Khamis, 6 Disember 2012

YE TAK YE JUGAK...KHALWAT DENGAN DENGAR CERAMAH....DENGAR CERAMAH PEMBANGKANG...BUANG KERJA

Mengenali Abdul Hadi Awang

Syahir Sulaiman, 05 Dis 2012
Masa depan adalah milik mereka yang telah mempersiapkan diri untuknya dari saat ini - peribahasa Afrika

Mukadimah



YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh dengan permulaan latar belakang yang biasa. Beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga ulama di Kampung Rusila berhampiran pantai Marang, Terengganu; sebuah kampung nelayan yang membentuk diri beliau hari ini.

Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam Sains Politik Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau adalah Menteri Besar Terengganu bagi tahun 1999-2004 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang serta Ahli Parlimen Marang sejak beberapa dekad yang lalu.

Beliau kini merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Tokoh ulama dan negarawan



Di peringkat tempatan, beliau tidak perlu diperkenalkan lagi.

Di sebalik kepadatan jadual beliau untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan beliau yang terdiri dari golongan berpendapatan sederhana  dan memimpin parti dalam landskap politik yang sentiasa berubah, setiap orang pasti bersetuju bahawa beliau mesra dengan semua orang.

Haji Hadi, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ayah Chik' dalam kalangan keluarga dan penduduk kampung, begitu bersemangat menjalani rutin seharian beliau sebagai seorang ulama dan pemimpin masyarakat.

Hari Jumaat adalah masa terbaik untuk bertemu dengan beliau. Beliau akan mengimami solat Subuh dan menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat di Masjid Kampung Rusila, sebuah masjid yang dibina di dalam kawasan rumahnya.

Beliau dikenali ramai kerana pengajaran dan penulisan beliau dalam pemikiran Islam kontemporari, merangkumi subjek kepercayaan ('aqidah), tafsir dan hadith, fiqh ibadat ('ibadah), urusan perniagaan (mu'amalat), kanun keseksaan (jinayat) dan politik (siyasah).

Beliau sangat terkenal satu ketika dahulu, di mana semua khutbah dan tulisan-tulisannya direkodkan di dalam kaset dan video dan ditulis di dalam buku sehingga tercetusnya Fenomena Haji Hadi pada tahun 80-an, populariti yang terus dikecapi sehingga ke hari ini, setara dengan fenomena Ustaz Azhar Idrus dalam kalangan gen-Y  masa kini dalam rangkaian Youtube dan Facebook.


MB Terengganu


Pencapaian beliau semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.

Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun);

Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%;

Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau yang digelar Syeikh Abdul Hadi, adalah seorang tokoh besar dalam dunia komuniti Islam kerana pandangan beliau dalam isu keamanan dan demokrasi serta pemikiran beliau dalam bidang pendidikan dan pembangunan umat Islam.

Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa bermula sejak di zaman universiti di Madinah dan Kaherah, dan beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Komuniti Islam Antarabangsa (Coordination of International Muslims Community), yang berpangkalan di Istanbul; Jawatankuasa Pengharmonian Mazhab (Committee of Mazhab Harmonisation), yang berpengkalan di Tehran; dan Jawatankuasa Antarabangsa Kebebasan Al-Aqsa (Committee of Al-Aqsa Freedom).

Selain itu beliau turut terlibat dalam beberapa krisis kemanusiaan dan krisis merentas sempadan seperti di Afghanistan, Bosnia, Iraq, Yaman, dan Mesir, serta di rantau Asia seperti di Acheh, Mindanau, Patani dan Myanmar.


Seorang nelayan semula jadi


Di sebalik semua pencapaian ini,  beliaa adalah seorang nelayan secara semula jadi. Beliau suka memancing, meneroka laut ketika cuaca tidak menentu dan air pasang, menemui horizon baru dalam landskap yang sentiasa berubah, dan penuh yakin dengan penyerahan mutlak kepada Yang Maha Berkuasa. Dia tidak banyak berbeza ketika beliau di daratan.

Dalam gembar-gembur isu Perdana Menteri, beliau secara berseloroh berkata, "Sebagai seorang pemimpin yang mendapat tarbiah Parti Islam, saya tidak boleh meminta untuk dilantik ke sesuatu jawatan. Apa yang paling penting, kita mesti terlebih dahulu mesti memperoleh kemenangan (dalam pilihan raya umum ke-13). Saya tidak keberatan untuk kembali menjadi seorang nelayan."

Saya bersetuju, kita hanya akan menyeberang sesebuah jambatan hanya apabila kita sudah menghampirinya.

Walau bagaimanapun, yang paling membimbangkan saya bukanlah jambatan terhampir, tetapi jambatan-jambatan lain di masa hadapan.

Satu cabaran bagi pemimpin masa hadapan PAS; dan langkah-langkah yang penting mesti bermula dari saat ini.


* Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau menyokong Negara Berkebajikan. Tulisan sala dalam Bahasa Inggeris ini diterjemah oleh Mohamad Yahya.

Habibie guru demokrasi rantau ini

-, 05 Dis 2012


Presiden Ketiga Indonesia, B.J. Habibie yang kini berada di Malaysia memenuhi beberapa undangan untuk menyampaikan ceramah adalah antara tokoh pemimpin terhebat di rantau ini.

Beberapa hari lalu, beliau menyampaikan ceramah di Pulau Pinang dan esok (Khamis) akan menyampaikan pidatonya di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam.

Beliau memberi fokus ceramahnya mengenai transisi Indonesia ke dunia demokrasi iaitu sesuai dengan peranan beliau mengubah Indonesia menjadi negara demokrasi.

Nama penuhnya Bacharuddin Jusuf Habibie  adalah presiden ketiga Republik Indonesia. Lahir di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Jun 1936.

Bayangkan, dalam tempoh singkat memegang jawatan Presiden Indonesia – 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999 – beliau telah berjaya membuka gerbang demokrasi seluas-luasnya di negara 240 juta rakyat itu.

Ini tentunya sangat luar biasa, justru beliau digelar sebagai Guru Demokrasi di rantau ini.

Walaupun dalam masa yang singkat sebagai presiden, namun B.J. Habibie telah:

1)  Memberi kebebasan pada rakyat untuk menyalurkan aspirasi mereka sehingga banyak bermunculan partai-partai politik baru yakni sebanyak 48 partai politik.

2) Membebaskan tahanan politik dari NGO (Napol) seperti Sri Bintang Pamungkas dan Mochtar Pakpahan.

3) Mencabut larangan berdirinya pertubuhan  buruh independen.

4) Membentuk tiga undang-undang yang demokratik iaitu:

1.    UU No. 2 tahun 1999 tentang Partai Politik

2.    UU No. 3 tahun 1999 tentang Pemilu

3.    UU No. 4 tahun 1999 mengenai Susunan Kedudukan DPR/MPR.


Di bawah kepemimpinan Habibie, Indonesia memilih demokrasi sebagai jalan hidup berbangsa dan bernegara.

Habibie sebagai pembuka sejarah perjalanan bangsa Indonesia pada era reformasi dengan melakukan sejumlah perubahan mendasar bagi penegakan demokrasi dan keterbukaan politik.
Pilihan raya umum tahun 1999 tercatat sebagai pilihan raya umum paling demokratik yang pertama setelah pilihan raya umum 1955.


Media


Presiden Habibie juga membuka seluas-luasnya kebebasan bersuara, khususnya media.

Keterbukaan politik di masa pemerintahan BJ Habibie juga diiringi dengan sejumlah usaha pemulihan (recovery) ekonomi.

Pemerintahannya  berhasil menekan laju turunnya inflasi dan krisis kewangan dunia berbanding saat awal krisis ekonomi muncul.

Kejayaan Habibie yang juga terserlah ialah menempatkan Bank Indonesia dalam kedudukan yang bebas dari kawalan pemerintah.

Sikap beliau sangat terbuka dalam berbicara, mesra dalam bergaul dan ia seorang liberal kerana kehidupan dan pendidikannya yang lama di dunia Barat.

Beliau mendapat pendidikan awal hingga menengah atas di tanah airnya dan kemudian melanjurkan pelajaran di bidang kejuruteraan kapalterbang di Jerman dan lama beliau menetap di sana.

B.J. Habibie berundur dari kerusi presiden setelah Ucapan Pertanggungjawabannya ditolak oleh MPR (Majlis Perunding Rakyat Sementara – Parlimen).

Kesilapan beliau, kalau boleh dikatakan kesilapan, ialah semasa pemerintahannya, beliau telah ‘membebaskan’ Irian Jaya dari wilayah Indonesia, tetapi tentu Habibie mempunyai sebab tertentu mengapa beliau berbuat demikian.

Bagaimanapun, jiwa besar dan keterbukaan Habibie terlihat jelas di mana beliau masih boleh tersenyum dan mesra dengan ahli-ahli politik MPR yang tidak menyokong Ucapan Pertanggungjawabannya itu menyebabkan beliau meletakkan jawatan.

Dalam buku memoernya ‘Detik-Detik Yang Menentukan – Jalan Panjang Indonesia menuju demokrasi, bekas pemimpin Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Hidayat Nur Wahid menyebut:

“Tokoh ini yang dengan reformasi berubah dari wakil presiden menjadi presiden dan kemudian meninggalkan kerusi keperisedenannya dengan bibir tersenyum dan kepala tegak. Semuanya berlaku secara damai, tanpa setitis darahpun yang tumpah. Kemudian beliau membuka pintu seluas-luasnya untuk para pemimpin menerusnya agar dapat mengisi momentum yang ada lebih berjaya.”

Buku memoer B.J. Habibie itu ditulis berdasarkan catatan harian beliau dengan ulasan pelbagai media dan tokoh. Bukunya itu seolah-olah sebagai rakaman ulang sebuah realiti politik yang amat gawat di saat itu.

Meskipun demikian kelembutan dan di tengah ketegasan sikapnya, seorang putera bangsa terbaik bernama B.J. Habibie itu sangat jelas tergambar dalam bukunya itu.

Khamis ini tokoh besar demokrasi di nusantara itu dijangka akan bercakap di Shah Alam mengenai demokrasi dan bagaimana rakyat Indonesia bertuah menikmatinya.

Umpamanya dalam Pemilu (Pilihan Raya Presiden) 2004, 2009 di mana saya turut menyaksikannya terlihat jelas bahawa pilihan raya itu benar-benar sebagai pesta demokrasi.

Tidak ada kekerasan, fitnah dan tuduhan melalu, elemen-elemen rasis dan seumpamanya. Ia berjalan lancar, telus, ceria dan penuh demokratik.

Bagi rakyat Indonesia, semuanya ini adalah hasil usaha B.J. Habibie justru beliaulah yang membuka pintu gerbang demokrasi seluas-luasnya di negaranya. Dalam masa yang sama beliau mengembalikan semula harga diri dan hak asasi anak bangsanya.

Negara-negara yang belum menikmati erti demokrasi sepenuhnya, terutama di rantau ini, sewajarnyalah meneladani kepimpinan B.J. Habibie.
'Kenapa Najib, Rosmah tak nafi dakwaan Deepak?'
 
Naib presiden PKR N Surendran mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansoh masih belum menafikan dakwaan yang dibuat ke atas mereka oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Katanya, Najib dah Rosmah perlu menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak itu.

"Mereka tidak seharusnya mengada-adakan pembohongan mengenai penglibatan kami dalam soal ini," katanya kepada Malaysiakini.

Surendran berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dalam laporan New Straits Times hari ini bahawa ketua pembangkang itu memainkan peranan dalam dakwaan Deepak.

Menurut laporan New Straits Times, Anuar mendakwa bahawa "Anwa berjanji untuk menyelesaikan masalah kewangan Deepak sebagai balasa untuk fitnahnya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak".

Surendran dan MP Subang R Sivarasa merupakan peguam Deepak dalam saman yang difailkan syarikat usahawan tersebut Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd.

Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak.
Dr Hasan bukan lagi ketua pengarah kesihatan
 
Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu, kini bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.
  
Menjawab status Dr Hasan yang menjadi tanda tanya, beliau berkata Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 26 Nov lalu memutuskan untuk menggantung kerja Dr Hasan sebagai ketua pengarah kesihatan berkuat kuasa 14 November lepas.
  
"Dr Hasan telah digantung kerja dan sejak itu beliau bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan. Namun, beliau masih seorang penjawat awam," katanya ketika dihubungi di Putrajaya hari ini.
  
Isnin lepas, dalam satu kenyataan, Mahmood berkata mesyuarat SPA telah memutuskan Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang dan ia dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  
Sementara itu, Mahmood berkata Dr Hasan belum mengemukakan surat rayuan atau persaraan awal berikutan penurunan pangkat beliau.
  
"Kalau beliau (Dr Hasan) mahu merayu atau bersara awal, beliau kena membuat permohonan melalui Kementerian Kesihatan," katanya.
  
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga petugas kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya pada jam 2.18 pagi hari yang sama.

- Bernama

1. KP kesihatan diturun pangkat satu gred lebih rendah
2. KP Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat

 
Penyokong PKR, BN didakwa diserang di ceramah Anwar
9:38AM Dis 5 2012  
Dua orang penyokong Pakatan Rakyat serta seorang penyokong BN cedera dalam satu pergaduhan di ceramah yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tadi.

Lidah parti PKR Keadilan Daily melaporkan, salah seorang penyokong Pakatan itu mengalami kecederaan di bahu kiri yang didakwa akibat diserang dengan satu senjata tajam.

NONE“Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

“Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah,” laporan itu dipetik.

Sementara itu, blog pro-Pakatan sharpshooterblogger.blogspot.com pula mendakwa ketua cawangan PAS Air Panas mengalami kecederaan di kepala akibat terkena satu objek yang dilemparkan ke arahnya.

Dalam satu tulisan di Twitter hari ini, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan siapakah yang memulakan provokasi berkenaan.

"Insiden Gombak semalam: Siasat semua pihak. Politik keganasan mesti ditolak. Tapi siapa mula provokasi? Orang BN cedera," dakwanya.

NONEKhairy turut memuatkan satu gambar menunjukkan seorang lelaki dengan kesan darah di dahi.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya di ceramah berkenaan mengutuk insiden berkenaan yang disifatkan sebagai perbuatan golongan “jahiliah”.

Menurut laporan Harakah Daily itu lagi, Anwar juga mahu polis mengambil tindakan segera ke atas kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, timibalan ketua cabang PKR Gombak Amirudin Shari turut mengutuk serangan berkenaan dan mahu Pemuda Umno bertanggungjawab ke atas tindakan keganasan berkenaan.
  • Raja Hydar Raja Iskandar · Pengulas Tertinggi · Princes Road
    Macam biasalah PM tak komen apa-apa. Menteri dalam Negeri pun diam seribu bahasa. Kalau buka mulut pun dia Akan kata tak dapat menjamin keselamatan rakyat yang menyokong pembangkang. Seolah2 penyokong pembangkang bukan rakyat Dan bukan warga negara Malaysia
    • Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
      BIASA LA..TU MENTELI DALAM KELAMBU NEGERI LA- DOUBLE STANDARD- INI DUNIA KO MONANG LA-- NNTI MASA PEMBALASAN NNTI- MANA MAU LARI LAH...!
    • Al Apun · · Pengulas Tertinggi · Wealth Advisor di SixZeroSix Resources
      kalau org2 PR jentik sikit org umno, riuh sebenua berminggu2. Org2 umno ni mcm pondan la.
    • Sheikh Naimnif Selamat · Pengulas Tertinggi
      Inilah buktinya siapa yg akan menghuru-harakan negara apabila kalah dlm PRU13... Pembangkang dh lama mengalami kekalahan tapi tetap dgn istiqamahnya & bersabar menunggu saat kemenangan tiba Insyaallah...

      Psst... bayangkan kalau org2 PR yg ramai tu bertindak balas... Allahamdulillah... mereka masih bersabar!!! Semoga Allah memberikan kemenagan kali ini kpd org2 yg sabar dlm perjuangan...Aamin....
    • Nizan Daud · Pengulas Tertinggi · GOYANG KAKI di Duk saje ada org bayor gaji, ade dok?
      Dollahtido Anakdollah itulah salah satu sebab mengapa Allah menyediakan balasan Syurga dan Neraka juga Dosa dan Pahala.. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana...
    • Nasi Kandaq Kl · Pengulas Tertinggi · The One Academy Comunication Design Bandar Sunway
      buat la laporan polis,..mcm mana polis nak buat tindakan...pastu tunjuk laporan polis tu...baru nampak real...dah berapa banyak lakonan dari masyarakatt purba pkr kita saksikan sebelum ni..alangkah manisnya jika pelakon2 ni dianugerah pelakon aksi terbaik....bukan tak biasa dgn lakonan dr Masyarakat purba PKR ni..kat bersih dulu pun ada yg berlakon mati..tiba2 boleh muncul balik arwah tu kat bersih seterusnya....heheheh...puiihhhhh....podachitt..
    • Mohd Yusof Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
      Kalau penyokong PR bertindak balas barulah Polis Malaysia akan bertindak segera menangkap mereka.
    • Ismail Mohd Noor · Kolej Vokasional Arau (SMV ARAU)
      org UMNO lebih pondan dr pondan
    • Vtec R Yakuza · · Pengulas Tertinggi · TRACTOR MALAYSIA PUCHONG (CATERPILLAR)
      Laporan kan dibuat,hang tak payah risau.. Tapi yang risaunya,pihak polis akan ambil tindakan ke tak..? Ataupun tutup kes terus..? Hang tolong jawab sat..? Jangan sampai aku tuiihhhh kat muka hang plak..!
    • Afif Zainurin · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      kalau org2 situ bertindak balas, rasanye dah mampus dah pencacai2 umngok tu..
    • Hisham Yahya · Pengulas Tertinggi
      dah buat polis report ke?takkan wartawan malaysiakini lagi hebat dlm buat siasatan berbanding polis?
    • Damhas Dams · Pengulas Tertinggi
      ko salah ckp tu AL apun...siap ketua pondan...rasanya dlm BN dah tak do pondan yg ada pun dah disingkir..tubuh parti lain....faham faham je lah parti mana...dlm pakatan lah tu...wewewe...dan satu lagi yg korang ge report polis buat apa...pakatan kan kata polis malaysia anjing kerajaan kenapa bila ada kesusahan ,kemusnahan korang cari polis malaysia...???bodoh ....tengok bila dah susah baru nak jilat semula...sebelum ni korang kutuk polis malaysia macam macam...jadi siapa yg anjing...korang penyokong pakatan atau polis malaysia....???? mintak tolong dgn polis israel yahudi...siasat kes ni beritahu pada anwar dia ada kebal besar dgn yahudi...HEHEHE korang pun nanti dapat lah makan duit yahudi tu sikit....heheheheheheheh
    • Md Tebuan · Pengulas Tertinggi
      YA,KALAU MENTERI PUN DAH TAHAP BANGANG SAMPAI TAK TAU MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT TAK AKAN KITA NAK ANGKAT LAGI JADI MENTERI.
    • Anggerik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
      Nasi Kandaq Kl lembu..cuma kau saja sanggup berlakon benar2 bermandian darah.. nampak ceteknya akal kau ni!!!
    • Imran Penang · Pengulas Tertinggi
      nasiq kandaq kl....orang sekarang tak dungu mcm dulu, buktikan dimahkamah yang puak duk buat hingaq tu bukan orang upahan umno...sekarang ni, kalau kes saman PR je menang manjang...so kalau ko ada otak yg pandai tentulah terdetik siapa pemfitnah...sudaaaa laa weiii....otak jgn letak kat kepala lutut..lg sekoq damhas..bodoh tahap lembu kak jat..wakaka
    • Anggerik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
      Damhas Dams.. gaji polis bukan bayar pakai duit mak/bapa kau dan duit mak/bapa umno..duit rakyat Malaysia..duit yahudi hasil dagangan sawit ke Israel..kaulah anjing umno!!
    • Puteri Emas · Pengulas Tertinggi · 19 years old
      macamana nak komen itu budaya mereka..

    • Rizalazmi Abdullah · Pengulas Tertinggi · Sek men datuk maharajalela kjg gajah perak
      kira ok lah tu sama2 serang dan cedera.. yg bergaduh org melayu , org bukan melayu ketawa...
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Al Apun ....
      KUAH AKAN TUMPAH KENASI, BAPAK BOREK ANAK RINTIK INI LAH PANGGILAN YANG SESUAI UNTUK KETUA NYA HINGGALAH PECACAI SERTA SAMSENG2 TAIK KUCING UMNGOK BANGSAT NEGARA YANG HANYA BERANI PUKUL CURI DAN BERSIFAT BODOH TAK BOLEH DI AJAR SERTA BERTINDAK SESUKA HATI MENTANG2 PIHAK2 TERTENTU AKAN MEMBELA WALAU PON PERBUATAN MEREKA2 INI SUNGGUH MENJIJIKAN DAN SANGAT HINA DI SEBABKAN OLEH DILINDUNGI UNDANG2 DWI STANDARD. JIKA DI LIHAT MANA ADA TIDAKAN DARI PIHAK BERWAJIB HINGGA KINI SAOLAH2 MEREKA2 MENGHALALKAN DAN MERELAKAN SAJA PERBUATAN NYA JIKA DI LAKUKAN OLEH PIHAK PECACAI DAN SAMSENG2 TAIK KUCING PARTI PEMERINTAH UMNGOK BAJINGAN NEGARA. HANYA RAKYAT MARHAIN SAJA BOLEH MERUBAH NYA. ABU KAN DAN TALKINKAN UMNGOK BAJINGAN NEGARA DPRU13....
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Damhas Dams ....
      JIKA SUDAH DIKATA POLIS HANYA MAHU JAGA KEPENTINGAN UMNGOK BANGSAT NEGARA TAK PAYAH LAH DI NAMAKAN ***PDRM*** TUKAR SAJA *PUBNM** POLIS UMNGOK BANGSAT NEGARA MALAYSIA***DAN DIBAYAR GAJI OLEH NAJIBAH DAN GEROMBOLAN NYA.....BANGANG PUNYA PECACAI UMNGOK***
    • Jamil Dollah Ds · Pengulas Tertinggi · PAP di 19 Ramd Mek ( One Niner Group )
      Yang tak menyokong BN semuanya dia anggap musuh dia tapi tidak Dengan pendatang asing,..sebab pendatang asing ni adalah talian hayat BN.
    • Matt Bayev · Pengulas Tertinggi · Universidad Anáhuac México Norte
      Damhas Dams..sebab masih ramai polis bukan anjing kerajaan.. dan polis tulah yang di kehendaki tak kiri tak kanan..lagi pula yang bayar gaji diorang setiap bulan tu duit rakyat bukan duit umno/bn maka siapa pun rakyat malaysia berhak suruh polis ambil tindakan..sebab yang buat angkara KEGANASAN,KEROSAKAN dan PENGINYAAN TU ORANG2 UMNO/BN..
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 205 subscribers
    Silat adalah SENI PERTAHANAN DIRI MELAYU. Sayangnya UMNO telah menyalahgunakan seni ini.

    Sekiranya SENI ini tidak dipertahankan, maka hilanglah satu lagi BUDAYA MELAYU.

    Adakah perlu kita mempetahankan lagi UMNO sedangkan UMNO itu ditulis dalam Bahasa Inggeris?

    Tolong henti sokong UMNO. Ini kerana UMNO hari demi hari telah MELENYAPKAN MELAYU dari MUKA BUMI INI.

    Tak dapat kat aku tak per, dapat kat aku, ZIKIR PENAMPAR aku bagi agar korang SEDAR mana satu SYAITAN mana satu MALAIKAT.

    AKU TIDAK AKAN BERUDUR SETAPAK PUN BAGI MEREKA YANG SALAH GUNA SILAT!!!

    INI AMARAN AKU BAGI SEMUA PESILAT2 MELAYU!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!
    • Leftenan Nan · Pengulas Tertinggi · Statsaut. ejendomsmægler di KGB
      berani bukan kerana silat, tapi berani sebab polis menyebelahi mereka lembu2 muda UMNO ni......one by one gerenti kecut telor mereka ni.....
    • Jaff Abg Jaff · Pengulas Tertinggi
      Apakah ini perancangan peristiwa 13 Mei kembali yang dibawa oleh kak Ijat dalam perhimpunan Umno baru2 ini sekiranya UMNO/BN kalah dalam PRU 13..Hanya mereka2 yang kolot berpolitik seperti UMNO saja yang ada. Boleh jahanamlah UMNO.
    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mission Impossible HQ · 173 subscribers
      hati2 dgn isu ini... fishy..
    • Abu Kamira · Pengulas Tertinggi
      Silat tu namanya silat haram jadah !
    • Wan Yahya · Pengulas Tertinggi
      Ingatkan dah masuk pertubuhan silat boleh ubah perangai....jadi samseng adalah. Serapkan nilai2 agama dalam silat.
    • Ibrahim Mat Isa · · Pengulas Tertinggi · Producer di AimMedia Production
      yg jadi mahaguru silat yg berkenaan itu pun dulu samseng juga.. pernah ditahan di penjara pulau jerejak bertahun2 kerana pukul org di khalayak ramai (1986,87,88) Skrg turun la ke anak pulak jadi samseng. Samseng umno..!
    • Joe PokJoe · Pengulas Tertinggi · Kuantan
      memang agak fishy...tapi kena igt,xkan la ada org pr yg sanggup berlakon kena tikam betul2...itu bangang namanya...
    • Anggerik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
      Kata Khairy.. siapa yang mula provokasi?? nampaknya lulusan oxford ni cetek akal..siapa yang datang ganggu ceramah orang, tentulah orang itu yang mulakan..
    • Roslee Tahir · Pengulas Tertinggi · Penyelaras Komunikasi Selangor di Roslee mohd tahir
      silat Ajis dlm pendekar bujang lapok.....bunga baling batu......kik kik kik....kenapa tak elakkkk......mmg puak2 dacing moral rendah mlm tu....yg betinanya terjerit2 mcm pontianak!!!!!
    • Sangkakala Ajal · Pengulas Tertinggi · Supervisor di Tanah Perkuburan
      itulah geng2 pesilat BACUL n DAYUS.....
    • Safuan Karto · Pengulas Tertinggi
      Seni Silat Lincah bukanlajh warisan melayu. Omar Din tu keturunan Melayu ke...........? Silat Cekak Malaysia dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Hj Hanafi Ahmad ialah yang sebenarnya warisan dan pusaka Melayu.
    • Khairul Anuar Bin Kamaruddin · Pengulas Tertinggi · International Islamic College '09
      sy cari komen tuan berkaitan deepak xde pun..
    • Oren RapidFire · Pengulas Tertinggi · Ohio University
      Jaff Abg Jaff ..bro tak mungkin akan terjadi mcm 13 MAY!!sbb dia nak pergaduh dgn sapa? Parti dlm PAKATAN semua BERBILANG BANGSA!!bukan mcm BN! UMNO boleh gadoh dgn MCA! sbb MELAYU semua & MAMAK lwn MCA semua CINA!!nak kacau DAP? PAS ada!!!LANGKAH MAYAT PAS dulu sebelum kamu sentuh DAP!!!
    • Abnaul Harakah · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
      DB..jangan jadi silat mempertahankan Melayu UMNO sudah..hehehe..tapi sekarang pun diorang tengah bersilat..tendang serang tak tentu pasal..
  • Noor Diana
    ye.....sangat2...betul..sbb sy sendiri nampak...org2..umno bkumpul...ramai2...di pustaka...di gombak...sungguh sy xpcaya btapa..jhatnye...mreka..krana..snggup mmusuhi sesama islam..sy msih budak2..tp ble sy nmpak sndri dgn mata sy..tmbul dhati sy..jahatnyer..mreka...kter yg dh bsarni..hruslh pndai mmlih krjaan..jgn sbb duit kta slah mmlih..tkutlh azab ALLAH..dakhirat kelak dari takutkn manusia...yg xbguna..mmg kte bhagia ddidunia..tp dakhirat???
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Trimakasih dik Noor Diana. Inilah nukilan ikhlas darinya, walaupun masih kecil. Sungguh memalukan betul geng2 penyokong umno ni! Ada kalangan mereka yg diupah adalah budak2 bermasalah disekolah. Utk makluman, yg tercedera dibahu kiri adalah terkena kerambit. Kerambit?? Kamu nak bunuh org kah?? Lahabau betul! Ada jugak dilihat geng2 pekida, ini dilihat melalui baju yg tertera logo pekida (jalur tiga). Pemuda umno harus bertanggungjwb 100%. Polis kena ambil tindakan segera! Klau x, kami sunatkan satu persatu sekali lagi silahabau2 yg buat kacau ditapak ceramah tersebut. Betullah kata Ds Anwar. Umno kembali membudayakan jahiliyyah dizaman silam. Klau dizaman silam nabi saw dilempar batu smpai berdarah oleh penduduk thoif, skrg pulak jahiliyyah telah muncul dlm kalangan umno, dgn kegiatan yg sama. Ini adalah taktik terdesak org2 yg dah nak kehilangan kuasa! Ingat 'ada ubi ada batas, ada hari kami balas'. Cara camne rakyat balas, tgk la nnti....
    • Love Umno · Pengulas Tertinggi · Kampung Hulu International University
      Sungguh kurang asam Khairy tu, dah datang serang rumah org, kemudian pura2 bertanya siapa yg memulakan? Ada PR kacau Persidangan Agung Umno baru2 ni???

      Makcik pun dah tak sabar menunggu tarikh keramat PRU-13 utk mentalqinkan BN ke dlm dasar Laut Cina Selatan!!!
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Bodoh betul lah dia org. Dgn buat camni mesti rakyat semakin benci & tolak dia org. Spesis nak pupus mcm ni lah, x pernah belajar dari kesilapan. Bodoh piang! Ada ke patut batu sebesar tapak tgn & pasu dilempar ketempat pendengar ceramah (mencederakan seorg warga tua, ketua PAS air panas), disamping batu2 yg lain. x cukup dgn itu dibawa kerambit yg berfungsi utk membunuh. Nasib baik petugas2 PR/unit amal/penyokong2 PR x bertindak balas, klau x masak la korang kena belasah. Silat ntah kemana, korang ntah kemana! Klau adik Noor Diana jijik dgn tikah laku hangpa, apakan lagi rakyat malaysia yg dah matang berfikir! Tahniah utk menjahanamkan lagi reputasi kem umno/bn!...
    • Pahlawan Bersih · Guru Kanan di SK Seri Bintang Selatan
      Pertama di Malaysia, minuman hebat untuk lelaki yang ingin menimati kehidupan sexual yang lebih nikmat, panas dan selamat!!!!

      Di formulasikan oleh Dr. Rozmey, pakar perubatan dan herba.

      - Menambah stamina dan tenaga
      - Merangsang nafsu sexual lelaki
      - Merawat masalah sexual lelaki
      - Memantapkan fizikal dan emosi
      - Merangsang kesegaran otak
      - Merawat kemurungan
      - Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
      - Menambah keseimbangan hormone

      Dr rozmey: Viagra bagus untuk ereksi zakar, tetapi Espresso-XY dengan maca, butea superba, ektrak tongkat ali, extrak ginseng memberi kepuasan tambahan, kerana ia secara semulajadi menjadikan ereksi zakar bertahan lama dan meningkatkan ghairah sexual, stamina dan keseronokan sexual yang disukai oleh lelaki dan wanita!!!

      ...Lihat seterusnya..
    • Kamarudin Hj Omar · Pengulas Tertinggi
      sesungguh nya segala perbuatan mereka ini akan *menyumbang* kepada *kebencian* rakyat.
    • Dino Hamat · Bekerja di Royal Malaysian Air Force
      dik noor diana....tak ramai pemikiran macam adik ni....takbirrr....untuk adik diana
    • Abdul Rahim Che Zakaria · Pengulas Tertinggi
      Org duk bincang pasal penyokong PR d serang, dia nih asyek nak jual ubat kat sini apa la pahlawan bersih. g main jauh2.
    • NeRo AngeLo · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Derakk pah cerohh , pah gelap , pah mapuhh .
      kedasar laut cina selatan pn di usir oleh nyai roro kidul penunggu lautan..nk pi mana
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Noor Diana.....
      MANAKAN TIDAK...JERIT ADA DUIT...MEREKA2 INI LAH YANG PERTAMA AKAN LAYAK MENERIMA GELOMBANG KEDUA BR2.0M NANTI. JANJI DITEPATI KATA NAJIBAH KEPADA PECACAI2 NYA YOU HELP ME, I HELP YOU....DASAR PENYAMUN, PEROMPAK, PENGRASUAH SERTA PENGKHIANAT BANSA DAN NEGARA TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN HANYA LAH DARI SPESIS UMNGOK BANGSAT NEGARA DULU KINI DAN SELAMA NYA...
    • Awang Leleh · Pengulas Tertinggi
      Noor Diana :NTUK RENUNGAN PIMPINAN PAS DAN DAP YANG SENTIASA PERTELINGKAH DI DALAM PELAKSANAAN HUKUM HUDUD INI UCAPAN BEKAS PM INI DAPAT MEMPEGARUHI SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT OLEH ITU SENTIASALAH BERTELIGKAH MEGENAI HUKUMM HUDUD AGAR MENANG DALAM PRU 13 NI,,,,,,
      Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

      Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.

      Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 – Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh
    • Matt Bayev · Pengulas Tertinggi · Universidad Anáhuac México Norte
      Awang Leleh..
      Kalau Dap bercanggah pendapat dengan Pas sebabnya tiga parti tu baru saja bersama dan bersatu 4 tahun lepas..dah tentu lah masing2 masih pertahankan ideologi..di tambah lagi ketakutan umno pada PR dengan menghalang pendaftaran PR kepada ROSE sebab tau kalau PR di beri pendaftaran parti komponen maka hancurlah umno/bn kini dan selamannya..itulah fahaman umno
    • AaMy Bisnes · Giat mara
      www.Step2Rich.net/nak_income Anda semua di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Step2Rich.net kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat pendapatan tanpa batasan..bakal ke indonesia tak lama lagi tempah posisi anda sekarang.
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 262 subscribers
    Selama berhari hari.. Perwakilan UMNO terpekik.. melolong.. menangis ketawa.. bergelak dan bergurau senda..dan disiarkan diseluruh Malaysia.. dipaksa utk rakyat utk menontonnya... sorang penyokong PR tak pergi membantah diPWTC..!! begitu juga dimedia elektronik dan media massa.. semuanya menceritakan pasal UMNO..!! rakyat masih bersabar.. walaupun ramai yg diserang sakit jantung akibat tak tahan menanggung kebencian yg amat sangat....!! tapi tak sorang pun penyokong PR menjerit dan membantah diPWTC.... kerana budaya PR ..tidak mengalakkan penyokong nya begitu.. tapi lihatlah UMNO..jgn mulakan serangan sentimen .. jika mahukan 13 Mei.. UMNO tersilap....kali ini seluruh bangsa bersatu menentang Melayu UMNO dan PERKASA..!!
    • Ali Bin Mohamed · · Chief Executive Officer di Bekerja sendiri
      betul3
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      13 Mei adalah cetusan oleh org umno sendiri demi menjatuhkan org umno. Apakah umno berkira2 utk mencetuskan sperti itu klau ia tumbang dlm PRU13 nnti? Buatlah (klau benar begitu), yg terpekik terlolong nnti dia org jugak, x ada org layan. Sbb rakyat dah tahu, klau terjadi lagi insiden seakan2 13 mei yg dicetuskan, umnolah dalangnya! Rakyat x akan tertipu utk kali kedua, & org2 Islam sudah tentu x akan termasuk kedlm lubang yg sama (sperti disebut dlm hadis)...
    • احمد ناجيب حسن · Pengulas Tertinggi · Maahad Ar-ridwaniah
      senjata makan tuan le... lepas ni..
    • Jom Undi Pakatan Rakyat · Pengulas Tertinggi · Harvard University
      Dun wori, pasti ada siasatan dan tangkapan sbb ada seorang penyokong umno cedera. Lg satu, sbb pemimpin umno dh bg komen tu.
    • Shah Rukh Din · Pengulas Tertinggi · Bekerja di PMB Pensioner now join RTM
      KJ bebal....yg pemuda umno dtg ramai2 ke ceramah Pakatan Rakyat apa kejadahnya...bukan kah ini nak buat provokasi supaya berlaku kekacauan....nk halang rakyat dpt maklumat sebenar slps berhari2 PR difitnah ditohmah dicaci maki dlm PAU.....haramjadah umno tak faham konsep demokrasi....
    • Dien Dien Juan · Pengulas Tertinggi
      Demi Allah.. oleh kerana meluatnya aku kat puak2 ni,aku haramkan diri aku tengok persidangan tu kat tv..kalo buka tv tiba2 ada siarannya,cepat2 aku kalih...
    • Mdfazib Kastaman · Pengulas Tertinggi
      bodoh punya khairy, yg orang BN duduk kat ceramah PR tu buat pe... rakyat dah muak dgn cara yg tak bertamaddun mcm ni... PR buat ceramah, Bn ikut buat disebelah... apa yg BN berubah nak menarik sokongan rakyat??
    • Matt Bayev · Pengulas Tertinggi · Universidad Anáhuac México Norte
      MAKA MELAYU vS MELAYU, maka bermula lah persengketaan rasmi si Tuah dan benar si Jebat
  • Leftenan Nan · Pengulas Tertinggi · Statsaut. ejendomsmægler di KGB
    UMNO sanggup menumpahkan darah sesama islam dan bangsa melayu hanya kerana perbezaan politik..??? .Tak cukupkah darah USTAZ IBRAHIM LIBYA dan penduduk-penduduk kampung Memali yang tumpah hanya kerana perbezaan politik dahulu??? ....selepas peristiwa di Pantai Dalam kini berlaku digombak pula apa reaksi POLIS? , mahukah kita memilih parti UMNO yang ahlinya bersifat seperti HAIWAN yang suka pada keganasan untuk memerintah negara malaysia lagi ...??????
Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas tuduhan
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada September tahun lepas.

NONEDalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

-Bernama
1. Ibu Aminulrasyid tak puas hati keputusan mahkamah
2. Jenain minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid
3. Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas tuduhan
MB: S'gor pasang sarung, tak turunkan kamera AES
 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri tidak akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya pada Jumaat ini.

Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan Selangor dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.

Khalid berkata Selangor mengambil tindakan demikian memandandangkan Kementerian Pengangkutan tidak mengendahkan surat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) agar menurunkan kamera berkenaan.

"Mereka (MPS) tulis surat kepada kementerian utk membetulkan proses mendirikan tiang-tiang AES itu. Malangnya surat yang ditulis Yang Dipertua MPS tidak dijawab, tidak diendah.

"Jika dalam dua minggu lagi, tidak ada lagi permohonan dibuat kementerian pengangkutan, kita akan menanggalkan pembangunan (tiang) itu dari asasnya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini selepas satu majlis bersama sekumpulan ketua kampung.

Sementara itu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu ketika ditanya menyifatkan langkah memasang sarung tersebut sebagai "semakan semula strategi".

"Ini satu strategi yang disemak semula. Rakan-rakan media dijemput ke lebuh raya SKVE jam 2 petang Jumaat ini," katanya merujuk kepada operasi memasang sarung ke atas kamera AES Jumaat ini.

Beliau sebelum ini mengumumkan kerajaan Selangor akan menurunkan kamera AES yang dipasang di Selangor pada hari tersebut.
Berita berkaitan:
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: