Selasa, 4 Disember 2012

MENERAN PUNYA MENERAN NANTI KELUAR TELUR...TAKUT KELUAR TELUR TEMBELANG...KAN LAGI NAYA

Umno tiup api perkauman bukan bincang masalah rakyat

Harakahdaily, 04 Dis 2012
PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam tidak memfokuskan terhadap dasar kerajaan dan masalah yang dihadapi rakyat sebaliknya hanya berminat meniup api perkauman termasuk cuba menghidupkan kembali ‘hantu 13 Mei’.

Tindakan Umno itu disebabkan timbulnya perasaan ketakutan pemimpin Umno akan kehilangan kuasa apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

“Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu.

“Seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya Umno kehilangan kuasa,” kata Anwar di dalam satu kenyataan akhbar sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku.

Anwar juga berkata tindakan tersebut merupakan suatu hasutan dan boleh dianggap sebagai satu jenayah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam ucapan beliau ketika membuka mesyuarat himpunan Wanita Umno minggu lalu.

Anwar mendakwa kenyataan Shahrizat adalah percubaan untuk menghidupkan kembali karier politiknya setelah didesak meletak jawatan berhubung skandal National Feedlot Corporation.

Dalam persidangan tiga hari itu, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengambil kesempatan menyerang Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?

“Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas. Supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa bercakap benar dan siapa yang gemar menipu.

“Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang,” ujar Anwar.

Najib turut mendakwa Anwar adalah proksi kepada kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa, murtad akan dilestarikan dan Malaysia dijadikan negara Kristian jika Umno pupus pada pilihanraya akan datang.

Pegawai kanan SPR ada jawatan dalam Umno?

Harakahdaily, 04 Dis 2012
KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS negeri Sabah mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah seorang kakitangan kanan mereka di SPR cawangan negeri Sabah dikatakan turut mempunyai jawatan yang penting di peringkat pemuda UMNO bahagian Kinabatangan.

Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno.

Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR.

Demikian kata Lahirul Latigu (gambar), Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.

"Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul.

Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri ini berjalan secara adil dan bersih.

Tawaran mega untuk rakyat Pahang 9 Dis

Khairil Abdul Rahim, 03 Dis 2012

TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang akan membuat pengisytiharan tawaran mega untuk rakyat negeri ini jika diberi mandat memerintah pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP), 9 Disember ini.


Menurut pengarah program Dr Hamzah Jaafar, dalam program pra Perhimpunan Sejuta Rakyat itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan Pusat untuk Rakyat Pahang.

Manakala ketiga-tiga pemimpin negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah pula akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan PR Pahang untuk rakyat negeri ini.

“Perisytiharan ini adalah suatu yang amat istimewa untuk warga Pahang kerana ia berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan hidup mereka yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan BN selama ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir Pengerusi Biro Pendidikan PKR Pusat, Abbas Awang, Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng serta pimpinan ketiga-tiga parti peringkat negeri.

Dr Hamzah berkata, dalam program HKRP Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau nanti, hadirin akan dapat mendengar ucapan bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga bekas Pengerusi syarikat televisyen Media Prima, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang menyertai PAS di Johor kelmarin.

Tambahnya HKRP akan disemarakkan oleh konvoi 500 penunggang motosikal berkuasa tinggi seawal jam 11 pagi dari Jerantut ke tapak himpunan. Di tapak program, akan disediakan dengan pameran sejarah perjuangan ketiga-tiga parti.

“Pada sebelah petang anak muda akan dihiburkan dengan persembahan santai artis-artis Bob Lokman, ALI XPDC dan Dayangku Intan.

“Kemuncaknya ialah pidato pemimpin daripada ketiga-tiga parti iaitu Anwar, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang,” ujarnya.

Dr Hamzah berkata, wakil-wakil NGO Anak, Hijau, Anti-Lynas, Bersih, Kerabat, Orang Asal Cameron Highland, Save Bukit Koman dan Royalti akan turut diberi laluan berucap.

“Pihak penganjur sangat yakin himpunan ini akan melakar sejarah baru dalam arena politik tanah air, khususnya di Pahang dengan kebangkitan rakyat yang secara jelas menolak segala bentuk dan sifat salah laku serta gagal urus tadbir negeri dan urusan rakyat,” katanya.

Ke mana sistem kewangan Islam di Malaysia?

-, 04 Dis 2012



Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2012 (APKI), telah pun dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Terdahulu Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) diluluskan utuk menggantikan BAFIA, Akta Kawalan Pertukaran Asing, Akta Insuran dan Akta Sistem Pembayaran.

APKI pula untuk menggantikan Akta Perbankan Islam dan Akta Takaful. Kedua-dua akta yang dimansuhkan ini akan diletakkan di bawah akta baru ini.

Tujuan pengenalan akta-akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah antara negara ummat Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarusperdanakan Kewangan Islam.

Usaha-usaha perintis tentunya merujuk seawal penubuhan institusi Tabung Haji dalam tahun 1969, seterusnya penubuhan Bank Islam pertama pada tahun 1983 sehingga terkini cadangan menubuhkan Mega Bank Islam.

Kemelut kewangan antarabangsa mutakhir ini, khasnya kemelut kewangan di Amerika, krisis zon Euro yang menyaksikan Greece, dan terkini Itali dan Sepanyol juga di ambang kebankrapan, meletakkan Kewangan Islam kembali mendapat perhatian.

Sebut-sebutan bahawa Kewangan Islam mampu mengambil alih dan diarusperdanakan menjadi teras kewangan antarabangsa sudah tidak lagi menjadi rahsia dan ditakuti masyarakat antarabangsa.

Pun begitu malangnya, Kewangan Islam belum lagi difahami betul-betul oleh ummat Islam sendiri.

Lebih malang kalau penganjur dan penaja Kewangan Islam sendiri masih belum berpuashati tentang kefahamannya oleh pihak penguasa politik dan pemerintah.

Kegagalan menghayati tasawur dan tujuannya, meletakkan ‘Maqasid (Matlamat) Kewangan Islam’ ini tidak mampu dicapai. Penulisan ini dibuat bertujuan memaparkan aspek ini.

Umumnya Kewangan Islam difahami sebagai satu ‘industri berorientasi pencegahan’ atau ‘prohibition-oriented industry’.

Kewangan Islam lazimnya diertikan dengan mencegah Riba, Gharar (Penipuan) dan Masyir (spekulasi) dalam transaksi serta kontrak dan mengelakkan dari terlibat dalam pelaburan serta pembiayaan sektor dan perniagaan ‘haram’.

Lebih khususnya lagi, sisi-sisi pandang mengikut kerjaya dan pengkhususan juga turut mewarnai kefahaman dan persepsi tentang Kewangan Islam.

Seorang pengamal undang-undang, seorang ahli ekonomi, seorang ‘regulator’ dan seorang penasihat Syari’ah punya perspektif masing-masing.

Justeru amat mustahak untuk ummat ditegaskan kembali ‘Apa itu Kewangan Islam’? Lebih penting,‘Bagaimanakah Kewangan Islam seharusnya berperanan membangunkan ummat dan negara’?

Penulis juga akhirnya akan memaparkan bagaimana, dalam usaha penguasa dan pemerintah menaja Kewangan Islam, amalan tadbir-urus dalam negara tampak semakin mengalami percanggahan dengan prinsip-prinsip Syari’ah dan tadbir-urus Islam dengan laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan pelbagai skandal kewangan.

Wajar ditegaskan Kewangan Islam bukan hanya untuk mengelakkan muamalat atau transaksi pengurusan perniagaan yang bebas unsur-unsur riba, gharar dan spekulasi.

Sudah sampai waktunya Kewangan Islam ini kembali diletakkan berperanan untuk sentiasa mencapai ‘Maqasid Syari’ah’ itu sendiri khasnya ‘Pemeliharaan Harta’ atau Hifzul Maal.

Malah lebih fundamental dan luas dari itu Kewangan Islam mesti juga diletakkan berperanan dalam kerangka untuk mencapai ‘Maqasid Syariah’atau Matlamat-Matlamat Syariah yang lebih luas yakni ‘Keadilan (Justice), Kemakmuran (Prosperity) dan Kelestarian (Sustainability).

Sudah sampai waktunya satu ‘penilaian kritikal’ dibuat terhadap matlamat yang seharusnya dicapai oleh perlaksanaan Kewangan Islam ini di segi kayu ukur kemakmuran rakyat dan tadbir-urus yang menjadi lebih bersih, beretika, bebas rasuah serta salahguna kuasa.

Syariat Islam terbahagi kepada dua jenis hukum hakam yang bersifat Kekal (Thawabit) dan Berubah (Mutaghyyirat).  Muamalat tergolong dalam hal perkara yang bersifat “Mutaghayyirat”.

Meniliti perkembangan Kewangan Islam menyerlahkan betapa Syariat Islam itu adalah sangat  anjal (flexible) dan berdaya-maju (dyamics).

Dengan gandingan pelbagai pihak serta penubuhan beberapa badan penting terkini seperti MIFC (Malaysian International Islamic Financial Cetre), ISRA (BNM), ASAS (Association of Syariah Advisors), pacuan pengembangan Kewangan Islam terus diterokai.

Ini mengizinkan pembangunan produk-produk kewangan Islam secara inovatif dan agresif dalam dekad-dekad mutakhir.

Pengukuhan amalan perbankan, pasaran kewangan dan pelaburan Islam berlaku ketika wujudnya pelbagai produk yang mampu memenuhi pelbagai keperluan instrumen pelaburan dan kecairan (liquidity).

Permintaan yang meluas serta produk yang diterima di peringkat global dengan peraturan yang kukuh juga turut menstabilkan pasaran keseluruhannya.

Justeru, perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan adalah sangat pesat samada dalam produk  sector perbankan,insuran, pasaran saham, pasaran wang termasuk terkini derivatif  yang “Patuh-Syariah” atau “Syariah-Compliant”.

Pun begitu, kelangsungan perkembangan kewangan Islam terkekang dengan pelbagai faktor. Antara yang menghalang kepesatannya ialah kewujudan modal insan yang terlatih dan berkepakaran – skilled human capital.

Penjanaan produk baru adalah satu usaha menuntut sumber yang lebih besar dari kewangan konvensional. Adalah diakui pelbagai pihak pengamal Kewangan Islam sendiri, bahawa ketika Institusi Perbankan Islam (IPI) ini terpaksa juga menggunakan pakar institusi perbankan kovensional, produk-produk yang terhasil tidak dapat tidak adalah sebahagian besarnya ‘Syariah-Compliant’ dan bukan sebenar-benarnya produk Syariah.

Ini membawa kita kepada contoh produk Sukuk Bai’ Bithaman Ajil (BBA) yang diizinkan oleh Majlis Penasihat Syariah atau Syariah Advisory Council (SAC), Bank Negara Malaysia.

Namun Sukuk BBA ini adalah tidak diterima dan tidak diluluskan (prohibited) oleh badan “Accounting and Auditing Organisation for Islamic Finance Istitutions (AAOIFI) justeru kerana ‘aqadnya’.

Badan ini mengenalpasti bahawa ‘Aqad’ atau ‘Contract’ yang melandasi Sukuk BBA itu adalah aqad ”Bai Al-Inah” yang sifat kewangannya ialah “Ribawi” atau ‘riba-based financing’.

Pembelian semula asset oleh cotohnya pihak mudharib semasa matang sukuk tersebut pada harga nominal, mengandungi unsur ribawi.

Amat mustahak bagi pengamal Kewangan Islam, berbeza dengan kewangan konvensional, yang mesti meletakkan pelbagai langkah-langkah kawalan dan pemantauan supaya ia tidak terdedah kepada salah-laku mereka yang mahu memanipulasi pasaran kewangan dan sebagainya.

Ini membawa kepada topik yang terakhir dalam penulisan ringkas ini.

Sesungguhnya, Kewangan Islam adalah satu juzuk penting dalam mengatursusun kehidupan ummat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.Kewangan Islam juga berpaksikan nilai moral Islam yang tinggi sebagai ‘Moral Compass’ yang bertanggungjawab membenteras segala tabiat yang curang dan khianat.

Penghayatan Etika yang murni ini akan dapat menangani amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan, pembolotan kekayaan di kalangan segelintir manusia rakus dengan cara monopoli, kronisme dan pengepungan (kartel) dan pengherotan pasaran.

Wajar bagi ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya, membuat penilaian secara kritis, ikhlas, terbuka dan berani, supaya tadbir-urus kewangan dan pembangunan ekonomi di negara dilakukan dalam etika dan semangat ruh syariat Islam.

Ataukah sebaliknya, sementara kita ghairah memacu pengembangan amalan Kewangan Islam, negara ini semakin tercabar kewibawaan dan integritinya kerana kebejatanrasuah dan salah guna kuasa yang endemik atau semacam tidak dapat dibendung lagi.

Kejatuhan kedudukan dalam ‘Indeks Persepsi Rasuah’ (CPI) negara di peringkat antarabangsa adalah petanda buruk bagi kita.

Hakikat wujudnya kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar dan pembolotan kekayaan negara yang juga semakin terserlah, mengesahkan bahawa Matlamat murni Kewangan Islam danEkonomi Islam itu masih jauh untuk direalisasi dan didayakan.

Jangan hanya sukuk atau bon yang diterbitkan sahaja ‘komplian-syariah’ atau Patuhi Syariah, tetapi amalan dan tadbri-urusnya bobrok dan melanggari good-governance atau tadbir-urus Syariah seumpama yang mencetuskan skandal kes PKFZ dan berhubung kegagalan pengurusan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia di Batu Maung oleh Malaysia International Tuna Port Sdn Bhd dan Bindforce Sdn Bhd.

Selama skandal NFC menjadi ‘lambang penularan tadbir-urus buruk’ yang dilakukan oleh golongan yang memilikki kuasadan PKFZ sebagai mercu-tanda keberanian ‘perkongsian rompakan pihak penguasa politik pemerintah’, maka cita-cita Matlamat Kewangan Islam untuk membangunkan negara dan rakyat yang makmur dan sejahtera akan terus dicabar dan tersudut.


* Dr Dzulkefly Ahmad adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.
Ketua bahagian kata Umno Subang tiada tanah
 
Ketua bahagian Umno Subang Datuk Muhammad Bushro Mat Johor tidak dapat mengesahkan dakwaan DAP bahawa sebidang tanah milik Umno bahagian tersebut – yang didakwa dibeli dengan harga murah pada tahun 2004 – kini menjadi tapak sebuah kondominium.

Namun, Muhammad Bushro berkata, Umno bahagian itu tidak memiliki apa-apa tanah sejak beliau menjadi ketua bahagian pada 2008.

"Saya tak pasti sebab saya jadi ketua bahagian dari tahun 2008. Jadi, kalau mereka nak bawa saya ke Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) pun bawalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan DAP itu.

NONEBeliau seterusnya ditanya sama ada tanah yang dibangkitkan itu memang milik Umno bahagian.

"Tak ada. Tak ada tanah disenaraikan dalam senarai aset Umno Subang sejak saya jadi ketua bahagian. Saya sendiri pun satu inci pun saya tak pernah ambil tanah," katanya tegas.

Soalan sama turut dikemukakan kepada setiausaha perhubungan Umno Selangor, Datuk Ser Mohd Zin Mohamed yang berkata beliau akan meneliti dakwaan tersebut terlebih dahulu.

"Saya tak dapat beri maklum balas lagi. Saya tak ada detail lagi. Saya akan minta penyelidik saya kaji dahulu," katanya.

Pemimpin Umno berkenaan diminta mengulas dakwaan DAP yang mengunjungi kawasan kondominium Suria Damansara, yang didakwa diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 dengan harga pada RM1 sekaki persegi dan kini bernilai RM200 sekaki persegi.

NONEMP DAP Tony Pua hari ini mendakwa tanah berkenaan kini menjadi tapak projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.

"Apabila mereka (BN) menafikan dakwaan kami, mereka kata tanah itu untuk bina tadika dan dewan komuniti dan perkhidmatan lain. Tetapi, ini bukan kes sebenar," katanya.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada bulan lalu mendedahkan BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.

Perkara itu kemudiannya dijelaskan ketua penerangan Umno Selangor,  Abdul Shukor Idrus yang berkata tanah berkenaan tidak diberi kepada individu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan rakyat.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada bekas ketua bahagian Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan berhubung status tanah di Kelana Jaya itu.
Berita berkaitan:
 
 
 
 
 

Ucapan "meneran" Najib, Deepak, Musa dan royalti Kelantan

Ahmad Lutfi Othman, 03 Dis 2012
Selepas mengikuti Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu baru-baru ini, dan melihat dari dekat semangat serta komitmen perwakilan Parti Islam itu, khususnya untuk berdepan PRU13, saya harap dapat menyaksikan sepenuhnya Ucapan  Dasar Presiden Umno (tentunya disiarkan secara langsung oleh semua stesen televisyen utama), pagi Khamis, 29 November lalu.

Sebagai pengamal media, walaupun menerajui organ parti, saya teruja untuk melihat sendiri situasi para aktivis dua organisasi politik terbesar, PAS dan Umno, di ambang pilihan raya paling sengit ini. Sekurang-kurangnya dapat juga membuat penilaian dan perbandingan lebih seimbang. Boleh sahaja membaca ucapan perasmian dan penutup Presiden Umno dalam akhbar esoknya, namun saya lebih gemar mendengar intonasi dan melihat lenggok badan secara terus.

Semasa sihat bugar dahulu, terutama semasa era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, saya akan cuba mempastikan hadir di PWTC, terutama pada sesi penggulungan, pada hari terakhir persidangan Umno. Tentunya pidato Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Umno waktu itu, turut menjadi tumpuan. Anwar diakui mempunyai keistimewaan tersendiri, termasuk berupaya menyindir bosnya, Mahathir. Apa pun, saya kira ucapan Sanusi Junid selepas kalah pemilihan Naib Presiden pada 1993, mengenai gejala politik wang dalam Umno dengan mengaitkan lambang-lambang dalam setiap wang kertas,  terakam kukuh dalam ingatan.

Ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi, satu pembaharuan dibuat, iaitu siaran langsung sesi perbahasan persidangan oleh Astro. Ia langkah berani, mungkin bertujuan untuk mempromosikan lagi Umno kepada khayalak lebih luas, tetapi malangnya menerima padah dan kesan negatif kepada Abdullah. Banyak persoalan sensitif yang dilemparkan perwakilan telah menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu dan mungkin kemudiannya menjadi faktor mereka menolak BN dalam PRU12.


Namun, apa yang tidak dapat dilupakan, semasa mengikuti ucapan Abdullah menerusi TV, saya lebih banyak tersengguk dan terlelap walaupun sudah tersedia pen di tangan untuk mencatat butiran penting leterannya!

Menyedari perhimpunan agung Umno (PAU) 2012 mempunyai banyak keunikan (seorang rakan beranggapan, ia pertemuan terakhir ahli-ahli dan pemimpin parti itu berada di pihak kerajaan), saya menggagahi diri  mengikuti ucapan Najib walaupun terpaksa membatalkan temujanji rawatan rutin.  (Seorang penalis di TV, semasa menunggu lintas langsung, menegur singkatan PAU, yang dilihatnya memberi konotasi negatif).

Nada Najib cukup tinggi, penekanan suara begitu bersemangat, tetapi ia dibuat agak keterlaluan, dan seringkali menganggu tempo, serta tidak sesuai dan canggung dengan lantunan suara semulajadi Najib. Ada kalanya seperti mahu "meneran", meniru gaya Anwar. Retoriknya kadang-kadang tersasar dan tidak menjadi. Tetapi ...biasalah, ia disambut tepukan bergemuruh.

Masih dalam mood mukadimah, di awal ucapannya, Najib terus bersuara lantang: "Kini, semboyan sedang berkumandang, genderang makin bergema. Masanya sampai, menyusun langkah, tempohnya matang, memperkemas pasukan, detiknya tiba, mempasak kuda-kuda." (Terdengar juga ketawa perwakilan selepas Najib menyebut "kuda-kuda").

Tanpa sembunyi, Presiden Umno itu mengisytiharkan perang bagi mempertahankan Putrajaya, satu manifestasi Umno-BN berada dalam kedudukan defensif sehingga terpaksa menjawab satu demi satu serangan Pakatan Rakyat. (Apakah Najib bersedia berperang dengan rakyat yang tidak sabar-sabar lagi untuk bereksperimen -- melakukan perubahan menukar kerajaan?)

Sepatutnya, mendengar ucapan penuh bersemangat itu, dengan sorakan perwakilan yang bergema, saya tidak akan tertidur seperti ketika memasang telinga Abdullah menyusun hujah enam dahulu. Realitinya, beberapa kali isteri menegur, "tengok TV ke, TV tengok dia ni", apabila menyedari saya terlelap lama. Jadi, saya terpaksa menyemak semula teks ucapan Najib itu dalam akhbar esoknya.

Saya kira lebih ramai penonton dapat menyaksikan apa yang tersirat daripada yang dihidangkan oleh paparan kaca TV. Najib cuba menyembunyikan kegelisahan dan keresahan. Majoriti rakyat sudah bersedia untuk melakukan perubahan. Rekod lebih lima dekad Umno sukar untuk dipertahankan lagi. Kebocoran tidak mampu ditampung; ketirisan menjadi-jadi akibat kecurangan dan salahguna kuasa berterusan pemimpin Umno-BN.

Ucapan Najib tidak lebih daripada ceramah politik berdegar-degar, yang hanya bertujuan membakar semangat ahli-ahli Umno dan langsung tidak menekankan isu-isu dasar-besar yang sepatutnya ditangani sebuah parti pemerintah, yang berkuasa selama lebih 55 tahun. Beliau hanya mengulangi mantera lama -- negara huru-hara, bankrap dan hancur berkecai jika rakyat memilih Pakatan. Daleh yang sukar diterima generasi yang terdedah dengan simpang-siur maklumat dan lebih bersedia berpartisipasi secara proaktif dalam politik.

Kalau dalam muktamar PAS, akan diadakan slot ceramah umum pada malamnya, dengan mengetengahkan tokoh-tokoh pemidato dan pemimpin kanan, dan bukannya dihamburkan dalam ucapan dasar seperti dilakukan Najib. Lucu juga menyaksikan lagak Najib bagaikan panglima perang mahu mengerahkan bala tenteranya turun bertempur. Dan ia dilakukan bukan kali pertama, malah berulang kali, tetapi masih belum berani mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong!

Sedangkan yang diperlukan dalam pilihan raya adalah lebih halus dan seni daripada itu (bukan seronok bertempik hinga hilang suara), yakni bagaimana mahu menambat hati, emosi dan pemikiran pengundi, serta usaha mempengaruhi "golongan yang boleh dipengaruhi" agar memberikan kepercayaan dan mandat untuk bersama-sama membangunkan negara tercinta ini.


Bagai dijangka, Dr Mahathir (ada pihak menggelarkannya ketua penerangan Umno tidak rasmi) menyifatkan ucapan Najib itu sebagai terbaik. "Ia satu ucapan yang fantastik," tegas Dr Mahathir, "beliau telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno."  Riak Mahathir, yang kelihatan sentiasa memberi sokongan penuh kepada Najib, juga membayangkan kekhuatiaran Presiden Umno ke-5 berdepan perhitungan rakyat dalam PRU13.

Najib juga tidak dapat menyembunyi perasaan harap-cemasnya apabila meminta perwakilan Umno sama-sama berdoa  agar "apabila kita bertemu pada tahun hadapan di Dewan Merdeka ini, insya Allah kita akan berhimpun semula dengan sokongan kukuh sebagai parti pemerintah ..." Seolah-olah menjadi igauan dan mimpi ngeri bahawa PAU 2013 akan berlangsung muram dan suram ... ya, mesyuarat agung Umno buat pertama kali atas kapasiti sebagaai parti pembangkang!


II. Waspada dan cermati trend pengundi baru

Saya kira, banyak pihak dapat mengesan kebimbangan dan kegelisahan Umno terhadap pengundi muda atau yang baru pertama kali mengundi, selain  kebijaksanaan majoriti rakyat untuk membuat pilihan tepat.

Dalam ucapannya di hadapan lebih 2,700 perwakilan Umno, Najib membentangkan hakikat demografik Malaysia yang telah berubah secara radikal. Hampir 70 peratus daripada 29 juta penduduk tinggal di bandar, 80 peratus berumur kurang 45 tahun manakala separuh rakyat berusia bawah 25 tahun. Sejak Mac 2008, terdapat 2.9 juta pengundi baru telah mendaftar sebagai pemilih. Maknanya, setiap seorang daripada lima pengundi dalam PRU13  ialah pengundi baru atau yang pertama kali mengundi.

Pengundi baru dan generasi di bawah 45 tahun ini tidak lagi mudah dipengaruhi dogengan  usang Umno. Mereka juga tidak terikat dengan nostalgia yang sengaja dipasak, khususnya mengenai sumbangan Umno sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Kelompok ini lebih independen, sukar dikontrol dan tidak takut untuk melakukan "eksperimen" ataupun percubaan.

Dan ingat, anak-anak muda ini juga dikatakan tidak suka dikaitkan dengan mana-mana parti politik; hari ini menyokong parti A, esok mungkin berpindah parti B, atau boleh mengundi parti A di peringkat Dun, dan selektif untuk sokong parti B untuk kerusi Parlimen.

Kepada regim yang memerintah secara terus-menerus di peringkat persekutuan, seperti Umno, istilah "ubah", "tukar", atau "berani mencuba" cukup mengerikan.  Pemimpin Umno, apatah lagi Najib, amat faham benar, sekali gabungan parti yang diterajuinya hilang kuasa di Putrajaya, seperti nukilan Najib sendiri: "Kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri!"

(Agak kerap saya mengulas bagaimana Umno begitu takut dan ngeri jika ditakdirkan berada di posisi pembangkang, sehingga tercetus ungkapan "terbangsat dan merempat", sedangkan dalam negara demokrasi, bukannya sesuatu yang mengaibkan bagi mana-mana parti untuk bersilih ganti menerajui negara, seperti ditunjukkan dalam sistem dua parti di negara-negara maju, misalnya Amerika Syarikat).

Justeru, Najib, Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir sendiri, kerap memberi amaran agar tidak menjadikan PRU13 sebagai medan untuk mencuba atau bereksperimen menukar kerajaan. Walhal sistem demokrasi memberikan ruang seluasnya untuk rakyat membuat pilihan -- tanpa gentar dengan sebarang ugutan dan ancaman -- termasuk untuk memilih pemerintah yang baru. Dan inilah, dalam PRU13, buat pertama kali, rakyat Malaysia membuat kesempatan terbaik itu, yang tidak pernah muncul sepanjang 12 kali pilihan raya umum lalu.

"Pilihan raya bukan satu uji kaji," tegas Najib Khamis lalu, "lima tahun ialah jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan ... pelbagai kerosakan boleh berlaku."

Pada Himpunan Barisan 1Malaysia, juga di PWTC, pertengahan November lalu, di hadapan aktivis NGO yang menyokong BN, Najib dilaporkan berkata: "Kenapa nak baiki jika tidak ada yang rosak? Ia tidak rosak, malah jauh daripada rosak. Negara kita dicemburui oleh banyak negara lain." Kenyataan itu untuk menyanggah momentum rakyat yang mahu melakukan perubahan ataupun penambahbaikan kepada pelbagai kerosakan yang dilakukan pemimpin Umno-BN selama ini.


Ya, beberapa kali, dalam kolum ini,  saya  merakamkan perihal keghairahan rakyat biasa yang saya temui, misalnya pemandu teksi dan kenalan lama yang sebelum ini tidak begitu berminat dengan politik.

"Apa salahnya kita mencuba kerajaan baru. Kalau mereka juga menyeleweng daripada janji-janji, rasuah, pilih kasih, utamakan kroni, seperti dilakukan BN, lima tahun nanti, kita tukar pula, lagipun rekod empat tahun Pakatan perintah Selangor boleh tahan juga, tak ada yang pelik-pelik dan merugikan rakyat," ujar seorang pemandu teksi, dalam perjalanan menghantar saya ke Hospital UKM, Cheras.

"Ubahlah ... dan jangan bagi peluang kepada mana-mana kerajaan untuk terlalu lama memerintah. Regim yang begitu lama berkuasa amat mudah melakukan korupsi kerana cukup berpengalaman dan arif dengan lubang serta peluang berbuat jahat. Mereka juga cenderung bersikap kuku besi. Tukar ajalah, lima tahun bukannya lama sangat, selamatkanlah negara kita," kata jiran saya, seorang Cina-Katolik, yang sebelum 2008 sentiasa menyokong BN, kini giat berkempen kepada rakan-rakannya agar mengundi Pakatan.

Namun begitu, Pakatan tidak seharusnya mengambil mudah kompleksiti ragam pengundi baru ini. Segalanya tidak mudah dalam PRU13. Jentera BN pastinya menggandakan usaha mendekati mereka, dengan pelbagai pendekatan memikat. Gerakerja Pakatan juga harus lebih ke hadapan, dan anak muda sentiasa memerhati dan menghakiminya.

III. Isu bonus buat Pakatan Rakyat; cabaran buat Harakah

Seorang rakan lama, bekas wartawan ekonomi, seperti lazimnya, mengirim SMS cadangan kepada Harakah setiap kali mendapat inspirasi baru. Petang 30 November lalu, dia memaklumkan: "Pengakuan Deepak, pendedahan Musa Hassan dan pengesahan Petronas tentang tindakan kerajaan persekutuan 'mengsonglap' royalti minyak Kelantan mesti dimanfaatkan secara besar-besaran dan berterusan oleh Harakah, dalam tempoh 15 bulan ini sebelum PRU13. Bola tanggung untuk kuburkan Umno-BN."


Banyak pihak suka mengaitkan siri wawancara Deepak Jaikishan dengan laman-laman bebas, dengan tragedi pembunuhan Altantuya Shaariibuu, termasuk menghubungkannya dengan Najib dan Rosmah Mansor. "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil," kata Deepak kepada Harakahdaily.

Sidang akhbar bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang mendedahkan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein campur tangan dalam pasukan polis memang tidaklah menggemparkan. Namun ramai percaya, ia bukan terhenti setakat itu.

Dipercayai Musa mempunyai rahsia lebih besar, kemungkinan membabitkan kes-kes rasuah yang mempertaruhkan keselamatan negara dan hubungan baik di antara tokoh politik dan orang atasan tertentu dengan penjenayah yang ditangkap polis. Musa memberitahu media, terdapat pihak atasan yang menelefon pegawai kanan polis minta dilepaskan penjenayah tertentu

Mengenai isu royalti Petronas kepada kerajaan Kelantan, rakan saya itu meminta saya membaca tajuk muka 19, Utusan Malaysia, 30 November: "Petronas sudah luluskan royalti".

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas menjelaskan: "Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan kerajaan persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada kerajaan persekutuan. Terpulanglah kepada kerajaan persekutuan untuk membuat agihan itu sama da dalam bentuk royalti atau wang ihsan."

Ya, saya kira Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Husam Musa ada hujah menarik mengulas kenyataan Shamsul Azhar itu dan pastinya merimaskan Mustapa Mohamed, serta membantutkan terus angan-angan BN Kelantan!

Dan tepat sekali, Husam sehari selepas itu menyifatkan tindakan Petronas membayar 5 peratus bahagian Kelantan kepada kerajaan persekutuan adalah satu jenayah pecah amanah: "Kerajaan persekutuan tidak menyampaikan pembayaran itu kepada kerajaan negeri Kelantan, tidak juga memasukkan ke dalam Akaun Wang Yang diSatukan Kerajaan Persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957 serta membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak akta yang sama."

Husam mengingatkan bahawa Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada tahun 1975 dengan Petronas dan tidak ada sebarang perjanjian antara Kelantan dan Kerajaan Malaysia. Menurut perjanjian itu, katanya, Petronas, bukan Kerajaan Malaysia, berjanji membayar secara langsung kepada Negeri Kelantan 5 peratus bayaran tunai dua kali setiap tahun bilamana pengeluaran bermula.

"Semua pihak yang bersubahat menggunakan wang ini secara salah, termasuk jawatankuasa Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Dato' Dr Awang Adek juga melakukan jenayah pecah amanah yang sama," tegas Husam.
DAP dakwa tanah murah Umno jadi projek kondo
 
MP DAP Tony Pua hari ini mendakwa sebidang tanah murah yang diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 – yang didakwa diperolehi untuk kepentingan rakyat – kini menjadi tapak sebuah kondominium.

Pua yang melawat tapak berkenaan mendakwa, tanah yang diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 pada RM1 sekaki persegi kini bernilai RM200 sekaki persegi.

Aktiviti yang kini dijalankan di atas tapak berkenaan ialah itu pembangunan projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.

"Apabila mereka (BN) menafikan dakwaan kami, mereka kata tanah itu untuk bina tadika dan dewan komuniti dan perkhidmatan lain. Tetapi, ini bukan kes sebenar," katanya.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada bulan lalu mendedahkan BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 256 subscribers
    Hehehe.... bak kata Cukur Idrus.. sorang ADUN UMNO Laknatulah...UMNO itu rakyat... dan perjuangan UMNO adalah utk rakyat ....disidang DUN Selangor baru baru ni...penipu..!! kemudian diPAU.. bercucuranlah airmata perwakilan UMNO yg risau mengenai tanah melayu tergadai.. nasib melayu yg merempat dibumi sendiri.. semua menangis..!!!! sorang budak muda menyanyikan lagu BTN... sekali lagi sume menangis..!!!! hentikan wayang wahai UMNO.. korang yg membalot semua hak org melayu, korang yg makan wang haram hasil melayu, korang yg menipu dan menindas berpuluh tahun org melayu...tapi bila hampir dgn PRU.. korang berlakon pulak.. utk meriah undi dari melayu yg korang tipu..!! apa kah ertinya semua ini..? jika pengemis dihina kerana mereka mengemis utk sesuap nasi.. UMNO mengemis utk apa..?
    • Sea Sparrow · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
      pembela melayu dan islam..puih!kirim salam lah aku nak percaya..perompak dan penyamun nak bela org mcm robin hood?ini bukan robin hood..ini robin tut...!
    • Jom Undi Pakatan Rakyat · Pengulas Tertinggi · Harvard University
      Mengemis untuk habuan yg lebih besar!
    • Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · University of chiba
      RMS yg nangis tu bukan Melayu.Tu umnongok bahalol.kau tengok si pondan muddin buat2 sedih tak.konon nak jaga anak2 Melayu,sedih tengok anak dia juga melayu.kepala otak dia....tak guna punya org...
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 256 subscribers
      Ary Yaacob.. terkezut aku.. ayat UMNOGOK bahalol.. mesti dlm satu ayat.. akalau tak jadi len.. hehe
    • Habiel Qubeil II · TOC
      mereka yang terlibat...menjual tanah air...
    • Sulaiman Akhlaken · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      Yang syoknya pengundi Melayu yang berhempas pulas sokong UMNO supaya terus ditipu...
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 256 subscribers
      Mangkuk Tandas.. Itulah kebenarannya bro.. ada juga yg baru pegang jawatan timbalan ketua bahagian.. tapi masuk kampung bawah BMW tertera nama senri.. hehe org kampung hanya mampu tersenyum.. melambai tangan melihat betapa 'BERJAYA'nya Melayu umno....
    • Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
      Bro..Oumno mengemis untuk terus melakukan segala bentuk PENYELEWENGAN dengan mandat yang baru..A.B.U tetap A.B.U
    • Love Umno · Pengulas Tertinggi · Kampung Hulu International University
      Tangan dah semakin gatal nak pegang pensel utk hanyutkan BN ke Laut Cina Selatan dlm PRU-13...
    • RO Dins · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self employed
      Hanya melayu berjiwa hamba yg masih prcaya umporno -pengkhianat melayu sebenarnya.......
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 203 subscribers
    BODOH PUNYA BN!!!

    Minta maaf aku terpaksa guna bahasa kasar.

    Setiap hari laluan balik kerja aku ialah dari Damansara menuju ke Kepong melalui Segambut.

    Dari aku kecil, aku boleh lihat anak2 Melayu berlari pergi ke Sekolah Agama, pakcik2 makcik bergegas ke Masjid & Surau, tapi sekarang yang aku lihat,

    KONDOMINIUM MEWAH, BANGSA ASING bawa anjing bersiar2, Melayu, Cina, India MEREMPAT!!!! di tanah air sendiri.

    Cina pun sebenarnya tak mampu nak beli rumah2 tersebut.

    Rumah harga dari RM500K - RM2 juta. Tu baru di Segambut & Sri Hartamas, bagaimana pula ditempat lain?

    Hanya KAPITALIS jer yang MAMPU BELI.
    ...Lihat seterusnya..
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      UMNO memang layak dapat anugerah tertinggi SAT1M (Sapu Tanah 1 Malaysia). Seperti biasa umno akan bolot tanah kerajaan di tempat strategik dgn bayaran premium yg sangat rendah kpd kerajaan negeri. Kemudian akan menjual semula kpd tokey2 pemaju utk dpt untung atas angin. Itu biasalah kerja Satim, Rahman palil dll. Satu lagi projek atas nama yayasan basmi kemiskinan kununnya. Yang pasti projek perumahan masyuuk, ketua yayasan pun dptlah bahagian masyuuk. Rakyat biasa, ada tanah tol pun kena halau spt kes di Kg Berembang, Ampang. Umno yg menggadaikan tanah rezab Melayu di negara ni. Lepas gadai, buat2 nangis sedih hu...hu..hu. Tapi dlm kpala otak sudah congak untung jual tanah berjuta2! JOM KITA KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13!!!!
    • جوسمن راشيدين · · Pengulas Tertinggi · Darussyifa'
      bahasa itulah yg ia mahu
    • Jauhari Taib · Pengulas Tertinggi · Tsukuba University, Japan
      Selagi tidak di rehatkan juak-juak ini begitulah jadinya. Bercakap dalam perhimpunan bergegar-gegar.
    • Abe Piea · Pengulas Tertinggi
      Setengah abad perintah, dekat habis dah tanah2 seluruh M'sia dibahagi2 sesama puak mereka. (pelahap ngalahkan dubuk)
    • AaCari Income · Vokasional
      www.Step2Rich.net/nak_income Anda semua di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat pendapatan tanpa batasan..bakal ke indonesia tak lama lagi tempah posisi anda sekarang.
    • Awang Leleh · Pengulas Tertinggi
      Diplomatik Bebas: Pimpinan BN tak bodo........yang bodo piang adalah peyokong BN yang tak dapat habuan apa pun.....PImpinan BN buat lah perkara yang melanggar hukum agama dan dunia mai PRU BN juga yang menang........kalau kita pun dapat rakyat macam ni munkin jadi macam pimpinan BN juga agaknya...........
  • Muhammad Hisham · Pengulas Tertinggi · Musk Ox Hunter di Musk Ox Farm
    Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik kroni. Kroni umno kaya-raya, menggadai seluruh harta negara, Akibat tamak dan haloba, tanah kita habis dirembat mereka...
  • Jeesmi Mohamed · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Petra Energy Sdn Bhd
    Kerja melayu UMNO curi tanah kerajaan jual ker cina, lepas tu cina PR buat siasatan dan pendedahan. Anak kecil main api... hu hu hu
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
      Memang bijak puak-puak umno ni...sejak merdeka mereka mainkan lagu "anak kecil main api" bagi mengikat sokongan org Melayu pada umno.....lihat sahaja berapa banyak tanah melayu kat Johor, melaka, N9, Selangor, Perak, Penang bertukar ketangan Cina.....siapa punya kerja .....adakah broker jual beli tanah Melayu org Cina atau India?....Tidak !! Yang jadi broker Melayu UMNO...yang beli org Cina....yang kerja kat Pejabat Tanah org Melayu...Pegawai Daerah org Melayu.....Menteri Besar org Melayu kecuali Penang.....aduhai malaysiaku......
    • Abdul Rahman Mokhtar · Pengulas Tertinggi · Uitm
      Satu pembetulan: mereka tu bangsa UMNO bukan
      Melayu. Panggilan utk mereka yg betul bukan orang Melayu, org UMNO. Tak rela.....
    • Isaac Lim · Pengulas Tertinggi
      Jessmi, apa pendirian kamu di sini masih sokong Melayu umno dan Cina mca. Kalau masih sokong tak usah kamu complain banyak kerana kamu yg halalkan mereka ini
  • John English · Pengulas Tertinggi · C.E.O. di That place with the people and the work
    Kan mereka dan minta maaf...
    Manusia mana tak lakukan dosa, pak jib kata,
    Bagilah masa dan peluang kali ke 2,
    Untuk mereka buktikan,
    Mereka masih mampu untuk memohon maaf lagi,
    Pada penggal harapan..

    Merekakan jaguh melayu,
    Keris terhunus menyeru melayu bersatu,
    moga sng nak terus menipu,
    sebahagian org melayu yg tak tahu apa satu,
    asyik2 tonton tv satu,
    atau tv 3 suku,
    terus minda jadi beku,
    melompat sakan kalau 100 masuk satu,
    mcm org kena histeria atau masuk hantu,

    sudah sudah le tu...
    ABU
  • Raini Anwar · Pengulas Tertinggi · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    naik menyampah dgn org Melayu UMNO yg berkuasa ni..nape jadi mcm ni..sila la anda berkhidmat dgn iklas dan amanah. Manusia jenis ape kah yg mengundi mereka ni semua xde otak ke..
  • Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
    siapa tak kenal golongan mereka..lungan Hidup Melayu!, Hidup Melayu! hanya kosmetik dan lakunan semata-mata. Asas perjuangan mereka hanya untuk poket dan perut semata-mata. Tanah, kontrak, komisen dan rasuah telah menjadi sebahagian kelangsungan hidup mereka.
  • Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
    tanah murah utk membuncitkan perut sendiri, isteri, anak dan krini.
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Dlm kpale mereka hanya keuntungan, itulah umno. mereka x pernah berubah, & x akan berubah. Kita ubah & tamatkan sgala2nya dlm PRU13!...
  • Zulkarnain Abdullah · Pengulas Tertinggi
    Tak caya lah berita ni..apasalahnya umno dpt tanah..umno kan banyak berjasa pada negara..memerdekakan negara..memajukan negara..apa salahnya umno boleh buat apa saja pada tanah dlm negara ni...tanah malaysia ni milik umno...
  • Mohd Sani · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Freelancer
    Tahniah YB Tony Pua & YB Ng Sekinchan, pendedahan ini confirm UMNO kaki rembat dari rembat emas Genneva Malaysia hingga rembat tanah, rembat commission, rembat royalti kelantan, rembat semua harta rakyat. Semuga Allah menjatuhkan UMNO dan BN dan menaikan PR (DAP, PKR DAN PAS) Amin.... Pulangkan Emas dan duit Genneva kami perompak BNM dan BN/UMNO....
  • Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggi
    ni nama haruan makan anak.klu tak bohong, tak lelong tak tipu tak prdaya, tak kroni bukan umno. nak tutup belang ni smua mreka pakat jerit sbg pembela bangsa, ugama dan tanah air smbil julang cium keris, kalu tak ada umno Melayu jadi susah, klu tak kerna umno tanah melayu tergadai. Undi selain umno negara akan dijajah semula. Ini lah bahasa penipu.
  • Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · University of chiba
    Yes..Tony Pua.Kasi buka smp habis itu semua penyamun,perompak.penipu.You tlg btahu tu yb cukur lidah kontot mana tanah yg dia bikin tadika,dewan serba tak guna.Dasar perompak.Sy doakan semua penyamun d laknati oleh Allah.Sy tetap undi ABU.......
  • MuNawir Iskandar Putra · Pengulas Tertinggi · Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    Sunway ini kroni Umno-MCA. Tengok sahaja di Tambun berdekatan Ipoh Perak diberikan kepada kroni Sunway oleh UMNO Tambun...orang cina di sini pun marah dari mana kekayaan Sunway ini
  • Muhammad Daniel Bin Azha
    wajib tumbangkan rejim umno dan kuncu2nya...

Tiada ulasan: