Ahad, 8 September 2013

TERLIBAT DENGAN RASUAH BERMAKNA KITA MENCARI NAHAS DIAKHIRAT

Rasuah punca minyak naik - Ku Li

Harakahdaily, 07 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Bahang kenaikan harga minyak kini bukan sahaja dirasai pelbagai lapisan rakyat  malah turut mendapat reaksi negatif tokoh politik Umno.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.

Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.

"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.

Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal.

"Ini tak boleh diteruskan lagi. Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya," tegasnya dalam satu sidang media.

Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi.

Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah.

"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak menjawat menteri)," katanya.

RASUAH AMALAN TERLARANG DI SISI ISLAM

rasuah6
Rasuah perbuatan dilarang di sisi Islam
Pengertian RasuahPerkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman RasuahMenurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulamaseperti berikut :

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,MAKSUD

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam Hadith :-
MAKSUD
Ertinya : "Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)"
( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih) .
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.”  (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (riwayat Ahmad
Oleh yang demikian, tidak kira sama ada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah  jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah, menyimpannya dan membelanjakannya adalah haram.
Jenis - Jenis Kesalahan RasuahBerikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-

Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Tindakan Pencegahan
A. Pendidikan
i)  Pendekatan menerusi pendidikan adalah satu-satunya yang terbaik. Generasi muda, generasi pelajar hari ini wajib dididik, diajar supaya membenci, memusuhi dan seterusnya menghindari amalan rasuah. Nilai-nilai 'bersih' dan 'adil' akan menjadi tema penting dalam kurikulum pendidikan.
ii). Menerusi kurikulum baru pendidikan Islam yang telah dilaksanakan jelas memberikan penekanan akhlak yang amat terpuji. Di dalamnya termasuk nilai seperti amanah, bijaksana, bertanggung jawab, iffah (harga diri), ihsan, berani dan lain-lain.
iii)  Konsep Allah melihat apa yang kamu lakukan; setiap perbuatan baik akan dihitung walaupun sebesar zarah dan begitu juga perbuatan yang jahat; jasad yang tumbuh dari makanan yang haram akan menjadi bahan bakar api neraka dan seterusnya mendidik adab pelajar serta tanggungjawab terhadap Allah dan makhluk lain.
iv)  Meningkatkan Kesedaran
Kempen meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahayanya rasuah. Ini boleh dilakukan menerusi media massa seperti akhbar, radio dan televisyen.
v) Kesedaran yang mendalam di kalangan masyarakat supaya mengelakkan amalan memberi rasuah dan menerima rasuah.
vi) Menggubal Dasar
Menggubal dasar-dasar yang mampu memberi peluang yang seimbang untuk rakyat mendapatkan hak mereka sekiranya berkelayakan dan sekali gus menafikan dasar pintu belakang

Rumusan Semua harta yang diperolehi daripada jalan rasuah adalah haram, menyimpannya dan membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam perkara ini  memerima kehidupan yang tidak diredhai dan diberkati Tuhan.
Gejala rasuah banyak mencetuskan pelbagai kes jenayah seperti peras ugut, bunuh, dendam dan pelbagai perkara lain yang boleh memusnahkan kehidupan manusia secara keseluruhannya dan menghalang kepada pembentukan integriti dalam sesebuah masyarakat.

Sumber  Rujukan :  Akhbar Berita Harian
Utusan Malaysia
Artikel dimasukkan pada 20 April 2011

Integriti pudar punca rasuah berleluasa

Muhammad Faizal, 07 Sep 2013

SUBANG JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melahirkan kerisauan terhadap soal integriti dan juga etika dalam sistem pentadbiran di negara ini yang secara jelas jauh tersasar.

Katanya, soal integriti tidak lagi dipandang serius oleh pihak pentadbiran khususnya pemerintah dan juga parti-parti politik yang ada sekarang.

"Apabila nilai integriti dan etika tidak dapat dipupuk serta dijadikan amalan, maka gelaja rasuah serta penyelewengan terus berleluasa tanpa ada perasaan bersalah ataupun bertanggungjawab.

"Ini yang berlaku, nilai ini telah hilang dan kita dapat lihat isu rasuah mahupun penyelewengan terus meningkat tanpa dapat dibendung walaupun penguatkuasaan undang-undang dilakukan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutup Forum Pengukuhan Integriti Politik 'Pemantapan Integriti Politik Negara : Isu dan Cabaran' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat hari ini.

Beliau juga turut menggesa agar setiap pihak dapat mengembalikan nilai-nilai ini, kerana baginya kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara itu bergantung kepada nilai-nilai tersebut.

"Saya akan berbesar hati dan gembira kerana dijemput dalam forum ini, walaupun IIM merupakan salah satu badan dari pihak kerajaan tapi bila bercakap soal integriti ia menjadi tanggungjawab semua.

"Perbezaan pendapat itu adalah ideologi politik tetapi tanggungjawab serta etika yang berintegriti dalam pentadbiran, sikap bertanggungjawab adalah hak semua yang ada tanpa mengira fahaman politik," sambung beliau.

Turut hadir sebagai ahli panel adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Zakaria Jafaar, Pengarah Latihan PKR, Mustafa Kamil Ayub, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan juga Timbalan Dekan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)n, Prof Madya Dr Shaharussin Badaruddin.

Manakala moderatornya Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Bagi pihak IIM pula ia diwakili oleh Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Dr Abu Bakar Sarpon.

Harga minyak: Rakyat belasah Najib dalam FBnya

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 07 Sep 2013

Friday, September 6, 2013

Gara-gara naikkan harga minyak, Rakyat belasah Najib dalam FB miliknya..


Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut, lapor Keadilandaily.

Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.

Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622 bilion.

Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di laman 1Malaysia.com. 

Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.

Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 3200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan.

Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:

Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!

Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je” Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang

Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib

Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor

Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal?

Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR

Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!!

Koo Cai: Mohon letak jawatan segera…

Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. ..

Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa..

Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.

Rabani Abd Rahman: korang semua letak jawatan.. idea korang semua dah lapuk x boleh pakai.. menyusahkan rakyat je

Al Fatah: dato, tlg naikan harga minyak 10 ringgit... barulah umno untung banyak

Zaini Saad; kenapa maki hamun pm kite kesian sama dia....doa bg cpt pergi lg bagos huh menyampah aku.

Lagi komen-komen tu sila lihat di (SINI)

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Perdana Menteri potong gajinya 30 peratus demi rakyat

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 07 Sep 2013

Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15 juta serta puluhan buah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.

Tapi jangan haraplah Perdana Menteri yang dilaporkan itu adalah Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah Perdana Menteri Malawi.

Baca lagi

Dialog manifesto PR S'gor 9 hingga 13 Sept

Harakahdaily, 07 Sep 2013

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan satu dialog terbuka yang dimanakan Dialog Manifesto Pakatan Rakyat bermula 9 September ini.

Pada tarikh tersebut program ini akan diadakan serentak di Galeri Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Pandan Indah, Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Siantan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bermula jam 8 malam.

Dialog tersebut bakal memberi ruang kepada rakyat Selangor untuk memberi input kepada Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, agar mencapai golongan sasaran.

Perbincangan langsung rakyat-pemimpin ini bagi mendapatkan input secara terus dari pembayar cukai bagi melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Pada 10 September, dialog akan diadakan serentak di Lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Dewan Sri Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Dewan Auditorium Dato’ Abdul Hamid Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di Batang Kali, bermula jam 8 malam.

Pada 11 September, dialog akan diadakan serentak di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Puchong Indah, dan bagi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Kompleks Sukan Dewan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi bermula jam 8 malam.

Bagi 12 September pula, dialog akan diadakan serentak bagi Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) di Hotel Empress di Sepang Bandar Baru, bagi Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dewan Bunga Tanjung Seksyen 19, dan bagi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di Dewan Sri Jugra di Banting bermula jam 8 malam.

Manakala pada 13 September, dialog akan diadakan bagi Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Dewan Hamzah bermula jam 8 malam.

Tiada ulasan: