Jumaat, 7 September 2012

YANG TAKUT SELALU MENANG...YANG KALAH TAK TAKUT SEBAB KALAH TU DAH BIASA...YANG TINGGAL SEDIKIT TARING UMNO JE...MIC...MCA..DAN GERAKAN...RIUH JE...TAPI NYAWA2 IKAN JE..TINGGAL PEMIMPIN MCA BISING2 SYOK SENDIRI...LU LAIN ...GUA LAIN NI LAH PERBANDINGAN KEDUDUKAN

Habis elaun untuk berkhidmat kepada masyarakat
Posted on Wednesday, September 05 @ 16:00:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Buletin

KUALA DUNGUN - Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain,"katanya ketika ditemui selepas program jelajah memeberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina disini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati didalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya),"jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan diantara perjuangan Islam, dimana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Disinilah beza bila kita berjuang diatas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat,

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan,"tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Syaidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,


 Budak Ini Tunjuk Punggung Di Khalayak Ramai Salah, Bik Mama Bercumbu Dan Berpeluk Di Khalayak Ramai Ok
Posted on Wednesday, September 05 @ 15:34:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh W. Fauzdin NS

Muka-muka basi yang dah lama tak keluar TV, kini dikutip semula untuk ambil kesempatan atas beberapa isu murahan Umporno. Isu bendera Sang Saka dan juga isu tunjuk punggung diulas oleh beberapa pencacai haprak.

Timbul kembali wajah Zul Kulum, Hassan Akidah dan beberapa ekor lagi cicak mengkarung belaan Umporno.

Kejadian di atas di dalam bilik atau di khalayak ramai? Apa hukumnya?

Pelik apa dengan bendera Sang Saka? Takut sejarah lampau diketahui oleh golongan muda? Jika mereka tahu pun, bukannya Pembangkang mahu tukar bendera Sang Saka bagi menggantikan Jalur Gemilang. Semua pimpinan PR sepakat bahawa yang akan berganti hanya Kerajaan, iaitu Umporno/Bn akan menjadi Pembangkang. Tiada kena mengena dengan bendera pun. Rakyat kurang minat mahu kibar Jaluir Gemilang semenjak tahun 1998/99 adalah kerana hilang selera dengan kerajaan yang zalim bermula di era mamak kutty. Jika tidak percaya, apabila PR menjadi kerajaan di Pusat nanti kita akan lihat seluruh jalanraya dan kenderaan akan berkibar megah Jalur Gemilang. Rakyat sudah meluat dengan Umporno/Bn, maka selera kepada Jalur Gemilang turut terjejas.


Antara Sang Saka dengan bendera Israel, mana satu lebih mulia?
Sudahkah ditangkap siapa yang koyakkan gambar MB Kedah ini?
Gambar Koh Tsu Koon, pemimpin Gerakan rakan dalam Bn pun mereka sanggup koyakkan, ada didakwa?

Tunjuk punggung pun satu hal. Aku pun tidak setuju dengan cara biadab dan menyalahi hukum Islam itu. Bukan kerana tunjuk punggung pada gambar Najib tu yang aku tidak bersetuju, malah jika tunjuk punggung di khalayak ramai walaupun pada seekor babi pun aku tidak bersetuju kerana perbuatan itu dilarang oleh Islam. Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai itu haram.

Bukan sekadar tunjuk punggung....ugut nak bunuh lagi....Apa cerita?

Apa beza tunjuk punggung di khalayak ramai dengan tunjuk lurah dada, tunjuk rambut oleh wanita Islam di khalayak ramai? Bik mama bukan tidak biasa tunjuk dada dan rambut di khalayak ramai. Ramai artis yang tunjuk lurah dada di khalayak ramai, bahkan ramai anak-anak mudi Islam yang memakai seluar ketat menampakkan lurah punggungnya di khalayak ramai. Apa beza dari segi hukum Islam?

Hukum tidak akan berubah oleh kerana Najib terlibat. Masakan tunjuk punggung di khalayak ramai kepada pokok hukumnya harus, manakala tunjuk pungung kepada gambar Najib hukum haram? Mendedahkan aurat di khalayak ramai itu tetap haram, samada di hadapan Najib atau di hadapan seekor babi. Jika budak itu didakwa atas kesalahan menunjukkan punggung di khalayak ramai, masakan Bik Mama tidak didakwa oleh Jabatan Agama Islam kerana mendedahkan aurat di khalayak ramai, tambahan pula bercumbu dengan pelakun Hindustan dan berpelukan dengan Jaguh Badminton di khalayak ramai. Apa bezanya?

Bezanya adalah kerana undang-undang ini mereka yang bikin..... /wfauzdin.blogspot.com

 Pijak.. bakar.. koyak dan kencing... mana dahsyat ?
Posted on Wednesday, September 05 @ 15:25:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tok Pepijat

Begitu laju,lancar dan bersemangat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin membacakan akta kesalahan yang dilakukan terhadap tiga kes dan peristiwa yang berlaku diambang kemerdekaan :

a) Kes Pijak dan tayang punggung pada gambar Najib dan Rosmah.
b) Kes tayang bendera Sang Saka.
c) Kes serang Bas Jelajah Merdeka milik PR.

Tapi dalam ketiga-tiga kes itu, nampaknya polis "sangat" beriya-iya untuk siasat kes pijak Najib dan kibar bendera.Siasatan kes serang bas PR sekadar "syarat" agar tidak dilihat "siasatan pilih kasih"

Kita perhatikan kenyataan Bakri tentang kes pijak gambar PM :
i) ( kejadian memijak gambar pemimpin negara kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.)

ii) ( kes menunjukkan punggung terhadap gambar pemimpin negara boleh disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan
seseorang.)

Kita tanya Bakri bagaimana kes :
i) pijak, koyak dan bakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang ?

Kita tanya lagi Bakri, bagaimana kes :
i) kencing gambar Menteri Besar Kelantan dan Presiden PAS ?

Polis tak mahu siasat ke? Adakah Bukit Aman akan terjun bangunan tanpa turun tangga dan siasat 25 jam ?

Polis mestilah bersih dari politik kepartian juga polis tidak boleh dilihat bertindak sebagai mengikut politik kepartian.

Satu lagi, adakah polis dah tangkap pembakar bendera Malaysia dalam peristiwa BERSIH di Batu Buruk 2007 ? Jawab ...jangan tak jawab !

........
http://tokpepijat.blogspot.com


Cubaan Muhyiddin Ubah Kurikulum Sejarah Untuk Tingkat Semangat Patriotik Diragui
Posted on Thursday, September 06 @ 16:55:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Selangorku

SHAH ALAM 6 SEPT: Cadangan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menukar kurikulum subjek sejarah di sekolah kononnya bagi menaikkan semangat patriotik pelajar diragui oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Ini kerana menurut Faekah, alasan patriotik Muhyiddin dibimbangi untuk kepentingan politik di mana hanya mengajak rakyat untuk setia kepada Umno sahaja.

Menurut Faekah, jika ini yang dihasratkan Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran ia sangat tidak patriotik.

Ditambah lagi, sikap tidak patriotik terserlah apabila Muhyiddin bertindak kejam dengan tidak membenarkan pihak sekolah (di Selangor) menggantung gambar-gambar pemimpin negeri terutama gambar Menteri Besar Selangor.
“Muhyiddin sepatutnya menggunakan kuasanya sebagai menteri penuh untuk meningkatkan mutu dan sistem pendidikan negara. Sebaliknya Muhyiddin menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang pemimpin kerajaan Negeri Selangor memasuki sekolah kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tindakan ini, jelas menunjukkan Muhyiddin mengamalkan politik sempit dengan menguatkuasakan peraturan berat sebelah.
“Kini beliau bercakap isu meningkatkan kesedaran patriotik tetapi sedarkah perbuatan beliau telah membunuh semangat patriotik di kalangan pelajar.
“Walaupun kita berbeza fahaman politik tetapi sebagai pemimpin untuk pelbagai kaum di Malaysia, kita sepatutnya bersatu dan bekerjasama membangunkan serta memajukan lagi sistem pendidikan negara,” ujar Faekah lagi.
Tambahnya, jika kehadiran ahli politik ke sekolah akan menganggu pemikiran pelajar, kuatkuasakan larangan kepada semua parti bukan terhad kepada pemimpin Pakatan Rakyat sahaja sedangkan pada masa yang sama, pemimpin BN bebas keluar masuk ke sekolah tanpa halangan.
“Muhyiddin dan pemimpin BN di Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka telah kalah pada pilihan raya umum yang lalu dan bukan lagi pentadbir di negeri ini. Hormati keputusan rakyat untuk memiliki kepimpinan yang baharu,” tegas Faekah.

 Najib walaupun ada semangat tapi masih takut
Posted on Thursday, September 06 @ 11:05:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata saya sudah ada semangat untuk membubar Parlimen.Bermakna sebelum ini dia tidak ada semangat langsung untuk berbuat demikian.

Penulis tengok ketika bercakap dalam mana mana majlis bertemu dengan dengan suaranya begitu bersemangat sekali. Demikian juga ketika bercakap kepada pengunjung dalam majlis rumah terbuka BN di Selangor.

Bukan main hebat. Hebat sungguh,Inilah semangat baru yang di suntik oleh Tun Mahathit yang berkata, umno/BN sudah kuat.
Yang peliknya Najib meminta parti komponen Barisan Nasional yang dikatakan sudah kuat itu supaya buat sekatan agar pakatan rakyat gagal ke Putrajaya.
Pada penulis cakap cakap itu mengambarkan BN menghadap permasalahan untuk kekal memerintah Negara ini selepas PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa dari sekarang.
Najib kelihatan begitu bersamangat atau kuat semangat setelah sekian lama hilang semangat, kerana diserang penyakit “takut” Putra jaya terlepas kepada pakatan rakyat selepas PRU 13 nanti.
Pucuk kepimpinan Umno Selangor yang berada di kiri kanan Najib juga kuat semangat dan berkata, kita rampas semula Selangor.
Najib dan pucuk kepimpinan Selangor cukup yakin kerajaan yang diperintah pakatan rakyat akan tumbang PRU 13 ini.
Bukan setakat itu sahaja negeri Kelantan yang di perintah oleh PAS pun akan tumbang juga, kerana sudah banyak usaha sekat orang Kelantan mengundi Pas.
Setahu penulis wang RM 500 satu kepala yang diberi kepada isi rumah satu satunya usaha sekat rakyat undi pakatan rakyat.
Rakyat Malaysia, terutama orang China,  China MCA cukup dikenali kerajaan umno/BN. Sebab itu PRU 12 orang china mengundi DAP (pakatan rakyat).
Sudah tentu untuk sekat jalan agar pakatan rakyat ke putrajaya mengadapi masalah besar, kerana tidak mendapat kerjasama MCA dikatakan sudah menjadi “duri dalam daging” Barisan nasional kini.
Di sebalik ajakan Najib pada parti komponen BN itu kelihatan tiada respon kerana seblum ini Najib pernah minta MCA rampas semula Pulau Pinang dari tangan DAP. tapi MCA membisu seribu bahasa.
Ini menunjukkan usaha Najib untuk menyekat jalan pakatan rakyat ke putra jaya akan menemui jalan sukar kerana tidak mendapat kerjasama MCA dan GERAKAN
 



Khutbah: Kemerdekaan Sebenar Apabila Islam Ditegakkan
Posted on Thursday, September 06 @ 03:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ustaznik

"merdeka 55 tahunSinopsis: Jumaat 13 Syawal kali ini berbetulan dengan 31 Ogos 2012, hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali ke 55.

Saban tahun menjadi kebiasaan acara sambutannya tidak lebih dari membilang jarum jam, hiburan yang kekadang melalaikan, perarakan dan kibaran bendera.

Konsep asal kemerdekaan menurut neraca sebenar diabaikan. Justeru bagi membetulkan kefahaman mengenai konsep sebenar kemerdekaan menurut Islam, khutbah Jumaat ini disampaikan oleh Presiden PAS dengan menghuraikannya menurut perspektif al-Quran, Hadis dan berdasarkan petunjuk dari perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW pada 13 Syawal 1433H (31 Ogos 2012)

Kemerdekaan Sebenar Apabila Islam Ditegakkan (1)"





 Perpecahan orang Melayu, kembalilah kepada Islam keseluruhannya
Posted on Thursday, September 06 @ 04:18:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Abang tikam adik, adik ipar tikam abang, cucu ugut bunuh datuk, kekasih bakar teman wanita, dan pelbagai lagi kes perselisihan, pergaduhan, perpecahan orang Melayu ianya bertitik tolak kepada iman di dalam dada. Justeru itu semua pihak dari pemimpin hinggalah ke rakyat jelata hendaklah kembali kepada Islam sepenuhnya. Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul serta takut hanya kepada Allah.


Tukar Siaran TV, Pemuda Maut Ditikam Abang
 
6 Sep 2012, KUALA TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam Selasa.
 
Tembak ipar enggan kerja
 
6 Sep 2012, KENINGAU: Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.
 
Cucu ugut bunuh datuk tegur bawa pulang wanita
 
6 Sep 2012,  GEORGETOWN: Berang dengan teguran kerana membawa pulang teman wanita ke rumah, seorang cucu lelaki sanggup bertindak ‘samseng’ apabila mengugut mahu membunuh datuknya di sebuah rumah di Sungai Dua, Gelugor di sini, pagi Selasa lalu.


 Sinonim Betul Debudak Parti Ni Ngan Judi .. Tapi Apa Nak Heran ??
Posted on Wednesday, September 05 @ 16:18:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Karmic Wheel

Adoih .. mamat ni .. kalo ia pon nak beli nombor jangan le pakai baju parti keramat tu, kan dah tak memasal kena captured red handed.. skang sape yang malu ?? amenoooo jugak.. kah kah kah kah. Sumber Foto : Facebook


UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

Sumber : PASPB


Weyh mamat ... Lain kali kena pakai dressing camni kalo nak menikam .. walaupun baju tu masih lagi dikira sinonim ngan melayu .. tapi masih dikira hanya satu persepsi .. taklah dituduh terang terang ameno nya .. kah kah kah


......
http://ghaflah.blogspot.com




 Pelajar tunjuk punggung pada gambar PM dibuang kolej
Posted on Wednesday, September 05 @ 23:02:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TempayanRetak

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.

Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.

Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.

"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.

"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.

Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.

Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.

"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.

..........
http://tempayanretak.blogspot.com

 MB Azizan serah kedudukan kepada Pas Pusat
Posted on Wednesday, September 05 @ 23:09:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR -
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau masih mampu menerajui pentadbiran negeri, namun sedia akur pada arahan Pusat sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan.

Katanya, sekiranya beliau tidak lagi layak menerajui Kedah, beliau sendiri akan menyerahkan jawatannya itu kepada calon yang sesuai.
“Saya serahkan kedudukan saya kepada Pas Pusat, namun buat masa ini, saya masih mampu terajui Kedah. Jika saya tidak lagi layak, saya akan serah jawatan ini pada orang lain,” katanya, ketika ditanya desas-desus yang mengaitkan masalah kesihatan beliau sebagai alasan pihak tertentu mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Besar.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kedudukannya ditentukan oleh ahli Pas dan Pusat, bukannya hak mutlak dirinya.

“Prinsip saya mudah, itu bukan hak saya, hak ahli Pas,” katanya.

Mengulas sama ada beliau akan mempertahan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum akan datang, Azizan berkata, perkara itu juga diserahkan kepada kebijaksanaan Pusat.

“Saya akan pertahan Dun Sungai Limau selagi mampu, jika bukan saya pertahan, ahli-ahli Pas lain akan pertahankan,” katanya, bersemangat.

Azizan juga menyerahkan kepada Pusat untuk menentukan sama ada beliau masih kekal sebagai calon PRU13 di Dun Sungai Limau.

“Saya ikut arahan Pusat, sama ada saya masih layak bertanding pada PRU akan datang atau sebaliknya. Yang penting sekarang saya sudah sihat dan mampu teruskan kerja seperti biasa,” katanya

 ..............
http://tkobloglist.blogspot.com


 Betui ka ..Safee sali nak sertai Keadilan !! jom baca
Posted on Thursday, September 06 @ 08:29:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

Safee sali di Majlis Jamuan Hari raya 


Kelmarin sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam.

Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut....Nukilan Abu luqman
"

 Safee Sali di program KEADILAN Batu Tiga
Posted on Thursday, September 06 @ 02:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: lipasmalas

"KELMARIN sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam.

Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut.

Nampaknya Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail turut meminati Safee Sali dan Pelitajaya.


Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" di dalam program tersebut.

Antaranya T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.


Apapun tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang tidak bimbang periuk nasinya terjejas kerana menghadiri program KEADILAN seperti ini.

Orang berbakat seperti Safee tidak perlu bimbang untuk menghadiri program-program Pakatan Rakyat seperti ini kerana nilai bakatnya melangkaui ideologi politik.


Lagipun pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN.

ReJaM© "Selamat maju jaya diucapkan kepada Safee Sali... "

Sumber: MiLo SuaM"


 Rakyat Harus Dididik Fahami Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Posted on Thursday, September 06 @ 09:01:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"

kerajaan rakyat blog
Komen rakyat terhadap PDRM di sini, juga di sini.
Rakyat Malaysia harus dididik untuk menghormati dan memahami tugas anggota Polis Diraja Malaysia, berat dan mencabar.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa bertindak jika ada rakyat yang ingin melaporkan kes-kes seperti ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga terpaksa berhadapan dengan maut untuk menyelamatkan rakyat yang dibelasah oleh samseng-samseng seperti apa yang pernah berlaku di sini atau di sini.
Kekadang rakyat terlupa, Malaysia adalah sebuah negara Islam beraja. Justeru, jangan tersilap cakap nanti kena tangkap!

Adalah diharapkan dengan penerangan ringkas di atas, rakyat fahami maksud "pekerjaan".

Polis Diraja Malaysia juga terpaksa membantu dalam usaha-usaha meningkatkan ekonomi negara seperti apa yang dilakukan di sini. Lihatlah bertapa segaknya anggota Polis Diraja Malaysia.


kerajaan rakyat pejuang rakyat

Tiada ulasan: