Rabu, 12 September 2012

TU SUDAH TENTU...KEMUDAHAN..KUASA SERTA PENGARUH YANG ADA BAGI MENGAUT KEUNTUNGAN...JADI KAYA SERTA HIDUP MEWAH...BAGI YANG TIADA...SUDAH TENTU TAK MERASA DAN TAK DAPAT

'Orang parti' jual tanah, dakwa Pemuda Umno
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Wan Amizan Wan Abdul  Razak
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya.
Menteri Jepun bunuh diri angkara skandal
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Tadahiro Matsushita
Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun, Tadahiro Matsushita Matsushita membunuh diri selepas skandalnya terdedah.
TOKYO - Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun ditemui mati bunuh diri, dua hari sebelum majalah tabloid mendedahkan skandal beliau dengan seorang wanita.

Tadahiro Matsushita, 73,  ditemui tergantung di rumahnya di Tokyo berserta surat kepada isterinya dan Perdana Menteri Yoshihiko serta dan anggota kabinet.

Seorang wakil dari majalah tabloid Shukan Shincho berkata, berita skandal melibatkan pemimpin itu dengan akan disiarkan minggu ini.

Sementara itu, Menteri Kewangan Jepun, Jun Azumi berkata, mendiang adalah seorang ahli politik berpengalaman dan mempunyai disiplin serta kualiti kerja yang tinggi dan sungguh produktif.

Azumi akan mengambil alih tugas Matsushita sebagai menteri perkhidmatan kewangan, termasuk melaksanakan tugasan sebagai menteri bertanggungjawab menyelia rangkaian penswastaan pejabat pos.
Suspek kes rogol diberkas, sasar mangsa menerusi Facebook
HASNIZA HUSSAIN
12 September 2012
SHAH ALAM - Seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran tidak serik walaupun pernah dituduh di mahkamah kerana terbabit dalam kes rogol, dia sekali lagi ditahan selepas dikesan melakukan perbuatan sama terhadap tiga lagi mangsa berusia belasan tahun.

Suspek berusia 20 tahun itu menyasarkan kenalan perempuan yang dikenali menerusi laman sosial facebook sebagai mangsa untuk memuaskan nafsunya.

Suspek bijak menjalinkan hubungan cinta dengan semua mangsanya, sebelum mengumpan mereka untuk ke rumahnya di Kampung Sungai Udang, Klang dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, suspek itu berjaya ditahan di rumahnya pada 6 September lalu, selepas mangsa terakhir berusia 13 tahun membuat laporan polis.

Beliau berkata, berdasarkan laporan mangsa terbabit, dia mendakwa dirogol suspek kira-kira dua minggu lalu.

"Perkara itu hanya terbongkar selepas keluarga mangsa memaksanya menceritakan kejadian yang berlaku kerana curiga dengan tindakannya yang tidak pulang ke rumah pada hari kejadian.

"Susulan itu, mangsa dan keluarganya membuat laporan polis, sebelum suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol," katanya pada sidang akhbar,
semalam.

Mohamad berkata, semakan mendapati suspek pernah dituduh di mahkamah pada 9 Mac lalu kerana melakukan satu kes rogol, namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.

"Dalam tempoh jamin tersebut, suspek melakukan tiga lagi kes rogol membabitkan remaja berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.

Pemuda PAS Johor desak siasat kematian Chandran

Harakahdaily, 12 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Johor mendesak pihak kerajaan membuat siasatan terhadap punca kematian Chandran a/l Perumal berdasarkan beberapa keraguan yang telah berlaku.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat (gambar) membuat gesaan itu sebagai respons terhadap kematian Chandran semasa dalam lokap polis Dang Wangi pada 10 September lalu dan mayatnya telah sampai ke Simpang Renggam, Johor pada jam 9 malam 11 September.

Katanya, punca kematian seperti yang tercatat dalam daftar kematian adalah darah tinggi (hypertension heart disease) tetapi pihak Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menyatakan punca kematian adalah sakit jantung.

“Terdapat percanggahan punca kematian Chandran,” ujar Suhaizan dalam satu kenyataan.


Justeru, ujarnya keluarga simati tidak berpuashati dengan kematian ahli keluarga mereka kerana isteri simati telah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak polis bahawa suami beliau mengidapi penyakit darah tinggi dan perlukan mengambil ubat setiap hari.

Pihak polis menyatakan bahawa semua urusan dalam lokap di bawah pengawasannya. Malangnya Chandran didapati meninggal dunia dalam lokap polis.

Adik simati Gunalan a/k Perumal mewakili pihak keluarga telah membuat satu laporan polis pada 11 September 2012, lebih kurang jam 11 malam di Balai Polis Simpang Renggam, Johor.


Terdapat juga percanggahan waktu kematian Cahandran di mana keluarga dimaklumkan kematian beliau pada jam 10 malam sedangkan dalam daftar kematian dicatatkan kematiannya pada jam 11.55 malam, 10 September 2012.

Persoalannya, kata Suhaizan mengapa pihak polis telah memaklumkan kematiannya sedangkan mengikut daftar kematian, Chandran belum meninggal dunia pada waktu tersebut.

Beliau berkata, menurut adik simati Gunalan a/l Perumal terdapat luka di dahi dan rusuk Chandran dan keluarga tidak mengetahui dengan jelas punca luka-luka tersebut berlaku.


Menurutnya, Chandran yang merupakan seorang pemandu lori meninggalkan seorang balu dan enam orang anak-anak yang masih kecil.

“Keluarganya telah kehilangan mata pencarian dan memerlukan bantuan kewangan. Rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita membantu keluarganya,” katanya.

Pada zaman ini

Rajiee Hadi, 12 Sep 2012
Pada zaman ini adalah terlalu sukar
mencari buku-buku A.Samad Said
mahupun Shahnon Ahmad atau, Keris Mas
ataupun Tongkat Warrant, jauh sekali Kemala atau
Zurinah Hassan penyair wanita doktor falsafah
di toko-toko buku di gedung berjenama
dan pedih sekali di toko kota terpencil desa

Pada zaman ini adalah terlalu sukar
ilmu kemanusiaan mahu diurusniagakan
apatah buku-buku sastera dan majalah
telah lama terpinggir di gubuk pustaka tua
di sekolah dan pusat dokumentasi universiti
sementara aku terus menerima buku puisi
kiriman penyair setia dengan cetakan sendiri 

Pada zaman ini rakyat senegara
dan dikatakan sebangsa sejiwa
amat mengejar teknologi benda
dan menghitung sains harta dengan
status mempamerkan gelar dan pangkat
dengan segala buku dan majalah import serba
erotika dan picisan susuk menggoda

Pada zaman ini tidak kurang juga
buku-buku agama dan majalah kerohanian
yang kian banyak ditulis para bijaksana agama
ada yang mengaku ustaz serba-serbi
dan buku motivasi karya yang pakar tumbuh melata
tatkala manusia juga kian runtuh
akhlak dan maruah diri!


20-7-2012
Shah Alam,SDE.
Saman air percuma: MB serah kepada mahkamah
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri tidak menghalang mana-mana pengguna air di negeri ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri berhubung subsidi air percuma, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“(Pengguna) boleh, kita tidak menghalang. (Saman) ini adalah satu kes percubaan yang kita mesti lakukan. Kes percubaan ini akan memberikan satu pandangan mahkamah tentang bantuan yang diberikan kepada rakyat mempunyai syarat yang ditetapkan.
“Sebagai contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika orang itu tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adakah boleh dibenarkan untuk mendapatkan peruntukan. Kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah,” katanya.
Menurutnya, pengguna air yang tinggal di rumah pangsa atau flat boleh menikmati air percuma sekiranya menukar meter pukal kepada individu yang tidak memerlukan kos seperti didakwa sebelum ini.
“Kita sudah tunjukkan bahawa tidak perlu kos tetapi hanya perlu dipersetujui oleh penghuni-penghuni kawasan berkenaan.
“Kita telah berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syabas bersetuju yang Syabas boleh membenarkan penukaran meter itu dilakukan,” katanya.
Terdahulu, 711 pengguna air di negeri ini memfailkan saman menuntut janji air percuma terhadap Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Peguam yang mewakili pengguna air, Kamarudin Ahmad berkata, tindakan itu berikutan Pakatan Rakyat (PR) gagal menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menegaskan Kerajaan Negeri tetap mempunyai kuasa terhadap kebenaran pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun Kerajaan Pusat bertegas meneruskan pembinaan loji tersebut.
Menurutnya, kuasa untuk memberi kelulusan  terutamanya kebenaran merancang dan memasuki tapak projek terletak di tangan Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri mengingatkan petender-petender Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kuasa tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara mengenai tanggungjawabnya.
“Kerajaan Negeri akan mengingatkan bahawa tanggungjawab ini akan dijaga oleh Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikin ketika mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui disiarkan akhbar ini, semalam bahawa Kerajaan Pusat tetap meneruskan pembinaan loji berkenaan walaupun terpaksa berhadapan tindakan undang-undang Kerajaan Negeri.
Abdul Khalid berkata, beliau telah meminta Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Zawiyah Be Loth Khan berbincang dengan peguam yang dilantik Kerajaan Negeri berhubung bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.
“Minggu depan Kerajaan Negeri akan memberitahu rakyat Selangor tentang kuasa yang ada di tangan Exco dan Kerajaan Negeri untuk membolehkan mereka yang akan menyertai tender yang dibuka oleh Kerajaan Pusat tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka apabila berhadapan dengan Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri hanya bersetuju dengan projek berkenaan apabila pembinaannya disertai dengan penyusunan semua industri air di Selangor.
“Kita telah bagi cara penyelesaiannya, iaitu digabungkan penyusunan semula industri air yang saya sendiri bercadang untuk menerangkan secara bertulis kepada menteri air tidak lama lagi,” katanya.
Formula menang-menang selesai krisis air Selangor?

12 September 2012
Krisis Air Selangor
Krisis Air Selangor
ANALISIS - Ketika kerajaan persekutuan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak kemungkinan berlaku krisis kekurangan bekalan air, termasuk membuat perancangan membina loji rawatan air Langat 2, kerajaan negeri Selangor pula mengenakan beberapa syarat.
Walaupun kedua-dua pihak sering berjumpa untuk berbincang tentang perkara yang amat penting itu, namun tiada sebarang kemajuan dicapai berikutan pendirian yang diambil kerajaan Selangor.
Dalam menghadapi keadaan ini, kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk tidak membiarkan rakyat menghadapi kesulitan dan sekali gus, bertindak segera untuk memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan. Tawaran tender bagi membina loji rawatan air Langat 2 telah dikeluarkan dan akan ditutup pada 20 September.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Air Selangor, mengumumkan Sabtu lepas bahawa kerajaan persekutuan akan meneruskan rancangannya untuk melaksanakan projek Langat 2 demi kesejahteraan rakyat.
Susulan kepada pengumuman Muhyiddin itu, kerajaan negeri Selangor mengulangi pendiriannya untuk meminta Majlis Perbadaran Kajang (MPKj) mengambil tindakan terhadap keputusan kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya membina loji rawatan air Langat 2.
Kerajaan Negeri Selangor tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan loji itu kerana berpendapat krisis air tidak akan berlaku dan isu air tanpa hasil atau kebocoran saluran paip, perlu diatasi terlebih dahulu.
Bagaimanapun, satu penyelesaian bersifat menang-menang terhadap krisis air mungkin tercapai. Sumber yang rapat dengan projek Langat 2 berkata penyelesaian boleh dicapai dengan menyerahkan operasi merawat air dan kontrak penyenggaraan kepada sebuah entiti milik kerajaan negeri Selangor, sama seperti yang dilakukan bagi loji rawatan air Sungai Labu.
Loji rawatan air Sungai Labu, yang siap pembinaannya akhir tahun lepas, dilaksanakan di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua oleh kerajaan persekutuan dengan kos kira-kira RM84 juta.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui membayangkan kerajaan persekutuan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.
Chin berharap kerajaan negeri Selangor dapat melihat manfaat mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana ia mampu menangani ramalan bahawa akan berlaku peningkatan penggunaan air oleh isi rumah dan industri di Lembah Klang.
Chin berkata tender bagi projek loji rawatan air Langat 2 dijangka dimuktamadkan pada November dan kerajaan persekutuan sentiasa bersikap terbuka dalam mencari penyelesaian demi kesejahteraan rakyat.
Pihak berkuasa di Selangor juga menuntut agar langkah diambil untuk menyusun semula empat syarikat yang terlibat dengan penyelenggaraan dan operasi loji rawatan air sedia ada dan sebuah syarikat yang terlibat dengan penyaluran air, dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum kelulusan diberi bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 oleh kerajaan persekutuan.
Memandangkan sesetengah pihak berkenaan memegang konsesi jangka panjang hingga melebihi tahun 2020, rundingan mungkin berlarutan dan sekali gus akan menambah kelewatan untuk mencapai penyelesaian terhadap krisis air yang diramal berlaku pada 2016.
Mereka yang menentang pembinaan loji rawatan air Langat 2, yang dianggar melibatkan kos RM6.2 bilion, termasuk bagi pemasangan paip untuk menyalurkan air dari Pahang, mencadangkan agar air disalurkan dari Tasik Kenyir, Terengganu.

Sekiranya cadangan ini diterima, kos projek berkenaan dianggarkan boleh mencapai RM11.3 bilion. - Bernama
Penangan sihir tak jadi kahwin
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Penangan sihir tak jadi kahwin
Aris dan Zainab menunjukkan gambar pertunangan Harun yang berlangsung pada 23 Jun lalu dan kad jemputan kahwin serta laporan polis.
Penangan sihir tak jadi kahwin
HARUN
KUALA PERLIS - “Dialah pengarang jantung kami, saban hari kami menunggu dan akan terus menunggu sampai bila-bila pun."

Begitulah luahan pasangan suami isteri apabila anak lelaki bongsu mereka tidak pulang ke rumah sejak sebulan lalu.

Harun Aris, 24, dipercayai terkena 'buatan' sebelum meninggalkan rumah bersama wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Kuala Perlis.

Bapanya, Aris Md Noor, 59, berkata, sebelum ini anak bongsu daripada dua beradik itu belum pernah tidak pulang.

Katanya, Harun sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan gadis pili-han keluarga pada 1 September lalu. Namun bakal pengantin itu menghilangkan diri sebelum hari dia dan pasangannya diijabkabulkan.

“Memang gadis itu pilihan keluarga kerana sebelum ini dia minta supaya kami mencari pasangan untuknya dan setelah kami cari, dia bersetuju serta mesra dengan bakal isteri dan keluarga bakal mertua.

"Malah dia juga kelihatan gembira pada hari pertunangannya dengan gadis pilihan kami yang berusia 22 tahun.

“Namun, beberapa hari sebelum pernikahannya, ada penduduk kampung memaklumkan mereka ternampak anak saya di rumah wanita yang juga seorang janda. Saya pun ke sana dan bawa dia pulang," katanya.

Aris juga sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya dan sehingga kini masih tiada khabar berita.

Sementara itu, isterinya, Zainab Arop, 59, berkata, dia tidak menyangka permintaan anaknya supaya tidak mengedarkan kad jemputan kahwin sebelum raya terselit muslihat.

Pasangan itu juga mengaku Harun belum pernah hubungi mereka menerusi telefon mahupun mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak meninggalkan rumah.

"Lepas bawa Harun pulang dari rumah wanita itu, kami bercadang menghantarnya ke rumah kakaknya di Pulau Pinang kerana syak dia terkena sihir, namun ketika menunggu bapanya mengeluarkan kereta dari garaj, dia tiba-tiba melarikan diri sehelai sepinggang dan sekelip mata lesap," katanya.

Tambahnya, mereka terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan dan turut bersimpati dengan bakal menantu yang sanggup menunggu Harun.

“Sesiapa yang ada maklumat mengenai Harun boleh menghubungi suami saya di talian 012-4202791," katanya.
Jual ubat seks di tapak ceramah
ROSALWANI CHE SOH
12 September 2012
Ahmad Razin Ahmad Maher
Ahmad Razin (kanan) menunjukkan beberapa ubat dan alat perangsang seks yang berjaya dirampas pegawai penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan.
KOTA BHARU - Menggunakan helah bagi mendekati masyarakat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, peniaga ubat perangsang seks sanggup menjual barangan itu di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu, di sini, bagi meraih keuntungan.
Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, peniaga barangan ini masih tidak serik dan melakukan aktiviti jualan ubat berkenaan di kawasan terbabit, ekoran permintaan di pasaran yang amat menggalakkan.
Atas risikan dan maklumat orang awam, tindakan lelaki berusia 50-an itu, berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), di kawasan tersebut.
Dalam operasi itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai jenis yang bernilai RM6,330.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, serbuan dilakukan di kaki lima di sekitar kawasan kuliah berkenaan, dan semasa serbuan dilakukan peniaga itu sedang aktif menjalankan aktiviti jual beli.
“Kami bertindak tegas terhadap mana-mana peniaga yang masih degil dan tetap menjalankan perniagaan ini yang mengundang imej buruk kepada negeri Kelantan.
“Ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a) Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.
Ahmad Razin berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, setakat tahun ini sehingga semalam, jabatannya berjaya merampas pelbagai jenis ubat perangsang seks dalam serbuan yang dijalankan di kawasan kaki lima, di sekitar bandar ini dengan nilai rampasan berjumlah RM39,455.
Rampasan terbabit, dilakukan beberapa lokasi di bandar ini, termasuk di kawasan tapak ceramah berkenaan selain di sekitar Wakaf Che Yeh.
“Kesemua barangan yang dirampas, ditahan dan disimpan di cawangan Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut dan seterusnya untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.
Terkejut jumpa mayat isteri
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Ghuzlan Saleh
Mayat mangsa ditemui terbaring di atas lantai rumahnya.
KULIM - Seorang suri rumah warga Thailand ditemui mati di ruang tamu rumahnya dalam kejadian di Taman Kenari dekat sini kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum kejadian, suami mangsa sedang tidur bersama anak perempuan mereka berusia enam tahun di sebuah bilik di rumah berkenaan.
Menurutnya, menyedari mangsa tidak ada bersama mereka, suaminya bangun dan mencari mangsa yang berusia 32 tahun.
"Suaminya terkejut apabila menemui mangsa yang sudah tidak bernyawa di ruang tamu rumah mereka sebelum cuba memberi bantuan rawatan kecemasan kepada mangsa.
"Suami mangsa kemudiannya menghubungi Hospital Kulim untuk mendapatkan bantuan kecemasan bagaimanapun kakitangan ambulans yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, ketika kakitangan ambulans tiba di tempat kejadian, suami mangsa sedang melakukan rawatan kecemasan terhadap mangsa.
Katanya, bagaimanapun rawatan kecemasan yang diberikan terhadap mangsa tidak berjaya dan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
"Memandangkan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mayat mangsa, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Doktor Pakistan: Saya tidak tahu AS guna saya buru Osama
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
, Dr Shakil Afridi
Dr Shakil Afridi
ISLAMABAD - Seorang doktor Pakistan, Dr Shakil Afridi yang membantu agensi risikan Amerika Syarikat (AS), CIA mengesan Osama bin Laden, mendakwa dia tidak tahu telah digunakan untuk memburu pemimpin bekas ketua Al-Qaeda itu.
Doktor itu ditahan sejurus selepas Osama ditembak mati dalam operasi khas anggota SEAL AS.
Beliau kini menjalani hukuman penjara 33 tahun berhubung kesalahan khianat.
Dr  Shakil memberitahu media yang beliau tidak tahu apa-apa melainkan hanya menjalankan tugasnya.
Beliau mengambil bahagian dalam kerja-kerja pengumpulan DNA untuk mengesahkan tempat Osama bersembunyi di sebuah rumah agam di Abbottabad.
Dr Shakil didapati bersalah atas kesalahan penghianatan Mei lalu.
"Saya sedar bahawa sesetengah pengganas yang tinggal di kompaun (rumah Osama tinggal), tetapi saya tidak tahu siapa. Saya terkejut. Saya tidak percaya saya telah dikaitkan dalam pembunuhan itu,” katanya dalam satu temuk bual khas kepada Fox News.
Berikutan kematian Osama, Dr Shakil berkata beliau dinasihatkan oleh CIA untuk melarikan diri ke Afghanistan.
Bagaimanapun beliau tidak menyedari terlibat dengan kematian Osama.
Beliau telah diculik oleh agensi perisikan Pakistan ISI pada Januari lalu dan berkata mereka menyifatkankan AS sebagai musuh terburuk merela.
Digari selama setahun dan ditutup mata selama lapan bulan, beliau menceritakan bagaimana dia dipaksa untuk baring di atas lantai dan makan seperti anjing.
Mei lalu, Dr Shakil didapati bersalah atas pengkhianatan dan dihukum 33 tahun oleh sebuah mahkamah  Pakistan.
Hubungan antara AS dan Pakistan semakin tegang berikutan pembunuhan Osama.
Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta memberitahu CBS bahawa Dr Shakil tidak melakukan kerja-kerja khianat terhadap Pakistan.
"Bagi mereka, untuk mengambil tindakan seperti ini ke atas seseorang yang telah membantu usaha memerangi keganasan, saya fikir ia benar-benar satu kesilapan di pihak mereka," katanya lagi.
NFC: Shamsubahrin terima RM1.7 juta menerusi 4 cek

11 September 2012
Datuk Shamsubahrin Ismail
Datuk Shamsubahrin Ismail
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu RM1.755 juta dimasukkan ke dalam akaun ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail melalui empat cek yang ditandatangani bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Perkara itu dimaklumkan oleh tiga saksi pendakwaan terdiri daripada pegawai bank dari CIMB, Maybank dan Public Bank dalam perbicaraan kes Shamsubahrin, yang didakwa terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dia juga menghadapi lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan jumlah yang sama, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding hari ini, Pengurus Khidmat Pelanggan Mohammad Azmi Mohd Sibi, yang bertugas di CIMB Bank Cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, berkata cek berjumlah RM255,000 yang ditandatangani Mohamad Salleh itu dimasukkan kepada Shamsubahrin pada 25 Nov, tahun lepas melalui akaun NFC.

Mohammad Azmi, 44, berkata cek itu telah ditunaikan oleh Shamsubahrin pada hari berkenaan di kaunter CIMB Bank TTDI dan sebelum cek ditunaikan pihak bank akan menelefon orang yang menandatangani cek tersebut untuk mendapat pengesahan.
 
"Pihak bank akan mendapatkan pengesahan daripada orang yang menandatangani cek itu kerana mengikut prosedur bank, setiap cek berjumlah RM5,000 ke atas perlu mendapat pengesahan sebelum ia ditunaikan," kata Mohammad Azmi yang juga saksi pendakwaan ketiga. 

Saksi pendakwaan keempat Penolong Pengurus Kewangan Ezam Omar, yang bertugas di Maybank Cawangan Mont Kiara pula berkata pada 1 Dis, tahun lepas, sekeping cek yang ditandatangani Mohamad Salleh bagi pihak Real Food Company Sdn Bhd bernilai RM300,000 telah dimasukkan ke dalam akaun Shamsubahrin.

Ezam, 37, berkata sekeping cek lain berjumlah RM700,000 juga telah didebitkan ke dalam akaun Shamsubaharin.

"Cek bernilai RM700,000 telah didebitkan melalui akaun Real Food pada 6 Dis, tahun lepas. Cek tersebut dibayar kepada Shamsubahrin dan dimasukkan ke dalam akaunnya melalui mesin deposit cek," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Robert Pasang Alam.

Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Foong Ying Kuen pula berkata pihak bank menerima cek milik Syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd berjumlah RM500,000 yang tertera tandatangan Mohamad Salleh pada 1 Dis, tahun lepas.

Foong, 40, saksi pendakwaan kelima berkata cek itu telah didebitkan ke dalam akaun Shamsubahrin pada keesokannya (2 Dis, tahun lepas), tetapi beliau tidak pasti sama ada cek itu dimasukkan ke dalam akaun melalui mesin cek atau ditunaikan penerima.

Sementara itu, saksi pendakwaan keenam Asiah Obe Hairunie, 57, dalam keterangannya berkata bahawa wang tunai RM250,000 telah dipindahkan ke akaun Bank OCBC milik syarikat Awana Sutera Travel & Tour Sdn Bhd melalui pemindahan wang antara bank (telegrafic transfer).

Asiah yang merupakan Pengurus Operasi di Bank OCBC, Jalan Ampang, berkata pemindahan wang itu dibuat Shamsubahrin melalui akaun RHB miliknya pada 9 Dis 2011.

Prosiding di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung esok. - Bernama

Tiada ulasan: