Rabu, 4 September 2013

SAPE KATA TAK TERBEBAN...PALING KURANG ORANG SUSAH@MISKIN DAN ORANG CUKUP2 AJE

Mana pergi kapal selam negara?
Posted on Tuesday, September 03 @ 19:12:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering

Oleh: amkns

"

Mana pergi kapal selam negara yang berbillion ringgit tu dalam menjaga keselamatan nelayan tempatan dan perairan negara dari di ceroboh?



Dikejar 24 bot nelayan asing
3 September 2013
KUANTAN - Hampir 500 nelayan pukat jerut tempatan bersama 21 bot terpaksa melarikan diri selepas dikejar 24 bot pukat tunda nelayan asing ketika keluar secara beramai-ramai untuk meninjau kerosakan unjang dan rumah ikan di kawasan kira-kira 44 batu nautika dari perairan Kuantan, semalam.
Insiden kira-kira jam 10 pagi itu menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan kerana mereka turut diancam menggunakan senjata bahaya termasuk senjata api.
Nelayan Vietnam sabotaj nelayan tempatan
KUANTAN - Golongan nelayan di daerah ini ketakutan untuk turun ke laut kerana terdapat ancaman daripada nelayan warga asing walaupun mereka menangkap ikan di kawasan perairan negara.
Nelayan terbabit mendakwa unjang atau tukun yang dipasang bagi menangkap ikan dirosakkan malah mereka turut berdepan maut apabila diancam dengan senjata api oleh sekumpulan nelayan Vietnam, dan insiden sedemikian sudah berlarutan sejak dua tahun lepas tanpa sebarang penyelesaian daripada pihak berkuasa.
"Bot kami diserang apabila mereka menembak ke arah kami dan melanggar unjang kami, dan untuk mempertahankan diri, kami membaling bom petrol ke arah bot mereka sebelum kami melarikan diri," katanya kepada pemberita hari ini.

 Jangan kata kenaikan tidak beban pengguna - Fomca
Posted on Tuesday, September 03 @ 17:55:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR: Kesan berganda ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, hari ini memang tidak dapat dielakkan apabila kebanyakan sektor perkhidmatan berhubung kait antara satu sama lain.

Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.

"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.

Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.

Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.

Sebaliknya, kata Sha'ani kerajaan boleh mewujudkan situasi menang-menang, sama ada kepada pengusaha dan pengguna.

Kerajaan juga, katanya boleh memberi penjimatan yang berterusan dalam urusan tadbir negara, sebelum meminta rakyat melakukan penjimatan.

"Apa guna kita bercakap tiada peruntukan mencukupi untuk biasiswa, tetapi dalam masa sama kita bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka. Jika mahu rakyat berjimat, kerajaan perlu tunjukkan contoh terlebih dahulu," tegas beliau.-HD

 Beribu-ribu Tania: Minyak Naik Harga
Posted on Tuesday, September 03 @ 17:00:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: myogis

 
 

LINK


Beriburibu taniya... Beriburibu taniya... Beriburibu taniya... Yemaisee Birjaya..."

 Siapa kata kereta Proton tak hebat?
Posted on Tuesday, September 03 @ 18:21:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

 

Mujahideen Harakat Islamiah Muthana menggunakan Proton Saga BLM sebagai kereta kawalan jauh membawa bahan letupan di Syria.
Mungkin kerana proton paling murah kot!!

- ALBA


 Tarik semula pengumuman naik harga minyak
Posted on Tuesday, September 03 @ 16:48:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membatalkan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen yang berkuatkuasa semalam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, alasan Najib bahawa kenaikan itu penting sebagai pengukuhan ekonomi negara adalah tidak wajar memandangkan banyak cara lain yang tidak membebankan rakyat kebanyakan boleh dilakukan.

Menurutnya, kerajaan seharusnya bertindak tegas terhadap pelaku rasuah termasuk mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan penting dalam kerajaan, bukan menaikkan harga minyak.



DPPM menganggap rasuah menjadi punca ketirisan wang negara sehingga kerajaan tidak mampu menampung subsidi untuk rakyat.

"Dianggarkan nilai ketirisan wang negara ekoran aktiviti rasuah berjumlah berbilion ringgit. Rasuah juga menjadi punca integriti negara semakin merudum di mata rakyat bahkan di persada antarabangsa," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Menurut beliau juga, di samping menarik balik pengumuman kenaikan harga minyak, kerajaan harus membentangkan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi tujuan meningkatkan hasil dan seterusnya menambahkan penjimatan akaun negara.

"DPPM mendesak kerajaan menaikkan pembayaran royalti dari syarikat minyak antarabangsa seperti SHELL, Petron, BP dan lain-lain.

"Langkah ini berkesan bagi meningkatkan pendapatan negara di samping mampu menampung subsidi minyak antarabangsa mampu membayar dengan jumlah yang ditetapkan kerana keuntungan mereka setiap tahun berlipat kali ganda.

"Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebaliknya memikirkan alternatif menyelamatkan wang rakyat," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru tegasnya, referendum rakyat adalah satu keperluan pada waktu ini kerana sikap kerajaan yang meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat adalah satu kesilapan selepas kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih baik tanpa mengambil kira aspek perancangan keutamaan perbelanjaan dan sikap boros kerajaan.

"Sesungguhnya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini adalah petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea untuk menyelematkan ekonomi negara," katanya.


Hazayani Zakaria
harakahdaily 03 Sept 2013 

 Kekejaman Hatta Di Depan Multazam (Kaabah)
Posted on Tuesday, September 03 @ 16:53:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hishamahmad

"Sungguhlah kekejaman itu tidak mengenal tempat! Sebabnya, manusia yang kejam itu tidak mengenal erti kemaknusiaan! Jadi apa hal perlu dibezakan tempat untuk berlaku kejam dan zalim.

Benarkah apa yang dengar, bahawa kekejaman Panglima Islam bernama Hajaj menembak pecah dinding binaan kaabah untuk menangkap cucu Saiyyidina Abu Bakar (teka siapa namanya)… lalu menggantungnya didepan kaabah dan dipanggil ibunya Asmah untuk menyaksikan hasil kreativiti kezaliman itu?

Benarkah juga apa yang dengar, kalau Hitler, kafir didakwa membunuh jutaan yahudi kerana demi keselamatan bangsanya, tetapi Fatah Sisi , muslim membunuh rakyat sendiri demi keselamatan Yahudi? Jika benar, mana yang lebih hodoh kekejamannya?

Lalu bagaimana kekejaman Fatah Sisi membunuh atau bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu rakyat Islam yang baik-baik itu dapat dibalas setimpal dengan kezalimannya? Sedangkan di dalam al-Quran , betulkan saya jika saya tersilap, adanya ayat yang menyebut lebih kurang bermaksud; siapa yang membunuh seorang manusia (secara salah) beerti ia telah membunuh seluruh manusia.

Kalau keadilan Amerika hanya sekadar penjara seumur hidup kerana tidak terima ‘capital punishment (death sentence)”, kalau keadilan undang-undang kita hanya menggantung mati satu nyawa bagi pembunuhan beribu nyawa, lalu dimana keadilannya?

Bagi anda semua umat Islam diluar sana, kalau ditanya … bagaimana keadilan agama anda, Islam dalam menjawabnya? Apakah hukum hudud mampu memberi keadilan kepada mangsa?

Bersambung …

Hisham-ahmad.blogspot.com"


 Pengendali bas mahu tambang naik
Posted on Tuesday, September 03 @ 17:10:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON65 dan diesel mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu.

Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan.

'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas....

"Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya.

Kerajaan hanya meluluskan 10 peratus surcaj untuk bas ekspres semasa musim perayaan antara 8 Julai hingga 8 September.

Mohamad Ashfar juga menggesa kerajaan menaikkan subsidi diesel antara 1,400 hingga 3,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan antara 2,800 hingg 5,000 liter untuk bas ekspres.-mKini




Tiada ulasan: