PKR: Siasatan untuk halang himpunan minggu depan
Naib
presiden PKR N Surendran mendakwa siasatan polis ke atasnya hari ini
merupakan tekanan bagi menghalang satu perhimpunan yang dirancang pada
minggu depan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.Surendran berkata beliau dipanggil untuk siasatan berhubung ucapannya di Brickfields pada 24 November berhubung masyarakat India yang tiada kewarganegaraan dan hak golongan itu untuk mendapatkan MyKad dan sijil kelahiran.
"Kami percaya pihak berkuasa cuba menekan, mengganggu dan menakut-nakutkan kami untuk menghalang perhimpunan besar itu.
"Perhimpunan itu ada usaha untuk mendapatkan keadilan bagi ratusan rakyat Malaysia yang tiada kerakyatan di negara ini; bukan saja orang Indiia di Malaysia Barat tetapi juga warga Malaysia Timur yang terjejas," katanya.
Beliau ditemani peguam yang juga bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga serta pengarah biro guaman PKR Latheefa Koya di balai polis Travers hari ini.
Ambiga mendakwa isu berkenaan tidak harus dipandang ringan dan sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan.
"Sepanjang pengetahuan saya, sepatutnya tidak ada warga Malaysia yang tiada kerakyatan," katanya kepada pemberita.
Latheefa, dalam pada itu berkata, MP Kapar M Manikavasagam turut disiasat polis dua hari lalu dan beliau percaya tekanan itu akan berlarutan.
Kamaruzzaman Jamal · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
Mereka buta demokrasi,,, tak tahu apa tugas polis...orang berdemo tentu ada sebab tertentu yang kuat..ada fakta..ada benda..benda itu jelas terang dan nyata....tugas polis jaga ketenteraman saja, jangan nak melampaui batas....
Matt Zackk · Langgani · Pengulas Tertinggi · Di Mana~mana Saja
Apalagi yang nak kita harapakan dalam sistem demokrasi yang telah diperkosa oleh rejim BN.?. SPR, SPRM, PDRM, Mahkamah malah DBKL dan JPN habis semuanya menjadi aparat-aparat rejim yang keparat..JPN sebagai satu aparat si keparat tidak malu memberi MyKad kepada warga asing, bersekongkol dengan SPRM memanipulasi lokaliti pengundi..tapi MyKad warga sendiri tidak dipedulikan...Ayuh warga India dan warga Malaysia Timur yang dizalimi..kita bersama menghumbankan kesombongan rejim ini jauh-jauh...
Cahaya Kebenaran · Pengulas Tertinggi · SMKT, Sungkai
kalau sokong BN.. silap2 petang dah siap i.c tu.... tapi sebaliknya.. teruskan usaha.
Lim Swee Chan Charles · Pengulas Tertinggi · Setapak High School
Selepas polis ni pencen besok dia akan dedahkan bahawa beliau telah di arahkan oleh menteri atau yb2 tertentu yg menyalah gunakan kuasa....
AaCari Income · Vokasional
www.Step2Rich.net/nak_income Anda semua di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat pendapatan tanpa batasan..bakal ke indonesia tak lama lagi tempah posisi anda sekarang.
Rahman Yusof · Pengulas Tertinggi · SMK Mersing, Johor
Mereka yg masuk secara haram lebih beruntung dari warganegara sendiri yg dinafikan hak kerakyatan. Pendatang dgn mudah diberi kad pengenalan dgn syarat mengundi Umno/Bn. Bangkitlah rakyat yg tertindas dgn menghapuskan Umno/Bn dlm PRU 13 nanti.
AaCari Income · Vokasional
www.Step2Rich.net/nak_income Anda semua di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat pendapatan tanpa batasan..bakal ke indonesia tak lama lagi tempah posisi anda sekarang.
Matt Bayev · Pengulas Tertinggi · Universidad Anáhuac México Norte
Zulkifli Marzuki umno yang tak tidur siang malam sejak lima tahun lalu kerana nak cari bangla,pakistan,vietnam,keboja, indon, untuk buat pengundi hantu kepada syaitan yang di kenali,cuma umno tak nak monggol je..awak turut sama kah 5 tahun lalu tak tidur siang malam?
Barryferror Benjamin · Pengulas Tertinggi · Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara sebenar kadang2 xdapat kewarganegaraan...yang PATI pula punya main senang dapat MyCard...Ini ka kerajaan??..Go To Hell Laa Be End
Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
kaum india jgn undi BN......demi keadilan dan kesejahteraan rakyat kaum india kena undi PAS, PKR dan DAP.
Sheeta Ravana · Pengulas Tertinggi · Flight Attendant di Cathay Pacific Airways 國泰航空
Di anggarkan 350,000 anak india yg lahir disini tetapi tidak diberi kerakyatan oleh regim amno, mereka hidup melarat tiada sekolah, bank akuan , pekerjaaan, tiada , sekaligus tiada kehidupan, kesan terburuk ialah 350,00 ini akan berganda semakin hari apabila anak merka juga stateless, BN tidak pedulikan perkara ini , sesekali mereka memberikan IC kepada orang tua uzur 78,80,85 tahun dan publish berita dalam semua TV kerajaan dan suratkhabar tamil menunjukkan wayang kulit , adalah orang tua uzur yg mendapat ic ini nak pergi sekolah, universiti, berkerja, semua hari muda sudah binasakan oleh kerana dasar racist regim amno itu.
Rambo Shukur · Pengulas Tertinggi
heran gk, zaman sekarang nie msh de lg yg x dpt my kad...bangla pun boleh dapat, sah2 bkn lahir kt malaysia...
Matchee Patani · Pengulas Tertinggi · UT Martin
Kehidupan di estet amat dhaif, ibu bapa mereka tiada pendidikan dan pengetahun dalam era 50,60 dan 70 an, pasti anak mereka tak didaftar kelahiran, kalau pasti lahir di sini layak jadi warganegara. Jangan bawa India dari India sudahlah..
Hamidun Bin Ismail · Pengulas Tertinggi · Safety & Security Manager di Currently emplyed at Selangor Dredging Berhad as Safety & Security Manager
Tempoh hari semasa saya dgr radio Hotfm yang mana Dj nya Kiran di siaran pagi, ada seorang perempuan Indon menghubungi konti hotfm yang mengaku telah ada Mykad walau baru duduk dimalaysia dan menyokong Malaysia semasa pertandingan bola antara Malaysia dengan Indonesia. Siap bagi tahu satu Malaysia yang dia satu sekolah dgn Pamungkas, salah seorang dari pemain Indonesia. Macam mana baru masuk malaysia dah ada mykad ni....sedih saya..
Putera Bangsa · Pengulas Tertinggi · Bangalore University
majoroti rakyat akan bersama anda sekalian...sama2 kita pastikan UMNO BN akan dilingkupkan oleh rakyat dalam PRU13 nanti.
Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · University of chiba
Pls bros...jgn takut.rakyat pun dah tak takut,takan pemimpin kecut perut.Ayoh kita bsama.humban umno humban bn.ABU
Rosmaiza Daud · Pengulas Tertinggi · 37 years old
SOKONG DEMO, TAHNIAH , TEKAN KERAJAAN.SAMPAI LEMAH, KERAJAAN SEKARANG TAK BOLEH BAGI SELESA SANGAT
Oh Dunia
Bismillahirrahmanirahim..
Ya Allah selamatkan Palestin...Allahuakbar3x
Mari kita bongkar segala rahsia
Byk info menarik kami kongsikan!
http://www.facebook.com/alKisah.Dunia
TQ
Muhammad Izzuddin · Pengulas Tertinggi
Kata nak Jodi negara maju tapi banyak masalah asas Rakyat tidal dipedulikan Oleh pemerintah.
Wandi Nuruz · Pengulas Tertinggi · Bawah tanah di Kementerian Pelajaran Malaysia
dasar pakya tak sedar diri..... datang mengemis di bumi orang sedangkan di bumi sendiri dah jadi pengemis..
Abdullah Abe Loh · Pengulas Tertinggi
Jgn marah polis,polis hanya jln kan tugan,menteri pondan tu arah,kesian polis...
PKR kait ahli keluarga Pak Lah dengan projek meter
Pengerusi
biro pelaburan PKR Wong Chen mendakwa seorang anggota keluarga bekas
perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam salah satu
syarikat yang membekalkan meter baru untuk pengguna Tenaga Nasional Bhd
(TNB).Malaysiakini tidak menyiarkan nama syarikat berkenaan sebelum mendapat reaksi individu terbabit.
Ketika ditanya selepas itu, Wong berkata beliau mahu TNB menjelaskan mengenai perolehan kontrak berkenaan kerana bimbang ia akan dikaitkan dengan kronisme.
Beliau juga mahu TNB mengemukakan butiran penuh secara telus mengenai kontrak untuk membekalkan meter baru tersebut, yang dibimbangi akan membebankan pengguna.
"Ini satu pernyataan fakta. Kami tidak menuduh apa-apa tetapi ia lebih bagus jika TNB tampil ke hadapan dan menjelaskan perkara ini sebelum orang ramai mengaitkannya dengan perkara seperti kronisme," katanya ketika dihubungi.
TNB pada Oktober ini menangguhkan program penggantian meter berkenaan ekoran rungutan pengguna yang mengadu dikenakan caj tinggi selepas menukar alat tersebut.
Menteri yang bertanggungjawab ke atas TNB, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika mengumumkan perkara itu juga berkata ia ditangguhkan sementara menunggu sehingga garis panduan untuk program tersebut ditetapkan.
Kadar tarif juga akan dikekalkan sehingga Jun tahun depan, kata Peter Chin seperti dilaporkan.
Mengulas perkara itu, Wong menganggarkan bahawa pengguna akan menanggung beban sebanyak RM688 juta setiap tahun sekiranya meter baru itu memberi peningkatan dua peratus dalam semua bil elektrik.
Beliau juga menganggarkan bahawa TNB perlu menanggung kos RM2 bilion berdasarkan anggaran harga RM250 untuk setiap unit meter bagi 8.03 juta pengguna.
"Memandangkan meter elektrik baru ini mempunyai jangka hayat (selama) 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar RM6.88 bilion lebih kepada TNB untuk tempoh 10 tahun," katanya lagi.
Dalam sidang media sama, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula menuntut agar TNB mendedahkan butiran mengenai tender berkenaan secara telus.
"Perkara ini sewajarnya dilihat sebagai isu kepentingan nasional yang melibatkan berbilion ringgit."
ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.
Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.
Manimaran Annamalai · SMK MES
INILAH KERJA BN ASEK NAK SALAHKAN ORANG LAIN. SEMASA BN JADI KERAJAAN NEGERI BANJIR JUGA, TAK ADA PUN PR SALAHKAN BN,,,,,,,,,,,, POODAH BN BN BN
Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
Bagaimana kalau kl banjir kilat silap apa agaknya mp md zain..tentu projek bagi kroni.....kerja 10m claime 20m...
Ibrahim Mat Isa · Langgani · Pengulas Tertinggi · Producer di AimMedia Production
Itu hari mereka bising kononnya Selangor tak ada air minum.. Empang kering dah.. Bila Allah bagi hujan lebat2 dan air melimpah2 sampai banjir dah nak salahkan pasal korek pasir pulak.. Masa BN perintah dulu pun sama juga banjir bagai nak rak Selangor tu, carigali pasir berjalan serupa juga.. Masa tu semua isu tutup!
Kalagit Joe · University Science of Malaysia
harap-harap banjir yang berlaku di negeri-negeri lain bukan pasal perlombongan pasir he he...
Nizam Abd Manan · Pengulas Tertinggi · Sek.men.anderson ipoh
inilah pemimpin yg tidak wajib disokong oleh rakyat selangor.kenapa tidak komen negeri2 seperti melaka, johor, perak, negeri sembilan juga menghadapi banjir.insyaallah bekalan air di selangor khususnya & malaysia amnya mencukupi.ini adalah kerana negara kita terletak di garisan khatulistiwa.adakah perlu projek langat 2 diteruskan.fikir-fikirkan
Chin Puipui · Pengulas Tertinggi · Director di Electric Manager
Baru aku tahu zaman pemerintahan bee end pasir di Selangor masih belum ditemui... selepas pr memerintah baru puak2 umno ini menemui pasir begitu banyak di Negeri Selangor dan tanpa disedari kerajaan pr, pasir ini telah di curi dengan berleluasa sehingga hari ini dan menyebabkan banjir kilat berlaku di merata tempat termasuklah di Kuala Lumpur.
Pak Yeop Abdullah · Pengulas Tertinggi · Sekolah atap jer
Aku rasa Ir dia ni beli kot....bercakap x profesional...ikut sedap mulut jer...patut ler projek Bn banyak bangunan runtuh...Habistu banjir kat Johor ngan N9 sebab lombong pasir gak ker????
Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
dia ni nak marahkan umno. nawaitunya nak palitkan kejaan PKR. kerja pasir ni dah berpuluh2 tahun, kerja siapa tu? sekarag ni puak2 mana yg mengganas pasir? coba sekat sepenuhnya tau la kita nnti siapa yg bersilat.
Kyototan Abdul · Pengulas Tertinggi
Kalau lombong pasir maka sungai akan jadi lebih dalam dan bukan sebaliknya. Jika betul sungai cetek maka kenalah memdalaminya dengan lombong pasir disungai tersebutlah.
Mohd Ridzuan Bin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Bangi, Malaysia
aku sokong kenyataan tu...tapi kalo hulu dah korek bagi dalam.. yang tak hilir nape tak di korek bagi dalam apa akan jadi..? kalo padat tang atas..yang bawah terima la nasibnya...sapa yang pernah duduk kat teras jernang tau la kisah last year macam mana teruknya air kat situ naik..
Abdul Malek Hassan · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur International Airport
MP cum Engineer ni bahalol.. songlap duit rakyat jer dia tau nye..
Ahmad Albab · Bekerja di IKHLAS CONSULTANT AND SERVICES
kt sepang pun bnjir jgk? hehehe ni suma keja balaci kau la MP oi.., penyamun pasir..
Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · University of chiba
Udah lah zain badak.jgn asik nak cakap yg tak lojik.ari tu marah kata selangor kurang air.ni Allah dah bagi byk air tadah lah.lg pun dari 55thn umno perintah,Selangor tak putus2 banjir,apa yg kau buat masa jadi menteri jkr?Tu negeri2 yg umnongok perintah pun banjir juga.kenapa kau tak salahkan mb2 dia org.ape2 pun aku percaya mb khalid akan berusaha selesaikan nya.khalid ni otak dia jauh lebih baik dari mat toyol.
Fuad Husain · Pengulas Tertinggi · Tukang kayu di Kementerian Pelajaran Malaysia
BODO PUNYA MP. TAK PERNAH BASAH KENA HUJAN KE ? BANJIR DI SEBABKAN OLEH HUJAN BERLEBIHAN, APA KENA MENGENA DGN PASIR PULAK ? TAK TAHU KE BUAT2 TAK RETI...PASIR DI SGOR PENYUMBANG TERBESAR PEMBANGUNAN DI KL, PUTRA JAYA JUGA..SEBAB NAK GUNA UNTUK BINA LEBUH RAYA, JLN RAYA, BANGUNAN DSBNYA. KALAU NAK TUNJUK MUKA KAT TV3 SUKU PUN...BAWALAH CERITA LEMBU KE, CERITA BAS KE, ATAUPUN CERITA POKOK KOPI...BARU MELETOP !
Mujahid Islam · Pengulas Tertinggi · 39 years old
Banjir ni adalah disebabkan hujan yg turun. Hujan pula dtg dari pemberian allah yg esa jadi mana salahnya kerajaan selangor md zin? Jgn salahkan hasil dari melombong pasir dulu umno pegang banjir juga. Bandaraya kl banjir juga walau umno buat terowong smart.bodoh betul org umno ni.
Sukhaini Salim · Pengulas Tertinggi · Nil
aikkkk baru 5 taun PR perintah, ko dah kata cam tu.... yang ko sakau 50 tahun lebih tu apa ke jadahnya. mangggkoq. Ko antar wish kat aku masa betday aku tu ari, apa pun tq...tapi jangan ingat aku nak bagi undi aku kat ko dan geng panyangak bee end yang lain. Tobat lahuuum aku tak bagi. Undi aku untuk PR!!!
Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
kenapa lah bangang sangat xmenteri kerjaraya nie..... patut lah pun tak jadi menteri dah.... tak dermodal lain ker... masalah banjir dah berpuloh tahun dah ... kalau nak selesai sebelum pr kat selangor dah selesai dahhhh.... lebih 50 tahun pun cam tur gak.... sudah lerrrr... memang ler perlombongan pasir dihadhadkan.... kalu umnobe'end selagi ader nak digondol, dirompak sampai abih... kalu hasih nya ok tak per gak.... hang tak tengok ker hasil pasir skrg..... sudah ler terliur nak jadi mb selangor ker...? kalu be'end menang dah tentu najib jadi mb hehehehehehe....

hurm tak tau la plak kalo kat jalan lama ukm-bangi lama tuh kerja sapa...siap renew kontrak gali pasir kat situ....
Dr M: '...Marah tak sampai tahap nak tembak, bunuh'
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun terdapat
perbezaan politik di Malaysia, ia tidak menjejas kestabilan dan
pembangunan negara.
Malah keadaan ini membenarkan kerajaan yang dipilih membangunkan negara ini dalam tempoh 55 tahun sehingga lebih baik dan mencapai kemajuan ekonomi menakjubkan berbanding negara yang mencapai kemerdekaan sama dengan Malaysia, katanya.
"Walaupun kita (kerajaan) marah kepada parti lawan (pembangkang) dan parti lawan marah kepada kita, tapi ia tidak sampai tahap nak tembak bunuh. Itu bukan budaya kita.
"Oleh itu, kita harus kekalkan. Kalau ada masalah, kita berbincang dan berdebat dalam Parlimen," katanya pada majlis makan malam merai tiga anggota Dewan Negara yang tamat tempoh lantikan di Bangunan Parlimen malam ini.
Mereka ialah Dr Ramakrishnan Suppiah (DAP), Dr Syed Husin Ali (PKR) dan Datuk Maijol Mahap, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang mengumumkan keluar parti itu dan BN pada Ogos lepas bagi menyertai pembangkang.
Mereka dilantik selama sepenggal, iaitu sejak 2009.
Dr Mahathir juga berkata ini berbeza dengan beberapa negara lain yang menyaksikan pergaduhan serta pembunuhan berlaku dalam Parlimen hanya kerana perbezaan pendapat politik.
"Atas faktor itu, rakyat Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan perlu mengekalkan momentum kedamaian itu," katanya.
Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
- Bernama
4 Disember 2012
SHAH ALAM – Wacana Sinar Harian ke-16 Khamis ini, yang akan mengupas
topik "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" akan menyediakan ruang
kepada rakyat khususnya pengundi memperoleh gambaran sebenar mengenai
politik ganas, yang menjadi percakapan ramai, lebih-lebih menjelang
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana ahli panel terdiri daripada latar belakang yang berlainan dengan pengalaman yang luas, topik kali ini "memang menarik" untuk diikuti.
"Datuk Mohd Tap akan memberi gambaran dari segi budaya politik dan integriti, begitu juga dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa, yang ada pengalaman mendalam dalam menjaga ketenteraman awam semasa menjadi Ketua Polis Negara.
"Yang Berhormat Kamalanathan pula ada pengalaman ketika kempen pilihan raya kecil. Dan, kita ada pakar undang-undang yang akan memberi pandangan dari segi undang-undang.
"Jadi, keseluruhan kami memilih topik berdasarkan perkembangan semasa, yang sudah pasti akan memberi maklumat dan input bernas kepada orang ramai," kata beliau lagi.
Ahli panel terdiri daripada Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin.
Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 2.30 petang.
Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai wacana ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.
Masuk adalah percuma. Ikuti makluman semasa di www.sinarharian.com.my.
Aku mencoretkan ini, yang diambil dari blog naqib usrahku, Farid Al-Bariti bertujuan
bukan sekadar memperingati pemergian 14 orang syuhada Memali, tetapi
aku ingin mempersembahkan tulisan ini buat para pembaca supaya kita dan
generasi mendatang akan terus sedar perihal kekejaman dan kezaliman yang
diatur dicorak oleh pemerintahan UMNO/BN.
Sampaikanlah cerita ini, moga-moga lipatan sejarah Memali tidak mampu diganggu-gugat oleh fakta-fakta putar belit Majlis Professor Negara, buku-buku Sejarah KBSM dan mulut-mulut sang keparat yang tidak pernah gentar menyebarkan fitnah.
Hari ini, sudah 26 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali. Sepelaung air mata darah keluarga syuhada telah tumpah ke bumi. 26 tahun menjadi saksi segalanya. Al-fathihah buat seluruh para syuhada Memali.
BABAK SATU (18 November 1985)
001: Pada jam 1935 Berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 Pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 Berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Pada Jam 2045Sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Pada Jam 2147 Pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.
007: Pada Jam 2147 Semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 2400 Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.
Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
BABAK DUA (9 November 1985)
009: Jam 0100 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang.
Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 Satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalahsasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telahditolak oleh pegawai pemerintah.
013: Jam 0521 Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telahditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014: Jam 0559 Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 0815 Setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 1105 Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 Pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim Beliau telah melawan mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: “Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”
018: Jam 1213 Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi
sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.
019: Jam 1305 Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitammengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 Kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata:
“Hari ini hari kau. Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara.”
BABAK TIGA (21 November 1985)
Setiap insan yang waras dalam kalangan manusia di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran !
Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang berkata:
“Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang”
BABAK EMPAT (26 Tahun Kemudian)
Kini, Memali terus segar dalam simpanan memori para pejuang Islam. Mereka yang cintakan keadilan pasti tersentap dengan perkhabaran tragis ini. Sudah pasti, cerita ini akan menjadi paluan semangat buat seluruh ahli gerakan, betapa ALLAH akan memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang berjuang bermati-matian membela dan membantu agama-Nya.
Kita menginsafi, betapa ayat ALLAH bahawa tidak ada jalan yang mudah bagi mereka yang berusaha menegakkan kalimah kebenaran di muka bumi ternyata benar. Para syuhada telah memilih untuk memperdagangkan nyawa dan darah mereka kepada ALLAH sebagaimana firman dalam surah As-Saff yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, tahukah kamu akan sebuah perniagaan yang dapat menyelamatkan diri kamu daripada azab api neraka?. Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, dan bejihad dijalan-Nya dengan hartamu dan nyawamu, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mengetahui”
(As-Saff : 10-11)
Mereka beruntung, kerana berjaya mencapai cita-cita tertinggi tersebut. Alfathihah buat seluruh syuhada Memali yang gugur syahid. Moga ALLAH sentiasa merahmati dan mencurahkan kebaikan kepada mereka dan ahli keluarga mereka.
Artikel diatas ditulis oleh Saudara Ahmad Tajuddin, Exco Informasi & Penerbitan ISIUKM dalam blog beliau, Time To Change. Untuk membaca artikel asal, boleh klik di sini. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan dengan pendirian sebenar ISIUKM.
ISLAM UNTUK SEMUA
"Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua sedia maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan.
"Sehingga kini pihak kerajaan negeri masih lagi tidak memberikan penyelesain konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang," katanya pada sidang media di Dengkil hari ini.
Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor menyifatkan tuduhan kerajaan Pakatan kononnya ban sungai pecah disebabkan oleh aktiviti pertanian sebagai pembohongan besar dan tidak masuk akal.
Menurutnya kerajaan negeri gagal memantau operasi perlombongan pasir yang tidak terkawal di beberapa lokasi terutamanya di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang, selain semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran juga tidak selari.
"Kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh," jelasnya.
Beliau juga mahukan penjelasan kerajaan negeri berhubung hasil pasir yang tidak konsisten berbanding aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa.
- Bernama
keselamatan dan pertahanan.
Beliau berkata perkara itu penting, bagi mengelakkan kenyataan itu menjadi bahan ketawa pihak yang lebih mengetahui.
"Saya fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Sabtu lalu yang membuat andaian sekiranya pakatan pembangkang memerintah, mereka akan membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.
Reaksi daripada kenyataan itu, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene menafikannya dengan menyatakan bahawa nisbah anggota polis kepada penduduk di negara ini adalah seorang untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata soal keselamatan dan pertahanan negara tidak harus dipolemikkan kerana soal keselamatan dan pertahanan negara tidak ada sebarang kompromi.
"Kita sebagai rakyat Malaysia harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk mereka jalankan tanggungjawab," katanya.
-Bernama
Tertuduh keempat R Kathavarayan, membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya, kata Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian setelah peguam Manjeet Singh Dhillon membangkitkan mengenai kehadiran ramai anggota polis yang berkawal di mahkamah itu.
Manjeet yang mewakili tertuduh pertama, bekas peguam N Pathmanabhan, turut mempersoal kenapa Kathavarayan diasingkan daripada tertuduh yang lain.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata pada prosiding semalam, beliau telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk pendakwaan atau pembelaan mendekati Kathavarayan memandangkan tertuduh masih belum selesai memberi keterangan.
Ishak turut menjelaskan bahawa tertuduh keempat telah membuat laporan polis mengenai keselamatan keluarganya, dan oleh itu adalah tidak salah pihak polis menjalankan tugas menjaga keselamatan.
Hakim Akhtar bertanyakan Kathavarayan mengapa dia membuat laporan polis dan tertuduh menjawab dia akan menjelaskannya apabila memberi keterangan nanti.
Ketika Hakim Akhtar membangkitkan mengenai peguam bela, tertuduh keempat menjawab: "Saya ingin bercakap, saya tidak mahu peguam."
Pada prosiding semalam, peguam Ravi Nekoo yang mewakili Kathavarayan memutuskan untuk menarik diri daripada mewakili tertuduh, atas alasan keterangan diberikan tertuduh di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan kepada peguam itu sebelum ini.
Manjeet Singh kemudian mencadangkan bahawa tertuduh perlu diwakili peguam bela memandangkan kes itu melibatkan hukuman mati mandatori.
"Kita sudah pun habiskan masa dua tahun (terhadap kes ini). Saya tidak mahu menghabiskan dua tahun lagi. Jika dia tidak suka peguam yang ada, dia masih boleh tukar, tetapi dia mesti diwakili," katanya.
Hakim Akhtar kemudian memutuskan bahawa mahkamah akan melantik peguam untuk mewakili Kathavarayan bagi membolehkan tertuduh merujuk kepada peguam berhubung keterangan yang akan diberikannya dalam perbicaraan.
"Jika dia tidak diwakili, dia akan memberikan keterangan yang tidak relevan. Peguam boleh memudahkan bagaimana soalan dikemukakan. Tertuduh boleh mempercayainya.
Berikutan perkembangan terbaharu itu, Akhtar memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 14 Jan tahun depan.
Kathavarayan, 32, diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, dan R Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Keempat-empat tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Malah keadaan ini membenarkan kerajaan yang dipilih membangunkan negara ini dalam tempoh 55 tahun sehingga lebih baik dan mencapai kemajuan ekonomi menakjubkan berbanding negara yang mencapai kemerdekaan sama dengan Malaysia, katanya.
"Walaupun kita (kerajaan) marah kepada parti lawan (pembangkang) dan parti lawan marah kepada kita, tapi ia tidak sampai tahap nak tembak bunuh. Itu bukan budaya kita.
"Oleh itu, kita harus kekalkan. Kalau ada masalah, kita berbincang dan berdebat dalam Parlimen," katanya pada majlis makan malam merai tiga anggota Dewan Negara yang tamat tempoh lantikan di Bangunan Parlimen malam ini.
Mereka ialah Dr Ramakrishnan Suppiah (DAP), Dr Syed Husin Ali (PKR) dan Datuk Maijol Mahap, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang mengumumkan keluar parti itu dan BN pada Ogos lepas bagi menyertai pembangkang.
Mereka dilantik selama sepenggal, iaitu sejak 2009.
Dr Mahathir juga berkata ini berbeza dengan beberapa negara lain yang menyaksikan pergaduhan serta pembunuhan berlaku dalam Parlimen hanya kerana perbezaan pendapat politik.
"Atas faktor itu, rakyat Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan perlu mengekalkan momentum kedamaian itu," katanya.
Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
- Bernama
Wacana Sinar Harian kupas isu 'politik samseng'
4 Disember 2012
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana ahli panel terdiri daripada latar belakang yang berlainan dengan pengalaman yang luas, topik kali ini "memang menarik" untuk diikuti.
"Datuk Mohd Tap akan memberi gambaran dari segi budaya politik dan integriti, begitu juga dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa, yang ada pengalaman mendalam dalam menjaga ketenteraman awam semasa menjadi Ketua Polis Negara.
"Yang Berhormat Kamalanathan pula ada pengalaman ketika kempen pilihan raya kecil. Dan, kita ada pakar undang-undang yang akan memberi pandangan dari segi undang-undang.
"Jadi, keseluruhan kami memilih topik berdasarkan perkembangan semasa, yang sudah pasti akan memberi maklumat dan input bernas kepada orang ramai," kata beliau lagi.
Ahli panel terdiri daripada Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin.
Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 2.30 petang.
Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai wacana ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.
Masuk adalah percuma. Ikuti makluman semasa di www.sinarharian.com.my.
Peristiwa Memali : Rentetan Sebuah Sejarah Hitam Malaysia
Sampaikanlah cerita ini, moga-moga lipatan sejarah Memali tidak mampu diganggu-gugat oleh fakta-fakta putar belit Majlis Professor Negara, buku-buku Sejarah KBSM dan mulut-mulut sang keparat yang tidak pernah gentar menyebarkan fitnah.
Hari ini, sudah 26 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali. Sepelaung air mata darah keluarga syuhada telah tumpah ke bumi. 26 tahun menjadi saksi segalanya. Al-fathihah buat seluruh para syuhada Memali.
BABAK SATU (18 November 1985)
001: Pada jam 1935 Berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 Pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 Berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Pada Jam 2045Sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Pada Jam 2147 Pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.
007: Pada Jam 2147 Semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 2400 Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.
Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
BABAK DUA (9 November 1985)
009: Jam 0100 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang.
Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 Satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalahsasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telahditolak oleh pegawai pemerintah.
013: Jam 0521 Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telahditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014: Jam 0559 Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 0815 Setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 1105 Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 Pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim Beliau telah melawan mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: “Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”
018: Jam 1213 Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi
sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.
019: Jam 1305 Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitammengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 Kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata:
“Hari ini hari kau. Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara.”
BABAK TIGA (21 November 1985)
Setiap insan yang waras dalam kalangan manusia di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran !
Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang berkata:
“Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang”
BABAK EMPAT (26 Tahun Kemudian)
Kini, Memali terus segar dalam simpanan memori para pejuang Islam. Mereka yang cintakan keadilan pasti tersentap dengan perkhabaran tragis ini. Sudah pasti, cerita ini akan menjadi paluan semangat buat seluruh ahli gerakan, betapa ALLAH akan memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang berjuang bermati-matian membela dan membantu agama-Nya.
Kita menginsafi, betapa ayat ALLAH bahawa tidak ada jalan yang mudah bagi mereka yang berusaha menegakkan kalimah kebenaran di muka bumi ternyata benar. Para syuhada telah memilih untuk memperdagangkan nyawa dan darah mereka kepada ALLAH sebagaimana firman dalam surah As-Saff yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, tahukah kamu akan sebuah perniagaan yang dapat menyelamatkan diri kamu daripada azab api neraka?. Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, dan bejihad dijalan-Nya dengan hartamu dan nyawamu, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mengetahui”
(As-Saff : 10-11)
Mereka beruntung, kerana berjaya mencapai cita-cita tertinggi tersebut. Alfathihah buat seluruh syuhada Memali yang gugur syahid. Moga ALLAH sentiasa merahmati dan mencurahkan kebaikan kepada mereka dan ahli keluarga mereka.
Artikel diatas ditulis oleh Saudara Ahmad Tajuddin, Exco Informasi & Penerbitan ISIUKM dalam blog beliau, Time To Change. Untuk membaca artikel asal, boleh klik di sini. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan dengan pendirian sebenar ISIUKM.
ISLAM UNTUK SEMUA
MP dakwa banjir di S'gor akibat lombong pasir
Perlombongan
pasir secara berleluasa dan tidak terkawal merupakan punca utama
berlakunya banjir di beberapa kawasan di Selangor sejak kebelakangan
ini, dakwa ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed. "Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua sedia maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan.
"Sehingga kini pihak kerajaan negeri masih lagi tidak memberikan penyelesain konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang," katanya pada sidang media di Dengkil hari ini.
Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor menyifatkan tuduhan kerajaan Pakatan kononnya ban sungai pecah disebabkan oleh aktiviti pertanian sebagai pembohongan besar dan tidak masuk akal.
Menurutnya kerajaan negeri gagal memantau operasi perlombongan pasir yang tidak terkawal di beberapa lokasi terutamanya di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang, selain semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran juga tidak selari.
"Kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh," jelasnya.
Beliau juga mahukan penjelasan kerajaan negeri berhubung hasil pasir yang tidak konsisten berbanding aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa.
- Bernama
Manimaran Annamalai · SMK MES
INILAH KERJA BN ASEK NAK SALAHKAN ORANG LAIN. SEMASA BN JADI KERAJAAN NEGERI BANJIR JUGA, TAK ADA PUN PR SALAHKAN BN,,,,,,,,,,,, POODAH BN BN BN
Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
Bagaimana kalau kl banjir kilat silap apa agaknya mp md zain..tentu projek bagi kroni.....kerja 10m claime 20m...
Ibrahim Mat Isa · Langgani · Pengulas Tertinggi · Producer di AimMedia Production
Itu hari mereka bising kononnya Selangor tak ada air minum.. Empang kering dah.. Bila Allah bagi hujan lebat2 dan air melimpah2 sampai banjir dah nak salahkan pasal korek pasir pulak.. Masa BN perintah dulu pun sama juga banjir bagai nak rak Selangor tu, carigali pasir berjalan serupa juga.. Masa tu semua isu tutup!
Kalagit Joe · University Science of Malaysia
harap-harap banjir yang berlaku di negeri-negeri lain bukan pasal perlombongan pasir he he...
Nizam Abd Manan · Pengulas Tertinggi · Sek.men.anderson ipoh
inilah pemimpin yg tidak wajib disokong oleh rakyat selangor.kenapa tidak komen negeri2 seperti melaka, johor, perak, negeri sembilan juga menghadapi banjir.insyaallah bekalan air di selangor khususnya & malaysia amnya mencukupi.ini adalah kerana negara kita terletak di garisan khatulistiwa.adakah perlu projek langat 2 diteruskan.fikir-fikirkan
Chin Puipui · Pengulas Tertinggi · Director di Electric Manager
Baru aku tahu zaman pemerintahan bee end pasir di Selangor masih belum ditemui... selepas pr memerintah baru puak2 umno ini menemui pasir begitu banyak di Negeri Selangor dan tanpa disedari kerajaan pr, pasir ini telah di curi dengan berleluasa sehingga hari ini dan menyebabkan banjir kilat berlaku di merata tempat termasuklah di Kuala Lumpur.
Pak Yeop Abdullah · Pengulas Tertinggi · Sekolah atap jer
Aku rasa Ir dia ni beli kot....bercakap x profesional...ikut sedap mulut jer...patut ler projek Bn banyak bangunan runtuh...Habistu banjir kat Johor ngan N9 sebab lombong pasir gak ker????
Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
dia ni nak marahkan umno. nawaitunya nak palitkan kejaan PKR. kerja pasir ni dah berpuluh2 tahun, kerja siapa tu? sekarag ni puak2 mana yg mengganas pasir? coba sekat sepenuhnya tau la kita nnti siapa yg bersilat.
Kyototan Abdul · Pengulas Tertinggi
Kalau lombong pasir maka sungai akan jadi lebih dalam dan bukan sebaliknya. Jika betul sungai cetek maka kenalah memdalaminya dengan lombong pasir disungai tersebutlah.
Mohd Ridzuan Bin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Bangi, Malaysia
aku sokong kenyataan tu...tapi kalo hulu dah korek bagi dalam.. yang tak hilir nape tak di korek bagi dalam apa akan jadi..? kalo padat tang atas..yang bawah terima la nasibnya...sapa yang pernah duduk kat teras jernang tau la kisah last year macam mana teruknya air kat situ naik..
Abdul Malek Hassan · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur International Airport
MP cum Engineer ni bahalol.. songlap duit rakyat jer dia tau nye..
Ahmad Albab · Bekerja di IKHLAS CONSULTANT AND SERVICES
kt sepang pun bnjir jgk? hehehe ni suma keja balaci kau la MP oi.., penyamun pasir..
Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · University of chiba
Udah lah zain badak.jgn asik nak cakap yg tak lojik.ari tu marah kata selangor kurang air.ni Allah dah bagi byk air tadah lah.lg pun dari 55thn umno perintah,Selangor tak putus2 banjir,apa yg kau buat masa jadi menteri jkr?Tu negeri2 yg umnongok perintah pun banjir juga.kenapa kau tak salahkan mb2 dia org.ape2 pun aku percaya mb khalid akan berusaha selesaikan nya.khalid ni otak dia jauh lebih baik dari mat toyol.
Fuad Husain · Pengulas Tertinggi · Tukang kayu di Kementerian Pelajaran Malaysia
BODO PUNYA MP. TAK PERNAH BASAH KENA HUJAN KE ? BANJIR DI SEBABKAN OLEH HUJAN BERLEBIHAN, APA KENA MENGENA DGN PASIR PULAK ? TAK TAHU KE BUAT2 TAK RETI...PASIR DI SGOR PENYUMBANG TERBESAR PEMBANGUNAN DI KL, PUTRA JAYA JUGA..SEBAB NAK GUNA UNTUK BINA LEBUH RAYA, JLN RAYA, BANGUNAN DSBNYA. KALAU NAK TUNJUK MUKA KAT TV3 SUKU PUN...BAWALAH CERITA LEMBU KE, CERITA BAS KE, ATAUPUN CERITA POKOK KOPI...BARU MELETOP !
Mujahid Islam · Pengulas Tertinggi · 39 years old
Banjir ni adalah disebabkan hujan yg turun. Hujan pula dtg dari pemberian allah yg esa jadi mana salahnya kerajaan selangor md zin? Jgn salahkan hasil dari melombong pasir dulu umno pegang banjir juga. Bandaraya kl banjir juga walau umno buat terowong smart.bodoh betul org umno ni.
Sukhaini Salim · Pengulas Tertinggi · Nil
aikkkk baru 5 taun PR perintah, ko dah kata cam tu.... yang ko sakau 50 tahun lebih tu apa ke jadahnya. mangggkoq. Ko antar wish kat aku masa betday aku tu ari, apa pun tq...tapi jangan ingat aku nak bagi undi aku kat ko dan geng panyangak bee end yang lain. Tobat lahuuum aku tak bagi. Undi aku untuk PR!!!
Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
kenapa lah bangang sangat xmenteri kerjaraya nie..... patut lah pun tak jadi menteri dah.... tak dermodal lain ker... masalah banjir dah berpuloh tahun dah ... kalau nak selesai sebelum pr kat selangor dah selesai dahhhh.... lebih 50 tahun pun cam tur gak.... sudah lerrrr... memang ler perlombongan pasir dihadhadkan.... kalu umnobe'end selagi ader nak digondol, dirompak sampai abih... kalu hasih nya ok tak per gak.... hang tak tengok ker hasil pasir skrg..... sudah ler terliur nak jadi mb selangor ker...? kalu be'end menang dah tentu najib jadi mb hehehehehehe....
Mohd Ridzuan Bin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Bangi, Malaysia
hurm tak tau la plak kalo kat jalan lama ukm-bangi lama tuh kerja sapa...siap renew kontrak gali pasir kat situ....
Pembangkang disaran semak fakta sebelum keluar kenyataan
Menteri
Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta para pemimpin
pembangkang menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai
sesuatu isu terutama membabitkan soalkeselamatan dan pertahanan.
Beliau berkata perkara itu penting, bagi mengelakkan kenyataan itu menjadi bahan ketawa pihak yang lebih mengetahui.
"Saya fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Sabtu lalu yang membuat andaian sekiranya pakatan pembangkang memerintah, mereka akan membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.
Reaksi daripada kenyataan itu, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene menafikannya dengan menyatakan bahawa nisbah anggota polis kepada penduduk di negara ini adalah seorang untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata soal keselamatan dan pertahanan negara tidak harus dipolemikkan kerana soal keselamatan dan pertahanan negara tidak ada sebarang kompromi.
"Kita sebagai rakyat Malaysia harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk mereka jalankan tanggungjawab," katanya.
-Bernama
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 256 subscribers
PR tak sentuh.. PR tak dapat apa apa pun.. yg 'sentuh' dan 'dapat' adalah mereka yg kononya profesional....mangkuk lah Zahid ne..!! setiap rakyat berhak utk ambil tahu mengenai hal berkaitan dgn keselamatan negara..kerana ini negara.. RAKYAT YG PUNYA.....!!!! Harap Zahid cukup jelas kedudukannya dlm isu ni...
Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
Pisang Madu ..''Soal Keselamatan dan Pertahanan Negara tidak harus dipolimikkan kerana soal Keselamatan dan Pertahanan Negara tidak ada sebarang Kompromi''Cukuplah segelintir ahli2 Oumno telah DIPERBODOHKAN..Terlalu banyak isu berkait dengan soal Keselamatan Negara tidak dipedulikan..keluar lagi kenyataan yang menunjukkan KETIDAKCERDIKKAN.
словоз азланов · Pengulas Tertinggi
umno pun patutnya begitu juga, semak dulu baru keluarkan berita di surat khabar atau di pertontonkan di tv berkaitan berita dari pakatan.....apamacam bro ada brani....
Abe Piea · Pengulas Tertinggi
FAKTA dari kaca mata rakyat/undian Sinar Harian:
Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda:
Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon.. 6 % (719)
Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon... 3
% (289)
Tidak akan kerja masa PRU................................13 7 % (787)
Saya akan sabotaj Umno-BN ..............................31 % (3380)
Saya akan lompat parti ......................................53 % (5892).
Jumlah Undian: 11067
Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?
Pas..................93 % (13723)
Umno................7 % (988)
Jumlah Undian: 14711
...Lihat seterusnya..
Sangkakala Ajal · Pengulas Tertinggi · Supervisor di Tanah Perkuburan
PROFESINAL SGT LA TU HNGGAKAN SBESAR2 ENJIN JET BLH HILANG....
Arjuna Kayangan Layangan · Pengulas Tertinggi
senjata yg power2 tu sumbang la ke Gaza sedikit...
bukan tuk pameran hari kemerdekaan semata2...
lebih diberkati Allah
Tengku Utara · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hino pilot
Bekas KPN Musa Hassan kata Hishamuddin campurtangan dalam tugas polis. Apa citer?
Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
pembangkang pun rakyat malaysia juga......mereka pun ada hak utk bersuara demi keselamatan dan pertahanan negara.....itu bukan tugas hakiki umno.salahkah pembangkang utk bersuara......?jenayah dimalaysia sekarang ini kalau nak mengharapkan polis tanpa bantuan dari rakyat mmg parah.rumah KP umno PP pun kena rompak.....jongkong emas hilang.itu belum rumah menteri lagi.
Rosmaiza Daud · Pengulas Tertinggi · 37 years old
JELASKAN KENYATAAN BEKAS IGP.HISYAMUDIN CAMPUR TANGAN URUSAN POLIS.JELASSSSSSSSSSSSSSSKAN LA MENTERI PENAKUT
Ruslani Mohd Hassan · Pengulas Tertinggi · SC/MCE
Kerana terlalu profesionallah berlakunya apabila beli kereta-kebal tidak boleh digunakan, beli kapal terbang tersadai di padang pasir, beli kapal selam tetapi tidak boleh menyelam, beli megi RM1 sebungkus jadi RM3 sebungkus, apa lagi ..........
Cahaya Kebenaran · Pengulas Tertinggi · SMKT, Sungkai
Zaman BN kuata polis 1:500 untk zaman pakatan rakyat pulak.. 1:1000, kadar jenayah turun 80% sebab rakyat takut untuk melakukan kejahatan.. puncanya dari mana? dari kehebatan pemimpin pakatan rakyat yg tidak mengamalkan pecah amanah, rasuah, tipu rakyat, kongsi gelap, shubahat dgn pengedar dadah dan macam2 lagi. zahid tak nampak kebenaran tu... anak2 akan takut nk bt jahat kalau bapak dia tak buat................ ada faham?
Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · University of chiba
Zahih ape yg merapu cakap ni.Kalau rakyat xde hak d bumi sendiri,apa gunanya jadi rakyat.Lg pun rakyat tidak mempersoal kan dari mempertahan negara.Yg d persoalkan kenapa terlalu mahal aset2 yg d beli.Smp tak msk akal.Ade...erti..kah zahid...
Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
Memanglah beban anggota polis tinggi sebab pemimpin tak berminat nak kurangkan punca-punca jenayah atau masalah.....contoh pemimpin biarkan PATI keluar masuk Negara sesuka hati......pemimpin tak berminat nak hapuskan rasuah tu sebab rasuah sana sini so bertambahlah beban polis....dan banyak lagi......aduhai ...
Kami Benci Polis Ganas , Kejam , tak Berperikemanusiaan dan Jahat
Sesiapa benci dengan umno/bn sila like page nie banyak pendedahan dibuat dan sentiasa dikemaskini...
>>> http://www.facebook.com/pages/ Kami-Benci-Polis-Ganas-Keja m-tak-Berperikemanusiaan-d an-Jahat/ 104198649717591?ref=hl
Tajol Azmi Zulkifli · Pengulas Tertinggi · Sekolah Atap
Au rasa ada kebenarannya, tengok saja kat pusat beli belah terutama sekitar Kajang sampai 4 hingga 5 org polis , ada yg sempat lagi massage kat mesin urut..menjatuhkan imej kepolisan dimata umum.
Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
Menteri Amno pun tak semak fakta sebelum mengulas - hanya untuk bodek dan mengipas.
Rambo Shukur · Pengulas Tertinggi
FAKTA TERBARU ZAHID JANJI NK JAWAB ISU DEPAK, TP DIA KNCING TERMASUK DGN AHLI2 UMNO SEKALI..
Jai B. Jaij · Pengulas Tertinggi · Hard Knock University Mentaggor UK
sudah bawa balik engin jet ke>>> kata dah jumpa >>>
Latiff Haron · Pengulas Tertinggi · Sys batu gajah
Zhid.....kalau kau tahu soal keselamatan ini tiada kompromi, kenapa beli peralatan ketenteraan yg tidak berkualiti. Tentang pendatang asing kenapa beri 'Mykad' pd mereka. Helicopter nuri simpan buat apa, berapa banyak nyawa anggota keselamatn yg sudah melayang, kalau terkorban dlm perperangan lain cerita. Utk makluman kamu, RASUAH itu sudah cukup menggugat keselamatn negara?????????
Abdustar Noor Mohd · Pengulas Tertinggi · Seremban
Mangkuk hayun ni pun sama mcm Jib tak de telor dan penipu besar...rakyat kena tipu hidup2 dgn mangkuk hayun ni dlm kes Deepak...
Tertuduh kes Sosilawati bimbang keselamatan diri
Jumlah
anggota polis yang berkawal di Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes
bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya hari ini, lebih ramai
daripada biasa, ekoran seorang daripada tertuduh membuat laporan
bimbangkan keselamatannya.Tertuduh keempat R Kathavarayan, membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya, kata Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian setelah peguam Manjeet Singh Dhillon membangkitkan mengenai kehadiran ramai anggota polis yang berkawal di mahkamah itu.
Manjeet yang mewakili tertuduh pertama, bekas peguam N Pathmanabhan, turut mempersoal kenapa Kathavarayan diasingkan daripada tertuduh yang lain.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata pada prosiding semalam, beliau telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk pendakwaan atau pembelaan mendekati Kathavarayan memandangkan tertuduh masih belum selesai memberi keterangan.
Ishak turut menjelaskan bahawa tertuduh keempat telah membuat laporan polis mengenai keselamatan keluarganya, dan oleh itu adalah tidak salah pihak polis menjalankan tugas menjaga keselamatan.
Hakim Akhtar bertanyakan Kathavarayan mengapa dia membuat laporan polis dan tertuduh menjawab dia akan menjelaskannya apabila memberi keterangan nanti.
Ketika Hakim Akhtar membangkitkan mengenai peguam bela, tertuduh keempat menjawab: "Saya ingin bercakap, saya tidak mahu peguam."
Pada prosiding semalam, peguam Ravi Nekoo yang mewakili Kathavarayan memutuskan untuk menarik diri daripada mewakili tertuduh, atas alasan keterangan diberikan tertuduh di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan kepada peguam itu sebelum ini.
Manjeet Singh kemudian mencadangkan bahawa tertuduh perlu diwakili peguam bela memandangkan kes itu melibatkan hukuman mati mandatori.
"Kita sudah pun habiskan masa dua tahun (terhadap kes ini). Saya tidak mahu menghabiskan dua tahun lagi. Jika dia tidak suka peguam yang ada, dia masih boleh tukar, tetapi dia mesti diwakili," katanya.
Hakim Akhtar kemudian memutuskan bahawa mahkamah akan melantik peguam untuk mewakili Kathavarayan bagi membolehkan tertuduh merujuk kepada peguam berhubung keterangan yang akan diberikannya dalam perbicaraan.
"Jika dia tidak diwakili, dia akan memberikan keterangan yang tidak relevan. Peguam boleh memudahkan bagaimana soalan dikemukakan. Tertuduh boleh mempercayainya.
Berikutan perkembangan terbaharu itu, Akhtar memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 14 Jan tahun depan.
Kathavarayan, 32, diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, dan R Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Keempat-empat tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan