Facebook Adun Paroi diceroboh
- Antara bahan yang tidak sopan terpamer di akaun Facebook Adun Paroi sehingga wakil rakyat itu dikutuk orang ramai.
Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di dinding akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau.
Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis.
“Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.
Berikutan kejadian itu, Ghazali berkata, beliau menutup serta merta akaun Facebook berkenaan bagi melakukan siasatan menyeluruh, sebelum melaporkan kepada polis.
"Saya minta maaf kepada pengikut Facebook saya. Saya minta mereka tidak salah sangka dengan perkara ini kerana ia bukan dilakukan saya sendiri," katanya.
6.8 juta tikus melebihi populasi penduduk di KL!
BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan
masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang
semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!
Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.
Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang 'high-end' ini boleh dikatakan kotor.
Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.
Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.
Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.
Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.
Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan.
Ikuti laporan wartawan Sinar Harian mengenai permasalahan tikus yang wujud di sekitar Lembah Klang.
KWSP Jangan Salah Guna Wang Pencarum Untuk Kepentingan Pihak Tertentu
Posted on Wednesday, September 11 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KWSP Jangan menghadkan Hak Pencarum Untuk Melabur Dalam Unit Amanah
Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Dato’ Ibrahim Taib baru-baru ini dalam laman sesawang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, “Perlaksanaan kadar caruman penuh sehingga umur 60 tahun ini akan membantu ahli menambah simpanan bagi jangka panjang untuk persaraan mereka.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga membuat keputusan untuk meningkatkan simpanan minimum pencarum untuk memastikan mereka mempunyai lebih wang semasa hari tua, tetapi ini secara tidak langsung akan mengurangkan pelaburan dalam industri unit amanah.
Peraturan baru KWSP untuk mengurangkan pelaburan dalam unit amanah ditetapkan pada ketika peningkatan kos menunjukkan simpanan pencarum tidak mencukupi untuk menampung kehidupan semasa bersara selepas berumur 55, lima tahun di bawah umur persaraan ditetapkan kerajaan iaitu 60.
KWSP telah menyemak semula Simpanan Asas ke kadar yang lebih tinggi, di mana ahli kini perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM196,800 simpanan KWSP menjelang umur 55 (atau bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun, dari umur 55 sehingga 75). Kadar Simpanan Asas baharu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 telah ditanda aras dengan pencen minimum semasa pekerja sektor awam sebanyak RM820 sebulan agar pendapatan bulanan ahli tidak jatuh di bawah garis kemiskinan.
Kita menerima aduan dari orang ramai yang tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana menurut mereka berkenaan peraturan KWSP untuk had pengeluaran untuk pelaburan unit amanah adalah amat dikesalkan kerana sudah jelas dan nyata, kerajaan hanya cuba mengekang pengaliran wang keluar atas kepentingan pihak tertentu.
Sekiranya tujuan utama adalah untuk memastikan setiap pencarum mencapai jumlah tertentu (yang lebih tinggi dari tetapan sekarang), maka caruman yang perlu dipertingkatkan, pulangan (dividen) diberikan lebih tinggi dan lebih digalakkan untuk melabur ke unit amanah kerana telah terbukti pelaburan terus ke unit amanah telah membantu ramai pencarum bersara dengan lebih amaun persaraan. Sememangnya ulasan yang diberikan oleh pihak KWSP amat dangkal.
Dengan peraturan baru ini nanti, ianya memberi kesan kepada pendapatan pencarum yang melabur dalam unit amanah dan juga memberi pulangan yang sedikit kepada pencarum dalam KWSP sebab dividen yang diterima dari KWSP setiap tahun kurang dari hasil pelaburan dalam unit amanah.
Kita mengesa pihak KWSP menarik balik peraturan dan mengkaji semula cadangan tersebut kecuali pihak KWSP dapat memberi jaminan kepada pencarum dengan memberi pulangan yang lebih menarik dan menguntungkan para pencarum. Para pencarum yakin hanya dengan melabur dalam unit amanah tertentu dapat memberi pulangan yang lebih baik dan menguntungkan dari hanya menyimpan dalam KWSP tanpa memberi sebarang faedah yang menguntungkan pencarum.
Kita tidak mahu pihak KWSP menghadkan pihak pencarum dari menggunakan hak dan juga simpanan mereka dari membuat pelaburan dan sebagainya.
Walaupun pihak KWSP mengatakan untuk membantu ahli menambah simpanan bagi jangka panjang untuk persaraan mereka tetapi kita khuatir ada agenda tertentu disebalik peraturan baru itu kerana sekarang kerajaan BN sudah kekeringan dana untuk menunaikan janji PRU13 yang lalu akibat janji untuk menaikkan BR1M dan sebagainya.
Harap perkara ini dikaji semula dengan sebaik mungkin agar ianya tidak merugikan pencarum dalam jangka masa panjang. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
EPF Do not Restrict the Rights of Contributors to Invest in Unit Trust
According to the statement by the Deputy Chief Executive Officer of the EPF Operations, Dato 'Ibrahim Taib recently in the website of the Employees Provident Fund (EPF), said, "The implementation of the full contribution rate until the age of 60 years will help members increase long-term savings for their retirement.
The Employees Provident Fund (EPF) has also decided to increase the minimum savings of contributors to ensure they have more money in their old age, but this will reduce investment in the unit trust industry.
EPF new regulations to reduce investment in unit trusts set at a time when rising costs show contributors' savings are not enough to sustain life in retirement after age 55, five years under set by the government retirement age of 60.
EPF Basic Savings revised to a higher rate, in which the members are now required to have at least RM196, 800 EPF savings by the age of 55 (or equivalent to RM820 a month for the next 20 years, from age 55 to 75). New basic savings rate will be effective from January 1, 2014 has been benchmarked with the current minimum pension of public sector workers RM820 a month so that the monthly income of the members are not falling below the poverty line.
We received complaints from the public who do not agree with the proposal because according to them the rules of EPF withdrawal limit for unit trust investment is very regrettable because it was clear and unambiguous, the government tried to stem the outflow of funds on behalf of certain interests.
If the main purpose is to ensure that each of contributors to achieve a certain amount (the higher from current settings), then the contribution should be increased, the returns (dividends) are given higher more than encouraged to invest into unit trusts because has been shown directly to the unit trust investment has helped many retired contributories with more than the amount of retirement. Indeed, the review given by the EPF very superficial.
With the new regulations later, it will affect income of contributors who invest in unit trusts and also give a little return to its contributors in the EPF because dividends received from EPF every year less of the investment return in the unit trusts.
We urge the EPF withdraw the regulations and review of the proposal unless the EPF give assurance to contributors with more attractive returns and rewarding the contributors. The contributors convinced that only by investing in the certain unit trusts can give better returns and profitable from just keep in the EPF without any beneficial interest to the contributors.
We do not want the EPF restrict the contributors from using the rights and also their savings from making investments and so on.
Although the EPF said to help members increase long-term savings for their retirement, but we are apprehensive there is a specific agenda behind the new regulations because now the BN government is dryness of funds to fulfill the promise of 13GE ago due to its promise to raise BR1M and so on.
Hope this matter is reviewed as best as possible so that they are not detrimental to contributors in the long run. Cooperation with the relevant parties to overcome this problem is highly appreciated.
pas-miri.blogspot.com
Isu Pengemis Kanak-kanak Perlu Perhatian Serius Pihak Berwajib
Posted on Wednesday, September 11 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Syarifah Syaheerah
Pagi ini seperti biasa turun dari LRT dan berjalan terus ke ofis. Jam menunjukkan pukul 7:21 pagi ketika itu. Mahu sampai awal, sudah berhajat mahu uruskan poster ucapan UPSR dari Nisa' Malaysia permintaan dari Dr 'Uyun walaupun sudah terlewat sehari.
Langkah saya terhenti, dengan jantung terasa berdegup kencang apabila terpandang 3 orang kanak-kanak, 2 perempuan bertudung anggaran usia 7-8 tahun, dan seorang bayi sedang tidur nyenyak di atas laluan pejalan kaki. Saya cepat-cepat masukkan RM5 dalam bekas duit mereka dan berlalu.
Di dalam lif, hati saya tidak keruan. Seakan ada suara halus yang mengutuk diri ini kejam dan tidak berperi kemanusiaan membiarkan mereka di situ. Sesudah "punch" masuk, dan hidupkan laptop, saya turun semula. Mereka masih di situ. Saya cuba hubungi JKM, tapi tidak berangkat. Kemudian saya cuba telefon 999, diminta pula untuk hubungi balai berdekatan. Dengan bantuan suami, saya berjaya dapatkan nombor telefon Balai Polis Dang Wangi dan menghubungi mereka.
Saya disuruh tunggu sehingga polis datang. Setengah jam berlalu, polis masih tidak kelihatan. Tiba-tiba seorang dari budak itu bangun. Dia mendukung adik nya dan mengejutkan yang seorang lagi. Mereka kelihatan sungguh letih dan tidak cukup tidur. Saya cuba menegur tapi mereka hanya berlalu sambil terhuyung hayang berjalan kerana kepenatan.
Ketika itu, ada seorang pakcik teksi mendekati saya. Katanya, budak-budak ini di bawah jagaan gangster. Mereka di arah untuk mengemis dan menjual bunga di kawasan ini. Walaupun disuruh pulang, mereka akan kembali meneruskan tugas mereka kerana telah diugut. Dan kalau pun polis datang menyelamatkan mereka, seminggu kemudian, mereka pasti akan kembali mengemis di sini. "Ada duit semua jalan!" Begitulah katanya.
Saya tidak pasti apakah benar yang dikatakan. Tetapi sebagai manusia, saya tidak dapat menerima jika kanak-kanak sekecil itu diperlakukan sebegitu rupa. Saya jadi keliru, saya ini sedang tinggal di negara mana? Bagaimanakah kehidupan 3 kanak-kanak ini dan kawan-kawan mereka selepas ini?
Ya Allah, Kau lindungilah anak-anak kecil tidak berdosa ini. Dan Kau hancurkan dan gagalkanlah perancangan jahat mereka yang mempergunakan mereka!
Nota : Polis menghubungi saya sejam kemudian mengatakan mereka akan memantau kawasan itu. Saya yang emosi ketika itu, berkata begini "Saya sudah selalu nampak budak mengemis di kawasan ini, apa polis tidak nampak atau buat-buat tidak nampak?". Polis yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Zainal lalu berjanji yang pemantauan akan dilakukan lebih kerap.
Pengajaran yang saya dapat:
1) Jika berdepan kes sebegini, lebih baik telefon polis berdekatan. Walaupun mereka lambat datang, aduan masih diberi perhatian (Grrrr)
2) Di Malaysia ini, wujud golongan belakang tabir yang kaya raya dengan mengerah tenaga kanak-kanak. Tetapi saya sebagai golonga marhaen, tidak pasti siapa yang sebenarnya melindungi golongan-kaya-raya ini. Golongan ini lah yang dikatakan tidak-makan-saman tapi mereka lupa mereka juga akan mati dan masuk kubur.
3) Sentiasalah bersyukur dan ajar anak-anak kita untuk bersyukur. Daripada ada kan parti hari lahir besar-besaran di rumah, apa kata ada kan parti hari lahir di rumah anak yatim, pahala dapat, anak pun suka ramai kawan. Kita mungkin bahagia, tapi jangan lupakan mereka yang kurang bernasib baik.
4) Berperi kemanusiaan lah. Dalam anggaran 50 orang yang lalu pagi tadi, hanya 2-3 orang saja yang kisah dengan kanak-kanak itu. Kebanyakan orang takut-takut untuk tolong dan tiadk tahu bagaimana mahu menolong. (Termasuklah saya pada mulanya)
Saya kongsikan kisah ini supaya kita sedar hakikat keamanan sebenar di Malaysia ini. Di zaman penuh penipuan dan kezaliman ini, kita tiada pilihan selain banyakkan doa, banyakkan sedekah sambil sentiasa menjaga diri dan keluarga.
Syarifah Syaheerah
11092013
Facebook Syarifah Syaheerah
Tanah Peneroka Tergadai?
Posted on Wednesday, September 11 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Mazlan Aliman
Saham FGVH diapungkan pada 28 jun 2012 pada harga terbitan awal RM4.55 seunit. Pada hari pertama pengapongan, harga ditutup pada RM5.30 sesaham. Harga tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 seunit pada 4 julai dan 11 julai 2012.
Terkini, saham FGVH tinggal RM4.15, iaitu jauh lebih rendah dari ketika diterbitkan. Maknanya bawah paras IPO. Peneroka meminjam untuk 800 unit, kini setiap bulan dipotong hutang atas pinjaman sebanyak RM50 selama 5-6 tahun hingga selesai hutang.
Apa akan berlaku jika saham FGVH terus merudum?
Tanah Felda Plantation yang luasnya 360 ribu hektar, dipajak FGVH selama 99 tahun, apa kesudahannya?
Dividen FGVH berjumlah RM550 yang diterima semua 112,635 peneroka seminggu sebelum hariraya lalu, adakah mampu diberikan lagi, jika saham FGVH berterusan tidak stabil?
Mengapa hari ini timbul tawaran pajakan atas kebun peneroka selama 30 tahun setelah Tanah Felda Plantation dipajak?
Benarkah maklumat yang dilaporkan oleh peneroka sendiri kepada saya; mereka ditawarkan RM3K sebulan @ lamsam RM150 ribu selama 30 tahun pajakan?
Untuk apa semua ini; yang risikonya sangat tinggi.
Samada ia datang dari Felda atau sindiket yang ada hubungkait dengan pemimpin tertentu; saya menggesa peneroka yg mendapat tawaran seumpama ini, buat laporan Polis. Bagi saya ini penipuan dan sgt berbahaya.
Berdasarkan pengalaman masa lalu, peneroka cukup mudah terpedaya dengan janji2 atau tawaran seperti ini. Banyak pihak ambil kesempatan menipu peneroka yg selalunya kelabu mata dek imbuhan yang kononnya lumayan.
Apa yang berlaku kepada peneroka Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Labu Johnson, Sendayan dan Bukit Cherakah seharusnya menjadi pengajaran. Keghairahan untuk jadi jutawan, akhirnya membawa padah.
Kepada Gen ke 2, berilah pandangan dan nasihat yang betul kepada ibubapa anda. Tanah 10 ekar dan rumah itulah yang ada buat anak-anak. Tun Razak gagaskan sebagai harta orang melayu. Kalau semuanya di pajak dan dijual, apa nilainya peneroka Felda?
Ambil iktibar bagaimana strategi Yahudi sewa,pajak dan beli tanah penduduk Palestin. Bagaimana nasib penduduk Palestin waktu ini?-Facebook
Syabas diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna
Posted on Wednesday, September 11 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mengemukakan 15 fail tuntutan tribunal terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana gagal menguruskan bekalan air dengan baik sehingga menjejaskan penduduk sekitar Lembah Klang.
Tuntutan difailkan Rafizi mewakili 15 penduduk sekitar Ampang dan Pandan berikutan beberapa siri gangguan bekalan air sejak tahun lalu dengan jumlah kadar pampasan RM50 sehari.
Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem paip di Rumah Pam Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada Disember 2012 yang berlarutan sehingga tiga minggu dan 27 Ogos lalu (berlarutan sehingga seminggu).
“Selama ini rakyat tak mampu nak ambil tindakan kerana Syabas dilindungi perjanjian konsesi dan kita tak boleh nak akses dokumen mereka disamping kos pah peguam yang terlalu mahal.
“Ini merupakan tuntutan tribunal pertama dalam sejarah terhadap Syabas dan akan ada beberapa siri yang akan dikemukakan penduduk Klang, Kelana Jaya dan ramai lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini tengahari tadi.
Pengguna mempunyai hak dibawah Seksyen 53 Akta Pengguna 1999 yang memperuntukkan setiap perkhidmatan mesti ada jaminan ia perlu dijalankan dengan teliti dan baik.
Namun menurut Rafizi, ada asas Syabas tidak menjalankan tugas dengan teliti dan berkemahiran seperti yang dituntut dalam undang-undang dengan membiarkan masalah kerosakan paip secara berulang.
Katanya, tribunal telah menetapkan tarikh 3 Oktober depan mendengar tuntutan daripada 15 pengguna terbabit dan Syabas perlu hadir untuk membela diri.
“Tribunal akan mendengar setiap satu tuntutan yang difailkan dan kita akan membantu menyediakan khidmat peguam,” katanya.
Pengarah Strategi PKR itu juga berkata, pihaknya akan membawa isu tuntutan ini ke Dewan Rakyat dan mahu Menteri berkenaan bertanggungjawab mengatasi isu masalah air yang kerap berlaku di Lembah Klang.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berkata pihaknya tidak akan menghalang penduduk Selangor memfailkan tuntutan terhadap Syabas.
Malah beliau turut menggalakkan pengguna mengambil tindakan sama bagi memastikan Syabas memperbaiki khidmat pengurusan bekalan airnya pada masa akan datang.
“Saya ingat Syabas perlu menjawab beberapa rintihan pengguna…selepas ambil alih penstrukturan air kerajaan negeri akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.
Sumber: freemalaysiatoday.com
Kelebihan Tanah Haram Makkah
Posted on Wednesday, September 11 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tazkirah
"
Ibnu `Abbas RA berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina, Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram.
Lalu baginda ditanya oleh sahabat, " Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram)?"
Baginda menjawabnya dengan bersabda: "Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebajikan." (HR. al-Hakim, al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
Baca seterusnya di: lenggangkangkung-my.blogspot.com"
RTM pandang serius silap siar logo PDRM
Posted on Thursday, September 12 @ 01:39:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.
Sambil berkata, RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.
Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.
sumber : Bernama
Altantuya: Kenyataan KPN malukan Najib
Posted on Thursday, September 12 @ 08:27:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis tidak akan membuat siasatan baru terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat seperti mahu "memalukan" Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berpendapat kenyataan tersebut juga boleh menjatuhkan imej negara kerana boleh dilihat tidak serius dalam soal menegakkan keadilan.
"Saya melihat kenyataan KPN itu hanya bertujuan untuk memalukan Najib tidak ada sebab lain dan kalau ada sebab lain kenapa beliau tidak mahu meneruskan siasatan baru.
"Ini merupakan perbuatan jenayah yang cukup berat, KPN tidak boleh buat tidak kisah tentang perbuatan tersebut dan kita perlu ingat ia akan melibatkan imej negara ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Katanya, adalah tidak mungkin berlaku sesuatu pembunuhan tetapi kita tidak mengetahui siapa pembunuhnya, dan pihak berkuasa pula mengambil sikap tidak mahu meneruskan siasatan sehingga tertangkapnya pembunuh sebenar.
Beliau juga melahirkan kebimbangan kes ini menjadi satu lagi episod jenaka kepada sistem keadilan negara.
"Kalau polis tak nak siasat, kita yang perlu siasat polis apa penyebab utama mereka tidak mahu meneruskan siasatan.
"Ini memperlihatkan seolah-oleh negara kita ini tidak mempunyai undang-undang. Tapi dalam kes membabitkan Pakatan Rakyat, polis nampaknya berebut-rebut mahu siasat," katanya yang juga seorang peguam.
Bagi beliau, penyelesaian terbaik dalam isu ini adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di Raja, yang mempunyai kuasa untuk menyiasat keseluruhan termasuk dalam jabatan polis itu sendiri.-HD
31 korban pergaduhan Hindu, Islam
Posted on Thursday, September 12 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Muzaffarnagar: Keganasan merebak ke kawasan baru di utara India semalam walaupun tentera mengumumkan perintah berkurung selepas pertembungan maut hujung minggu meletus antara penduduk Hindu dan Islam.
Tembakan dan pertempuran jalanan yang meletus Sabtu lalu di perkampungan di sekitar bandar ini di Uttar Pradesh mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan menyebabkan lebih ramai hilang, kata polis.
Tentera dikerah di rantau itu diberi arahan menembak perusuh yang kelihatan, kata pegawai kerajaan tempatan Kamal Saxena.
Polis menahan 90 orang, namun keganasan merebak ke daerah berjiran di Shamli dan Meerut.
Berpuluh-puluh perusuh menyerang tentera yang memindahkan penduduk malam kelmarin dari perkampungan musnah di Wazidpur, kata Saxena.
Tentera membalas dengan melepaskan tembakan amaran ke arah perusuh, katanya.
Keganasan bermula malam Sabtu lalu selepas satu pertemuan dihadiri ribuan petani Hindu yang meminta keadilan selepas tiga lelaki muda dari perkampungan Kawal maut kerana membantah seorang wanita dimaki hamun.-AP
Sumber: perakpost.com
KUALA LUMPUR -
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membidas tindakan kerajaan
mengurangkan subsidi bahan api petrol dan diesel sebanyak RM3.3 bilion
setahun yang disalurkan kepada kira-kira 28 juta rakyat Malaysia
sedangkan subsidi kepada syarikat korporat khususnya penjana tenaga
bebas tidak terjejas.
Beliau mendakwa kerajaan BN cuba menyembunyikan angka sebenar pemberian subsidi kepada rakyat sambil memberikan gambaran palsu untuk menutup pembayaran subsidi kepada penjana bebas terbabit.
UMNO Bukit Gantang Merempat Guna Surau Untuk Berpolitik Di Kesan
Posted on Thursday, September 12 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Orang Ni
Kalau pihak PAS dikesan ada guna surau atau masjid walaupun bukan tujuan politik...maka akan riuh rendah puak UMNO macam kera atas pokok,terlompat-lompat tak tentu hala puak UMNO...
Nah... korang tengok dan baca sendiri gambar dan kenyataan orang kuat UMNO Bukit Gantang sendiri yang diupload ke laman Facebooknya.
UMNO nampak je macam hebat,macam gah... tapi tempat nak mesyuarat pun terpaksa merempat di surau... agaknya bajet nak adakan bangunan sendiri habis dikebas oleh orang-orang kuat UMNO Munafikun...... hahaha.....
Malu la.... konon-nya UMNO pembela melayu dah berpuluh tahun... tapi habuk pun tarak...!!!!
orangni.blogspot.com

BN korban subsidi rakyat demi penjana tenaga bebas
Beliau mendakwa kerajaan BN cuba menyembunyikan angka sebenar pemberian subsidi kepada rakyat sambil memberikan gambaran palsu untuk menutup pembayaran subsidi kepada penjana bebas terbabit.
Curang dengan rakan isteri
SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si
suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada
isterinya.
Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.
Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.
“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.
“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.
Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.
Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.
Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.
Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.
“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.
“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.
Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.
Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.
UMNO Bukit Gantang Merempat Guna Surau Untuk Berpolitik Di Kesan
Posted on Thursday, September 12 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Orang Ni
Kalau pihak PAS dikesan ada guna surau atau masjid walaupun bukan tujuan politik...maka akan riuh rendah puak UMNO macam kera atas pokok,terlompat-lompat tak tentu hala puak UMNO...
Nah... korang tengok dan baca sendiri gambar dan kenyataan orang kuat UMNO Bukit Gantang sendiri yang diupload ke laman Facebooknya.
UMNO nampak je macam hebat,macam gah... tapi tempat nak mesyuarat pun terpaksa merempat di surau... agaknya bajet nak adakan bangunan sendiri habis dikebas oleh orang-orang kuat UMNO Munafikun...... hahaha.....
Malu la.... konon-nya UMNO pembela melayu dah berpuluh tahun... tapi habuk pun tarak...!!!!
orangni.blogspot.com
Mahakaya: Anak MP bercuti di London bersama kekasih
Posted on Thursday, November 08 @ 07:05:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tenggara
"Ada khabar berita yang kurang senang didengar kebelakangan ini. dikala negara menangung hutang yang amat serius dan juga masalah kemiskinan rakyat masih menebal, golongan mahakaya ternyata punyai cara hidup yang berbeda
Aizat Fikri anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus khabarnya telah membawa seorang gadis yang acap kali dinafikan perhubungan mereka ke Kota London baru baru ini.
Memang benar, you might say that is your money and its up to you on how to spend it, tetapi pada hakikatnya kamu adalah seorang pemimpin ataupun public figure, di kampung-kampung berkempen tentang 'kita faham masalah rakyat,kita akan bela dan bantu rakyat miskin terutamanya MELAYU MISKIN. Dikala MELAYU MISKIN, kamu boros berbelanja untuk diri kamu malahan untuk teman wanita kamu.
Ini adalah satu budaya yang telah dipupuk oleh orang-orang Umno, lihat saja apa yang dibelanjakan oleh seorang menteri dari Umno kepada kekasihnya yang juga seorang artis, dikala negara mungkin berhadapan dengan pilihanraya pada bila-bila masa, masih sempat lagi untuk bercuti dan bercanda ria di luar negara.
Renungkan, jika pemimpin seperti ini yang kita masih agungkan dan pilih sememangnya negara malaysia ini akan bankrup kerana keborosan golongan mahaya umno seperti Aizat Fikri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan