daripada kutipan zakat telah diagih kepada golongan asnaf.

Baki dalam 20 peratus itu akan dibawa ke tahun depan, terutama untuk agihan pada Januari dan Februari kerana pada bulan itu jumlah kutipan zakat agak berkurangan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012, di sini hari ini.

Katanya golongan asnaf tertinggi yang menerima agihan zakat ialah fakir miskin, diikuti pembiayaan pendidikan.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata sejak kebelakangan ini agihan zakat setiap negeri menunjukkan peningkatan, menandakan jumlah kutipan juga meningkat.

Ini menandakan umat Islam di negara ini semakin sedar akan ibadah berzakat, katanya menambah jumlah kutipan lazimnya meningkat ketika bulan puasa dan hujung tahun.- Bernama
Wacana Sinar Harian kupas isu 'politik samseng'
Wartawan Sinar Harian
4 Disember 2012
Wacana Sinar Harian
Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita
SHAH ALAM – Wacana Sinar Harian ke-16 Khamis ini, yang akan mengupas topik "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" akan menyediakan ruang kepada rakyat khususnya pengundi memperoleh gambaran sebenar mengenai politik ganas, yang menjadi percakapan ramai, lebih-lebih menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana ahli panel terdiri daripada latar belakang yang berlainan dengan pengalaman yang luas, topik kali ini "memang menarik" untuk diikuti.

"Datuk Mohd Tap akan memberi gambaran dari segi budaya politik dan integriti, begitu juga dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa, yang ada pengalaman mendalam dalam menjaga ketenteraman awam semasa menjadi Ketua Polis Negara.

"Yang Berhormat Kamalanathan pula ada pengalaman ketika kempen pilihan raya kecil. Dan, kita ada pakar undang-undang yang akan memberi pandangan dari segi undang-undang.

"Jadi, keseluruhan kami memilih topik berdasarkan perkembangan semasa, yang sudah pasti akan memberi maklumat dan input bernas kepada orang ramai," kata beliau lagi.

Ahli panel terdiri daripada Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin.

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 2.30 petang.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai wacana ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

Masuk adalah percuma. Ikuti makluman semasa di www.sinarharian.com.my.

Tiada ulasan: