Dppk Bagan Datoh shared Murshid Haji Maktar's photo.
10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWTSabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.”
Lagi pedas Dr Maza bantai Fathul Bari
Posted on Thursday, September 12 @ 07:07:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"Hari ini Fathul bari menjawab kontroversi “Barang Naik Ketentuan Allah” seperti yang disiarkan sebelum ini di sini.
Nampaknya perbahasan ini diteruskan lagi oleh mereka. Dr Maza membuat tweet di akaun beliau dengan memaparkan keratan jawapan Fathul Bari di TMI
“Apa dalil cukai? Apakah dlm Islam kerajaan hnya mengambil, x boleh mmberi?! Islam versi siapa?”
Seterusnya Dr maza bantai dengan ayat lebih pedas dengan menulis…
“Org yg stiap bln meraih wang rakyat 15k mmegang jwtn atas ksetiaan politik mmg sedap bela & ckp ‘smuanya takdir Allah’.”
Lebih baik mereka berdua adakan perdebatan, boleh balas-membalas secara ‘direct’, barulah seronok. Namun begitu jangan harapkan sangat dengan Fathul Bari. Sebelum ini Sinar Harian dah nak mempertemukan mereka di satu pentas, akhirnya ulamma Umno tu tak juga muncul-muncul juga!!
Baca: Lawak minyak dan Rosmah "
Ketetapan Allah SWT, kenapa marah?
Posted on Thursday, September 12 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
1. Apabila saya post satu subjek sebagaimana print skrin yang saya lampirkan di bawah, ramai juga yang marah kepada saya kerana memberi jawapan sedemikian kepada akak yang bertanya. Kenapa ustaz tidak beri jalan penyelesaian membantu muslimah yang memerlukan?
[ermm, sebetulnya akak itu sendiri pun tidak puas hati dengan jawapan saya. ustaz ni, orang cakap betul-betul, dia jawab begitu pulak, kata akak itu... dan selayaknya lah saya telah memberi pandangan serta jalan penyelesaian kepada akak tersebut...]
2. Benar, semua perkara adalah di atas ketetapan Allah swt. Namun ia tidak terhenti di atas hujjah itu. Justeru Islam datang dengan satu syariat yang sangat sempurna dengan meletakkan peraturan dan manhaj perlaksanaan bersama ketetapan dan ketentuan Allah swt dalam semua perkara yang telah berlaku dan akan berlaku.
3. Demikianlah apabila ditanya mengenai kenaikan harga barang, harga minyak dan sebagainya. Jawapannya tentu sahaja tidak terhenti dengan seruan supaya bersabar kerana ini semua adalah ketetapan Allah swt. Sebaliknya mestilah dilihat jua kepada penyelesaian dan tindakan untuk mengatasinya.
4. Sebagai contoh, miskin dan kemiskinan adalah ketetapan Allah. Ya benar! Ia adalah ketentuan Allah swt. Namun ia juga tertakluk kepada syariat dan manhaj hidup yang telah diwahyukan, sebagaimana Allah swt telah mewajibkan zakat dan menyenaraikan faqir miskin sebagai asnaf yang layak menerima zakat tersebut di mana ia adalah salah satu penyelesaian untuk mengatasi isu kemiskinan, sedang pada masa yang sama , orang-orang miskin juga tetap diharamkan mencuri. Bahkan Islam mengajar ummatnya berdikari dan keluar dari kelompok kemiskinan.
5. Ertinya salah jika kita hanya berpada dan berhenti dengan hujjah bahawa kemiskinan adalah ketetapan Allah swt sedang Islam telah mengatur program serta agenda yang komprehensif untuk keluar dari bahana kemiskinan yang tentu sahaja menyusahkan ummat malah mampu mengancam akhlak dan aqidah jika ia dibiarkan berleluasa.
6. Begitu juga dengan isu kenaikan harga barang. Sementara ia berada di dalam ketentuan Allah swt. namun Islam melarang perbuatan monopoli, pembaziran, penindasan dan penipuan dalam sistem ekonomi serta memberatkan timbangan termasuk menaikan harga sewenang-wenang yang memberi kesan buruk kepada pengguna.
7. Sebahagian langkah penyelesaian ialah kerajaan boleh TIDAK menaikkan harga minyak, kerana kenaikan harga minyak akan meningkatkan kos pengangkutan dan ianya akan membentuk aliran modal tinggi sebelum sampai kepada peruncit. Aliran kos bermula dari pembekal bahan mentah, pengilang, pemborong, pengedar dan peruncit. Akhirnya peruncit akan meningkatkan harga barang jualan mereka. Ini membebankan pengguna sedang ianya boleh dielakkan dari berlaku.
8. Kerajaan pula hanya memantau peruncit agar tidak menaikkan harga barang sekalipun harga minyak telah dinaikkan. Sekali lagi peruncit juga termasuk dalam kelompok golongan tertindas selepas pengguna kiranya mereka terpaksa diambil tindakan kerana menaikkan harga barang. Begitu juga mereka tetap tertindas jika tidak menaikkan harga barang sedang mereka terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi sebelum memindahkan produk ke tangan pengguna. Pengedar, pemborong dan pengilang sering lepas dari pemerhatian dan pemantauan kerajaan.
9. Negara kita kaya dengan sumber rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. ianya adalah untuk seluruh penghuni negara ini. Sumber itu bukan hak kerajaan atau parti pemerintah. Pemerintah hanyalah pengurus, penyelia, pengelola dan penyelaras untuk mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat secara bistari. "Pembiayaan wajib" hasil kekayaan dan anugerah rezeki Allah swt kepada negara ini mesti sampai kepada rakyat. Maka harga minyak tidak perlu dinaikkan dengan alasan melaraskan semula subsidi kerana subsidi itu selayaknya menjadi pembiayaan wajib yang mesti disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat.
10. Sementara mengimbang antara perolehan kasar negara dengan perbelanjaan agar ekonomi negara diletak dalam keadaan stabil dan meyakinkan ialah dengan menampal semua sistem pengurusan dan penyelenggaraan ekonomi negara termasuk dana awam agar tidak tiris. Justeru yang tiris itulah membuatkan imbangan ekonomi tidak stabil. Begitulah juga dengan pembaziran dan pemborosan yang terhasil dari sikap tamak haloba, ianya mesti dibanteras. jangan hanya mengejar nama dan kemasyhuran, akhirnya kantung negara gersang.
Tapi kalau anda juga menjawab dan berhujjah bahawa ketirisan, pembaziran dan penyalahgunaan dana awam itu sebagai ketetapan Allah swt, maka anda memang layak dipulas telinga oleh rakyat!
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
11 Sept 2013
Teuku Zacharyah Iskandar added 6 photos.
- Zinbad Battle Station aku yakin yang bercerita tentang pergerakan freemasaon di malaysia..sejarah mereka...sedar/tahu apa yang sedang berlaku dan perancangan mereka..
- Zinbad Battle Station yang menyokong..itu yang sokong freemason atau tak ambil kisah...dulu aku pernah kata..siapa masuk umno atau sokong umno secara automatik jadi ahli freemason atau menyokong pergerakan itu...tapi yang menentang pasti tak mahu ..cuma terpaksa..
- Teuku Zacharyah Iskandar Yer tetapi mereka masih lagi terus-terusan menyokong para pemimpin melayu yg menjadi anak didik British serta menyambung HemogenibImprialisme British serta terus menjadi boneka kepada Penjajah Kuffar British..
- Zinbad Battle Station mereka itu yang tak tahu sejarah..seperti aku kata mereka tak ambil kisah...tak tahu apa itu pergerakan freemason..perancangan mereka...malas ambil tahu...tak kira sama ada berpindidikan tinggi atau tidak..yang di luar bandar atau dalam bandar...tapi syukur kini ramai yang amibil kisah...lihat saja pergerakan umno@freemason hari ini..yang menyokong mereka majority melayu luar bandar..usahkan apa itu freemason..apa berlaku dalam negara pon tak tahu..janji mereka apa umno buat itu yang betul..
Posted on Thursday, September 12 @ 01:49:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUANTAN: Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, Selasa.
(Gambar hiasan)
Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.
Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.
Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.
Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.
Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.
Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Sumber : BERNAMA
via mStar Online 11 Sept 2013
Azhar Redang shared Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')'s photo.
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuanayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia
sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali
Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi
diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana
fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada
dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan
keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri
pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat
kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia
menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia
yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan
pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi
menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di
wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
Tekan SHARE & KONGSI jika anda kagum akan kebesaran Allah SWT ...
KEAJAIBAN BERSEDEKAH
Rasullah SAW Bersabda:
"Bersedekahlah,kerana didalamnya terdapat 6 manfaat iaitu 3 didunia dan 3 di akhirat,adapun 3 didunia diantaranya :
a.menambah (keberkahan) rezeki
b.memperbanyak harta.
c.memakmurkan (melapangkan) rumah.
Adapun 3 diakhirat iaitu :
a.menutupi aib (keburukan waktu didunia)
b.menjadi naungan atas kepala.
c.menjauhi dari api neraka.
So, jangan lupa bersedekah ya
- Dalam Hati Ada Iman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan