Ahad, 2 Disember 2012

BILA ISLAM MENJADI PILIHAN MANUSIA DIAKHIR ZAMAN...SAPE TAK MEMILIH ISLAM...MEREKA KETINGGALAN ZAMAN....KECANGGIHAN INTERNET@LANGIT TERBUKA...MAKA KITA AKAN DAPAT KETAHUI KEBESARAN SERTA KEBENARAN ALLAH...HANYA HATINYA DITUTUP OLEH ALLAH TAK DAPAT TERIMA...NI MUNGKIN DOSA YANG MENEBAL

Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS

Nazri Abdullah, 02 Dis 2012


(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)

BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.


(Haji Ramlan serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.


(Gambar: Haji Nasir)

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

3 selebriti sertai Bicara Selebriti ke-7

Rizal Tahir, 02 Dis 2012

(Bergambar kenangan dengan Tuan Guru Nik Aziz)

KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk seorangnya dari Indonesa aktres Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira, menjayakan Bicara Selebriti Ke-7 malam tadi.

Dua orang lagi, Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Buat julungkalinya sejarah program selebriti, ianya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, berbanding sebelum ini diadakan di Balai Islam, KTC dan KB Mall.

Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob di JKR 10, petang semalam.

Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam.

Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.

Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini.

Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,”ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru.

Pemimpin Umno kaut keuntungan jual tanah di P Pinang

Zairil Khir Johari, 02 Dis 2012
Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak.

Macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di PWTC, seperti perwakilan Sabah yang memperlekehkan penyeludupan wang tunai RM40 juta yang menjadi sumbangan politik Umno Sabah sebagai “jumlah yang kecil” malah tidak mencukupi, serta perwakilan Pemuda Umno yang menghebahkan dengan megahnya bahawa Umno telah dipilih oleh Tuhan untuk diberi amanah dan kuasa untuk memerintah negara Malaysia.

Jika benar Umno itu parti terpilih Tuhan, maka tidak perlulah Umno bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Apakah gunanya mandat rakyat jika kemenangan Umno sudah ditakdirkan Yang Maha Esa?

Satu lagi lawak besar yang muncul dari PWTC adalah kenyataan perwakilan Pulau Pinang Datuk Rahim Saibu yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.

Beliau juga mendakwa dalam sesi perdebatan bahawa keperluan rakyat untuk perumahan mampu milik tidak dipedulikan langsung dan “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri.

Umno sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya.

Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya.

Tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar Geoge Town.


Justeru, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung.

Datuk Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh Umno sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan Umno negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar.

Tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Dalam erti kata lain, dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.

Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin Umno, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?

Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran Umno-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata.

Dasar kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk menghapuskan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan melalui Agenda Ekonomi Saksama yang akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri.

Khairy kalah teruk di tangan Nasrudin, terhangat

Harakahdaily, 02 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Berita Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tewas teruk di tangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di dalam satu pengundian bebas untuk “menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa” yang dibuat di kalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO menjadi  artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 47.

Di tangga kedua ialah gambar blog yang bakal mengejutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Presiden MIC Samy Vellu di mana warga India menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS  di Air Kuning Tapah Perak paparan http://naimnikmat.blogspot.com.
Artikel bertajuk “Aduh..! Memang tak patut betul Dr Asri ni...” paparan blog  http://manjongmari.blogspot.com menduduki tempat ketiga.

Di tangga keempat ialah tulisan Mohd Sayuti Omar yang mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein ditahan untuk siasatan atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya beliau mencampuri urusan polis.

Di tangga kelima ialah artikel Detik Islam yang mendakwa bahawa tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.
.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 25 November hingga 1 Disember, 2012.

1
Khairy kalah teruk di tangan Nasrudin Tantawi
2
Najib dan Samy Vellu tak boleh tidur lena bila tengok gambar ni
3
Aduh..! Memang tak patut betul Dr Asri ni...
4
Desak tangkap Hishammuddin Hussein
5
Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang
6
Kantoi! Menyanggah fakta dan ramalan pilihanraya Shamsul Amri!
7
PRU13 Bulan Depan!!! Apakah Najib Hilang Akal?
8
Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah
9
Guru dipecat kerana dengar ceramah Pakatan
10
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus isu gambar, terhangat

1 juta ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat

Hazayani Zakaria, 02 Dis 2012

(Mohamad Sabu menerima limau tanda permulaan himpunan)

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN.

"54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu.

"Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat.

"Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin.

Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan.

Isa mahu pecat 192 pegawai Felda

Hazayani Zakaria, 02 Dis 2012

(Para tetamu dan pemimpin di atas pentas utama)

BATU PAHAT: Felda yang dikuasai Umno BN akan melakukan pemecatan secara besar-besaran pegawai-pegawai kanan yang dilihat menyokong Pakatan Rakyat.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bersama 'orang-orangnya' akan memecat 192 pegawai kanan di Felda-Felda di seluruh negara.

"70 peratus pegawai kanan Felda bersama Pakatan Rakyat jadi maklumat di hujung jari kita.

"Anak mendapat maklumat, secara besar-besaran  Tan Sri Isa Samad dan konco-konconya dalam proses melakukan pembuangan 192 pegawai kanan Felda yang dianggap tak bersama mereka.

"Ada yang dalam proses diturunkan pangkat, ditukar dan dibuang kerja," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Parit Salleh Ros, Parit Raja dekat sini malam ini.

Mazlan juga mendedahkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  akan campur tangan bagi memastikan Koperasi Permodalan Felda (KPF) turut disenaraikan ke Bursa Saham.

"Sedang berlaku komplot tertinggi yang diketuai Datuk Ismail Sabri atas arahan Perdana Menteri untuk menyenaraikan KPF ke Bursa Saham Malaysia.

"Mereka nak senaraikan sebab kocek Felda dah kering kontang sekarang. Mereka nak senaraikan untuk apungkan saham Felda," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, Mazlan berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman beliau kerana dakwaan mengenai saham Genting Berhad dalam Felda dan urus niaga Felda dengan syarikat Yahudi.

"Ahmad Maslan bercakap kali ke-50  untuk menyaman saya.

"Itulah skrip yg diulang. Dia dakwa saya buat fitnah.

"Kalau kena saman kita akan dedahkan di mahkamah lebih besar lagi skandal-skandal Umno dalam Felda," katanya.

Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang

Detik Islam, 01 Dis 2012
Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.


Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.

Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.

Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu.

Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.

Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya.

Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri.

Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.

Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009.

Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.

Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.

Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri.

Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.

Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh.

Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.

Diterjemahkan dari sumber globalmuslim - http://detikislam.blogspot.com

Tiada ulasan: