Rabu, 4 September 2013

PENGANGKUTAN BARANG2 GUNA MINYAK...BIASANYA HARGA BARANG2 JUGA AKAN NAIK...AMBIK KAU

Pelajar Wanita UiTM Dungun diperiksa cari suspek buang bayi
Posted on Tuesday, September 03 @ 22:52:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Mayat bayi yang ditemui di loji kumbahan UiTM Dungun.

Semua siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, kini berdepan siasatan polis yang menjejaki suspek pembuangan bayi yang ditemui mati dalam loji kumbahan kampus itu pada Rabu lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pemeriksaan terhadap pelajar wanita universiti itu akan dilakukan apabila mereka melaporkan diri selepas cuti semester berakhir.
Katanya, pemeriksaan akan dilakukan secara berperingkat dengan kerjasama pengurusan UiTM bagi mengenal pasti mereka yang terbabit kerana jumlah pelajar wanita melebihi 500 orang.
UiTM Dungun lokasi bayi ditemui.
UiTM Dungun lokasi bayi ditemui.
“Polis yakin dapat menyelesaikan kes penemuan mayat bayi perempuan oleh pekerja kontrak yang menjalankan kerja membersih loji kumbahan berdekatan asrama UiTM, kampus Dungun, kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.
Mayat bayi perempuan yang dilahirkan cukup sifat itu ditemui dalam keadaan kepalanya sudah pecah dan perut terburai dipercayai dibuang daripada sebuah blok asrama pelajar kampus terbabit.
Manoharan berkata, ia dipercayai dibuang menerusi saluran najis tandas asrama yang kemudian mengalir ke loji kumbahan terbabit.
Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran secara membuang mayat secara sulit.

Sumber BH

 Kesatuan pengangkutan jangka harga barang naik mendadak dalam sebulan
Posted on Tuesday, September 03 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

SHAH ALAM 3 SEPT: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu menjangka kenaikan harga barang berleluasa dalam masa kurang sebulan berikutan peningkat kos pengangkutan.

Setiausaha Eksekutif kesatuan itu, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kenaikan itu berlaku apabila kos petroleum melibatkan banyak peringkat dalam pengeluaran sesuatu barang.

“Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat,” katanya.

Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa hari ini sudah dijangka Pakatan Rakyat.

Hal ini tidak akan berlaku jika Pakatan yang menawarkan penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja membentuk kerajaan jika menang PRU 13.

Bagaimanapun, BN yang pernah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak jika menang, mungkir janji kurang lima bulan selepas mencatat kemenangan tipis.

“Kita memang jangka minyak akan naik jika BN menang. Kita nasihati pengundi jangan tersalah pilih tetapi ada pengundi ‘memilih’ untuk (harga) minyak naik,” kata Senator Dewan Negara itu kepada TV Selangor.-selangorku


 Panas!! PKR Dakwa Pendaftaran Pertubuhan Luluskan 3 Kumpulan Kongsi Gelap
Posted on Tuesday, September 03 @ 21:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mudah meluluskan tiga kumpulan kongsi gelap, tetapi sehingga hari ini Pakatan Rakyat (PR) dihalang dengan pelbagai cara daripada didaftarkan.
Setiausaha Agung PKR itu yang juga wakil sekretariat PR, mendakwa RoS tidak memberikan kerjasama untuk membantu mereka sejak permohonan kali pertama dibuat pada 2009 sehingga kini.
"Kita sedia maklum RoS baru-baru ini mengakui terdapat tiga kumpulan kongsi gelap yang berdaftar dengan mereka, jadi saya ingin menyoal mereka.


"Mengapa begitu mudah tiga kumpulan kongsi gelap mendapat kelulusan daripada RoS, tetapi tidak dengan pendaftaran Pakatan Rakyat? Kami bukannya gengster atau penjenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
Saifuddin berkata, RoS juga tidak pernah menghantar surat atau notis kepada PR mengenai status pendaftaran yang dibuat, serta membidas agensi itu yang menggunakan media sebagai saluran menyampaikan berita mengenai perkara tersebut.
"Semua maklumat yang kami perolehi hanya menerusi media massa, mereka tidak pernah menghantar surat mahupun notis kepada kami untuk memberitahu status permohonan lama.
“Adakah sukar untuk menghantar surat kepada kami," katanya.
Semalam, media melaporkan RoS menolak permohonan PR kerana mereka hanya pernah memohon sekali sahaja dan tidak pernah membuat tindakan susulan.
Malah, Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya tidak dapat memproses kelulusan buat masa ini kerana PR menukar pucuk pimpinan sejak 2009, namun tidak memaklumkan status terkini mereka kepada RoS.
 
 
 
 Rugi RM1.05 pada setiap pengisian minyak RM10
Posted on Tuesday, September 03 @ 19:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


KUALA LUMPUR: Pada kadar baru petrol RM2.10 seliter, bermula hari ini pengguna hanya mendapat 4.762 liter bagi setiap pengisian RM10.

Berbanding sebelum kenaikan iaitu pada kadar RM1.90 seliter, pengguna menikmati 5.263 liter petrol bagi pembelian kadar serupa.

Ini bermakna, dengan pengisian RM10 bermula hari ini, pengguna kehilangan 0.501 liter berbanding semalam.


Harga bagi 0.501 liter, jika pada kadar semalam adalah RM1.05.

Ini bermakna bermula hari ini, pengguna kehilangan nilai ringgit yang dibelanja sebanyak RM1.05 bagi setiap RM10 pengisian petrol mereka.

RM1.05, apabila didarab dengan 30 hari (sebulan), bersamaan RM31.05.

RM31.05 didarab pula dengan 12 bulan (setahun), pengguna akan kerugian RM378 setahun.

Itu jika mengandaikan pengguna mengisi petrol RM10 sehari. Jika pengguna mengisi lebih dari RM10, lebih banyak kerugian yang dialami.

harakahdaily 03 sept 2013

 Gagal bersemuka dengan Dajjal Jadian
Posted on Tuesday, September 03 @ 19:24:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering

Oleh: sp4n4r

"Belum lagi bersemuka dengan Dajjal sebenar, tapi sudah gagal bersemuka dengan Dajjal Jadian.

PRU13 telah memberi kemenangan kepada BN dengan menggunakan pelbagai tipu helah. Sekali lagi BN 'ter'mandat untuk menerajui kerajaan Malaysia. Selepas PRU13, beberapa jenis barangan keperluan naik.  Hasilnya kini lagi terbukti,  rakyat malaysia sekali lagi ditipu dengan kenaikan bahan api sebanyak 20 sen. Banyak lagi kenaikan yang bakal menyusul. Begitu hebatnya tipu helah dari BN.

Adakah BN dan UMNO itu Dajjal Jadian ? Adakah penyokong BN dan UMNO itu tentera-tentera dajjal atau golong-golongan yang disesatkan oleh dajjal ?

Mari  kenali dulu Dajjal sebenar.

Dajjal Al Masih membawa fitnah kepada iman manusia. Dajjal Al Masih mampu memusingkan kepercayaan/iman manusia. Dajjal mampu mengubah pendirian seseorang. Malah Dajjal mengaku dirinya Tuhan menurut hadis riwayat At-Thabrani.

Bagaimana Dajjal Al Masih membawa fitnah kepada iman manusia ?

Didalam hadis riwayat muslim menceritakan bahawa "Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ia berkata, “Suatu hari Rasulullah  bercerita panjang lebar mengenai  Dajjal. Diantaranya, Baginda s.a.w ceritakan kepada kami adalah : Ia(Dajjal) akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan madinah, kemudian ia(Dajjal) tiba ditanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik diantara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihal mengenai ku(Dajjal) ?. Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu(Dajjal) dari sebelumnya. Maka Dajjal itu membunuhnya kembali , namun ia tidak kuasa melakukannya.” [ Hadis Riwayat Muslim ]"

Didalam Hadis lain, Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman radhiallahu 'anhum, lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. perihal Dajjal."

Dari Hudzaifah lalu berkata:
"Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya berserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, kerana sesungguhnya ini adalah air tawar dan nyaman sekali." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Sayapun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu." [ Riwayat Bukhari & Muslim ]


2 hadis ini memberi gambaran fitnah yang dibawa oleh Dajjal.

Bagi mereka yang berilmu, mengenali Dajjal, akan memohon perlindungan dari Allah swt untuk menghindari fitnah dari Dajjal Al Masih. Bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu, imannya mudah terpaut dengan kehebatan Dajjal, lalu menjadi kufur dan mempercayai Dajjal itu tuhan. Golongan yang tewas dengan fitnah Dajjal Al Masih.  Lalu golongan yagn tewas ini menganggap air yang dibawa oleh dajjal itu nikmat. Itu lah fitnah sbenar-benar fitnah yagn dibawa oleh Dajjal Al Masih. Dajjal sebenar yang mampu mengubah iman seseorang lantaran ketiadaan ilmu dan pertolongan dari Allah swt.

Bagaimana mengenali Dajjal Jadian ?


Asal perkataan Dajjal : Ad Dajjal pada asalnya dari ungkapan perkataan Dajjala al-ba'eer yang membawa maksud pada dasarnya bercampur. Perkataan Dajala digunakan untuk membawa maksud perkara yang mengelirukan atau mengaburi atau samar-samar. Oleh kerana Dajjal adalah nama pada makhluk yang boleh berkata-kata, maka ia membawa erti kepada pembohong, penipu dan pendusta.

Berikut adalah ciri-ciri untuk mengenali Dajjal Jadian.

Didalam hadis ada menyebut, Anas bin Malik berkata, “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.” [Hadis Riwayat Ahmad, 3/220].

banyak lagi hadis menceritakan ciri-ciri dan sifat Dajjal Jadian.

Bagaimana BN dan UMNO itu dikatakan Dajjal Jadian ? Kita lihat hari ini, pemimpin BN UMNO melakukan banyak pendustaan malah, pendustaannya amat terang-terangan yang tidak dapat lagi disembunyikan. Banyak pendustaan , penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Dajjal Jadian itu. Kita lihat hari ini BN/UMNO banyak melakukan penentangan tersembunyi dan terang-terangan terhadap kitab Allah dan RasulNya.

Bagaimana pula penyokong BN dan UMNO itu tentera-tentera dajjal atau golong-golongan yang disesatkan oleh dajjal ?
Semasa PRU13 yang lalu, masyarakat kampung terutama golongan tua, golongan yang menerima bantuan, pada diri mereka ini, kekurangan ilmu mengenai masalah yang melanda dalam negara menyebabkan mereka mudah disesat oleh Dajjal Jadian. Ada dikalangan mereka itu, tahu masalah yang melanda dalam negara, tetapi takut untuk melakukan perubahan kerana diugut akan disekat pelbagai bantuan yang telah disalurkan. Terdapat penyokong BN UMNO begitu gembira apabila memperolehi habuan segara dari BN UMNO. Tidakkah sikap itu sama seperti hadis yagn disebutkan diatas, dimana terdapat golongan yang menganggap air itu nikmat sedangkan ianya sebaliknya. Sikap pemimpin BN UMNO yang suka mengugut pengundi tidak ubah seperti sifat Dajjal sebenar yang membawa fitnah kepada iman. Kedapatan juga sikap pemimpin BN UMNO berkata, seolah-olah mereka tuhan, mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap rakyat yang tidak menyokong mereka.

Penyokong UMNO dan BN adalah golongan yang telah ditewaskan oleh Dajjal Jadian yang mana belum lagi bersemuka dengan Dajjal Sebenar. JIka bersemuka dengan Dajjal Sebenar, dimana kedudukan mereka diakhirat kelak ? Nauzubillahimin zalik. Mintak dijauhi fitnah Dajjal Tulen dan Dajjal Jadian. "


 Harga Minyak Naik: Dato’ Seri Najib Bebankan Rakyat Atas Kegagalan Sendiri
Posted on Tuesday, September 03 @ 18:30:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen bagi RON95 dan diesel sewajarnya ditolak oleh rakyat seperti yang banyak disuarakan di laman-laman sosial dan media. Kenaikan ini membebankan rakyat terbanyak dan dijadikan alasan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menutup kegagalannya mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Perkembangan-perkembangan terbaru ekonomi serantau dan kedudukan kewangan negara yang semakin lemah telah menimbulkan pelbagai keraguan yang negatif terhadap kemampuan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini termasuklah:

1. Laporan Fitch yang menuruntarafkan prospek ekonomi negara menjadi negatif, iaitu kali pertama ia berlaku dalam sejarah negara melihatkan kadar keberhutangan negara yang semakin tinggi tanpa ada jalan penyelesaian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak

2. Matwang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas

3. Pertumbuhan ekonomi yang tidak mencapai sasaran sejak 15 tahun berturut-turut

Apa yang dituntut oleh rakyat, pasaran, pelabur dan juru analisa adalah satu pelan ekonomi yang menyeluruh yang menangani tiga masalah utama ekonomi negara iaitu:

1. Keberhutangan kerajaan yang melampau sehingga menjejaskan masa depan kewangan negara

2. Keborosan kerajaan yang tidak kenal penghujung sehingga berbelanja melebihi pendapatan (belanjawan defisit) selama 15 tahun berturut-turut

3. Daya saing ekonomi negara yang semakin malap kerana dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan rasuah, penyelewengan, kurang daya kreativiti dan tiada tambah nilai

Sebaliknya, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya mengambil jalan pintas dengan memotong subsidi rakyat yang kesannya kepada ekonomi negara tidak seberapa berbanding dengan perbelanjaan yang lain termasuklah subsidi korporat yang lebih besar nilainya.

Fakta-fakta ekonomi membuktikan bahawa tindakan menaikkan harga minyak tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara yang kian parah di bawah pentadbiran beliau dan tidak adil kepada rakyat:

1. Belanja subsidi lain lebih besar dan subsidi korporat wajar dipotong dahulu sebelum subsidi rakyat

Seperti yang diumumkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kenaikan harga minyak akan menjimatkan subsidi minyak tahunan sebanyak RM3.3 bilion dalam tahun 2014 ke atas. Beliau juga mengumumkan bahawa anggaran jumlah subsidi yang ditanggung tahun depan (berikutan kenaikan harga minyak ini) adalah RM24.8 bilion.

Setiap tahun, anggaran jumlah penggunaan petrol dan diesel adalah sebanyak 10 bilion liter (petrol) dan 6.5 bilion liter (diesel) . Pada kadar subsidi sebanyak 83 sen bagi seliter petrol dan RM1 bagi seliter diesel, jumlah subsidi petrol dan diesel adalah sebanyak RM14.8 bilion setiap tahun, iaitu hanya 59% dari jumlah subsidi bahan api yang dibelanjakan kerajaan.

Sejumlah RM10 bilion subsidi (atau 41% peratus) setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG yang ditanggung oleh kerajaan. Ini tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) sebanyak sekitar RM8 bilion setiap tahun.

Ini bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas (dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun) adalah hamper sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat.

Sebab itu, KEADILAN bertegas bahawa kita menentang sebarang kenaikan harga minyak selagi subsidi korporat (dalam bentuk subsidi gas kepada industri dan penjana bebas) tidak distrukturkan semula kerana adalah tidak adil menghukum rakyat kebiasaan yang sudah pun bergelut dengan kesempitan kewangan sedangkan kroni dan sektor korporat tidak disentuh langsung.

Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen adalah bersamaan memotong subsidi minyak rakyat sebanyak 22% setahun, sedangkan penjana bebas yang kaya terus menikmati subsidi korporat.

2. Rakyat golongan sederhana dan miskin paling terkesan dengan kenaikan harga minyak

Pendapatan dan perbelanjaan setiap isirumah adalah berbeza-beza mengikut taraf sosioekonomi keluarga. Mengikut kajian yang dibuat oleh MIER dan berdasarkan Kajiselidik Belanja Isirumah 2009/10, anggaran perbelanjaan untuk petrol dan diesel mengikut kategori pendapatan keluarga adalah seperti berikut:

Pendapatan bulanan isirumah (RM)
% belanja isirumah membiayai petrol dan diesel
<500 div="">
35
500 – 1,000
27
1,000 – 2,000
25
2,000 – 3,000
22
3,000 – 4,000
20
> 4,000
10

Ini bermakna, keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana secara puratanya membelanjakan lebih banyak pendapatan mereka setiap bulan untuk membiayai petrol dan diesel (oleh kerana pendapatan mereka lebih rendah dan bahan api adalah keperluan). Oleh itu, kenaikan harga minyak sudah tentu menekan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana kerana jumlah tanggungan tambahan setiap bulan adalah besar berbanding pendapatan bulanan mereka.

KEADILAN menganggarkan secara purata sebuah isirumah yang mempunyai sebuah kereta menggunakan sebanyak 313 liter petrol atau diesel setiap bulan . Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen sudah tentu akan menambah secara purata perbelanjaan tambahan sebanyak RM63 sebulan atau RM752 setahun.

Jumlah ini adalah besar dan benar-benar akan membebankan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

3. Bantuan BR1M tidak memadai dengan kenaikan belanja dan tidak menyelesaikan kepincangan ekonomi negara

Janji Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa penjimatan dari kenaikan harga minyak ini akan digunakan untuk menyalurkan BR1M yang lebih tinggi adalah tidak bertanggungjawab.

Pertamanya, jumlah BR1M (kalau pun dinaikkan nilainya) tidak berpadanan dengan tanggungan belanja setiap isirumah. Selain dari belanja petrol dan diesel yang meningkat sebanyak RM752 setahun (yang nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isirumah juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang secara keseluruhannya akibat inflasi. Jumlah tanggungan adalah jauh lebih tinggi dari nilai RM500 BR1M yang ditawarkan.

Keduanya, hanya sebahagian rakyat Malaysia yang menerima BR1M iaitu sekitar 40% isirumah, sedangkan 40% lagi golongan sederhana yang turut terkesan tidak mendapat sebarang bantuan.

Lebih membimbangkan, pendekatan mengagihkan bantuan melalui BR1M bersifat politik yang boleh mewujudkan budaya pergantungan di kalangan rakyat termiskin sedangkan yang mereka perlukan adalah subsidi yang menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan yang baik yang membebaskan mereka dari perangkap kemiskinan.

4. Harga minyak mentah secara puratanya menunjukkan pola penurunan sejak kenaikan minyak kali terakhir (Disember 2010)

Kenaikan harga petrol dan diesel pada kali ini adalah pertama kalinya dibuat pada masa harga minyak mentah secara puratanya menunjukkan pola penurunan.

brentcrude

Harga minyak mentah Brent (dalam USD setiap tong)

Sebelum ini, Barisan Nasional sering memberi alasan bahawa harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan oleh kerana harga minyak mentah yang meningkat membebankan negara. Namun, sejak April 2011, sebenarnya harga minyak mentah telah mencatatkan pola penurunan dalam tempoh dua tahun.

Tidak pernah sekali pun harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah ini menurun di pasaran dunia. Sepatutnya pola penurunan itu memungkin kerajaan berjimat kerana belanja subsidi petrol dan diesel stabil. Peluang itu disia-siakan dan sebaliknya akibat keborosan, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada ketika harga minyak mentah dunia menunjukkan penurunan dalam tempoh 2 tahun yang lepas.

Berdasarkan 4 fakta-fakta ekonomi di atas, KEADILAN percaya bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membelakangkan kepentingan rakyat.

Oleh kerana beliau bertanggungjawab di atas keputusan ini, maka wajarlah beliau jua meredakan kemarahan rakyat dengan mengambil tindakan-tindakan berikut:

1. Mengumumkan kepada rakyat bahawa tidak ada lagi sebarang kenaikan harga atau tariff yang lain dalam tempoh satu tahun bermula dari hari ini

2. Mengarahkan bahawa semua Menteri dan Timbalan Menteri membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung oleh kerajaan dengan memansuhkan kemudahan petrol dan diesel berbayar

3. Membenarkan YB Khairy Jamaluddin berdebat dengan wakil KEADILAN mengenai isu ini kerana sudah pasti YB Khairy Jamaluddin sedia berdepan sekiranya tidak disekat oleh UMNO, sepertimana kesudian beliau dalam isu PTPTN dulu

DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi


3 SEPTEMBER 2013

rafiziramli.com


Tiada ulasan: