Ahad, 2 Disember 2012

SOMBONG PAKAIAN@SELENDANG ALLAH...JANGAN KATA2 KITA MENDAHULUI TAKDIR

Lagi pendedahan Felda jual minyak sawit ke Israel
Posted on Saturday, December 01 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Aisha Geoffrey
Keadilan Daily


KUALA LUMPUR 30 November: Satu lagi ‘bom besar’ berkaitan penjualan minyak sawit ke Israel oleh Felda akan didedahkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat esok, kata Mazlan Aliman.

“Saya akan dedahkan satu lagi maklumat berhubung penjualan minyak sawit Malaysia ke Israel esok, dalam himpunan di Johor,” kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu.

Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mempertimbang untuk saman Suara Keadilan dan Harakah.

Maslan berkata, kedua-dua akhbar tersebut memaparkan kenyataan Mazlan berhubung isu penjualan minyak sawit kepada Israel.

Selasa lalu, Suara Keadilan pada muka depannya melaporkan, anak syarikat Felda menjual minyak sawit kepada Israel, malah nilai import negara dari Israel berjumlah RM2 bilion pada 2010 dan 2011.

Sementara laporan Harakah pula bertarikh 26 November.

“Itu hak dia untuk saman. Apa yang saya nyatakan itu adalah benar. Saya ambil kira semua dokumen dan fakta. Saya tak takut berhadapan perkara ini,” tegas Mazlan ketika dihubungi.

“Saya ada banyak lagi maklumat untuk didedahkan, terpulang pada dia untuk saman, tapi ingat, setiap pendedahan akan bawa kesan yang lebih teruk kepada Umno,” katanya.

Mazlan sebelum ini mendedahkan penjualan sejumlah besar minyak sawit kepada Israel sejak tahun 2010.

Mazlan turut mendedahkan invois jualan minyak sawit mentah kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel berpengkalan di Singapura.

Sumber: keadilandaily.com


  Bayar Royalti Kelantan ke Pusat : “Jenayah pecah amanah” ?
Posted on Saturday, December 01 @ 20:06:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh M'kini
‘Mengapa Petronas bayar bahagian K’tan pada k’jaan pusat?’

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa tindakan Petronas Membayar 5 peratus bahagian Kelantan kepada kerajaan persekutuan adalah satu jenayah pecah amanah.Katanya, berdasarkan kenyataan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abas semalam, syarikat minyak negara itu sememangnya membayar 5 peratus bahagian negeri Kelantan kepada kerajaan persekutuan.


“Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan tidak menyampaikan pembayaran itu kepada kerajaan negeri Kelantan, tidak juga memasukkan ke dalam Akaun Wang Yang diSatukan Kerajaan Persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957 serta membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak Akta yang sama,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengingatkan bahawa Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada tahun 1975 dengan Petronas dan tidak ada sebarang perjanjian antara Kelantan dan Kerajaan Malaysia.
Menurut perjanjian itu, katanya, Petronas, bukan Kerajaan Malaysia, berjanji membayar secara langsung kepada Negeri Kelantan 5 peratus bayaran tunai dua kali setiap tahun bilamana pengeluaran bermula.
Oleh itu, tegasnya, mengapa Petronas tidak membayar langsung kepada Kelantan tetapi sebaliknya membayar kepada pihak ketiga iaitu kerajaan persekutuan.
“Jika Kelantan tidak layak menerima bayaran itu atas apa jua sebab, kerajaan persekutuan juga tidak berhak menerima lebih daripada 5 peratus bayaran tunai hak kerajaan persekutuan selain dividen dan cukai,” tegasnya.
Oleh itu, Husam mendakwa, pembayaran oleh Petronas 5 peratus hak Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan “adalah satu tindakan jenayah pecah amanah di mana hukumannya adalah mandatori penjara”.
Beliau mendakwa bahawa kerajaan persekutuan juga melakukan jenayah dengan bersubahat menerima bayaran bukan haknya dan menggunakan wang itu tidak seperti yang dikehendaki oleh perjanjian.
“Semua pihak yang bersubahat menggunakan wang ini secara salah, termasuk jawatankuasa Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Awang Adek juga melakukan jenayah pecah amanah yang sama,” tegasnya.
“Mustahil bagi Petronas untuk tidak memahami perjanjian mudah seperti itu dan sebarang tanggungjawab perundangan kembali kepada Petronas dengan semua anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertingginya akan dipertanggungjawabkan,” tambahnya.
Menurut Husam lagi, tindakan yang sesuai akan diambil oleh kerajaan Kelantan apabila tiba masanya.
“Kerajaan negeri juga akan menulis surat kepada Petronas untuk mendapatkan jumlah wang 5 peratus bahagian Kelantan yang telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan,” tambahnya.

 PAU dan bala tenteranya
Posted on Saturday, December 01 @ 20:02:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Barajiwa

Matlamat PAU dan misi bala tenteranya. Di kedai-kedai kopi di seluruh pelosok negara,  ramai sekali jaguh bersyarah ― bersyarah,  berpidato, saling bertegang leher malah kekadang menyinsing lengan berhujah mempertahankan perihal kebaikan partinya jika dibandingkan dengan parti lawan.

Contohnya di Kampung Kepala Bukit, Bukit Meriam atap rumbia warung Haji Wahab ― katanya, ya katanya ― telah berterbangan dek tempik soraknya Mat Jusoh si tukang rumah mempertahankan tindakan pemimpin partinya mendoakan kehancuran parti musuh.



Namun begitu tak ada sesiapa pun yang ambil peduli kecuali mungkin Mat Nan yang duduk bersebelahan Mat Jusoh yang sangat tidak enak kerana begitu kerap direnjis-renjis air liur berperisa petai.  Tak ada sesiapa yang ambil peduli akan hujah-hujahnya Mat Jusoh walaupun hujah-hujahnya kekadang mantap dan masuk akal jua.  Dan  yang selama ini melaut-laut meluatnya terhadap Mat Jusoh,  semakin bertimbun-timbunlah rasa meluatnya itu. Ertinya Mat Jusoh si penyokong kuat Pakatan Rakyat tidak dipedulikan kerana Mat Jusoh itu hanyalah seorang tukang rumah Kepala Bukit, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah. Titik.  (Nota: Haji Wahab terpaksa semat atap rembia yang baru.)


  
2.

Aku telah lama tidak pedulikan tv dan telah bertahun-tahun pula mogok membaca akhbar, apatah membeli akhbranya perdana. Sesekali kutontoni jua cerita Tamil hujung minggu yang tepu hingar bingar leluconnya yang tak kufahami maksudnya tapi kunantikan kemasan plot sehingga ke penghujungnya. Anak-anak dan isteri pelik mengamati kegemaranku tapi akhirnya mereka juga ikut-ikutan nonton cerita-cerita Tamil.  Ketika Persidangan Agung itu (PAU, tulis para penulis laman-laman digital) sedang berlangsung aku tidak peduli apakah dan bagaimanakah peristiwa itu-ini sedang terjadi.  Namun di laman-laman maya kubaca bahawa Pas keronyok habis-habisan, siang malam pagi dan petang oleh segenap lapisan peserta PAU, mulai dari para generalnya sehinggalah ke laskhar berjalan kakinya.  Mengikut teorinya teman Paksi-CAP, Pak Herry Nurdi semakin seseorang orang atau organisasi itu dihentam, maka semakin kuatlah ia jadinya.  Dan itu juga adalah petanda yang cukup jelas bahawa seseorang orang atau organisasi itu semakin gagah.

Makanya jika tuan bertanya kepadaku, apakah matlamat PAU yang baru lalu?  Ya, bagiku ia tak punya matlamat apa-apa KECUALI mahu menggagahkan (maaf, geli rasanya nak pakai per...yang itu) lagi Pas.


Penulis -- http://barabarajiwa.blogspot.com

UMNO bohong dalam semua perkara kecuali satu!
Posted on Saturday, December 01 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,,

Kata orang kalau tidak berbohong itu bukan UMNO namanya. PAU yang berakhir hari ini membenarkan ungkapan itu. Semua orang dari yang paling atas sehingga yang paling bawah berbohong, yang bercakap tidak ada yang bukan bohong, semuanya bohong,tiada lain selain bohong.

Bohong yang paling berisiko ialah bohong Adnan Yaakob yang minta telinganya dipotong kalau DAP menang di Bentong,Menyedari risikonya itu Adnan mengubah pembohongannhya dengan berkata itu adalah kiasan yang membawa maksud DAP tidak boleh menang di Bentong, bohong kerana Adnan tidak tahu siapa yang akan menang di Bentong selagi PRU belum diadakan. Akan tetapi ada satu perkara yang UMNO tidak pernah berbohong sejak dulu tetapi perkara ini tidak disebut semasa PAU.

Ia itu apabila UMNO menerusi pemimpinnya dari satu generasi sehingga ke generasi hari ini menolak untuk melaksanakan HUDUD,hukum ALLAH, memang benar UMNO tidak melaksanakan hudud sehingga hari ini. Sebaliknya UMNO cuba mengubah hudud dan desakan umat supaya hudud segera dilaksanakan dengan memperkenalkan semula Islam versi UMNO.

UMNO bohong ketika mendakwa Nurul Izzah berkata orang melayu bebas memilih agama tetapi UMNO tidak bohong ketika mengajak umat menerima konsep wasatiyah yang tanpa hudud. UMNO bohong ketika menolak LGBT tetapi UMNO tidak bohong ketika mengatakan undang undang LGBT seperti dikehendaki Islam tidak akan dilaksanakan. UMNO berbohong ketika mendakwa merekalah pembela Islam tetapi UMNO tidak bohong ketika menolak untuk melaksanakan hukum ALLAH.

Jangan keliru dengan UMNO dan t "
 Bersalam dengan MB Terengganu
Posted on Saturday, December 01 @ 19:53:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog Picture2U



Bersama dengan MB Terengganu di tepi pagar kawat. Thanks FB

Sekadar lawak untuk hilang penat!!
Nak lihat lain-lain gambar
layari

http://kide-picture2u.blogspot.com

 KANTOI! MB Pahang Buat U-turn Isu Cabaran Potong Telinga (+video)
Posted on Saturday, December 01 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Kedah Kini

MB Pahang: Kenyataan 'potong telinga' hanya kiasan

Tak sampai 24 jam Adnan dah tarik gear gostan, Mungkin cabaran beliau semalam hanya dalam perasaan  gundah gulana dan marah agaknya, pada hakikatnya Pahang dalam bahaya terutama isu Lynas, Felda dan penggundi baru yang mereka sendiri belum tentu akan menyokong BN.

Mungkin menyedari situasi rakyat akan menolak BN kali ini beliau memikirkan semula cabarannya semalam untuk memotong telinga jika DAP menang di Parlimen Bentong.

Dalam kenyataan  beliau  hari ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob  menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...

"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.

"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.

"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannyabahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.


Sumber: pkrl.blogspot.com
 


ALLAH SWT berfirman, sifat sombong itu selendang-KU, dan keagungan itu pakaian-KU. Barangsiapa yang menentang-KU dari keduanya, maka AKU masukkan ia ke neraka Jahannam. (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)


Sombong Adalah Selendang ALLAH

Posted: 06/02/2010 in Renungan
Tags: , , , ,

Tidak ada orang yang suka pada orang yang bersifat dan bersikap sombong. Sombong adalah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh ALLAH. Sombong adalah perasaan menganggap diri lebih (lebih baik, lebih istimewa, lebih cerdas, lebih kaya, lebih tampan, lebih cantik, dsb.) atas orang lain, dan memandang orang lain lebih rendah dan lebih hina.
Dalam Al-Qur’an surat Luqman ayat 18 dan 19, ALLAH SWT berfirman,
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
Dari dua ayat di atas kita bisa menarik sebuah kesimpulan bahwa sikap dan sifat sombong, angkuh dan suka membanggakan diri sangat tidak disukai oleh ALLAH SWT. Tetapi ALLAH sangat menyukai sifat rendah hati dan sederhana. Ada banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang mencela sikap sombong di antaranya:

Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. (QS. Al-A’raaf [7]: 146)
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong. (QS. An-Nahl [16]: 23)
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. (QS. Al-Mu’min [40]: 60)
Rasulullah saw., pun mencela sikap sombong. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,
Tidak akan masuk surga orang yang hatinya terdapat seberat biji sawi dari sikap sombong. (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di hadits yang lain Rasulullah saw. bersabda,
ALLAH SWT berfirman, sifat sombong itu selendang-KU, dan keagungan itu pakaian-KU. Barangsiapa yang menentang-KU dari keduanya, maka AKU masukkan ia ke neraka Jahannam. (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
Sementara itu Amr bin Syu’aib meriwayatkan dari ayahnya dari kakeknya, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda,
Orang-orang yang sombong besok di hari kiamat akan dikumpulkan seperti semut-semut kecil dalam bentuk manusia, mereka datang dengan hina dari berbagai tempat, mereka diberi minum dari keringat penduduk neraka yang berupa nanah dan darah penduduk neraka. (HR. Ahmad danAt-Tirmidzi: 2492)
Abi Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda,
Saya diperlihatkan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk surga dan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk neraka. Adapun tiga golongan pertama yang masuk surga adalah orang yang mati syahid, budak yang dimiliki tuannya akan tetapi ia melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya dan memberikan nasihat kepada tuannya, dan orang yang menjauhkan dirinya dari hal-hal yang haram dan meminta-minta orang lain, padahal ia mempunyai tanggungan keluarga. Sedangkan tiga golongan pertama yang masuk neraka adalah pemimpin yang sewenang-wenang dan orang mempunyai harta banyak, akan tetapi ia tidak memberikannya kepada orang lain yang berhak menerimanya dan orang fakir yang sombong. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Ath-Thayalisy, dan Al-Hakim)
Manusia sesungguhnya adalah makhluk yang dhaif (lemah) karena itu tidak berhak untuk menyombongkan diri dengan apapun yang dimilikinya. Sesungguhnya semua yang dimiliki oleh manusia hanyalah titipan, hakikatnya semua adalah milik ALLAH. Dan semua itu akan kembali kepada-NYA.
Sungguh jelas ancaman ALLAH atas sifat dan sikap sombong ini seperti yang sudah dituliskan pada ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadits di atas. Jika sudah sedemikian jelas ancaman untuk kesombongan, apakah kita masih berani untuk sombong??
Mari kita tanggalkan pakaian kesombongan, takutlah akan ancaman ALLAH SWT. Mari kita beristighfar, memohon ampun atas kesombongan-kesombongan yang mungkin pernah kita lakukan, baik secara terang-terangan maupun secara tersembunyi. Mari kita pakai pakaian rendah hati untuk menggantikan pakaian kesombongan yang pernah atau masih kita kenakan. Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.. amin yaa Rabb..
 

  Pejuang Penentang Qassam Syahid, Jumlah Kematian Akibat Keganasan Kini 177
Posted on Saturday, December 01 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber amanpalestin.net

1 Disember 2012 - GAZA, (PIC)-- Hussam al-Hams telah syahid pada tengahari Khamis sewaktu dirawat di hospital Mesir kerana cedera yang dialami akibat keganasan Israil ke atas Semenanjung Gaza.

Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan pergerakan Hamas mengumumkan dalam kenyataannya bahawa pejuang penentang Qassam, Hossam al-Hams yang berasal dari bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza telah syahid akibat kecederaan yang dialami semasa serangan ke atas Semenanjung Gaza ketika dirawat di Mesir.

Pada 14hb November Israil melancarkan serangan ganas ke atas Semenanjung Gaza yang berlanjutan sehingga lapan hari. Akibat serangan tersebut 177 orang awam terbunuh dan kira-kira 1,300 yang lain cedera kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga tua. Penentang Palestin mendesak Israil menandatangani perjanjian damai di bawah naungan Mesir dan sokongan antarabangsa.

Sumber: The Palestinian Information Center
Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)
http://www.amanpalestin.net 


  Bandar Diraja : Momentum sokongan PR bertambah?
Posted on Saturday, December 01 @ 16:11:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh ibn_bacoks

MUAR – Pemilihan bandar Maharani sebagai Bandar DiRaja Johor oleh Sultannya merupakan suatu yang unik, seni yang tersirat, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Dalam pada itu, sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) diharap boleh bertambah ekoran pemikiran rakyat di situ dikatakan ‘bijak’ membuat pilihan memandangkan dalam pilihan raya yang lalu, PAS dinobatkan sebagai penyandang bagi kerusi Maharani.

”Syabas dan Tahniah ! Bandar Maharani rasmi di istihar Bandar Di Raja . Pemilihan yang sangat tepat , sesuatu yang unik dan seni yang tersirat pasti di miliki olih Baginda Sultan Johor yang menyebabkan Baginda memilih Bandar Maharani yang terletak di Daerah Muar .

”Tahniah kepada rakyat di sekitar yang bijak memilih PAS dan DAP mewakili mereka . Semoga pemikiran rakyat yang bijak menyokong PR di Daerah Muar dan Bakri akan bertambah semarak BANDAR DI RAJA MAHARANI . DAULAT TUANKU ! . TAHNIAH ,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ibn bacoks sebelum ini pernah melaporkan, pada Pilihan raya Umum 2008 lalu, PAS Johor telah mencatatkan satu lagi kejutan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Maharani berada didalam genggaman parti Islam itu.

Kemenangan Dr Mohammad Taslim jelas telah menguburkan keangkuhan UMNO BN setelah habis-habisan mempertahankan kononnya kubu kuat mereka.

Namun takdir Allah SWT menentukan bahawa Parlimen Muar telah terlepas ditangan pembangkang, sekaligus menepis dakwaan songsang bahawa pembangkang tidak mungkin boleh bersuara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Darul Takzim ini.

Muar atau sinonim dengan Maharani, sebuah pekan tua. Walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.

Hal ini diakui sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sewaktu mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.

Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Bagi rakyat jelata pula, pengisytiharan itu merupakan penghormatan buat mereka dan disifatkan sebagai mercu tanda bandar Muar.

Justeru, disebalik kebanggaan rakyat Muar menerima gelaran baru itu, sudah pastinya UMNO BN berasa tersentak kerana PAS sebagai saingan terdekat mereka terlebih dahulu mencipta mercu tanda yang selama ini tidak termimpi bahawa Maharani boleh terlepas dari tangan.

Sumber: ibn75.wordpress.com




Najib kata UMNO sudah bersedia berdepan PRU 13 tetapi yang berlaku sebaliknya!

Posted on Saturday, December 01 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,

Seronok mendengar dan melihat pemimpin UMNO berbohong ala budak budak di persidangan UMNO yang disiarkan secara meluas oleh media pengampu termasuk Radio IKIM dan Tv Alhijrah yang berimej ISLAM (yang sepatutnya tidak meyiarkan berita bohong ala budak budak).

ntara yang mendapat liputan ialah ungkapan Najib bahawa UMNO dan BN sudah bersedia menghadapi PRU 13 dan meminta ahli ahli UMNO mendekati rakyat. Ini yang seronoknya kerana apa yang berlaku sekarang menunjukkan tanda tanda sebaliknya, UMNO dan BN masih memerlukan masa untuk berdepan PR dalam PRU 13. Kerana ini kita dapat melihat bagaimana kali pertama dalam sejarah pilihanraya,UMNO sudah hilang keangkuhannya yang banyak kali kita saksikan di masa lampau. Untuk pertama kalinya kita melihat penggal pemerintahan menghampiran malah mungkin mencapai penghujungnya. Ini menjadi bukti yang paling nyata bahawa UMNO dan BN masih belum bersedia berdepan PRU. Tapi Najib selamba buat lawak ke der, kata UMNO dan BN sudah bersedia.

Penulis menemui seorang perwakilan wanita dari Sabah yang mengambil peluang makan angin ketika persidang berlangsung. Walaupun seorang yang penulis temui, tetapi penulis yakin ramai lagi perwakilan terutamanya dari Sabah berbuat demikian. Sebabnya yang dapat penulis bayangkan ialah pembohongan yang dilaungkan oleh pemimpin pemimpin mereka. Muhyidin berbohong ketika perasmian persidangan pemuda,wanita dan puteri, Sharizat pula lagi hebat berbohong ketika mendakwa PAS melanggar undang undang ketika berdoa untuk kehancuran UMNO.

Nampak benar keserabutan dalam membangkitkan isu sepanjang persidang. Malah tidak ada isu pun yang dibangkit dan dibincangkan selain dari isu ketidakmampuan PR menandingi UMNO dalam berbohong. Isu minyak dan isu bilboard turunkan harga minyak yang dirobohkan tidak dibincangkan, isu perlaksanaan hudud dan hukum Islam tidak diperdebatkan walaupun Najib dengan nada tidak malu mendakwa, negara menjadi pusat kewangan Islam terulung di dunia.

Kesimpulan yang dapat diambil ialah UMNO tidak bersedia untuk PRU 13 sebagaimana mereka bersedia untuk PRU yang lepas. Sokongan cina dilapurkan merosot teruk, proses mendaftar hantu hantu masih tidak selesai dan bercelaru tidak seperti pendaftaran ketika PRU 11 yang masih boleh digunakan di PRU 12. Banyak rahsia rahsia mengenai pengundi yang dirancang UMNO bocor dan ramai SB yang diharapkan mereka mula berpaling tadah. Ini antara masalah yang dihadapi Najib yang tidak pernah dihadapi oleh presiden UMNO sebelumnya.

Cyebr troopernya pula semakin meroyan dengan dakwaan sex yang entah apa apa. Ahli UMNO tidak diyakini akan mendekati rakyat kerana mereka tidak mempunyai jawaban kepada soalan soalan rakyat seperti kenapa harga minyak mahal sedangkan kita negara pengeluar minyak dan hampir pasti tiada ahli UMNO yang boleh memberikan nas yang membolehkan pengecualian hudud dan hukum Islam dalam negara yang berbilang kaum, malah ISMA dan JATI yang diharap UMNO juga tidak akan mampu. Yang mampu mereka lakukan ialah berbohong di sana, berbohong si sini. Ini bermakna kalau ahli UMNO mendekati rakyat maka semakin jauhlah rakyat dengan UMNO.

UMNO hanya mampu menggunakan taktik lama yang sudah semakin laput. Taktik menabur duit rakyat sudah semakin difahami rakyat, JKK semakin hilang pengaruh dan UMNO semakin terhimpit untuk bersedia berdepan PRU 13.

Walaubagaimanapun ketidaksediaan UMNO dan BN tidak bermakna PR akan menang mudah. Firman ALLAH dalam surah AliImran ayat 26 "Katalah:"Hai Tuhan yang memiliki(sekelian) kekuasaan!Engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkau cabut kerajaan daripada daripada sesiapa yang engkau kehendaki.......................

Hanya ALLAH yang menentukan dan bagi kita umat ISLAM yang taat, cegahlah kemungkaran yang berlaku disekeliling kita dan kalau kita tidak mampu, berdoalah agar segala kemungkaran dan penganjurnya yang tidak mahu mendengar teguran serta sesiapa jua yang bersubahat dengan penganjur kemungkaran dihapuskan."

Kosmo didakwa fitnah dan aibkan arwah seorang gadis


 920 2207 7 6653
PORTAL Kosmo, menyiarkan kisah seorang gadis remaja berumur 16 tahun yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tujuh apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan apabila menyelinap keluar dari tingkap biliknya kerana terdesak untuk bertemu kekasih rujuk sini [kosmo].

Laporan itu turut menghiasi muka depan akhbar Kosmo versi cetak beberapa hari lalu. Kita faham sangat Kosmo sengaja mencanangkan kisah ini untuk melariskan jualan bagi mengimbangi kejatuhan teruk jualan Utusan Malaysia yang sering kali kalah saman di mahkamah kerana kerap memfitnah akibat kejatuhan kredibilitinya.



Bagaimanapun seorang sahabat baik arwah gadis tersebut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap laporan Kosmo itu yang didakwa sebagai satu fitnah dan cuba mengaibkan arwah sahabatnya itu.

Beliau meluahkan perkara itu di halaman twitter miliknya dan turut menyifatkan dua wartawan yang melaporkan berita itu, NASRUL FAIZ ABU AZAL dan KHAIRIYAH HANAFI sebagai tidak guna.

Gara-gara berita yang disiarkan Kosmo yang juga merupakan anak syarikat Utusan Malaysia, arwah menjadi bahan kutukan dan umpatan orang ramai yang percaya dengan berita tersebut.




Sumber yang ReJaM© terima memaklumkan sebenarnya wartawan daripada Kosmo ini tidak dapat masuk ke rumah didiami arwah untuk menemuramah keluarganya. Namun mereka membuat kesimpulan sendiri tentang kematian Siti Khadijah Binti Muhammad.

ReJaM© "Apa nak hairan, adik beradik Utusan Syaitan"

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/kosmo-didakwa-fitnah-dan-aibkan-arwah.html#ixzz2DosWXaZL

Tiada ulasan: