Ahad, 1 September 2013

JANGAN KITA JADI SAKSI PALSU ATAU MEROSAKKAN CERITA ASAL...BUAT FILEM UNTUK MENYEBELAH SATU2 PIHAK....INGAT SEGALA PERBUATAN KITA DIDUNIA ALLAH AKAN PERTIKAIKAN DIAKHIRAT KELAK

Loji kembali berfungsi, bekalan air mulai pulih

Harakahdaily, 31 Ogs 2013
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim  memaklumkan, Loji Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal pagi ini selepas ditutup sementara semalam.

Dengan itu, bekalan air dijangka pulih mulai tengah hari tadi secara berperingkat-peringkat.

Katanya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi tadi, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenas pasti tiada lagi kesan minyak.

Pada jam 4 pagi sehingga 6 pagi tadi, pengeluaran air di SSP1 dan SPP3 telah meningkatkan tahap rizab air mentah sebanyak 5 meter.

"Kita menjangkakan bekalan air bersih kepada pengguna akan pulih secara berperingkat selepas tengahari ini," kata beliau dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya tidak menggunakan alasan ini untuk membiarkan gangguan bekalan air berleluasa sedangkan masalah pencemaran ini telah pun dikawal.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang telah bekerjasama dgn SPLASH bagi memastikan loji-loji berkenaan beroperasi semula," katanya.

Jabatan Alam Sekitar, LUAS dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) telah menjejaki punca pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan lori sampah di Rawang yang mana siasatan awal menunjukkan minyak diesel terpakai dibuang ke longkang dan dibiarkan mengalir ke sungai.

Majlis Perbandaran Selayang telah pun menyita premis berkenaan dan perintah berhenti kerja telah pun dikeluarkan.

Shahrizat pertahan ketua wanita Umno

Subky Latif, 01 Sep 2013
Sekalipun rata-rata dalam kalangan Umno dan di luar Umno mengira Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah liabiliti kepada Umno dan khusus Wanita Umno sendiri, tetapi Shahrizat tetap tidak berganjak akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.

Ramai pula dari kalangan pimpinan Wanita Umno menyokongnya dan mahu dia terus dengan jawatan itu.

Apakah dia seorang pimpinan yang baik atau sebaliknya, ia adalah masalah Umno khususnya Wanita Umno seandiri. Jika ia buruk ialah adalah masalah Umno dan Umno dan Wanitanyalah yang akan menanggung bebannya.

Jika ia baik pun, dengan segala masalah yang dihadapi, tidak perlulah hendak dibangkit apa yang berlaku yang dialami oleh keluarganya dan dia seandiri pun sudah menerima tempiasnya, maka tidaklah banyak yang menguntungkan partinya.

Pembangkang Pakatan Rakyat tidak pula rugi besar kalau dia menang lagi dan tidak pula banyak untungnya kalau dia melepaskan jawatan itu atau Wanita Umno memilih orang lain.

Untuk negara, Shahrizat tidak lagi mendatangkan  apa-apa keuntungan. Tidak banyak lagi yang dapat dibuatnya dari segi politik kiranya dia menang. Dia sudah tidak menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu dan kedudukannya sebagai senator pun tidak disambung. Setakat ini hanya satu keajaiban saya yang memungkinkannya jadi menteri semula.

Semua jawatan itu terlucut daripadanya pada masa dia masih ketua Wanita Umno lagi. Sejak wanita diangkat menjadi menteri hanya dalam lima tahun terakhir ini Wanita Umno tidak diwakili dalam kabinet. Mula-mula lepas PRU 2008 apabila Tun Abdullah Badawi menggugur Rafidah Aziz dan Shahrizat kalah  dalam pilihan raya.

Wanita  dalam kabinet tidak lagi diwakili oleh Wanita Umno. Kemudian Najib apabila mengambil alih Pedana Menteri menjadikan Shahrizat senator dan jadilah dia menteri semula. Tetapi kerana yang menimpa keluarganya, Najib tidak menyambung khidmat Shahrizat.

Itu latar belakanganya dan dia tidak banyak peranan lagi dalam kerajaan selain dari jadi Ketua Wanita Umno kalau dikekalkan.

Dengan imej yang ada padanya, akan jadi momok orang semua kepada Wanita Umno bahawa dalam era transformasinya, itulah  rupa transfomasi Wanita Umno dan itulah nilai transformasi yang Najib dapat buat dalam Umno.

Dan apabila orang luar tanya siapa pemimpin Wanita Umno? Orang pun berkata begitu  dan begini.

Pada pembangkang, ia adalah suatu yang baik. Saya tidak mahu mengatakan tokoh-tokoh wanita dalam Pakatan Rakyat baik dan bernilai belaka. Masing-masing ada kelamahan, tetapi dengan Shahrizat sebagai ketua Wanita Umno, maka  ia dapat menguntungkan wanita Pakatan Rakyat kerana mereka setakat ini orang yang tiada masalah.

Mungkin orang tidak tertarik  dengan wanita Pakatan Rakyat, tetapi kerana orang melihat ketua Waanita Umno adalah orang bermasalah dalam politik, maka jadi baiklah wanita-wanita Pakatan Rakyat.

Apabila calon Naib Presiden Umno pula antaranya Isa Samad dan Musa Aman, orang yang       dikaitkan dengan banyak masalah, dan jika mereka semuanya menang, maka semuanya akan menjadikan Umno perlahan-lahan menjadi kayu buruk.

Kekuatan dan kehebatan yang ada pada Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin Pemuda Umno tidak terdaya membawa Umno berlari laju kerana ia terpaksa menarik gerabak usang.

Dari segi politik pembang eloklah Umno dipenuhi oleh kayu reput  belaka. Orang kata, mereka bukan sokong pembangkang tapi Umno rata-rata kayu reput. Di situlah untungnya pembangkang.

Semoga kita temui makna kemerdekaan hakiki

., 01 Sep 2013

Perutusan Hari Kemerdekaan Negara ke-56




1. Kita sedia maklum walaupun Union Jack telah 56 tahun diturunkan, legasi sistem ciptaan manusia yang ditinggalkan penjajah masih terus menjadi amalan. Apa yang belum kita sedari sepenuhnya ialah sistem penjajah ini sedang terungkai, bukan sekadar di Malaysia malah boleh dilihat di mana-mana sahaja.

2. Kegagalan tersebut boleh disaksikan pada kecelaruan kapitalisme seperti yang berlaku di Wall Street, krisis keyakinan politik yang membungkam pentadbiran negara-negara Barat dan keruntuhan moral masyarakat yang secara wewenang mengamalkan budaya hidup liberal serta mencemuh nilai-nilai agama.

3. Malah di negara kita sendiri, peningkatan kadar hutang kerajaan dan isirumah, percukaian yang membebankan, peningkatan kadar jenayah, meluasnya rasa curiga rakyat terhadap tahap keselamatan awam, rasuah, peningkatan kos kehidupan dan gejala keruntuhan akhlak masyarakat juga merupakan simptom kepada kegagalan sistem legasi tersebut.

4. Yakinlah bahawa keruntuhan sistem legasi penjajah ciptaan manusia ini adalah satu kepastian maka perubahan akan menyusul. Persoalannya kini, apakah kita akan terus mencari sistem manusia lain untuk ditegakkan di atas keruntuhan tersebut atau kita kembali kepada fitrah dengan mengangkat sistem kehidupan bersyariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt yang Maha Mencipta?

5. Pengisian kemerdekaan Malaysia untuk tahun-tahun mendatang akan tertumpu kepada konflik perubahan sistem ini. Ianya adalah pertembungan di antara ketulenan Islam dan ideologi pragmatik yang bersifat lokal yang kononnya lebih sesuai dari ideologi barat tetapi sebenarnya masih merupakan ciptaan manusia semata-mata yang penuh dengan khilaf. Demografi masyarakat, dasar langit terbuka dan faktor teknologi antara lainnya akan menjadikan pertembungan di antara Islam dan kejahilan lebih mencabar dan kompleks.

6. Oleh itu, sejauh manakah iktikad dan persediaan kita, khususnya golongan pemuda yang bakal mewarisi negara ini mampu mendepani perubahan ini?

7. Pada masa yang sama, kuasa penjajah tidak akan berpeluk tubuh melihat orde dunia mereka berkubur! Mereka akan terus menjaja polisi neo-kolonialisme baru bagi meneruskan kelangsungan dominasi mereka ke atas masyarakat antarabangsa khususnya dunia Umat Islam. Penjajahan ekonomi melalui mekanisme perdagangan antarabangsa seperti TPPA sebagai contohnya boleh melemahkan keutuhan nilai kemerdekaan negara.

8. Sebab itulah kebangkitan rakyat khususnya dari golongan muda di Palestin, Mesir, Syria dan negara-negara Arab lain yang dilanda fenomena Arab Spring untuk mencari makna baru kemerdekaan negara mereka amat menginsafkan kita.

Yang pertama, kerana ianya menyerlahkan perilaku musuh-musuh agama Allah swt. yang sanggup membelakangkan proses demokrasi yang mereka taja asalkan Islam tidak dapat bertapak.

Yang keduanya, kerana nilai kemerdekaan negara pada akhirnya bukan lagi direbut dari tangan penjajah tetapi dari tangan anak-anak watan sendiri yang keliru dan hilang kewarasan untuk melihat kegagalan sistem tajaan penjajah tersebut yang mereka anuti.

9. Selaku pendokong gerakan Islam kita mengimani akan kemenangan yang telah dijanji Allah, jika tidak di dunia maka di akhirat. Apa jua kesudahan konflik di Timur Tengah kelak, kebangkitan rakyat dan keazaman mereka menuntut hak dan keadilan sesungguhnya amat mengujakan dan seharusnya menjadi piawaian kepada kesungguhan golongan pemuda Islam di dalam mengisi kemerdekaan kita sendiri.

10. Saya dan seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 kepada seluruh rakyat Malaysia sambil mendoakan agar kita menemui makna kemerdekaan yang hakiki.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pengalaman Ustaz Abdullah Husin di Dun Johor

http://www.selatanonline.net, 01 Sep 2013



Oleh YB Ustaz Abdullah Husin
Exco : Assalamualaikum YB. Saya panggil YB atau Ustaz?
Saya merupakakan dikalangan ahli dewan terakhir dalam sesi menjunjung kasih titah ucapan Tuanku Sultan Johor pada 19 Ogos lalu. Dewan pada petang itu ditangguh pada jam 5.00 petang.
Keluar sahaja dewan, saya disapa oleh seorang Exco Kerajaan Negeri (wanita).
Saya : Waalaikumusalam. Panggil sahaja Ustaz. Lagipun, rakan-rakan lain juga panggil Ustaz.
Exco : Jika begitu, saya panggil YB, YB Ustaz, boleh?
Saya : (Tersenyum)
Exco : Terima kasih YB Ustaz bagi kuliah sebentar tadi. Menarik!
Saya : Aku bagi junjung kasih titah tuanku, bukan kuliah (dalam hati).
Exco : Persidangan kedua nanti harap boleh bagi kuliah lagi YB Ustaz.
Saya : Agaknya, itulah kesan bilamana agama suku, politik suku (dalam hati)

Dahulu pemimpin PR, ahli Umno biasa terhangat

Harakahdaily, 01 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Pengakuan seorang bekas ahli PKR Kelantan yang kini menjadi ahli Umno kerana kebimbangan melihat suara Melayu dalam parti semakin kurang ialah artikel yang paling diminati para pembaca Facebook Harakahdaily bagi minggu ke-35 tahun ini.

Artikel bertajuk “Dahulu pemimpin PR, sekarang ahli biasa Umno” itu mengalahkan artikel bertajuk “Teksi paling berani dan jujur dalam dunia!” dan “Berani dan Hebat: Video Mujahidin menangkap sniper Assad” yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook Harakahdaily bagi minggu 25 hingga 31 Ogos:

1        Dahulu pemimpin PR, sekarang ahli biasa Umno

2        Teksi paling berani dan jujur dalam dunia!

3        Berani dan Hebat: Video Mujahidin menangkap sniper Assad

4        Sebab rakyat Malaysia tidak memasang bendera sambut merdeka terbongkar

5        Firaun moden Mesir bakal kecundang, terhangat

6        Gempar! Proton Saga Aeroback dalam filem Tanda Putera?

7        Majalah The Week dedah siapa Al-Sisi

8        Gambar tentera pembebasan Syria tembak kereta kebal Assad

9        Tiru Israel: Tiada PM sehebat Najib, kata Mahfuz

10        Senarai kongsi gelap dan pertubuhan haram

Pemerintah Mesir tangkap empat wartawan Al Jazeera

http://greenboc.blogspot.com, 31 Ogs 2013

Pemerintah Mesir Mengganas: Tangkap Empat Wartawan Al Jazeera

Empat orang wartawan dari stesyen television Al Jazeera yang berpejabat di Qatar diberitakan telahditahan di Ibu Kota Mesir, Kaherah. Penangkapan mereka difahamakan akibat pemerintah Mesir mulai kurang senang dengan pemberitaan waratawan yang dilihat tidak memihak pemerintah Mesir.

Keempat orang diketahui adalah koresponden Wayne Hay, juru kamera Adil Bradlow dan dua orang produser Russ Finn dan Baher Mohammed. Mereka ditangkap pada Selasa 26 Ogos 2013, tetapi pihak Al Jazeera menyatakan, penangkapan berlangsung pada Rabu 27 Ogos 2013.

Menegenai penangkapan staf Al jazeera pihak berkuasa menjamin keselamatan juga kesihatan seluruh jurnalis. Pada akhirnya pemerinta Mesir memenuhi permintaan pembebasan para jurnalis. Demikian diberitakan The Guardian, Jumaat (30/8/2013).

Penangkapan keempat jurnalis ini dilakukan hanya seminggu setelah penyerbuan dan penangkapan staf jaringan television Al Jazeera di Mesir, Mubahser Misr. Pemerintah Mesir melabelkan Mubahser Misr sebagai ancaman bagai keselamatan nasional dan mereka perlu menutup pejabat berita ini.

Selain itu Menteri Dalam Negeri Mesir juga menuduh Al Jazeera dalam pemberitaannya terlalu condong membela Morsi. Menanggapi tuduhan dari pemerintah Mesir, stesyen television berita ini telah menyangkal semua tuduhan.

Mereka juga menyebut Pemerintah Mesir memang merencanakan kempen menentang Al-Jazeera.

Tanda Putera: Filem sejarah atau fiksyen?

Mahdzir Ibrahim Roketkini, 31 Ogs 2013
Filem Tanda Putera telah pun saya tonton di pawagam. Selain mahu melihat sendiri gembar-gembur tentang filem ini, ia juga saya anggap sebagai sumbangan peribadi saya kepada penerbit filem tersebut demi menyokong kemajuan filem tempatan. Mudah-mudahan dengan wang tiket yang saya bayar itu, sedikit sebanyak akan dapat membantu memajukan lagi filem tempatan.

Saya sebagai penonton mempunyai pandangan sendiri, saya akan cuba berlaku adil menilai filem ini.

Menurut laporan media, kos filem ini sekitar RM4.5 juta, ia dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta lagi daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Tidak termasuk penajaan dari syarikat kerajaan seperti syarikat penerbangan Malaysia (MAS).

Dengan kos tersebut, saya fikir hasil dari aspek teknikalnya tidaklah begitu memuaskan. Penggunaan teknik CGI atau Computer Generated Image yang digunakan tidak sempurna dan tidak kemas malah jika difikir-fikirkan, ianya tidak perlu bagi filem sebegini. Namun terpulanglah kepada pengarah kerana itu haknya.

Begitu juga dalam dalam aspek rekabentuk produksi, props dan costume. Ia tidak cukup sempurna untuk menggambarkan suasana di zaman tersebut sedangkan filem ini berlatarkan suasana di era 60/70-an. Jauh bezanya dengan props dan costume filem Bukit Kepong atau Leftenan Adnan. Adakah kerana penerbitnya ingin berjimat, kita tidak pasti.

Selepas menonton, saya tertanya-tanya adakah filem ini mahu bercerita tentang sejarah 13 Mei atau apa?

Babak kencing tiang bendera Selangor ada dipaparkan. Tetapi tidak jelas adakah adegan ini benar-benar wujud dan bersumberkan dari fakta sejarah. Jika benar-benar bersumberkan dari sejarah, di mana dan apakah sumbernya? Sama ada dari laporan polis atau catatan sejarawan, saya ingin tahu.

Jika ia fiksyen, bendera Selangor itu bukan fiksyen. Malah, tiang bendera dalam babak tersebut tidak jelas berada di mana, di dalam kawasan rumah Datuk Harunkah (Menteri Besar Selangor ketika itu) atau di tepi longkang pejabat kerajaankah atau di sebelah warungkah?

Kita tak pasti sama sekali. Jika ada yang mengaitkan ianya di kawasan kediaman Menteri Besar Selangor, mungkin itu hanya tanggapan saja kerana bendera di tiang itu bendera Selangor atau banyak babak 13 Mei dalam filem itu berlaku di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Atau, adakah babak kencing tiang bendera itu sebenarnya adalah imaginasi pengarah berdasarkan dengar cakap dari sumber yang tidak jelas?

Jika kita rujuk penjelasan Sdr. Ahmad Habib dalam temubual oleh Roketkini di sini (http://www.roketkini.com/2012/09/14/kencing-tiang-bendera-kit-siang-difitnah-saksi-13-mei/) yang berada di lokasi rusuhan (Kampung Baru) pada ketika itu, jelas sekali bahawa hampir mustahil peristiwa kencing tiang bendera Selangor itu dilakukan di kediaman Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Jadi, jika bukan berlaku di kediaman Menteri Besar, maka ia berlaku di mana? Adegan ini bukan adegan lagak ngeri (stunt) yang boleh difiksyen-fiksyen sesuka hati. Adegan ini berkaitan langsung dengan sejarah 13 Mei.

Bagi saya, peristiwa 13 Mei yang digempakkan di awal babak dalam filem ini kelihatan hanya digunakan untuk memancing sentimen kemarahan dengan menggambarkan seolah-olah pembangkang dan komunis itu sama atau bekerjasama. Pembangkang dan komunis itu cuba digambarkan dengan imej satu kaum sahaja iaitu Cina di samping logo DAP terpampang di sana-sini dalam babak tersebut.

Sedikit selingan buat pengarahnya – DAP bukan komunis apatah lagi menyokongnya, malah penubuhan DAP adalah bukti penolakan DAP akan perjuangan komunis yang menggunakan senjata.

Bertolak dari imej-imej ini, maka pada awalnya saya menyangka filem ini ingin menceritakan kembali peristiwa 13 Mei mengikut kronologi dan laporan saksi-saksi secara jelas. Ketika menontonnya saya cuba bersangka baik dan mencari lojik tentang paparan imej tersebut yang mungkin dapat memberi gambaran jelas kepada penonton tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dalam peristiwa 13 Mei ini.

Tetapi ia tidak berlaku begitu. Pengarah mematikan peristiwa 13 Mei ini setengah jalan (tak sampai separuh sebenarnya). Tinggalah imej-imej logo DAP, Cina dan Komunis melekat dimemori penonton tanpa apa-apa penjelasan dan pertanggungjawaban. Permulaan yang mendebarkan tiba-tiba hilang lenyap tak berkesudahan.

Yang lain hanya drama hubungan keluarga dan persahabatan Tun Razak dengan Tun Dr. Ismail dan beberapa babak pendek tentang usaha beliau mewujudkan Felda, usaha Tun dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kisah komunis yang diselitkan serba-sedikit.

Watak dan pemilihan pelakon (casting) Tun Razak dan Tun Dr Ismail agak berjaya, ia dilakonkan dengan baik dan berkesan, tahniah buat pelakonnya, Rusdi Ramli dan Zizan Nin.

Namun akhir semua ini, babak 13 Mei yang digempakkan itu terhenti, tergantung dan ghaib entah ke mana. Filem sejarah apakah ini? Saya tidak nampak atau memahami signifikan antara babak-babak 13 Mei dengan sejarah ketokohan Tun Razak dalam filem ini.

Jika ini bukan filem sejarah 13 Mei, adakah ia filem sejarah mengenai ketokohan Tun Razak dan rakannya Tun Dr. Ismail? Jika benar, pasti sumbangan terpenting Tun seperti penubuhan Felda digarap dengan lebih jitu lagi berbanding garapan peristiwa 13 Mei. Tetapi tidak begitu.

Filem ini tidak mengangkat dengan jelas sumbangan Tun dalam penubuhan Felda atau pun usaha Tun dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Maka kita keliru arah cerita ini.

Atau, adakah filem ini memang bukan filem sejarah langsung. Hanya filem fiksyen yang mencedok sedikit fakta sejarah dan ditempelkan ke atas susuk Tun Razak hingga menjadi filem fiksyen agar pengarah atau penerbitnya tidak perlu dipertanggungjawabkan oleh penghayat atau sesiapa.

Memang kita memahami bahawa adaptasi dari sumber pertama (asal) kepada medium lain akan diolah kembali dengan elemen-elemen fiksyen sebagai penyedap atau penarik. Ini kita bersetuju.

Namun demikian, nuansa antara fakta dan fiksyen seharusnya jelas. Dalam filem Tanda Putera ini, fiksyen dan fakta bercampur-baur dan berkecamuk, bagi yang tidak membaca atau menyelidiki sejarah 13 Mei ini, pasti akan menganggap semua babak dalam filem ini adalah seratus peratus berdasarkan fakta.

Akhirnya kita ingin sekali bertanya kepada pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba, filem ini filem apa? Filem sejarah atau fiksyen?

Saya fikir saya berhak mendapat penjelasan daripadanya kerana filem beliau ini dibiayai dari wang cukai rakyat, bukan sedikit tetapi banyak. Wang cukai rakyat ini dikutip oleh kerajaan dari semua kaum, Melayu, Cina India, ahli DAP, ahli Umno, PKR, orang Islam, bukan Islam, orang miskin dan kaya malah semuanya. Jika ia filem sejarah, maka ia milik rakyat dan rakyat berhak menuntut penjelasan. Jika fiksyen, maka penerbit harus bersedia bertanggungjawab atas paparan imej atau babak-babak dalam karyanya.

Saya mendukung prinsip kebebasan berkarya, berekspresi dan berkreativiti. Saya akan pertahankan hak saudari Shuhaimi Baba jika dia benar.

Di sebalik semua ini, saya juga tertanya-tanya, bagaimana Finas menjustifikasikan filem ini hingga sanggup melabur jutaan ringgit dengan mempertaruhkan prinsip keharmonian kaum. Untuk apa? Kebenaran? 
Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei 
Beh Lih Yi | 5:04PM Mei 11 2007 
"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar."Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar."Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol
  • "Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar

    "Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ"

    (Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

    Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

    Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

    'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

    'Semuanya karut'

    Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

    Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

    Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

    Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

    "Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

    "Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

    "Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

    Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

    Plot menumbangkan Tunku
    Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

    Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

    Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

    Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

    Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

    Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

    "Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

    Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

    "Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

    Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasasaya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

    Jumlah korban tidak diketahui

    Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

    Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

    Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
    Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

    Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

    Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

    "Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

    "Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

    Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

    Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

    "Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

    Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja". Berita asal
    Apa yang sebenarnya berlaku dalam rusuhan 1969

Tiada ulasan: