Ahad, 8 September 2013

TAKWA MEMBEZAKAN MANUSIA

Integriti pudar punca rasuah berleluasa

Muhammad Faizal, 07 Sep 2013

SUBANG JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melahirkan kerisauan terhadap soal integriti dan juga etika dalam sistem pentadbiran di negara ini yang secara jelas jauh tersasar.

Katanya, soal integriti tidak lagi dipandang serius oleh pihak pentadbiran khususnya pemerintah dan juga parti-parti politik yang ada sekarang.

"Apabila nilai integriti dan etika tidak dapat dipupuk serta dijadikan amalan, maka gelaja rasuah serta penyelewengan terus berleluasa tanpa ada perasaan bersalah ataupun bertanggungjawab.

"Ini yang berlaku, nilai ini telah hilang dan kita dapat lihat isu rasuah mahupun penyelewengan terus meningkat tanpa dapat dibendung walaupun penguatkuasaan undang-undang dilakukan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutup Forum Pengukuhan Integriti Politik 'Pemantapan Integriti Politik Negara : Isu dan Cabaran' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat hari ini.

Beliau juga turut menggesa agar setiap pihak dapat mengembalikan nilai-nilai ini, kerana baginya kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara itu bergantung kepada nilai-nilai tersebut.

"Saya akan berbesar hati dan gembira kerana dijemput dalam forum ini, walaupun IIM merupakan salah satu badan dari pihak kerajaan tapi bila bercakap soal integriti ia menjadi tanggungjawab semua.

"Perbezaan pendapat itu adalah ideologi politik tetapi tanggungjawab serta etika yang berintegriti dalam pentadbiran, sikap bertanggungjawab adalah hak semua yang ada tanpa mengira fahaman politik," sambung beliau.

Turut hadir sebagai ahli panel adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Zakaria Jafaar, Pengarah Latihan PKR, Mustafa Kamil Ayub, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan juga Timbalan Dekan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)n, Prof Madya Dr Shaharussin Badaruddin.

Manakala moderatornya Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Bagi pihak IIM pula ia diwakili oleh Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Dr Abu Bakar Sarpon.

Mat Bangla lebih berhati mulia dari pemimpin - baca

http://kachipemas.blogspot.com, 07 Sep 2013

Saturday, September 7, 2013

Kisah Benar !!! Si Mat Bangla..lebih berHatI Mulia dari pemimpin?. Wajib Baca


Mulia sungguh hatimu Abdul Hakim, Pekerja Shell Hentian Sebelah Awan Besar, KESAS.

Lewat petang tadi, saya pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya KESAS. Sedang asyik memandu, tanda amaran minyak habis menyala.

Saya berhenti di Shell Hentian Sebelah Awan Besar. Baru saya perasan yang saya cuma mempunyai RM3 sahaja di dalam dompet. Saya ke mesin ATM untuk keluarkan duit.

Saya tidak berjaya keluarkan duit melalui kad ATM Maybank. Di skrin tertera ayat lebih kurang begini, "Kad anda rosak. Sila hubungi cawangan Maybank yang berdekatan."

Saya tenang sahaja kerana saya punya satu lagi kad ATM Bank Islam. Namun ketenangan itu tidak berpanjangan, rupanya ATM tersebut tidak keluarkan duit walaupun sudah menekan jumlah yang dikehendaki. Selepas beberapa ketika, ianya hanya mengeluarkan resit dan tertulis transaksi anda tidak berjaya.

Panik! Saya mula panik!

Saya kembali ke kereta. Cuba buat bayaran melalui panel kad krediit / debit. Juga tidak berjaya.
Saya mencari-cari di dalam beg dan kereta dengan harapan terjumpa duit yang terselit-selit. Jumpa angpau raya, seluk ke dalamnya, hanya ada RM3 sahaja. Menjadikan duit di tangan saya RM6.

Rupa-rupanya tindak-tanduk saya itu diperhatikan oleh seorang pekerja Bangladesh. Beliau menghampiri saya seraya bertanya apa yang saya cari. Saya ceritakan daripada A-Z...tidak sedar air mata mengalir. Sungguh! Saya tidak pernah mengalami situasi begini.

Lantas, beliau keluarkan dompet beliau. Sempat saya menjeling isi dompet tersebut, hanya ada beberapa wang kertas RM1 dan 2 keping RM5. Beliau keluarkan 2 keping RM5. Saya terharu! Dan lantas, saya katakan, "Ya ALLAH, berilah rezeki yang luas kepada 'Abdul Hakim". (nama ini yang tertera di tag nama yang dipakainya).

Beliau ambil duit RM6 yang ada di tangan saya, minta saya tunggu di kereta dan beliau pergi kaunter pembayaran dan buat pembayaran. Beliau kembali semula ke kereta saya dan bantu saya isi minyak.

Setelah selesai, beliau berkata pada saya, "Saya belum gaji, kalau sudah gaji, saya boleh bagi lebih."

Subhanallah! Mulia sungguh hatimu, 'Abdul Hakim.

Nota:

Saya minta akaun bank untuk saya pulangkan kembali duitnya, namun beliau tiada akaun bank. Beliau kata, "Nanti lalu lagi sini, boleh bagi saya." Saya beritahu yang saya jarang gunakan KESAS. Beliau kata lagi, "Tak apa... saya bagi saja. Kesian tengok sudah lama sini..." Akhirnya, saya ambil no hp beliau. InsyaALLAH, esok akan saya top-up lebih daripada jumlah yang saya pinjam daripada beliau!

Kenapa tukar tanda harga baru?

Harakahdaily, 07 Sep 2013
KUALA LUMPUR: “Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali,” kata Dr Azman Ibrahim (gambar).

Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu itu berkata, untuk mendapatkan kepastian, hari Jumaat 6 September semalam, beliau ke pasaraya yang dimaksudkan tersebut dan mendapati bahawa memang benar terdapat kenaikan harga barangan dan sungutan pelanggan boleh didengar dengan jelas.

“Apa mekanisma aduan yang diguna pakai kementerian dan menteri ini sehingga begitu mudah beliau membuat kesimpulan, tiada aduan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak?” tanya beliau sebagai respons kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kenyataan beliau seperti di bawah.

"Tidak banyak aduan tentang kenaikan harga barang, contohnya di Wilayah Persekutuan, hanya 3 aduan yang kita terima," kata Menteri KPDNKK.

Saya sangat sangsi dengan ketepatan kenyataan menteri KPDNKK ini yang pernah mencadangkan, kalau harga ayam mahal, maka jangan makan ayam.

Buktinya, pada pagi khamis, 5 September kira-kira 2 hari lepas, seorang pengadu yang membeli belah di sebuah pasaraya  di bandar Kubang Kerian mengadu sambil memberikan maklumat kepada saya bahawa berdasarkan pemerhatiannya didapati di bahagian sudut barang-barang keperluan harian, pekerja-pekerja pasaraya tersebut sedang sibuk menukar tanda harga di sebahagian besar barang-barang keperluan harian seperti lauk pauk dan sayur-sayuran.

Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali...

Untuk mendapatkan kepastian, hari Jumaat 6 September semalam, saya ke pasaraya yang dimaksudkan tersebut dan mendapati bahawa memang benar terdapat kenaikan harga barangan dan sungutan pelanggan boleh didengar dengan jelas.

Apa mekanisma aduan yang diguna pakai Kementerian dan menteri ini sehingga begitu mudah beliau membuat kesimpulan, tiada aduan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak?

Apakah pegawai-pegawai terbabit benar-benar memantau atau sekadar memberikan laporan yang menyedapkan hati menteri.

Saya masih ingat, ketika krisis bekalan minyak masak di Terengganu yang saya timbulkan atas kapasiti Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu kira-kira lebih setahun yang lalu, pegawai KPDNKK Terengganu malah menafikannya walaupun hakikatnya bekalan minyak masak memang sukar didapati.

Lebih melucukan lagi apabila mereka membawa wartawan ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu, bergambar sambil memegang botol minyak masak cap bunga matahari untuk membuktikan bahawa bekalan minyak ada dan mencukupi tanpa dia sedar bahawa botol yang dipegang adalah minyak bunga matahari yang harganya adalah lebih mahal berkali ganda dari minyak sawit serta tidak menjadi pilihan pengguna.

Yang kita timbulkan adalah krisis bekalan minyak sawit bukannya bekalan minyak matahari atau minyak jagung tetapi pegawai datang bergambar dengan botol minyak bunga matahari!

Hal-hal remeh seperti ini sebenarnya boleh menjejaskan kredibiliti KPDNKK di mata masyarakat umum. Pengguna tak selalunya akan datang mengadu dan pegawai-pegawai jangan hanya menunggu aduan di dalam bilik berhawa dingin. Mereka perlu proaktif turun ke lapangan kerana meraka dibayar gaji antaranya untuk tujuan itu.

Tumpahkan ilmu yang dipelajari di Mesir - Saleh

Mohd Sabri Said, 07 Sep 2013
TASEK GELUGOR: Pulau Pinang mengalu-alukan ilmu yang ada dalam dada pelajar Mesir untuk membantu negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju dan dinamik apabila kembali ke tanahair kelak.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man berkata demikian semasa berucap pada majlis jamuan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua petang semalam.

Kepulangan mereka nanti, ujarnya menjadi harapan kakitangan khususnya di MAINPP kerana dapat mengganti generasi lama yang bakal pencen.

"Pulau Pinang senantiasa menanti kepulangan pelajar dari Mesir nanti untuk menumpahkan apa yang mereka pelajari di sana kerana negeri ini amat memerlukan ilmu yang ada dalam dada pelajar," jelasnya.

Generasi lama katanya, telah lumat dengan tribulasi, mehnah dan seumpamanya maka generasi muda yang kembali ke tanah air berpeluang memikul tanggungjawab bersama bagi merealisasikan apa yang masih belum dilaksanakan.

Katanya, pemergian Ustaz Ridwan Abdul Wahab sukar dicari ganti yang sememangnya baik ketika menguruskan pelajar ke Mesir atau kebajikan mereka di sana.

Sekarang, kata beliau tempatnya diganti oleh Ustaz Mohd Loqman Nur Hakim.

Pengalaman dan ilmu yang ada, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, amat diperlukan untuk menambah baik keperluan pentadbiran yang ada supaya kepulangan pelajar tidak sia-sia.

"Apa yang ada seperti pengalaman boleh memperbaiki mana yang janggal agar pentadbiran agama Islam terus kental. MAINPP akan membantu mereka yang berhasrat kembali ke tanah air untuk bertugas merealisasikan impian kerajaan negeri dan MAINPP," tegasnya.

5 cara jimat minyak kereta 30% - Mesti baca

http://wartashubhi.blogspot.com, 07 Sep 2013
Oleh kerana BN memang pada PRU 13 lalu, mereka menghadiahkan hampers menarik buat semua rakyat Malaysia samada yang mengundi atau yang tidak mengundi BN.

Ya!, kerajaan BN dengan berani mengajar rakyat Malaysia bagaimana menjadi kreatif dan memerah otak untuk meneruskan kehidupan walaupun kos minyak naik 20 sen.

Media war-warkan kesan kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol hanyalah sebanyak 0.01%. Macam mana depa kira saya tak pasti tapi nampaknya cara para peniaghan kira tak sama dengan cara mesin propaganda kerajaan mengira.

Tapi tak apa! jangan risau, anda masih boleh jimatkan minyak kereta dengan mudah sebanyak 30% dengan mengamalkan teknik  sempoi.

Bukan nak jual barang bro, jangan risau...nak tolong orang saja....Baca kat sini caranya!

Tiada ulasan: